Wednesday, October 10, 2012

Jimmy cerai isteri secara khuluk RM1

Jimmy cerai isteri secara khuluk RM1 - Hiburan - Sinar Harian:

Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani Suhaimy
Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani Suhaimy
SUBANG - Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh mengaku terpaksa mungkir janji dengan ibu mertuanya apabila menceraikan Nursuhaila Eliani Suhaimy secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Jimmy, 32,  sah bercerai talak satu dengan Nursuhaila, 24, di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai.

Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang.

Jimmy yang pernah mengacarakan rancangan Trek Selebriti  juga bersetuju untuk tidak menuntut hutang sesama mereka.

Sejurus selesai prosiding, Jimmy yang bergegas keluar dari mahkamah sempat berkata kepada media bahawa dia terpaksa mungkir janji dengan pengasas produk kecantikan Datin Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan anaknya.

"Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan di Jannah," katanya.

Sementara itu, Nursuhaila bersyukur keranan kemelut rumah tangganya telah selesai.

Sebelum itu, peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili Nursuhaila memaklumkan ada menerima tawaran daripada Jimmy pada Jumaat lalu untuk bercerai secara tebus talak RM1.

"Sehubungan itu, pihak kami bersetuju supaya kes permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 yang difailkan plaintif di mahkamah ini ditarik balik.

"Begitu juga dengan permohonan nusyuz dan kembali taat yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam," katanya.

Bagaimanapun permohonan hadanah iaitu hak jagaan anak  yang difailkan Jimmy di mahkamah tinggi akan diteruskan untuk perbicaraan.

Anak perempuan pasangan itu, Zahrah Shanley yang kini berusia setahun berada di bawah jagaan ibunya, namun Jimmy diberikan hak untuk melawat bila-bila masa.

Sa'adiah berkata, anak guamnya telah memfailkan permohonan tebus talak mengikut Seksyen 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Pihak-pihak telah tidak tinggal sebumbung selama 720 hari dan tidak pernah melakukan hubungn kelamin sejak itu," katanya.

Perkara itu diakui peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh.

Abd Halim kemudian mengarahkan pasangan itu membaca lafaz khuluk sebelum membenarkan jatuh talak satu bain subra serta mengarahkan Nursuhaila  bersuci edah tiga kali.

Nursuhaila memfailkan permohonan cerai itu pada 25 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Permohonan itu dikemukakan selepas Jimmy dan Nursuhaila, 26, mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober lalu.

Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan mas kahwin RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

'via Blog this'

Peluru dikeluar, Malala kritik Taliban stabil

Peluru dikeluar, Malala kritik Taliban stabil - Global - Sinar Harian:

Malala Yousafzai
Pasukan tentera membantu Malala Yousafzai yang cedera ditembak di Lembah Swat, Pakistan, semalam. - Foto EPA
Malala Yousafzai
Malala Yousafzai diberi rawatan oleh doktor tentera. - Foto EPA
ISLAMABAD – Pasukan perubatan Pakistan berjaya mengeluarkan sebutir peluru dari kepala remaja perempuan, yang ditembak oleh lelaki Taliban di Lembah Swat, pagi tadi – sehari selepas dia ditembak.

Pejuang hak asasi wanita, Malala Yousafzai, 14, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan.

Selasa lalu, lelaki terbabit telah menyerang Malala dan turut mencederakan dua remaja perempuan lain sewaktu mereka pulang dari sekolah, sehingga membangkitkan kemarahan pihak sekolah.

Malala telah diterbangkan dari Mingora, di mana serangan itu berlaku ke bandar Peshawar, 150 kilometer dari tempat kejadian untuk pembedahan.

Pihak militan berkata, mereka menyasarkan serangan itu ke atas remaja berkenaan kerana mendakwa dia “menyebarkan fahaman sekularisme.”

Seorang jurucakap kumpulan Ehsanullah Ehsan memberitahu BBC, walaupun Malala selamat dari pembedahan, Taliban tidak akan melepaskan dia.

Katanya, pihak berkuasa kini sedang mempertimbangkan cara untuk melindungi remaja itu.

Beliau berkata, keluarga remaja itu tidak pernah terfikir tentang menerima perlindungan keselamatan kerana mereka yakin pihak militan tidak akan berdiam diri selepas dihina begitu.

Malala tampil mendapat perhatian awam pada 2009 selepas menulis diari untuk BBC Urdu tentang kehidupan di bawah pemerintahan Taliban yang mentadbir lembah itu.

Menurut wartawan, Malala dikagumi seluruh rakyat Pakistan kerana keberaniannya dalam bercakap tentang kehidupan di bawah pemerintahan Taliban.

Dia mula menulis blog seawal usia 11 tahun iaitu dua tahun selepas Taliban mengambil alih Lembah Swat dan dengan menggunakan nama pena, Gul Makai remaja itu kemudiannya mendedahkan penderitaan yang  disebabkan oleh militan.

Identitinya akhirnya terdedah selepas Taliban dihalau keluar dari Swat.

Remaja itu kemudiannya memenangi anugerah kebangsaan bagi keberanian dan telah dicalonkan untuk anugerah damai kanak-kanak antarabangsa.
Kumpulan itu berjaya menawan Lembah Swat pada 2007 dan kekal berada dalam kawalan de facto sehingga mereka dihalau keluar oleh pasukan tentera Pakistan semasa serangan pada tahun 2009.

Sewaktu Taliban berkuasa, mereka telah menutup sekolah-sekolah perempuan, menggubal undang-undang Islam dan memperkenalkan langkah-langkah seperti mengharamkan bermain muzik dalam kereta.

Dalam pada itu, ahli politik Pakistan yang diketuai oleh presiden dan perdana menteri mengutuk kejadian tembakan itu dan menggelar Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) sebagai kejam dan pengecut.

Presiden Zardari berkata, serangan itu tidak akan menggoncang azam Pakistan untuk memerangi militan Islam atau menggugat usaha kerajaan untuk menyokong pendidikan wanita.

'via Blog this'

Eksekutif dipecat kutuk Melayu

Eksekutif dipecat kutuk Melayu:

SINGAPURA 8 Okt. - Kongres Kesatuan Perdagangan Kebangsaan (NTUC) hari ini, memecat seorang pegawai eksekutif kanannya selepas dia didakwa mengutuk perkahwinan masyarakat Melayu di dalam laman sosial Facebook.
Penolong Pengarah Keanggotaan NTUC, Amy Cheong didakwa mengutuk majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang dianggap remeh, termasuk isu perceraian melibatkan kaum tersebut.
Setiausaha Agung NTUC, Lim Swee Say yang juga menteri dalam pentadbiran Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan, laman Facebook NTUC sudah ditutup ekoran dihujani komen tidak puas hati daripada pelbagai pihak.
"Kami tidak akan menerima dan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang bersifat perkauman.
"Kami memohon maaf atas perkara yang berlaku," katanya.
Dalam pada itu, laman Facebook Cheong tidak dapat diakses, namun wanita terbabit memohon maaf menerusi akaun Twitternya.
"Saya benar-benar minta maaf atas apa yang diperkatakan mengenai masyarakat Melayu. Saya tidak sengaja," ujarnya.
Singapura didiami 74 peratus kaum Cina, 13 peratus Melayu, sembilan peratus India dan selebihnya terdiri daripada golongan warga asing.
Akta hasutan di negara ini bakal menyebabkan pesalah berdepan dengan hukuman denda sehingga S$5,000 (RM12,500) atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121009/lu_05/Eksekutif-dipecat-kutuk-Melayu#ixzz28xu8ZjF6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Pelarian melarat di Rakhine

