Thursday, August 14, 2014

baru depa tau siapa khalid...kah kah kah

ketawa jangan tak ketawa.....

Gaza: Jika OIC terus sepi, seperti rela kezaliman


MALAYSIA MESTI MENGGUNAKAN KERUSI OIC UNTUK MENGUTUK KEGANASAN YANG BERLAKU DALAM DUNIA ISLAM

CHANNEL News Asia melaporkan amaran seorang pegawai kemanusiaan PBB bagi wilayah Palestin, James Rawley bahawa sebuah konflik baru di Gaza akan bermula sekiranya Israel tidak menamatkan sekatan yang dikenakan ke atas wilayah tersebut.

Beliau menambah, “Sekatan itu mestilah dihentikan untuk membenarkan bahan-bahan mentah ke dalam Gaza untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan semula bermula. Ini untuk memberikan Gaza kembali kuasa untuk berdagang dengan dunia luar. Sekatan ini mestilah dihentikan untuk membenarkan Gaza untuk terus maju.”

Fakta yang sering dilupakan ialah sekatan yang bermula pada tahun 2007 inilah yang merupakan latar belakang kepada persengketaan terbaru yang berlaku pada masa ini.

Beliau juga berkata, “masyarakat antarabangsa telah gagal dalam isu Israel-Gaza, yang pada ketika ini telah menyebabkan kira-kira 1930 nyawa Palestin dan 67 nyawa Israel terbunuh.”

Laporan awal menyebut bahawa Gaza memerlukan AS$6-8 billion untuk kerja-kerja pembinaan semula.

Saya menyeru kerajaan Malaysia untuk memulakan gerakan melalui OIC untuk menggesa Israel untuk menghentikan sekatan yang dikenakan oleh Israel, serta memastikan laluan dibuka semula agar bantuan kemanusiaan, serta bahan-bahan mentah untuk membina semula Gaza dapat dimulakan.

Sudah cukup penderitaan rakyat Gaza setelah sebulan dibedil tanpa belas kasihan.

OIC perlu bertanggungjawab untuk memastikan Israel komited terhadap menjaga keamanan dan keselamatan di wilayah tersebut, bukan sahaja untuk rakyat Israel, bahkan keseluruhan warga Palestin yang terkesan. Malaysia perlu memulakan langkah untuk merancang penyaluran bantuan kemanusiaan ini, demi kebaikan bersama rakyat Gaza.

Dalam pada masa yang sama, puak-puak militan di Iraq dilaporkan telah mula membunuh puak Yazidi kerana enggan menganut agama Islam.

Media antarabangsa turut melaporkan puak militan ini telah membunuh kesemua pemuda dalam sebuah perkampungan. Lebih malang, terdapat juga laporan dimana wanita dan kanak-kanak ditanam hidup-hidup – sesuatu dakwaan yang wajar disiasat dan dikenakan tindakan sekiranya didapati sah.

Mereka yang terselamat sedang menderita dengan kehausan dan penyakit, pergunungan Sinjar di Iraq.

Dianggarkan bahawa kira-kira 150,000 orang masih lagi terperangkap di pergunungan ini. Menteri Hak Asasi Manusia Iraq, Mohammed Shia al-Sudani berkata, sudah lebih 500 orang daripada puak Yazidi ini telah dibunuh, dan kerajaan Iraq mempunyai bukti-bukti pembunuhan ini.

Melihatkan pelbagai keganasan yang berlaku dalam dunia Islam pada masa ini, Malaysia perlu menyatakan pendirian mereka dengan lebih tegas. Kerajaan perlu menggunakan kerusi di OIC untuk mengutuk serta mengingatkan negara-negara Islam bahawa kita perlu melindungi mereka yang lemah dalam mana-mana peperangan; terutamanya penduduk, wanita dan kanak-kanak, selari dengan nilai-nilai Islam yang telahpun termaktub lebih 1400 tahun dahulu.

Menurut Dr Mohd Asri Zainul Abidin, “Islam menetapkan agar pembunuhan hanyalah di medan perang dan tidak boleh direbakkan ke luar medan. Hanya diperangi mereka yang terlibat dengan peperangan. Adapun golongan musuh yang tidak menyertai peperangan, mereka tidak diperangi atau dibunuh.”

Firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah ayat 190: (maksudnya): “Dan perangilah di jalan ALLAH orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya ALLAH tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.

Dalam hadith daripada Ibn Umar r.a., katanya: “Seorang wanita didapati terbunuh dalam satu peperangan yang disertai Nabi SAW maka Rasulullah SAW pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Justeru , Malaysia dan OIC wajib mengeluarkan kenyataan untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang sedang berleluasa ini.

Kezaliman sebegini tidak berlandaskan prinsip-prinsip peperangan dalam Islam itu sendiri. Segala kekejaman yang berlaku atas nama Islam ini perlu dihentikan dengan serta-merta.

Kita tidak boleh menutup mata terhadap pelbagai pencabulan hak asasi manusia yang lain. Kita mesti terus bersuara agar OIC memainkan peranan di dalam sengketa dunia Islam.

Akhir kata, harap saya Malaysia vokal dalam Mesyuarat Menteri-menteri OIC berkenaan Gaza yang dijadualkan diadakan hari ini (12 Ogos) di Jeddah; dan turut menyentuh isu-isu serta mencari penyelesaian sebenar kemelut lain; termasuk isu Syria, isu Boko Haram di Nigeria, dan juga isu pencabulan yang berlaku di Iraq pada masa ini.
Sekiranya OIC tetap menyepi, ini akan memberikan persepsi bahawa OIC seolah-olah tidak wujud di mata masyarakat dunia – malah merelakan kezaliman berterusan.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN PKR
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Pas sanggup berkorban, kekalkan empat Exco


SHAH ALAM 13 Ogos - Pas dilihat membuat pengorbanan besar dengan terus mengekalkan empat Exco daripada parti itu dalam kerajaan negeri demi memastikan perancangan dan program pembangunan dapat diteruskan.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, parti itu mengambil keputusan sedemikian supaya rakyat tidak rugi berikutan kemelut jawatan Menteri Besar ketika ini.
"Pas masih berada dalam pakatan pembangkang dan kami akan menjaga kepentingan pakatan ini dalam kerajaan negeri.
"Kami masih membawa semangat pakatan pembangkang dan berpegang kepada prinsip-prinsipnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kerajaan negeri kini hanya mempunyai lima Exco iaitu empat dari Pas dan seorang lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat dua Exco PKR dan tiga dari DAP semalam.
Kedudukan Exco dari PKR iaitu Radziah Ismail bagaimanapun masih lagi belum dimuktamadkan ekoran beliau berada di luar negara ketika ini.
Menurut Iskandar, keputusan untuk mengekalkan keempat-empat Exco Pas itu juga dibuat bagi memastikan UMNO tidak mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang tetapi kami dituduh telah mengkhianati pakatan pembangkang.
"Apa yang saya ingin tegaskan di sini, Pas akan keluar dari kerajaan ne-geri jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dilantik sebagai Exco.
"Pas juga tidak akan menuntut supaya ADUN dari Pas untuk dilantik sebagai Exco yang baharu," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140814/po_03/Pas-sanggup-berkorban-kekalkan-empat-Exco#ixzz3AN8PA0Pl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sultan perkenan pemecatan Exco


Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan surat perkenan Sultan Selangor di atas pemecatan lima Exco Selangor sewaktu sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 13 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pemecatan lima daripada enam Exco Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.
Kelima-lima mereka ialah Elizabeth Wong dan Dr. Daroyah Ali dari PKR serta Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau dari DAP.
Nasib seorang lagi Exco dari PKR, iaitu Rodziah Ismail akan ditentukan selepas beliau kembali dari luar negara.
Abdul Khalid berkata, pemecatan kesemua Exco terbabit adalah sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
"Saya telah menghantar surat kepada Sultan untuk mendapat perkenan baginda berhubung pemecatan kelima-lima Exco terbabit pada pukul 2 petang semalam selepas mendapat maklumat mereka tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar.
"Tuanku Sultan telah membalas surat tersebut dua jam selepas itu dan baginda berkenan membatalkan pelantikan kesemua Exco terbabit.
"Saya sedang tunggu Rodziah kembali (dari luar negara) untuk buat keputusan. Kalau dia bersetuju untuk bekerjasama dengan Exco sekarang, dia boleh teruskan dan jika tidak mahu, dia juga akan diberikan surat tamat khidmat," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Semalam, Abdul Khalid mengumumkan pemecatan enam Exco daripada PKR dan DAP berkuat kuasa serta merta.
Abdul Khalid menjelaskan, kelima-lima Exco terbabit tidak boleh diteruskan berkhidmat setelah mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar kecuali ketika menghadiri mesyuarat Exco.
Menurutnya, tindakan mereka ternyata bercanggah dengan 10 aku janji dan sumpah taat setia yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah pelantikan sebagai Exco di hadapan Sultan Selangor sebelum ini.
"Saya harap rakyat Selangor tidak keliru dengan penamatan khidmat mereka kerana dibuat secara sah. Harap rakyat bertenang," ujarnya.
Beliau menambah, kelima-lima Exco itu juga diberi masa secukupnya untuk mengosongkan pejabat masing-masing selain digalakkan untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) tetapi bukan atas kapasiti sebagai Exco.
Mengenai mesyuarat Exco hari ini tanpa kehadiran kelima-lima Exco yang sudah dipecat itu, beliau memberitahu, pelaksanaannya adalah sah mengikut Artikel 53(2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dengan kehadiran empat Exco sedia ada selain pegawai-pegawai kerajaan negeri lain.
Abdul Khalid menambah, beliau juga tidak akan melantik Exco baharu buat masa ini kerana perkara itu sudah dibincangkan dengan Sultan Selangor yang mana baginda mahukannya meneruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan jumlah Exco sedia ada.
"Apa yang penting pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar dan kebajikan rakyat dapat dijaga," ujarnya.
Ditanya mengenai kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri, Abdul Khalid berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Exco sama ada mahu menamatkan khidmatnya atau terus mengekalkannya.
Pada perkembangan berkaitan jelasnya, beliau akan mempertimbangkan untuk mengkaji semula jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada PKR dan DAP selepas ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140814/po_01/Sultan-perkenan-pemecatan-Exco#ixzz3AN8CqWa0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jangan persoal status kerajaan negeri - Khalid


Abdul Khalid Ibrahim (tengah) mempengerusikan mesyuarat Exco yang dihadiri Dr. Ahmad Yunus Hairi (kiri), Sallehen Mukhyi (dua kiri), Ir Iskandar Abdul Samad (tiga dari kiri) dan Dr. Halimah Ali di Bangunan SUK, Shah Alam, semalam.- GAMBAR/Ihsan Pejabat Menteri Besar
SHAH ALAM 13 Ogos - Status kerajaan negeri sekarang yang dipimpin oleh Menteri Besar dari Bebas bersama empat Exco Pas dan seorang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak selagi sah di sisi undang-undang.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika perkara itu mahu diperbesar-besarkan, penubuhan kerajaan negeri pakatan pembangkang juga boleh dipersoalkan statusnya memandangkan pakatan berkenaan bukannya sebuah pertubuhan yang berdaftar.
"Orang tanya status kerajaan negeri sekarang dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, Pas semuanya ada, UMNO pun ada justeru, tidak ada sebarang masalah," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Pada Isnin lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar selepas dipecat keahliannya daripada PKR.
Abdul Khalid menerima kritikan daripada pelbagai pihak khususnya PKR dan DAP yang mahukan beliau berundur kerana didakwa hilang sokongan daripada parti.
Bagaimanapun, kedudukan Abdul Khalid masih selamat apabila empat Exco dari Pas menyokong kepimpinannya kecuali lima Exco PKR dan DAP yang tidak menyokong.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140814/po_04/Jangan-persoal-status-kerajaan-negeri---Khalid#ixzz3AN84GucC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anwar rancang gantung jawatan MB?


KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sedang merancang menggunakan sidang Dewan Undang-an Negeri (DUN) Selangor pada September depan untuk menggantung jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selama enam bulan jika usahanya untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu sekarang gagal.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mendakwa, sehubungan itu, kedudukan Abdul Khalid masih belum selamat kerana Anwar akan menggunakan peranan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh yang juga wakil rakyat DAP bagi memastikan misi tersebut berjaya.
Beliau mendakwa, usa-ha tersebut dipercayai sedang digerakkan dengan sokongan barisan peguam Anwar yang akan turut mencari segala kelemahan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan perancangan tersebut berjaya.
"Anwar akan gunakan segala kelemahan dan peruntukan yang ada dalam dewan untuk menjayakan misi itu dan kena ingat Speaker DUN ketika ini memang tidak mempunyai kuasa tetapi sampai waktu persidangan nanti beliau boleh melakukannya atas arahan terancang.
"Sebab itu saya mengingatkan Abdul Khalid untuk berhati-hati kerana kedudukannya belum selamat lebih-lebih lagi berdepan dengan Anwar yang sanggup me-lakukan apa sahaja," katanya dalam kenya-taan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Usaha menjatuhkan Abdul Khalid yang dirancang Anwar melalui Langkah Kajang masih gagal meskipun PKR telah mencalonkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baharu dan turut memecat keahlian pe-mimpin itu daripada PKR.
Meskipun pelbagai tohmahan dan desakan diarahkan kepada Abdul Khalid untuk melepaskan jawatan, beliau masih menduduki kerusi panas itu kerana telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Selain itu, beliau yang menyandang jawatan itu sejak 2008 mendapat sokongan padu daripada Pas dan empat Exco kerajaan negeri parti itu yang membolehkan Abdul Khalid terus memegang jawatan secara sah.
Sementara itu, Muhammad Zahid berkata, Anwar telah meletakkan dirinya pada kedudukan yang sangat rendah dan memalukan apabila menulis sendiri surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan baginda untuk Wan Azizah menghadap dan membincangkan mengenai isu yang sedang berlaku.
Beliau dalam nada sinis berkata, Anwar kini bukan sahaja menjadi suami kepada Wan Azizah tetapi dia juga sepatutnya boleh mengisi borang untuk menjadi setiausaha sulit kepada isterinya selepas ini.
"Beliau tanpa perasaan malu berhem-pas-pulas mahu mencalonkan isterinya sendiri sampai hilang sabar lalu menulis surat kepada baginda," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140814/po_02/Anwar-rancang-gantung-jawatan-MB#ixzz3AN7wQJmH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kedudukan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi tidak dibincangkan - Khalid


SHAH ALAM 14 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hari ini.
"Tidak dibincangkan," katanya ringkas kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini.
Semalam, Abdul Khalid ketika ditanya tentang kedudukan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi negeri berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat MTES hari ini.
Status Anwar sebagai Penasihat Ekonomi negeri menjadi tanda tanya ekoran tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memecat Abdul Khalid dari parti itu berkuat kuasa 9 Ogos lepas.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor pada 13 Nov 2009. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140814/po_14/Kedudukan-Anwar-sebagai-Penasihat-Ekonomi-tidak-dibincangkan---Khalid#ixzz3AN7gfpuH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Azizah: Khalid perlu hormat prinsip demokrasi


  • Wan Azizah Wan Ismail Wan Azizah Wan Ismail

SUBANG JAYA - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihat menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi di negara ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Abdul Khalid harus akur dengan cara melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ekoran sokongan majoriti oleh 30 Adun Selangor yang dibuat untuk menentang kabinet pentadbiran Abdul Khalid.

"Beliau (Abdul Khalid) seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah terbatalnya kelayakan beliau sebagai menteri besar.

"....Bagi menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi, beliau perlu segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada Adun Selangor mewakil PR untuk membuat kenyataan sokongan terbuka dalam mempertimbangkan pencalonannya sebagai Menteri Besar Selangor.

