Tuesday, June 9, 2015

Pendengaran Kes Saman Anwar Ibrahim Ditetap Pada 2 September


Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 12:01 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin menetapkan 2 Sept untuk mendengar kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua lagi kerana tidak membenarkannya mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei lepas.
Timbalan Pendaftar Nor Hasniah Ab Razak menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri Peguam Persekutuan M. Kogilambigai yang mewakili SPR, Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan Malaysia selaku defendan.
Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Asmabi Mohamad.
Pada 6 Mei lepas, Anwar, yang juga bekas Anggota Parlimen Permatang Pauh, memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi seperti diperuntukkan di bawah Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.
Selain menuntut pampasan dan kos, Anwar turut menuntut defendan-defendan mengambil tindakan susulan untuk menguatkuasakan haknya sebagai pengundi.
Anwar, 68, dalam afidavit sokongan untuk menyokong tuntutannya mendakwa pada 30 April lepas, peguamnya menghantar surat tuntutan kepada SPR dan Abdul Aziz untuk mengesahkan bahawa beliau layak mengundi.
Beliau berkata sehingga hari ini tiada jawapan daripada SPR dan Abdul Aziz, oleh itu tindakan mereka telah menafikan haknya sebagai pengundi dan ia bertentangan dengan Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.
Anwar berkata deklarasi yang dipohon itu adalah untuk menegakkan haknya untuk mengundi pada PRK Permatang Pauh dan pada mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
Beliau mendakwa telah mendaftar sebagai pengundi yang sah bagi kawasan Permatang Pauh sebelum dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas dan telah mengundi di kawasan itu pada PRU ke-13 dua tahun lepas.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008.

PAS Cabar DAP Bubar DUN Pulau Pinang


Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 4:39 PM

PETALING JAYA: Perbalahan antara dua sekutu pakatan pembangkang semakin tidak terkawal apabila PAS mencabar supaya DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, pembubaran DUN Pulau Pinang adalah wajar bagi mengukur kemampuan DAP yang disifatkan sombong dan angkuh.
"DAP jangan terlalu angkuh. Jika benar mahu tahu kekuatan sebenar DAP tanpa sokongan PAS, cubalah bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang dan tengok jawatan mana yang DAP boleh pegang dalam kerajaan yang baharu nanti.
"Masih boleh angkuh? Masih boleh sombong? Masih boleh tamak?" katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Facebook rasmi Dewan Ulama PAS Pusat.
Mengulas lanjut Ahmad Amzad menasihatkan ahli dan pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang supaya terus mempertahankan kedudukan masing-masing.
"Kita bukan mendapat jawatan atas belas kasihan DAP. Kita pegang jawatan kerana kita yang bantu naikkan mereka. Yang bermaruah adalah kita, yang sombong, angkuh dan tamak haloba adalah mereka.
"Kalau mereka nak pecat, biar mereka pecat. Kita nak tengok rupa sebenar DAP yang selama ini mengingatkan kerajaan BN (Barisan Nasional) bahawa ini adalah kerajaan rakyat, harta rakyat, bukan milik Umno, bukan milik BN.
"Begitu juga Pulau Pinang, ini milik rakyat, harta rakyat, bukan milik pusaka Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bukan milik DAP," katanya.
Ahmad Amzad berkata demikian bagi mengulas mengenai gesaan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP supaya pemimpin dan ahli PAS melepaskan pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri pimpinannya.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu adalah individu pertama mengumumkan perletakan jawatan sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.
Keputusan itu dibuat berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS ke-61 menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam Pakatan Rakyat.
Turut mengikut jejak Mohamad ialah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengumumkan peletakan jawatan ahli lembaga pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab).

Hanya terima rupiah

Bandung: Pelancong Malaysia dan peniaga di bandar ini yang didapati menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM) untuk berurus niaga boleh didakwa di mahkamah.
Ketua Cawangan Bank Indonesia (BI) Jawa Barat, Rosmaya Hadi berkata, urus niaga menggunakan mata wang asing selain rupiah satu kesalahan dan boleh didakwa.
“Peraturan BI hanya membenarkan urus niaga menggunakan mata wang rupiah.
“Sebarang transaksi perniagaan menggunakan mata wang asing termasuk RM diharamkan,” katanya di sini semalam.
Rosmaya memberi amaran itu ketika meninjau harga barangan di Pasar Baru dan pusat membeli-belah popular lain di bandar ini sempena kedatangan bulan Ramadan.
Pasar Baru antara lokasi tumpuan pelancong dari Malaysia yang datang ke bandar ini untuk membeli-belah.
Sebelum ini, pelancong asing berdepan kesukaran untuk menukar wang kerana kekurangan perkhidmatan pengurup wang di Pasar Baru.
Ujarnya, BI menerima banyak aduan mengenai tindakan pelancong dari Malaysia dan peniaga yang berurus niaga menggunakan mata wang RM.
“Kini terdapat lima penggurup wang di Pasar Baru yang dibuka sehingga pasar raya itu ditutup.
“Selepas ini tiada alasan lagi untuk tidak menggunakan mata wang Rupiah ketika berbelanja di sini,” jelasnya.
Menurutnya, pihak berkuasa akan memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong serta peniaga yang masih berdegil dengan menggunakan mata wang asing.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 8:15 AM


SEKUMPULAN pelancong membeli-belah di sebuah kedai di Pasar Baru di Bandung.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56571#sthash.EMpUMWuu.dpuf

'Sudah cerai talak tiga, tak boleh sebantal'

'Sudah cerai talak tiga, tak boleh sebantal'

SHAH ALAM – “Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti,” demikian Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim mengibaratkan hubungan kerjasama politik antara DAP dan Pas Selangor.
Menurutnya, sekiranya Pas ingin mengekalkan jawatan dalam kerajaan negeri, maka minoriti wajar mematuhi majoriti dan jika tidak boleh terima ketetapan itu, berpisah adalah jalannya.

“Sekiranya Pas masih berhasrat mengekalkan jawatan dalam Kerajaan Selangor, mereka hendaklah mengakui dan menerima hakikat bahawa parti itu tidak boleh lagi menjadi penentu dasar, sebaliknya mematuhi semua keputusan dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR.

“Jika Pas tidak boleh menerima hakikat ini, cara terhormat dan bermaruah ialah meletakkan jawatan dalam Kerajaan Selangor,” katanya. 

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) dan Perdagangan dan Pengangkutan menegaskan, memandangkan Pas membuat keputusan melalui resolusi memutuskan hubungan dengan DAP,  pilihannya terhad.

Dalam pada itu, ketika ditanya potensi Pas dan Umno bergabung bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor, Adun Sungai Pinang itu menyifatkan tindakan berkenaan taktik paling keji kerana Umno ialah parti yang ditolak rakyat dalam pilihan raya.

“Usaha bergabung dengan Umno adalah mengkhianati rakyat. Bahkan terdapat Adun Pas yang bermaruah tidak akan bersetuju dengan penggabungan Pas dan Umno di Selangor. Gabungan Pas dan Umno tidak akan berjaya kerana tiada majoriti,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Selangor tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan PR termasuk DAP.
Beliau menegaskan Exco Pas negeri itu akan terus melaksanakan tugas dan tidak berhasrat meletakkan jawatan.

Najib tiba di Sabah, lawat mangsa gempa

Najib tiba di Sabah, lawat mangsa gempa
Foto Ihsan FB Najib Razak

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah pagi ini untuk meninjau kesan gempa bumi yang berlaku Jumaat lepas dan melawat penduduk yang menjadi mangsa di Ranau dan Kundasang.

Ketibaan Najib dengan pesawat khas disambut oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Timbalan
Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan anggota-anggota Kabinet di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Najib kemudian berlepas ke Ranau menggunakan helikopter dan dijadual mendarat di Padang Pekan Ranau.

Beliau dijangka melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau pada pukul 12 tengah hari, sebelum berangkat mendengar taklimat bencana di Restoran Liwagu.

Selepas taklimat itu, beliau akan menyerahkan bantuan kepada mangsa dan waris mangsa terkorban dalam gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu.

Perdana menteri dijadual berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang ini. - Bernama

Pas sudah tekad, tak akan patah balik

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar


Beliau berkata, kredibiliti parti itu akan tercalar sekiranya berpatah balik daripada keputusan usul tanpa bahas pada muktamar lalu.

“Jika kita berpatah balik, pasti orang Islam di negara ini akan memandang negatif terhadap Pas yang memperjuangkan Islam.

