Wednesday, May 16, 2012

UMNOLAH PARTI MENEGAKKAN ISLAM.JANGAN PERTIKAIKAN.INI BUKTINYA!!!

 
UMNOLAH PARTI MENEGAKKAN ISLAM.JANGAI PERTIKAIKAN.INI BUKTINYA!!!

Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah

Rumah rakyat yang diabaikan

Suara-suara terakhir seorang Azalina


Wednesday, May 16, 2012 - Suara-suara terakhir seorang Azalina


“Saya nak cabar mereka yang mengutuk kerajaan Umno agar jangan ambil duit durian runtuh ini. Bawa anak dan isteri keluar daripada tanah rancangan Felda kerana kita tidak perlukan mereka. Ramai lagi yang mahu masuk Felda,”- Azalina Othman

Fuuuuhhh...!! Dahsat..Dahsat...

Oooo...kutuk kerajaan, keluar daripada FELDA, ek?? Banyak lu punya cantik!! Apa... lu ingat FELDA tu UMNO punya??

FELDA tipu peneroka..... diam, ek??
FELDA aniaya peneroka..... diam, ek??
FELDA kunta kinte peneroka..... diam, ek??
FELDA manipulasi hak peneroka.... diam ek??
FELDA perjudikan nasib dan masa depan peneroka.... diam ek??

Inilah dia yang dikatakan pemimpin yang karier politiknya dah menopause. Lepas kena tendang daripada menjadi menteri kabinet, dia menyepi dan low profile seketika tetapi apabila PRU dah hampir ni, tetiba jer pulak dia bersuara 'garang'.

Aaai.... teringin nak terus jadi MP ke?? Maklumler... puak-puak UMNO ni, kalau nak terus jadi MP, suara kena lantang dan garang supaya boss dengar. Lepas tu, kena pandai cium bontot boss. Boss kentut busuk sekali pun, kena kata wangi. Bontot boss penuh berselepat taik pun, kena kata.... bersih dan harum semerbak.

Itulah nasib pompuan yang karier politiknya dah menopause. Depa yang dah menopause ini biasanyer orang tak pandang dah. Terpinggir... Orang cari calon-calon yang vibrant dan bertenaga. Ayam tua siapa nak. Liat... Kokak pun tak lut.

Tapi si Azalina ni mungkin sedar yang UMNO dah kepupusan calon yang vibrant, maka dia menggunakan isu FELDA ini untuk mencari peluang dan ruang untuk dipilih semula menjadi calon. Jadi, dia terpaksa ler menyalak kuat sikit.... garang sikit agar dapat menambat hati boss. Nak jadi calon beb!!

Persoalannya....apakah dia akan dicalonkan semula setelah reputasi dan integriti tercalar teruk, kesan daripada isu Laporan Ketua Audit Negara dulu??

Atau.... apakah suara 'garang'-nya itu hanya merupakan suara-suara terakhir seorang Azalina yang sudah 'menopause' karier politiknya??

Hahahaha.... kita tunggu dan lihat samada Najib akan terus memberi peluang kepada ayam tua yang dah 'menopause' dan yang zero integriti dan kredibiliti??

Kalau aku.... KIOK-kan jer!!


Posted by A Mum Of Three Mohd

Fakta yang disembunyikan

Selamatkan GAZA

Antara dua darjat


Antara dua darjat. Inilah dinamakan lumrah kehidupan. Ada yang hidup senang atas usahanya, ada yang perlu berusaha untuk meneruskan kehidupan. Kalau kita hidup senang, jangan pernah lupa pada mereka yang tak bernasib baik di luar sana

Tosai PERCUMA Di Luar Rumah Timbalan Ketua Polis Negara Ahad Ini

:::TUK KIYAI - ISU SEMASA::::



Mengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari berkenaan.

Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu.

"Ini sebenarnya satu kempen kesedaran. Tosai adalah makanan yang sihat dan sajian sarapan bagi masyarakat India. Kami mahu mempromosinya," katanya ketika dihubungi.

