Tuesday, August 2, 2011

'Saya memang pengsan terhidu gas'


Polis merakamkan kenyataan Shuhardi Mat Isa yang dilapor didakwa berlakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan 9 Julai lepas.

Menurut Shuhardi, lima anggota polis, termasuk seorang berpangkat inspektor, daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi mengunjungi rumahnya di Taman Ixora, Bandar Baru Salah Tinggi pada jam 11.30 malam tadi.

"Saya ditanya pelbagai soalan ketika disiasat hampir tiga jam. Saya jawab semua soalan," katanya sambil memberitahu sesi itu hampir tiga jam bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi.


Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis menyiasat perkara itu setelah menerima dua laporan di IPD Dang Wangi dan Cheras, bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Laporan mengenainya juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Multimedia iaitu kesalahan yang melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Shuhardi, seorang peserta dalam perhimpunan itu dikatakan dimanipulasi sesetengah pihak dengan mendakwa dia Allahyarham Baharudin yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

'Saya memang pengsan'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Suhardi berkata beliau ditemani anggota keluarga dan tanpa kehadiran peguam ketika sesi itu berjalan.

Ditanya tentang tempoh soal-siasatnya yang lama, Shuhardi menjelaskan, sepanjang sesi itu, beliau ditanyakan secara terperinci tentang penyertaannya daripada mula hingga akhir.

Pada hari itu, katanya, beliau dua kali pengsan sekitar Jalan Pudu, Kuala Lumpur akibat terlalu banyak terhidu gas pemedih mata.

"Bila saya sedar, saya berada di bahagian kecemasan Hospital Tung Shin. Kemudian anggota keluarga saya datang ambil," katanya.

Beliau menafikan berlakon sebagai Baharudin atau cuba menipu orang ramai.

"Saya memang pengsan pada hari itu," katanya yang juga presiden Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop).

Shuhardi bagaimanapun tidak jelas beliau disiasat bawah peruntukan dalam seksyen apa.
http://wargamarhaen.blogspot.com

Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara..bukti kukuh penipuan oleh SPR dan JPN..!!


NONE


Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.
http://wargamarhaen.blogspot.com/

PR didaftar sebagai pengundi...kerja pengkianat negara...!!!


NONE
Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menjamin bahawa tiada warga asing dibenar berdaftar sebagai pengundi, sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Seorang pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu.

Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru.
http://wargamarhaen.blogspot.com/

Australia muat ke YouTube video penghantaran pendatang

SYDNEY 2 Ogos - Australia akan memuatkan ke dalam YouTube video penghantaran pendatang ke Malaysia yang dilakukan di bawah perjanjian pertukaran pendatang bagi menakutkan mereka yang mahu memasuki negara itu secara haram.
Mengikut perjanjian itu, 800 pendatang haram dihantar ke Malaysia dari Australia dan sebagai balasan Australia akan menempatkan semula 4,000 pendatang yang telah diproses oleh Kuala Lumpur.
Menteri Imigresen Australia, Chris Bowen berkata, video yang dimuatkan di dalam Internet itu akan memberi mesej yang kepada penyeludup manusia dan pelanggan mereka bahawa perjalanan mereka ke Australia akhirnya akan berkesudahan di Malaysia.
“Kami tahu para penyeludup berkenaan menipu mangsa mereka, kerana mereka hanya mahukan wang daripada mangsa yang berada dalam keadaan terdesak,” katanya kepada radio ABC.
“Oleh itu adalah wajar untuk memaparkan apa sebenarnya berlaku dan polisi masa kini kerajaan,” katanya.
Rakaman video itu akan dibuat bermula dari proses memindahkan pendatang dari pusat tahanan di Pulau Christmas menaiki pesawat ke Malaysia sebelum diproses dan ditempatkan di negara-negara di Asia Tenggara. - AFP
http://www.utusan.com.my

Seludup manusia: Polis minta kerjasama Bank Negara



KUALA LUMPUR 1 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan kerjasama daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia yang menjadikan negara ini sebagai transit ke negara ketiga.
Sumber memberitahu, kerjasama yang dijalankan bertujuan mengesan bukti pengaliran wang masuk dari luar negara terhadap anggota sindiket di negara ini.
Katanya, wang itu dihantar oleh keluarga pelarian dari negara asal mereka yang bertujuan untuk membayar kos transit yang dikenakan anggota sindiket terbabit.
"Bagaimanapun, pengaliran wang masuk bagi tujuan itu sukar dikesan kerana mereka menggunakan khidmat pengurup wang dan bukannya melalui sistem perbankan.
"Sebagai contoh, pelarian di Malaysia akan meminta keluarga mereka untuk menghantar wang mengikut jumlah dituntut sindiket melalui pengurup wang.
"Pelarian kemudian akan menerima kod dari keluarga dan menebus wang tersebut di sini, sebelum diserahkan kepada sindiket," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini mendedahkan empat pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah antara 45 individu dikesan menjadi ketua sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini.
Kata sumber itu, tindakan selanjutnya sedang diambil agensi-agensi terbabit termasuk BNM untuk memperhalusi dan menambah baik sistem pengurup wang bagi mengekang sindiket tersebut.
http://www.utusan.com.my

90,000 warga asing sasaran seludup manusia



KUALA LUMPUR 1 Ogos - Dianggarkan 90,000 warga asing yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) di Lembah Klang di sini, dikenal pasti menjadi antara sasaran sindiket penyeludupan manusia.
Mereka yang didaftarkan sebagai pelarian dari lebih 20 buah negara itu menjadi sasaran sindiket berkenaan berikutan proses penempatan pelarian ke negara ketiga secara sah mengambil masa lama iaitu tiga hingga lima tahun.
Sumber memberitahu, pelarian yang didaftar di bawah UNCHR terpaksa berbuat demikian untuk menyara kos kehidupan berikutan undang-undang negara ini tidak membenarkan mereka bekerja.
"Sindiket penyeludupan pula mengambil kesempatan itu dengan menawarkan khidmat membawa mereka ke negara ketiga dengan lebih cepat sama ada melalui darat, udara atau laut.
"Ada juga keluarga pelarian yang meminta bantuan sindiket bagi membolehkan ahli keluarga mereka yang berada di Malaysia keluar dari negara ini segera," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini mendedahkan empat pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah antara 45 individu dikesan menjadi ketua sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini.
Dalam pada itu, sumber memberitahu, sindiket penyeludupan mengenakan kos transit yang tinggi iaitu AS$15,000 (RM44,500) hingga AS$35,000 (RM104,00) bergantung kepada destinasi.
Bagaimanapun katanya, pelarian perlu membayar wang pendahuluan RM10,000 hingga RM20,000.
"Oleh itu, keluarga pelarian di negara masing-masing terpaksa jual tanah atau harta benda untuk menjelaskan wang pendahuluan tersebut.
"Selepas proses transit selesai, jika bayaran masih belum dijelaskan, pelarian diperas ugut pula sehingga ada terpaksa memperdagangkan diri atau bekerja dengan sindiket jenayah seperti keldai dadah bagi mendapatkan wang segera," katanya lagi.
http://www.utusan.com.my

Pertempuran akibat pilihan raya di Papua, empat lagi maut



JAYAPURA 1 Ogos - Empat maut sementara lima yang lain cedera parah apabila satu lagi pertempuran berkaitan pilihan raya berlaku di sini hari ini, menjadikan jumlah angka korban akibat pertempuran sama di daerah ini meningkat kepada 21 orang dalam tempoh dua hari.
Insiden terbaru itu berlaku di kampung Nafri, apabila sekumpulan penyerang menghalang laluan beberapa kenderaan di tempat kejadian sebelum menyerang pemandu dan penumpangnya dengan kapak, senapang dan parang.
Dua penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda ditetak hingga mati, sementara seorang lagi yang maut merupakan penumpang sebuah teksi.
Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai anggota tentera, Prebet Dominikus Kerap.
Penyerang dilapor turut menyerang hendap sebuah pengangkutan awam menyebabkan sekurang-kurangnya lima cedera parah terkena tembakan dan semua mangsa kini dirawat di Hospital Abepura.
Jurucakap polis Papua, Wachyono berkata, pihaknya masih menjalankan penyiasatan di lokasi kejadian.
Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh, manakala beberapa orang lagi cedera dalam pertempuran antara dua kumpulan penyokong ahli politik di sini, semalam.
Jelas Wachyono, perusuh yang bersenjatakan anak panah dan getah mentah bertempur di luar bangunan majlis tempatan di daerah Puncak.
Media tempatan melaporkan, pertembungan tercetus apabila suruhanjaya pilihan raya tempatan enggan mendaftar calon untuk bertanding dalam pilihan raya yang dijadual diadakan pada November ini bagi jawatan ketua daerah. - AFP/dpa
http://www.utusan.com.my

Perbicaraan Mubarak esok



KAHERAH 1 Ogos - Pendakwa Raya Mesir, Abdel Meguid Mahmoud mengarahkan bekas Presiden Hosni Mubarak (gambar) menghadiri perbicaraan pertamanya Rabu ini berhubung pembunuhan penunjuk perasaan antikerajaan semasa pemberontakan rakyat pada Februari lalu.
Jurucakap kerajaan, Mohamed Hegazy yang dipetik akhbar Al Ahram berkata, Menteri Dalam Negeri Mansour al-Essawi telah menjalankan beberapa urusan penting bagi memenuhi arahan pendakwa raya tersebut.
Perbicaraan Mubarak yang disingkirkan dalam pemberontakan rakyat akan diadakan Rabu ini di Akademi Polis,di pinggir Kaherah.
Turut menghadapi pertuduhan ialah dua anak lelaki Mubarak, Alaa dan Gamal; bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adli; dan enam pegawai tertinggi polis.
Prosiding itu akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.
Mubarak, 83, tidak muncul di mata umum sejak 10 Februari lalu. Beliau dilapor menerima rawatan di sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el-Sheikh, Laut Merah sejak 13 April lalu kerana serangan jantung.
Bekas Presiden itu minggu lalu dilaporkan enggan makan menyebabkan beliau kehilangan berat badan dan lemah, sekali gus meningkatkan spekulasi beliau tidak akan dibicarakan Rabu ini seperti dijadualkan.
Alaa dan Gamal kini ditahan di sebuah penjara di Kaherah. - dpa
http://www.utusan.com.my

Putera Mahkota Thai guna wang sendiri



Gambar bertarikh 13 Julai merakamkan pesawat Boeing 737 milik Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn disita di Lapangan Terbang Munich, selatan Jerman. - AFP


BANGKOK 1 Ogos - Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn akan menggunakan wang sendiri bagi mendapatkan semula pesawatnya yang disita di Jerman ekoran pertikaian berhubung hutang antara kedua-dua negara.
Menurut kenyataan sekretariat diraja Thailand hari ini, Vajiralongkorn berharap pembayaran melalui bon itu akan menyelesaikan masalah undang-undang antara kerajaan Thai dengan syarikat pembinaan Jerman, Walter Bau AG berhubung hutang yang belum dilunaskan oleh kerajaan Thailand kepada syarikat berkenaan.
Kenyataan itu berkata, Putera Mahkota itu juga tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan seumpama itu dan mahu ia diselesaikan dengan baik secepat mungkin.
Sekretariat itu menjelaskan, perselisihan itu juga diharap tidak akan memberi kesan kepada hubungan Thailand-Jerman.
Mahkamah di Jerman memerintahkan pesawat Boeing 737 milik Putera Mahkota itu dirampas pada 11 Julai lalu dan mengarahkan kerajaan Thailand membayar deposit sebanyak AS$20 juta (RM84.7 juta) sebagai bon keselamatan bagi membolehkan pesawat itu dipulangkan.
Kerajaan Thailand turut menghantar Menteri Luar, Kasit Piromya ke Jerman bagi meminta pihak berkuasa negara itu melepaskan pesawat berkenaan pada pertengahan bulan lalu. - Agensi
http://www.utusan.com.my

Polis Australia diberi kuasa guna kekerasan



SYDNEY 1 Ogos - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard hari ini berkata, polis negara ini diberi kuasa untuk menggunakan kekerasan bagi memaksa pencari suaka politik menaiki pesawat untuk dihantar ke Malaysia.
Kumpulan pertama pencari suaka politik yang tertakluk kepada perjanjian pertukaran pendatang yang ditandatangani dengan Malaysia baru-baru ini tiba dengan bot di Australia, semalam selepas memulakan pelayaran dari Indonesia.
Pelarian seramai 54 orang yang kebanyakannya lelaki Afghanistan, Iraq dan Iran itu ditahan di pusat tahanan kawalan ketat di Pulau Christmas sebelum dibawa menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.
"Mematuhi arahan bukan dilakukan secara sukarela dan ini bermakna langkah-langkah sewajarnya perlu diambil bagi memastikan pendatang haram ini menaiki pesawat di sini dan turun dari pesawat di destinasi," kata Gillard kepada stesen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) apabila ditanya sama ada kekerasan akan digunakan.
Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 25 Julai lalu, Malaysia bersetuju untuk menerima 800 pencari suaka yang belum diproses, kebanyakannya dari Asia Barat, yang dihantar oleh Australia.
Sebagai balasan, Kuala Lumpur akan menghantar kira-kira 4,000 pelarian yang sudah diproses dan diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kebanyakannya dari Myanmar, ke Australia.
Gillard mengaku kerajaannya belum dapat menunaikan janjinya bahawa pencari suaka akan menaiki pesawat ke Malaysia dalam tempoh tiga hari selepas mereka tiba di Australia, kerana terdapat kelewatan dalam mengatur kemudahan penginapan di Kuala Lumpur.
"Apabila sistem sudah beroperasi sepenuhnya, pendatang akan dihantar ke sana dalam masa 72 jam," katanya.
Gillard sebelum ini berkata, menghantar pencari suaka terus ke Malaysia akan menyebabkan mereka yang masih menunggu di Indonesia membatalkan hasrat untuk membayar wang kepada penyeludup manusia bagi menaiki bot ke Australia.
Jurucakap parti pembangkang, Parti Liberal bagi hal-ehwal Imigresen, Scot Morrison berkata, perjanjian tersebut tidak akan membawa kesan yang diingini.
Katanya, sejak perjanjian itu diumumkan pada 7 Mei lalu, 12 bot tiba di Australia dengan membawa sejumlah 621 pencari suaka.
Cadangan asal supaya perjanjian itu berkuat kuasa 7 Mei lalu digugurkan, dan kini hanya pendatang yang mendarat di Australia selepas 25 Julai tertakluk kepada perjanjian tersebut. - dpa
http://www.utusan.com.my

20 tahun ditinggal suami



JOHOR BAHRU – Ditinggalkan suami tanpa diceraikan sejak 20 tahun lalu, ibu kepada empat cahaya mata, reda dengan ketentuan hidupnya yang diibaratkan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2006.

Selepas ditinggalkan, Kamariah Johar, 53, turut menggalas tanggungjawab menyara dan membesarkan kesemua anaknya yang kini berusia 26 hingga 19 tahun dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang manakala gaji yang diperolehi sebanyak RM380 sebulan.

“Walaupun menanggung kesedihan selepas suami tidak mempedulikan keadaan kami anak beranak apabila dia berkahwin lain, saya terus bangkit daripada kesedihan demi masa depan anak-anak yang ketika itu masih kecil,” katanya.

Paling tidak dapat dilupakan ketika Ramadan, Kamariah sekeluarga hanya menikmati juadah ala kadar seperti nasi dan telur masak kicap akibat kesempitan hidup.

Dia juga perlu berjimat dengan lebih mengutamakan perbelanjaan persekolahan anaknya.

“Saya juga tidak dapat menahan kesedihan apabila anak-anak menangis meminta baju dan kasut raya... dengan gaji yang saya miliki sudah tentu tidak mampu memenuhi kemahuan mereka, mujur saudara-mara bersimpati dan turut membantu,” katanya.

Kamariah berkata demikian kepada Sinar Harian selepas menerima sumbangan barangan keperluan asas sumbangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Johor sempena Ramadan di tapak Pasar Tani, Bandar Baru Uda, di sini, kelmarin.

Ketika ditemu bual, wanita itu turut mengalirkan air mata menceritakan keadaan hidupnya sekarang selepas menjalani pembedahan akibat kanser.

Dia juga tidak mampu untuk bekerja dan hanya mengharapkan wang yang diberikan anak-anaknya.

“Selepas menjalani pembedahan saya juga perlu berulang-alik ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail bagi rawatan susulan termasuk radioterapi,” katanya yang memperuntukkan RM100 sebulan sebagai tambang teksi untuk tujuan berkenaan.

Beliau juga mengakui tidak menerima bantuan kewangan bulanan daripada agensi tertentu setakat ini, selain tidak pernah mengemukakan permohonan kerana tidak tahu prosedurnya.

“Semenjak tidak bekerja, anak-anak ada membantu menghulurkan duit belanja termasuk membayar sewa rumah sebanyak RM300 sebulan namun saya memahami keadaan mereka yang mempunyai pendapatan sederhana,” katanya yang tinggal di Jalan Aman 8, Kempas.
http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story9392393.asp

Kematian peserta demo Bersih, BN terus ditekan



Kematian Baharuddin Ahmad yang menyertai demonstrasi Bersih pada 9 Julai lalu terus meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Barisan Nasional.Terbaharu, keluarga Baharuddin yang mendapat sokongan Pakatan Rakyat menuntut inkues diadakan ekoran pertikaian sebab kematian Allahyarham.
Kes Baharuddin menambah lagi kes kematian yang dipertanggungjawabkan ke atas pemerintah selepas Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed.
Selepas kematian Teoh, pembantu wakil rakyat DAP dan anggota kastam Ahmad Sarbaini di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, kematian Baharuddin menjadi isu baharu yang menjadikan pentadbiran Najib defensif.
Kematian Teoh yang disiasat Suruhanjaya Diraja dinilai oleh BN sebagai memberi kelebihan kepada mereka ekoran keputusan yang menunjukkan Teoh membunuh diri. Kematian Ahmad Sarbaini diputuskan siasatan forensik sebagai tidak mempunyai tanda bunuh diri atau dibunuh.
Kedua-dua kematian masih menjadi kontroversi dan dipertikaikan sesetengah pihak terutama pembangkang, yang kelihatan masih tidak berpuas hati dan mahu kerajaan dipertanggungjawabkan.
Ketiga-tiga kematian mempunyai elemen politik yang membolehkan pihak berkepentingan mengambil kesempatan untuk membina sentimen sokongan dan tentangan terhadap pemerintah.
Parti-parti PR kini meningkatkan kempen untuk mengekalkan momentum Bersih 2.0 dengan kematian Baharuddin menjadi salah satu isu utamanya, pada masa sama blog-blog propemerintah mengecam PR kerana didakwa "mempolitikkan" kematian Baharuddin.
Kematian dalam protes menentang pemerintah menjadi antara isu tumpuan yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan dalam kebangkitan di Tunisia dan Mesir. Kematian peserta demonstrasi menjadi salah satu ciri utama kebangkitan di dunia Arab, dan menjadikan rejim terbabit kecaman masyarakat antarabangsa.
Pakatan pembangkang dilihat menjadikan kebangkitan di Afrika Utara dan Asia Barat sebagai model untuk membina sentimen negatif terhadap kerajaan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.
PR mengadakan siri forum dan ceramah selepas tercetus kebangkitan di dunia Arab dan memberi fokus pada persamaan suasana politik di negara terbabit dengan Malaysia, seperti penguasaan elit politik yang mengaut kekayaan secara tidak adil.
Antara persamaan yang ditumpukan ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang dijadikan sasaran kritikan dan sindiran kerana disamakan dengan wanita-wanita pertama rejim Tunisia dan Mesir yang mewah berlebihan.
Protes Bersih 2.0 pada awal Julai merupakan sebahagian usaha meneruskan momentum menuju Pilihan Raya Umum ke-13 yang semakin hampir. 


