Thursday, July 3, 2014
Bersedekah pun boleh kena saman?
HARAKAHDAILY | .
PERNYATAAN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman saman mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, Teras.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan bahawa saman kepada pemberi tidak perlu kerana masih banyak mekanisma lain yang boleh digunakan.
Menurut beliau, Akta Orang Papa 1997 (Akta 183) boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, kelemahan dalam pelaksanaannya menyebabkan ramainya peminta sedekah.
Yang berikut kenyataan penuh Teras.
TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) memberi perhatian kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketatkan .
Kami menyambut pihak berkuasa yang berusaha untuk mengatasi isu mengemis dan gelandangan di Ibu kota. Namun dengan cara menyaman pemberi sedekah adalah menyalahi semangat membantu yang digalakkan oleh Islam.
Adalah tidak sesuai orang yang mahu membantu disaman, padahal bukan suatu kesalahan untuk bersimpati dengan pengemis yang benar-benar susah.
Kami terima hakikat bahawa mengemis tidak harus dibiarkan kerana sepatutnya budaya yang tidak sihat ini tidak boleh dibenarkan berleluasa dalam masyarakat. Sepatutnya punca budaya ini berleluasa di negara ini harus diteliti dan penyelesaian yang lebih berkesan perlu dirangka.
Adalah pelik untuk memperundangkan orang yang mahu menghulur bantuan tiba-tiba dihulur surat saman. Ini bukan suatu peraturan yang bijak. Mengendalikan isu pengemis memang sukar. Lantaran telah menjadi ciri dalam mana-mana kota atau bandar akan ada pengemis terutama ditempat pengunjung yang ramai dikota.
Membenterasnya harus menumpu kepada punca dan masyarakat tahu bagaimana melaporkan kepada pihak yang berkuasa untuk bertindak agar pengemis tidak berleluasa di kawasan yang didapati ramai pengemis .
Pihak berkuasa perlu menimbangkan kaedah yang lain untuk membenteras gejala mengemis. Punca mengemis bukan disebabkan kerana ramai dalam kalangan masyarakat yang suka memberi tetapi ialah kerana wujudnya keadaan yang tidak dikawal sehingga pengemis berleluasa.
Tidak dinafikan adanya gelaja mengemis dalam kalangan rakyat tempatan dan asing yang semakin meningkat dewasa ini .
Setahu kami pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ada melaksanakan operasi menyelamat pengemis dari semasa ke semasa berdasarkan Akta Orang Papa 1977 (Akta 183). Operasi ini diadakan secara kerjasama padu di antara agensi penguatkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri/Daerah.
Institusi yang sedia ada seperti pihak kebajikan masyarakat dan zakat juga seharusnya digembleng bersama untuk mengatasi gejala mengemis dalam masyarakat.
Sepatutnya Menteri Wilayah menggunakan pendekatan bekerjasama dengan agensi yang berkenaan untuk mengatasi isu mengemis di kota raya.
Kami melihat mekanisme yang sedia ada perlu digunapakai dan tidak perlu mewujudkan peraturan baru untuk menyaman orang yang memberi sedekah kepada pengemis.
Melalui operasi menyelamat yang dijalankan, pengemis dan kutu rayau akan ditahan sementara selama sebulan mengikut seksyen 3(2), Akta Orang Papa 1977 bagi menjalankan siasatan serta menyediakan laporan sosial.
Sekiranya terbukti seseorang itu adalah pengemis atau kutu rayau, maka majistret boleh mengeluarkan perintah masuk ke pusat pemulihan selama tiga tahun untuk pemulihan di Desa Bina Diri, Jerantut, Pahang (lelaki) atau Desa Bina Diri Mersing, Johor (lelaki dan wanita) mengikut seksyen 3(4) Akta Orang Papa 1977.
Manakala bagi pengemis warga asing, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
Soalnya sejauhmana pihak berkuasa tersebut melaksanakan penguatkuasaan. Ini yang perlu diberi tumpuan dan dikemaskan. –HARAKAHDAILY 3/7/2014
Larang puasa: PAS tuntut penjelasan China
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS akan menuntut penjelasan daripada Beijing berhubung laporan bahawa penjawat awam, pelajar dan guru dilarang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini khususnya di wilayah Xinjiang.
Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata jika laporan itu benar, ianya adalah suatu tindakan yang melanggar hak beragama dan hak asasi manusia.
"Jika laporan ini benar, PAS membantah larangan ini kerana ianya bercanggah dengan hak asasi manusia khususnya hak beragama.
"Ia juga bercanggah dengan dasar negara lain di dunia termasuk Amerika Syarikat dan Britain," katanya sambil merujuk sikap yang ditunjukkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdana Menteri Britain David Cameron.
Obama pada Isnin lalu menyampaikan ucapan selamat berpuasa 'Ramadhan Kareem' kepada seluruh umat Islam di dunia sempena kehadiran bulan yang mulia ini.
"Saya mahu menyatakan harapan terbaik kepada umat Islam di Amerika dan di seluruh dunia. Ramadan Kareem.
"Ramadhan adalah masa untuk refleksi diri dan ketaatan. Satu masa apabila umat Islam berpuasa pada siang hari dan melakukan solat tarawih pada malam hari, " kata Obama dalam satu kenyataan video.
Sementara itu, Cameron dalam mesej Ramadhan kepada masyarakat Islam pula memuji sikap umat Islam di negara itu yang banyak bersedekah dan menderma kepada komuniti yang memerlukan khususnya pada bulan Ramadhan.
"Sekali lagi tahun ini kerajaan menyokong program program Iftar (berbuka) beramai-ramai, dengan ratusan komuniti.
"Marilah saya ucapkan kepada kamu sekali lagi, 'Ramadhan Mubarak'," kata beliau.
Beberapa media antarabangsa semalam melaporkan Umat Islam di rantau Xinjiang, China yang bekerja sebagai penjawat awam, pelajar dan guru-guru dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadhan.
Pihak berkuasa China mendakwa sekatan puasa adalah bertujuan untuk memastikan kesihatan pekerja kerajaan tidak terjejas. - HARAKAHDAILY 3/7/2014

SEJARAH PERJUAGAN MAT KILAU
Mat Kilau (1847 - 1970) merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau T0k Gajah.Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.[perlu rujukan] Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.[perlu rujukan]
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua K0ta Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan, selain dipercayai menjadi kediaman para jin islam.[perlu rujukan]
Sejarah perjuangan
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa T0k Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.[perlu rujukan]
Buruan British
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dat0 Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.[perlu rujukan]
Keluar dari persembunyian
Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.
Wallahuallam...!!!
Pesalah Trafik Sain 'mencarut' pada Surat Saman
Apakah perasaan anda sebagai pegawai polis apabila pesalah trafik menandatangani surat saman yang diserahkan kepadanya dengan nama "pukimak"? Bayangkan tahap kesabaran yang perlu ada dalam diri anda untuk menghadapi sikap kurang ajar pesalah trafik seperti ini.
Namun, itulah yang dihadapi oleh pegawai polis yang menyaman seorang pengguna jalan raya yang melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat. Berdasarkan butiran surat saman, kesalahan tersebut berlaku di Jalan Batu Feringgi pada 2 Julai yang lalu.
Mungkin berang dikenakan saman, pengguna jalan raya dengan nama keluarga Lim itu menandatangi surat saman yang diserahkan kepadanya menggunakan nama "pukimak".
Tindakan pesalah trafik ini amat kurang ajar dan mencabar kesabaran anggota polis yang menjalankan tugas. Biarpun berhadapan dengan pesalah trafik yang bersikap begini, kita yakin anggota polis di negara ini sentiasa bersikap waras dan profesional.
Revolusi mental Jokowi bantu Indonesia atasi jiran
2 Julai 2014
Menurut jurucakap pasukan kempen Jokowi-Kalla, Hasto Kristiyanto, revolusi mental akan mewujudkan semangat integriti, kebijaksanaan dan berkhidmat kepada negara dalam kalangan rakyat Indonesia.
"Revolusi mental adalah penyelesaian bagi mengatasi masalah kekurangan kita dalam kapasiti sumber yang meletakkan kita di belakang Malaysia dan Singapura," kata beliau seperti dilaporkan oleh agensi berita Antara di sini pada Rabu.
Menurut Program bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012, kajian di seluruh dunia mengenai pencapaian akademik pelajar dalam matematik, sains dan membaca, meletakkan Indonesia pada tempat ke-64 daripada 65 negara.
Sebaliknya, Malaysia berada di tempat ke-52 sementara Singapura disenaraikan di tangga kedua selepas China.
Hasto berkata satu daripada cara gandingan Jokowi-Kalla akan melaksanakan revolusi mental ialah dengan mengutamakan kualiti pengajaran di bilik darjah dengan meletakkan pendidik sebagai satu daripada tonggak negara.
Beliau berkata berbuat demikian bukan sahaja akan meningkatkan kebajikan kanak-kanak dengan pendidikan yang lebih baik tetapi juga membantu dalam pembangunan negara.
"Revolusi mental mesti dilaksanakan oleh kerajaan yang bersih daripada rasuah. Program ini tidak dapat berfungsi melalui pentadbiran Prabowo Subianto-Hatta Rajasa kerana beberapa daripada orang mereka terlibat dalam rasuah," kata beliau.
Suryadharma Ali, pengerusi Partai Persatuan Pembangunan (PPP), anggota gabungan Prabowo-Hatta, pada Mei lepas dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK).
Walaupun terus membuat ikrar untuk memerangi rasuah, calon presiden Prabowo belum meminta Suryadharma menarik diri daripada pasukan kempen dan gabungan.
Hasto berkata revolusi mental akan melahirkan lebih ramai warganegara yang patriotik yang akan mengecam keras rasuah dan membantu memerangi rasuah.
Beliau berkata jika ini dapat dilaksanakan, maka barulah gaji penjawat awam dapat dinaikkan. - Bernama
China larang berpuasa
Pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara penduduk Islam Uighur menyebabkan mereka mengadakan protes. |
3 Julai 2014
BEIJING - CHINA. China melarang kakitangan awam, guru dan pelajar di wilayah Xinjiang berpuasa, menurut laman web kerajaan, semalam.
Beberapa jabatan kerajaan turut memuat naik notis terbabit sejak bermulanya Ramadan akhir minggu lalu.
Stesen radio Bozhou dan University TV menyatakan mereka akan menguatkuasakan larangan tersebut dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah bergolak tersebut.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama.
"Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang.
"Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya.
Memetik laporan AFP, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan pimpinan Parti Komunis mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.

Rakyat Malaysia tolak militan
WASHINGTON 2 Julai - Majoriti penduduk Islam di negara Asia, termasuk Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan aktiviti kumpulan pelampau agama di negara masing-masing, lapor satu tinjauan semalam.
Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Pew itu, sebanyak 63 peratus penduduk Malaysia khuatir tentang hal tersebut, manakala 69 peratus penduduk Bangladesh dan 66 peratus rakyat Pakistan turut bimbang tentang aktiviti kumpulan berkenaan.
Tinjauan yang membabitkan 14,200 orang dari 14 buah negara itu turut menunjukkan hanya segelintir penduduk Indonesia menyuarakan kebimbangan tentang perkara itu.
Tinjauan itu diadakan pada 10 April hingga 25 Mei lalu, sebelum Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) menawan bahagian utara bandar Mosul di Iraq, baru-baru ini.
Sokongan terhadap kumpulan al-Qaeda, Hezbollah, Boko Haram turut dilihat semakin menurun dalam tinjauan berkenaan.
Sementara itu, sebanyak 92 peratus penduduk Lebanon dan 62 peratus penduduk Jordan berkongsi kebimbangan yang sama memandangkan negara mereka terletak di sempadan dengan Syria dan telah menerima sebilangan besar pelarian negara berkenaan sejak pertempuran meletus tiga tahun lalu.
Tinjauan itu juga mendapati, 79 peratus penduduk Nigeria pula menentang Boko Haram yang telah menculik lebih 200 pelajar perempuan awal tahun ini, manakala 59 peratus rakyat Pakistan mengakui, mereka tidak menyokong Taliban. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140703/lu_01/Rakyat-Malaysia-tolak-militan#ixzz36MCKVqMc
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pensyarah kanan UM diburu
Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 2 Julai - Seorang pensyarah kanan di Universiti Malaya (UM) antara lima individu yang diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disyaki mempunyai kaitan dengan satu kumpulan militan yang dipercayai mahu berperang di negara-negara bergolak.