"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Selangor kepada PR agar segala perancangan dan dasar dapat dilaksanakan dengan cepat serta berkesan seperti mandat yang diberikan kepada rakyat," katanya lagi.

Justeru itu beliau meminta rakyat di Selangor supaya kekal bertenang dalam menghadapi perkembangan politik di negeri tersebut.

Sokongan majoriti: Dakwaan Azizah perlu diterjemah


  • kemelut politik

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dakwaan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat sokongan majoriti Adun Selangor perlu diterjemah melalui proses undi tidak percaya di Dun Selangor.
“Saya telah maklum tentang pengumuman itu.
“Oleh itu, sehingga proses itu berlaku, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa,” katanya yang dipetik dari Facebooknya, hari ini.
Terdahulu, Wan Azizah dalam sidang media tengah hari tadi mengumumkan PR kembali mempunyai majoriti di Dun Selangor apabila dua orang Adun Pas menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan Abdul Khalid.
Menurut Wan Azizah, Adun Pas tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 Adun DAP dan 13 Adun  PKR.
Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang Adun berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang Adun.
"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang Adun PR termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada Adbul Khalid sebagai menteri besar.
"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baharu," katanya.

Konflik Selangor: 30 Adun sokong Azizah


  • Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

SUBANG JAYA - Seramai 30 Adun Selangor hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Keputusan tersebut sekaligus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini masih menyandang jawatan menteri besar di negeri ini.

Menurut Azizah dalam sidang media hari ini, majoriti Adun yang terdiri dari PKR, DAP dan Pas menyatakan sokongan mereka terhadapnya kerana telah hilang keyakinan terhadap pentadbiran yang dikemudi Abdul Khalid.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 Adun PR menyatakan rasa hilang percaya kami kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil-alih tugas sebagai menteri besar di negeri ini.

"...Mereka sendiri hadir pada sidang media hari ini untuk nyatakan sokongan kepada saya,"  katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Abdul Khalid sebelum ini bertindak memecat lima anggota Exco Selangor selepas didapati tidak menyokong pentadbirannya.

Lima anggota Exco yang disahkan dipecat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor ialah Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR manakala Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP.

Manakala Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail yang berada di luar negara semasa proses pemecatan tersebut mengumumkan perletakan jawatannya sebaik mendarat di lapangan terbang, semalam.

Difahamkan, Exco Selangor dari PKR itu telah menghadiri sebuah kursus politik di Bangkok, Thailand ketika kegawatan politik berlaku di negeri ini.

Selangor bukan lagi milik PR


  • Tan Sri Abdul Khalid IbrahimTan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengiktiraf Kerajaan Selangor hari ini sebagai kerajaan Pakatan Rakyat.

“Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, Pas semuanya ada...Umno pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah.

"Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat (pembangkang) bukan badan berdaftar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, semalam.

Beliau diminta kenyataan bekas Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim yang mendesak Abdul Khalid melepaskan kerusi menteri besar kerana rakyat Selangor memberikan mandat kepada PR melalui PRU13.

Beliau pada sidang media itu nampak tenang selepas mengharungi krisis jawatan Menteri Besar Selangor apabila dipecat keahlian seumur hidup daripada PKR.

Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Abdul Khalid terus memegang jawatan tersebut.

Abdul Khalid berkata, Chang Khim tidak mempunyai hak untuk memintanya berbuat demikian.

“Tak apalah kalau dia ada kuasa untuk saya letak jawatan,” katanya dengan nada sinis.

Pada sidang media sebelumnya, Chang Khim meminta Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai menteri besar dengan cara terhormat kerana hilang identiti politik dan mandat rakyat kerana telah dipecat.

Ketika diminta mengulas mengenai kerajaan perpaduan ataupun mempelawa Adun Umno menyertai barisan pentadbiran negeri, Abdul Khalid berkata, setakat ini isu tersebut tidak berbangkit dan beliau lebih berminat meneruskan kelangsungan pemerintahan kerajaan negeri secara harmoni dan praktikal.

“Soal menjemput Adun Umno saya akan bincang dengan Exco dan Sultan, (tetapi) buat masa ini tiada isu berbangkit. Saya terima baik sokongan Umno. Buat masa ini saya dan empat Exco Pas dan penjawat awam, kerajaan negeri berjalan mantap,” katanya.

Abdul Khalid berkata, eebarang keputusan menambah anggota Exco perlu mendapat perhatian dan kelulusan daripada barisan Exco sedia ada.

Ketika ditanya status Penasihat Ekonomi Selangor yang dipegang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Khalid berkata, perkara itu akan dipertimbangkan bersama Exco yang lain.

“Status Penasihat Ekonomi Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco,” katanya sambil tersenyum.

Abdul Khalid juga menjelaskan bahawa nasib ahli majlis pihak berkuasa tempatan juga akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas sama ada ahli majlis daripada PKR dan DAP akan dipecat atau lantikan baru akan dibuat.

“Kita akan beri tumpuan kepada pembangunan negeri dan kelicinan pentadbiran, jika kelicinan pentadbiran tidak memerlukan kita buat pertukaran, kita tidak buat pertukaran,” katanya.

Hentikan segera haprak ini!


ABDUL JALIL ALI
14 Ogos 2014


TAN Sri Abdul Khalid Ibrahim, atau Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Orang politik – tidak kira parti mana – mempunyai logik tersendiri mengenai siapa yang lebih layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Siapa pun pilihan mereka, pasti dengan alasan juga fakta dan angka-angka. Seperti biasa alasan, fakta dan angka-angka orang politik selalunya teramat meyakinkan, walaupun tidak semestinya benar. Ada persepsi, ada reaksi, akhirnya semua ilusi.

Khalid berkata beliau mendapat perkenan istana untuk meneruskan tugas sebagai MB, sekurang-kurangnya sehingga November, kecuali jika ada perubahan lain. Beliau menegaskan masih mendapat sokongan majoriti Adun Selangor.

Seperti dijelaskan yang empunya diri, berdasarkan Artikel 53(2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, beliau berhak menasihati istana untuk melantik sekurang-kurangnya empat atau tidak lebih daripada 10 Adun sebagai Exco.

“Buat masa ini empat Exco kerajaan negeri daripada Pas sedia ada telah mengumumkan menerusi media menyokong kepemimpinan saya sebagai Menteri Besar,” kata Khalid.

Penentang Khalid pula menangkis dengan menegaskan MB yang baru disingkirkan dari partinya sendiri itu, sudah hilang majoriti. PKR dan DAP mencongak angka-angka yang jelas menunjukkan tiada majoriti lagi untuk Khalid.

Seperti yang dijelaskan dalam kenyataan bersama pegawai kanan dua parti berkenaan: “Khalid perlu memanggil sidang Dun Selangor untuk melakukan undi kepercayaan bagi membuktikan beliau mempunyai sokongan daripada Adun Pas dan Umno.”

Sama juga halnya dengan ‘Kajang Move’ yang menjadi pemula kepada kemelut MB. Ada pihak kata ‘Move’ – sesetengah orang menyebutnya ‘Lipat Kajang’ – tersebut hanyalah taktik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunjukkan kerakusan kuasa.

Tetapi bagi yang memihak kepada ketua ‘de facto’ PKR itu, ‘Kajang Move’, ‘Lipat Kajang’, ‘Kajang Pak Malau’ atau apa sahaja sebutannya adalah strategi paling ampuh dalam usaha PR untuk mengambil alih Putrajaya daripada BN.

Pendek kata bagi orang politik, khasnya kepimpinan tertinggi – juga pihak yang berkepentingan – mereka akan melakukan apa sahaja yang nampak munasabah bagi mencapai atau mengekalkan ‘status quo’, dan selalu bersedia menghadapi tikam belakang, cakar belakang, main belakang, sesama sendiri.

Apabila gajah sama gajah bertarung, siapa yang akan mati tersepit di tengah-tengah, kalau bukan sang pelanduk? Bagi rakyat terbanyak di Selangor, mereka bukan mengikuti sangat kemelut politik yang melanda.