Kumpulan itu memilih untuk membuka gerai di luar rumah Khalid di Taman Bukit Teratai Khalid kerana mereka "menghormati" beliau.

"Beliau telah berkata bahawa gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau katakan".

Barathidasan menambah bahawa kumpulan itu akan memohon permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk gerai tersebut, dan mungkin meneruskannya juga walaupun ia ditolak.

"Kita hanya mahu beri orang ramai sarapan yang sihat. Kami tidak menjual apa-apa," katanya.
Dicatat oleh Tuk Kiyai 


Read more: http://kafesantai.blogspot.com/#ixzz1v2rVRZM4



SURUH POLIS RUNTUHKAN MAHKAMAH


SURUH POLIS RUNTUHKAN MAHKAMAH
---------------------------------
Rakyat juga, katanya, akan semakin memahami bahawa tindakan ganas yang berterusan itu adalah disebabkan ketakutan Umno apabila melihat ratusan ribu rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Mereka tidak sangka ratusan ribu rakyat berhimpun, mereka panik dan seperti kerbau yang disembelih, dia menendang-nendang sana sini," katanya.

Mohd Safuan yang membuat laporan polis semalam terhadap tindakan membelasahnya itu berkata, dia ditahan dan dipukul oleh pihak polis selepas menyerah diri pada hari Isnin.

Pemuda dari Marang, Terengganu itu mengadu, selepas ditendang masuk ke dalam sebuah bilik, beliau dipukul di mukanya dengan batang paip hitam oleh anggota polis yang memakai pakaian seragam sambil memaksa beliau mengaku beliaulah yang memukul kereta polis ketika perhimpunan Bersih 3.0.

Mohd Safuan juga dipukul di bahunya dengan batang paip hitam itu.

Apabila dibawa ke lokap, beliau ditampar pula oleh tahanan lain selepas polis yang membawanya ke lokap itu memberitahu "dia ni Bersih, gangster".

Mohd Safuan juga mengadu

Menangis dalam diam

ZAHIRKAN KASIHSAYANG ANDA PADA IBU DAN BAPA ANDA SETIAP HARI


ZAHIRKAN KASIHSAYANG ANDA PADA IBU DAN BAPA ANDA SETIAP HARI ....
bukan hanya pada HARI IBU @ HARI BAPA ajer

“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Golongan yang mati kerana menentang kerajaan zalim adalah syuhada


"Golongan yang mati ketika turun
ke dataran tahrir dikira syuhada,
bermakna menentang kerajaan
zalim & korup adalah JIHAD.
-Fatwa Oleh: Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi

Jemput Datang ke Ceramah Perdana diMarkas PAS Pantai Kundor


Jemput Datang ke Ceramah Perdana
17 Mei 2012
Markas PAS Pantai Kundor
9.00malam
Ikhlas daripada YDP PAS Tangga Batu

Petanda Najib Bakal Tersungkur Di Parlimen Pekan.. Gambar Nih Buktinya


16 Mei, 2012 - Petanda Najib Bakal Tersungkur Di Parlimen Pekan.. Gambar Nih Buktinya
Posted by Addin


Walaupun Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak kelihatan begitu gembira dengan sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat 11 Mei, namun lain pula cerita yang dialami Presiden Umno itu di kampungnya, kawasan Parlimen Pekan.

Pada Sabtu 12 Mei, Najib pulang tergesa-gesa apabila Majlis perasmian Karnival Belia Pekan (Youth Of Pekan - YO Pekan) yang dirasmikannnya gagal mendapat sambutan.

Sasaran kehadiran seramai 10,000 orang meleset apabila hanya kira-kira 5,000 orang hadir ke Majlis tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Menurut saksi seorang pegawai tinggi swasta, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah hidangan jamuan petang yang diadakan di dewan Majlis Daerah Pekan.

“Majlis bermula jam 3 pm dijangkakan kehadiran 10 ribu (orang) tapi yang hadir kurang lebih 5 ribu (orang sahaja).

