Tuesday, April 16, 2013

15 kumpulan penyeludup dipercayai biayai pencerobohan



SEPASUKAN anggota tentera membuat rondaan kawalan Ops Daulat menggunakan bot tempur di sekitar kawasan perairan pantai timur Sabah di Lahad Datu, semalam.
KUALA LUMPUR 16 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti kira-kira 15 kumpulan penyeludup di Semporna, Sabah yang dipercayai terlibat membiayai pengganas Kiram dalam insiden pencerobohan di Sabah.
Menurut sumber keselamatan negara, kumpulan-kumpulan penyeludup itu dipercayai telah bergiat aktif sejak lebih 10 tahun lalu dan terdiri daripada mereka yang berbangsa Sulu dari Filipina serta menetap di negara ini dan negara jiran itu.
Katanya, kebanyakan mereka merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Mereka membawa masuk rokok, syabu dan senjata api ke Malaysia sejak sekian lama dan membawa pulang barangan subsidi seperti minyak masak, gula, beras serta tepung ke Filipina.
"Kumpulan-kumpulan ini telah menjadikan Kampung Simunul di Semporna sebagai 'syurga penyeludupan' dan wang hasil penyeludupan mereka itu digunakan untuk membiayai pengganas Kiram," katanya ketika ditemui semalam.
Menurut sumber itu, kumpulan itu menyelinap masuk ke negara ini menggunakan bot dan akan diiringi kumpulan bersenjata api sebaik sahaja kembali memasuki perairan Filipina.
Katanya, barangan hasil kegiatan haram itu pula dijual dengan harga yang jauh lebih rendah di Pulau Basilan berbanding harga barangan sama di Manila.
Kata sumber itu lagi, 32 lelaki bersenjata yang ditangkap ketika cuba memasuki perairan negara di pantai timur Sabah baru-baru ini juga dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penyeludup terbabit.
"Polis juga percaya kebanyakan rumah setinggan atas air yang terdapat di Semporna merupakan sarang kepada kumpulan-kumpulan penyeludup ini," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130417/dn_04/15-kumpulan-penyeludup-dipercayai-biayai-pencerobohan#ixzz2QjL8SxLl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pengganas Kiram sewa senjata MNLF



KUALA LUMPUR 16 April - Desas-desus mengaitkan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dalam insiden pencerobohan di Sabah ternyata benar apabila hasil siasatan polis mendapati pengganas Kiram menyewa senjata api daripada kumpulan itu.
Menurut sumber, perkara itu didedahkan sendiri oleh kumpulan pengganas terbabit yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) baru-baru ini.
"Di Pulau Jolo, kumpulan pengganas Kiram merupakan kelompok yang paling lemah dari segi kewangan serta kekuatan senjata api berbanding kumpulan lain seperti MNLF, kumpulan Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah, lanun dan kumpulan penculik.
"Oleh sebab itu, mereka terpaksa meminjam senjata api daripada MNLF serta mendapatkan pembiayaan daripada kumpulan-kumpulan penyeludup," katanya ketika ditemui semalam.
Sumber itu berkata, selain pembongkaran itu, polis turut menemui carta organisasi 'kerajaan' pilihan mereka yang menampilkan Sultan serta Perdana Menteri pilihan mereka sekiranya berjaya menakluk Sabah.
"Carta itu ditemui ketika polis menahan Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali, 57, di Kota Kinabalu pada 4 April lalu," ujarnya.
Menurut sumber itu lagi, kumpulan pengganas yang miskin tersebut mendapat pembiayaan daripada kumpulan-kumpulan penyeludup selain menjual pingat 'Darjah Kebesaran' mereka.
"Mereka menjual pingat kebesaran tersebut dengan harga antara RM10,000 ke RM15,000 mengikut kedudukan.
"Dianggarkan berpuluh individu daripada pelbagai latar belakang seperti peniaga yang membeli pingat Datuk atau Datuk Seri daripada mereka. Dipercayai wang hasil penjualan pingat itu turut digunakan bagi membiayai gerakan kumpulan pengganas," ujarnya.
Kata sumber itu lagi, kumpulan pengganas Kiram yang menggelarkan diri mereka Tentera Diraja Sulu (RSF) ini, sanggup berbuat apa saja termasuk menceroboh Sabah demi mendapatkan pengiktirafan.
"Mereka ini hanya ada nama sahaja namun tiada daulat," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130417/dn_02/Pengganas-Kiram-sewa-senjata-MNLF#ixzz2QjKpsj00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tujuh askar Pakistan maut serangan bom



MIRANSHAH 16 April - Sebanyak tujuh askar Pakistan terbunuh dalam satu serangan bom di kubu kuat militan Taliban yang terletak bersempadan dengan Afghanistan, di sini hari ini.
Sumber perisikan melaporkan, serangan bom itu berlaku di sebatang jalan yang terletak kira-kira lima kilometer di utara Miranshah yang merupakan pekan utama daerah Waziristan Utara.
"Bom tersebut diledakkan ketika sebuah trak tentera melalui kawasan itu, menyebabkan tujuh tentera maut dan 12 lagi cedera," lapor sumber berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130416/lu_17/Tujuh-askar-Pakistan-maut-serangan-bom#ixzz2QjGATSce
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isa Samad lawan Aishah di Jempol



Isa Samad dan Aishah
Isa Samad dan Aishah
SEREMBAN – Spekulasi sebelum ini yang mengatakan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad akan kembali bertanding kerusi Parlimen Jempol akhirnya menjadi kenyataan, semalam.

Mohd Isa yang menyandang kerusi Dun Bagan Pinang, disahkan bertanding bagi kerusi Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini selepas diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, semalam.

Keputusan itu bukan saja menyaksikan Mohd Isa kembali semula ke kerusi sama yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum 2004, malah lebih menarik, beliau akan bertemu dengan penyanyi popular era 90an, Wan Aishah Wan Ariffin, atau Aishah yang bertanding di bawah tiket Pas.

Mohd Isa berkata, pertukaran kerusi beliau daripada Dun Bagan Pinang ke Parlimen Jempol bukanlah sesuatu yang pelik kerana sebelum ini pun beliau amat rapat dengan masyarakat peneroka di kawasan tersebut.

Menurutnya, dengan tersenarai semula namanya di Parlimen Jempol, memudahkan beliau memberi nafas baru kepada seluruh masyarakat sekitar kawasan itu, terutama peneroka Felda.

“Walaupun saya tidak pasti apa faktor utama kenapa saya dipilih untuk ke Jempol, namun saya yakin pucuk pimpinan lebih mengetahuinya.