Mereka lebih tertumpu pada usaha harian untuk meneruskan hidup – mencari makan untuk anak-isteri, memikirkan tambang bas sekolah, kenaikan harga ikan kembung, dan seribu satu macam masalah. Mereka tidak kisah pun Wan Azizah atau Khalid.

Rakyat khasnya pengundi Selangor sebenarnya sudah terlalu muak dengan hubaya-hubaya politik yang entah apa-apa. Sejak dua PRU lalu apabila tsunami politik membawa kepimpinan baharu di Selangor, geram dan percakaran politik tidak pernah reda.

Lima tahun setelah PRU12 rakyat melihat serang-menyerang tidak henti-henti, termasuk hal-hal dalam kain, antara PR dan BN. Masing-masing salah menyalahkan, saling mendedahkan, saling membuka pekung. Masa banyak dihabiskan untuk politiking, hinggakan kepentingan rakyat diabaikan.

Beberapa contoh paling jelas:Sana-sini orang mengeluh sistem pungutan sampah – domestik dan pukal – sudah tidak terurus, lintang-pukang. Penghuni di kawasan-kawasan perumahan rakyat, juga perumahan mewah, hidup dalam timbunan sampah. Busuk sepanjang masa sebab sampah tidak dipungut mengikut jadual.

Kesan pungutan sampah tidak menentu ialah longkang tersumbat sana-sini, air bertakung, dan aedes membiak. Seperti yang dijelaskan oleh Kementerian Kesihatan, Selangor adalah negeri paling teruk kes demam denggi – 4,589 kes, tujuh kematian, sejak Januari hingga Julai.

Kemelut air masih tidak nampak tanda-tanda akan berakhir. Musim raya pun paip tidak berair. Sudahlah persekitaran busuk kerana sampah tidak dipungut, tidak dapat mandi pula sebab air selalu dicatu. Seksanya rakyat!

Sana-sini tumbuh pusat-pusat pelacuran dan judi haram. Rumah urut dan pusat hiburan haram sama banyak dengan kedai kopi. Semua ini membiakkan lagi masalah sosial yang memang sedia kronik.

Dulu maki-hamun politik tercetus oleh BN dan PR. Akhir-akhirnya sesama PR pun saling bercakaran. Masing-masing sibuk merebut kuasa, hal-hal rakyat terus diketepikan. Rakyat Selangor sudah bosan dan meluat. Hentikanlah segera hubaya-hubaya politik haprak ini!

Surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim


  • Anwar Ibrahim - Foto BernamaAnwar Ibrahim - Foto Bernama

Salam Datuk Seri,

Saya perlu akui bahawa saya bukan penyokong tegar Datuk Seri selama ini. Meskipun demikian, pada PRU13 yang lalu, saya diamanahkan menjaga Facebook Datuk Seri dan juga Datuk Seri Wan Azizah, saya menjaganya dengan baik dengan hasrat membantu PR mencapai kemenangan.
Di dalam isu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri perlu jelaskan matlamatkan Datuk Seri.
Adakah Datuk Seri hanya ingin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukarkan?
Atau
Datuk Seri inginkan Datuk Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar?
Kedua-dua objektif itu berbeza.
Seperti mana PRK Kajang, meskipun ada di kalangan PR tidak bersetuju dengan PRK Kajang, tapi semua turun berkempen untuk kemenangan Datuk Seri Wan Azizah, demi menjaga keutuhan PR.
Kerusi Dun Kajang adalah kerusi PKR, yang PKR boleh menentukannya siapa calon tanpa merujuk kepada Pas dan DAP.
Tapi Datuk Seri, jangan pula Datuk Seri anggap kerusi Menteri Besar Selangor sama dengan kerusi Dun Kajang.
Kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik ketiga-tiga parti – Pas, DAP dan PKR. Cuma persetujuannya ialah hanya mereka di kalangan PKR yang dipersetujui ketiga-tiga parti boleh dilantik menjawat jawatan terpenting ini.
Atas setiakawan, Pas dan DAP telah lama mengisytiharkan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor perlu dilantik dari kalangan PKR. Tiada siapa yang ingin merampas kerusi itu daripada PKR.
Itu sudah satu kejayaan bagi Datuk Seri dan PKR.
Akan tetapi, ini tidak bermakna Datuk Seri dan PKR tidak perlu mendapatkan pandangan daripada Pas dan DAP terhadap calon ganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
PR bergerak atas nama konsensus – di mana setiap parti ada kuasa vetonya.
Dalam hal pengganti Khalid, Datuk Seri tahu ada kuasa veto keempat iaitu istana Selangor, kuasa yang terbesar dalam kemelut ini.
Ramai yang sudah memberi nasihat kepada PKR bahawa pandangan istana perlu dijadikan pertimbangan dalam strategi politik PKR. Akan tetapi, sangat malang, nasihat ini telah dibawa angin.
Datuk Seri dan PKR telah mengambil langkah untuk memecat Tan Sri Khalid. Semua memahami itu satu langkah terdesak supaya Pas dan DAP memotong nama Tan Sri Khalid daripada senarai calon dari PKR yang layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Kita boleh memahami mengapa Datuk Seri inginkan isteri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, selaku Presiden PKR.
Akan tetapi, itu kehendak Datuk Seri dan PKR. Ini bukan bermakna semua akan menerimanya. Halangan pertama ialah istana – sebagaimana nasib yang dihadapi Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Idris Jusoh.
Saya percaya Datuk Seri juga sayangkan PR dan negeri Selangor. Dan dengan itu, Datuk Seri tidak mahu Dun dibubarkan, sebab itulah Datuk Seri cuba berjumpa dengan Sultan dan berunding dengan Pas dan DAP.
Atas dasar itu, Datuk Seri sekarang kena mempertimbangkan untuk situasi menang-menang.
Datuk Seri perlu mengalah untuk mengemukakan Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. Lantiklah calon lain dari PKR yang diperkenan Sultan.
Dengan ini, kerusi Menteri Besar Selangor masih akan kekal di tangan PKR dan kerajaan negeri Selangor masih kekal di tangan PR.
Selama ini pun, Tan Sri Abdul Khalid tiada jawatan besar di dalam PKR ketika menjawat Menteri Besar Selangor. Jadi, sepatutnya tiada masalah untuk mengemukakan calon lain.
Untuk PR menjadi kuat, ketiga-tiga parti perlu kuat secara sendirian. Usah lagi paksa Pas memberi jawapan, PKR akan kehilangan Selangor tanpa Pas. Pas dan DAP ada prinsip mereka sendiri. Nasib baik, kedua-duanya ada perbezaan prinsip, jika tidak, Pas dan DAP dah cukup kuota Adun untuk membentuk kerajaan tanpa PKR.
Datuk Seri sudah mendapat signal jelas dari PAS bahawa Pas ingin kekal bekerjasama dengan PR daripada kenyataan Presiden dan juga Majlis Syura Pas.
Pas dah berkali-kali tegaskan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Umno. Lebih besar lagi, Pas telah membuat ketetapan tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar dari PKR.
Itu sudah satu kemenangan besar untuk Datuk Seri dan PKR.  Tapi di dunia ini, you cannot win all. You gotta give some to take some.
Yang Datuk Seri dan PKR perlu lakukan sekarang ialah mencari satu nama calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid yang boleh diterima istana (selain Datuk Seri Wan Azizah), dan dengan ini, segalanya akan selesai. Asalkan Datuk Seri dapat clearkan laluan istana, semua akan menyokong tanpa syarat.
Pada ketika itu, Datuk Seri dan PKR boleh terus menerajui Negeri Selangor dengan aman dan damai tanpa Tan Sri Abdul Khalid, orang yang dituduh menjadi duri dalam daging PKR.
Dengan itu, objektif terbesar Datuk Seri dan PKR tercapai, cuma objektif kedua sedikit tersasar, tapi ia sudah cukup bagus. Kalau sekiranya objektif kedua lebih besar daripada objektif membuang Tan Sri Abdul Khalid, maaflah saya kerana tersalah anggap.
Lawan tetap lawan. Tapi lawan Datuk Seri bukanlah PasS dan DAP mahupun istana.
Akhir sekali, PR melambangkan kejayaan kareer politik Datuk Seri. Mendapat 52 peratus undi popular di PRU13 ialah satu kejayaan. Bagi saya, itulah yang Datuk Seri perlu pertahankan.

