Thursday, September 9, 2010

Ni PULAK GAMBAQ RUPA JANTAN TAKGUNA TU! Kanibui!


Ensem tak!? Camnelah Janda tu leh minat kat dia? Patut nya Janda tu pilih HJ JAMALUDIN tapi apa leh bikin orang kata negro punye besar.. wkakaka Tapi memang lahanat lah ini jantan...

Sape nak tengok gambar Ibu tak guna tu leh keSINI

Baca berita pulak!

SHAH ALAM: Kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dibunuh, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah mempunyai 34 kesan kecederaan pada sekitar tubuh badannya termasuk kesan cubit atau dipulas pada bahagian kemaluan.

Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang, dekat sini, Dr Abdul Karim Tajudin, 61, berkata, kesan lebam yang diakibatkan oleh pukulan didapati pada bahagian punggung manakala kesan seperti tumbukkan di bahagian belakang badan.

Selain itu, Aaliyah yang hanya seberat 10.58 kilogram juga patah dua tulang rusuk sebelah kiri, ditumbuk di mulut, digigit pada bahagian tangan, ditampar dengan kuat di telinga dan tangannya digenggam atau dicengkam dengan kuat.

Mangsa juga cedera di bahagian dahi dan terdapat darah beku di bawah kulit kepala serta keadaan kuku yang kebiruan menunjukkan kekurangan oksigen dalam darah.

Abdul Karim yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketiga dalam perbicaraan seorang warga Sudan, Mohannad Taha Ismail adalah doktor yang bertanggungjawab menjalankan bedah siasat terhadap jasab Aaliyah. Beliau yang berpengalaman sejak 1984 dan pernah melakukan lebih 25,000 bedah siasat menjalankan bedah siasat terhadap mangsa pada pukul 10 pagi, 14 Oktober 2009.

Hasil bedah siasat, beliau merumuskan sebab kematian mangsa ialah pendarahan subdural yang teruk akibat goncangan yang kuat. “Goncangan pada badan mangsa secara kuat telah menyebabkan otak bergerak dalam tempurung kepala dan mengakibatkan saluran darah vein putus sehingga berlakunya darah keluar di bawah selaput otak yang keras.

“Pendarahan berlaku secara perlahan dan berkumpul di bawah selaput otak sehingga mencapai satu tahap yang mencukupi untuk menyebabkan tekanan dalam tempurung kepala sangat tinggi dan menekan batang otak. “Itu akan menyebabkan kematian batang otak di mana pusat pernafasan dan jantung terletak di situ,” ujar Abdul Karim.

Beliau berpendapat, kejadian digoncang berlaku lebih daripada sekali atau berulang-ulang dalam tempoh masa seminggu daripada masa kematian, iaitu pada pukul 10.10 malam, 12 Oktober 2009.

Abdul Karim juga memberitahu, kecederaan di otak boleh dirawat jika mendapat rawatan segera selepas berlakunya simptom seperti tidak sedarkan diri dan muntah yang memancut daripada mulut.

“Kecederaan seperti ini boleh menganggu sistem perkumuhan seperti tidak boleh mengawal kencing. Kadang-kadang akan menahan kencing dan ada kala terlepas kencing,” katanya. Beliau yang disoal pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin menambah, warna lebam yang berlainan pada badan mangsa menunjukkan umur kecederaan yang berbeza.

Abdul Karim juga menolak bahawa kecederaan seperti itu boleh terjadi kerana terlanggar benda keras. Malah, jika ia disebabkan oleh jatuh, ia mestilah lebih tinggi daripada katil.

Mohannad Taha, 25, dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah pada antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, di kediaman bernombor 9/D3/9, Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat.

Aaliyah merupakan anak kepada teman wanita tertuduh, Ellina Maulad Mahather, 25, seorang bekas pelayan kelab malam dan setiausaha di syarikat pembinaan.

Ellina sebelum ini menyatakan, dia menerima panggilan telefon daripada tertuduh yang marah kerana Aaliyah yang dijaga tertuduh semasa dia bekerja kencing merata.

Tertuduh yang masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelajar kini berhadapan dengan hukuman mati, jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dia diwakili peguam J.Kuldeep Kumar dan Saranjeet Kaur Sidhu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Salim Abdullah bersambung 27 September ini
RAKYAT MARHAEN: Ni PULAK GAMBAQ RUPA JANTAN TAKGUNA TU! Kanibui!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin