KANGAR 4 April - Bapa angkat kepada murid yang dipukul sehingga meninggal dunia tidak menyangka individu yang menjemputnya untuk melihat keadaan anak angkatnya itu di hospital merupakan indivdu yang melakukan perbuatan tersebut.
Mohd Zamri Shafie, 40, seorang pekerja kilang simen berkata, ustaz tersebut yang menelefonnya sendiri pada pukul 1.40 pagi Jumaat lalu untuk memaklumkan bahawa anak angkatnya Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat mengalami sawan dan mengajaknya untuk melihat kanak-kanak tersebut.
'Pada mulanya saya tidak menyangka ustaz itu yang memukul anak saya sehinggalah beliau sendiri datang jumpa saya pada pagi hari Jumaat dan meminta maaf atas perbuatannya,” kata Mohd Zamri kepada pemberita di rumahnya di Jejawi dekat sini hari ini.
Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.
Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi semalam. - Bernama
Monday, April 4, 2011
Ada lagi yang bangang
Jangan tolak bina loji nuklear: Penyokong kerajaan
2011/04/04
KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa cadangan untuk membina loji tenaga nuklear tidak boleh ditolak begitu sahaja tanpa menjalankan perbincangan dan penerangan yang betul mengenai kebaikan serta keburukan sumber tenaga itu. Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berkata, pengetahuan masyarakat umum di Malaysia mengenai penjanaan tenaga nuklear masih rendah dan kerajaan perlu memberikan maklumat yang jelas mengenai pentingnya tenaga itu sebagai tenaga alternatif.
"Pendirian kita ialah sebelum kita laksanakan satu dasar itu, kita perlu wujudkan satu suasana di mana semua pihak mempunyai pengetahuan yang mendalam. Kalau semua pihak sudah ada pengetahuan ke arah kebaikan dan keburukan, barulah kita akan sampai ke peringkat membuat keputusan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 di Dewan Rakyat hari ini.Idris berkata, walaupun Loji Nuklear Fukushima Daiichi di Jepun mengalami kebocoran akibat gempa bumi dan tsunami bulan lalu, kerajaan negara itu mempunyai langkah yang telah disediakan supaya tidak menjejaskan keamanan dunia.
Katanya, negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura dan Kemboja sudahpun menjalankan program kesedaran bagi memberi pengetahuan dan penerangan sedalam-dalamnya mengenai kebaikan penjanaan elektrik menerusi loji nuklear untuk kegunaan harian.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menyokong cadangan Idris dan meminta supaya pihak yang terlibat dalam pelaksanaannya nanti memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat.
"Agensi yang diberikan amanah memainkan peranan dalam menjaga keselamatan rakyat," katanya.
Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berkata, satu perbincangan secara intelektual perlu diadakan selain memberikan penerangan yang jelas supaya masyarakat di negara ini tidak terus dibelenggu perasaan takut terhadap tenaga nuklear.
"Jangan kita dibelenggu pemikiran seperti itu (takut). Sama ada kita hendak menolak atau menerimanya, perlulah dilakukan secara berilmu.
"Kita perlu ada segala pengetahuan berkaitan. Dan kalau habis bahan bakar fosil ini, apa alternatifnya nanti?" katanya.
Pada Disember 2010, kerajaan mengumumkan pelan untuk membina dua loji tenaga nuklear yang masing-masing mampu menjana 1,000 megawatt, dengan projek pertama sedia beroperasi pada 2021 dan loji kedua setahun kemudian, sebagai rancangan jangka panjang menyeluruh untuk bekalan tenaga yang seimbang.
Kerajaan berkata, tenaga nuklear adalah pilihan utama dalam mengimbangi sumber tenaga kerana kos penyelenggaraan dan tarif yang lebih rendah dalam jangka panjang.
Pada masa ini, gas menyumbang 64 peratus daripada tenaga di Malaysia manakala selebihnya daripada arang batu. - BERNAMA
Lelaki 2.5 kali lebih berisiko terbabit nahas jalan raya
SH: "
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianalisis oleh Miros mungkin boleh memberikan lebih penerangan mengenai situasi yang sedang hangat diperkatakan.
Tahun 2009, bilangan nahas jalan raya melibatkan pemandu lelaki adalah 2.4 kali lebih banyak dari pemandu wanita. Jika diambil kira bilangan penduduk, lelaki mempunyai kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 bagi setiap 100,000 penduduk lelaki, berbanding 537.97 kemalangan melibatkan pemandu wanita bagi setiap 100,000 penduduk wanita di Malaysia.
Dari statistik berkenaan, lelaki adalah 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.