 
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Bagaimana orang yang banyak hutang boleh jadi MB

Rafizi dedah kronologi hutang Khalid Ibrahim

 | August 6, 2014
Bila Bank Islam minta Tan Sri Khalid membayar ikut perjanjian, beliau tak boleh bayar.
2rafizi_khalid_300PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan punca yang mendorong PKR untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sekaligus menjawab persoalan yang bermain di minda rakyat Selangor, khususnya ahli PKR sendiri.
Menurutnya, pada tahun 1994, Khalid telah meninggalkan jawatannya di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diberikan keistimewaan untuk membeli lima peratus saham Guthrie serta keistimewaan untuk membuat pinjaman dari Bank Islam berjumlah RM214.7 juta bagi membeli saham tersebut.
“Bila Bank Islam minta Tan Sri Khalid membayar ikut perjanjian, beliau tak boleh bayar,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.
Jelas Rafizi lagi, oleh kerana Khalid tidak dapat membayar hutang tersebut, pada tahun 1998, Khalid telah menulis surat kepada Bank Islam.
“Surat pertama ditulis pada 16 Oktober 1998 dan surat kedua ditulis pada 20 Oktober 1999. Beliau menulis kepada Bank Islam menyatakan bahawa beliau tidak boleh bayar hutang itu,” ujar Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.
Pada tahun 2001, disebabkan tidak dapat membayar hutang tersebut, Khalid kemudiannya telah menandatangani satu perjanjian dengan Bank Islam bagi membuat penstrukturan semula hutangnya yang berjumlah RM214.7 juta itu dengan cara menjualkan sahamnya kepada Bank Islam.
Penjualan saham itu adalah sebagai cagaran kepada Bank Islam dan sekiranya Khalid gagal membayar seperti yang sepatutnya, Bank Islam akan menjual saham tersebut bagi melunaskan hutangnya.
Pada tahun 2003, beliau masih tidak mampu untuk membayar hutang tersebut dan pada tahun 2003 atau 2004, Bank Islam telah menjual sahamnya. Setelah dijual, ia masih lagi tidak mampu untuk membayar hutang yang dipinjam sebanyak RM214.7 juta itu dan masih berbaki RM59.5 juta setakat 13 November 2006.
“Anda kena faham satu perkara, bahawa kita sedaya upaya cuba untuk tidak cerita kerana ia tidak elok,” katanya yang juga menjawab persoalan rakyat mengapa isu pertukaran Khalid dimulakan pada awal tahun ini dan bukannya selepas PRU13.
Pada 10 Mei 2007, Khalid Ibrahim telah mengeluarkan saman terhadap Bank Islam apabila beliau diminta melunaskan baki hutang termasuk cukai.
“Anggaran hutang termasuk cukai beliau pada tahun 2006 adalah sebanyak RM70 juta,” jelas Rafizi.
Kata Rafizi lagi, ADUN Pelabuhan Klang itu pada Januari 2014 telah menggunakan khidmat orang tengah bagi menyelesaikan bebanan hutangnya, dipercayai seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno iaitu Tan Sri Rashid Manaf.
Malah, ia menimbulkan keraguan apabila Khalid dengan Bank Islam mencapai penyelesaian hutang di luar mahkamah lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan, 12 Februari 2014.
“Pada mula Kajang Move itu adalah petanda bahawa kita akan menggantikan Khalid dan seawal 25 Januari kita sudah maklumkan bahawa kita berhasrat untuk menukar menteri besar,” katanya.
Jelasnya lagi, pada 12 Februari 2014, ia adalah kunci utama kepada semua perkara.
“Pada 12 Februari itu adalah dimana keputusan mahkamah persekutuan menyatakan sama ada Khalid perlu atau tidak membayar hutangnya kepada Bank Islam. Bila Khalid sampai di mahkamah, hakim yang pertama telah membuat ‘summary judgement’.
“Hakim tersebut menjelaskan, pada tahun 2009, ‘you’ hutang banyak ni, ‘you’ bayar banyak ni dan Khalid tidak bersetuju dan meminta untuk ‘trial’ dan setelah pergi ke ‘trial’, Khalid meminta untuk tidak mahu dengan hakim yang pertama dan meminta hakim lain.” katanya.
Jelasnya, setelah diberikan hakim yang lain, sewaktu tempoh ‘full trial’, penghujahan Khalid tentang kenapa beliau tidak mahu bayar hutang tersebut adalah kerana hutang Islamic Banking itu tidak cukup Islamic kerana ‘profit element’ yang perlu dibayar adalah riba.
“Oleh kerana Khaid kata perjanjian itu tidak cukup Islamic, maka Khalid meminta mahkamah memutuskan mengikut Akta Perbankan Islam 1993 bahawa Bank Islam tidak mempunyai hak untuk memeterai perjanjian itu dan Bank Islam telah melanggar syarat serta meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa baki hutang tersebut tidak perlu dibayar,” ujarnya.
Kata Rafizi, pada 12 Februari, peguam Bank Islam pun ternganga apabila pihak Khalid dan Bank Islam telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara ‘out of the box’.
“Peguam Bank Islam langsung tidak dimaklumkan tentang perkara itu,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, kata Rafizi, kira-kira sebulan selepas Bank Islam bersetuju menggugurkan tuntutan baki hutang di mahkamah, Ecoworld Berhad iaitu syarikat pemaju yang berhubungkait dengan Tan Sri Rashid Manaf memeterai perjanjian-perjanjian melibatkan projek dan hartanah kerajaan Selangor bernilai ratusan juta ringgit.
“Daripada bulan Mac lagi kita minta dia (Khalid) terangkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat mengenai hutang Bank Islam,” kata Rafizi sambil menambah Khalid gagal melakukan yang demikian.
Rafizi juga mencabar Khalid untuk mengemukakan saman terhadapnya sekiranya merasakan fakta yang didedahkan itu sebagai fitnah.
“Ini adalah keputusan yang sukar, tapi saya rela. Kita boleh hilang kerajaan, tidak mengapa kerana kita boleh dapat bentuk kerajaan baru kemudian.
Tetapi jika sekali hilang moral, kepercayaan rakyat, anda tak boleh bina kembali,” ujarnya lagi walau mengakui Pakatan berdepan dengan kesukaran sekiranya benar Dewan Undangan Negeri Selangor bakal dibubarkan bagi mengatasi kemelut jawatan tersebut.
Forum tersebut turut menampilkan tiga panelis lain antaranya Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Aktivis Bersih, Hishamuddin Rais dengan kesemuanya bersetuju agar pemimpin tersebut digugurkan segera.

