Tuesday, May 27, 2014

Ibu Dyana Sofya umum keluar Perkasa


  • Yammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan.Yammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan.

SHAH ALAM - Ibu kepada calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud , Yammy Samad mengumumkan keluar dari pertubuhan NGO Perkasa, hari ini.

Difahamkan, Yammy merupakan seorang ahli jawatankuasa penaja dalam NGO terbabit.

Dalam sidang media bersama Dyana dan beberapa pemimpin DAP yang lain, Yammy menyatakan hasrat tersebut demi menamatkan kontroversi pembabitkan beliau dalam NGO terbabit.

Sebelum ini, kempen PRK Teluk Intan membabitkan anaknya itu turut dikaitkan dengan penglibatan beliau dengan NGO pro Melayu itu.

Dyana sebelum ini menafikan bahawa ibunya merupakan ahli Perkasa.

Namun bekas pembantu penasihat DAP, Lim Kit Siang itu semalam mengakui pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan Perkasa pada tahun 2008.

"Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota Perkasa ketika itu, dan saya pula masih belajar," katanya pada sidang akhbar semalam.

Jakim, umat Islam boleh saman syarikat coklat


  • CadburyCadbury

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan umat Islam yang mempunyai bukti serta berasa tertipu dengan syarikat pengeluar coklat Cadbury boleh mengemukakan saman menuntut ganti rugi, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
  
Beliau berkata, Jakim disaran mengambil tindakan tegas terhadap Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA khinzir dalam dua produknya selain meminta syarikat itu memohon maaf secara terbuka dengan beberapa syarat lain.
  
"Saya menyarankan Jakim mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengeluar yang telah memberi salah representasi mengenai isu halal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Katanya, Jakim perlu tegas untuk memberi pengajaran kepada syarikat terbabit dan semua pengeluar produk makanan supaya lebih sensitif dalam isu halal haram terutama bagi umat Islam.
   
Dua sampel coklat keluaran syarikat itu yang dilapor mengandungi DNA khinzir ialah Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813 M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013 N01RI1).

Dalam pada itu, Jakim berkata keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury itu akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperoleh dalam tempoh tujuh hari.
  
Mengulas isu sama, Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkata ia akan bekerjasama dengan Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) untuk menyediakan khidmat guaman kepada masyarakat Islam bagi menyaman syarikat itu.
  
"Bagi kalangan masyarakat Islam, ini adalah penghinaan yang amat dahsyat. Syarikat itu tidak sepatutnya keluarkan produk itu kerana ia turut menganiaya pekerja beragama Islam dalam syarikat itu sendiri," kata Presiden JMM Mohd Azwanddin Hamzah.  - Bernama

DNA babi: NGO mahu saman RM100 juta


  • Laporan keratan Sinar Harian, semalam.Laporan keratan Sinar Harian, semalam.

AMPANG - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersama 80 NGO akan bertindak memfailkan saman ke atas syarikat Cadbury kerana kerana produk mereka mengandungi sampel DNA babi.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, tindakan saman itu bagi menuntut kerugian dan penipuan yang dilakukan syarikat tersebut kepada pengguna Islam.

"Ini penipuan jahat dan harus dibendung. Bagi kalangan masyarakat Islam ini adalah penghinaan yang amat dahsyat. Tidak sepatutnya keluarkan produk itu,” katanya.

“Setakat ini kami telah menerima 700 e-mel dan SMS daripada rakyat Malaysia yang mahu kami mewakili mereka menyaman Cadbury. Kami akan memfailkan saman ini  dan menganggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM100 juta,” katanya.

"Proses untuk memfailkan saman itu akan dikendalikan dengan kerjasama daripada Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam)," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, beliau amat marah dengan insiden tersebut kerana beliau sendiri memberikan anaknya coklat tersebut.
"Anak saya pun sudah makan coklat-coklat haram itu. Syarikat ini jelas mempersendakan soal halal di dalam pemakanan orang Islam. Ini adalah penipuan yang sangat jahat yang dilihat sengaja menghina orang Islam.

"Bukan sahaja melibatkan pengguna Islam, malah apa dilakukan syarikat Cadbury itu sengaja menganiayai pekerja  beragama Islam," katanya.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan dan Jakim mengesahkan dua coklat Cadbury iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mempunyai DNA babi.

Susulan itu, Jakim menarik serta- merta sijil halalnya.

Cadbury turut menarik kedua-dua produk milik syarikatnya di kesemua premis yang menjual coklat tersebut.

Dalam pada itu, Azwanddin turut menyatakan kekesalannya terhadap Jakim dan kementerian yangdidakwa lambat bertindak.

