Friday, November 29, 2013

Pasaraya Giant Penipu...

Pasaraya Giant Penipu...
Sebarkan Bagi Semua Orang Tahu!!!

Seorang pelanggan yang telah ditenangkan oleh pengurus cina pasaraya Giant dimana pasaraya ini sememangnya kita ketahui bukan milik Melayu telah mengadakan penipuan. Kimball Tomato Pure yang diletakkan harga pada asalnya adalah RM3.00 tetapi apabila scan pada sistem komputer pembayaran menunjukkan harga RM3.79.

Ramai dikalangan kita yang tertipu seperti ini sebenarnya,, tapi tidak perasan disebabkan banyak barang yang dibeli dan tak ingat akan harga yang dipamirkan pada rak.

Selepas ini jangan lupa untuk sama-sama meneliti dan bandingkan harga barang yang dipamirkan dengan harga pada resit bayaran.

Kepada sesiapa yang kena tipu seperti ini , anda boleh lapurkan terus kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Alamat dan no Telefon seperti dibawah.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Aras 5, Podium 2, No. 13, Persiaran Perdana,Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.

Toll Free : 1-800-88-9811
Telephone No. : 03-8882 5822

Kita selalu ditipu!
Jangan lupa utamakan dan Sokong Produk Melayu Islam.

SEJARAH YANG DILUPAKAN



Irish Republic atau Republik Ireland telah dilanda kebuluran yang dahsyat dan epidemik penyakit di antara tahun 1845 dan 1849. Malapetaka yang dikenali sebagai ‘the Great Hunger’ ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya satu juta penduduk Ireland telah meninggal dunia akibat penyakit yang berkaitan dengan kebuluran dan lebih daripada satu juta di kalangan rakyat Ireland telah membawa diri, terutamanya ke Amerika Syarikat, England, Kanada, dan Australia.

Satu-satunya kerajaan luar yang telah menawarkan bantuan kepada masyarakat Ireland yang Katolik ini hanyalah daripada pemerintah Islam Daulah Uthmaniyyah Turki. Pemerintahnya pada ketika itu adalah Sultan Abdul Majid yang telah menyatakan hasratnya untuk menghantar £ 10,000 sterling (kira-kira USD 10,000,000 kalau dinilai dengan nilai matawang hari ini) kepada para petani di Ireland.

Queen Victoria (Britain) meminta agar Sultan menghantar hanya
£ 1000 sterling, kerana Queen sendiri telah menghantar hanya
£ 2000 sterling kepada para penduduk yang sedang merana di Ireland pada ketika itu.

Baginda Sultan yang adil dan pemurah ini memutuskan untuk menghantar £ 1000 sterling (nilai sekarang USD 1,052,000) sahaja tetapi dalam diam-diam Baginda telah menghantar 3 buah kapal yang penuh dengan bekalan makanan.

Pentadbiran British cuba berbuat jahat dengan menghalang kapal-kapal tersebut tetapi makanan itu akhirnya tiba secara rahsia di pelabuhan Drogheda (di sebelah timur pantai Ireland).

Masyarakat katolik di Ireland sangat menghargai sumbangan kemanusiaan yang diberikan oleh kerajaan Daulah Uthmaniyyah Turki yang telah memberikan bantuan kemanusiaan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan Negara.

Di antara tanda penghormatan yang diberikan oleh masyarakat Ireland kepada Turki bagi mengenang kembali sumbangan yang diberikan tersebut ialah dengan menggunakan logo bulan sabit dan bintang (lambing bendera dan kemegahan Uthmaniyyah) sebagai logo rasmi kelab bola sepak Drogheda United yang telah ditubuhkan sejak tahun 1919 lagi.