"Bagaimanapun, memandangkan Jempol ini terdiri daripada ramai ahli peneroka Felda, tidak mustahil untuk saya mendapat sokongan daripada mereka. Saya yakin seluruh masyarakat Jempol akan memilih Barisan Nasional (BN), sekaligus menyokong saya pada PRU13 ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman dan Penyampaian Watikah di Kediaman Menteri Besar, di sini, hari ini.

Mohd Isa berkata, beliau juga yakin akan dapat membantu merampas kembali Dun Bahau dari pembangkang, sekaligus mengekalkan kerusi di empat Dun bawah Parlimen Jempol seperti Palong, Serting, Jeram Padang dan Bahau.

Pada PRU12 lalu, kerusi Parlimen Jempol dimenangi Datuk Lilah Yassin selepas mengalahkan calon Pas, Siti Meriam Naam (Pas) dengan majoriti besar 12,320 undi.

Demo jangan tak demo



Bagus. Aku sokong tindakan penyokong UMNO BN ni. Macam nilah. Tak puas hati dengan calon, belasah je Najib. Kalau semua bahagian dan cawangan UMNO BN buat mcm ni kan best. Barulah nampak UMNO BN kuat di akar umbi. heh - angah

baca lagi : http://www.malaysiakini.com/news/226833

tolak jangan tak tolak

Ceramah Ubah Yang Dianjurkan Oleh DAP/PR Mendapat Sambutan Sangat Meriah Daripada Penduduk Sekitar Flat Taman Anika, Melaka,Malam Tadi

Orang UMNO Kedah marahkan Tun Mahathir kerana hanya perjuangkan politik anaknya bukan kepentingan rakyat

KUALA LUMPUR: Cita-cita Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menjaga legasi dan kepentingan anak-anaknya hampir menjadi realiti kini apabila anaknya Mukhriz Mahathir bertanding di peringkat DUN untuk membuka laluan kepadanya  menjadi MB Kedah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jelas kini kesungguhan Mahathir bergerak ke sana sini bukan untuk kepentingan Umno sebagaimana didakwa tetapi menjaga kepentingan anak-anaknya.

"Dia berjaya nampaknya mempengaruhi Najib untuk membuka jalan kepada anaknya naik ke kerusi MB. Bagaimanapun kita yakin, rakyat tahu apa yang lebih baik untuk negara," kata Mahfuz.

Beliau mengulas keputusan Umno untuk meletakkan Mukhriz bertanding di DUN Air Hitam, Kedah.

Air Hitam adalah DUN di bawah Parlimen Jerlun yang diwakili oleh Mukhriz kini.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar selalu sahaja menyebut kesungguhan Mahathir adalah untuk menjaga legasi beliau dan anak-anaknya.

Atas dasar itulah, beliau menjaga kepentingan perniagaan dan politik anak-anaknya.

Dalam sidang medianya hari ini Mahfuz juga menolak desas desus yang mengatakan beliau akan bertanding kerusi DUN di samping kerusi Parlimen Pokok Sena.

"Saya hanya akan bertanding Parlimen Pokok Sena saja," kata Mahfuz (gambar kanan).
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Mahfuz akan bertanding di Parlimen Pokok Sena

BN benar-benar kecut perut dengan kebangkitan umat Islam di Kedah

Suasana Kuliah UAI di Laguna Merbok
Gambar semasa Kuliah Maghrib Ustaz Azhar di Masjib Bandar Laguna Merbok, Sg Petani Kedah pada 12.4.13

Subhanallah... Ini lah gambaran sebenar lebih 45,000 kehadiran malam itu. dan kutipan malam itu melebihi RM60,000.

Memang berbaloi walau pun parking sejauh 4KM, berpanas, duduk diatas tanah dsb. Manisnya ujian Mu ya Allah.

Tolonglah pakat2 share gambar kebangkitan Islam yang tidak boleh masuk mana2 tv atau pun akhbar ini ya.

Orang muda sayang Ulama orang muda geng kita.
-kedah la 

Bekas orang kuat UMNO dedahkan bagaimana video sex fitnah dibuat

NONESebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menerbitkan video seks bagi "menjahanamkan" imej tokoh politik tertentu di mata umum, dakwa Presiden Penaja Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.


Dalam kenyataannya hari ini, Kadir berkata beliau diberitahu bahawa pasukan khas itu "mendapat pembiayaan dan upah khas" daripada pihak tertentu.

"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu. 

"Teknik untuk mengeluarkan video-video fitnah seperti ini memang boleh dibuat dengan mudahnya sekarang ini," katanya yang juga bekas menteri kabinet.

Beliau juga yakin rakyat Malaysia mengutuk kempen politik itu yang dianggap "menjijikkan" dan berharap ia dihentikan serta merta.

"Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih. Dan selepas 50 tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik," katanya.

Terkejut dengan tuduhan terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang didakwa menjadi mangsa video seks, Kadir juga berharap Mustafa "bersabar dan kuat menghadapi fitnah" tersebut.

"Saya sendiri kenal beliau secara peribadi sejak beliau menjadi ketua Pemuda PAS pada awal 70-an dahulu. Beliau tetap seorang yang bersih, bermoral dan berprinsip tinggi dan mempunyai keluarga yang bahagia.

"Saya yakin keyakinan terhadap beliau oleh ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia keseluruhannya lebih meningkat dan dihormati selepas fitnah yang menjijikkan ini," katanya.sumber

Najib belanja RM4,364 setiap pengundi, terbesar di Asean - penganalisa



KUALA LUMPUR: Seorang penganalisa politik terkemuka rantau Asia Tenggara hari ini membuat penganggaran bahawa Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak telah membelanjakan RM58 bilion atau RM4,363 setiap pengundi untuk PRU13 ini.

Dr Bridget Welsh (gambar), seorang professor madya sains politik menulis dalam artikelnya di Malaysia berkata perangkaan tersebut datang daripada analisa beliau dalam 4,000 sumber berita sejak 2009 dan kajian terhadap tiga bajet dan bajet tambahan dari 2010 sehingga 2013.

“Saya secara konservatif menganggar bahawa pentadbiran beliau (Najib) telah membelanjakan RM57.7 bilion bermula dari hari beliau menjadi Perdana Menteri sehingga sebelum parlimen dibubarkan dalam insentif pilihanraya,” tulis Bridget.

Bridget berkata Najib telah membelanjakan RM46.7 bilion dalam pembangunan sasaran berjanji dan RM11.0 bilion dalam program 1Malaysia.