Banyaknya hutang dia

Khalid Ibrahim akan selesai hutang USD18 juta Bank Islam lebih murah

Perbincangan perjanjian berhubung hutang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika bersama Kumpulan Guthrie Bhd sedang berjalan. Gambar fail.Perbincangan perjanjian berhubung hutang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika bersama Kumpulan Guthrie Bhd sedang berjalan. Gambar fail.Dalam satu langkah yang mengejutkan, Bank Islam Malaysia yang sebelum ini beria-ia membawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke mahkamah kerana hutang USD18 juta (RM66.67 juta) kini bersedia untuk menyelesaikan perkara ini dengan amaun lebih rendah.
The Malaysian Insider difahamkan, Mahkamah Persekutuan mengadakan pendengaran sampingan di antara kedua-dua pihak semalam selepas diberitahu tentang rundingan penyelesaian yang sedang berjalan.
Kemungkinan penyelesaian itu mengejutkan ramai pihak termasuk pemimpin tertinggi PKR dan peguam Abdul Khalid. Salah seorang peguam mengatakan beliau mendengar penyelesaian sedang berjalan.
“Saya ada dengar tentang penyelesaian ini dan sedang cuba dapatkan butiran lanjut,” katanya.
Seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan Abdul Khalid memberitahunya perjanjian sedang berjalan untuk hutang ditanggung semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20% saham syarikat.
Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum Abdul Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor.
Bank Islam Malaysia dimiliki 100% oleh BIMB Holdings Bhd (BHB), di mana pemegang saham majoritinya merupakan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) yang menguasai 54%. Pemegang saham lain adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd dan Amanah Saham Bumiputera.
Mahkamah Rayuan memutuskan pada Mac 2010 Abdul Khalid tidak perlu membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam selepas mengenepikan rumusan penghakiman bank tersebut terhadapnya kerana gagal menyelesaikan kemudahan pinjaman Islam itu.
Pada 21 Ogos, 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan bank untuk untuk mengemukakan penghakiman terus terhadap Abdul Khalid dan memerintahkannya membayar RM66.67 juta.
Tetapi Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad secara sebulat suara membenarkan rayuan Abdul Khalid dengan kos.
Mereka juga mengembalikan semula kes ini ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan isu dalam kes ini memerlukan perbicaraan penuh.
Semasa mengenepikan penghakiman terus itu, Zainun berkata, mahkamah berpendapat di bawah prinsip perbankan Islam, pendapat daripada pakar undang-undang Islam mengenai peraturan Islam tentang kesahan transaksi, adalah diperlukan.
Terdapat dua saman difailkan berhubung kes itu, satu yang difailkan oleh Abdul Khalid terhadap bank dan yang kedua saman balas bank terhadap menteri besar itu.
Dalam samannya terhadap BIMB, Abdul Khalid menuntut ganti rugi dan pengisytiharan, dengan mendakwa terdapat penjualan yang salah saham-saham dalam Guthrie di bawah kemudahan pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA).
Abdul Khalid, yang ketika itu ketua pegawai eksekutif Guhtrie Berhad, mendakwa wujud kontrak kolateral antara beliau dan BIMB bersampingan dengan perjanjian kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April, 2001.
Beliau mahu satu perisytiharaan kemudahan BBA itu secara berasingan dan tanpa kontrak kolateral itu adalah batal dan tidak sah dan BIMB melanggar kontrak kolateral dan atau kemudahan BBA.
Dalam saman balas terhadap Abdul Khalid, BIMB mendakwa berlaku pelanggaran perjanjian Al-Bai Bithaman Ajil ekoran kegagalan beliau membayar balik pinjaman. – 13 Februari, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-ibrahim-akan-selesai-hutang-usd18-juta-bank-islam-lebih-murah#sthash.SithJMgP.dpuf

Turki kini – versi baru Daulah Uthmaniyah


ABD SHUKUR HARUN | .
KEMENANGAN Recep Tayyip Erdogan sebagai Presiden Turki dalam Pilhan raya Presiden negara itu minggu lalu petanda lebih jelas lagi bahawa pemimpin politik yang sangat komited dengan Islam itu menjadi pemimpin harapan baru dunia Islam, di samping mengembalikan semula Turki sebagai kuasa besar terpandang bagi dunia Islam.

Oleh itu, kemenangan beliau sangat besar ertinya bagi dunia Islam seluruh, bahkan Barat juga kebingungan menghadapi kebangkitan Turki di bawah Recep Tayyip Recep Erdogan ini.

Kebangkitan Turki ini ketika dunia Arab dan pimpinan mereka yang tenggelam dengan kemewahan, tidak berwibawa, tidak berbuat apa-apa untuk membela umat Islam di Palestin, khususnya di Gaza yang sedang berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Israel pimpinan Benjamin Netanyahu. Bahkan dunia Arab berperang sesama sendiri tidak habis-habisnya.

Erdogan muncul sebagai pemimpin dunia Islam yang menyerlah ketika pemimpin dunia Arab/Islam – termasuk pemimpin Liga Arab dan OIC - tidak berbuat apa-apa untuk mempertahankan Palestin, khususnya Gaza, yang diserang secara gila oleh rejim Israel sejak bertahun-tahun lamanya.

Bekas Perdana Menteri Turki yang menyandang jawatan itu tiga penggal berturut-turut, memenangi jawatan Presiden dalam pilihan raya umum pertama yang penuh demokratik.

Kemenangan Erdogan ini yang dianggap sebagai era baru Turki, dipercayai akan lebih banyak menerapkan nilai Islam di negara yang masih dilabel negara sekular. Erdogan sendiri tidak begitu berminat untuk meletakkan Turki dengan label ‘Negara Islam’. Padanya biarlah Turki kekal dengan negara label sekular, kerana menurutnya, pengisian Islam kepada negara itu jauh lebih penting daripada labelnya.

Erdogan memberitahu ribuan penyokongnya di anjung Ibu Pejabat partinya, AK Parti di Angkara, bahawa kemenangannya bukan saja kemenangan kepada penyokongnya, tetapi juga kemenangan seluruh rakyat Turki yang cintakan keadilan, demokrasi dan kemakmuran bersama.

Beliau meraih hampir 52 peratus undi mengatasi saingan utama beliau Ekmeleddin Ihsanoglu yang mendapat 38 peratus. Peratus kemenangannya menjadikan beliau tidak perlu melalui proses pusingan kedua kerana mendapat majoriti yang besar kali ini.

Selepas pengumuman dibuat, Erdogan dalam ucapannya berikrar akan mewujudkan ‘era baru’ dalam perhubungan rakyat di negara berkenaan.

Kemenangannya ini, bertepatan ketika umat Islam seluruh dunia mengumpul dana dan pelbagai bantuan kemanusiaan secara besar-besaran kepada Gaza yang diserang siang dan malam.

Sekumpulan NGO Turki sedang menyiapkan kapal untuk memberi bantuan ke Gaza, kali kedua dilakukannya beberapa tahun lalu, walaupun telah mengorbankan beberapa orang rakyatnya.

Di Gaza, Hamas mengucapkan tahniah kepada Erdogan atas kemenangannya dalam pemilihan umum lalu.

Dalam pernyataannya, yang disiarkan di Anadolu Agency, Hamas menggambarkan kemenangan Erdogan sebagai kemenangan bagi Gaza, Jerusalem dan Ramallah dan seluruh Palestin. Hamas juga menyambut baik ikrar Erdogan untuk mempertahankan Palestin.

Ini berbeza dengan reaksi dingin pemimpin negara Arab, khususnya daripada junta tentera Mesir, General al-Sisi yang kini menjadi presiden Mesir. Iaitu orang yang mengarahkan penutupan puluhan terowong Gaza yang menjadi laluan bantuan perubatan dan makanan kepada penduduk Gaza.

Kemenangan Erdogan merubah serta merta kedudukan kepimpinan Islam, yang selama ini melihat dunia Arab sebagai pemimpin dunia Islam kerana sejarahnya yang panjang, terutamanya kerana di sanalah tumbuh dan mula berkembangnya agama Islam.

Tetapi negara Arab yang mendukung fahaman perkauman Arab terpalit sejarah hitam kerana bersekongkol dengan British dan Yahudi apabila turut mempunyai saham besar meruntuhkan Pemerintahan Daulah Islamiyah Turki. Mereka ini mendukung gerakan General Mustafa Kemal Ataturk merampas kuasa daripada kerajaan Uthmanyah hingga daulah Islam terguling pada tahun 1924.

Ketika menjadi Perdana Menteri Turki selama tiga penggal, Erdogan masih membiarkan gambar Ataturk tergantung di Parlimen Turki di Ankara, dengan hujah, “Itu hanya gambar, ia tidak mengganggu kita melaksanakan Islam.”

Adapun golongan sekular, terutama dalam kalangan tentera dan pegawai kanan kerajaan hingga kini masih wujud, tetapi telah berkurangan dan berkurangan, kerana tua dan bersara. Generasi muda Turki, tidak lagi menentang Islam.

Kini Turki di bawah pimpinan Erdogan adalah Turki baru, pemimpin baru dunia Islam, berfikiran terbuka, mahu menjelmakan Islam dengan imej baru pro-demokrasi, menegakkan keadilan untuk semua rakyat, memperjuangkan kemakmurah bersama dan menjalin persahabatan dengan semua pihak.