Dipetik daripada blog Siasah Daily

Dr Mahathir akan dipanggil jadi saksi pada perbicaraan Dr Ling Liong Sik



KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik membabitkan penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perkara itu berbangkit selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah yang mengetuai pasukan pendakwaan, menyoal saksi kedua Datuk Shaari Mahadi berkenaan sepucuk surat bertarikh 29 Jun 2002, yang ditulis Dr Ling kepada Dr Mahathir, iaitu Perdana Menteri ketika itu.

Selepas mengemukakan soalan kepada Shaari yang juga bekas Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Shah Alam, Abd Majid memberitahu Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang mendengar perbicaraan, bahawa pihak pendakwaan akan memanggil bekas perdana menteri itu sebagai saksi membabitkan surat tersebut.

Surat yang ditulis Dr Ling kepada Dr Mahathir itu adalah untuk memaklumkan rundingan antara Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) telah diadakan berkenaan pembelian tanah berasaskan syarat yang dipersetujui JPPH Shah Alam.

Dr Ling, 68, didakwa dengan tuduhan pindaan (pertuduhan utama) menipu Kerajaan Malaysia dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian sekeping tanah yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu bahawa JPPH dalam menentukan nilai kadar RM25 skp telahpun mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa dengan dua tuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri berkenaan kadar faedah tambahan itu walaupun mengetahui JPPH Shah Alam telah mengambil kira kadar kupon/faedah. - Bernama

Dalang serangan di Xinjiang 'dilatih di Pakistan'


BEIJING: Serangan di wilayah Xinjiang hujung minggu lalu didalangi 'pengganas' yang dilatih di Pakistan, kata pihak berkuasa setempat semalam.
Seramai lapan orang awam maut dalam dua serangan berasingan di Kashgar, kelmarin.Pihak berkuasa Kashgar dalam satu kenyataan berkata siasatan awal menunjukkan dalang serangan itu belajar cara membuat bom di kem latihan pengganas di Pakistan.'Ketua kumpulan ini mempelajari cara membuat bom dan senjata api di kem latihan kumpulan pengganasan Gerakan Islam Turkistan Timur di Pakistan sebelum dia memasuki Xinjiang,' katanya.Menurut kenyataan itu, dalam serangan kelmarin 'kumpulan pengganas bersenjata' menyerbu sebuah restoran di bandar Kashgar dan membunuh pemilik serta seorang pelayannya.Mereka kemudian membakar restoran tersebut dan menikam orang awam di luar secara rambang, mengakibatkan empat lagi orang mati dan 12 cedera.Polis kemudian melepaskan tembakan ke arah para penyerang itu dan membunuh empat suspek.Seorang lagi suspek mati di hospital.Serangan tersebut berlaku kurang 24 jam selepas dua lelaki bersenjatakan pisau merampas sebuah trak di Kashgar lalu merempuh kenderaan itu ke arah orang ramai, Sabtu lalu.Mereka kemudian keluar dari trak itu dan menikam orang ramai secara rambang, menyebabkan enam orang mati dan 27 cedera.Salah seorang penyerang itu kemudian dibunuh oleh orang awam yang marah.Motif serangan itu tidak diketahui.Namun, jurucakap Kongres Sedunia Uighur, Encik Dilxat Raxit, berkata penduduk etnik Uighur terpaksa bertindak demikian kerana tertekan.'Penduduk etnik Uighur tidak mempunyai cara damai bagi menentang pemerintah China. Oleh itu, segelintir mereka terpaksa mengambil tindakan melampau ini.'Memang sukar difahami tetapi ini realitinya dan Beijing harus bertanggungjawab bagi menangani isu-isu ini,' kata beliau. -- Agensi.
http://cyberita.asia1.com.sg

Lelaki buta akibat mercun di perlawanan bola M'sia-S'pura


MASIH DIRAWAT: Encik Ahmad Jazimin, ditemani ibunya, Cik Surakiah Mamat, ketika ditemui di hospital, kelmarin. -- Foto HARIAN METROPETALING JAYA: Seorang peniaga yang bertandang ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu, untuk memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, buta mata kanan akibat terkena serpihan mercun dilempar penonton.Mangsa, Encik Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29 tahun, yang mengusahakan perniagaan mencetak kad kahwin di Bangi, pecah bola mata kanannya dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, sejak malam Khamis lalu.Akibat kejadian itu, mangsa juga tidak dapat menemani isterinya, Nur Hardyawati Ismail, 28 tahun, yang dimasukkan ke wad bersalin hospital sama, pagi kelmarin, bagi menimang cahaya mata pertama mereka.Encik Ahmad Jazimin berkata kejadian berlaku pada 8.40 malam, sejurus selepas Lagu Kebangsaan, Negaraku, dimainkan apabila beliau, yang duduk di tempat duduk terbuka bertentangan tempat kenamaan, mendengar bunyi letupan sebelum mata kanannya terasa pedih.'Saya kemudian merasakan sesuatu keluar daripada kelopak mata kanan dan apabila dipegang, saya melihat darah pada tangan selain lendir berwarna putih sebelum dipapah keluar stadium oleh dua rakan.'Dalam keadaan kesakitan, dua rakan memapah saya keluar dari stadium di celah-celah orang ramai sebelum ternampak sebuah ambulans di pekarangan stadium dan saya dibawa ke PPUM untuk rawatan,' katanya.Encik Ahmad Jazimin menjalani pembedahan hampir lima jam mulai 4 pagi, Jumaat lalu, namun doktor mengesahkan mata kanannya tidak dapat diselamatkan.Difahamkan, beliau masih diberikan rawatan rapi bagi mengelak jangkitan kuman yang boleh menyebabkan saraf matanya rosak.Bagaimanapun, Encik Ahmad Jazimin tetap bersemangat dan tidak serik ke stadium untuk menyaksikan perlawanan skuad kebangsaan selepas ini, tetapi berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pengurusan stadium mengambil langkah pencegahan lebih ketat bagi mengelak kejadian menimpanya berulang.'Saya sedih memikirkan nasib keluarga kerana punca pendapatan bergantung kepada perniagaan yang saya jalankan.'Malah, saya terkilan kerana tidak dapat menemani isteri yang akan melahirkan cahaya mata pertama kami pada bila-bila masa,' katanya.Rakannya, Encik Mohd Azhari Ariffin, 29 tahun, berkata beliau kesal kerana aspek keselamatan tidak dititikberatkan pada perlawanan itu. -- BHM.
http://cyberita.asia1.com.sg