Bagaimanapun, analisis yang lebih terperinci memberi beberapa dapatan menarik. Sekiranya dilihat trend penglibatan pemandu lelaki dan wanita dalam nahas jalan raya pada 2009 berbanding 2006, didapati bahawa kaum wanita menunjukkan trend peningkatan yang kurang sihat.
Jumlah pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan telah bertambah dari 26.40 peratus berbanding lelaki (73.60 peratus) pada 2006, dan telah meningkat ke 29.69 peratus pada 2009.
Dari segi bilangan sebenar, pemandu lelaki yang terlibat dengan kemalangan telah meningkat sebanyak 67.93 peratus jika dibandingkan 2009 dengan 2006. Untuk kaum wanita pula, bilangannya telah meningkat hampir dua kali ganda, sebanyak 97.74 peratus bagi tempoh yang sama."

Kutuk ceramah Ummi Hafilda
JOHOR BAHRU - Pakatan Rakyat (PR) kawasan Pasir Gudang membuat laporan polis terhadap Ummi Hafilda Ali selepas menerima hampir 10 aduan memberitahu satu ceramah melibatkannya diadakan di tempat awam, malam semalam.
Seramai 20 ahli dari parti komponen PR yang diketuai Ahli Jawatankuasa Pas Johor, Syed Othman Syed Abdullah hadir ke Balai Polis Pasir Gudang untuk membuat laporan polis pada jam 10 malam kelmarin.
Syed Othman yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas berkata, pihaknya sudah menerima aduan orang awam menyatakan Ummi Hafilda akan berceramah di tapak letak kereta Perjiranan 9 Taman Air Biru, di sini.
Menurutnya, perkara itu disedari PR sejak tiga hari lalu apabila poster dan kain rentang mula dinaikkan di sekitar Pasir Gudang bagi tujuan menguar-uarkan ceramah berkenaan.
“PR mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Ummi Hafilda sekiranya ceramah ini benar-benar diadakan di lokasi berkenaan yang juga tempat awam.
“Kami tidak mahu berlakunya ‘double standard’ sehinggakan Ummi Hafilda boleh berceramah di tempat awam berbanding pembangkang yang kebiasaan sukar mendapatkan permit dan hanya boleh berbuat sedemikian di markas sahaja.
“Dia (Ummi Hafilda) perlu mematuhi syarat dan peraturan sekiranya mahu membuat ceramah sama seperti pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas membuat laporan polis berkenaan, di sini, semalam.
Syed Othman berkata, PR kawasan Pasir Gudang juga mengutuk sekeras-kerasnya ceramah itu yang dijangka membawa isu fitnah melibatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks.
“Ada maklumat menyatakan Ummi Hafilda bakal membawa isu video seks ini dan seperti yang pernah PR kawasan Pasir Gudang nyatakan ia bertujuan memburuk-burukkan Anwar.
“Sebelum ini, kami sudah membuat laporan polis di IPD Seri Alam meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Ummi Hafilda dan tiga individu bergelar Datuk T.
“Oleh itu, kami mahu ada tindakan ke atas mereka kerana sehingga hari ini, masih belum ada bukti jelas membuktikan Anwar di dalam video seks berkenaan,” katanya.
Justeru, katanya, polis diharapkan dapat bertindak memastikan ceramah Ummi Hafilda tidak berlangsung melainkan di lokasi bukan tempat awam selain meminta setiap dakwaan dalam ceramah mendapat pemantauan supaya fitnah kotor mampu dihentikan.
Bantah loji nuklear
PELABUHAN KLANG - Lebih 60 penduduk Klang dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berhimpun di Jeti Pulau Ketam, di sini pagi semalam sebagai bantahan pembinaan loji nuklear di daerah berkenaan.
Bantahan anjuran Pemuda Pas Kawasan Klang bersama pimpinan PR Klang itu menolak sebulat suara berkenaan pembinaan loji di daerah ini termasuk seluruh Malaysia.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Klang, Mohd Prasad Hanif berkata, bantahan itu berikutan kesan negatif kepada rakyat dari segi radiasi.
“Perkara ini amat ditakuti sepertimana yang melanda Jepun baru-baru ini. Kesannya amat besar sehingga boleh melumpuhkan sistem ekonomi, fizikal dan pentadbiran negara,” katanya.
“Kami sarankan Kerajaan mempertimbangkan sumber alternatif terutamanya sumber tenaga solar.
“Dalam usaha ini, pengguna boleh memasang panel solar di bumbung rumah, namun, kelebihan tenaga yang terhasil dari panel tersebut juga boleh dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.
