Saturday, June 27, 2015

Diketawakan akibat salahguna parkir OKU

Diketawakan akibat salahguna parkir OKU
Sedutan video yang dimuatnaik pada 24 Jun lepas.

AKIBAT salahguna parkir yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU), seorang pemandu diketawakan orang ramai selain tindakannya tersebut dirakam dan dimuatnaik ke laman Youtube.
 
Menurut sebuah video yang dimuatnaik pada 24 Jun lepas, pelekat kertas telah ditampal di seluruh kenderaan lelaki berkenaan sebagai tanda protes penyalahgunaan parkir khas OKU.
 
Lelaki berkenaan kelam kabut membuka pelekat tersebut untuk mengelakkan malu sebelum berlalu pergi.
 
Orang ramai yang berkumpul mentertawakan lelaki tersebut sepanjang kejadian tersebut berlaku.
 
Video tersebut yang sudah ditonton lebih 600,000 pelayar dikatakan dirakam di Maringa, utara Brazil.
 
Hampir seratus peratus pelayar mengkritik tindakan lelaki tersebut yang disifatkan mementingkan diri sendiri, biadab malah memandu kenderaan secara merbahaya.
 
"Lelaki tersebut patut disaman! Terlalu ramai orang yang menyalahgunakan parkir khas OKU!" kata Lorena, berasal dari Brazil.
 
"Kepada sesiapa yang menampal pelekat berkenaan, anda adalah perwira kami," kata Andre.
 
"Lelaki ini kini popular kerana sikapnya yang sangat teruk," kata Veronica Ojeda.

Bantah bina masjid

Bantah bina masjid
Beberapa penduduk memprotes rancangan pembinaan masjid di kawasan Maroochydore.

QUEENSLAND - AUSTRALIA . Kumpulan anti-Islam di Australia merancang mengadakan demonstrasi menentang rancangan pembinaan masjid di kawasan Maroochydore, hari ini.
 
Tindakan itu dilakukan selepas projek berkenaan diluluskan kerajaan tempatan, Selasa lalu.
 
Tahun lalu, komuniti Islam di Sunshine Coast membeli bangunan dua tingkat di Church Street dan telah membuat permohonan untuk menjadikannya sebagai sebuah masjid.
 
Susulan itu, kira-kira 200 orang membuat bantahan sambil melaungkan slogan anti-Islam.
 
Bagaimanapun, tindak-tanduk kumpulan terbabit dikecam bekas Perdana Menteri negeri Queensland ketika itu, Campbell Newman dan pemimpin pembangkang Annastacia Palaszczuk.
 
Sementara itu, Datuk Bandar Sunshine Coast, Mark Jamieson menjelaskan, permohonan oleh komuniti Islam berkenaan memenuhi syarat yang diperlukan.
 
"Saya sedar akan ada bantahan daripada penduduk setempat namun saya mahu menegaskan, kami dipilih bukan untuk menghalang kebebasan masyarakat di Australia," katanya.
 
Difahamkan, kelulusan itu adalah tertakluk kepada beberapa syarat antaranya mengehadkan bilangan jemaah serta tidak menimbulkan pencemaran bunyi. - ABC

Rayu naik tol lagi


Kenaikan selaras perjanjian konsesi

Yang Dipertua PSKLM, Datuk Ir.
Datuk Ir. Zainudin A. Kadir
KUALA LUMPUR 26 Jun - Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) memohon kenaikan kadar tol beberapa lebuh raya de­ngan kerajaan kerana perkara tersebut telah dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi.
Yang Dipertua PSKLM, Datuk Ir. Zainudin A. Kadir berkata, pihak­nya berjanji untuk memberi komitmen yang tinggi menambah baik serta menyelenggara kemudahan lebuh raya sedia ada jika kadar tol dinaikkan.
Katanya, keperluan untuk kenaikan tol wujud bukan sahaja kerana ketetapan jadual berkala dalam perjanjian, tetapi supaya ahli PSKLM dapat memenuhi obligasi kewa­ngan serta memberikan perkhidmatan selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya.
“Kami percaya usaha ini boleh dilakukan tanpa menimbulkan implikasi bebanan kewangan kepada kerajaan atau kesemua rakyat.
“Ini terutamanya apabila pendekatan konsep ‘user pay’ diguna pakai, iaitu pengguna yang menggunakan kemudahan itu sahaja dikenakan bayaran, tanpa membabitkan mereka yang tidak menggunakan lebuh raya tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah portal yang bertajuk Kerajaan Belum Putuskan Kenaikan Tol pada 24 Jun lalu mengenai kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof bahawa Kabinet belum membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol.
Tambah Zainudin, pihaknya akan terus berusaha memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memberi nilai tambah dan penjimatan kepada pengguna lebuh raya.
“Antara inisiatif yang telah diperkenalkan adalah seperti pemberian rebat tol dan diskaun tol sempena musim perayaan.
“PSKLM akan terus berusaha memastikan syarikat-syarikat konsesi terus meningkatkan tahap perkhidmatan mereka kepada orang ramai dari semasa ke semasa selaras dengan kenaikan kadar tol,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rayu-naik-tol-lagi-1.107658#sthash.anHD6Dy8.dpuf

Sarawak Report nafi dokumen PetroSaudi


KUALA LUMPUR 26 Jun – Portal berita, Sarawak Report menafikan bahawa dokumen-dokumen yang dimiliki berkaitan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), syarikat kerjasama 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah diganggu serta diputarbelitkan.
Menurut portal itu, pihaknya yakin bahawa tuduhan-tuduhan itu tidak benar menerusi pemeriksaan asas bukti yang dilakukan.
Sambil mengecam tuduhan tersebut, Sarawak Report turut mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman fitnah bertulis terhadap pihak yang terlibat.
“Mesej kami kepada mereka yang menuduh adalah dengan memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan tuduhan. Kamu (mereka yang terlibat) perlu mula untuk berasa bimbang terhadap tindakan saman fitnah bertulis sekiranya kamu telah memfitnah kami atau lelaki yang tidak bersalah itu kini sudah berada di penjara,” kata portal tersebut hari ini.
‘Pembohongan’ mengenai isu 1MDB yang berulang kali dilapor­kan Sarawak Report dan kemudiannya dijadikan rujukan oleh pembangkang terbongkar selepas polis Thailand menahan Xavier Andre Justo atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat PetroSaudi sebanyak AS$2.66 juta (RM10 juta).
Hasil siasatan ke atas warga Switzerland itu seterusnya mendapati sebahagian e-mel dan dokumen yang ‘bocor’ dan disiarkan Sarawak Report sebenarnya maklumat palsu yang telah dipinda terlebih dahulu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/i-sarawak-report-i-nafi-dokumen-petrosaudi-1.107640#sthash.GBHhUldS.dpuf