Pelarian melarat di Rakhine:

CHIANG MAI 8 Okt. - Hampir 75,000 pelarian Rohingya dan Rakhine Buddha kini hidup dalam kedaifan di khemah perlindungan sementara berikutan konflik berterusan di negeri di barat Myanmar itu sejak Jun lalu, menurut pekerja bantuan dan penduduk tempatan.
Setiausaha Pertubuhan Hak Asasi Manusia (RHRA) yang berpangkalan di Bangkok, Mohammad Nawsim berkata, keadaan kini bertambah buruk dan pelarian di Rakhine berdepan dengan masalah kesihatan seperti cirit-birit, demam dan selesema.
“Kebanyakan mereka tinggal bersama dalam satu tempat yang sempit. Keadaan mereka lebih buruk daripada haiwan," katanya.
Pada 25 September lalu, kerajaan menganggarkan sebanyak 72,000 daripada etnik Rohingya beragama Islam dan hampir 3,000 daripada etnik Rakhine beragama Buddha menjadi pelarian.
Mereka tinggal dalam 40 buah khemah perlindungan sementara di bandar Sittwe dan Kyauktaw, lokasi yang hampir dengan sekolah dan tempat kerja.
Selepas keganasan tercetus pada Jun lalu, agensi bantuan telah melawat empat kawasan terjejas dan mengenal pasti keperluan asas seperti kebersihan serta bekalan air minum.
Beberapa khemah didapati hanya menyediakan satu tandas yang perlu dikongsi sekitar 100 pelarian.
Kata Nawsim, tidak banyak yang berubah sehingga kini dan kebanyakan pelarian tidak kira tua atau muda mula jatuh sakit disebabkan keadaan persekitaran yang teruk. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121009/lu_02/Pelarian-melarat-di-Rakhine#ixzz28xtx3H85
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

21 anggota polis Mesir terbunuh dalam kemalangan

21 anggota polis Mesir terbunuh dalam kemalangan: "KAHERAH 9 Okt. - Sekurang-kurangnya 21 anggota polis Mesir terbunuh manakala enam yang lain cedera dalam satu kemalangan di Sinai, semalam.

Agensi berita MENA melaporkan, kejadian itu berlaku apabila pemandu trak yang membawa kesemua anggota polis tersebut hilang kawalan lalu terbalik.

Ketika kejadian, pasukan polis tersebut dalam perjalanan untuk menjalankan tugasan mengawal di sempadan Israel. - AFP"

'via Blog this'

Pemberontak lancar serangan berani mati

Pemberontak lancar serangan berani mati:

AMMAN 9 Okt. - Kumpulan pemberontak melancarkan serangan berani mati ke atas sebuah kubu pasukan keselamatan di Damsyik malam semalam, serangan terbaru ke atas unit tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad.
Kumpulan militan al-Nusra mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas bangunan Risikan Tentera Udara yang terletak di Harasta.
Kumpulan itu dalam kenyataannya mendakwa, pegawai-pegawai tentera yang bertugas di bangunan tersebut memainkan peranan penting untuk mematahkan pemberontakan yang telah berlanjutan lebih 18 bulan.
Penduduk tempatan dan aktivis pembangkang berkata, kedengaran bunyi letupan besar, sebelum disusuli pertempuran senjata api antara pemberontak dan tentera kerajaan.
Video yang disiarkan aktivis turut menunjukkan kesan letupan tersebut, namun keaslian video terbabit tidak dapat disahkan.
"Serangan ke atas bangunan Risikan Tentera Udara itu adalah kerana unit tersebut merupakan satu daripada divisyen keselamatan Syria yang paling kejam," jelas satu kenyataan kumpulan al-Nusra yang disiarkan dalam laman sosial Facebook.
Unit Risikan Tentera Udara diketuai Jeneral Jamil Hassan, seorang daripada leftenan tertinggi Bashar dan unit tersebut dikuasai ramai pegawai yang terdiri daripada minoriti kaum Alawite.
Bagaimanapun, tiada maklumat menyatakan sama ada Jamil berada di dalam bangunan tersebut ketika serangan itu atau tidak.
Aktivis pembangkang mendakwa beratus-ratus penentang Assad telah dipenjarakan tanpa bicara dan didera di kompleks bangunan di Harasta itu.
Kumpulan hak asasi manusia turut menuduh pemberontak melakukan penderaan ke atas tahanan.
Dalam perkembangan lain, tentera udara melancarkan serangan ke atas bandar Salqeen di wilayah Idlib yang dikuasai pemberontak, semalam menyebabkan 17 orang terbunuh, termasuk lima kanak-kanak dan angka korban dijangka meningkat kerana ramai yang mengalami cedera parah, kata kumpulan aktivis yang berpangkalan di Britain itu.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, tujuh orang dilaporkan turut terbunuh dalam serangan meriam tentera kerajaan di wilayah Daraa, Hama dan Homs. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121010/lu_02/Pemberontak-lancar-serangan-berani-mati#ixzz28xtSMJ19
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

14 terbunuh di selatan Thai

14 terbunuh di selatan Thai:

Pegawai polis Thailand memeriksa lokasi dua anggota renjer separa tentera mati ditembak di daerah Ra-ngea, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam. - AFP
BANGKOK 9 Okt. - Kumpulan pemisah Islam menembak mati 14 orang, termasuk tiga renjer dalam kejadian keganasan terbaru di tiga wilayah bergolak di selatan Thailand, semalam dan hari ini.
Menurut laporan polis, ketiga-tiga renjer tersebut terbunuh selepas diserang hendap semalam ketika mereka menaiki trak di wilayah Pattani.
Turut ditembak mati semalam ialah empat penoreh getah beragama Buddha, ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja dalam dua serangan berasingan di wilayah yang sama.
Dalam kejadian lain, dua lelaki Islam dibunuh dalam tembakan rambang di wilayah Yala semalam, manakala dua penjual sayur ditembak mati di wilayah Songkhla.
Di wilayah Narathiwat hari ini, tiga maut dalam insiden tembakan tepi jalan membabitkan seorang wanita Islam dan dua orang anggota renjer di daerah Ra-ngea.
Ogos lalu, pihak berkuasa mendakwa telah mengadakan rundingan damai tidak rasmi dengan beberapa kumpulan pemisah Islam ekoran peningkatan kejadian serangan di ketiga-tiga wilayah berkenaan.
Jurucakap tentera, Kolonel Pramote Prom-in berkata, sesetengah kumpulan pemisah tidak mahu penyelesaian secara aman dan bertindak ganas terhadap orang awam.
"Kami cuba mencari jalan penyelesaian untuk menghalang sebarang bentuk keganasan, namun usaha itu masih gagal," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121010/lu_01/14-terbunuh-di-selatan-Thai#ixzz28xt9p02O
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Peguam berbalah lokasi anak Gaddafi dibicara

Peguam berbalah lokasi anak Gaddafi dibicara: "THE HAGUE 10 Okt. - Libya mendakwa telah mempunyai cukup bukti untuk membicarakan anak kepada Muammar Gaddafi, Seif al-Islam terhadap jenayah kemanusiaan, kata peguam negara itu kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), semalam, di tengah-tengah pertikaian di mana beliau perlu dibicarakan.

