Showing posts with label buta. Show all posts
Showing posts with label buta. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Nur Natashah perlu dibawa ke HKL



NURUL HUDA AHMAD diminta membawa anaknya, Nur 
Natashah ke HKL untuk pemeriksaan lanjut.


KUALA LUMPUR - Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) meminta keluarga Putri Nur Natashah Mirsha Muhammad Amin yang buta akibat bisul pada mata kanannya lambat dirawat supaya segera hadir ke HKL bagi membolehkan kanak-kanak itu mendapatkan rawatan selanjutnya.
Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, rawatan susulan itu perlu memandangkan Nur Natashah, 6, tidak hadir untuk menjalani rawatan ulangan yang dijadualkan pada 16 Julai 2008.
"Untuk itu, kita menyarankan agar keluarga kanak-kanak tersebut dapat membawa Nur Natashah ke HKL untuk mendapatkan rawatan susulan," katanya kepada Kosmo! dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pada 2 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan kisah malang Nur Natashah yang menghidapi bengkak pada mata kanannya akibat bisul tetapi ia tidak dirawat dengan segera kerana pihak Hospital Selayang menyangka bengkak tersebut hanyalah kesan gigitan nyamuk.
Ekoran masalah itu, bisul berkenaan dikatakan telah merosakkan mata Nur Natashah sehingga nanah bisul itu memasuki bebola mata yang akhirnya mata kanak-kanak itu menjadi buta.
Zaininah memberitahu, Nur Natashah sebenarnya dijadualkan untuk dimasukkan ke wad di HKL pada 16 Julai 2008 tetapi pesakit tersebut tidak hadir walaupun pihak hospital telah menghubungi bapa pesakit beberapa kali.
"Jadi kita berharap, keluarga kanak-kanak tersebut hadir ke HKL supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan," katanya.KOSMO

Tuesday, August 2, 2011

Lelaki buta akibat mercun di perlawanan bola M'sia-S'pura


MASIH DIRAWAT: Encik Ahmad Jazimin, ditemani ibunya, Cik Surakiah Mamat, ketika ditemui di hospital, kelmarin. -- Foto HARIAN METROPETALING JAYA: Seorang peniaga yang bertandang ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu, untuk memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, buta mata kanan akibat terkena serpihan mercun dilempar penonton.Mangsa, Encik Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29 tahun, yang mengusahakan perniagaan mencetak kad kahwin di Bangi, pecah bola mata kanannya dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, sejak malam Khamis lalu.Akibat kejadian itu, mangsa juga tidak dapat menemani isterinya, Nur Hardyawati Ismail, 28 tahun, yang dimasukkan ke wad bersalin hospital sama, pagi kelmarin, bagi menimang cahaya mata pertama mereka.Encik Ahmad Jazimin berkata kejadian berlaku pada 8.40 malam, sejurus selepas Lagu Kebangsaan, Negaraku, dimainkan apabila beliau, yang duduk di tempat duduk terbuka bertentangan tempat kenamaan, mendengar bunyi letupan sebelum mata kanannya terasa pedih.'Saya kemudian merasakan sesuatu keluar daripada kelopak mata kanan dan apabila dipegang, saya melihat darah pada tangan selain lendir berwarna putih sebelum dipapah keluar stadium oleh dua rakan.'Dalam keadaan kesakitan, dua rakan memapah saya keluar dari stadium di celah-celah orang ramai sebelum ternampak sebuah ambulans di pekarangan stadium dan saya dibawa ke PPUM untuk rawatan,' katanya.Encik Ahmad Jazimin menjalani pembedahan hampir lima jam mulai 4 pagi, Jumaat lalu, namun doktor mengesahkan mata kanannya tidak dapat diselamatkan.Difahamkan, beliau masih diberikan rawatan rapi bagi mengelak jangkitan kuman yang boleh menyebabkan saraf matanya rosak.Bagaimanapun, Encik Ahmad Jazimin tetap bersemangat dan tidak serik ke stadium untuk menyaksikan perlawanan skuad kebangsaan selepas ini, tetapi berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pengurusan stadium mengambil langkah pencegahan lebih ketat bagi mengelak kejadian menimpanya berulang.'Saya sedih memikirkan nasib keluarga kerana punca pendapatan bergantung kepada perniagaan yang saya jalankan.'Malah, saya terkilan kerana tidak dapat menemani isteri yang akan melahirkan cahaya mata pertama kami pada bila-bila masa,' katanya.Rakannya, Encik Mohd Azhari Ariffin, 29 tahun, berkata beliau kesal kerana aspek keselamatan tidak dititikberatkan pada perlawanan itu. -- BHM.
http://cyberita.asia1.com.sg

Sunday, March 27, 2011

Buta, miskin tidak halang cemerlang SPM



Nor Izati Mohamad (kiri) berkongsi kegembiraannya bersama Zulaina Hussin di rumahnya di Kampung Pauh Lima, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.


PASIR PUTEH 26 Mac - Buta mata tidak bererti buta hati. Itulah yang dibuktikan Nor Izati Mohamad, 18, apabila membuktikan kekurangan itu bukan halangan untuknya memperoleh keputusan cemerlang 6A dan 3B dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM yang diumumkan baru-baru ini.
Malah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ismail, Gong Kedak itu juga menjadikan kemiskinan keluarganya sebagai pembakar semangat untuk berjaya dan mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah.
Justeru, anak tunggal kepada ibu tunggal, Zulaina Hussin, 41, ingin menghadiahkan kejayaan tersebut kepada ibunya yang hanya bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah rendah dengan pendapatan RM15 sehari.
"Bagi saya, kemiskinan bukanlah penghalang untuk menempa kejayaan, asalkan kita gigih dan sentiasa bekerja keras setiap masa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Lima, dekat sini.
Nor Izati mendapat A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, dan Kimia, manakala B bagi Matematik Tambahan, Biologi serta Kimia.
Dia sebelum ini pernah dianugerahkan pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah bagi kategori pelajar cacat peringkat negeri Kelantan pada 2010 setelah memperoleh 7A.
Menurutnya, tanpa sokongan ibunya, dia pasti tidak menjadi seseorang yang berjaya kerana setiap hari ibunya perlu berulang-alik menghantar dan mengambilnya dengan berjalan kaki dari sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumah mereka.

Wednesday, August 4, 2010

Cacat penglihatan bukan halangan




AL AFIZAH (kiri) berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan selepas sesi kedua Konvokesyen UM ke-49 di Kuala Lumpur semalam


KUALA LUMPUR - Keinginan untuk bersaing dengan insan normal mendorong Al Afizah Mohd. Shafie, 30, yang cacat penglihatan melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) hingga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Syariah.
Dia merupakan antara 920 graduan yang menerima sarjana masing-masing pada sesi kedua Konvokesyen Universiti Malaya (UM) ke-49 yang disempurnakan oleh Pro Canselor UM, Raja Dr. Nazrin Shah yang juga Raja Muda Perak di Dewan Tunku Canselor di sini semalam.
Menurut Al Afizah, melalui pengalamannya, orang kurang upaya (OKU) sepertinya susah mendapat pekerjaan, jadi untuk bersaing dengan orang normal perlu ada ilmu sebagai kelebihan.
"Kini saya membuktikan bahawa OKU seperti saya mampu bersaing untuk berjaya dalam pengajian," katanya ketika ditemui.