Individu berkenaan ialah Dr. Mahmud Ahmad, 36, yang merupakan pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Fakulti Akademi Pengajian Islam.
Turut diburu ialah seorang pemilik kedai fotostat di universiti berkenaan, Mohd. Najib Husen, 36, dan seorang kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39.
Dua lagi ialah Mohd. Amin Baco, 31, seorang penganggur dan Jeknal Adil, 30, yang bekerja sebagai buruh kasar. Kedua-dua mereka disyaki menganggotai kumpulan Darul Islam (DI) Sabah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata, Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman telah mengenal pasti lima individu berkenaan berdasarkan siasatan ke atas 19 anggota militan yang ditangkap PDRM sejak 28 April lalu.
"Tiga daripada mereka disyaki sebagai individu yang merekrut dan mengatur pemergian anggota militan dari Malaysia untuk menyertai perjuangan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Syria.
"Dua lagi pula disyaki menganggotai kumpulan DI Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina," katanya di sini hari ini.
Katanya, kesemua mereka dipercayai sedang bersembunyi di Selatan Filipina.
Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd. Hazil Azhar di talian 03-22667010 atau 011-21046850 atau emel ke ctd.e8m@gmail.com atau mana-mana balai polis berhampiran.
Pada 25 dan 27 Jun lalu, Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman menahan dua lelaki terdiri daripada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam serbuan di Perak dan Sabah.
Tangkapan itu merupakan susulan daripada penahanan sembilan individu dipercayai terlibat dengan kegiatan militan pada 28 April lalu.
Laporan eksklusif Utusan Malaysia baru-baru ini, mendedahkan seorang pekerja kilang, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, menjadi pengebom berani mati pertama di negara ini selepas terkorban ketika membuat serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq, pada 26 Mei lalu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140703/je_02/Pensyarah-kanan-UM-diburu#ixzz36M9Pszb4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bertanggungjawab merekrut jadi pengebom
KUALA LUMPUR 2 Julai - Seorang pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Dr. Mahmud Ahmad, 36, dipercayai menjadi individu yang bertanggungjawab mengurus dan merekrut rakyat Malaysia untuk berperang di negara bergolak termasuk menjadi pengebom berani mati.
Sumber keselamatan mendedahkan, pemegang Ijazah Kedoktoran Akidah & Pemikiran Islam itu telah merekrut dan menguruskan sekurang-kurangnya empat rakyat Malaysia ke Syria bagi menyertai perjuangan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) sejak 5 Mac lalu.
Menurutnya, antaranya termasuklah seorang pekerja kilang dari sebuah daerah di Pahang, Ahmad Tarmimi Maliki yang dilaporkan maut setelah menjadi pengebom berani mati dalam tragedi di Ibu Pejabat Swat Iraq Di Al-Anbar, Iraq, pada 26 Mei lalu.
"Mahmud juga disyaki pernah menerima latihan ketenteraan di kem Kumpulan Al-Qaeda di Afghanistan pada akhir 1990-an ketika belajar di Universiti Islam Islamabad, Pakistan.
"Kita percaya dengan kepandaian dan kepakarannya, dia berperanan untuk merekrut seterusnya menguruskan penghantaran 'anak-anak' didiknya ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIL," katanya sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam satu kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, Mahmud disenaraikan antara lima individu yang diburu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan satu kumpulan militan yang dipercayai mahu berperang di negara-negara bergolak.
Turut diburu, pemilik kedai fotostat di universiti berkenaan, Mohd. Najib Husen, 36; kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39; Mohd. Amin Baco, 31, seorang penganggur dan Jeknal Adil, 30, yang bekerja sebagai buruh kasar.
Sumber seterusnya memberitahu, siasatan mendapati Mahmud bergiat aktif dalam kegiatan militan malah dipercayai telah beberapa kali mengatur pertemuan antara pemimpin-pemimpin militan dari Rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor.