"Jakim dan kementerian tidak boleh memandang ringan iaitu hanya menarik sijil halal, mereka juga perlu memohon maaf atas apa yang berlaku.
"Mungkin pihak mereka perlu disiasat dibimbangi ada unsur rasuah atau sebaliknya," katanya.
Sementara itu, Pengarah Sukaguam Kebangsaan, Ahmad Zuhairi Ahmad Pu'aat berkata, antara notis saman akan difailkan ke atas Cadbury adalah di bawah akta pengguna bagi menebus kerugian.

"Kita boleh gunakan Akta Perlindungan Pengguna di bawah Seksyen 50, hak tebus rugi pengguna terhadap pengilang. Sebenarnya banyak lagi akta pengguna boleh kita gunakan. Buat masa sekarang akta ini nampak lebih kuat," katanya.

Tidur mata terbuka


Pekan: Tujuh bulan tidur tanpa menutup mata. Itulah penderitaan yang dialami seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan, Muhammad Niyaz Furqan Mohd Fazrul Razduan yang disahkan menghidap penyakit Sindrom Crouzon yang jarang ditemui di negara ini.
Malah, lebih menyayat hati apabila muka dan tengkorak Muhammad Niyaz Furqan membengkak, manakala matanya seakan tersembul. 
Bapa kepada bayi malang itu, Mohd Fazrul Razduan Kamaruzaman, 32, dari Taman Sri Maulana, di sini, berkata, pada peringkat awal, doktor tidak mengesan sebarang masalah pada bayi yang dikandung isterinya, Norzati Iwani Ab Razak, 29, sehingga anak sulungnya itu dilahirkan. 

“Dugaan yang kami tempuh ini amat berat. Selepas penantian hampir dua tahun untuk menimang cahaya mata berakhir, dugaan lain datang apabila dianugerahkan anak istimewa.
Foto
MUHAMMAD Niyaz Furqan

“Doktor turut memaklumkan salur pernafasan di lubang hidung sebelah kanan anak saya terlalu kecil, selain ada air dalam kepalanya,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Modi angkat sumpah PM India


NEW DELHI 26 Mei - Narendra Modi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri India yang baharu hari ini, pada majlis yang turut dihadiri oleh rakan sejawat dari Pakistan, Nawaz Sharif, sekali gus menunjukkan petanda positif hubungan kedua-dua negara jiran itu.
Selepas sedekad India dikuasai oleh Parti Kongres yang berhaluan kiri, Modi menjadi tunggak penting untuk memacu India ke arah era baharu sepanjang tempoh lima tahun pemerintahan ekoran kemenangan besar parti bimbingannya, Parti Bharatiya Janata (BJP) dalam pilihan raya, baru-baru ini.
"Marilah kita bersama-sama menentukan masa depan yang gemilang untuk India," katanya dalam satu kenyataan di laman web Perdana Menteri sejurus mengangkat sumpah di hadapan Presiden, Pranab Mukherjee.
Turut mengangkat sumpah ialah barisan Kabinet baharu Modi yang terdiri daripada 23 orang menteri, namun portfolio mereka tidak dinyatakan.
Beliau juga berikrar memulihkan semula sektor perkilangan dan pelaburan bagi mewujudkan berjuta-juta peluang pekerjaan kepada rakyat India sebagai janjinya meningkatkan ekonomi negara ini.
Modi turut mengalu-alukan kedatangan Nawaz ke majlis angkat sumpah tersebut sebagai pemimpin Pakistan pertama yang berbuat demikian sejak India merdeka pada 1947.
Pemimpin lain termasuk Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse dan Perdana Menteri Nepal, Sushil Koirala turut hadir pada majlis itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140527/lu_05/Modi-angkat-sumpah-PM-India#ixzz32rd2CjPD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jeneral Prayuth dapat restu raja