ICC pada sama tetap mahu membicarakan Seif di The Hague walaupun pihak berkuasa Libya yang baru bertegas supaya anak lelaki Gaddafi tersebut dibicarakan di negara kelahirannya.

Peguambela ICC dalam hujahnya dijangka mengemukakan bantahan bahawa Seif tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di Libya dan berkemungkinan berhadapan hukuman mati. - AFP"

'via Blog this'

Keganasan: Abu Hamza mengaku tidak bersalah

Keganasan: Abu Hamza mengaku tidak bersalah: "NEW YORK 10 Okt. - Pemimpin radikal Islam, Abu Hamza mengaku tidak bersalah di sebuah mahkamah Amerika Syarikat semalam atas dakwaan keganasan termasuk menubuhkan sebuah kem gaya al-Qaeda di negara ini.

Lelaki berusia 54 tahun itu muncul di Mahkamah Persekutuan New York setelah diekstradisi dari Britain minggu lalu. - AFP"

'via Blog this'

Mahu tebus kegagalan 35 tahun lalu

myMetro | Mahu tebus kegagalan 35 tahun lalu:

LEGA...Nordin meninggalkan dewan peperiksaan, semalam.
LEGA...Nordin meninggalkan dewan peperiksaan, semalam.
JOHOR BAHRU: “Sejak berbulan lalu, saya mengulang kaji pelajaran dengan bantuan anak lelaki berusia 12 tahun dan baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
“Hari ini (semalam), saya rasa seram sejuk dan berdebar-debar ketika membuka kertas soalan. “Bagaimanapun, kerana ingin mencabar diri sendiri, semua itu diketepikan malah saya tabahkan hati untuk ke pusat peperiksaan.” Itu kata calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, 50, ketika ditemui di pusat peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara di sini, semalam.

Nordin bersama seorang lagi rakan berusia 40-an mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.
Dia yang bekerja sebagai tukang kebun berkata, usia bukan penghalang untuknya menduduki PMR, sebaliknya perlu dijadikan contoh kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu.

“Saya mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85. Walaupun sibuk, saya meluangkan masa mengulangkaji pelajaran.
“Pada mulanya anak dan isteri menyangka saya hanya bergurau, tetapi mereka kemudian memberi semangat dan dorongan,” katanya.

Bermula semalam, Nordin bersama rakannya itu mula menguji keupayaan diri dengan menjawab kertas soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, diikuti Pendidikan Islam pada sebelah petang.
Selain dua mata pelajaran itu, secara keseluruhan, calon PMR akan menjawab enam lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup, Sains serta Matematik.

“Memang gementar kerana persediaan dibuat hanya ala kadar, paling merisaukan saya mata pelajaran Matematik kerana ia memerlukan kecekapan untuk mengira.

“Agak kekok dan segan kerana kami dikelilingi ratusan murid yang jauh lebih muda. Bagaimanapun, saya berasa lega apabila terjumpa seorang lagi calon hampir sebaya,” katanya.

Bapa kepada lima anak itu turut berharap dia lulus semua mata pelajaran.

Selain Nordin dan rakannya itu, seramai 166 pelajar tingkatan tiga yang lain turut menduduki PMR di pusat peperiksaan sama. Sementara itu, seorang guru dikenali sebagai Yahya, 40, berkata, dia terharu apabila mendapati dua calon yang menduduki PMR ialah individu seusia dengannya.

'via Blog this'

Enam sekeluarga maut termasuk ibu dan tiga anak

myMetro | Enam sekeluarga maut termasuk ibu dan tiga anak:

KEMAMAN: Seorang ibu bersama tiga anaknya adalah antara enam yang maut dalam kemalangan yang membabitkan kereta mereka dan sebuah bas ekspres di KM129.65 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Meraga Beris, di sini, awal pagi tadi.
Ibu berkenaan ialah Noran Ali, 39, dan anak perempuannya, Nursyazleen Norizan, 12, Nur Syardiena, 9, dan Nurkhairatul Najiha, 4. 
Dua lagi yang maut dalam tragedi kira-kira 4.30 pagi itu ialah saudara mereka iaitu Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, yang memandu
kereta itu. 
Dua anak Noran iaitu Nursakinah, 17, dan adiknya Nursyafura, 13, parah dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (HTAA. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh bas ekspres. - Bernama

'via Blog this'

Ramai hilang tanpa berita

myMetro | Ramai hilang tanpa berita:

SITTWE: Terhimpit, tersepit atau sememangnya disingkir. Tiga perkara itu pasti akan berada dalam fikiran sesiapa saja apabila memasuki kem serta kampung pelarian Rohingya yang terletak jauh dari kawasan pekan Sittwe.
Nasib mereka ini bagaikan tiada kesudahan apabila dipisahkan jauh dari kemajuan dan tinggal dalam kedaifan sehingga ramai di kalangan pelarian Rohingya ini menghadapi penyakit disebabkan tiada rawatan diberikan berbanding kem pelarian lain yang menyediakan perkhidmatan perubatan.

Selepas disambut dengan air mata di dua buah kem iaitu Kem Thekebyin dan Kem Baw Dhu Pa serta di Kampung Baw Dhu Pha sebelum ini, Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) diteruskan lagi ke beberapa kampung di Sittwe.
Sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang mengunjungi kampung Than Htaw Li yang menjadi tempat pelarian Rohingya ini tinggal untuk menghantar barangan bantuan hanya mampu menahan air mata apabila melihat kesengsaraan yang terpaksa ditanggung mereka.

Ketika bantuan diberikan, semua pelarian di kem itu keluar untuk mendapatkan barangan bantuan yang dibawa dan rata-rata daripada mereka begitu gembira dan bersyukur dengan keprihatinan rakyat Malaysia.

Mereka mula berebut sehinggakan berlaku tolak menolak kerana masing-masing berebut ingin mendapatkan bekalan makanan dan ketika ucapan diberikan Presiden KP1M, Datuk Azeez Abdul Rahim, rata-rata daripada mereka menangis seperti ada sesuatu yang tersimpan di hati mereka.
Ketika semua pelarian lain beratur untuk mendapatkan bantuan makanan yang diserahkan, wartawan mendapati ada seorang wanita bersama anak kecilnya tidak keluar dari rumahnya yang dibina dengan buluh untuk mengambil makanan.