Sumber: http://zainurrashid.com/
 

Singapura, Korea Selatan nafi terlibat kes intipan


Sebahagian penunjuk perasaan yang membantah tindakan intipan dilakukan Canberra dan Washington, melaungkan slogan anti-Australia di hadapan Kedutaan Australia di Jakarta, pada 21 November lalu. - AFP
JAKARTA 28 Nov. - Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menyatakan, Jakarta mengadakan perbincangan dengan Singapura dan Korea Selatan berhubung pendedahan baru-baru ini yang menyatakan kedua-dua negara itu membantu Amerika Syarikat (AS) dan Australia melakukan aktiviti pengintipan.
Perbalahan terbaharu antara Indonesia dan Australia berlaku selepas dokumen terbaharu didedahkan bekas kontraktor keselamatan AS, Edward Snowden bahawa kedua-dua negara tersebut turut bersubahat dalam pengintipan oleh lima negara, 'Five Eyes' melibatkan AS, Britain, Australia, Kanada dan New Zealand.
"Duta kami bertemu secara rasmi dengan wakil Kementerian Luar Singapura yang pada asasnya mengisytiharkan tuduhan tersebut tidak berasas dan berbentuk spekulatif,'' katanya.
Beliau berkata, kerajaan turut memanggil Duta Singapura ke Indonesia untuk mengadakan perbincangan berhubung perkara itu.
"Duta Singapura, Anil Kumar Nayar menyatakan beliau akan mendapatkan penjelasan kerajaan Singapura berhubung perkara itu,'' katanya.
Beliau menambah, Duta Korea Selatan di Jakarta, Kim Young-sun turut menafikan dakwaan berkenaan.
Menurut dokumen didedahkan Snowden, aktiviti pengintipan dibantu oleh syarikat komunikasi Singapura, Sing-Tel, menjadikan negara republik itu pihak ketiga utama dalam Five Eyes.
Sasaran pengintipan bukan sahaja melibatkan Indonesia tetapi Malaysia. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131129/lu_04/Singapura-Korea-Selatan-nafi-terlibat-kes-intipan#ixzz2m6F58W4w
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Doktor lumpuh guna kerusi roda semasa bedah pesakit


YOUTUBE
RUMMEL membaca dokumen sambil duduk di atas kerusi roda.


O'FALLON, Missouri - Seorang doktor bedah, Ted Rum- mel di Amerika Syarikat yang lumpuh separuh badan telah mencipta keajaiban dengan kembali bertugas melakukan pembedahan di sebuah hospital dengan menggunakan sebuah kerusi roda khas.
Rummel yang merupakan seorang pakar bedah ortopedik, mula lumpuh dari paras pinggang pada tahun 2010 selepas dia menjalani pembedahan.
Dia menjalani pembedahan itu selepas satu ketumbuhan yang wujud pada tulang belakangnya selama 11 bulan itu pecah.
Doktor itu boleh melakukan pembedahan di lutut dan lengan semasa duduk di atas kerusi roda.
Dia juga menggunakan kerusi roda khas ketika melakukan pembedahan bahu pesakit.
Kerusi roda itu boleh ditingkatkan ketinggiannya sehingga doktor itu kelihatan seperti sedang berdiri.
Namun, Rummel pernah menganggap yang dia tiada lagi kehidupan selepas tidak lagi boleh berjalan setelah menjala- ni pembedahan.
Namun, setahun kemudian, dia membuat keputusan untuk kembali bertugas selepas pembedahan itu.
Keputusan itu dibuat disebabkan jiwanya sebagai seorang doktor bedah yang berdedikasi.
Pembedahan pertama yang dilakukannya itu diawasi oleh seorang lagi doktor bedah.
Kehadiran doktor bedah itu adalah bertujuan untuk memberi pertolongan kepada Rum- mel jika dia memerlukan bantuan ketika membuat pembedahan.
Namun, Rummel berjaya melakukan pembedahan tersebut.
"Ia merupakan pengalaman yang amat menakjubkan (melakukan pembedahan dengan menggunakan kerusi roda).
"Apabila saya mampu melakukan pembedahan itu, saya kembali medapatkan kehidupan saya semula. Ia sungguh istimewa," katanya kepada akhbar Enquirer baru-baru ini.
Rummel juga mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang banyak membantu dalam kehidupannya ketika dia menjadi lumpuh. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2lzzD8FmF 
Hakcipta terpelihara