“Selepas perasmian dan penyampaian hadiah PM sepatutnya bersama ke jamuan petang (yang diadakan) di dewan Majlis Daeran Pekan, tapi PM berangkat pulang (dengan tergesa-gesa),”ujarnya yang tidak mahu dikenali.

Sehubungan itu, beliau kesal kerana berpuluh-puluh meja yang disediakan untuk minum petang bersama Najib akhirnya hanya tiga meja sahaja dipenuhi.

Majlis Najib yang tidak dapat sambutan

“Apa jadi jamuan yang di sediakan berpuluh puluh meja (akhirnya) cuma 3 meja penuh iaitu satu (meja) YAB MB (Adnan Yaakob) , satu meja orangg awam , (dan) satu (meja lagi untuk) pemberita,

“Yang lain kosong dan yang luar dewan juga kosong,”jelasnya yang menambah, kedua majlis penyerahan tajaan Karnival tersebut kepada Najib juga terpaksa di batalkan.

Beliau menyifatkan ia adalah satu pembaziran akibat Najib meninggalkan majlis jamuan tersebut dan mungkin satu petanda BN akan tersungkur pada pilihanraya umum akan datang. ~blogpolitikus

Addin :

Addin sebagai pengundi parlimen Pekan paling teruja sekali jika Najib kalah di kampung halamannya sendiri.

Kepada sahabat-sahabat Addin yang berada di parlimen Pekan harus bekerja keras dari sekarang.

Kemenangan sudah hampir kepada kita.. kemenangan Pakatan Rakyat di parlimen Pekan cukup signifikan. —

Bagaiman kerajaan UMNO/BN bantu orang melayu di Kelantan

Bodoh dan gila


16 Mei: Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan ‘senaman punggung’ oleh bekas tentera di depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sebagai tindakan bodoh dan gila.
Katanya, tindakan itu tidak patut diterima oleh mana-mana pihak kerana ia tidak menunjukkan tata susila dan budaya Melayu yang sebenar.
“Saya cukup kesal dengan kelakuan mereka yang langsung tidak matang dan beradap.
“Apatah lagi ia adalah satu provokasi dan boleh menimbulkan ketegangan (di kalangan masyarakat),” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau juga kesal sikap lepas tangan pihak berwajib kerana tidak menghalang kelakuan di kediaman peribadi itu.
“(Pihak berkuasa) seolah merestui, (ia) patut dihalang kerana mengganggu kediaman dan privasi (Ambiga),” katanya.
Semalam, dilaporkan 15 anggota tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) berdemonstrasi di depan kediaman Ambiga kerana membantah peranan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan apa yang dikatakan sebagai ‘gerakan seks bebas’.
Selain membawa sepanduk mengutuk Ambiga dan Bersih 3.0, mereka turut menarik perhatian dengan membongkok dan menggoyangkan punggung ke arah kediaman peguam itu.
Demonstrasi ini dilihat sebagai susulan ‘protes Burger’ oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) 10 Mei lalu yang membuka gerai burger di hadapan rumah beliau.
Mohd Azmi sehubungan itu, menyeru semua pihak, terutama ahli agama dan bekas tentera untuk tegas mengecam aksi tersebut.
“Mereka telah menghina Islam, (kerana) mencetuskan fitnah dan salah faham terutamanya kepada masyarakat bukan Islam.
“Ia juga memberi gambaran buruk kepada bekas tentera, padahal hanya dilakukan oleh sebilangan kecil sahaja,” kata beliau lagi

SUSPEK DIKEHENDAKI POLIS


Mohon kerjasama pihak tuan untuk membuat siaran media untuk membantu Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bagi mengesan Orang Dikehendaki berkait kes JSJ dan juga LLPK :