Hidup bagai pelarian


ALOR GAJAH: Seorang guru mendakwa terpaksa hidup seperti pelarian apabila bekas suami tidak henti-henti mengancam keselamatannya termasuk mengupah samseng menyerang suami barunya sehingga telinga hampir putus dan menerima 65 jahitan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 30, berkata biarpun dia berjaya mendapatkan perintah perlindungan sementara daripada mahkamah awal Disember tahun lalu, bekas suaminya mengganggunya dan terbaru, suami barunya dikenali sebagai, Kafi, 35, cedera akibat diserang samseng upahan.
“Kejadian pada malam 3 Julai lalu apabila kami bersiap untuk berangkat ke Kuala Lumpur. Ketika suami sibuk memasukkan beg pakaian ke dalam but kereta, tiga lelaki secara tiba-tiba datang menetaknya dengan senjata tajam.

“Kejadian di laman rumah di Besut, Terengganu berlaku terlalu pantas, dalam tempoh lima minit akibat tetakan itu suami menerima 65 jahitan dengan telinga suami hampir putus, retak tulang lengan, luka ibu jari dan sakit di seluruh badan.


“Dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selama dua minggu dan saya percaya kejadian serangan ini didalangi bekas suami kerana dendam,” katanya ketika ditemui di sini bagi mendapatkan bantuan Pembela Barisan Nasional (BN) Melaka.
http://www.hmetro.com.my

‘Aku dah nak pergi’


PILU...dua anak Hasnah, Mohd Lutfi dan adiknya Syarifah Zakiah menyiram air mawar di kubur ibu mereka. Gambar kecil, Hasnah.
PILU...dua anak Hasnah, Mohd Lutfi dan adiknya Syarifah Zakiah menyiram air mawar di kubur ibu mereka. Gambar kecil, Hasnah.

 


JOHOR BAHRU: “Seminggu lalu ketika mengejutnya dari tidur, dia sempat berkata, ‘aku ni dah nak pergi’. “Saya tidak sangka hari ini (semalam) hasratnya untuk pergi dalam keadaan baik tercapai apatah lagi ia berlaku pada hari pertama Ramadan,” kata anak sulung penyanyi popular lewat 1960-an Allahyarhamah Hasnah Haron, 65, yang meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim di sini, pagi semalam.
Haslinda Mohd Eunos, 39, yang ditemui di kediaman Hasnah di Jalan Padi Mahsuri Dua, Bandar Baru Uda di sini, berkata, dia sekeluarga reda dengan pemergian ibu mereka kerana tidak sanggup lagi melihat penderitaannya sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, penyakit ibunya dikesan Januari tahun lalu sebelum mereka sekeluarga menghantar Hasnah untuk menjalani pelbagai rawatan termasuk kimoterapi dan perubatan Islam.

“Sabtu lalu, ketika menemani mak mendapatkan rawatan berlandaskan kaedah perubatan Islam di Masjid Kampung Pasir, Tampoi, kami dimaklumkan kanser dihidapnya sudah merebak ke paru-paru malah, buah pinggangnya juga membengkak.

“Kami lima beradik sepakat merahsiakan hal berkenaan kerana tidak mahu membebankan hati serta fikiran ibu,” katanya.

Menurutnya, ibunya dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Rabu lalu selepas mengalami sesak nafas.


“Ketika dimasukkan ke HSI, ibu sukar makan dan minum kerana kanser di tekak, malah sejak jam 6 pagi (semalam), ibu juga mula tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dua jam kemudian di samping kami lima beradik serta saudara terdekat,” katanya.

Haslinda berkata, pengalaman menjaga ibunya adalah anugerah Tuhan yang paling bernilai buat mereka.
“Waktu paling saya tidak dapat lupakan ialah ketika saat akhir kami menjaganya, ia amat menuntut kesabaran kerana menjaga ibu ketika itu umpama menjaga bayi.

“Itulah saat paling bernilai, biarpun masih bersedih namun saya tetap gembira kerana ibu pergi dengan tenang pada bulan mulia ini,” katanya.

Seawal jam 10 pagi semalam, kediaman Hasnah mula dibanjiri saudara dan rakan terdekat.

Jenazah arwah tiba kira-kira jam 11.45 pagi dari HSI sebelum disembahyangkan di masjid berhampiran. Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah apabila keluarga, saudara dan kenalan terdekat arwah hadir memberikan penghormatan terakhir kepadanya sebelum jenazah disemadikan tepat jam 2.15 petang.
http://www.hmetro.com.my

Isteri mohon siasatan


KUALA LUMPUR: Isteri kepada Baharudin Ahmad yang meninggal dunia selepas menghadiri perhimpunan Bersih, 9 Julai lalu memfailkan satu notis usul menuntut perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk satu siasatan bagi menyiasat punca kematian suaminya.
Rosni Malan, 55, hadir bersama dua anaknya memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Patrick Dass & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah di sini, pada jam 2.30 petang, semalam.

Dalam permohonan yang difailkan, Rosni sebagai plaintif menamakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara, Majistret Kuala Lumpur dan pendakwa raya sebagai responden.

Rosni turut memohon perintah supaya semua laporan serta bedah siasat yang disiapkan terhadap mayat suaminya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan semua laporan polis, percakapan saksi serta lain-lain dokumen relevan berkenaan kematian suaminya diserahkan kepada peguamnya.

Dia turut menuntut satu siasatan mengikut tatacara di dalam Kanun Prosedur Jenayah dapat dijalankan.

Sementara itu, dalam afidavit sokongannya yang turut dilampirkan, dia memberitahu suaminya pergi menyaksikan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.


Berdasarkan maklumat saksi, beberapa das gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai dan mereka terpaksa berlari mencari tempat perlindungan dan dalam suasana kelam-kabut itu, dia dimaklumkan suaminya jatuh dalam kesakitan dan mengalami keadaan susah bernafas akibat menghidu gas pemedih mata.