Mungkin terdapat seribu satu cerita sedih di sebalik raut wajah ceria Fathma Hattuh Rahmen, 23, sehingga menyebabkannya tidak mahu keluar untuk mendapatkan bantuan makanan yang dibawa itu.
Cuba mendekati wanita muda ini, barulah mengetahui cerita sedih terpaksa ditanggungnya bersama anak kecilnya berusia dua bulan apabila suaminya hilang entah ke mana sejak beberapa bulan lalu.

Fathma Hattuh dalam nada sedih menceritakan trauma yang terpaksa ditanggung selepas kehilangan suami dan menurutnya sudah banyak pelarian Rohingya yang hilang tanpa khabar berita.

Dia juga mendakwa ada di kalangan mereka yang dibunuh tanpa belas kasihan dan amat berharap dunia campur tangan bagi mengakhiri penderitaan yang terpaksa ditanggung mereka.

“Saya tidak kisah dengan nasib saya, tetapi apa yang saya risaukan kehidupan anak saya pada masa akan datang. Air mata ini sudah tidak boleh keluar lagi dan setiap hari saya pasti akan menangis mengenangkan nasib suami,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelarian Rohingya, NurIlsham Saed, 32, berkata, mereka rela tidur di tepi jalan, tidak makan atau minum dan rela dibunuh daripada melihat masjid serta al-Quran yang menjadi pegangan masyarakat Islam dibakar.

NurIlsham ketika meluahkan perasaan sedihnya kepada wartawan mendakwa masjid yang menjadi tempat mereka beribadat dibakar dan nyawa pelarian Rohingya bagaikan tidak bernilai apabila ditembak serta dibunuh dengan kejam.

“Sampai bila nasib kami nak jadi begini, kami memang tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggung ini dan kami sangat-sangat berharap Malaysia boleh menjadi penghubung untuk menyelesaikan masalah kami ini,” katanya selepas menerima bantuan barangan makanan dari KP1M.

'via Blog this'

5 dekad kumpul hasil getah

myMetro | 5 dekad kumpul hasil getah:

KUALA TERENGGANU: Hasrat sepasang warga emas menunaikan ibadat haji selepas 50 tahun membanting kudrat menoreh getah dan menjual ikan sungai bagi mengumpul wang untuk ke Tanah Suci termakbul apabila mereka berlepas menerusi penerbangan terus dari bandar raya ini ke Jeddah, semalam.
Daud Seman, 77, dan isterinya, Zainab Piah, 78, dari Gua Musang, Kelantan ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini semalam, berkata mereka tidak menduga hasrat untuk menunaikan haji sejak sekian lama akhirnya tercapai.

Menurut Daud, meskipun pendapatannya sebagai penoreh getah dan penangkap ikan di sungai hanya kira-kira RM500 sebulan, keadaan itu tidak pernah menjejaskan semangatnya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
“Dalam tempoh itu, saya dan isteri terus berjimat cermat menguruskan perbelanjaan rumah serta pembiayaan sekolah tiga anak.

“Syukurlah selepas 50 tahun, akhirnya simpanan kami cukup dan saya terus mengajak seorang anak untuk mendaftarkan kami ke Tabung Haji pada Disember 2011 sebelum dimaklumkan permohonan kami lulus,” katanya.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia dan isteri ditemani anak bongsunya, Abdul Hisham Daud, 41, dan berharap mereka akan mendapat haji yang mabrur.
Tiga beranak itu antara 446 jemaah haji yang berlepas terus dari LTSM ke Jeddah, semalam.

Ia penerbangan kedua membawa jemaah haji dari LTSM selepas penerbangan pertama terus ke Madinah pada 29 September lalu membabitkan 445 jemaah dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat menyempurnakan majlis pelepasan jemaah terbabit yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

'via Blog this'

Juara makan lipas maut

myMetro | Juara makan lipas maut:

DEERFIELD BEACH: Pemenang pertandingan makan lipas mati selepas memuntahkan berpuluh-puluh serangga itu dan cacing yang masih hidup.
Edward Archbold jatuh sakit dan pengsan di sebuah kedai haiwan, tempat pertandingan diadakan. 
Rakaman video menunjukkan Archbold menyumbat masuk lipas ke dalam mulutnya, tidak lama sebelum dia meninggal dunia.

Lelaki berusia 32 tahun itu memenangi hadiah seekor ular sawa. Dia merancang menjual haiwan itu kepada seorang rakan.

Seramai 30 lagi peserta menyertai pertandingan berkenaan di Deerfield Beach, Florida.

Bagaimanapun, tidak seorangpun sakit selepas itu.

Penganjur pertandingan, Ben Siegel berkata: “Kami berasa begitu sedih. Dia kelihatan seperti ingin menunjuk-nunjuk. Tetapi dia lelaki baik.”

Menurut Siegel, Archbold tidak menunjukkan tandasakit sebelum pertandingan.

Michael Adams, Profesor Entomology di Universiti California, Riverside, berkata, dia tidak pernah mendengar orang mati selepas memakan lipas.

“Kecuali lipas berkenaan tercemar bakteria atau patogen lain, saya tidak fikir lipas tidak selamat dimakan.

“Memang ada orang yang alah kepada lipas. Tetapi lipas atau serangga yang ada kaitan dengannya tidak ada toksin,” kata Adams.

Pegawai kini menanti keputusan bedah siasat untuk menentukan punca kematian Archbold. - DM

'via Blog this'

Mahkamah Agung gantung perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Siber

myMetro | Mahkamah Agung gantung perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Siber:

MANILA: Mahkamah Agung Filipina, menggantung Undang-Undang Jenayah Siber disebabkan protes besar-besaran di Internet kerana bimbang undang-undang itu akan menyekat kebebasan Internet.
Setiausaha Keadilan, Leila de Lima berkata, “perintah halangan sementara” dikeluarkan oleh Mahkamah Agung, semalam. 
Perintah mahkamah itu menyebabkan undang-undang itu tidak boleh dilaksana sehingga perintah seterusnya dikeluarkan tanpa memberi penghakiman segera mengenai kesahannya.

“Perintah halangan sementara yang dikeluarkan oleh Mahkamah Agung adalah sebagai menjalankan kuasa kajian semula kehakiman. Kami menghormati dan akan mematuhi perintah itu,” kata Leila kepada pemberita.

“Kami akan terus memberi sokongan untuk ruang siber yang selamat dan penahanan jenayah terancang,” katanya.

Lima belas anggota Mahkamah Agung mengadakan mesyuarat tertutup untuk membincangkan petisyen mengharamkan Akta Jenayah Siber, tetapi jurucakapnya enggan memberi komen mengenai laporan yang dikeluarkan oleh Leila bahawa perintah injunksi telah dikeluarkan.

Undang-undang yang dikuatkuasa minggu lalu dibuat untuk menangani jenayah siber bukan kontroversi seperti penipuan, pencurian identiti, penghantaran Spam dan pornografi kanak-kanak. - Manila Times

'via Blog this'

TV mudarat kanak-kanak

myMetro | TV mudarat kanak-kanak:

LONDON: Ibu bapa perlu mengurangkan secara ketara jumlah waktu anak mereka menonton televisyen atau melarang mereka sama sekali jika berusia kurang daripada tiga tahun, kata pakar psikologi terkemuka, semalam.
Dr Aric Sigman berkata, mengehadkan jumlah waktu golongan muda berada di depan televisyen memberi kesan positif kepada kesihatan, tumbesaran dan kehidupan mereka.