NAMA : MOHD NIZAM BIN AB MANAF
MYKAD : 800827-03-5283 (32 TAHUN)
ALAMAT : KG. NAKHODA SAAMAH, 16070 BACHOK, KELANTAN

KES BERKAITAN : SAMUN / RAGUT BERKUMPULAN PD TAHUN 2012 SEBANYAK 20 KES TELAH DILAPORKAN HANYA DI DAERAH BACHOK

TEKNIK JENAYAH : MENYAMAR SEBAGAI ANGGOTA POLIS DAN BERTANYAKAN ARAH JALAN / TEMPAT KEMUDIAN RAGUT / SAMUN

SASARAN / MANGSA : WANITA

MASA / AKTIVIT JENAYAH : PAGI / TENGAHARI / PETANG

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali penama tersebut bolehlah menghubungi Ibupejabat Polis Kontinjen Kelantan ditalian Hotline Rakan Cop Kelantan 09-7450 999 / SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Kelab pesara tentera tolak 'senaman punggung' - Ahmad Fadli KC

Rabu, 16 Mei, 2012 - Kelab pesara tentera tolak 'senaman punggung' - Ahmad Fadli KC


Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.

NONE"Secara peribadi tindakan ini kurang matang," kata ketua NGO pesara tentera yang rapat dengan PAS itu.

Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) pagi tadi bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

'Pesara polis tak akan buat begitu'

Sementara itu, Mohd Nazari juga menuduh, tindakan sesetengah persatuan tentera yang dilihat seperti pro-Umno bertujuan bersaing merebut peruntukan kewangan yang disalurkan Menteri Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera.

"Pecahan fungsi dalam angkatan tentera terlalu banyak jadi masing-masing tubuhkan persatuan," katanya.

NONEMalah, tanpa merujuk langsung kepada PVTM, Mohd Nazari mendakwa, ahli-ahli persatuan tentera yang didakwa terabai dipergunakan oleh pimpinan mereka "yang menjadi kroni kepada pemimpin BN".

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri pula ketika dihubungi Malaysiakini menyerahkan tindakan itu untuk dinilai oleh pihak tentera sendiri.

Bagaimanapun, katanya, persatuannya sendiri tidak bersetuju dengan himpunan BERSIH tetapi percaya percaya bekas polis akan mencari cara lebih sesuai jika mahu menyatakan bantahan mereka.

"Kita tidak akan ambil tindakan sebegitu," kata Shafie katanya yang enggan merujuk secara langsung kepada kejadian di rumah Ambiga pagi kerana tiada pesara polis terlibat.


Malaysiakini

Sejarah hitam Perak - 'Hansard' masa Hj Nizar mengadap Sultan minta bubar Dun !!

Wednesday, May 16, 2012 - Sejarah hitam Perak - 'Hansard' masa Hj Nizar mengadap Sultan minta bubar Dun !!


11.45 pagi, 5 Februari 2009, Ds Nizar menerima titah Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Sebaik saja tiba diistana, Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-Undang Negeri (LA), Dato Kamal Md. Shahid.

Sultan Perak telah menyatakan kepada Nizar.

1. Semua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan mengaku bersetuju terus bersama BN.


2. ADUN Bota telah setuju kembali kepada Umno-BN.


3. ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan mengaku bersetuju keluar dari Pakatan Rakyat. Mereka mengaku menjadi ADUN bebas yang menyokong BN. Kedudukan itu menjadikan jumlah ADUN yang menyokong BN seramai 31 orang. (28+3).


4. Maka kedudukan terkini DUN Perak ialah BN memiliki majority dengan 3 kerusi berbanding hanya 28 kerusi Pakatan Rakyat.

DS Nizar telah memohon mencelah dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah tersebut.

Income pasif!! Register & display. RM1.00 setiap referrer.
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201

1. Saya hanya memohon perkenan DYMMM Tuanku untuk membubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan kepada saya sebagai Menteri Besar dan Ketua DUN.


2. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.


3. Saya mahu mendaulatkan dan memartabatkan institusi istana sebagai institusi terulung dan teragung dikacamata rakyat.


4. Jika DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, sekaligus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini adalah keadilan yang kita laungkan.


5. Saya mengajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur atas anugerah Ilahi bersempena sambuatn Jubli Perak pemerintahan Tuanku, dalam keadaan Allah SWT memanjangkan usia Tuaniu sehingga ke usia 82 tahun. Saya menyeru agar Tuanku merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta memohon pengampunan daripada Allah SWT.