"Matlamat mereka adalah untuk menubuhkan negara Daulah Islamiah di Asia Tenggara. Malah, Mahmud turut merancang untuk menculik bekas-bekas pelajar yang pernah terlibat bersamanya kerana khuatir maklumat mengenai kegiatan mereka bocor ke tangan pihak berkuasa," katanya.
Mengulas tentang Mohd. Najib, sumber itu memberitahu, lelaki tersebut turut berperanan merekrut rakyat negara ini untuk menjadi militan dan dipercayai kini masih lagi bersembunyi di Selatan Filipina bersama Mahmud.
"Kedua-dua mereka telah berlepas ke selatan Filipina pada 22 April 2014 dan dipercayai telah berbai'ah dengan Amir (ketua) sebuah kumpulan militan di Basilan, Selatan Filipina. Di sana mereka menjalani latihan ketenteraan bersama kumpulan tersebut," katanya.
Sementara itu, kata sumber, Mohd. Amin merupakan suspek yang telah lama diburu polis dan namanya telah beberapa kali disebut oleh pihak berkuasa Filipina kerana terlibat dalam aktiviti keganasan.
Katanya, Mohd. Amin atau Abu Jihad sebelum ini didedahkan pihak berkuasa Filipina bersembunyi di Mindanao bersama seorang lagi warga Malaysia. Zulkifli Hir serta Muawiyah (Singapura), Saad (Indonesia) dan Qayyim (Indonesia).
"Dia merupakan anggota Kumpulan Darul Islam (DI) Sabah dan telah menyertai latihan ketenteraan bersama kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 2005.
"Dia disyaki pernah terlibat dalam penyembelihan lima penduduk selatan Filipina pada 2011. Video rakaman penyembelihan tersebut pernah disiarkan di laman sosial Youtube, akhir tahun itu. Malah, polis juga percaya, dia turut terlibat dalam penculikan dua pengusaha sarang burung walit di Felda Sahabat 15, Lahad Datu, Sabah pada 14 November 2012," katanya.
Mengulas tentang Jeknal Adil, 30, sumber berkata, suspek pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak selama lima tahun sejak 2006.
"Jeknal telah menyertai latihan ketenteraan Abu Sayyaf pada 2005 dan sehingga kini masih menganggotai kumpulan itu di selatan Filipina," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140703/je_03/Bertanggungjawab-merekrut-jadi-pengebom#ixzz36M9zjgGB

'Dr. Mahmud ibarat ayah' - pelajar UM
KUALA LUMPUR 2 Julai - "Tutur kata dan sifatnya bagaikan ayah buat kami di sini." Itu antara gambaran yang diberikan seorang pelajar kepada Dr. Mahmud Ahmad, pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), yang diburu polis kerana terlibat dalam aktiviti militan di negara-negara bergolak.
Menurut pelajar Semester Tujuh Pengajian Akademik dan Pemikiran Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul, Dr. Mahmud seorang yang peramah dan begitu baik dengan pelajar-pelajarnya.
"Dia tidak gemar untuk memarahi pelajar-pelajarnya sebaliknya jika ada sesuatu yang kurang disenangi, dia akan menegur kami dengan tutur-kata yang sopan.
"Malah kami di sini mengibaratkan sifatnya seperti seorang ayah kerana gemar mengambil berat tentang pelajaran pelajarnya. Dia banyak memberi bantuan kepada saya jika ada sesuatu yang kurang jelas," katanya ketika ditemui di fakulti berkenaan.
Nurul memberitahu, dia terkejut dan tidak menyangka, pensyarahnya itu terlibat dalam aktiviti militan kerana sifat luarannya yang baik.
"Saya tidak boleh mengatakan dirinya jahat kerana dia didakwa terlibat dalam aktiviti radikal ini. Jika benar sekalipun dia terlibat itu soal peribadinya kerana saya mengenali dia sebagai pakar akademik yang banyak membantu saya dalam pelajaran," katanya.
Salah seorang pelajar UM yang mahu dikenali sebagai Mohammad memberitahu, dia mengenali Dr. Mahmud sebagai seorang yang profesional dan hanya bercerita tentang soal akademik sahaja.
"Tidak pernah saya mendengar atau melihat kawan-kawan saya didekati beliau untuk tujuan merekrut untuk bersamanya. Sepanjang dua semester dia menjadi pensyarah saya, dia seorang yang sangat profesional dan hanya menumpukan soal pelajaran sahaja.
"Malah kami juga mengenali dia sebagai penceramah kerana ilmu dan kepakarannya amat cemerlang terutama sekali dia merupakan pakar dalam kajian Bible. Saya juga pernah mendengar dia berkongsi pengalaman tentang bidangnya, ketika menjadi tetamu di sebuah radio berunsur keislaman sebelum ini," katanya.
Jelasnya, ramai rakan-rakannya mengetahui tentang Dr. Mahmud diburu polis setelah mendapat maklumat terkini dari Internet dan menolak dakwaan, pensyarahnya itu seorang yang radikal di pusat pengajiannya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140703/je_04/Dr-Mahmud-ibarat-ayah---pelajar-UM#ixzz36M9F2Wa0

Pensyarah universiti antara 5 suspek militan dikehendaki polis
KUALA LUMPUR 2 Julai - Seorang pensyarah di Fakulti Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, adalah antara lima rakyat tempatan yang dikehendaki Polis Diraja Malaysia hari ini kerana terlibat dalam kegiatan militan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka ialah pensyarah terbabit iaitu Dr. Mahmud Ahmad, 36; manakala empat lagi yang diburu ialah Mohd. Najib Husen, 36; Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39; Mohd. Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30.
Beliau berkata, kesemua mereka kini dipercayai berada di selatan Filipina. Tiga daripada mereka disyaki terlibat merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di Syria.
"Dua lagi (yang dikehendaki) adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140702/je_11/Pensyarah-universiti-antara-5-suspek-militan-dikehendaki-polis#ixzz36M8Hn9Lg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Prabowo calon Presiden terkaya
Oleh Saharuddin Musthafa
JAKARTA 2 Julai - Calon presiden Indonesia yang akan bertanding pada Pemilihan Umum (Pemilu) 2014 pada 9 Julai ini, Prabowo Subianto berada di kedudukan teratas sebagai calon yang paling kaya mengatasi Joko Widodo (Jokowi), Hatta Rajasa dan Jusuf Kalla.
Jumlah kekayaan bekas pemimpin tinggi Tentera Nasional Indonesia (TNI) itu ialah sebanyak AS$148 juta (RM474 juta) seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) semalam.
Kekayaan Prabowo merangkumi pemilikan kepentingan dalam 26 syarikat yang bernilai AS$128.4 juta (RM411 juta), lapan kenderaan bernilai AS$130,000 (RM416,000), empat buah rumah, serta lukisan dan barangan antik yang bernilai AS$290,000 (RM928,000).
Pesaingnya, Jokowi yang pernah mengusahakan perniagaan perabot sebelum menjadi Datuk Bandar Solo dan Gabenor Jakarta pula, memiliki jumlah aset sebanyak AS$2.5 juta (RM8 juta) merangkumi 24 hartanah termasuk rumah, 12 kenderaan serta barangan kemas bernilai AS$35,000 (RM112,000).
Berada di tempat kedua adalah calon naib presiden, Jusuf Kalla dengan kekayaan berjumlah AS$42 juta (RM134.4 juta), kira-kira satu pertiga daripada jumlah kekayaan Prabowo.
Jumlah kekayaan Jusuf ialah berdasarkan pemilikan kepentingan beliau dalam 13 syarikat yang semuanya bernilai AS$28,196 (RM90,382) selain jumlah aset yang dimilikinya bernilai AS$10.25 juta (RM32.8 juta).
Jusuf juga mempunyai empat kenderaan yang bernilai AS$44,188 (RM141,401) serta wang tunai berjumlah AS$589,176 (RM1.89 juta).
Pasangan Prabowo dalam Pemilu 2014, Hatta Rajasa pula mempunyai jumlah kekayaan AS$2.7 juta (RM8.64 juta).
Berdasarkan peraturan Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU), semua calon Presiden dan naib Presiden perlu mendedahkan jumlah kekayaan mereka kepada umum. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140703/lu_05/Prabowo-calon-Presiden-terkaya#ixzz36LtUzEhY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)