“Dua komponen terbesar ini adalah bersifat pengagihan sasaran politik dan perbelanjaan 1Malaysia. Langkah-langkah ini berunsur politik, kerana bukan sahaja mereka dicanang dalam bentuk politik, ia juga disebarkan sebagai sebab-sebab untuk mengundi BN di peti undi nanti,” kata beliau.

Bridget berkata pembelanjaan terbesar bukannya datang daripada RM5.6 bilion yang digunakan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tapi di atas langkah-langkah populis yang lain seperti kenaikan gaji dan pembinaan sekolah menggunakan duit daripada pejabat Perdana Menteri.

“Dalam erti kata lain, anggaran itu mencadangkan bahawa pentadbiran Najib telah membelanjakan kira-kira RM4,363 setiap pengundi setakat ini. Setakat ini, ini adalah pilihanraya termahal di Malaysia. Memandangkan bahawa wang juga diperuntukkan kepada calon-calon untuk kempen, lebih banyak wang akan digunakan,” beliau memberikan amaran.

Najib, kata beliau, sekarang boleh dikatakan terlibat dalam pilihanraya termahal di Asia Tenggara.

Sebelum ini, ada satu laporan Maybank bertarikh 19 Mac menyatakan bahawa Jabatan Perdana Menteri telah membelanjakan sebanyak RM36.1 juta untuk menaikkan imej pentadbirannya di mata rakyat menerusi pengiklanan.

Gempar! Hinaan Penyokong Barisan Nasional Pada Ulama, Orang Bukan Islam Bangun Pertahan Nik Aziz!!


Kuala Lumpur - by @erapasca seorang ''melayu islam'' umno telah mencerca tuan guru nik aziz di dalam wall facebooknya, kemudian saling berbalas balaslah penyokong kepada tuan guru nik aziz yang terdiri daripada mereka mereka yang sayangkan ulama, tetapi yang lebih menggemparkan apabila, seorang anak cina yang beragama kristian atau buddha bangun mempertahankan tuan guru nik aziz, kenapa ini terjadi? kerana umum tahu yang di dalam Barisan Nasional, tiada yang pandai pandai lagi, yang tinggal hanyalah si bongok bersama pemimpin bongoknya saja. lihat sendiri, amatilah seadanya, betapa rakyat malaysia hatta yang bukan islam sekalipun amat menyayangi ulama kita, tetapi bagi pencacai umno, segalanya mungkin hatta video seks sekalipun. tepuk dada tanyalah pada hati, ISLAM kah aku? atau MELAYU ISLAM? pemimpin kerajaan LANUN Barisan Nasional telah mengajar pencacai pencacainya supaya menjadikan fitnah maki hamun, seks dan sebagainya untuk zikir harian mereka, dan di persembahkan kepada manusia, inilah hakikat MELAYU ISLAM yang di laungkan. jika ISLAM, tidak begitu akan akal mereka, kerana MELAYU ISLAMlah mereka lupa.

TerNow! Senarai Calon ''BOLEH KE MENANG'' Barisan Nasional Pulau Pinang Kini Di Dedah!!


Kuala Lumpur - by @tiewnama
Ini adalah ujian paling getir bagi BN pertahankan Putrajaya - Najib

SENARAI CALON ''BOLEH KE MENANG'' dari BN di pulau pinang

P.041 KEPALA BATAS - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
- N.01 PENAGA - Mohd. Zain Ahmad
- N.02 BERTAM - Shariful Azhar Othman
- N.03 PINANG TUNGGAL - Datuk Roslan Saidin

P.042 TASEK GELUGOR - Shabudin Yahaya
- N.04. PERMATANG BERANGAN - Omar Abd. Hamid
- N.05 SUNGAI DUA - Muhamad Yusoff Mohd. Noor
- N.06 TELUK AIR TAWAR - Datuk Jahara Hamid

P.043 BAGAN - Chua Teik Siang
- N.07 SUNGAI PUYU - Sum Yoo Keong
- N.08 BAGAN JERMAL - Tan Chuan Hong
- N.09 BAGAN DALAM - M. Karuppanan

P.044 PERMATANG PAUH - Mazlan Ismail
- N.10 SEBERANG JAYA - Datuk Mohammad Nasir Abdullah
- N.11 PERMATANG PASIR - Anuar Faisal Yahaya
- N.12 PENANTI - Ibrahim Ahmad

P.045 BUKIT MERTAJAM - Gui Guat Lye
- N.13 BERAPIT - Lau Chiek Tuan
- N.14 MACHANG BUBUK - Tan Lok Heah
- N.15 PADANG LALANG - Tan Teik Cheng

P.046 BATU KAWAN - N. Gobalakrishnan
- N.16 PERAI - L. Krishnan
- N.17 BUKIT TENGAH - Teng Chang Yeow
- N.18 BUKIT TAMBUN - Lai Chew Hock

P.047 NIBONG TEBAL - Datuk Zainal Abidin Osman
- N.19 JAWI - Tan Cheng Liang
- N.20 SUNGAI BAKAP - Mohd. Foad Mat Isa
- N.21 SUNGAI ACHEH - Datuk Mahmud Zakaria



by @tiewnama - jatuhnya kota melaka kerana MAMAK BENDAHARA.
jatuhnya malaysia kerana MAMAK KERALA. kah3

Islam dan demokrasi


Kami melihat sebagian kaum muslimin berbicara kepada umat, bahwa mereka adalah “pendukung demokrasi”, “memperjuangkan demokrasi”. Setelah kami berdiskusi dengan sebagian orang tersebut; setelah kami bicara mengenai asal-usul landasan fiosofis, dan konsep praktis dari demokrasi; setelah kami paparkan contoh-contoh kasus dalam impementasinya yang rusak; setelah kami bandingkan dengan aqidah dan syariah islam; dan setelah kami nyatakan pertentangannya dengan tauhiid, maka sebagian dari mereka mengatakan: “kami tidak sedang memperjuangkan jenis demokrasi seperti yang anda sampaikan. Demokrasi seperti itu demokrasi barat, dan memang demokrasi barat bertentangan dengan islam. Tapi kami mengusung demokrasi yang lain, yakni demokrasi islam, demokrasi yang dipraktekkan oleh para Khulafaa’ur Rasyidiin”. Demi Allah, Ini adalah jawaban bathil yang harus dibungkam. Wallaahul musta’aan.