6. Saya menyatakan dengan jelas, jika Tuanku perkenan membubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi istana sepenuh jiwa dan raga.


7. Sebaliknya saya menyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi DiRaja dan Tuanku sendiri.


8. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku, dimanakah maruah kerajaan Umno-BN yang mengambil 3 ADUN Pakatan Rakyat (Janmaludin, Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka sedangkan 2 daripada mereka telah dituduh oleh pimpinan Umno sendiri, sebagai mengambil rasuah untuk menerima habuan serta sedekah seks.

Kedua-dua mereka akan menghadapi perbicaraan mahkamah seksyen Ipoh pada 10 Februari 2009. Saya juga memaklumkan kepada DYMM Sultan, seandainya pertuduhan keatas mereka disabitkan oleh mahkamah sebagai bersalah, maka apa yang akan terjadi kepada kerajaan itu kelak.

Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat ianya sebagai campurtangan istana dan ini akan mencemarkan imej serta kedaulatan istana.


9. Saya memaklumkan bahawa jika dibubarkan Dun Perak, seluruh institusi di Malaysia pasti akan memberi penghormatan tertinggi dimata rakyat jelata, bahkan masyarakat dalam dan luar negeri akan turun menghormati DYMM Tuanku.

Kekebalan dan kekuasaan DiRaja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh Umno sewaktu dibawah pemerintahan Dr. Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej yang baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.


10. Saya nyatakan secara verbatim, kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu mula menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku itu berjudul “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance”.

Saya bacakan kepada Tuanku petikan ucapan Tuanku sendiri seperti yang terkandung didalam buku itu, yang berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang Di Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal.”


11. Selepas saya bacakan ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkapan, saya merayu agar tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut.

Bahkan saya nyatakan bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku didalamnya, adalah menjadi rujukan penghakiman semua Negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.


12. Saya mengingatkan kepada DYMM tuanku bahawa banyak Negara seperti Singapura, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi DiRaja, namun apabila keputusan istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan hasrat serta hak rakyat, maka kini institusi di Raja dinegara-negara itu telah hilang.


13. Saya merayu dengan merujuk kepda ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar dimana ucapan Tuanku, Ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya, telah menitikberatkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Ucapan-ucapan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh TV Bernama.


14. Akhirnya, saya dengan penuh rendah diri, dengan nama Allah, memohon kepada DYMM tuanku agar dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Sebaik saja habis saya menyebut perkara diatas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah” Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan.”

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku dan beredar bersama Penasihat Undang-Undang Negeri.

[Baca selengkapnya di Rampasan Kuasa Perak (4) - MediaPerak.com]


"Segala pertempuran dalaman ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Cenangau Daunkari

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/05/sejarah-hitam-perak-hansard-masa-hj.html#ixzz1v0cW5DEX
 —

Kajian: 65% pengurus Felda percaya penyenaraian akan gagal ??




Rabu, 16 Mei, 2012 - Kajian: 65% pengurus Felda percaya penyenaraian akan gagal ??


Berita Oleh: imamsurau

"Satu kajian perunding yang dilantik Felda mendapati 65 peratus pengurus kanan Felda percaya bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) akan gagal kerana lembaga tersebut tidak bersedia.

Perunding bebas itu, Boston Consulting Group, juga mendapati bahawa 55 peratus pengurus kanan lembaga itu tidak bersedia untuk rancangan penyenaraian itu.

Malah, hanya 20 peratus dari kalangan pengurus berkenaan yang menyokong rancangan tersebut, menurut kajian itu lagi.

Kajian tersebut mengambil kira pandangan daripada 30 pengurus kanan dalam Felda.

Hasil kajian itu dikemukakan November lalu kepada jawatankuasa pemandu untuk penyenaraian tersebut, yang diketuai pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Sementara itu, semakan ke atas prospektus untuk penyenaraian itu menunjukkan bahawa 53 peratus daripada pokok kelapa sawit di tanah rancangan Felda sudahpun tua, selain 31 peratus pokok muda dan hanya 16 peratus pokok matang.