Menurutnya, suaminya akan hidup sehingga hari ini, sekiranya polis bertindak berhati, bertanggungjawab serta berperikemanusiaan dalam mengawal dan menyelia perhimpunan itu.
Dia juga tidak berpuas hati dengan semua pihak yang membuat laporan dan kenyataan media bahawa kematian suaminya kerana sakit jantung.


Berdasarkan laporan media yang tidak konsisten yang turut disertakan dalam permohonannya itu, dia mahukan perkara itu disiasat untuk mendapat penjelasan sebenar berkenaan kematian suaminya itu.


Siasatan ini penting kerana dia dan ahli lain keluarga memandangkan isu ini mendapat publisiti luas, adalah dalam kepentingan awam supaya kebenaran kepada punca kematian suaminya dapat diketahui secepat mungkin.


Tambahnya lagi, suaminya sebelum ini sihat dan tidak pernah mengalami sakit dada ataupun tanda sakit jantung. Oleh itu, dia meragui kenyataan polis suaminya mati akibat sakit jantung.
http://www.hmetro.com.my

Ketuanan tentera di Turki berakhir


PELETAKAN jawatan secara serentak empat jeneral paling kanan tentera Turki menandakan berakhirnya era kekuasaan tentera yang sebelum ini terbabit menjatuhkan empat kerajaan negara itu menerusi rampasan kuasa.
Ia juga secara tidak langsung mungkin menamatkan peranan mereka dalam politik Turki, kata penganalisis.

“Golongan lama dalam tentera sudah menyerah kalah,” kata penganalisis, Ahmet Insel, pengarang bersama buku mengenai peranan tentera Turki dalam politik.

“Ia titik perubahan dalam hubungan antara tentera dan politik,” kata Ketua Pengarang akhbar Hurriyet, Murat Yetkin. Beliau bagaimanapun berkata, adalah terlalu awal untuk mengisytiharkan berakhirnya peranan tentera dalam politik.

Seluruh pegawai pemerintah tertinggi tentera Turki, negara anggota Nato, meletak jawatan Jumaat lalu kerana pertikaian dengan kerajaan berhubung pegawai yang dipenjara kerana dituduh terbabit dalam cubaan rampasan kuasa, episod terbaru dalam pergeseran antara tentera yang mahu mempertahankan dasar sekular dengan kerajaan yang berasaskan fahaman Islam.

Ketua Turus, Isik Kosaner dan panglima tentera darat, udara dan laut, berhenti serentak.


Kosaner meletak jawatan selepas beberapa kali mesyuarat dengan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan menjelang persidangan pegawai tertinggi tentera yang dijadual pada bulan ini untuk memutuskan kenaikan pangkat pegawai kanan.



Media melaporkan, ketegangan antara tentera dengan Erdogan berpunca daripada tuntutan pasukan itu untuk kenaikan pangkat puluhan pegawai yang ditahan dalam siasatan berhubung tuduhan cuba menggulingkan kerajaan yang diketuai Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), kumpulan serpihan kecil daripada pergerakan Islam yang diharamkan.
Kira-kira sepersepuluh daripada keseluruhan jeneral dalam angkatan tentera Turki berada di penjara kerana didakwa terbabit dalam rancangan menggulingkan kerajaan pada 2003 yang digelar ‘Operasi Sledgehammer.’ Operasi berkenaan dirancang sejurus AKP mula berkuasa.


Suspek berdepan dengan hukuman penjara 15 hingga 20 tahun meskipun kes itu dicemari dengan kesangsian serius berhubung kesahihan beberapa dokumen yang berkait dengan kes itu.


Dengan meletak jawatan, keempat-empat jeneral itu secara tersirat menerima tuduhan itu berasas.


Ketegangan antara pemimpin politik dan tentera negara itu semakin meningkat sejak beberapa tahun dan penganalisis berkata, AKP, yang memerintah sejak 2002, mungkin bertambah berani dengan kemenangan pada pilihan raya Jun lalu yang menyaksikan parti itu mencapai kemenangan terbaiknya dalam sejarah.


“Peletakan jawatan secara beramai-ramai Jumaat lalu adalah kesan daripada pilihan raya Jun lalu terhadap hubungan antara kerajaan dengan tentera,” kata penulis pojok, DerJya Sazak, dalam akhbar Milliyet Sabtu lalu.


“Krisis itu adalah keputusan yang tidak boleh dielakkan mengenai perebutan kuasa antara tentera dan kerajaan yang berlarutan sejak 2007,” kata Sazak.


Undi Parlimen pada 2007 menyaksikan calon AKP, Abdullah Gul dipilih menjadi presiden meskipun mendapat bantahan keras daripada tentera yang melihat pejabat presiden sebagai jaminan utama terhadap fahaman sekular negara itu.


Sejarah politik Islam Gul dan keengganan isterinya menanggalkan tudung menyebabkan tentera menggunakan pengaruhnya untuk menyekat pemilihan Gul menjadi presiden.


Ia mendorong AKP mengadakan pilihan raya umum mengejut yang menyaksikannya menang dengan peratusan undi lebih banyak, sekali gus membuka jalan kepada kemenangan mudah Gul.


“Kerajaan tidak mahu bekerjasama dengan panglima yang cuba menggantung pemilihan presiden dan dengan mereka yang terbabit dalam cubaan rampasan kuasa. Ia mahu menyingkirkan mereka,” kata Sazak.


Beberapa penganalisis mengalu-alukan peletakan jawatan empat jeneral kanan itu dengan menyifatkannya sebagai pendemokrasian lebih luas negara itu.


“Kejadian rampasan kuasa di Turki sudah hampir berakhir. Turki kini menuju ke arah demokrasi dan hampir menamatkan ketuanan tentera,” kata Ahmet Altan, Ketua Pengarang akhbar Taraf. Akhbar itu yang bertanggungjawab menyiarkan cerita mengenai rancangan rampasan kuasa 2003.


Bagaimanapun, beberapa yang lain masih berhati-hati untuk mengesahkan ketegangan antara kerajaan dengan tentera sudah berakhir. Tentera Turki melakukan rampasan kuasa pada 1960, 1971 dan 1980. Pada 1997, ia mengetuai kempen yang memaksa peletakan jawatan kerajaan parti Islam pertama yang diketuai mentor Erdogan, Necmettin Erbakan.


“Sehingga kes ‘Sledgehammer’ ini yang sudah berlarutan selama beberapa tahun berakhir, hubungan kerajaan dengan tentera akan sentiasa tegang,” kata Sedat Ergin, penulis pojok akhbar Hurriyet.