“Pasti mereka (orang Islam) akan kata Pas tidak konsisten. Jadi imej kami akan buruk,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Mahfuz berkata, sekiranya Pas berpatah balik untuk bekerjasama semula dengan DAP rakyat akan melihat bahawa Pas lebih mementingkan jawatan berbanding prinsip parti.

Menurutnya, usul memutuskan hubungan DAP yang diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Dewan Ulama Pas pusat telah di bawa oleh ahli jawatankuasanya sendiri.

“Sebenarnya sebahagian Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama adalah Ahli Majlis Syura Ulama. Jadi secara prinsipnya Majlis Syura telah memutuskannya.

“Apa pun kita tunggu ia dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Syura nanti,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata cubaan PKR untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan DAP dan Pas dilihat sebagai usaha yang sia-sia.

“Itu satu usaha yang sangat sukar kerana usul yang dibawa Dewan Ulama Pas sudah menggariskan sembilan alasan tentang keperluan untuk putus kerjasama dengan DAP,” katanya.

Ditanya adakah Pas akan mengarahkan ahli Pas yang memegang jawatan dalam kerajaan Selangor turut meletakkan jawatan seperti yang digesa oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, Mahfuz berkata ia bergantung kepada PKR.

“Selangor dan Pulau Pinang adalah berbeza. Di Pulau Pinang DAP boleh memerintah tanpa Pas, begitu juga sekiranya tanpa PKR.

“Namun begitu di Selangor ia terpulang kepada PKR. Jika mereka mahu bersama Pas, DAP perlu berundur. Kalau PKR mahu bersama DAP, Pas terpaksa berundur,” katanya.

Ditanya lagi, adakah Pas akan bekerjasama dengan BN di Selangor, Mahfuz berkata perkara tersebut tidak akan berlaku.

“Moral politiknya, kita tidak akan bekerjasama dengan BN. Pas boleh jadi komponen besar bagi kerajaan pakatan,” katanya.

Anwar kesal, mahu Pas kaji semula usul ‘cerai’ DAP

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Ketika kemelut kian meruncing dek keputusan Pas memutuskan kerjasama politiknya dengan DAP,  Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menzahirkan kekesalan dan mahu parti Islam itu mengkaji semula usul yang diluluskan pada muktamar lalu.

Bekas Ketua Pembangkang itu berkata, DAP telah lama menjadi rakan seperjuangan dalam PR malah menyifatkan parti itu komited dalam perjuangan untuk membawa perubahan.

“Saya amat risau dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat, yang telah diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem politik yang gagal dan urus tadbir kerajaan yang lemah di bawah Barisan Nasional.

"Saya gesa rakan politik kami Pas untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini," ujar Anwar seperti disampaikan Biro Politik PKR, N. Surendran ketika melawat Anwar di penjara.

Tambah Anwar, ketika BN juga dalam keadaan teruk kini, pergeseran dalam PR tidak sepatutnya berlaku kerana perikatan itu disifatkan sebagai alternatif kepada rakyat.

"Rakyat terbelenggu dengan GST dan hutang mahabesar 1MDB; manakala polemik perkauman dan agama masih belum reda.

"Adalah menjadi harapan besar rakyat agar Pakatan Rakyat terus mara untuk menyelesai masalah-masalah politik dan ekonomi yang semakin teruk di bawah pentadbiran BN," katanya.

Menurut Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, Anwar turut menghantar pesanan khusus kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Muktamar Tahunan Pas ke-61 minggu lalu memutuskan menerima usul Dewan Ulama Pas supaya Majlis Syura dan Pas Pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

Usul yang diputuskan dalam muktamar Dewan tersebut diterima tanpa bahas.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menerima keputusan Pas itu kemudian tampil dengan gesaan supaya semua wakil Pas yang berkhidmat di bawah kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya meletakkan jawatan.

Gesaan Guan Eng itu turut disusuli dengan kenyataan, DAP tidak memerlukan orang tengah untuk menyelesaikan perselisihan di antara Pas dan DAP.