Sedangkan satu syarikat lain mempunyai 78 peratus pokok matang, 15 peratus pokok muda dan hanya 7 peratus pokok tua, menurut PKR yang membuat bandingan itu.

Berdasarkan perkara itu, PKR sekali lagi mempersoalkan niat sebenar kerajaan untuk menyenaraikan FGVH.

Langkah penyenaraian itu tidak harus dibuat dengan niat politik, menurut PKR.


Tranungkite Online
 

PKR mahu SPRM siasat isu Shafie-Zahida

PKR mahu SPRM siasat isu Shafie-Zahida - Nasional - Sinar Harian:

PKR mahu SPRM siasat isu Shafie-Zahida
Zahida Rafik
PETALING JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan bahawa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal mampu memberi wang tunai dalam jumlah yang banyak kepada artis Zahida Rafik.

Kedua-dua pihak berkenaan telah pun menafikan dakwaan itu bulan lalu.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, pihaknya menggesa agar isu ini diberi tindakan sewajarnya dan meminta agar Shafie boleh menjelaskan bagaimana beliau mampu memberi sejumlah wang secara tunai, dalam jumlah yang banyak, kepada Zahida.

“Kita tidak mahu rakyat tertanya-tanya bagaimana seorang menteri mampu memberi wang tunai yang banyak kepada seorang artis. Ini menunjukkan yang beliau telah salah gunakan kuasa sebagai menteri,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Pihaknya juga mendesak agar Shafie tampil dan secara jujur menjelaskan berhubung isu ini bagi membersihkan nama bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi yang sebelum ini dituduh melarikan wang tunai RM200,000.

Menurut Azman, sepanjang tiga tahun bertugas sebagai pemandu peribadi, gajinya dibayar oleh Shafie dan beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana tidak mahu terus tertekan akibat terpaksa menyimpan rahsia besar ini.

“Shafie berjumpa Zahida sekurang-kurangnya seminggu sekali di mana-mana hotel sekitar ibu negara. Setiap kali bertemu, Shafie akan memberi wang tunai dan jumlah yang paling besar pernah Zahida terima berjumlah RM1 juta ringgit, diterima tahun lepas,” dakwa Azman.

“Sepanjang tiga tahun ini, saya tidak pernah membawa wang tunai yang diberi Shafie bersendirian, setiap transaksi di bank melibatkan Zahida”, ujar beliau lagi.

'via Blog this'

Selamat Hari Guru

Tahniah Malaysia negara ke 4 paling rasuah didunia

T

Himpunan BERSIH sebelum Malaya merdeka!




Ini adalah himpunan BERSIH sebelum Malaya merdeka! Himpunan ini adalah untuk memBERSIHkan Malaya daripada Malayan Union! Jadi puak2 sebelah sana janganlah JUMUD sangat sampai sejarah orang buat perhimpunan di negara kita pun tak tahu, bezanya Inggeris pada waktu tu tak guna FRU, tak guna bom asap dan water canon untuk surai himpunan pada ketika itu. :)
 

Pandainya anak nong chik

Skandal Lembu Barisan Nasional


Bila tengok lembu teringat Shahrizat, bila tengok Shahrizat teringat lembu. Macam irama dan lagu
tak dapat dipisahkan...he he

Anak perempuan Raja Nong Chik dapat kontrak kerajaan RM 30 juta?

A Moment To Remember


 Untuk wanita sahaja, dijemput hadir beramai-ramai...

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan..Siapakah dia? :-)



Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan..Siapakah dia? :-)

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.

Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.
Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a’lam

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=IvitsQcWlNg#!
 — 

Selamat Hari Cikgu

Pengkhianat Agama

Boikot New Straits Times

Gambar pengganas Bersih 3.0

Lembu UMNO

Beza pakatan dan UMNO

Tunggu pasang tempurung kepala

Berita Harian Online | Tunggu pasang tempurung kepala:
KUALA TERENGGANU: Berat mata memandang, berat lagi kesengsaraan yang ditanggung kanak-kanak mangsa sikap panas baran teman lelaki ibunya, apabila perlu menjalani beberapa lagi pembedahan, termasuk memasang semula tempurung kepala. 