Katanya, menjelang usia tujuh tahun, seseorang budak yang lahir pada zaman ini didapati menghabiskan masa bersamaan setahun di depan televisyen.
“Secara perbandingan, masa mereka menonton televisyen adalah lebih lama daripada masa mereka mengikuti pembelajaran di sekolah,” katanya. Menurut Sigman, meluangkan masa untuk permainan video, komputer, televisyen, telefon pintar dan komputer riba dikaitkan dengan masalah obesiti serta meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular atau diabetes.

Katanya, secara purata, setiap seorang kanak-kanak terdedah kepada lima skrin berbeza bagi setiap rumah. Sigman berkata, masa yang banyak diluangkan untuk televisyen turut menjejaskan daya tumpuan serta pelbagai kesukaran psikologi.

“Mengurangkan jumlah waktu harian menonton bagi kanak-kanak dan melewatkan usia untuk mereka mengenali televisyen boleh memberi kesan besar kepada kesihatan serta kehidupan,” katanya. Sigman berkata, jumlah masa menonton turut memberi kesan negatif kepada tahap perkembangan hubungan sosial kanak-kanak.
Menurut Sigman, ramai ibu bapa menggunakan ‘pelayan bayi elektronik’ - istilah merujuk kepada televisyen dan alat permainan - untuk mengawal pergerakan anak masing-masing.

'via Blog this'

Jualan kenderaan Toyota, Honda di China merudum

myMetro | Jualan kenderaan Toyota, Honda di China merudum: "TOKYO: Jualan kenderaan Toyota dan Honda menjunam di China sepanjang September lalu ketika sentimen anti-Jepun merebak ekoran pertikaian wilayah antara kedua-dua negara.

Menurut Toyota Motor Corp semalam, jualan kenderaan baru di China menurun 48.9 peratus bulan lalu berbanding 2011 menjadi 44,100 unit.


Honda Motor Co pula menyatakan, jualan mereka pada September merudum 40.5 peratus kepada 33,931 unit. - AP"

'via Blog this'

11 lagi maut di selatan Thai

myMetro | 11 lagi maut di selatan Thai: "BANGKOK: Militan Islam disyaki menembak mati 11 orang, termasuk tiga renjer separa tentera dalam satu hari di selatan Thailand, kata polis, semalam.

Anggota renjer itu diserang hendap ketika menaiki trak pikap dalam perjalanan pulang di wilayah Pattani, di mana keganasan lapan tahun menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban.
Pada hari yang sama, empat penoreh getah beragama Buddha mati ditembak dalam dua kejadian berasingan di Pattani dan dua lagi lelaki Islam dibunuh dalam satu serangan berkenderaan di wilayah Yala, kata polis.

Dua penjual sayur juga ditembak mati di wilayah Songkhla yang sebelum ini sunyi daripada keganasan sehinggalah beberapa serangan dalam tahun ini, termasuk beberapa bom kereta pada April lalu yang menyebabkan 15 maut.


Serangan berterusan yang kompleks ini untuk mendapatkan wilayah autonomi berterusan di Thailand, di wilayah bersempadan dengan Malaysia sejak 2004. Serangan bom dan senjata yang berlaku hampir setiap hari telah meragut 5,3000 nyawa dari kedua-dua komuniti Buddha dan Islam.


Ogos lalu, pihak berkuasa berkata, mereka mengadakan rundingan damai dengan beberapa kumpulan pemisah Islam bertentangan polisi sebelum ini berikutan serangan yang semakin menjadi-jadi. - BP"

'via Blog this'

Filem satira singgung orang India diharam di Singapura

myMetro | Filem satira singgung orang India diharam di Singapura:

SINGAPURA: Kerajaan Singapura mengharamkam penayangan filem satira tempatan, tiga hari sebelum pelancarannya kerana ia didapati menyinggung penduduk minoriti India, kata pemerhati media, semalam.
Kenyataan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) berkata, “Seks.
Keganasan. Nilai Kekeluargaan.” pada mulanya dinilai sesuai untuk penonton berusia 18 tahun ke atas tetapi panel rujukan membuat kesimpulan satu daripada tiga cerita dalam filem bebas sepanjang 47 minit itu tidak sesuai untuk tontonon umum.

“Majoriti anggota panel merasakan filem itu tidak sepatutnya disiarkan kepada umum kerana melibatkan rujukan perkauman yang dianggap memperkecilkan dan menyinggung perasaan orang India.” 
Kenyataan itu turut menyebut, pemilik filem itu boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Rayuan Filem. 
Laman promosi filem itu di Facebook memuat naik kenyataan pengharaman filem berkenaan semalam dan menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap MDA dan meminta warga Singapura diberi kebenaran untuk menilai sendiri filem itu.

Walaupun diharamkan, treler filem tempatan yang memaparkan aktor Adrian Pang mengejek aktor dari keturunan India dalam cerita yang bertajuk “Porn Masala”, masih boleh ditonton dalam laman web rasmi filem itu, semalam. - Straits Times

'via Blog this'

Yahudi musnah pokok zaitun

myMetro | Yahudi musnah pokok zaitun: "NABLUS: Lebih 70 pokok zaitun milik penduduk Palestin berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat dimusnahkan dalam serangan yang dipercayai dilakukan penduduk Yahudi.

Penduduk Kampung Qaryut, 15 kilometer ke selatan Nablus berkata, penduduk Yahudi di penempatan di Eli, bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan.


“Lebih 70 pokok zaitun ditebang oleh penduduk itu di tanah berhampiran penempatan Eli,” kata Ketua Kampung, Abdel Nasser Qaryuti.

Tidak ada siapa yang menyaksikan kejadian itu tetapi katanya, penduduk kampung menjadi sasaran serangan serupa daripada masyarakat Yahudi itu sebelum ini. Tentera Israel tidak dapat mengesahkan kejadian yang berlaku pada hari pertama penuaian buah zaitun.


Ia masa yang sering digunakan oleh penduduk Yahudi itu untuk meningkatkan serangan terhadap petani Palestin dan tanaman mereka.


Angka yang dikeluarkan tahun lalu oleh kumpulan bantuan antarabangsa, Osfam, menunjukkan terdapat 9.5 juta pokok zaitun di Tebing Barat. Hasil daripada pokok itu menjadi sumber pendapatan penting petani Palestin.

Penuaian zaitun menyumbang kira-kira AS$100 juta kepada sebahagian kepada penduduk Palestin. - AFP"

'via Blog this'

Guru wanita Saudi buka pusat asuhan di sekolah

myMetro | Guru wanita Saudi buka pusat asuhan di sekolah: "MANAMA: Guru di Arab Saudi meneruskan rancangan mereka untuk membuka pusat asuhan kanak-kanak di sekolah mereka supaya “tidak merasa bimbang ketika menjalankan tugas.”