Sebenarnya, istilah demokrasi-islam merupakan istilah yang mengalami contradictio in terminis. Sebab, Demokrasi-Islam terdiri dari dua istilah yang mewakili dua konsep yang asing antara satu dengan yang lain. Islam adalah sebuah sistem kehidupan yang terbangun dari pandangan hidup tertentu (aqidah islam). Sedangkan demokrasi merupakan model pemerintahan yang ditelorkan dari pandangan hidup yang lain (bukan aqidah islam). Singkatnya, islam adalah idiologi tersendiri, sedangkan demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang lahir dari idiologi lain, yaitu liberalisme-sekuler (yang menjadi salah satu rival islam).

Atas dasar itu, penggunaan istilah “demokrasi” yang ditempelkan pada istilah “islam” adalah penggabungan yang sangat aneh. Hal itu sama anehnya dengan istilah “Marxisme-islam”, sama seperti menyebut lagu-lagu gereja dengan istilah “nasid-gereja”, sama dengan menyebut tentara Amerika dengan sebutan “mujahid amerika”, sama dengan menyebut seorang kristen yang rajin ke gereja dengan sebutan “seorang kristen yang sholeh”. Bukankah itu merupakan penggunaan istilah yang kacau, di dalamnya terjadi pencampuradukan dua konsepsi yang sebenarnya tidak bisa dicampur. Marxisme adalah sesuatu, dan islam adalah sesuatu yang lain, keduanya bertentangan secara diametral. Di Indonesia, nasid merupakan istilah untuk lagu-lagu islami, sehingga tidak bisa digabungkan dengan istilah gereja. Istilah mujahid, dan sholihuun merupakan istilah yang secara spesifik digunakan untuk menyebut karakter tertentu dalam islam, tidak bisa digunakan dalam konteks di luar islam. Begitu pula dengan demokrasi yang merupakan anak kandung dari liberalisme-sekuler, adalah bukan islam, bahkan musuh islam. Sepert-itulah kejanggalan dari orang-orang yang menipu manusia dengan bermain kata-kata tanpa berfikir. Demokrasi-islam adalah kamuflase yang memperdaya umat muslim. Dan penipuan itu harus segera diakhiri agar umat terentaskan dari kubangan lumpur.

Tidak bisa dikatakan bahwa demokrasi di sini hanya merupakan kata serapan yang bisa saja dipakai untuk mensifati sebuah karakter dari islam. Seperti mengatakan bahwa Umar bin Khothob (ra) itu adalah seorang kholifah yang “aspiratif”, bukankah itu sama dengan mengatakan bahwa Umar (ra) adalah seorang kholifah yang “demokratis”?, kata mereka. Dengan begitu mereka simpulkan bahwa pemerintahan islam adalah pemerintahan yang aspiratif, alias demokratis. Maka dari itu, menurut mereka, demokrasi merupakan karakter asli dari pemerintahan islam.

Jawabnya, demokrasi merupakan istilah yang memiliki pengertian yang telah mapan. Pengertian itu digunakan oleh seluruh dunia untuk menyebut sistem pemerintahan yang menjadikan rakyat sebagai pemegang kedaulatan. Ia merupakan sistem pemerintahan yang lahir dari idiologi liberalisme-sekuler. Siapa saja yang memaknai demokrasi dengan pengertian yang berbeda dari pengertian itu berarti dia telah menyimpang dari bahasa manusia, dia telah menggunakan istilah dengan seenak perutnya. Apakah anda akan membenarkan jika ada orang yang mengaplikasikan kata “mobil” untuk sebuah kendaraan yang ditarik oleh seekor kuda yang dikendalikan oleh laki-laki yang memegang cemeti? Bukankah orang itu telah menggunakan sebuah kata dengan cara yang bertentangan dengan konvensi manusia? Maka demokrasi harus kita maknai sesuai dengan makna yang digunakan oleh disiplin ilmu politik, sesuai dengan konsep aslinya, jika kita tidak mau dikatakan bodoh.

Dengan pengertian demokrasi yang asli, pemerintahan Umar bin Khothob tidak bisa disebut demokratis, sebab Umar bin Khothob (ra) tidak menjadikan rakyat sebagai pemegang kedaulatan. Beliau menjalankan pemerintahannya dengan menjadikan Al Qur’an dan As-sunah sebagai rujukan mutlak dalam mengambil kebijakan. Coba tanya kepada dunia dan ahli politik: “apakah kepala negara yang memutlakkan otoritas Al Qur’an dan As Sunah sebagai sumber hukum (bukan kehendak rakyat) dapat disebut negara yang demokratis? Mana bisa negara yang memutlakkan otoritas “wahyu” yang diyakini oleh penganut agama tertentu bisa disebut negara demokrasi? Mereka justru akan mengatakan: “pemerintahan islam yang bersandar pada aturan syariah yang “kaku” itu tidak demokratis, karena tidak menghargai kebebasan”.

Oleh karena itu, demokrasi bukan sekedar kata asing biasa, tapi ia merupakan istilah yang mapan, lahir dari pandangan tertentu, dan memiliki pengertian tertentu. Maka dari itu, istilah demokrasi tidak bisa diaplikasikan secara serampangan. Kenapa begitu? Karena jika digunakan secara ngawur, lepas dari konteks landasan filosofis dan konsepsi yang diwakilinya, maka penggunaannya akan tampak janggal. Seperti halnya kata presiden dan kholifah, kedua kata ini memiliki konsep tertentu, ia tidak bisa diaplikasikan di luar konteks yang sesuai dengan konsepnya. Oleh karena itu, kata presiden ini tidak bisa diganti dengan istilah lain yang memiliki konsep lain, seperti istilah kholifah. Kedua kata ini, yakni presiden dan kholifah, tidak bisa saling menggantikan, sebab keduanya mengandung konsep tersendiri, bahkan konsep yang dikandungnya merupakan konsep yang bersifat idiologis yang eksklusif. Umar bin Khothob tidak bisa diberi atribut “presiden”, karena Umar (ra) memang bukan seorang presiden tapi seorang kholifah.

Di lain pihak, Suharto dan Bush adalah seorang presiden, tidak bisa disebut kholifah Bush atau kholifah Suharto. Hal ini dikarenakan presiden merupakan sebuah isitilah yang penggunaannya relevan dalam negara demokrasi, dan kholifah, penggunaannya terbatas pada negara khilafah. Jadi presiden dan kholifah bukan kata serapan biasa, keduanya tidak memiliki padanan istilah dalam bahasa yang berbeda. Lain halnya dengan kata serapan biasa, ia bisa digunakan dengan bebas, seperti kata manajer (manager). Maka kata ini (manajer) bisa digunakan untuk mensifati siapa saja yang bertugas mengatur aktifitas sejumlah orang untuk mengerjakan tugas tertentu. Kata ini juga memiliki padanan kata dalam berbagai bahasa. Dengan demikian kata ini bisa secara universal dilekatkan pada siapa pun, karena kata manajer tidak terkait dengan faham atau idiologi apapun. Hal ini lain dengan istilah Demokrasi. Sebab istilah ini khusus ditujukan kepada sistem pemerintahan yang ditegakkan dan diyakini keshahihannya oleh orang-orang yang menganut faham liberalisme-sekuler. Sementara itu, umat islam punya istilah khusus dalam menyebut sistem ketatanegaraan yang dimunculkan dari aqidah islam, yaitu khilafah.