Beliau berkata, langkah ini turut menguntungkan TNB dan orang ramai selain mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
“Perkara tersebut harus dilaksanakan terlebih dahulu sebelum kuasa nuklear dipertimbangkan.
Dalam pada itu katanya, Pemuda Pas Klang juga melahirkan kekecewaan terhadap tindakan polis yang tidak membenarkan protes ini dijalankan walaupun secara aman.
Hadir sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ketua PKR Cabang Klang, Yew Boon Lai.
Sementara itu, Charles kesal kerana permit yang dipohon tidak mendapat kelulusan polis.
Charles berkata, pihaknya telah memohon permit Khamis lalu, namun, ditolak tanpa alasan kukuh.
“Tujuan demonstrasi hanyalah untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa rakyat tidak mahu pembinaan loji ini diteruskan terutamanya di kawasan Klang. berikutan ia memberi kesan buruk sekiranya berlaku kebocoran seperti di Jepun.” katanya.
Pada 14 Mac lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan sentiasa mengamalkan sifat terbuka dan mendengar pandangan rakyat terhadap rancangan mendirikan loji elektrik nuklear di negara ini.
Menurutnya, setiap perkembangan berhubung rancangan itu akan dimaklumkan kepada orang ramai dan hanya dilaksanakan sekiranya terbukti bersesuaian dan diterima rakyat.
Ketua Pengarah Kastam perlu digantung tugas
KUALA LUMPUR 3 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung serta-merta tugas Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ekoran amalan rasuah kronik yang melanda organisasi tersebut.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Ketua Pengarah JKDM perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kegagalan organisasi itu melaksanakan amanah negara, selain 62 pegawai pelbagai pangkat yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sambil menyatakan perasaan terkejut dengan jumlah kerugian akibat perbuatan rasuah anggota kastam, Ibrahim berkata, perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan kerana kesalahan rasuah sama tarafnya seperti jenayah yang dilakukan pengedar dadah dan pengkhianat negara.
Pada masa sama, beliau turut menggesa kerajaan menyita semua harta yang dimiliki oleh 62 pegawai kastam tersebut, termasuk harta milik ahli keluarga terdekat yang dikumpul secara tidak sah selain merampas pasport antarabangsa semua tertuduh.
"Pengawai yang tidak ditahan pula hendaklah mengisytihar harta masing-masing termasuk harta atas nama suami, isteri atau ahli keluarga terdekat," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan RM108 bilion hasil negara lesap setiap tahun antaranya akibat perbuatan 'tangan kotor' pegawai kastam yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa, sebelum wang yang diterima itu kemudiannya dipindahkan ke luar negara.
Menurut Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang ditahan dikesan menerima imbuhan sebanyak RM10,000 setiap bulan yang dimasukkan terus ke dalam akuannya.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata, Perkasa merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh warga SPRM yang begitu komited sehingga berjaya membongkar aktiviti rasuah tersebut di kalangan kakitangan kastam.
Sehubungan itu, Perkasa akan menyerahkan satu memorandum ucapan tahniah kepada SPRM di Putrajaya esok sebagai menghargai komitmen badan tersebut membanteras jenayah rasuah meskipun sering kali menjadi mangsa politik pembangkang.
"Cuma apa yang Perkasa harapkan lepas ini, SPRM hendaklah menjalankan operasi lebih kerap termasuk ke atas agensi-agensi penguat kuasa lain," katanya.

Bantah letup terumbu karang
INILAH lokasi terumbu karang dekat Pantai Rombang, Melaka yang mahu diletupkan tetapi mendapat bantahan nelayan. |
MELAKA - Kira-kira 200 nelayan mengadakan demonstrasi secara aman di Pantai Rombang di sini semalam bagi membantah tindakan sebuah syarikat petroleum mahu meletupkan kawasan terumbu karang di kawasan tersebut bagi pembinaan jeti.
Mereka mendakwa tindakan tersebut bakal menutup pintu rezeki golongan nelayan memandangkan terumbu karang tersebut adalah lubuk ikan yang menjadi sumber rezeki sejak 50 tahun lalu.
Syarikat petroleum terbabit dijadual meletupkan terumbu karang tersebut esok.
Notis pemberitahuan kepada nelayan mengenai kerja-kerja tersebut sudah pun diedarkan baru-baru ini.
Terumbu karang terbabit terletak kira-kira tiga batu nautika dari Pantai Rombang.
Pada perhimpunan itu, lebih 80 tandatangan bantahan nelayan berjaya dikumpulkan.
Ia akan diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahman Ab. Karim dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
Kosmo! Online - Negara
Subscribe to:
Posts (Atom)