“Yang menjadi masalah ialah jika pegawai itu didapati tidak bersalah dan dibebaskan,” katanya. - AFP
http://www.hmetro.com.my

Terkenang suami, risaukan anak

ALOR SETAR: “Saya sedih kerana persiapan puasa dan raya tidak bermakna lagi berikutan arwah suami tiada, manakala anak pula ditahan polis,” kata Che Ah Derani, 58, isteri kedua kepada Ismail Ahmad, 58, yang mati terkena tikaman pisau lipat di dada kirinya dalam satu pergaduhan dengan anak tiri lelakinya di sebuah rumah jiran mereka di Kampung Tebengau, dekat sini, malam Sabtu lalu.
Che Ah berkata, dia terkilan dengan peristiwa itu kerana tidak menyangka persengketaan antara anak dan bapa selama 12 tahun berakhir dengan kematian.

“Arwah suami dengan anak saya memang tidak mesra sejak dulu lagi. Saya tidak tahu kenapa, saya cuba pujuk anak supaya berbaik-baik dengan bapa tiri tetapi dia tidak boleh terima.

“Arwah suami memang panas baran dan suka marah mungkin anak saya tidak berapa suka dengan caranya.

“Sejak saya berkahwin 12 tahun lalu, hubungan mereka tidak baik sehingga arwah meninggal dunia Sabtu lalu,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, di sini, semalam.

Katanya, dia sekeluarga menyambut Ramadan secara sederhana kerana terlalu sedih mengenangkan kejadian itu.



“Pergaduhan itu berlaku terlalu pantas ketika umat Islam sedang bersedia menyambut bulan puasa sehari lagi. Saya tidak sangka ia boleh terjadi dalam keluarga saya ini.
“Kini punah semua harapan saya untuk menyambut puasa dan berhari raya bersama keluarga kerana kami semua dalam keadaan sedih.
“Saya masih terkenang arwah suami dan pada masa sama sedih memikirkan nasib anak yang masih dalam tahanan.

“Bagaimanapun, saya reda dengan ketentuan Ilahi dan mengharapkan anak saya dibebaskan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my

44 Pengundi Nama & Kad Pengenalan Sama



PAS terus mendedahkan kelemahan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa terdapat 44 orang di Terengganu yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan lama sama.

Bagaimanapun, nombor kad pengenalan baru hanya dua digit terakhir yang berbeza.

Ia didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dihubungi hari ini.

Beliau bimbang 44 nama terbabit boleh mengundi dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.

“Besar kemungkinan mereka boleh mengundi di dua tempat berbeza. Pengalaman kita bila berurusan dengan SPR pengundi seperti ini boleh mengundi.

“Kerana SPR akan memberi alasan mereka boleh mengundi kerana perbezaan yang sedikit.

“Dari pengalaman lepas, nama yang telah didaftarkan sebagai pengundi agak sukar untuk dikeluarkan semula.

Bukan pengundi klon

“Dalam perbincangan kita dengan SPR, suruhanjaya itu memberitahu ia tidak ada kuasa,” katanya.

Sementara itu, bekas timbalan ketua AMK, Fariz Musa berkata, beliau menolak dakwaan wujud pengundi klon di negara ini.

Sebaliknya, dakwa beliau Umno, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berpakat untuk mendaftarkan nama orang berkenaan dalam senarai daftar pemilih SPR.

“Mengapa saya kata tidak wujud pengundi klon? Mengapa nombor kad pengenalan lama dan kad pengenalan baru berbeza?

“PKR pernah memeriksa kad pengenalan pengundi dan mendapati kad pengenalan itu itu tidak wujud.

“Semua ini berlaku dengan pembabitan Umno, SPR dan JPN. Ia bukan berlaku di Terengganu sahaja tetapi di seluruh negara,” tambahnya. -FMT

Bebaskan Malaysia Dari Penjajahan Ketakutan Dan Keganasan!



Meskipun Tanah Malaya merdeka dari penjajahan British pada tahun 1957, dan seterusnya untuk Sabah dan Sarawak pada tahun 1963, namun pada hakikatnya negara Malaysia tidak pernah bebas dari penjajahan ketakutan dan keganasan. Kita bukan sebuah negara merdeka, selagi kita boleh dipukul polis pada bila-bila masa.

Demikianlah kata-kata ahli jawatankuasa BERSIH 2.0, Wong Chin Huat ketika berucap dalam candle light vigil, sebagai solidariti kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock untuk mencari kebenaran.

"Kita turun ke jalan raya untuk mencari demokrasi, namun akhirnya kita menemui negara," kata Wong Chin Huat, yang mendakwa bahawa tanggal 9 Julai 2011 menandakan kelahiran Malaysia 2.0. Teruja dengan sambutan hadirin, beliau memimpin untuk melaungkan "Merdeka!"

Wong Chin Huat berkata, tahanan EO6 kehilangan kebebasan untuk kira-kira 30 hari, dan mendiang Teoh Beng Hock kehilangan nyawanya pada usia 30 tahun - kedua-duanya berlaku dalam zaman pemerintahan Najib Razak. Beliau menaruh harapan agar rakyat Malaysia tidak perlu lagi bertoleransi kepada keganasan pada masa depan, hanya kerana alasan bahawa masyarakat kita terdiri daripada berbilang kaum.

Kira-kira 600 orang menyertai candle light vigil yang diadakan oleh Malaysians for Beng Hock di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KL-SCAH), semalam. Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga, Presiden KL-SCAH Tan Yew Sing, wakil NGO, pemimpin politik seperti Teo Nie Ching, Ean Yong Hian Wah, Jenice Lee, Sivarasa Rasiah, Zuraida Kamaruddin dan lain-lain lagi turut hadir untuk memberi solidariti kepada ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

Ambiga: EO6, BERSIH, TBH semuanya menuntut keadilan

Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan berkata, kita tidak akan melupai Teoh Beng Hock. Malah, kita gagal menggantikan Teoh Beng Hock sebagai seorang suami, anak dan abang yang baik kepada ahli keluarganya. Beliau berkata, usaha menuntut pembebasan EO6, BERSIH 2.0, hinggalah kembalikan kebenaran untuk Beng Hock - kesemuanya menuntut satu perkara, iaitu keadilan, dan mendukung semangat negara hukum (rule of law).

