Sunday, December 28, 2014

Minyak hanya 4 jam

Oleh Aizat Sharif

mohd.aizat@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Pesawat Air Asia Indonesia yang terputus hubungan dengan kawalan radar dari Bandara Juanda, Surabaya awal pagi ini dipercayai sudah mengalami kehabisan minyak seandainya ia masih meneruskan penerbangannya.
Memetik laporan Detiknews, Ketua Pengarah Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan Republik Indonesia, Djoko Murdjiatmo berkata sekiranya itu masih lagi terbang di udara, minyaknya kini sudah habis.
“Pesawat itu berada dalam keadaan yang baik dan disaat ianya terbang bahan minyak pesawat itu cukup untuk perjalanan sejauh 4 jam 30 minit. Walhal, ianya sudah terputus hubungan ketika ia baru sahaja terbang selama kurang daripada 1 jam,” katanya kepada pemberita di Bandara Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten tengah hari tadi.
Pesawat itu yang bertolak dari Bandara Juanda, Surabaya sekitar jam 5.36 WIB (6.36 pagi waktu Malaysia) bagaimanapun mulai hilang hubungan komunikasi dengan menara kawalan pada jam 6.17 WIB (7.17 waktu Malaysia).
"Tidak sampai satu jam berlepas, pesawat itu sudah hilang komunikasi," katanya.
"Untuk saat ini kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi apa pun selain daripada pesawat itu hilang komunikasi," tegas Djoko.
Lokasi terakhir pesawat itu dikesan adalah ketika berada di ruang udara sekitar kawasan Pontianak dan Bangka Belitung.
Namun Djoko belum dapat memastikan lokasi tepat pesawat itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 3:03 PM


GAMBAR fail AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19592#sthash.J5IbfjkP.dpuf

Ukraine lumpuhkan Semenanjung Crimea

Seorang wanita menggunakan lilin untuk melihat jam semasa gangguan bekalan elektrik di bandar Simferopol, Crimea kelmarin.
Seorang wanita menggunakan lilin untuk melihat jam semasa gangguan bekalan elektrik di bandar Simferopol, Crimea kelmarin.




DONETSK - UKRAINE . Ukraine bertindak memotong bekalan elektrik serta menamatkan perkhidmatan bas dan kereta api ke Semenanjung Crimea selepas wilayah itu jatuh ke tangan Rusia, awal tahun ini.



Kiev memberi alasan terpaksa mengambil pendekatan tersebut selepas mendakwa puak pemisah pro-Rusia menyekat penghantaran arang batu ke loji janakuasanya.



Sementara itu, Ukraine memberi alasan perkhidmatan bas dan kereta api ke Semenanjung Crimea terpaksa dibekukan kerana faktor keselamatan penumpang.



Crimea mengisytiharkan kemerdekaan dari Ukraine pada 17 Mac lalu dan secara rasmi memohon untuk menjadi sebahagian daripada Rusia selepas keputusan referendum menyaksikan 96.8 peratus penduduknya memilih menyokong pemisahan itu.



Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia bertukar tahanan dan banduan perang yang membabitkan hampir 370 orang, langkah yang dianggap penting ke arah mengurangkan pertelingkahan di timur Ukraine.



Ukraine menyerahkan kira-kira 222 tahanan manakala kumpulan pemisah membebaskan 145 orang, menurut agensi berita RIA Novosti. - Press TV

