Saturday, February 21, 2015

Fariz, Adam ditahan depan Sogo

Kuala Lumpur: Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa dan bekas penuntut yang digantung pengajian, Adam Adli, ditahan polis di depan Sogo, lewat petang ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata mereka ditahan kerana menghadiri perhimpunan dan berucap yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan.
Adam ditahan 5.30 petang sementara Fariz, kira-kira 6 petang.
Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Dang Wangi menyebabkan berpuluh penyokong berhimpun di hadapan IPD Dang Wangi menyatakan bantahan.
Mereka kemudian dibawa ke lokap Jinjang untuk tindakan selanjutnya.
Difahamkan, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berhimpun di pusat beli-belah itu, pada 4.30 petang.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad pada mulanya turut ditahan namun dibebaskan selepas pihak berkuasa memberi kata dua kepada dia dan penyokongnya, yang berkumpul di hadapan IPD Dang Wangi.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 8:04 PM


IPD Dang Wangi yang kecoh. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32232#sthash.kzugc1z6.dpuf

Perancis gesa pemilik laman sosial perangi golongan ekstremis


PARIS – Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve menggesa syarikat-syarikat internet bekerjasama menentang fahaman pelampau melalui koordinasi lebih baik dalam usaha menentang propaganda pengganas di alam maya.
Beliau berkata demikian di Washington, sehari sebelum lawatan kerja ke San Francisco untuk bertemu pihak pengurusan Google, Facebook, Microsoft dan Twitter bagi mengajak mereka berkongsi tanggungjawab menentang ancaman puak pelampau.
“Kini, keganasan tersebar luas dan mudah didekati,” katanya pada hari terakhir satu persidangan antarabangsa dalam menentang keganasan puak pelampau.
Cazeneuve mengajak rakan-rakannya dari 60 negara yang menyertai persidangan itu agar menyelaraskan penentangan terhadap puak pelampau ke arah membentuk sebuah norma antarabangsa dalam menghapuskan bahan-bahan haram di internet.
Perancis sudah mempunyai undang-undang khusus yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menyekat laman web yang menyokong atau menyeru ke arah keganasan.
“Syarikat seperti Google, Microsoft, Twitter dan Facebook boleh mencari kaedah untuk menyaring bahan berbahaya tanpa menjejaskan kebebasan bersuara,” katanya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3SM6lSbH7 
Hakcipta terpelihara 

Anjing bonceng motor jadi perhatian ramai


SEEKOR anjing milik Handoko yang membonceng motosikal menarik perhatian orang ramai di Surabaya, Jaw
SEEKOR anjing milik Handoko yang membonceng motosikal menarik perhatian orang ramai di Surabaya, Jawa Timur.
SURABAYA - Dua ekor anjing jenis Golden Retriever kelihatan bersahaja mengenakan topi keledar di kepala sambil membonceng di belakang motosikal tuannya, selain mengikut ke mana sahaja tuannya, Handoko Njotokusuma bergerak mengelilingi bandar Surabaya.
Portal berita merdeka.com melaporkan, lebih unik lagi, anjing itu lengkap berkaca mata hitam dan mengenakan topi keledar di kepala sebagai langkah keselamatan.
Ekoran gayanya yang menarik perhatian sesiapa sahaja yang 
melihat, kedua-dua ekor 
anjing itu menjadi popular dan terkenal dalam kalangan masyarakat setempat.
Oleh kerana sering menjadi perhatian ramai, kedua-dua ekor anjing itu didapati sanggup bergambar dengan orang ramai yang berminat merakamkan gambar kenangan bersamanya.
Tuannya, Handoko berkata, kedua-dua ekor anjing kesayangannya itu mula menaiki atau membonceng motosikal ketika masih kecil lagi.
Pengusaha berusia 59 tahun ini akhirnya mengajar haiwan peliharaannya itu tentang cara duduk di atas motosikal.
“Ketika mereka berusia empat bulan, saya ajar mereka tentang bagaimana duduk di depan. Setelah semakin besar iaitu sekitar usia lapan bulan, saya ajar mereka duduk di kerusi belakang,” kata Handoko.
Menurut Handoko, setelah 
diberi tunjuk ajar, kedua-dua haiwan tersebut terus naik 
ke atas kerusi bonceng motosikal tuannya, duduk dan menunggu 
tuannya menghidupkan 
enjin motor.
“Mereka tengah bersiap. Ramai orang di daerah itu amat tertarik untuk bergambar bersama kedua-dua ekor anjing tersebut. Perkara ini membuatkan saya berasa selesa setiap hari,” katanya.
Difahamkan kedua-dua ekor anjing Handoko yang diberi 
nama Ace dan Armani ini pernah ditawar orang dengan harga 
lumayan untuk membeli anjing tersebut ekoran bakat yang mereka miliki. Namun Handoko menegaskan bahawa dia tidak menjual anjing berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/anjing-bonceng-motor-jadi-perhatian-ramai-1.61732#sthash.k8TV4fwU.dpuf

‘Hantu’ sertai kempen anti-Valentine


Sebahagian pelajar sekolah di Garut bersolek seperti hantu ketika
Sebahagian pelajar sekolah di Garut bersolek seperti hantu ketika menyertai kempen anti seks bebas bagi mengajak golongan remaja agar tidak menyambut Hari Kekasih. – AGENSI
GARUT, Jawa Barat - Beribu-ribu pelajar termasuk sekumpulan ‘hantu’ sekolah menengah di Garut menyertai 
kempen deklarasi anti seks 
bebas bagi mengajak golongan remaja khususnya agar tidak menyambut Hari Valentine 
pada minggu lalu.
Menurut laporan portal berita Tribun, pelancaran kempen itu 
bermula dengan persembahan muzik akustik yang mempunyai kaitan dengan penolakan sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih yang merupakan budaya Barat.
Selain itu, sekumpulan pelajar yang memakai kostum hantu turut mengadakan persembahan teater bagi menjelaskan kepada golongan remaja tentang bahaya budaya seks bebas yang kebiasaannya berlaku pada Hari Kekasih.
Isteri wakil rakyat Garut, Hani Firdiani yang turut hadir pada majlis itu, berkata, walaupun budaya menyambut Hari Valentine tidak terlalu ketara di daerah ini, kempen tersebut merupakan cara terbaik bagi mengekang pengaruh Barat dalam kalangan remaja.
Jelas beliau, Hari Kekasih boleh menjadi pencetus gejala pergaulan bebas sehingga berakhir dengan aktiviti seks bebas, sekali gus mengundang penyebaran penyakit berbahaya seperti HIV.
“Ancaman perkembangan budaya Barat di Garut sangat tinggi dan kempen yang bersifat positif seperti ini perlu dilaksanakan bagi menyelamatkan budaya masyarakat setempat,” katanya.
Seorang peserta kempen itu, Diah Fasha berkata, sambutan Hari Valentine boleh menimbulkan perkara negatif dan merugikan.
“Lebih baik kehidupan berjalan seperti biasa dan menumpukan perhatian pada pelajaran,” katanya.
Seorang lagi peserta, Rafly Utama berkata, umat Islam tidak wajar menyambut Hari Valentine kerana ia bukan budaya Islam, selain ia boleh menjurus kepada perbuatan buruk dan maksiat.
“Jika sambutan ini dibuat secara meluas, ia boleh membahayakan generasi muda sehingga menyebabkan mereka terjerumus dalam gejala pergaulan dan seks bebas,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/8216-hantu-8217-sertai-kempen-anti-valentine-1.61731#sthash.o3czLCiQ.dpuf