Negara Turki yang sekian lama digelar ‘The Sick man of Europe’ kini muncul kembali sebagai negara harapan umat, gagah dan berwibawa, seperti versi baru Daulah Uthmaniyah Turki 100 tahun lalu. –HARAKAHDAILY 13/8/2014

Media baru: Jadi batu api, dalam air pun menyala


USTAZ IDRIS AHMAD | .
Jadikan media baru sebagai penghubung ukhwah, bukan 'adawah (permusuhan) sesama rakan seperjuangan.

Caranya:
Jangan fitnah sesama sendiri.
Isu-isu parti kita serah kepada pimpinan, kerana mereka berada di medan.
Jangan pula bila pimpinan buat keputusan yang tidak secucuk dengan kita, maka kita balun sampai tak bernafas.
Janganlah guna bahasa yg menghina rakan, walaupun isi betul, bahasanya menyakit hati.
Berlapang dada atas teguran.
Jangan ego dengan pandangan sendiri, kita hidup berjamaah.
Jangan tegak benang yang basah.
Sahabat yang kita hina, dia juga ada pengikut, kerana Ayah Pin yang tidak betul pun ada pengikut.
Janganlah pula bila orang cerca sahabat yang kita suka, maka dibela. Tetapi membiarkan orang memfitnah orang yang dia tidak suka.
WhatsApp, massege lah secara personal daripada kita guna medium umum supaya orang lain tidak tahu.
Kalau perlu tidak menjawab pun tak apa di dalam FB @ WhatsApp isu-isu yang mengundang perbalahan. Kerana kadang-kadang, lain yang kita maksud, lain yang dia faham.
Jangan kita dedahkan proses perbincangan, kerana di sana ada pro & kontra, ini yang selalu berlaku perbalahan kerana perbincangan belum masak.
Disiplinkan diri, biar pecah perut jangan pecah gajet.
Fikir dulu sebelum menulis di media baru.
Kita mesti fikir fitnah bertulis kekal, berbanding dengan fitnah lidah.
Pegang falsafah apa yang berlaku dalam jamaah dan rakan tahaluf bukan boleh diselesai melalui media, tetapi dengan perbincangan tertutup.
Ingat! Dalam media baru ada yang bertindak sebagai batu api, sehingga di dalam air pun boleh menyala.

Peringatan Dhuha untuk diri saya. Ustaz Idris Ahmad. 12/8/14.

Tembakan dilepaskan ke arah kediaman Menteri Sarawak


BERNAMA | .
SIBU: Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kediaman Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Sri Wong Soon Koh, yang terletak di Jalan Ipoh di sini, antara 8.15 hingga 8.30 malam semalam.
  
Isteri Wong, Datin Sri Leong Poh Ling berkata tembakan itu mengenai tingkap sebuah bilik tidur di tingkat satu yang menghadap jalan.
  
Sungguhpun semua anggota keluarga kecuali Wong, berada di rumah, tiada siapapun yang tercedera.
  
Leong berkata insiden itu hanya disedari pagi ini apabila anak lelakinya ternampak serpihan cermin tingkap di atas lantai bawah langsir.
  
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Leong berkata beliau ada mendengar bunyi letupan yang sangat kuat antara 8.15 hingga 8.30 malam semalam.
  
"Saya melihat ke luar tingkap tapi tak nampak apa-apa pun. Saya sangkakan tayar kereta atau komputer riba seseorang yang meletup," kata pesara guru berusia lingkungan 60-an itu.
  
Sebaik mendapati serpihan cermin tingkap dan lubang yang menembusi satu lagi cermin tingkap, beliau segera memaklumkan kejadian itu kepada polis.
  
Anak lelaki Wong, Datuk Andrew Wong Kee Yee berkata beliau tidak pasti siapa yang menjadi sasaran orang yang melepaskan tembakan itu.
  
Andrew Wong, timbalan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, berkata beliau percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan tugasnya yang termasuk menyelesaikan masalah penjaja di bandar ini.
  
"Walau apapun sebabnya, ini tidak betul. Kami menyerahkan kepada polis untuk menyiasat," katanya.
  
Beliau berkata pemilihan masa untuk melakukan perbuatan itu menimbulkan tanda tanya memandangkan Soon Koh akan melancarkan Parti Rakyat Bersatu (UPP), parti politik terbaharu Sarawak, di Kuching pada Sabtu.  
  
Soon Koh akan mengetuai parti itu berikutan pertelagahan dengan pemimpin parti yang disertainya sebelum ini, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan keluar daripada SUPP pada Mei tahun ini untuk menyertai satu lagi parti politik baharu dikenali sebagai Teras (Parti Tenaga Rakyat Sarawak) namun keluar pada Julai untuk menubuhkan UPP.
  
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sibu Supt Martin Koo ketika ditemui di tempat kejadian mengesahkan tembakan itu dilepaskan ke arah rumah berkenaan menggunakan selaras senapang patah.
  
"Kami menjumpai satu kelongsong peluru dan sembilan peluru penabur di beberapa tempat di perkarangan rumah, betul-betul di bawah bilik tidur. Kami masih menyiasat," katanya. - Bernama

Kemelut S'gor: Jangan belakangi keputusan jamaah


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli khususnya Adun PAS di Selangor agar mematuhi arahan parti dalam berdepan isu Menteri Besar di negeri itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS telah membuat ketetapan akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

"Kita harap tidak ada yang mendahului keputusan parti dan jangan pula ada yang membelakangi keputusan jamaah.

"Jangan anggap keputusan kita secara bersendirian itu lebih bijak daripada keputusan parti.

"Bertindak membelakangi keputusan jamaah ini tidak ada keberkatan dan jika berlaku masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau menasihatkan seluruh ahli bersabar menunggu keputusan rasmi parti.

Beliau juga meminta ahli PAS tidak mudah terpengaruh dengan laporan-laporan bukan dari sumber utama parti.

Katanya, dalam suasana sekarang ini terlalu banyak laporan-laporan palsu menggunakan nama pimpinan.

"Peranan kita adalah semak dan teliti dahulu, jangan mudah terima dan menyebarkannya.

"Lebih baik diam dari komentar yang mengeruhkan lagi keadaan," tegasnya.

- HARAKAHDAILY 14/8/2014

Kisah kucing masih setia kepada tuannya yang telah meninggal


http://tikaqbuloh.blogspot.com | .

Kisah Sayu. Indahnya Ciptaan Allah, Kucing Ini Masih Setia Kepada Tuannya Yang Telah Meninggal Dunia


 
Heboh di alam maya apabila seekor kucing begitu setia dan mengenali tuannya sehinggakan sewaktu tuannya dikebumikan dia setia menunggu walaupun sebenarnya tuannya telah pergi untuk selamanya.

Setianya kucing ini kepada tuannya sehingga difahamkan selepas beberapa hari pun dia masih mengunjungi kubur tuannya. Walaupun dia tidak memahami erti kematian sebenar tetapi hubungan yang terjalin di antara simati dengan kucing ini terlalu menebal.
 
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Surat peletakan jawatan Rodziah diterima


14 Ogos 2014


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan daripada Rodziah Ismail sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa hari ini.
 
Beliau berkata, peletakan jawatan Rodziah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu adalah sah mengikut Artikel 53 (7) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menyatakan mana-mana exco boleh meletak jawatan pada bila-bila masa.
 
"Kita mengucapkan terima kasih kepada Rodziah atas sumbangan dan khidmat yang diberikan sepanjang menjadi Exco Kerajaan Selangor," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.
 
Kenyataan Abdul Khalid itu sekali gus menjawab tanda tanya mengenai kedudukan Rodziah, anggota exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), berikutan dua lagi anggota exco daripada parti yang sama, Dr Daroyah Alwi dan Elizabeth Wong Keat Ping telah digugurkan oleh Menteri Besar itu.
 
Turut digugurkan ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP.