Langkah itu dibuat selepas meminta Kementerian Pendidikan membantu memudahkan guru sekolah selepas kes pembunuhan anak guru sekolah berusia empat tahun, oleh pembantu rumahnya, bulan lalu.
Dalam petisyen dan kempen mereka di Internet, guru wanita berkata, mereka tidak lagi merasa selesa meninggalkan anak bersama pembantu rumah dan meminta pusat asuhan kanak-kanak atau tadika dibuka di sekolah.

Namun begitu, ada guru yang dilaporkan tidak mahu menunggu dan mengadakan pusat asuhan kanak-kanak di sekolah mereka dengan bantuan pihak pengurusan sekolah.


Usaha itu mendapat sokongan daripada pihak pengetua sekolah."

'via Blog this'

Israel tempatkan Patriot di Haifa

myMetro | Israel tempatkan Patriot di Haifa: "BAITULMAQDIS: Israel menempatkan senjata penangkis peluru berpandu, Patriot, berhampiran Haifa, bandar pelabuhan di utara negara itu.

Media Israel melaporkan demikian semalam, dua hari selepas sebuah dron yang tidak dikenali menceroboh ruang angkasa negara Yahudi itu.


Seorang jurucakap tentera mengesahkan, senjata buatan Amerika Syarikat itu ditempatkan berhampiran Haifa tetapi enggan mengakui langkah itu berkait dengan pencerobohan Sabtu lalu.

Seorang pegawai pertahanan berkata, ia bukan kali pertama Patriot ditempatkan berhampiran Haifa.


Pesawat tentera rejim itu menembak jatuh dron tanpa senjata terbabit di Padang Pasir Negev selepas ia memasuki ruang angkasa negara itu dari Laut Mediterranean berhampiran Semenanjung Gaza.


Tentera rejim itu berkata, ia tidak percaya dron berekanaan dilancarkan dari Gaza. - Reuters"

'via Blog this'

Iran boleh hasilkan bom atom 10 bulan lagi?

myMetro | Iran boleh hasilkan bom atom 10 bulan lagi?: "WASHINGTON: Iran mungkin berupaya menghasilkan uranium gred senjata secukupnya dalam masa dua hingga empat bulan lagi.

Pakar berkata, negara itu akan memerlukan tambahan lapan hingga 10 bulan lagi untuk membuat bom atom dengan menggunakan bahan berkenaan.


Pengarang laporan terbaru mengenai program nuklear Republik Islam itu berkata, Teheran mencapai kemajuan dalam kerja pengayaan uranium. Menurut mereka, pemeriksa senjata Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh mengesan sebarang cubaan untuk membuat bom atom itu ketika ‘tahap puncak.’ Laporan yang dikeluarkan oleh Institut Sains dan Keselamatan Antarabangsa mendedahkan anggaran simpanan uranium dan kadar pengayaan bahan itu berdasarkan pemeriksaan program nuklear Iran oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). - AFP"

'via Blog this'

Romney tak akan beri muka kepada Putin

myMetro | Romney tak akan beri muka kepada Putin: "LEXINGTON: Calon Parti Repulikan dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Mitt Romney berkata, beliau tidak akan bertolak-ansur dengan pemimpin Russia, Vladimir Putin mengenai pertahanan peluru berpandu sekiranya menang pilihan raya itu.

“Saya akan melaksanakan sistem pertahanan peluru berpandu yang berkesan untuk melindungi daripada ancaman.


“Saya tidak akan bertolak- ansur dengan Vladimir Putin mengenai perkara ini,” kata Romney ketika berucap mengenai dasar luar di Virginia, empat minggu sebelum pilihan raya berlangsung.

Romney merujuk kepada kenyataan Presiden Barack Obama kepada Presiden Russia sebelum ini, Dmitry Medvedev bahawa beliau akan mempunyai kuasa tolak ansur lebih besar untuk berunding mengenai pertahanan itu sekiranya memenangi semula pilihan raya November depan.


Rancangan pertahanan peluru berpandu di Eropah yang mendapat sokongan Nato mencetuskan kemarahan Moscow.


Russia mahu jaminan bahawa sistem itu tidak akan mensasar atau digunakan terhadapnya pada bila-bila masa.

Nato berkata, sistem itu tidak mensasarkan Russia. Ia bertujuan menangkis ancaman dari Asia Barat, khususnya Iran. - AFP"

'via Blog this'

Aktivis kanak-kanak Pakistan cedera ditembak

myMetro | Aktivis kanak-kanak Pakistan cedera ditembak:

PESHAWAR: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak aktivis hak asasi kanak-kanak ketika remaja belasan tahun itu menaiki bas sekolah di Swat, bekas kubu kuat Taliban, semalam.
Malala Yousafzai, 14, mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana mendedahkan keganasan Taliban di wilayah berkenaan dengan menulis blog untuk Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Dia menerima Anugerah Keamanan Kebangsaan, yang julung kali diadakan, daripada kerajaan Pakistan tahun lalu di samping dicalonkan untuk Hadiah Keamanan Kanak-Kanak Antarabangsa oleh Yayasan KidsRight pada 2011.
“Malala menaiki bas sekolah untuk pulang apabila dua lelaki melepaskan tembakan, menyebabkan dia dan seorang rakannya cedera,” kata pegawai polis tempatan, Rasool Shah.

Menteri Penerangan Wilayah, Mian Iftikar Hussain mengesahkan kejadian yang berlaku di Mingora, bandar utama Swat. Beliau menuduh pengganas bertanggungjawab. Malala ditembak didahi dan dihantar ke Peshawar untuk dirawat.

Keadaannya bagaimanapun stabil, kata Doktor Taj Mohammed di Kompleks Perubatan Saidu Sharif di Mingora. - AFP

'via Blog this'

Tomato kurangkan risiko angin ahmar

Berita Harian | Tomato kurangkan risiko angin ahmar:
Pengambilan buah, sayur beri kesan lebih baik: Kajian

Washington: Tabiat memakan buah tomato secara berterusan boleh mengurangkan risiko mendapat angin ahmar, menurut salah satu kesimpulan kajian yang disiarkan kelmarin. 

Secara umum, kajian itu menyatakan, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran memberi kesan lebih baik kepada anggota badan. 

Faktor utama mengurangkan risiko kena angin ahmar ialah kehadiran unsur antioksida kuat iaitu ‘lycopene,’ menurut kajian penyelidik Finland dalam jurnal Neurology. 


Kesimpulan penyelidikan itu adalah berdasarkan daripada data daripada lebih 1,000 lelaki pertengahan umur yang terbabit dalam kajian selama 12 tahun. 

Ia menunjukkan bahawa lelaki yang memiliki kadar ‘lycopene’ tinggi dalam darah mereka mempunyai peluang 55 peratus lebih rendah untuk diserang angin ahmar. 

Kurangkan risiko 

"Kajian ini memperkukuh bukti bahawa diet yang memberi tumpuan kepada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko serangan angin ahmar,” menurut penulis kajian, Jouni Karppi dari Universiti Eastern Finland di bandar Kuopio. 
Sementara itu, di kalangan 258 lelaki dengan tahap terendah ‘lycopene’ dalam darah, hampir satu dalam 10 diserang angin ahmar. Tetapi, di kalangan 259 peserta yang mempunyai kandungan antioksida tinggi, ia menjadi satu setiap 25 orang. 