Teknologi 3D pisah kembar siam


Pasangan kembar siam perempuan yang tidak dinamakan, akan dipisahkan
Pasangan kembar siam perempuan yang tidak dinamakan, akan dipisahkan menggunakan teknologi pencetakan 3D buat kali pertama oleh pakar perubatan Hospital Kanak-Kanak Universiti Fujan di Shanghai. AGENSI
BEIJING 8 Jun – Sepasang kembar siam perempuan di China akan dipisahkan menerusi penggunaan teknologi pencetakan tiga dimensi (3D), kaedah pertama digunakan bagi memisahkan pasangan kembar siam di negara ini.
Prosedur berkenaan akan dijalankan esok oleh Hospital Kanak-Kanak Universiti Fudan di Shanghai selepas pasangan kembar yang tidak dinamakan itu, mencapai berat yang bersesuaian iaitu 9.55 kilogram dan bersedia menjalani pembedahan.
Menurut laporan portal People’s Daily, kembar yang lahir pada 17 Mac lalu, bercantum di bahagian pinggul dan berkongsi bahagian kemaluan, sekali gus menjadi ca­baran baharu kepada pihak hospital untuk memisahkan mereka.
“Pihak hospital akan menggunakan teknologi pencetakan 3D untuk membina semula bahagian organ yang bercantum sebagai simulasi bagi keseluruhan pembedahan.
“Pembedahan dijangka mengambil masa sehingga lima jam termasuk proses pemisahan, pemulihan sistem saraf, dan pembentukan semula bahagian kemaluan,” jelas laporan itu yang memetik kenyataan sumber hospital.
Sebuah kumpulan kebajikan yang enggan dikenali mendermakan wang sebanyak 200,000 yuan (RM122,349) bagi menampung keseluruhan kos pembedahan.
Sejak tahun 2000, pihak hospital terbabit telah berjaya memisahkan enam pasangan kembar siam termasuk empat pasangan kembar siam simetri dan dua pasangan kembar siam asimetri.
Semua pasangan terlibat bercantum di bahagian dada dan perut selain membentuk kedudukan jantung yang tidak normal.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/teknologi-3d-pisah-kembar-siam-1.100613#sthash.58nIQ9Ov.dpuf

Parti Erdogan gagal kekal majoriti


Undian AKP turun hampir 50 peratus, Turki bakal diperintah kerajaan campuran

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu (kanan) dan isterinya,

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu (kanan) dan isterinya, Sare melambai kepada penyokong AKP di ibu pejabat parti itu di Ankara, kelmarin. REUTERS
ANKARA 8 Jun - Harapan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk mengukuhkan kuasa­nya dalam pemerintahan, terjejas teruk selepas parti pimpinannya, Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) gagal mengekalkan kerusi majoriti dalam Pilihan Raya Parlimen yang berlangsung semalam.
Berdasarkan keputusan awal lewat semalam, AKP memenangi 40.86 peratus undian keseluruhan, penurunan hampir 50 peratus berbanding kemenangan yang diperoleh pada pilihan raya 2011, sekali gus menamatkan penguasaan majoriti parti itu di Parlimen sejak 12 tahun lalu.
Pilihan raya kali ini juga menyaksikan peningkatan mendadak par­ti pro-Kurdish, Parti Demokratik Rakyat (H­DP) yang meraih 13.12 peratus undian untuk memboleh­kan parti itu memasuki Parlimen buat kali pertama.
Undang-undang Turki menetapkan parti bertanding memerlukan sekurang-kurangnya 10 peratus undian untuk membolehkan ahli mereka dilantik sebagai anggota Parlimen.
Selain itu, Parti Republik Rakyat (CHP) mendapat 24.96 peratus undian disusuli Par­ti Pergerakan Nasionalis (MHP) sebanyak 16.29 peratus selepas 98 peratus keseluruh­an undian telah dikira.
Berdasarkan paparan rasmi kerusi di Parlimen, AKP memperoleh 258 kerusi daripada jumlah keseluruhan 550 kerusi, manakala CHP memiliki 132 kerusi disusuli MHP dan HDP masing-masing sebanyak 80 kerusi.
Mengikut sistem perwakilan Turki, AKP perlu membentuk satu kerajaan campuran buat kali pertama sejak parti itu mula memerintah pada 2002.
Keputusan rasmi pilihan raya terbabit hanya boleh diketahui dalam tempoh 11 hingga 12 hari lagi.
Dalam reaksinya, Erdogan berkata, berdasarkan keputusan itu, tiada parti boleh memerintah secara tungggal.
“Saya percaya, keputusan pi­lih­an raya ini yang tidak memberi kemenangan mutlak kepada mana-mana parti untuk memerintah, akan dinilai dengan realistik,” ujarnya.
Beliau pada masa sama, turut meminta semua pihak memelihara kestabilan politik di Turki.
Presiden itu juga menyifatkan, peratusan keluar mengundi yang tinggi iaitu 86 peratus, memperlihatkan kesungguhan rakyat melaksanakan demokrasi. – AFP/REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/parti-erdogan-gagal-kekal-majoriti-1.100620#sthash.CvhqR6B3.dpuf