Semalam, Abdul Khalid dilaporkan berkata pemecatan kelima-lima exco terbabit tidak melibatkan Rodziah yang ketika itu berada di luar negara dan kedudukannya akan diputuskan selepas beliau pulang ke tanah air.
 
Rodziah bagaimanapun dalam kenyataan media pagi ini berkata beliau akur dengan keputusan parti berhubung kedudukan beliau.  - Bernama

Panggil segera Adun belakangkan parti


  • Suhaizan KaiatSuhaizan Kaiat

SHAH ALAM – Pemuda Pas hari ini mendesak Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali untuk mengambil tindakan ke atas dua Adun Pas yang menyokong pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi merebut jawatan Menteri Besar Selangor.

Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berkata, tindakan dua Adun Selangor itu jelas membelakangkan parti apabila dilihat hadir bagi menyatakan sokongan terhadap pencalonan tersebut.

“Kami mendesak Setiausaha Agung Pas Pusat untuk memanggil segera kedua-dua Adun yang terlibat kononnya memberi sokongan kepada Azizah.

“Kami mahu penjelasan sebenar diberikan daripada kedua-dua Adun tersebut,” katanya.

Dua Adun berkenaan, Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan juga Adun Hulu Kelang, Saari Sungib turut menyatakan sokongan mereka secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani bersama 28 Adun Selangor yang lain.

Penglibatan dua Adun Pas Selangor itu sekali gus menyaksikan sokongan terhadap Wan Azizah meningkat sementara Abdul Khalid ketinggalan di belakang.

Difahamkan Pas kini sedang menyiasat bersabit tindakan dua ahlinya menyatakan sokongan terbuka ke atas Wan Azizah.

Terdahulu, Majlis Syura Pas dalam satu ketetapan menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pas Pusat akan bermesyuarat Ahad ini bagi membincangkan kedudukan Abdul Khalid sementara Lajnah Politiknya turut mengadakan perbincangan malam ini, yang dipercayai turut membincangkan topik hangat krisis Menteri Besar Selangor.

Jawatan MB: Azmin harap Khalid akur


  • Azmin Ali Azmin Ali

SUBANG JAYA - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menzahirkan harapannya agar individu yang dilihat sebagai 'seteru politiknya' mematuhi pelaksanaan peralihan jawatan Menteri Besar Selangor.

Bercakap kepada pemberita, Mohamed Azmin berkata, Abdul Khalid perlu akur dan membenarkan peralihan kuasa itu berjalan dengan baik.

"Kami harap Khalid dapat mematuhi perlaksanaan peralihan ini dengan aman.

"Kami mahu terus maju ke depan demi rakyat," katanya.

Seramai 30 orang Ahli Dewan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat telah menyatakan rasa hilang percaya kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu perutusan kepada Sultan Selangor memaklumkan sokongan majoriti Adun PR kepadanya sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.

Pendirian ini dinyatakan secara tertulis di dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 Adun.

Pancaroba

Isu MB Selangor: 'Elak pilihan raya negeri'


2014/08/14 - 03:16:06

Kuala Terengganu: PAS menyokong kepemimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana tidak mahu melihat kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu tumbang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapa Ali, berkata kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor akan menyebabkan pilihan raya perlu diadakan dan menjejaskan rakyat, lantas perkara itu paling penting untuk dielakkan.


Beliau berkata, sokongan PAS adalah terhadap kerajaan negeri dan bukan atas dasar peribadi Abdul Khalid.

Tak mahu susahkan rakyat

Sokongan kita kepada kerajaan negeri, bukan atas dasar peribadi. Sebab kita tidak mahu kerajaan tidak berfungsi, menyusahkan dan menjejaskan rakyat.

Kalau EXCO PAS tak beri sokongan kepada kerajaan negeri, tumbanglah kerajaan pakatan. Kita nak elakkan pilihan raya. Kita tak mahu itu terjadi, sebab itu kita beri sokongan, katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian mengulas sokongan empat EXCO PAS terhadap Menteri Besar Selangor, berbanding lima EXCO dari PKR dan DAP yang dipecat.
Abdul Khalid dilaporkan berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan membatalkan pelantikan EXCO berkenaan dengan nasihat Menteri Besar, secara bertulis.

Sementara itu, ditanya mengenai tawaran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS sebagai Timbalan Menteri Besar jika bersetuju dengan pelantikan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baharu, beliau berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam pertemuan kelmarin.

Mengulas mengenai kemungkinan pelantikan ADUN UMNO sebagai EXCO kerajaan negeri, Mustapa hanya menjawab ringkas bahawa PAS tidak akan bersetuju dan tidak akan menerima keadaan itu.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan laporan yang tersebar di laman sosial yang didakwa dipetik daripada laman web portal berita PAS, Harakah Daily, kononnya Abdul Khalid sudah menyerahkan borang penyertaannya sebagai ahli PAS semalam.

Isu MB Selangor: Kenyataan makan diri

Isu MB Selangor: Kenyataan makan diri

Abdul Khalid (tengah) hadir mempengerusikan mesyuarat EXCO Negeri bersama empat ahli EXCO Selangor di Shah Alam, semalam. - Foto GHAZALI KORI 



Shah Alam: Kenyataan media yang diberikan lima bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) DAP dan PKR semalam memakan diri kerana tindakan itu bercanggah dengan 10 Aku Janji dan Sumpah Kesetiaan yang dilafazkan ketika mereka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata berikutan itu mereka dipecat selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan untuk membatalkan pelantikan EXCO berkenaan dengan nasihat Menteri Besar, secara bertulis.

Abdul Khalid berkata, beliau berpendapat lima EXCO berkenaan tidak boleh meneruskan perkhidmatan mereka selepas mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu bekerjasama dengan Menteri Besar dan hanya menghadiri mesyuarat EXCO bagi memantau perjalanan kerajaan negeri serta hanya akan menurut kehendak parti masing-masing.

Katanya, surat mendapatkan perkenan Sultan Selangor dihantar ke Istana Selangor, kira-kira jam 2 petang kelmarin dan Pejabat Menteri Besar menerima surat memaklumkan perkenan baginda, dua jam kemudian..

Cukup korum

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hari ini mesyuarat EXCO diadakan seperti biasa dengan korum yang mencukupi bersama empat ahli EXCO dan tiga pegawai Ex-Officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan.

Jumlah ini memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya empat ahli EXCO untuk mentadbir negeri secara sah, katanya ketika membaca kenyataan satu muka surat pada sidang media di Bilik Gerakan di Tingkat 22 Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, memandangkan surat pemecatan dikeluarkan ketika seorang lagi EXCO PKR, Rodziah Ismail berada di luar negara, beliau akan menunggu sehingga ADUN Batu Tiga itu pulang terlebih dulu.

Katanya, beliau akan membuat keputusan membabitkan kedudukan Rodziah selepas berbincang dengannya.

Jika beliau bersetuju bekerjasama dengan EXCO sekarang, khidmatnya akan diteruskan. Kalau tidak, beliau juga akan diberikan surat penamatan tanggungjawab. Rodziah sudah bertemu dengan saya sebelum ke luar negara, katanya.

Bagaimanapun, Abdul Khalid enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan Rodziah itu.

Ditanya, berapa lama tempoh diberikan kepada semua bekas EXCO dipecat itu untuk mengemas barangan peribadi masing-masing, Abdul Khalid berkata, pada kebiasaan mereka memerlukan tempoh satu hingga dua minggu untuk berbuat demikian.

Saya dimaklumkan, ada dua pejabat EXCO sudah dikosongkan sejak Ahad lalu, katanya.

Abdul Khalid berkata, semua EXCO yang dipecat itu diberikan tempoh mencukupi untuk membawa keluar barang masing-masing, selain mengalu-alukan jika mereka mahu menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor yang akan diadakan hari ini, walaupun bukan dengan kapasiti sebagai EXCO, sekiranya mereka ada masa dan mahu menghadirinya.

Pada masa sama, Abdul Khalid mengesahkan penggunaan Stadium Malawati untuk Konvensyen Nasional PKR pada 22 hingga 24 Ogos ini, masih dibenarkan.