Hubung kait antara tahap ‘lycopene’ dan risiko angin ahmar adalah lebih kuat apabila penyelidik hanya mengkaji angin ahmar yang disebabkan oleh darah beku. 

Peserta dengan tahap ‘lycopene’ tertinggi mempunyai 59 peratus risiko lebih rendah mendapat serangan angin ahmar berpunca daripada darah beku dibandingkan lelaki yang memiliii kadar antioksida terendah. 

Secara keseluruhannya, 67 lelaki mendapat serangan angin ahmar sepanjang tempoh kajian. - AFP
'via Blog this'

Dua kastam dihukum mati

Berita Harian | Dua kastam dihukum mati:

Nazni (kiri) dan Ismail (kanan) diiringgi anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar, semalam.Nazni (kiri) dan Ismail (kanan) diiringgi anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar, semalam.
Alor Setar: Dua pegawai penguat kuasa Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas masing-masing didapati bersalah mengedar 6,705 gram dadah jenis kanabis di Padang Besar, Perlis, tahun lalu. 

Pendakwa buktikan kes prima facie

Hukuman itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab, selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh, Ismail Mansor, 43 dan Nazni Seman, 48. 
Berdasarkan pertuduhan, Ismail dan Nazni yang masing-masing bertugas di Kuala Perlis didakwa melakukan kesalahan itu di tapak letak lori sebuah kilang simen di Bukit Keteri, dekat Padang Besar, Perlis kira-kira jam 9.30 malam pada 27 April 2011. 

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Watak Ravi wujud dalam keterangan pembelaan

Mohd Zaki ketika membacakan penghakimannya mengenal pasti satu watak dikenali sebagai Ravi dalam keterangan pihak pembelaan sebagai wujud, tetapi mempunyai peranan berlainan daripada yang didakwa. 

Beliau berkata, pihak pembelaan dalam keterangannya mendakwa sebuah kotak berisi dadah di dalam kereta milik tertuduh pertama, dibawa oleh Ravi yang turut berada di dalam kereta berkenaan ketika kejadian. 

Berdasarkan keterangan, katanya kedua-dua tertuduh mendakwa tidak tahu kandungan kotak berkenaan yang ketika itu sedang dibawa ke satu lokasi untuk diserahkan kepada seseorang. Bagaimanapun sebelum sampai ke lokasi dimaksudkan Ravi turun dari kenderaan dan meninggalkan kotak dibawanya di dalam kereta terbabit. 
Peranan sesuatu yang diada-adakan

“Saya dapati walaupun watak ini (Ravi) wujud, berdasarkan keterangan pihak pembelaan dan pendakwaan saya juga dapati peranan dimainkan oleh Ravi ini adalah sesuatu yang diada-adakan. 

“Berikutan itu mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati,” katanya. 

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya, Azhar Mokhtar, manakala pihak pembelaan diwakili Peguam, Y Anbananthan.
'via Blog this'

Cerita hantu punca sakit jiwa kronik

Berita Harian | Cerita hantu punca sakit jiwa kronik:
Ipoh: Pelbagai cerita hantu, mistik dan seram yang berleluasa dikenal pasti antara punca banyak kes sakit mental yang sepatutnya boleh dirawat pada peringkat awal, gagal dirujuk ke pakar perubatan sehingga sukar diubati. 

Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh, berkata paparan cerita seumpama itu mempengaruhi fikiran masyarakat hinggakan tanda penyakit mental yang ditunjukkan seseorang dianggap gangguan makhluk halus dan mengutamakan khidmat dukun serta pengamal perubatan tradisional. 
“Cerita sebegini yang sering ditayangkan di televisyen, filem dan bahan bacaan mewujudkan stigma masyarakat mengenai sakit disebabkan gangguan hantu hingga ada yang trauma dan hanya dirujuk ke hospital apabila penyakit menjadi kronik,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Kesihatan Mental Perak Kesembilan di sini, semalam. 


Persidangan dua hari bermula semalam itu dirasmikan Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Nordiyanah Hassan. 

Tak nafi dunia jin

Dr Rabaiah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan kewujudan dunia jin dalam kepercayaan agama lantas membenarkan rawatan tradisional serta perubatan Islam dilakukan sebagai pelengkap rawatan. 

Katanya, penyakit mental boleh diubati jika dirujuk ke hospital dari peringkat awal bagi membolehkan pesakit menerima rawatan sesuai dan dapat meneruskan kehidupan normal. 

Beliau berkata, orang ramai yang mendapatkan rawatan penyakit mental kini meningkat kepada maksimum 10 kes baru didaftarkan sehari berbanding antara dua hingga tiga sehari pada 2007. 
Sementara itu, Dr Nordiyanah berkata, banyak kajian menunjukkan pertalian rapat antara penyakit mental dan fizikal seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung dan angin ahmar, selain berisiko menghidap diabetes. 

Serangan jantung

“Penyakit kerisauan mendedahkan individu kepada penyakit jantung koronari, angin ahmar, gangguan sistem pernafasan seperti asma serta berisiko mengidap penyakit kronik lain berkaitan sistem penghadaman,” katanya. 

Katanya, stigma dan diskriminasi masyarakat menyebabkan ada pesakit jiwa enggan mendapatkan rawatan psikiatri kerana takut dicemuh tidak siuman terutama jika pernah mendapat rawatan di hospital mental.
'via Blog this'

11 lagi maut di selatan Thai



Bangkok: Pemisah kelmarin disyaki menembak mati 11 orang termasuk tiga renjer yang sedang melakukan rondaan dalam sebuah trak di wilayah Pattani, selatan Thailand.

Selain itu, pihak polis melaporkan, empat penoreh getah beragama Buddha ditemui mati dalam dua jadian berbeza pada hari yang sama di Pattani manakala dua lelaki Muslim maut kena tembak di wilayah Yala.
Dua peniaga sayur juga ditembak mati berdekatan wilayah Songkhla yang jarang berlaku keganasan sehingga beberapa serangan berlaku awal tahun ini, termasuklah beberapa pengeboman kenderaan yang meragut 15 nyawa, April lalu.

Tuntut lebih autonomi

Pemisah menuntut diberi autonomi lebih meluas sejak pemberontakan bermula pada 2004 menyebabkan penganut Buddha dan Islam antara 5,300 nyawa, kebanyakannya terkorban dalam insiden letupan dan tembakan.

Ogos lalu, pihak berkuasa berkata, mereka mengadakan rundingan damai tidak rasmi dengan beberapa kumpulan pemisah yang dianggap tindakan mengubah dasar berikutan peningkatan dalam serangan.

Tolak penyelesaian

“Ada di kalangan militan menolak penyelesaian secara aman dan mengambil peluang untuk melakukan keganasan untuk menakutkan penduduk,” kata jurucakap tentera di selatan, Kolonel Pramote Prom-in.

