Tuesday, July 13, 2010

Anwar tidak bayar kami untuk tampil dalam program TV: CNN | Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: CNN berkata berita yang disiarkan mengaitkan rangkaian televisyen itu menerima bayaran daripada individu tertentu bagi pihak ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membolehkannya muncul dalam program Connect the World jelas fabrikasi.
Jurucakap CNN berkata, ia adalah perkembangan mengelirukan dan kesal di mana tiada usaha dibuat untuk membuat panggilan kepada rangkaian itu dan bagi mengesahkannya secara bebas tuduhan yang tidak berasas ini sebelum laporan itu disiarkan.
Beberapa hari lalu, pelbagai pihak membuat ulasan susulan kemunculan Anwar dalam program CNN itu.
Katanya, mereka membuat ulasan itu berdasarkan artikel yang diterbitkan dalam The Ledger, tulisan Joshua Trevino, siaran dalam talian Amerika Syarikat (AS), yang mana turut dipetik beberapa akhbar tempatan.
Trevino hanya menegaskan fakta di mana pihak yang dilantik Anwar bagi menjalankan kempen perhubungan awamnya di AS mempunyai hubungan media yang kuat. – Bernama
Sumber : Bharian.com.my

PAS tetap tentang Umno

KOTA BHARU, 13 Julai: PAS tetap akan menentang perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehabis mungkin selagi parti itu tidak menerima dasar perjuangan Islam sebenar.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sebagai sebuah parti yang menjadi harapan rakyat pelbagai bangsa di negara ini, khususnya umat Islam, PAS akan tetap menentang dasar Umno dan BN.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Persidangan Perwakilan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (Sepakat) Malaysia.
Sempena persidangan peringkat kebangsaan yang diadakan di Kelantan itu, lapan buah negeri telah menghantarkan wakil-wakilnya.
“Biarpun mereka menuduh PAS mengamalkan ajaran sesat, namun PAS yang tetap berada di landasan yang benar tidak akan menghentikan perjuangannya semata-mata ugutan pihak lawan,” ujarnya lagi.
Sambungnya, Umno lupa mereka telah lama menjadi alat MCA dan MIC hingga takut untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini.
“Sedangkan PAS tidak pernah meminggirkan perjuangan Islam biarpun bergabung dengan parti-parti lain,” ujarnya.

PAS tetap tentang Umno

KUANG KUANG kUANG


Speaker gantung Adun Kuang sehari selepas bertikam lidah




SHAH ALAM: Sidang pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang bermula semalam hingga 16 Julai ini menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukur Idrus, digantung sehari selepas beliau bertikam lidah dengan Speaker, Teng Chang Khim berhubung isu pasir.
Ia bermula apabila Abdul Shukur (BN-Kuang) bangun dan mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan kenapa usulnya untuk memotong gaji Menteri Besar, membabitkan isu pasir ditolak DUN.
Pertikaian lidah berlarutan hampir 10 minit dan Abdul Shukur terus mendesak Speaker dengan menyebut Peraturan Tetap 35 Peraturan Dewan iaitu seseorang ahli Dewan perlu berdiri untuk bercakap, mempersoalkan mengapa usulnya itu tidak diterima untuk dibahaskan selepas Teng bertanyakan peraturan mana yang diguna pakainya.

“Saya Speaker...saya nak ajar. YB (Yang Berhormat) tak arif dengan Dewan. Ini untuk selesaikan masalah. Kalau YB tak dengar saya akan arahkan YB keluar,” kata Teng selepas tidak puas hati terhadap Abdul Shukur yang enggan duduk walaupun sudah diarahkan beberapa kali.

Abdul Syukur yang masih tidak puas hati dengan keputusan itu terus mendesak Speaker supaya memberi penjelasan berhubung perkara itu beberapa kali.

“Persoalannya ditolak atau tidak. Saya minta YB semak semula. Saya nak tanya Speaker. Oleh kerana salinan dah ada jawablah!“ katanya sambil menunjukkan salinan surat yang dibawanya.

Wang Ehsan bukti kejahatan UMNO@BN



Berkata PEMBERIAN wang ehsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan oleh Kerajaan Pusat tidak betul

Sesiapa yang berkata demikian mereka merupakan manusia yang tidak faham apakah itu kerajaan Kelantan.

Kerajaan Kelantan adalah kerajaan PAS yang ada akauan bank wang yang disatukan yang bermakna segala wang dimasukkan ke dalam akauan kerajaan.

Kalau pemberian wang ehsan itu kepada kerajaan Kelantan wang itu dimasukkan ked dalam akauan kerajaan negeri.

Jika berlaku begitu barulah boleh dikatakan wang ehsan diberi kepada kerajaan Kelantan.

kepada sesiapa yang berkata wang ehsan diberi kepada Kelantan suatu kejatahan yang barangkali tidak boleh dimaafkan.

Boleh kita kata, minda mereka minda yang jahat dan mata mereka adalah buta, termasuk buta dengan istilah kerajaan Kelantan.

Mereka juga adalah tersangat jahil dengan pentadbiran negara, mereka adalah penyokong UMNO membabi buta kerana tergamak berkata demikian sedang praktisnya tidak begitu.

Sejarah telah membukti bahawa wang ehsan yang diberi kepada Terengganu dahulu diberi kepada UMNO untuk mengelolanya.

UMNOlah yang agih agihkan wang itu kepada rakyat. Itulah punca wang ehsan hilang sebanyak RM30 juta ketika diberi amanah kepada Datuk Idris Jusoh.

Apabila Idis Juosh dipecat dan melantik Datuk Ismail Said . Setelah diberi amanah kepada Ismail Said sejumlah RM 6 juta wang ehsan lesap punca dia dipecat dan diberi amanah kepada JPP.

Yang menghairankan kita Datuk Seri Najib sendiri berkata kerajaan kelantan tidak berhak menerima wang Ehsan. Tetapi ada pihak yang berkata pemberian wang ehsan kepada kerajaan kelantan.

Yang jelas kerajaan Persekutuan akan beri wang ehsan kepada UMNO Kelantan melalui JPP sebagai pelindungan kejahatan untuk merampas kerajaan Kelantan dalam musim piliharaya umum ke 13 nanti sepertimana yang pernah berlaku di Terengganu pada tahun 2000.
RAKYAT MARHAEN: Wang Ehsan bukti kejahatan UMNO@BN