Mohd Danish Aiman Abdullah, 2, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) 20 April lalu selepas cedera parah di kepala akibat diketuk kekasih ibunya, di Kampung Tualang, Manir, di sini, sudah dipindahkan ke wad biasa Jumaat lalu, namun mangsa masih perlukan pengawasan rapi.
Mangsa juga perlu menjalani beberapa lagi pembedahan, walaupun keadaannya stabil selepas menjalani pembedahan kedua minggu lalu bagi memasukkan tiub untuk memudahkan penyaluran air dari kepalanya.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Anwa Sulaiman, berkata mangsa perlu menjalani satu lagi pembedahan dalam tempoh terdekat kerana pengaliran air pada tiub yang dipasang pada sistem takungan di kepalanya masih tersekat. 

Katanya, pembedahan seterusnya bergantung kepada keadaan mangsa, tetapi setakat ini, Mohd Danish Aiman sudah stabil dan mula menunjukkan tindak balas, termasuk menggerakkan tangan. 

“Kita belum boleh melakukan pembedahan untuk memasang semula tempurung kepalanya kerana otak Mohd Danish tidak mengecut seperti jangkaan selepas pembedahan membuang darah beku pada kepala sebaik dimasukkan ke ICU HSNZ, bulan lalu,” katanya ketika melawat mangsa, semalam. 

Pada 20 April lalu, Mohd Danish Aiman cedera parah dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke HSNZ selepas diketuk di kepala dengan senduk oleh teman lelaki ibunya, kira-kira jam 9 malam yang dikatakan berang kerana mangsa selalu berlari dalam rumah. 
Mangsa serta ibunya yang berusia 22 tahun dikatakan menumpang di rumah lelaki itu sejak tiga bulan sebelum kejadian. 

Mengulas lanjut, Anwa berkata, berdasarkan laporan pakar, Mohd Danish Aiman perlu menjalani beberapa lagi pembedahan dan yang terakhir ialah untuk memasang semula tempurung kepalanya. 

“Tempurung kepala belum boleh dipasang kerana otaknya masih membengkak,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata polis memperhebat gerakan memberkas suspek, seorang penganggur dikenali Azhar Jusoh, 31, yang menghilangkan diri selepas ibu mangsa membuat laporan di pondok polis HSNZ pada hari kejadian.
'via Blog this'

Nizar: Tindakan saya tak salah

Nizar: Tindakan saya tak salah - Nasional - Sinar Harian:

Nizar: Tindakan saya tak salah
Mohammad Nizar (dua, kanan) dilihat duduk sebaris bersama Mohd Radzi (tiga, kanan) dan Shaarani (empat, kanan)
IPOH – “Saya hadir bukan dengan niat mengganggu kelancaran program, lagi pula ceramah itu mengalu-alukan orang ramai, tidak terkecuali saya sendiri.”

Demikian ulasan bersahaja yang diberikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kehadirannya dalam satu ceramah anjuran Umno di Tualang Sekah, 13 Mei lalu.

Mengakui kehadirannya menyebabkan orang ramai termasuk pemimpin Umno kawasan itu terkejut, Mohammad Nizar berkata, kunjungan­nya ke program itu tidak lain, hanya untuk mendengar pendedahan yang dibuat berkaitan dirinya.

“Apa salahnya saya duduk dan dengar sesuatu yang ada kaitan dengan saya, kebetulan ada kerusi kosong di bahagian hadapan pentas, saya pun duduklah,” katanya.

Pada malam 13 Mei lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Adun Pasir Panjang itu hadir dalam ceramah anjuran Umno bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’.

Turut berada dalam ceramah itu adalah Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Shaarani Mohamad dan Ketua Umno Bahagian Kampar, Datuk Mohd Radzi Manan.