“Kami sedang mencari jalan untuk menghalang keganasan ini. Setakat ini kami masih belum menemuinya,” ujar beliau.
Militan di selatan Thai bukan sebahagian daripada gerakan jihad global tetapi memberontak kerana diskriminasi terhadap etnik Melayu Islam oleh kerajaan Thailand dan pencabulan hak asasi oleh tentera.

Dalam perkembangan lain, Perkhidmatan Penyiaran Kebangsaan Thailand (NBT) akan menukar siaran menggunakan dialek Melayu di televisyen dan stesen radio di selatan Thai mulai tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nivatthamrong Boonsongpaisal.

Pada masa ini, stesen NBT di selatan Thai hanya menyiarkan program dialek Melayu beberapa jam sehari saja, lapor The Nation.

Nivatthamrong berkata, beliau akan mengarahkan stesen berkenaan menyiarkan rancangan dalam bahasa Melayu setiap masa mulai Januari 2013. Pejabat Nivatthamrong bertanggungjawab beroperasi di bawah NBT dan Jabatan Hal Ehwal Awam kerajaan. - AFP


Pemberontak Syria kuasai bandar strategik

Kosmo! Online - Terkini: "
10/10/2012 3:38am

BEIRUT - Pemberontak Syria menguasai Maaret al-Numan, bandar strategik wilayah Idlib yang menghubungkan antara Damsyik dan bandar kedua terbesar Syria, Aleppo, semalam.

Pengarah Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, kesemua tentera kerajaan telah berundur daripada hampir kesemua pos kawalan mereka kecuali di pintu masuk utama ke bandar.

Sementara itu di Damsyik, tentera kerajaan mendakwa mereka mula memasuki daerah Khaldiyeh yang dikuasai pemberontak, semalam.

Dalam perkembangan berlainan, Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria, Lakhdar Brahimi akan pergi ke Syria bagi memujuk kerajaan Presiden, Bashar al-Assad mengadakan genjatan senjata bagi konflik yang telah berlarutan selama 18 bulan itu. - AFP/REUTERS"

'via Blog this'

Roh si mati dihiburkan penari wanita

Kosmo! Online - Dunia:



SEORANG penari wanita menari di sebuah kuil di daerah Taoyuan, utara Taiwan pada 31 Ogos lalu.- AFP


TAOYUAN, Taiwan - Beberapa wanita Taiwan yang bekerja sebagai penari separuh bogel, membuat persembahan di atas pentas untuk menenangkan roh si mati yang disaksikan penonton lelaki, wanita dan kanak-kanak pada satu festival keagamaan.
"Saya perlu melakukannya untuk meneruskan hidup," kata salah seorang wanita itu En En seperti dilaporkan agensi berita AFP semalam.
En En, 18, hanya memperoleh pendapatan sebanyak AS $100 (RM307) untuk setiap aksinya.
Beberapa penonton lelaki akan memberikannya wang jika mereka menyentuh tubuh penari itu.
Seorang lagi wanita, Chiang Pei-ying mengembara ke serata Taiwan bersama bapa dan dua beradiknya untuk menghiburkan penonton serta roh si mati.
Seorang pegawai di Kuil Wu Fu, Chen Chung-hsien berkata, kumpulan penari itu menjadi daya penarik untuk orang ramai pada festival tersebut.
Kuil itu mengamalkan ajaran Taoisme.
Ia merupakan ajaran agama dan falsafah yang berdasarkan doktrin Lao Tze pada abad keenam Sebelum Masihi.
Ajaran itu menganjurkan agar manusia menjalani kehidupan yang sederhana dan jujur sesuai dengan kehendak alam. - Agensi

'via Blog this'

Majlis kahwin mewah ditegah

myMetro | Majlis kahwin mewah ditegah: "HANOI: Pihak berkuasa Vietnam melarang anggota Parti Komunis di bandar raya ini daripada menganjurkan majlis perkahwinan mewah, ekoran kecaman rakyat mengenai upacara perkahwinan besar-besaran.

Bilangan tetamu dihadkan kepada 600 orang untuk kedua-dua belah keluarga dan lokasi mewah seperti hotellima bintang perlu dielakkan, menurut notis di laman web rasmi bandar raya Hanoi semalam.


Majlis perkahwinan mewah yang dianjurkan anggota parti menimbulkan “kemarahan di kalangan rakyat dan menjejaskan imej peribadi anggota parti,” lapor kenyataan itu.

Kerajaan autoritarian Vietnam yang melancarkan kempen anti-rasuah beberapa bulan lalu, berusaha untuk menangani ketidakpuasan hati rakyat ekoran ekonomi yang lemah dan beberapa siri skandal membabitkan pegawai tinggi kerajaan. Majlis perkahwinan yang mewah perkara biasa di Vietnam dengan senarai tetamu sering kali mencapai 1,000 orang. Sesetengah anggota parti bertanya sama ada pihak berkuasa akan menguatkuasakan peraturan baru.


“Pihak berkuasa Vietnam bijak mengusul undang-undang tetapi sama ada ia dilaksanakan dan dipatuhi adalah cerita berbeza,” kata seorang anggota parti berusia 43 tahun yang enggan dikenali. - AFP"

'via Blog this'

Warga Singapura banjiri Kepulauan Riau untuk korban

myMetro | Warga Singapura banjiri Kepulauan Riau untuk korban: "JAKARTA:Kepulauan Riau kini bersedia menerima kehadiran ramai orang Islam warga Singapura untuk melakukan korban haiwan sempena sambutan Aidiladha, di mana mereka menghadapi kekurangan haiwan untuk korban di negara sendiri.

Ketua Pejabat Tempatan Kementerian Hal Ehwal Agama di Riau, Hendarlin Umar berkata, ada warga Singapura telah menempah lembu atau kambing dari masjid di Batam, Bintan dan Karimun.
Timbalan Pengarah Masjid Besar di Batam, Syarifuddin berkata, warga Singapura gemar menyambut perayaan Aidiladha di Batam kerana ia dekat dengan negara itu. - JP. "

'via Blog this'

Raja Dangdut dicalon bertanding pilihan raya Presiden 2014

myMetro | Raja Dangdut dicalon bertanding pilihan raya Presiden 2014: "AKARTA: Satu sidang pleno Persatuan Ahli Muzik Melayu Indonesia (PAMMI) melantik Raja Dangdut, Rhoma Irama, untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden 2014.

Beberapa cawangan PAMMI yang lain, dalam satu kenyataan yang dibuat pada mesyuarat pleno itu berkata, mereka akan menyokong pencalonan Rhoma.
Pengerusi PAMMI cawangan Sumatera Selatan, John Hadi berkata, “Dalam mesyuarat ini kami mahu sepakat dan akan menyokong (penamaannya sebagai calon).”

Begitu juga Pengerusi PAMMI cawangan Jakarta, Laras Sugianto yang berkata dalam satu mesyuarat dalaman, majoriti anggota menyokong cadangan berkenaan.


“Anggota PAMMI cawangan Jakarta, menyokong pencalonan beliau,” kata Laras.


Namun begitu, katanya, Rhoma perlu mencari parti politik bagi membolehkan dia bertanding. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Rhoma mempunyai hubungan rapat dengan Parti Persatuan Pembangunan (PPP). - tribunnews"

'via Blog this'