Najib, isteri mengerjakan ibadah umrah

NAJIB TUN RAZAK dan isteri, Rosmah Mansor menunaikan umrah selepas

NAJIB TUN RAZAK dan isteri, Rosmah Mansor menunaikan umrah selepas solat isyak di Masjidil Haram, Mekah malam semalam. Turut serta Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Tun Hussein dan Jamil Khir Baharum. BERNAMA
JEDDAH 8 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Arab Saudi mengambil peluang mengerjakan ibadah umrah di Masjidil Haram, Mekah malam tadi.
Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memulakan ibadah itu kira-kira pukul 7.45 malam dengan melakukan tawaf sebanyak tujuh kali sekeliling Kaabah sebelum menunaikan solat isyak berjemaah.
Beliau dan isteri kemudiaannya meneruskan ibadat umrah itu de­ngan sa’ie dan menyelesaikannya kira-kira pukul 10 malam sebelum melakukan tawaf wida’ pukul 12.30 pagi dan selesai kira-kira setengah jam kemudiannya.
Selain Najib dan isteri, turut mengerjakan umrah ialah delegasi yang menyertai lawatan kerja kali ini antaranya Menteri Dalam Ne­geri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.
Ibadat umrah yang dikerjakan Najib itu menutup lawatan rasmi beliau ke negara ini sebelum berlepas pulang dengan penerbangan khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz ke tanah air awal pagi ini waktu tempatan.
Sepanjang tiga hari melakukan lawatan kerja rasmi ke negara ini, Najib berkesempatan menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud di Istana As Salam.
Pertemuan itu merupakan yang pertama dan dibuat atas undangan khas baginda yang baharu ditabalkan sebagai Raja Arab Saudi awal Januari lalu berikutan kemangkatan Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.
Selain itu, Najib juga berpeluang mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Naif Al Saud juga di Istana As Salam bagi membincangkan isu-isu ke arah memperkukuhkan hubungan diplomatik dan dua hala kedua-dua negara.
Dalam lawatan kerja rasmi beliau kali ini juga, Najib berkesempatan meninjau operasi sistem pengangkutan awam Mekah Metro yang dikendalikan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) serta menandatangani plak Restoran D’Saji milik Felda di sini. – UTUSAN
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/najib-isteri-mengerjakan-ibadah-umrah-1.100797#sthash.TG9o7zkx.dpuf

1MDB bayar balik 
pinjaman AS$975 juta


Arul Kanda di ibupejabatnya di Menara IMC, Kuala Lumpur, disini,
Arul Kanda
KUALA LUMPUR 8 Jun – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat bayaran penuh pinjaman berjumlah AS$975 juta (RM3.6 bilion) kepada satu sindiket bank-bank antarabangsa selari dengan pelan rasiona­lisasi yang diluluskan oleh Kabinet.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, pembayaran semula itu membuktikan komitmen syarikat dalam mengurangkan paras hutangnya.
“Pada 29 Mei, Kementerian Kewangan mengumumkan rancangan 1MDB untuk membayar pinjaman berjumlah AS$975 juta kepada sindiket bank-bank antarabangsa berkenaan.
“Hari ini kami gembira untuk mengesahkan bahawa pinjaman itu sudah dibayar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 29 Mei lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berkata, 1MDB akan me­­nerima dana pelaburan berjumlah RM3.6 bilion menerusi perjanjian yang dimeterai antara International Petroleum Investment Company (IPIC) dengan anak syarikat pelaburan Abu Dhabi, Aabar Investment (Aabar).
Menurut Ahmad Husni, menerusi perjanjian itu, IPIC akan membuat bayaran sebanyak RM3.6 bilion pada atau sebelum 4 Jun ini dan dana itu akan digunakan 1MDB bagi membayar balik pinjamannya.
Beliau berkata, bayaran balik pinjaman itu akan dibuat lebih awal daripada tarikh akhir se­perti ditetapkan bank peminjam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/1mdb-bayar-balik-8232-pinjaman-as-975-juta-1.100800#sthash.irHRHZqa.dpuf