BARISAN anggota tentera berkawal berhampiran Monumen Kemenangan, dalam usaha memantau keadaan berikutan cubaan mengadakan demonstrasi antirampasan kuasa di Bangkok, Thailand, semalam. - AFP
BANGKOK 26 Mei - Panglima Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-Ocha menerima sokongan Raja Bhumibol Adulyadej untuk mengetuai kerajaan junta selepas pasukan keselamatan tersebut merampas kuasa pada minggu lepas.
Kerajaan junta juga memberi amaran akan mengambil tindakan keras ke atas semua bentuk perbuatan cuba menghuru-harakan keadaan selepas demonstrasi antirampasan kuasa pada hujung minggu lalu.
Menurut satu perintah diraja, Raja Bhumibol melantik Prayuth sebagai ketua Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional untuk mentadbir negara bagi mengembalikan perpaduan, ketenteraman dan keamanan.
Raja Bhumibol, 86, merupakan pemerintah yang sangat dihormati rakyat negara ini dan restu beliau merupakan langkah utama dalam mengesahkan rampasan kuasa oleh tentera sebelum ini.
Rampasan kuasa tentera terbaharu itu mencetuskan bantahan dengan lebih 1,000 penunjuk perasaan berarak di Bangkok semalam.
Penunjuk perasaan turut menggempur askar bersenjata yang menyaksikan dua orang diheret dan ditahan.
Sejurus menerima restu pemerintah Thailand itu, Prayuth dalam sidang media pertamanya sebagai ketua kerajaan junta, mengancam untuk mengetatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap penunjuk perasaan antirampasan kuasa yang merancang mengadakan demonstrasi hari ini.
Beliau berkata, penunjuk perasaan boleh dihadapkan ke mahkamah tentera yang memperuntukkan hukuman berat.
Kerajaan junta juga menahan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra bersama 200 pemimpin kerajaannya, tokoh politik, pengkritik dan ahli akademik sejak rampasan kuasa tersebut, tindakan yang dikritik masyarakat antarabangsa.
Seorang komander tentera, Leftenan Jeneral Thirachai Nakwanich hari ini menyatakan Yingluck masih berada dalam tahanan pasukan keselamatan itu, namun enggan mendedahkan lokasinya.
Pemimpin tunjuk perasaan antikerajaan terhadap kerajaan Yingluck, Suthep Thaugsuban yang turut ditahan, dibebaskan dengan jaminan hari ini selepas didakwa membunuh dan cubaan membunuh kerana mengarahkan tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan pergerakan Baju Merah pada 2010 yang menyebabkan 98 orang maut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140527/lu_03/Jeneral-Prayuth-dapat-restu-raja#ixzz32rcnAZBd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Raja Coklat' Presiden baharu Ukraine


KIEV 26 Mei - Bilionair Ukraine, Petro Poroshenko meraih kemenangan dalam pilihan raya Presiden yang berlangsung semalam selepas memperoleh undi majoriti pada pusingan pertama, sekali gus melaungkan ikrar untuk menamatkan konflik pemisah pro-Rusia di timur negara ini.
Keputusan awal pilihan raya menunjukkan, Poroshenko mendapat lebih 55 peratus undian, jauh meninggalkan pencabarnya, bekas Perdana Menteri Yulia Tymoshenko yang mendapat tempat kedua dengan undian sebanyak lebih 12 peratus.
Jika Poroshenko meraih kemenangan majoriti, tiada pusingan penentuan perlu dijalankan pada 15 Jun ini.
Poroshenko yang mendapat jolokan nama 'Raja Coklat' pada sidang akhbar berkata, perkara pertama yang akan dibuat adalah melawat timur Ukraine bagi mengakhiri 'perang dan kekacauan' yang dicetuskan oleh kumpulan pemisah pro-Rusia.
Beliau turut menyatakan kesediaan berunding dengan kumpulan penentang dan menawarkan pengampunan bagi mereka yang meletakkan senjata, namun menolak rundingan dengan golongan pembunuh dan pengganas.
Selain itu, Poroshenko menegaskan pendiriannya yang tidak mengiktiraf 'penaklukan Crimea' oleh Rusia, tetapi beliau akan cuba mencari jalan lain bagi menjalinkan hubungan dengan negara jirannya itu.
"Saya juga akan bertemu dengan Presiden, Vladimir Putin bagi membincangkan isu di timur Ukraine memandangkan penglibatan Rusia sangat penting dalam mewujudkan kestabilan," katanya.
Poroshenko merupakan seorang ahli politik dan usahawan yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3.2 bilion) hasil perniagaan kilang coklat dan koko.
Rakyat Ukraine meletakkan harapan kepada Presiden baharu mereka untuk menyelamatkan negara ini daripada muflis, perpecahan dan perang saudara ekoran konflik di timur negara.
Sementara itu, seorang penduduk dilaporkan terbunuh apabila kumpulan pemisah pro-Rusia menyerang pusat pengundian di wilayah Luhansk selain menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Menurut laporan pihak berkuasa, hanya 20 peratus pusat pengundian beroperasi di wilayah Donetsk dan Luhansk, walaupun jumlah pengundi yang keluar di seluruh negara amat tinggi. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140527/lu_04/Raja-Coklat-Presiden-baharu-Ukraine#ixzz32rcb6yh0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kumpulan pemisah Ukraine tawan lapangan terbang


DONETSK, Ukraine 27 Mei - Lapangan terbang utama di bandar timur Ukraine, Donetsk, digegarkan dengan satu letupan dan kejadian tembak menembak selepas kumpulan pemisah Ukraine mengepung kawasan tersebut semalam, kata seorang koresponden AFP yang berada di tempat kejadian.
Kepulan asap tebal dapat dilihat naik ke udara dari kawasan kompleks lapangan terbang itu dan bunyi jet pejuang melalui ruang udara kompleks tersebut didengari dari jauh.
Sementara itu, kesemua penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang tersebut turut dibatalkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140527/lu_01/Kumpulan-pemisah-Ukraine-tawan-lapangan-terbang#ixzz32rcHcXCj
© Utusan Melayu (M) Bhd