Jika demokrasi itu sama dengan islam, dan khilafah yang asli pada masa khulafaur rasyidin dianggap sama dengan sistem demokrasi, maka seharusnya demokrasi dan sistem khilafah itu dianggap sebagai dua istilah yang memiliki konsep sama (sinonim). Ini jelas tidak bisa diterima, baik oleh umat islam, maupun penganut demokrasi, maupun oleh semua orang yang masih berakal sehat. Jika sistem khilafah adalah demokrasi, dan Amerika juga negara demokrasi, berarti sistem khilafah sama dengan sistem pemerintahan Amerika. Ya nggak? Katanya jika P = Q,, sementara Q = R, maka seharusnya P = R., bukankah demikian? Jadi jika kita konsisten mengatakan bahwa khilafah = demokrasi, maka kita juga harus mengatakan bahwa Amerika identik dengan khilafah yang dipimpin oleh KhulafaaurRasyidin itu. Sebab, semua orang di dunia ini mengatakan bahwa Amerika juga negara demokrasi, atau kalau anda tidak setuju dengan Amerika, taruhlah Yunani kuno sebagai ganti R.

Padahal, nilai-nilai yang membangun Daulah Islam dengan nilai-nilai yang membangun Amerika atau Yunani itu sangat berbeda bahkan bertolak belakang. Dan sebagian orang islam tidak akan rela jika dikatakan bahwa pemerintahan khulafaaur rasyidiin setipe dengan sistem Amerika atau pun yunani, begitu pula sebaliknya, orang amerika juga tidak rela jika demokrasi yang mereka banggakan dianggap sama dengan model pemerintahan islam yang mereka anggap Uncivilized.

Logika di atas jadi terlihat aneh karena salah satu premisnya salah total, yakni anggapan bahwa khilafah sama dengan demokrasi, maka jika premis-premisnya dihubungkan secara benar, konklusinya justru terlihat janggal, menggelikan, dan tidak sesuai dengan hasil penginderaan. Masak sih Yunani kuno atau amerika bisa disamakan dengan pemerintahan empat khulafaa’ awal radliyallahu ‘anhum? Jadi jelas, mengatakan bahwa Khulafa’ur Rasyidin telah menjalankan demokrasi merupakan salah satu pernyataan paling “unik” di dunia, saking “uniknya” layak untuk diluruskan. Hal yang sama parahnya pernah terjadi tatkala ada yang menyuarakan sosialisme islam (islam kiri), dan mengatakan bahwa pemerintahan islam pada masa lalu adalah pemerintahan yang bersifat sosialis.

Akan tetapi, istilah demokrasi saat ini sudah sangat populer. Melawan demokrasi sama artinya dengan melawan semua manusia. Maka untuk mendekati dan meraih simpati publik sebagian orang tidak menampakkan perlawanan terhadap istilah demokrasi. Mereka mengatakan kepada khalayak: “Kami juga menganut demokrasi”. Ketika kami menyapa mereka: “apakah kalian membela demokrasi? Padahal demokrasi itu begini dan begitu,.. bla, bla, bla..?”. Setelah itu mereka bebisik kepada kami: “Tunggu dulu, anda jangan tergesa-gesa menyalahkan kami, sebenarnya demokrasi kami berbeda dengan demokrasi yang dipahami oleh publik, kami meyakini demokrasi islam”. Maka disamping melakukan perancuan konsep, mereka dengan sadar juga telah melakukan tindakan kamuflase di mata publik. Sebab mereka menggunakan sebuah istilah di depan publik, akan tetapi mereka memaknai istilah itu dengan arti yang berbada dengan apa yang dipahami oleh publik. Ini seperti seorang sufi-ghulah yang ditanya orang-orang: “apakah anda sudah sholat?”, ia menjawab: “sudah”.

Padahal yang dimaksud penanya adalah sholat maghrib, sedang sang sufi-ekstrim memaknai sholat sebagai “penyatuan batin antara manusia dengan Allah”. Apakah ini pembicaraan yang nyambung? Bukankah sang sufi-x-trim telah menipu orang-orang? Di samping itu, dengan tidak jujur kepada publik, mereka telah mungubur dan menyembunyikan fikrah islam, dan menampakkan diri sebagai pendukung demokrasi. Jika nanti kesadaran umat telah pulih, dan umat tahu bahwa demokrasi adalah bathil, sementara hari ini mereka terlanjur mengatakan sesuatu yang bathil, apakah nanti umat akan percaya kepada mereka? Padahal telah diketahui bahwa mereka bertahun-tahun menyuarakan sesuatu yang bathil di depan umat? Tentu mereka tidak mau hal itu terjadi, maka mereka akan selalu berusaha menyembunyikan hakekat demokrasi, menjaganya agar tidak tampak bathil di mata umat.

Dengan begitu, umat akan selalu melihat mereka sebagai pembela rakyat, pembela demokrasi. Dan selamanya mereka akan seperti itu. Tindakan ini mereka namakan “dakwah bijak”, dakwah yang tidak frontal, kata mereka. Apa ini yang disebut dakwah, menampakkan kebathilan sebagai sesuatu yang haq? Padahal, kita diajari untuk mengatakan sesuatu yang haq sebagai haq, dan bathil dikatakan bathil. Maka tidak heran jika mereka selalu membantah dengan bantahan yang tidak disandarkan pada skema pendalilan yang syar’i, seperti alasan dhorurat, mashlahat, daf’ul mafsadat, dsb, seraya mengesampingkan nash-nash yang qoth’i. Allaahumma innaa nas’alukal hudaa wash-shiraathol mustaqiim, wa na’uudzubika minasy-syayaathiin! Salaamun ‘alal mursaliin, wa aakhiru da’waanaa anil hamdulillaahi Rabbil ‘aalamiin.Rachmat Moslem Al-Muwahheed‹

Beranda
Lihat versi web
Diberdayakan oleh Blogger

Ikon Racist Negara 2013, Zul kulim dicalonkan kerusi Parlimen Shah Alam....