Mohammad Nizar berkata, beliau terpanggil untuk hadir ke ceramah itu kerana secara kebetulan sedang menunggu giliran untuk memberi ceramah anjuran Pas Kampar yang diadakan kira-kira 150 meter dari lokasi.

Menurutnya, meskipun ada pihak yang tidak senang dengan kehadirannya dan memintanya beredar, beliau mengambil pendekatan untuk terus dengar dan lihat.

“Pandangan hadirin secara tiba-tiba tertumpu kepada saya, tetapi saya minta penceramah teruskan sesinya yang jelas sedang menghentam diri saya.

“Jika berlaku sebaliknya, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya, lebih mudah untuk saya sampaikan maklumat,” katanya.

'via Blog this'

Najib diganggu laungan Bersih

Najib diganggu laungan Bersih - Semasa - Sinar Harian:

Datuk Seri Najib Tun Razak
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuktikan beliau mempunyai sifat negarawan apabila bijak mengawal situasi ketika insiden laungan ‘Bersih’ yang berlaku di London sewaktu beliau menyampaikan ucapan dalam satu majlis bersama rakyat Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Najib menyedari laungan tersebut datang daripada beberapa individu dalam kelompok kecil.

Menurutnya, Najib lebih memberikan perhatian terhadap ucapannya kepada majoriti yang cenderung untuk mendengar dan mengabaikan laungan yang disuarakan oleh beberapa individu kecil.

“Sebahagian besar yang hadir pada perhimpunan di London itu terdiri daripada masyarakat sivil dan kebanyakan mereka hadir bagi mendengar ucapan Perdana Menteri.

“Sifat negarawan Najib terserlah apabila beliau bukan sahaja tidak memarahi individu tersebut, malah memberitahu bahawa bersedia bersemuka dengan mereka selepas tamat program,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

'via Blog this'

Pasangan Cina bersanding ikut tradisi Melayu

Pasangan Cina bersanding ikut tradisi Melayu - Pahang - Sinar Harian:

Pasangan Cina bersanding ikut tradisi Melayu
Pasangan pengantin bersama ahli keluarga, anggota polis dan komuniti yang turut hadir pada majlis resepsi dan Program Kepolisan Masyarakat.
KERAYONG – Seiring dengan Program Kepolisan Masyarakat, sepasang pengantin kaum Cina mengambil inisiatif mencipta sejarah apabila bersanding ­mengikut tradisi Melayu.

Pasangan berkenaan, Tan Siew Peng, 22, dan Yee Wilson, 23, mengakhiri zaman bujang mereka ­setelah enam tahun bercinta sejak dari zaman persekolahan lagi.

Menurut Wilson, walaupun tidak selesa berpakaian lengkap berbaju Melayu dan bertanjak tetapi dia seronok apabila meraikan perkahwinan dengan cara begitu.

“Pada awalnya, saya dan isteri terkejut apabila mendengar cadangan ibu mertua. Tetapi, setelah memikirkannya, kami bersetuju.

“Sudah pasti ia menjadi sejarah dalam ­perkahwinan kami yang akan dikenang sampai bila-bila,” katanya ­ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Siew Peng berkata, dia tidak ­pernah mengimpikan sebuah perkahwinan yang berbeza ­daripada tradisi masyarakat Cina.

Katanya, walaupun teruja dengan keadaan itu, namun tetap rasa malu kerana bukan semua ­pasangan pengantin berbuat demikian.

“Semasa diarak ke pelamin, saya terlalu malu dan gementar tetapi setiap ahli keluarga memberi sokongan.

“Tetapi apabila berada di pelamin, saya tidak lagi ­kekok malah seronok kerana suasananya tidak jauh berbeza dengan tradisi masyarakat Cina,” katanya.

Difahamkan, majlis resepsi kedua turut diadakan pada waktu petang di sebuah restoran bagi meraikan pengantin bersama ahli keluarga dan sahabat dalam kalangan masyarakat Cina pula.

'via Blog this'