Ukraine, pemberontak bertukar tahanan perang (3rd LEAD - pix)


tahanan pemberontak pro-Rusia dari Republik Rakyat Donetsk menunggu
tahanan pemberontak pro-Rusia dari Republik Rakyat Donetsk menunggu giliran untuk dibebaskan dalam program bertukar-tukar tahanan perang dengan kerajaan Ukraine di bandar Yasinovataya dekat Donetsk, kelmarin. – AFP
KIEV 27 Dis. – Kerajaan Ukraine dan pemberontak pro-Rusia, hari ini bertukar-tukar tahanan perang sebagai sebahagian perkara yang dipersetujui di bawah pelan damai untuk menamatkan konflik di timur negara ini.
Pemberontak menyerahkan 150 askar Ukraine bagi ditukarkan dengan 222 anggota pemberontak selepas perjanjian dicapai antara Kiev, Moscow, kumpulan pemberontak dan Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE) dalam rundingan pada Rabu lalu.
Jurucakap Presiden Ukraine, Svyatoslav Tsegolko dalam kenyataannya berkata, seramai 146 askar Ukranie telah dibebaskan pemberontak semalam di bandar Yasinovataya, Donetsk dan baki empat orang lagi akan dibebaskan esok.
“Kesemua tahanan yang dibebaskan boleh menyambut Tahun Baharu bersama keluarga mereka,” katanya.
Pertukaran itu merupakan sebahagian 12 perkara yang dipersetujui di bawah pelan damai antara Kiev dan pemberontak, termasuk perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada September lalu.
Namun, kebanyakan syarat di bawah pelan itu tidak dipatuhi selepas kedua-dua pihak beberapa kali melanggar perjanjian gencatan senjata sehingga menyebabkan kira-kira 1,300 orang terbunuh sejak September lalu.
Jumlah sebenar tahanan yang ditahan oleh kedua-dua pihak tidak diketahui tetapi tentera Ukraine melaporkan seramai 600 askarnya kini berada dalam tahanan pemberontak. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ukraine-pemberontak-bertukar-tahanan-perang-3rd-lead-pix-1.41626#sthash.I7pqpSAb.dpuf

Pyongyang gelar Obama ‘monyet’


Seorang penonton mempamerkan poster filem  yang mencetuskan kontroversi
Seorang penonton mempamerkan poster filem yang mencetuskan kontroversi The Interview di Van Nuys, Los Angeles, California pada Khamis lalu. – REUTERS
SEOUL 27 Dis. – Korea Utara, hari ini mengecam Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan menggelarnya sebagai ‘monyet’ dan menyalahkan negara kuasa besar itu yang didakwa mengganggu talian Internet negara berkenaan minggu ini.
Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan Korea Utara menuduh Obama adalah dalang di sebalik tayangan The Interview serta menganggap filem itu tidak jujur dan menentang kemajuan.
Seorang jurucakap yang tidak dikenali daripada Jabatan Polisi suruhanjaya dalam satu kenyataan berkata, Obama cuai mengeluarkan kata-kata dan tindakannya seperti seekor monyet dalam hutan.
Ini bukan kali pertama Korea Utara menghina secara kasar terhadap Obama dan pegawai tertinggi AS serta Korea Selatan.
Awal tahun ini, Pyongyang menggelar Setiausaha Negara AS, John Kerry sebagai seekor serigala dan memanggil Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye sebagai pelacur.
Pada masa sama, suruhanjaya berkenaan menuduh Washington mengganggu talian Internet di Korea Utara minggu ini yang berlaku selepas AS berjanji untuk bertindak balas terhadap penggodam studio perfileman Sony Pictures.
Seorang jurucakap suruhanjaya Korea Utara menuduh AS mula mengganggu operasi Internet media di republik itu dan tidak malu melakukan perkara tersebut yang dianggap seperti kebudak-budakan.
Namun, kerajaan AS menafikan dakwaan tersebut, manakala White House tidak mengulas tentang perkara berkenaan.
Pyongyang sebelum ini menafikan penglibatannya dalam serangan siber ke atas syarikat Sony Pictures serta mengutuk penerbitan filem komedi The Interview, yang memaparkan pembunuhan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.
Terdahulu, Sony Pictures memutuskan untuk membatalkan tayangan filem itu selepas menerima beberapa ugutan termasuk serangan pengganas, namun Obama mengecam tindakan Sony dan filem itu mula ditayangkan kepada umum, kelmarin. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pyongyang-gelar-obama-8216-monyet-8217-1.41624#sthash.yASJgfQm.dpuf