Thursday, July 10, 2014

Perang bukan jalan penyelesaian

Hadi Awang
Hadi Awang
SHAH ALAM – Presiden Pas Pusat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membantah sekeras-kerasnya ke atas negara Iraq dan Syria yang memilih perang bagi menyelesaikan masalah.

Menurutnya, sebagai negara Islam, pemimpin di kedua-dua negara tersebut haruslah mengambil pendekatan dan  mengamalkan pendekatan demokrasi menerusi pilihanraya bagi menghadapi masalah dalaman negara.

“Pas mengambil pendekatan demokrasi menerusi pilihanraya dan inilah pendekatan yang kita perkenalkan kepada semua rakan dalam gerakan Islam di seluruh dunia. Pendekatan ini adalah yang terbaik pada masa ini negeri umat Islam sendiri dengan menekankan prosesnya secara damai dan demokrasi.

“Ini jugalah yang saya tekankan dalam ucapan saya kepada kepimpinan parti–parti berteraskan Islam di negara lain dalam persidangan anjuran Economic and Social Researches Center di Turki pada bulan lepas,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, langkah yang diambil Syria dan Iraq bukan hanya salah malah ianya juga didapati bercanggah dengan konsep jihad dalam al-Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh para khualafa di sepanjang zaman.

“Para Khulafa' ar-Rasyidin, zaman Amawiyah (Umayyah), zaman Abbasiyah dan zaman Uthmaniyyah, kesemua mereka menyelesaikan masalah dalaman umat, dan pendekatan perang adalah terakhir dan sangat berhemat,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut melarang tegas mana-mana ahlinya daripada terlibat dengan mana-mana gerakan militan yang berkait dengan keganasan antara Syria dan Iraq.

“Pas tidak mengizinkan mana-mana ahli terlibat dengan kumpulan-kumpulan radikal sama ada di luar negeri ataupun di dalam negeri. Sekiranya didapati ada, maka kita tidak teragak-agak akan mengambil tindakan dengan memecat mereka daripada keahlian Pas,” tegasnya.

Brazil kalah kerana sumpahan rakyat sendiri


http://yongsukakuning.blogspot.com | .

BRAZIL KALAH KERANA SUMPAHAN RAKYATNYA SENDIRI (VIDEO) (UPDATE)

 
Tahniah kepada Germany
 
Takziah kepada Brazil
 
7-1 bukan satu kekalahan yang termasuk dalam kategori "nasib malang."
 
Ia kekalahan yang memalukan tuan rumah.
 
Macam-macam komen timbul setelah Brazil kalah. Yang mengkomen termasuk PM 1Malaysia:

SUMBER

 
 
 
 
 
 
 
 
Betul. Kepimpinan Brazil memang hampeh.
 
250,000 warga Brazil tinggal yang dalam keadaan setinggan merempat diusir demi bola sejak tahun 2007!
 
Golongan ini adalah terpinggir, berkulit hitam, miskin, hidup tanpa saluran air, litrik dan juga sistem pembentungan. Golongan yang rendah harga diri serta diselubungi kesedihan, terasing dan jiwa yang memberontak. 
 
Kerajaan Brazil kata kawasan setinggan ini menjadi sarang berbagai jenayah, khususnya pengedaran dadah.
 
Lalu mereka diperhambat dengan kuasa polis yang bersenjata. 
 
Baca kisahnya di sini dan di sini.
 
Pesta bola-sepak diiringi dengan tangisan dan sumpahan mereka yang dicampak ke jalanan!
 
 
 
 
Jadi, apakah pengajaran yang Pemimpin Malaysia harus pelajari?
 
Adakah menghukum pengemis dan pemberi sedakah serta nafikan makanan buat geladangan itu sebuah kepimpinan?
 
Adakah meruntuhkan rumah-rumah setinggan tanpa penyelesaian bersepadu itu juga contoh sebuah kepimpinan?
 

Itu cuma dua contoh kepimpinan bagi sebuah kementerian di Malaysia.
 
Belum lagi kita masukkan kelemahan kepimpinan menangani masalah pencerobohan di Lahad Datu, kehilangan pesawat penumpang MH370, kemalangan ngeri bas-bas penumpang, banjir dahsyat di Pahang, tanah runtuh, bangunan runtuh, jalan berlubang, etc...etc...

Belum lagi kita lihat masalah kemiskinan, kenaikan harga barang...etc...etc...

Belum lagi kata dalami masalah gila hiburan, penagihan dadah, bunuh anak, zina, arak dan judi di kalangan orang Melayu yang beragama Islam....

Belum lagi kta semak masalah kelemahan tadbir-urus, ketirisan, pembelian barangan dengan harga melampau dan sebagainya...

Belum lagi kita selidik punca kejatuhan ranking universiti...

dan lain-lain...
 
Malaysia sendiri penuh dengan pemimpin yang lemah dari segi kepimpinan. Berani kita mengata Brazil?

