Saturday, May 16, 2015

Mohammed Morsi dihukum mati

 Mohammed Morsi
Mohammed Morsi

KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas presiden, Mohammed Morsi selepas didapati bersalah melarikan diri dari penjara Wadi al-Natrun dan membunuh anggota keselamatan ketika kebangkitan revolusi rakyat pada 2011.

Selain beliau, seramai 105 ahli Ikhwanul Muslimin lagi turut dijatuhi hukuman mati atas kesalahan sama.

Bagaimanapun, hukuman tersebut perlu dirujuk dan perlu mendapat kelulusan mufti besar Mesir sejajar dengan undang-undang negara itu.

Mahkamah akan mengumumkan keputusan muktamad pada 2 Jun ini.

Michelle Yeoh Sumbang 100,000 Euro Kepada Mangsa Gempa Bumi Nepal


Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 1:48 PM

KATHMANDU: Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh mengumumkan beliau akan menderma 100,000 Euro (RM408,000) sebagai untuk bantuan dan pemulihan kepada mangsa-mangsa gempa bumi Nepal,  baru-baru ini.

Yeoh telah menyalurkan derma 100,000 Euro melalui Tabung Tindakan Kecemasan Nepal, Persatuan Sukan Automobil Nepal (NASA) bagi tujuan bantuan dan pemulihan mangsa gempa bumi, menurut NASA dalam satu kenyataan.
Michelle Yeoh

Yeoh ditemani pasangan Jean Todt, yang juga Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), tiba di Kathmandu pada Jumaat untuk menghadiri program NASA, francais FIA di Nepal.

Ini merupakan lawatan kedua beliau ke Nepal selepas memendekkan lawatan untuk pulang ke Perancis berikutan gempa bumi kuat di sini April lepas, menurut kenyataan itu.

Yeoh yang juga duta Global Make Road Safe yang diselaraskan FIA, melawat Nepal pada 23 April lepas untuk menyertai Kongres Sukan Serantau Asia anjuran FIA.

Beliau juga telah berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk membantu lagi dalam pemulihan dan pembinaan semula di Nepal, menurut kenyataan itu.

Yeoh dan Todt juga bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu  (PBB) Ban Ki-moon selepas gempa bumi itu dan meminta sokongan kepada mangsa-mangsa gempa bumi Nepal.

Nepal dilanda gempa bumi besar berukuran 7.9 pada skala Richter pada  25 April dan gegaran susulan yang kuat pada 12 Mei lepas.

Lebih 8,500 orang terbunuh, lebih 15,000 orang cedera dan harta bernilai berbilion-bilion dolar telah musnah akibat gempa bumi berkenaan.

Nikah dan diraikan RM1,000 aje

Johor Bahru: Seramai 43 pasangan berkongsi hari bahagia bersama dalam Karnival Walimatul Urus Mega Parlimen Pulai yang dilangsungkan di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, hari ini.
Program itu bertujuan membantu pasangan yang kurang berkemampuan dan mereka dinikahkan dalam majlis akad nikah yang diketuai oleh Kadi Besar Johor Mohd Nooh Kadri.
Walimatul Urus Mega mengenakan bayaran RM1,000 bagi setiap pasangan dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia, selain pengantin bertuah turut menerima pakej mengerjakan umrah dan penginapan bulan madu di hotel secara percuma.
Ia anjuran Parlimen Pulai disokong MotoBina Sdn Bhd, Ayam Penyet Ori, Pulai Spring Resort, KL International Hotel dan Laman Langat Travel & Tour Sdn Bhd.
Seorang peserta Haslinda Hussin, 29, dia dan pasangannya Rakesh Khan Abdul Rahan, 35, bersiap seawal 3 pagi bagi menyertai majlis bersejarah itu.
Haslinda yang bekerja sebagai kerani berkata, program berkenaan sangat baik berikutan memberi peluang kepada setiap pasangan mempermudahkan urusan perkahwinan dan berharap ia diteruskan pada masa akan datang.
"Kami menjadi pasangan pertama dinikahkan dalam program ini dan ia menjadi satu kenangan yang akan diabadikan sehingga hayat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 7:36 PM


Sebahagian 43 pasangan raja sehari makan berdamai selepas selamat diijab kabul pada Majlis Karnival Walimatul Urus Mega Parlimen Pulai 2015 di Dewan Besar Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51167#sthash.r8x8PWag.dpuf

Untunglah...bayar RM1,000 aje

Shah Alam: Seramai 30 pasangan dari negeri ini menyertai majlis pernikahan 'Kemuncak Destinasi Cinta' anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, pagi tadi.
Pada majlis itu, pasangan pengantin dinikahkan 30 Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.
Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling Muhammad Sujak Muhamad Dasuki berkata, setiap pasangan dikenakan bayaran penyertaan RM1,000 termasuk bayaran pendaftar nikah serta dijamu makan beradab, kek pengantin, pelamin serta beberapa hadiah lain.
Sementara itu, seorang peserta, Nor Khairiah Mohd Abidin, 20, berkata, dia bertuah kerana termasuk dalam senarai pasangan yang diijab kabul itu.
Dia yang dinikahkan bersama pasangannya Ruhi Hidayat Baharrudin, 22, memaklumkan keluarga kedua-dua pihak menyokong pilihan mereka untuk bernikah beramai-ramai.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 9:27 PM


Pengantin mengaminkan doa pada majlis pernikahan 'Kemuncak Destinasi Cinta' anjuran JAIS di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, pagi tadi. FOTO Roslin Mat tahir
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51170#sthash.FC8y2b5V.dpuf

AS enggan tutup Penjara Guantanamo

AS enggan tutup Penjara Guantanamo
Aktivis daripada kumpulan hak asasi manusia mendesak kerajaan AS supaya menutup kem Guantanamo.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) menolak cadangan untuk menutup penjara persekutuan di Teluk Guantanamo di Cuba.

Pindaan kepada bajet ketenteraan tahunan yang akan menyediakan rangka kerja untuk menutup kem Guantanamo gagal pada undi 174-249, kelmarin.

Ia sekali gus menyaksikan pindaan untuk menutup penjara itu tidak diluluskan buat kali kedua.

Presiden Barack Obama sebelum ini berusaha untuk menutup penjara pasca peristiwa 9 September itu, sejak pelantikannya pada Januari 2009.

"Saya tidak faham mengapa kita perlu menutup penjara di Teluk Guantanamo dan kemudian membina kemudahan penjara lain untuk menempatkan penjenayah ini di bumi AS," kata wakil Republikan di Senat, Mike Coffman.

Sebelum ini, anggota Parti Demokrat di Senat enggan meluluskan peruntukan sebanyak AS$80 juta (RM288 juta) bagi membiayai kos menutup kem tersebut.

Parti Demokrat turut membantah keras sebarang rancangan untuk memenjarakan, membicarakan atau membebaskan mana-mana suspek pengganas yang ditahan di kem itu di bumi AS. - Press TV

Ibu bapa kongsi detik besarkan anak


Aksi seorang kanak-kanak lelaki membuat sepah dengan mengeluarkan tisu dikongsikan oleh ibu bapanya menerusi laman Instagram, Average Parent Problems. AGENSI

SAN FRANCISCO 15 Mei – Tugas sebagai ibu bapa untuk menjaga anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi jika berdepan dengan pelbagai kerenah dan kenakalan anak masing-masing.
Namun atas usaha seorang ibu yang juga blogger, Ilana Wiles, sebuah akaun laman perkongsian foto dan video, Instagram yang menggunakan nama Average Parent Problems, diwujudkan bagi memberi peluang kepada ibu bapa berkongsi detik-detik lucu dan memalukan mereka ketika menjaga anak.
Menurut Wiles seperti yang dilaporkan portal The Huffington Post, akaun terbabit diwujudkan bagi berkongsi kisah-kisah menarik dan lucu yang dihadapi oleh ibu bapa dan anak pada setiap hari sebagai cara mengurangkan tekanan.
Jelas wanita tersebut, kebiasaannya Instagram dipenuhi dengan foto kanak-kanak yang memakai baju cantik di tempat menarik, tetapi melalui akaun Average Parent Problem, kisah yang berbeza dikongsi kepada umum.
“Melalui akaun ini, anda boleh melihat ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk menjaga anak masing-masing disebabkan kerenah nakal golongan kecil tersebut.
“Saya berharap ibu bapa berasa lebih gembira dan melupakan tekanan apabila melihat foto yang dikongsi dan saya sering menjadikan kepayahan membesarkan anak sebagai satu hiburan,” katanya.
Akaun Instagram tersebut kini mempunyai hampir 30,000 pengikut di seluruh dunia sejak mula diwujudkan sebulan lalu.
Antara gambar yang dikongsi termasuk seluruh bilik anak bersepah dengan mainan, anak kecil mengeluarkan semua tisu, dan aksi lucu kanak-kanak berbaring di tempat awam kerana merajuk.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ibu-bapa-kongsi-detik-besarkan-anak-1.92188#sthash.bmVccgUM.dpuf

Pemandu wanita lebih baik – Kajian


Kajian yang diadakan di London, mendedahkan wanita memandu lebih

Kajian yang diadakan di London, mendedahkan wanita memandu lebih baik daripada lelaki. Agensi
LONDON 15 Mei – Persoalan berhubung jantina mana memandu lebih baik terjawab apabila satu kajian oleh sebuah syarikat insurans, Privilege Insurance mendapati golongan perempuan merupakan pemandu lebih baik.
Portal Mail Online melaporkan, dalam kajian tersebut, pemandu wanita mengalahkan lelaki dalam beberapa ujian pemanduan yang dijalani 50 lelaki dan wanita.
Mereka diuji dalam 14 aspek pemanduan berbeza termasuk kelajuan, kemahiran pemerhatian, tindak balas terhadap pengguna jalan raya lain, dan pematuhan lampu isyarat.
Wanita secara keseluruhan memperoleh 23.6 daripada 30 mata yang diberikan, manakala lelaki hanya mendapat 19.8 mata.
Kaum hawa juga didapati lebih baik ketika memandu di persimpangan jalan raya paling sibuk di London iaitu Hyde Park Connor.
Kajian itu juga membuktikan kesahihan persepsi stereotaip yang sering dikaitkan dengan cara pemanduan kedua-dua golongan tersebut antaranya lelaki lebih suka mengambil risiko, memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan, memotong barisan, melanggar lampu isyarat atau berbual di telefon, dan menghantar teks ketika memandu.
Wanita pula lebih bersopan-santun dan bertimbang rasa selain lebih berhati-hati ketika menghadapi keadaan lebih berbahaya, menggunakan cermin sisi dengan betul, dan berhenti di lampu isyarat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemandu-wanita-lebih-baik-8211-kajian-1.92177#sthash.FsNSOTgA.dpuf