Ali Ketam diumumkan sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Bukit Katil, Melaka

Dun Sg.Udang pula Datuk Wira Idris Haron

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob tidak mempertahankan kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada PRU-13 dan digantikan dgn Shabudin Yahya

Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas yang disandang sejak 35 tahun lalu pada PRU-13.

Ayuh...Kita kuburkan mereka..

tokoh islam kini

in sya allah!

in sya allah menang!

saham akhirat

Nasharudin Mat Isa antara calon ulama BN?

Ahmad Maslan
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan tidak menafikan pihaknya bakal meletakkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mungkin, saya tidak dapat nyatakan senarai itu (kerana esok akan diumumkan)," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya di sini, semalam.

Nama Nasharudin ditanyakan terus kepada  Ahmad memandangkan BN mengumumkan meletakkan 31 peratus calonnya kali ini dari kalangan profesional dan ulama.
Nasharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Nasha, yang dipecat dari Majlis Syura Pas - dilihat antara ikon yang cukup menyerlah dan "mesra" Barisan Nasional.

Pada tahun 2008 beliau bertanding di Bachok.

Gambar beliau bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke luar negara mengundang kritikan keras pimpinan Pas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak nama calon yang layak, namun yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang terbaik.
Menurut Ahmad, kepimpinan yang memutuskan senarai calon ini begitu teliti dalam membuat keputusan dan memandang berat semua aspek.

Malah ujarnya, tidak hairanlah untuk memutuskan calon ulama itu sendiri, beberapa siri pertemuan diadakan sebelum ini.
"Mereka juga sebahagian besar yang menghantar senarai calon itu, tiga empat kali berjumpa dengan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.

"Kita ada juga kumpulan-kumpulan yang tertentu yang memberikan nama-nama yang berkaitan. Pada masa yang sama juga, mereka perlu dibersihkan daripada tapisan-tapisan SPRM, insolvensi dan sebagainya," jelas Ahmad.

Ditanya apakah mesej yang cuba disampaikan dengan mengetegahkan golongan ulama ini, Ahmad berkata, ia bukanlah perkara yang baru cuma dari segi jumlahnya, ia bertambah untuk kali ini.

"Kita ini sensitif kepada suasana semasa. Kalau kita perlu di kawasan-kawasan tertentu ini calon dari kumpulan tertentu, maka kita akan pilih dari kalangan itu.

"Walaupun dia  bukan lulusan universiti, dia bukan tidak langsung mendapat peluang jika tidak ada diploma, kalau dia cukup popular kerana kerajinannya di satu-satu kawasan, pucuk pimpinan juga memutuskan orang itu layak," ujar beliau.

Jangan pisah agama dan politik, kata Nik Aziz

Nik Aziz Nik Mat
Nik Aziz menyampaikan hujah pada program Bicara Cinta Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf pagi tadi. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) menjadi punca kepada kepincangan sistem demokrasi di negara ini kerana telah memisahkan agama dan politik dalam pentadbiran negara.

Tegasnya, dua aspek terbabit sepatutnya menjadi tunjang utama dalam sesuatu pemerintahan bukannya berpaksikan kepada semangat nasionalisme semata-mata yang sentiasa diperjuangkan Umno-BN dengan menjadikan bangsa Melayu sebagai rujukan utama dalam politik negara.

Kata Menteri Besar Kelantan ini, meskipun al-Quran hanya menyebut Islam sebagai kaedah terbaik untuk memimpin manusia, namun ia tidak bermakna Islam menolak sepenuhnya sistem pemerintahan yang dicipta manusia seperti demokrasi, asalkan ia tidak bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Mereka acap kali junjung semangat nasionalis tapi dia ingat hanya Melayu saja.

“... begitu juga penyakit rohani Umno yang kian jadi kronik kerana pecahkan dua aspek pemerintahan di negara ini, hak ALLAH beri kepada ALLAH (agama) dan hak kaisar (politik) beri kepada kaisar,” katanya pada forum Bicara Cinta Tok Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Nik Aziz menggesa pemimpin Umno-BN supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar tanpa memisahkan antara agama dan politik kerana dua faktor terbabit saling memerlukan jika mahukan pentadbiran negara yang adil lagi saksama.

Kiram: 400 lagi askar Sulu tiba di Sabah

MANILA - Lebih 400 pejuang sukarela pengikut Kiram dikatakan tiba di Lahad Datu, Sabah bagi mengukuhkan lagi legasi pasukan keselamatan diraja.
Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani berkata, pejuang mereka semuanya bersenjata tiba di pantai timur Sabah melalui dua kumpulan berlainan di antara 30 Mac dan 5 April lalu.

“Mereka mahu meneruskan perjuangan pengikut Kiram yang lain di Malaysia walaupun terpaksa melanggar peraturan hak asasi Malaysia,” katanya dipetik Philipine Headline News.

UMNO yang berpecah PAS juga yang kena tuduh

PAS punca Melayu berpecah


Pokok Sena: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS sebagai ejen perpecahan orang Melayu yang dulunya kuat kerana bersatu di bawah satu parti.

Beliau berkata, disebabkan sikap tamak PAS yang bertindak keluar daripada UMNO hanya semata-mata mahu mendapatkan lebih banyak kawasan, menyebabkan orang Melayu yang dulunya bersatu akhirnya berpecah dua.
“Sebenarnya PAS ditubuhkan bukan untuk menegakkan syiar Islam... lebih kepada kecewa kerana tak dapat tempat... tak dapat elaun RM300 (elaun wakil rakyat ketika itu) 



“Ketika itu mereka minta 10 (kawasan) kita bagi satu, jadi mereka kecewa... mereka keluarlah.

“Kalau mereka keluar, dapat letak banyak calon lagi... bila bertanding mereka kena lawan dengan calon Melayu dari UMNO, maka bermulalah perpecahan orang Melayu,” katanya ketika berucap di Himpunan Harapan Baru Pokok Sena di sini, malam kelmarin.

Katanya, disebabkan sikap tamak PAS, orang Melayu yang suatu ketika dulu bersatu padu, menjadi lemah kerana berpecah.
“Dulu walaupun Melayu tak ada senjata, tak kuat, miskin, tak ada pelajaran tinggi tetapi oleh sebab kita bersatu padu tanpa perpecahan memberikan kekuatan pada kita menyebabkan kita mampu menundukkan British.

“Namun selepas PAS memecahbelahkan orang Melayu diikuti penubuhan PKR untuk merebut kerusi Perdana Menteri, orang Melayu menjadi semakin lemah dan berpecah kepada tiga puak,” katanya.

