Showing posts with label mati pucuk. Show all posts
Showing posts with label mati pucuk. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk

Kosmo! 

PENGGUNA dinasihatkan lebih kerap menggunakan mod pembesar suara pada telefon bimbit untuk mengelak kesan langsung elektromagnetik.- Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.

Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.

Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

'Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit."

Sunday, June 20, 2010

Lelaki sakit jantung kemungkinan mati pucuk - pakar


20/06/2010 3:52pm

KUALA LUMPUR — Tujuh daripada 10 pesakit lelaki yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini untuk rawatan sakit jantung, didapati mengalami mati pucuk (ED), demikian menurut pakar kardiologi hospital berkenaan, Dr. Ramesh Singh Veeriah.
Jelasnya, dalam kajian yang dilakukan tahun lepas ke atas 111 pesakit lelaki yang pada mulanya aktif seks dan selepas mereka dimasukan ke PPUM untuk rawatan sakit jantung, 75.7 peratus daripada mereka didapati sudah mengalami ED.
"ED ini dikesan berlaku enam bulan sebelum mereka dimasukkan ke PPUM,” katanya.
Data berkenaan dimuatkan dalam kertas kerja beliau yang dibentangkan pada Kongres Kardiologi Sedunia di Beijing, China hari ini.
Dr. Ramesh berkata, 219 pesakit jantung lelaki dimasukkan ke unit penjagaan kardiologi hospital berkenaan dari April 2008 hingga Februari tahun lalu dan daripada jumlah itu, 192 telah diperiksa dan hanya 111 pesakit yang aktif seks sejak enam bulan sebelum itu yang diuji untuk ED.
Beliau juga berkata, ED dan Penyakit Arteri Koronari (CAD) mempunyai faktor risiko persamaan yang banyak dan saling berhubung rapat. — Bernama