UPDATE: Kalau betul ini Yong beri thumbs-up, walaupun ia sementara.
LEBIH BAIK DARI IDEA MENTERI WILAYAH (BERITA HARIAN)
















# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Rafizi: Langkah Kajang ‘igauan ngeri’ Umno

Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menegaskan bahawa Umno cuba memperbesar-besarkan Langkah Kajang dalam konotasi negatif kerana takut langah tersebut terlaksana.

Rafizi berkata, adalah sangat pelik untuk Umno terlalu mengambil berat mengenai Langkah Kajang sehingga hampir setiap hari langkah itu hangat diperbincangkan dan keluar di televisyen serta surat khabar.

“Umno ambil berat dalam Pakatan Rakyat (PR)… peliknya, selalunya Umno 100 peratus akan tepuk tangan jika PR menghadapi masalah, tetapi Langkah Kajang ini Umno setiap hari bincang.

“Perbincang mereka ini bukan apa, mereka risau kalau Langkah kajang terlaksana…sebab itu saya kata Langkah Kajang ini ‘igauan ngeri’ Umno,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Menjelas lanjut, Rafizi menegaskan bahawa idea Langkah Kajang adalah untuk melancarkan proses pentadbiran negeri Selangor.

“Langkah Kajang… semua orang faham untuk selesaikan pelbagai isu yang timbul di Selangor,” katanya.

Langkah Kajang diperkenalkan oleh Rafizi sendiri bermula daripada pilihan raya kecil di Kajang.

Idea langkah ini bertujuan untuk merangka strategi bagi menawan Putrajaya namun, langkah itu menerima pelbagai krtikan selepas dilihat lebih banyak mencetuskan ‘kerosakan’ daripada ‘kebaikan’.

Wanita New Zealand dedah identiti

Tania Rose Billingsley
Tania Rose Billingsley
WELLINGTON - NEW ZEALAND. Wanita New Zealand yang mendakwa diplomat Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail melakukan serangan seksual di kediamannya akhirnya tampil mendedahkan identitinya kepada umum menerusi wawancara bersama stesen televisyen tempatan, semalam.

Tania Rose Billingsley, 21, membuat pendedahan itu selepas Mahkamah Daerah Wellington menarik balik sekatan ke atas identitinya yang dilindungi mengikut undang-undang negara tersebut.

Ketika diwawancara stesen TV terbabit, Billingsley tidak menceritakan dengan lebih terperinci mengenai insiden menggemparkan itu, sebaliknya dia hanya menyatakan rasa tidak puas hati kerana Rizalman dibenarkan meninggalkan New Zealand.

Pada 9 Mei lalu, diplomat Malaysia itu ditahan dan dihadapkan ke mahkamah sehari selepas itu atas dakwaan melakukan serangan seksual dan cubaan untuk memecah masuk rumah mangsa.

Bagaimanapun, beliau dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei lalu susulan daripada pertikaian beberapa isu diplomatik, dipetik dari laporan stuff.co.nz.

Buang ketumbuhan paling besar


Yang Jianbin, 37, dari wilayah Shanxi dilahirkan dengan tanda lahir yang berwarna gelap pada bahagian kanan belakang badannya. Ketika Yang berusia sembilan tahun, tanda lahir itu dikatakan mula membesar.

Apabila dia berusia 12 tahun, tanda lahir itu menjadi sebesar “penumbuk” dan dia menjalani pembedahan untuk membuangnya.
Bagaimanapun, ia membesar semula sehingga 110 kilogram.

Ketua jurubedah Chen Mingliang berkata Yang menderita penyakit Neurofibromatosis, masalah kecelaruan genetik yang menjejaskan pembesaran secara normal dan perkembangan sel tisu.

“Kami biasa melihat pesakit neurofibromatosis, tetapi yang ini paling besar pernah kami lihat,” katanya.
Foto
YANG sebelum menjalani pembedahan.
Foto
DOKTOR mengambil masa 16 jam untuk membuang ketumbuhan pada Yang.
Disebabkan ketumbuhan itu begitu besar, Yang terpaksa menghabiskan masa di atas katil setiap hari.

Sebelum pembedahan di lakukan, dia diberikan dua katil untuk menampung ketumbuhan selebar 1.2 meter itu, mewakili dua pertiga dari berat badannya.
Sembilan doktor mengambil masa 16 jam untuk membuang ketumbuhan gergasi itu.

Ketika dibedah, Yang menerima 5,000 mililiter darah, melebihi kandungan darah pada tubuh orang dewasa.

Kesihatan Yang dilaporkan semakin pulih dan dia dijangka keluar dari hospital hujung bulan ini.