Beliau menasihatkan pengundi tidak terpedaya dengan perjuangan pembangkang yang bukannya untuk menegakkan syiar Islam dan keadilan, tetapi lebih kepada mahu menunaikan agenda masing-masing.

Dr Mahathir turut mempersoal , Lim Kit Siang yang ingin bertanding di Parlimen Gelang Patah, semata-mata untuk menyemai politik membenci antara kaum.

Pengganas Kiram dakwa bina 'kubu' di Sabah



MANILA 15 April - Kumpulan pengganas Kiram diketuai Azzumudie Kiram kini mendakwa mereka telah membina sebuah 'kubu' di Sabah dan tidak akan berundur dari negeri itu.
Jurucakap kumpulan pengganas itu, Abraham J. Idjirani kelmarin mendedahkan, pembinaan 'kubu' itu juga menunjukkan bahawa Azzumudie akan meneruskan rancangan 'menuntut' Sabah daripada Malaysia.
"Kumpulan kami kini dianggotai antara 400 dan 500 pengikut sukarela yang datang dari Sulu, Tawi-Tawi, Basilan dan Mindanao.
"Kira-kira 75 hingga 80 peratus daripada mereka bersenjata. Jadi kami tidak berhasrat meninggalkan Sabah," katanya.
Abraham berkata, pasukan itu kini boleh dianggap 'kubu kuat bergerak' yang berada di beberapa kawasan di Sabah.
Ketika disoal sama ada pasukan tentera Malaysia berupaya mengesan pengganas Kiram, dia berkata, tentera Malaysia tahu tentang kedudukan mereka, namun bukan secara spesifik.
"Walaupun (kumpulan Azzumudie) tidak berada di kawasan tetap, namun disebabkan pergerakan bebas pengikut bersenjata kami semakin meluas, ia boleh diandaikan sebagai kubu kuat pasukan kami," kata Abraham. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130416/dn_04/Pengganas-Kiram-dakwa-bina-kubu-di-Sabah#ixzz2Qa7J60PE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perbicaraan pemilikan kuil Preah Vihear di ICJ bermula



THE HAGUE 15 April - Thailand dan Kemboja bersemuka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), di sini hari ini berhubung pertikaian mengenai pemilikan kuil purba Preah Vihear dan kawasan sekitarnya yang menjadi rebutan kedua-dua negara sehingga mencetuskan pertempuran antara sempadan pada 2011.
Perbicaraan akan berlangsung selama seminggu selepas dua tahun lalu, Phnom Penh meminta penjelasan mengenai hak pemilikan terhadap kuil tersebut yang ditetapkan ICJ kepada mereka pada 1962.
Thailand pula bagaimanapun, tidak mempertikai pemilikan Kemboja ke atas kuil tersebut yang merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO, namun menuntut hak ke atas kawasan kuil itu seluas 4.6 kilometer persegi.
Keputusan perbicaraan dijangka akan diketahui sebelum September nanti. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130415/lu_09/Perbicaraan-pemilikan-kuil-Preah-Vihear-di-ICJ-bermula#ixzz2Qa2q5w9T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

19 terbunuh letupan bom di Somalia



MOGADISHU 15 April - Seramai 19 orang terbunuh di tengah bandar Somalia semalam dalam kejadian letupan bom yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan militan al-Qaeda.
Kejadian letupan tersebut berlaku di luar bangunan Mahkamah Tinggi selepas bangunan tersebut diserbu oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
"Kira-kira tujuh lelaki yang berpakaian seragam tentera memasuki bangunan tersebut sebelum bom tersebut meletup. kami sangkakan mereka tentera kerajaan," kata saksi, Aden Sabdow yang bekerja di pejabat daerah.
Katanya lagi, selepas kesemua lelaki memasuki bangunan itu satu letupan kuat berlaku. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130415/lu_02/19-terbunuh-letupan-bom-di-Somalia#ixzz2Qa2YwXjE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

32 maut serangan bom kereta




BAGHDAD 15 April - Sekurang-kurangnya 32 orang maut dan lebih 200 lagi cedera dalam siri serangan bom kereta di bandar-bandar utama di Iraq, termasuk dua letupan bom di lapangan terbang antarabangsa di sini, hari ini.

Serangan-serangan tersebut berlaku di Baghdad, Kirkuk, Tuz Khurmato dan beberapa pekan kecil dari utara ke selatan negara ini.

Sumber polis berkata, dua orang terbunuh dalam letupan bom kereta di pusat pemeriksaan di lapangan terbang Baghdad.

"Dua buah kereta melepasi kawasan keselamatan di pintu masuk ke lapangan terbang sebelum ia diletupkan," kata sumber berkenaan.

Serangan paling teruk berlaku di bandar Tuz Khurmato, kira-kira 170 kilometer ke utara Iraq, apabila empat bom diletupkan ketika sepasukan polis sedang melakukan rondaan di bandar tersebut.

Lima polis maut dan 67 lagi cedera dalam serangan itu, termasuk orang awam.

Serangan-serangan itu dilancarkan hanya beberapa hari menjelang pilihan raya wilayah bagi menguji kestabilan politik Iraq sejak Amerika Syarikat (AS) mengundurkan tenteranya pada tahun lalu.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbabit.

Beberapa kumpulan Sunnah lain sebelum ini berikrar untuk melancarkan kempen menentang golongan Syiah dan kerajaan.

Rakyat Iraq akan keluar mengundi pada Sabtu ini, sekali gus menjadi ujian getir bagi pemimpin berfahaman Syiah diketuai Perdana Menteri Nouri al-Maliki sebelum pilihan raya Parlimen pada tahun depan. - REUTERS



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130416/lu_03/32-maut-serangan-bom-kereta#ixzz2Qa1QFs33
© Utusan Melayu (M) Bhd

37 terbunuh menjelang pilihan raya Iraq




BAGHDAD 16 April - Sekurang-kurang 37 orang terbunuh manakala lebih 270 yang lain cedera dalam beberapa siri serangan di negara ini termasuk letupan bom di Lapangan Terbang Baghdad, di sini semalam.

Keganasan tersebut berlaku hanya beberapa hari sebelum berlangsung pilihan raya pertama sejak tentera Amerika Syarikat menarik diri, sekali gus menimbulkan persoalan tentang kredibiliti pilihan raya yang akan berlangsung 20 April ini.

Seramai 14 calon pilihan raya di negara ini terkorban dan hanya 12 daripada 18 wilayah di negara ini akan menyertai pilihan raya berkenaan.

