Pada masa yang sama, Amerika Syarikat (AS) mendakwa Rusia masih membawa masuk senjata berat ke negara ini.
Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, serangan bom secara berterusan di kawasan penempatan awam di timur Ukraine oleh pemberontak pro-Rusia melanggar perjanjian yang telah dicapai di Minsk, kelmarin.
“Malangnya selepas perjanjian di Minsk dicapai, Rusia telah meningkatkan lagi serangannya. Kami bimbang perkara ini akan menjejaskan perjanjian tersebut.
“Selepas perbincangan di Minsk selesai mereka bukan sahaja menyerang orang awam tetapi juga bertentangan perjanjian genjatan senjata,” jelas Poroshenko.
Penjanjian genjatan senjata antara Ukraine dan pemberontak pro-Rusia yang akan berkuatkuasa pada 10 malam waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) bakal menjadi ujian pertama bagi kedua-dua pihak dalam melaksanakan proses damai selepas pertempuran sejak 10 bulan lalu.
Dalam perkembangan lain, jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki percaya Rusia masih membawa masuk senjata berat ke Ukraine walaupun persetujuan genjatan senjata telah dimeterai.
“Sejak beberapa hari lalu ba­nyak senjata berat Rusia memasuki Ukraine, perbuatan yang melanggar persetujuan yang telah dicapai,” ujar Psaki. – AFP