Ketirisan besar berlaku apabila melibatkan system pertahanan negara.
BAJET 2016 DAN KESELAMATAN NEGARA: KERAJAAN UMNO BN SEKALI LAGI TIPU RAKYAT
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera
1. Selepas insiden MH370 Kerajaan Malaysia ada membuat kenyataan di media yg Malaysia merancang mempertingkatkan sistem pertahanan negara khususnya melibatkan siatem radar yang dimiliki oleh TUDM.
2. Alasan yang diberi oleh kerajaan pada ketika itu ialah kerana kemampuan sistem radar sediaada TERPAKSA didedahkan kepada pihak luar dalam usaha mencari pesawat MH370. Tindakan mendedahkan kemampuan sistem radar negara kepada pihak luar adalah suatu tindakan BODOH yang tidak sepatutnya dilakukan atas alasan apa sekalipun. Ini di sebalik keengganan pihak kerajaan untuk membenarkan satu suruhanjaya bebas yg diketuai parti pembangkang untuk menyiasat segala aspek berhubung kehilangan pesawat MH370. Bagaimana mungkin kerajaan begitu berahsia dengan rakyat sendiri namun dengan mudah menggadaikan keselamatan negara kepada pihak luar.
3. JANJI pihak kerajaan untuk meningkatkan kemampuan sistem radar negara memberi sedikit nafas kelegaan, namun sebagaimana biasa kerajaan yg dipimpin umno bn hanya pandai menabur janji, pembentangan bajet 2016 membuktikan kerajaan umno bn berbohong kepada rakyat.
4. Rahsia kemampuan sistem radar negara sudah ditangan pihak asing (sudah tentunya Amerika Syarikat rakan baik kepada negara teroris Israel) namun kerajaan langsung tidak memberi peruntukan untuk usaha2 meningkatkan sistem radar negara.
5. Ini disebalik perbelanjaan ratusan juta untuk membeli pesawat VVIP kedua untuk PM dan baru2 ini peruntukan setengah bilion ringgit untuk pembelian 2 buah helikopter bagi kegunaan Kementerian Dalam Negeri (sudah tentu keutamaan untuk kegunaan VVIP).
6. Sudah jelas di mata rakyat sekarang bahwa kerajaan umno bn langsung TIDAK PEDULI tentang keselamatan negara tetapi lebih mementingkan keselesaan dan kemewahan diri dan keluarga. Tindakan mendedahkan kemampuan pertahanan negara kepada pihak luar sepatutnya boleh didakwa di mahkamah dibawah Akta Rahsia negara namun apabila ianya dilakukan oleh pak menteri semuanya halal belaka.
7. Pihak ATM melalui TUDM telah sekian lama mengusulkan pembelian pesawat sistem radar amaran awal dan kawalan(AEWACS) sebagai "top priority" TUDM disamping pembelian pesawat pejuang generasi ke 4 bagi meningkatkan kemampuan pertahanan udara negara agar setanding dengan tuntutan semasa terutama sejak kehilangan pesawat MH370 dan peningkatan ketegangan dengan tentera China berhubung tuntutan bertindih di Laut China Selatan.
8. Sehubungan dengan itu kami dari Ngo PERWIRA NEGARA yang mewakili bekas2 anggota keselamatan dan penguatkuasa negara seperti ATM, PDRM, KDN, KASTAM, SPRM dan berbagai lagi dengan ini menyeru rakyat Malaysia agar MENOLAK Umno dan BN dalam PRU akan datang diatas kegagalan mereka untuk memastikan Malaysia memiliki Angkatan Tentera yang canggih dan kuat untuk menangkis sebarang cubaan untuk menggugat keselamatan dan kedaulatan rakyat dan negara tercinta ini.
Sekian. Terima kasih
"SELAMATKAN MALAYSIA, TOLAK UMNO/BN (dan sekutu2nya) PRU 14, UNDILAH PAKATAN HARAPAN"
Hj Zaidi bin Ahmad (bekas Mejar TUDM)
Presiden
Pertubuhan Kebajikan Perwira Negara (PERWIRA NEGARA)
017 4164728 (Hubungi utk menjadi ahli)
Kepala Batas. 24 Okt 2015