Bagaimanapun tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dengan serangan tersebut. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130416/lu_01/37-terbunuh-menjelang-pilihan-raya-Iraq#ixzz2Qa1B9jRe
© Utusan Melayu (M) Bhd

Mak Nyah nak kahwin



HONG KONG: Mahkamah tertinggi Hong Kong semalam mula mendengar rayuan terakhir seorang mak nyah yang ingin mendapatkan hak berkahwin dengan teman lelakinya, kes pertama di sini.

Wanita yang dilahirkan sebagai seorang lelaki, dikenali sebagai ‘W’ dan kini berusia 30-an. Beliau cuba untuk memohon membatalkan keputusan awal yang menetapkan hanya perkahwinan antara pasangan berlainan jantina saja dibenarkan.

Beliau berkata, dirinya sudah menjalani pembedahan menukar jantina di bawah subsidi kerajaan dan menukar jantinanya pada kad pengenalan sejak kes itu bermula pada 2010.

Pendaftar perkahwinan bandaraya itu memerintahkan W tidak boleh mengahwini teman lelakinya kerana sijil kelahirannya tidak boleh diubah mengikut undang-undang Hong Kong dan mengatakan dia lelaki.

“Undang-undang perkahwinan boleh dan perlu akui bahawa identiti seksual boleh berubah,” kata penasihat W, David Pannick kepada mahkamah dalam pertikaian pembukaannya.

“Hak untuk berkahwin adalah asas, sijil kelahiran adalah sebuah rekod fakta bersejarah,” katanya sambil menambah bahawa W kini secara perubatan, psikologi dan sosial adalah seorang wanita.

Peguam itu berkata, Pendaftar Perkahwinan perlu mengiktiraf jantina terbaru anak guamnya, yang tertulis dalam dokumen rasmi seperti kad pengenalan dan pasportnya dan satu penafian terhadap cubaan beliau untuk berkahwin adalah melanggar HAK perlembagaan. - AFP

Jokowi calon popular presiden



Jakarta: Di sebalik pengakuan bahawa dia tidak bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2014, Gabenor Jakarta Joko Widodo (Jokowi) menjadi calon paling popular kesan daripada laporan negatif media terhadap hampir semua parti politik utama Indonesia.

Laporan berterusan mengenai masalah Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan skandal rasuah membabitkan pemimpin Parti Keadilan Sejahtera Luthfi Hasan Ishaaq misalnya, tidak sekadar merosakkan imej parti, malah meningkatkan populariti tokoh alternatif seperti Jokowi.


Kajian Institut Pol-Tracking menyatakan, rakyat mahukah tokoh baru berbanding memberi tumpuan kepada pemimpin dicalonkan parti masing-masing.

Pengarah eksekutif institut itu, Hanta Yudha berkata, prestasi sebagai gabenor berjaya menarik perhatian media yang sering memberikan liputan untuknya.


“Hasilnya, rakyat mahu Jokowi menjadi presiden walaupun dia tak pernah mengumumkan dirinya sebagai calon,” katanya. Keputusan kajian Institut Pol-Tracking itu diperoleh hasil penelitian terhadap laporan media terhadap parti politik dan calon presiden di antara Februari dan Mac tahun ini. Penyelidik menganalisis 15 saluran media membabitkan lima media cetak, dalam talian dan televisyen.


Menurut keputusan kajian, ada 86 berita disiarkan media bagi membincangkan peluang Jokowi pada 2014. Ia mengatasi perhatian diberikan terhadap calon presiden mewakili Parti Gerakan Indonesia Raya Prabowo Subianto yang mendapat 55 kali liputan serta Aburizal Bakrie (Golkar) dengan 52 kali liputan walaupun kempen besar-besaran menaikkan imejnya dijalankan. Calon Parti Amanat Nasional yang juga Menteri Ekonomi Indonesia Hatta Rajasa hanya mendapat 27 kali liputan. Jokowi yang menyertai Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan enggan melayan keputusan kaji selidik yang meletakkannya sebagai calon paling popular. “Saya tak mahu memikirkan mengenai kaji selidik kerana masalah banjir dan kesesakan lalu-lintas lebih penting,” katanya. - Jakarta Post

Hosni Mubarak bebas tuduhan bunuh



WARTAWAN SINAR HARIAN
15 April 2013
Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup
Hosni Mubarak ketika mendengar keputusan mahkamah di kaherah.
KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak hari ini dibebaskan dari tuduhan bunuh yang dikenakan terhadapnya selepas hakim memutuskan beliau tidak bersalah.

Hosni tiba di mahkamah Kaherah hari ini bagi membuat rayuan bagi melepaskannya dari tahanan.

Hakim bagaimanapun mengumumkan pembebasan Hosni masih belum selesai kerana masih ada caj lain dikenakan terhadapnya.

Rayuan itu dikemukakan oleh peguam Hosni di Mahkamah Rayuan Kaherah dengan mengatakan 84 tahun tahanan yang dikenakan terhadap bekas presiden itu melebihi had maksimum.

Hosni  menghadapi perbicaraan atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan penunjuk perasaan satu ketika dahulu.

Beliau kini berada di sebuah hospital tentera Kaherah kerana menghadapi masalah jantung, tekanan darah tinggi, kemurungan dan patah tulang rusuk.

Januari lalu, mahkamah mengarahkan perbicaraan semula bagi Hosni selepas menerima rayuan penjara seumur hidup yang dikenakan terhadap bekas presiden itu.

Maduro menang pilihan raya Presiden Venezuela




MADURO


CARACAS - Pengganti yang dipilih Hugo Chavez, Nicolas Maduro secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden Venezuela dengan kelebihan undi tipis ke atas pesaingnya, Henrique Capriles.
Kemenangan tipis tersebut membayangkan ketidakpuasan hati rakyat berhubung pelbagai masalah termasuk kadar jenayah yang tinggi dan bekalan elektrik.
Maduro yang merupakan pemangku Presiden Venezuela sejak kematian Chavez pada 5 Mac lalu memperoleh cuma 50.7 peratus undi berbanding 49.1 peratus untuk Capriles.
Perbezaan tersebut adalah sekitar 234,935 undi daripada keseluruhan 14.8 juta undi yang dikira.
Peratusan pengundi pada pilihan raya kali ini adalah 78 peratus berbanding lebih 80 peratus pada pilihan raya yang dimenangi oleh Chavez, pada Oktober tahun lalu.
Dalam pada itu, pihak pembangkang memberitahu, mereka hanya meminta supaya pengiraan kali kedua dilakukan.
"Kami tidak akan mengiktiraf keputusan pilihan raya ini sehingga setiap kertas undi dikira semula," kata Capriles. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2QZYbKfwl 
Hakcipta terpelihara