Sementara itu, seorang kanak-kanak dilaporkan mempunyai ketumbuhan sebesar buah tembikai dan dijadual menjalani pembedahan sedikit masa lagi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Jokowi isytihar menang pilihan raya Presiden



JOKOWI (kiri) dan isterinya, Iriana menunjukkan jari mereka yang mempunyai kesan dakwat selepas membuang undi 
di sebuah pusat pengundian di Jakarta semalam.


JAKARTA - Calon Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo mengaku memenangi pilihan raya Presiden yang berlangsung semalam.
Bagaimanapun, seorang lagi calon Presiden yang juga pesaing Jokowi, Prabowo Subianto enggan mengaku kalah dengan menyatakan proses pengiraan undi masih berlangsung.
Jokowi membuat pengisytiharan menang itu selepas agensi-agensi pengiraan menunjukkan beliau menang dengan 53 peratus undi manakala Prabowo memperoleh 47 peratus undi.
"Joko Widodo (Jokowi) boleh diisytiharkan sebagai Presiden Indonesia dari tahun 2014 hingga 2019," kata Ketua Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputri yang meletakkan Jokowi sebagai calon Presiden Indonesia.
Pengiraan itu dibuat berdasarkan 90 peratus undi yang telah dikira.
"Kami mengucapkan terima kasih kerana Jokowi dan Jusuf Kalla (calon Naib Presiden) telah menang berdasarkan pengumuman pengiraan undi cepat," kata Jokowi.
"Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk Indonesia termasuk anggota-anggota parti yang bekerja keras dari waktu pagi sehingga malam," tambah Jokowi.
Dalam pada itu, bekas jeneral, Prabowo Subianto turut membuat pengisytiharan kemenangan selepas Jokowi yang merupakan Gabenor Jakarta membuat pengumuman tentang kemenangannya.
Menurut Prabowo, regu Naib Presidennya, Hatta Rajasa telah menerima sokongan dan mandat daripada penduduk Indonesia.
Menurutnya, institut-institut tinjauan pengiraan yang digunakan parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) menunjukkan mereka telah memenangi pilihan raya.
Naib Pengerusi Gerindra, Fadli Zon memberitahu agensi berita Reuters, keputusan muktamad pemenang pilihan raya itu akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 22 Julai ini.
Sekitar 190 juta pengundi keluar membuang undi pada pilihan raya Presiden di Indonesia.
Indonesia yang mempunyai kira-kira 240 juta penduduk merupakan negara demokrasi ketiga terbesar di dunia.
Pilihan raya Presiden semalam pula adalah yang ketiga diadakan sejak bekas Presiden, Suharto meletak jawatan selepas memerintah Indonesia selama 30 tahun.

SEORANG pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia memakai pakaian pengawal Kesultanan Yogyakarta membantu seorang pengundi (kiri) mengundi di sebuah pusat pengundian di Yogyakarta semalam.


Sebelum ini, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dilarang bertanding semula berdasarkan perlembagaan negara selepas beliau memerintah selama dua penggal.
Dalam pada itu, Jokowi, 53, dikenali sebagai seorang lelaki yang lemah lembut ketika berucap selain gemar memakai kasut kanvas, baju kasual serta mendengar muzik heavy metal.
Beliau juga popular dalam kalangan penduduk miskin kerana kerap melawat kawasan setinggan di sini untuk mendengar masalah mereka.
Subianto, 62, yang merupakan menantu Suharto, terkenal sebagai seorang pemimpin yang lantang ketika berpidato dan gemar memiliki kereta mewah.
Beliau memiliki sokongan kebanyakan parti Islam yang radikal tetapi mencetuskan kegusaran dalam kalangan pelabur asing berhubung dasarnya yang autoritatif.
"Ramai penduduk Islam Indonesia memilih Prabowo kerana beliau tegas dan dinamik, sekali gus dilihat mampu menangani dasar luar negara-negara jiran serta Amerika Syarikat," kata seorang penganalisis politik Indonesia, Ikrar Nusabhakti.
"Sebahagian lagi penduduk sukakan Jokowi kerana sifatnya yang merendah diri dan penyayang," tambahnya.
Pilihan raya Presiden ketiga itu menyaksikan pusat mengundi dibuka seawal pukul 7 pagi di tiga zon masa berbeza di Indonesia.
Pengundi di wilayah paling timur, Papua merupakan yang pertama membuang undi.
"Saya mengundi Jokowi," kata seorang wanita berusia 29 tahun, Shinta Marlina di sebuah pusat mengundi di Jakarta Tengah di sini.
"Kini masanya sudah tiba untuk kami memiliki seorang Presiden daripada kalangan kami (bukan golongan elit)," tambahnya yang merujuk kepada kesederhanaan Jokowi.
Kertas-kertas undi pula diangkut menggunakan pelbagai kenderaan bermotor seperti bot dan kuda.
Lebih 350,000 anggota polis dan 23,000 askar telah dikerahkan untuk mengawal keselamatan sepanjang proses mengundi berjalan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz371238XO4 
Hakcipta terpelihara