Zuraida Kamaruddin mengakui bahawa dirinya turut merasai kesedihan apabila dimaklumkan kematian Teoh Beng Hock. Beliau pernah bertemu dengan Teoh Beng Hock di pejabat EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah. Beliau mendakwa dirinya nampak harapan apabila bertemu dengan orang muda seperti Teoh Beng Hock.

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan EXCO Selangor merangkap ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah menolak kesimpulan Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock bahawa mendiang mati kerana membunuh diri. Mereka merakamkan penghargaan kepada orang ramai kerana tidak melupai Teoh Beng Hock sepanjang dua tahun ini, malah menyeru agar rakyat terus mendesak agar kebenaran dikembalikan kepada keluarga Teoh. -MR

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Sebahagian kandungan daripada tulisan di atas diterjemahkan daripada laporan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Isteri duta terperangkap dalam kontroversi tweet

Zainab Abd Kader, isteri kepada Duta Malaysia ke Filipina Ibrahim Saad, menyebabkan kontroversi ekoran tweet beliau pada 16 Julai yang dianggap menghina wira nasional Filipina Jose Rizal.

NONEKata-katanya dipersoal dalam artikel oleh penulis dan kolumnis Jarius Bondoc, dimuat dalam laman Philippine Star malam tadi, mendakwa tweet itu mencemarkan nama baik Rizal.

Tweet itu berbunyi:

Inshaallah “@BikMama2U: @datozainab Biasala tu, @anwaribrahim mmg pro-Kristian, pemuja Jose Rizal si Melayu kafir tu! Oh ya, jgn lupa..." Pesanan tweet itu sebagai respons kepada mesej daripada @BikMama2U, akaun parodi yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

NONETidak jelas kenapa Zainab dipersalahkan kerana untuk tweet semulanya (re-tweet) yang responsnya sendiri cuma 'Inshaallah'.

Isu itu juga disentuh Eekmal Ahmad, pembantu politik kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim: 

"Isteri Duta Malaysia ke Filipina hina Wira Filipina Jose Rizal dlm tweetnya? Jika benar ini krn tak tau etika diplomatik philstar.com/Article.aspx?a…"

Eekmal juga mula menerbitkan beberapa pesanan tweet tentang sejarah Rizal dalam akaunnya.

Anwar, yang mengakui peminat Rizal, dijadual menyampaikan syarahan di Universiti Philippines-Diliman pada Jumaat tentang pengaruh Rizal dan Ninoy Aquino terhadap kepimpinan Asean. -MK















http://www.sabahdaily.com/2011/08/isteri-duta-terperangkap-dalam.html

Kota Raja kenalpasti lebih pengundi 'import'


PAS mengenalpasti lebih 100 lagi nama didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen walaupun tidak menetap di situ, dakwa anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.

"Kami akan pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membantah lebih kurang 100 nama hari ini atau esok, kerana kami memerlukan masa untuk memanggil semua membantah bersama-sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

NONE
Jelasnya, mereka apda awalnya menemui 1,000 nama, kebanyakannya orang Sabah, yang berdaftar sebagai pengundi baru di Kota Raja.

Bagaimanapun, selepas semakan oleh kakitangan Pakatan Rakyat di sekitar kawasan tersebut, mereka menemui sebahagian daripada mereka benar-benar penduduk setempat.

PAS bagaimanapun terus mempersoalkan penempatan semula melibatkan jumlah yang ramai dari kawasan lain dan kenapa mereka mahu menukar kawasan mengundi ke Kota Raja.

Pembangkang sebelum ini mendakwa bahawa Umno dan BN menjalankan tindakan itu untuk memecahkan majoriti yang dimenangi wakil rakyat Pakatan dalam pilihan raya umum lalu.

Siti Mariah berkata, loceng amaran berbunyi kepadanya apabila kemaskini terakhir daftar pemilih menyaksikan 7,260 nama akhirnya ditambah di kawasannya.

"Ini merupakan peninggkatan tertinggi pemilih antara semua kawasan pilihan raya di Selangor," katanya yang juga timbalan ketua Dewan Muslimat PAS.

[Baca berita penuh]

http://www.malaysiakini.com/news/171672

Balu Baharuddin mohon laporan bedah siasat




Rosni Malan, balu kepada allahyarham Baharuddin Ahmad yang mati ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu memfailkan notis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya laporan bedah siasat suaminya didedahkan.

NONEKeluarga mangsa juga memohon kepada mahkamah bagi mengarahkan majistret menjalankan inkues bagi menentukan punca kematian Baharuddin dan supaya polis mendedahkan semua dokumen berkaitan kes itu.
Rosni, 55 tahun menjelaskan, permohonan itu terpaksa dilakukan kerana pihaknya sehingga kini masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada majistret dan Jabatan Peguam Negara.

"Tujuan saya ikhlas, Ketentuan Allah saya terima. Tetapi saya dan keluarga perlu mengetahui bagaimana cara kematian beliau. Ini akan memberi pengajaran kepada kita," kata Rosni kepada wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Peguam keluarga itu, Ahmad Jufliz Faiza berkata laporan bedah siasat lazimnya mengambil masa sekitar dua minggu untuk siap namun keluarga mangsa telah memohon bagi mendapatkannya pada 12 Julai, tetapi sehingga sekarang masih belum menerimanya.
NONE"Kita percaya Baharuddin mati di kawasan yang dikawal oleh polis (pada hari tersebut). Laporan bedah siasat adalah antara bukti (dalam kes Baharuddin).”

Katanya laporan dari Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui punca sebenar kematian allahyarham masih belum diperolehi tetapi telah beberapa kali diminta.
Rosni (kanan) ditemani dua anaknya serta peguam, Ahmad Jufliz Faiza, Patrick Dass dan Chan Chew Weng memfailkan permohonan kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau turut merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantunya mencari kebenaran dan keadilan terhadap suaminya.
Penyakit kronik

"Saya harap jika orang ramai ada bukti berkaitan suami saya bolehlah kemukakan kepada peguam saya atau hadir di Mahkamah nanti untuk beri keterangan," katanya lagi.
NONEPolis sebelum ini mendakwa, Baharuddin mati kerana komplikasi jantung.
Rosni dan keluarganya bagaimanapun menafikan allahyarham menghidap sebarang penyakit kronik.

"Terdapat banyak tuduhan yang dibuat mengenai kematian suami saya tetapi apa yang saya tahu berbeza dengan maklumat yang diterima. Suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius," katanya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada sidang medianya pada 22 Julai lalu menafikan taktik ganas digunakan ke Badaruddin, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

NONESebaliknya menurut pegawai kanan polis itu, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Salleh juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya ketika taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman.