Monday, December 8, 2014

PBS buat laporan polis 'projek IC'


8 Disember 2014

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan 'kebarangkalian projek Kad Pengenalan (IC)' berdasarkan hasil siasatan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.

Anggota Majlis Tertinggi (AMT) parti itu, Chin Teck Ming bersama-sama Ketua PBS Bahagian Sulaman, Rakam Sijim dan Ketus Penerangan PBS Bahagian Tandek, Datuk Webly Disim membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada 9 pagi ini.

Turut hadir Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Penerangan PBS Pusat, Datuk Jahid Jahim.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Chin berkata pihaknya berpandangan bahawa keterangan lima saksi berhubung kewujudan 'keberangkalian projek IC' pada muka surat 346 dan 347 laporan itu adalah berwibawa dan polis perlu menyiasatnya.

"Projek IC merupakan perbuatan pengkhianatan pada tahap tertinggi ... kita mahu pihak polis menyiasat segera termasuk membawa pengkhianat-pengkhianat terlibat ke muka pengadilan," katanya.

Laporan RCI diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Rabu lepas, membuat kesimpulan terdapat kebarangkalian 'Projek IC' itu wujud, tetapi hanya berdasarkan lima saksi yang bukan sahaja tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas, malah merupakan bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan penglibatan mereka dalam pengeluaran IC secara haram. - Bernama

Ketua Pembangkang Selangor letak jawatan


Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor dan Adun Sungai Burung Datuk Shamsudin Lias melambaikan tangan selepas menyerahkan kereta serta surat Penolakan Tawaran Pengerusi Kira - Kira Wang Awam Selangor (PAC) dan Pemulangan Semula Semula Kereta Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor dan Adun Sungai Burung Datuk Shamsudin Lias melambaikan tangan selepas menyerahkan kereta serta surat Penolakan Tawaran Pengerusi Kira - Kira Wang Awam Selangor (PAC) dan Pemulangan Semula Semula Kereta Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta hari ini susulan keengganan beliau menerima jawatan Pengerusi Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor.

Adun Sungai Burong itu berkata, tindakan Dun Selangor meminda peraturan tetap 68(1) yang mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC yang diluluskan 4 Disember lalu menyebabkan beliau terikat dan tiada pilihan.

"Jelas di sini, pindaan itu menjadikan saya sebagai pak turut dan boneka semata-mata.

"Ingin saya tegaskan, saya tidak akan sekali-kali melanggar prinsip integriti sebagai seorang wakil rakyat.

"Dalam hal ini, saya tiada pilihan melainkan mempertahankan prinsip-prinsip yang menjadi asas integriti saya atau menerima tawaran di mana kuasa hanya pada nama tetapi tangan terikat rapi dan terpaksa tunduk dengan tekanan apabila menjadi Pengerusi PAC kelak," katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Beliau turut memulangkan kereta rasmi kerana pemberian itu didakwa sebagai umpan dan "political mileage" kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menunjuk-nunjuk sedangkan pemberian tersebut diluluskan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN: [ Speaker: Jangan politikkan isu beri kereta ]

Sementara itu, pengganti bagi kekosongan jawatan itu akan diputuskan oleh Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar kemudian.

Mangsa buta mungkin dapat lihat semula


Doktor memeriksa mata pesakit yang buta selepas menjalani pembedahan katarak percuma di India. - Foto oleh AFP
Doktor memeriksa mata pesakit yang buta selepas menjalani pembedahan katarak percuma di India. - Foto oleh AFP
NEW DELHI - INDIA. Sekurang-kurangnya enam daripada 20 pesakit yang hilang penglihatan selepas menjalani pembedahan katarak percuma di utara India mungkin dapat melihat semula.

Pegawai kanan Kerajaan Punjab, Ravi Bhagat berkata, pihak berkuasa berpendapat kurang kebersihan adalah punca utama kejadian kerana pembedahan katarak biasanya dianggap berisiko rendah.

"Pasukan khas doktor dari Punjab telah dihantar ke New Delhi, dan sekurang-kurangnya enam mangsa boleh mendapatkan kembali penglihatan mereka selepas rawatan pakar,"katanya.

Difahamkan menurut laporan AFP, pihak berkuasa telah mengesahkan sebanyak 20 kes buta selepas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menguruskan pembedahan ke atas 157 orang di Amritsar, November lalu.

Susulan kejadian itu, polis kini sedang berusaha mengenal pasti setiap pesakit yang terlibat dalam pembedahan terbabit untuk menentukan jumlah sebenar mangsa dengan tepat. 

Lahirkan anak guna telur beku


8 Disember 2014


TOKYO - JEPUN. Seorang wanita berusia 30 tahun di Jepun melahirkan seorang bayi selepas menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) menggunakan telur yang telah dibekukan selama 12 tahun.

Ketua Pusat Sokongan Penyelidikan Perubatan di Shinjuku, Masashige Kuwayama berkata, telur itu diambil daripada wanita tersebut sebelum dia menjalani rawatan kanser ketika masih bergelar pelajar.

"Dia disahkan menghidap limfoma malignan, iaitu sejenis kanser darah semasa tahun pertama di sekolah tinggi. Kehamilan seperti ini juga jarang sekali berlaku terutamanya selepas telur dipelihara lebih daripada 10 tahun,"katanya, laporan dipetik dari Straits Times.

Alvin cabar Zahid batalkan pasport

ALVIN TAN
ALVIN TAN
KUALA LUMPUR 7 Dis. – Penulis blog kontroversi, Alvin Tan dengan angkuh mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk benar-benar membatalkan pasportnya.
Alvin menerusi status yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook miliknya, melepaskan kemarahan dengan mengeluarkan kata-kata berunsur provokasi mencabar Ahmad Zahid.
“Jangan hanya mengugut. Lakukannya. Jangan jadi pengecut,” kata Alvin susulan tindakan kementerian itu yang dijangka menarik balik dokumen perjalanan lelaki berkenaan seawal hari ini atau esok.
Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, tindakan itu adalah berdasarkan peruntukan mengikut Akta Imigresen dan bertepatan dengan kelakuan Alvin yang sering melakukan perkara yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini.
Alvin sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam dan Sultan Selangor selain melabelkan Ahmad Zahid sebagai pemimpin paling teruk dalam UMNO.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/alvin-cabar-zahid-batalkan-pasport-1.33886#sthash.azEPBCrZ.dpuf

Waris MH17 kecam kerajaan Belanda

Sebuah konvoi trak membawa sebahagian serpihan pesawat MH17 milik
Sebuah konvoi trak membawa sebahagian serpihan pesawat MH17 milik Malaysia Airlines menyeberangi sempadan Ukraine-Poland di Korczowa di Poland, kelmarin untuk diterbangkan ke Belanda. – AFP
AMSTERDAM 6 Dis. - Waris mangsa nahas pesawat MH17 yang berang dengan apa yang mereka anggap sebagai salah urus siasatan oleh Belanda menuntut supaya seorang utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilantik bagi mengetuai siasatan antarabangsa berhubung nahas tersebut.
Sepucuk surat yang dihantar kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte semalam mendakwa pegawai Belanda gagal mewujudkan kes tersebut.
Mereka mahukan siasatan oleh Lembaga Keselamatan dan perkhidmatan pendakwaan diserahkan kepada PBB.
Malah surat itu mencadangkan kepada Rutte supaya 'meminta PBB melantik seorang utusan khas bagi mengambil alih kes itu,’’ kata surat yang ditulis oleh firma guaman, Van der Goen Attorneys.
“Tidak ada sesiapa yang tahu siapa yang sedang berbuat sesuatu. Tiada penyelerasan dan tiada kepimpinan ... oleh Belanda,’’ kata Bob van der Goen, jurucakap bagi firma berkenaan, semalam.
Pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines itu ditembak jatuh pada 17 Julai lalu di timur Ukraine mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya, dengan pakar mendakwa kebarangkalian besar nahas itu berpunca daripada peluru berpandu darat ke udara yang dilancarkan pemberontak pro-Rusia.
Belanda sejak itu melancarkan siasatan jenayah terbesar dalam sejarah mereka dengan minggu ini, trak mula membawa serpihan bangkai pesawat itu ke sini, namun kebanyakan serpihan berkenaan masih terdapat di Ukraine.
Penyiasat Belanda yang mengetuai siasatan kes itu bersama-sama 11 negara lain masih belum merumuskan bagaimana pesawat itu ditembak jatuh, mahupun mengenal pasti identiti suspek terlibat.
Sementara itu, kesemua 38 rakyat Australia yang terbabit dalam nahas MH17 sudah berjaya dikenalpasti, kata kerajaan Australia yang memetik pihak berkuasa Belanda. – REUTERS/BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/waris-mh17-kecam-kerajaan-belanda-1.33378#sthash.IyeCNFqX.dpuf

WhatsApp jadi maklumat proses cerai di Itali

Perisian WhatsApp kini menjadi sumber maklumat dalam kes perceraian
Perisian WhatsApp kini menjadi sumber maklumat dalam kes perceraian di Itali. – AGENSI
ROM 7 Dis. - WhatsApp kini menjadi satu daripada sumber maklumat dalam proses penceraian di Itali apabila hampir separuh daripada kes berkenaan menggunakan perkhidmatan mesej segera itu sebagai bahan bukti.
Portal berita Business Insider melaporkan Presiden Persatuan Peguam Perkahwinan Itali, Gian Ettore Gassani berkata, WhatsApp kini merupakan sumber paling banyak digunakan dalam kes perceraian berbanding mesej teks, e-mel, panggilan telefon pada lewat malam, nota tulisan tangan atau kesan gincu di kolar baju.
“Walaupun tiada pihak menyatakan WhatsApp menjadi punca penceraian, namun perkhidmatan itu kini menjadi satu cara biasa untuk seseorang menyedari perbuatan curang pasangan mereka,’’ katanya.
Program WhatsApp atau bentuk baharu komunikasi seperti Facebook dan Skype mungkin memudahkan berlaku perbuatan curang kerana lebih mudah untuk bertukar mesej dan gambar secara rahsia.
Gassani berkata, dalam senario biasa, seorang pasangan yang curang akan meninggalkan telefon bimbitnya ketika mandi atau bersukan dan satu mesej dihantar membolehkan pasangan mereka pula sempat melihat dan membacanya.
“Lelaki lebih mudah dikesan terbabit dalam senario tersebut berbanding wanita walaupun situasi ini tidak menunjukkan lelaki lebih curang daripada wanita.
“Lelaki lebih suka menyimpan mesej atau gambar skandal mereka, manakala wanita pula hanya akan melihat mesej atau gambar itu sekali dan kemudian bertindak memadamnya,’’ katanya.
Walaupun pasangan curang ditangkap melakukan perbuatan tersebut, namun adalah sukar untuk bercerai di Itali ekoran pengaruh Gereja Katolik yang kuat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/whatsapp-jadi-maklumat-proses-cerai-di-itali-1.33692#sthash.GRIMJrIo.dpuf

KDN mahu batal pasport Alvin


Pasangan Alvin dan Vivian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan tahun lalu sebelum Alvin berjaya melarikan diri ke AS pada September lalu.


KUALA LUMPUR – Selepas lebih tiga bulan blogger seks kontroversi, Alvin Tan berjaya meloloskan diri ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Kementerian Ke­selamatan Dalam Negeri (KDN) semalam akhirnya mengeluarkan kenyataan tegas apabila mahu membatalkan pasportnya bagi membolehkan dia dibawa pulang ke Malaysia untuk dibi­carakan.
Dengan tindakan membatalkan pasport Alvin, blogger tersebut akan menjadi pendatang tanpa izin di lokasi persembunyian di luar negara, sekali gus pihak berkuasa negara berkenaan boleh menangkap dan mengekstradisi dia pulang ke negara asalnya.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu perlu dilakukan selepas lelaki itu lari daripada undang-undang negara ini susulan perbuatannya yang mencetuskan pelbagai kenyataan kontroversi membabitkan isu Islam dan perkauman.
“Di bawah Akta Imigresen, kita mempu­nyai kuasa untuk melakukan pembatalan ke atas mana-mana pasport kerana hak pemilikan pasport adalah milik negara, bukannya individu.
“Kita akan melakukannya tindakan itu secepat mungkin...mungkin Isnin ini (hari ini) mengikut peruntukan di bawah Akta Imigresen sekali gus dia hilang kelayakan untuk berada di mana-mana lokasi di luar negara,” katanya.
Proses ekstradisi adalah pengembalian penjenayah ke negara tempat jenayah dilakukan atas permintaan negara itu supaya suspek dapat dibicarakan di negara ber­kenaan.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Pasukan Petugas Khas bagi Membanteras Kegiatan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (STAGG) di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3LFuh5G5O 
Hakcipta terpelihara 

AS hantar enam tahanan dari penjara Guantanamo ke Uruguay

AHAD, 7 DISEMBER 2014 @ 7:24 PM

 
MIAMI: Enam tahanan dari Teluk Guantanamo dipindahkan ke Uruguay, kata kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Penghantaran itu tergendala selama beberapa bulan atas alasan keselamatan di Pentagon dan pertimbangan politik di negara Amerika Selatan itu.

Mereka ialah enam tahanan pertama dipindahkan ke Amerika Selatan dari pangkalan AS di Cuba, sebagai sebahagian daripada langkah Presiden Barack Obama untuk menutup penjara berkenaan.

Presiden Uruguay, Jose Mujica bersetuju menerima enam tahanan itu - empat Syria, seorang Tunisia dan seorang Palestin - atas dasar kemanusiaan dan berkata, mereka akan diberikan bantuan untuk menjalani kehidupan di sebuah negara dengan jumlah umat Islam yang kecil.


Kesemua mereka ditahan kerana disyaki militan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda pada 2002 tetapi tidak pernah didakwa. - AP

Kembar Siam kongsi jantung meninggal dunia


IMEJ menunjukkan bayi kembar Siam lelaki, Asa dan Eli di sisi ibu mereka, Robin Hamby.


ATLANTA, Amerika Syarikat (AS) – Sepasang bayi kembar siam lelaki yang dilahirkan di sini pada minggu lalu telah meninggal dunia, menurut pengumuman ibu bapa mereka.
“Kembar Siam kami meninggal dunia Jumaat lalu,” kata bapa bayi tersebut dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook.
Pasangan kembar Siam itu, Asa dan Eli lahir melalui kaedah pembedahan di Hospital Northside di sini pada pagi Khamis lalu.
Mereka merupakan anak kepada pasangan suami isteri, Michael dan Robin Hamby.
Kembar Siam itu bercantum pada bahagian tangan dan kaki. Mereka tidak dapat dipisahkan kerana turut berkongsi jantung dan sistem saluran darah.
Lewat malam Jumaat lalu, Michael memuat naik mesej selama lapan minit dengan Robin turut berada di sisinya.
“Saya dengan dukacitanya memaklumkan bahawa anak kembar lelaki kami meninggal dunia pada pukul 5 petang hari ini (Jumaat lalu),” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3LFrw1BKh 
Hakcipta terpelihara 

Belgium mahu UNESCO iktiraf jejari kentang


SEORANG wanita memakan hidangan jejari kentang Belgium atau fritkot di Brussels pada 4 Disember lalu.


BRUSSELS – Rakyat Belgium kerap bercanggah pendapat mengenai pelbagai isu tetapi mereka sebulat suara menyokong satu usaha agar hidangan jejari kentang Belgium diiktiraf sebagai warisan budaya dunia, sekali gus setaraf dengan opera Peking dan tarian tango Argentina.
Rakyat Belgium percaya hidangan jejari kentang berasal dari negara mereka manakala perkara sama dinyatakan oleh penduduk Perancis.
Jejari kentang Belgium secara tradisi dijual dalam kon kertas berbentuk segi tiga yang dinamakan fritkot. Makanan itu banyak terdapat di gerai-gerai di negara itu.
Terdapat sekitar 5,000 gerai fritkot di negara berkenaan, sekali gus bilangan itu lebih banyak per kapita berbanding restoran makanan segera McDonald’s di Amerika Syarikat.
Usaha itu perlu mendapat sokongan seorang menteri kebudayaan sebelum dinilai bagi mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Belgium mempunyai tiga orang menteri kebudayaan.
Persatuan pemilik fritkot kebangsaan (UNAFRI) yang memulakan usaha tersebut memberitahu, jejari kentang fritkot memiliki ciri-ciri unik Belgium.
“Jejari kentang yang dijual dalam kon kertas (fritkot) adalah seperti Belgium kecil,” kata jurucakap UNAFRI, Bernard Lefevre.
Pada masa ini, UNESCO mempunyai sejumlah 314 barangan yang disenaraikan sebagai wajar untuk dipulihara termasuk kopi Turki dan nyanyian polifonik. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3LFrl8orR 
Hakcipta terpelihara