Tuesday, December 18, 2012

AG: Prosiding kes saman AES dibekukan




18 Disember 2012
AES
Sistem AES
SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan.
Satu kenyataan dikeluarkan oleh jabatan itu petang ini menyebut bahawa langkah membekukan prosiding diambil bagi meneliti kesemua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kes saman AES.
Bagaimanapun menurut Jabatan Peguam Negara, saman-saman berkaitan kesalahan AES, yang muncul kontroversi, yang dikeluarkan masih sah.
Kata Jabatan Peguam Negara, ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, maka pihaknya memutuskan untuk meneliti segala aspek berkenaan.
"Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan," kata kenyataan jabatan itu.
Kata kenyataan itu, berkaitan dengan empat saman AES yang dilepas tanpa dibebaskan, Jabatan Peguam Negara akan meneliti semula dan akan mendaftarkan semula saman berkenaan jika memerlukan tindakan pendakwaan.
Sinar Harian Online difahamkan keputusan itu dibuat semalam dan dimaklumkan kepada kesemua pendakwa raya yang mengendalikan kes berkenaan hari ini.
Beberapa mahkamah yang mengendalikan prosiding kes saman AES termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah maklumkan berkenaan dengan keputusan itu dan orang kena saman (OKS) yang hadir mahkamah pagi tadi telah diminta pulang tanpa dikenakan sebarang tindakan susulan.
Laporan media 15 Disember lalu menyebut bahawa lebih 10,000 pemandu telah menjelaskan saman AES dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 September lalu.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan.
Keputusan Jabatan Peguam Negara ini dikeluarkan susulan kenyataan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) pagi tadi mendakwa kerajaan telah menarik balik notis saman kesalahan yang dilakukan di bawah penguatkuasaan kamera AES tanpa sebarang penjelasan.
Kase meskipun menyambut baik langkah itu tetapi mendakwa seolah-olah terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah kerajaan itu disambut baik oleh pihaknya, namun kerajaan perlu membuat pengumuman secara rasmi kepada rakyat mengenai perkara itu.
"Di mahkamh hari ini pihak pendakwa tarik balik semua saman, ini mengejutkan semua pihak. Kita memang alukan tindakan itu, tapi kerajaan perlu umum secara rasmi.
"Tanpa penjelasan yang diberikan apabila surat saman diserahkan di mahkamah, ini menimbulkan keraguaan seperti ada sesuatu yang disembunyikan," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, kerajaan perlu mengumumkan penarikan balik saman serta membatalkan semua saman AES yang telah dikeluarkan.
"Saman yang telah dijelaskan selepas masuk mahkamah mesti dipulangkan semula.
"Saman yang dikeluarkan mesti dibatalkan dan membuat penarikan semula," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda Pas, Ahmad Zamri As'aad Khuzaimi berkata, hari ini kesemua OKS bagi kes saman AES telah dilepas tanpa dibebaskan, antaranya Mahkamah Majistert Putrajaya telah melepas tanpa membebaskan lima orang.
"Juham dan Kase tidak terkejut dengan tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua kes saman AES ditarik balik hari ini.
"Ini kerana peguam-peguam Juham dan Kaser dari awal pendakwaan kes saman AES ini lagi telah membangkitkan bantahan awal kepada mahkamah apabila JPJ telah menyalahi undang-undang  kerana menjalankan pendakwaan di mahkamah tanpa menunjukkan surat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara," kata beliau.
Menurut Ahmad Zamri, bantahan awal oleh peguam-peguam Juham dan Kase telah menyebabkan ada kes yang ditangguh dan pihak JPJ telah diminta oleh mahkamah untuk mengemukakan surat kebenaran untuk mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara atau kes saman AES tersebut akan dibatalkan.
Justeru, katanya, tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua pendakwaan kes saman AES ditangguhkan atas alasan terdapatnya isu undang-undang yang masih belum selesai.
Katanya, ia juga menunjukkan tindakan saman AES dilakukan dengan tergopoh-gopoh.
"Oleh itu, Juham dan Kase menggesa JPJ dan pihak kerajaan memulangkan kembali wang pembayar denda saman AES yang telah dikutip sebelum ini kerana tindakan Peguam Negara yang mengakui bahawa wujudnya kecelaruan undang-undang dalam pelaksanaan saman AES tersebut membuktikan bahawa pendakwaan yang telah dilakukan oleh pihak JPJ sebelum ini jelas adalah salah dan bercanggah dengan undang-undang.
"Akibat daripada itu, kesemua hukuman denda yang dikenakan juga adalah diragui kesahihan dan boleh dicabar di mahkamah," kata beliau lagi.

Tunku Aziz: Bukan salah saya



ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
18 Disember 2012
Tunku Abdul Aziz keluar DAP
Tunku Abdul Aziz
SHAH ALAM - Calon Melayu dalam DAP kalah teruk dan ditolak pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hujung minggu lalu adalah disebabkan ahli parti tersebut belum bersedia menerima orang Melayu dalam kepimpinan mereka.

Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sebelum ini beliau pernah membawa beberapa isu yang melibatkan orang Melayu, namun pemimpin DAP tidak boleh menerima isu-isu tersebut serta tidak ikhlas menerima orang Melayu dalam parti yang didakwa berbilang kaum itu.

Kata Tunku Abdul Aziz, ideologi 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan DAP selama ini hanyalah retorik sahaja.

“DAP masih belum bersedia untuk terima Melayu dalam kepimpinan parti mereka. Apa yang dikatakan hanya cakap-cakap kosong sahaja.

“Tidak perlu tipu orang lagi khususnya orang Melayu. Orang Melayu tidak bodoh.  Memang tidak ada Malaysian Malaysia itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau juga menafikan kenyataan bekas ahli CEC, Zulkifli Mohd Noor yang mendakwa peletakan jawatannya sebagai punca Melayu tidak dipilih untuk menganggotai 20 kerusi CEC.

“Salah saya kah? Itu persepsinya saja, bukan saya punca DAP tidak boleh terima Melayu. Kalau dia (Zulkifli) kalah, itu bukan kerana saya. Tidak logik langsung, tetapi ikut suka dialah mahu kata apa.

"Saya keluar parti kerana DAP telah tipu saya, dan saya sudah tidak ada persefahaman dengan parti itu. Takkan saya tidak boleh keluar?  Ketika saya di dalam parti sudah tiga kali saya ingin keluar parti tetapi mereka (DAP) pujuk," katanya.

Zulkilfli sebelum ini dilaporkan mendakwa konsep parti berbilang kaum yang ditekankan DAP sejak 47 tahun itu masih belum sampai kerana mesej tersebut tidak ditransformasikan kepada keputusan pemilihan, kelmarin.

Pada Kongres Kebangsaan DAP yang berlangsung di Bayan Baru, minggu lalu menyaksikan Karpal Singh berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP dalam pemilihan CEC 2012-2015.

Begitu juga dengan jawatan Setiausaha Agung, masih dipegang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Harun Taib: Mufti jangan campuri politik



ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
18 Disember 2012
Harun Taib
Harun Taib
SHAH ALAM - Mufti-mufti dinasihat agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Menurut Harun, Abdul Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu.

“Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.

Amanat  Abdul Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ucapan Abdul Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.

Fuziah: 'Kerajaan patut terima kasih kepada saya'



NIZAM ZAIN
18 Disember 2012
Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh enggan tunduk kepada desakan beberapa pihak termasuk Pengerusi MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang mahu beliau meminta maaf kepada penduduk Kuantan dan rakyat Malaysia, sebaliknya kerajaan perlu berterima kasih kepadanya berhubung isu projek nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng di Pahang.

“Kenapa harus saya minta maaf? Tiada sebab saya perlu minta maaf.

“Seharus bukan memohon maaf, sebaliknya (kerajaan perlu) berterima kasih kerana tindakan-tindakan terpaksa diambil,  kalau nak harapkan MCA, Pengerusinya, Datuk Ti Lian Ker... syarikat itu dah buat duit berjuta-juta dan rakyat yang terdedah kepada potensi bahaya,” kata beliau kepada Sinar Harian Online yang dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut mengenai desakan itu, Ahli Parlimen Kuantan ini berkata, sekiranya beliau tidak membuat pendedahan tersebut, sudah pasti orang ramai tidak mengetahui akan bahayanya sisa radioaktif nadir bumi itu jika tidak dilupuskan dengan betul.

“Oleh sebab tekanan daripada sayalah kerajaan terpaksa membuat beberapa perkara.

“Sebelum ini, tidak ada garis panduan untuk pengurusan sisa buangan bahan radioaktif, tapi sekarang dah ada garis panduan itu,” katanya.

Beliau menegaskan kenyataan Lian Ker itu satu cubaan untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu sebenar, bukannya bahaya radiasi tetapi pengurusan sisa radioaktif.

“Kita bercakap tentang pengurusan sisa radioaktif yang masih belum diselesaikan," katanya.

Kata Naib Presiden PKR ini, apa yang dibangkitkan oleh pihak-pihak yang menentang beliau hanya "isu radiasi."

"Tapi kita bangkitkan isu pengurusan sisa radioaktif serta isu alam sekitar yang langsung tidak diusik dan disentuh oleh mana-mana pihak,” katanyan sambil menyifatkan Barisan Nasional cuba mengalih isu demi melindungi diri mereka.

Sebelum itu, beberapa pergerakan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) di Kuantan telah membuat laporan polis ke atas Fuziah setelah beliau dilihat berterusan membuat kenyataan negatif berkenaan LAMP.

Selain itu, beberapa NGO di Pahang mendesak Fuziah supaya memohon maaf kepada LAMP berhubung kesilapan daripada pembohongan dan penyelewengan fakta tanpa asas saintifik mengenai kilang  memproses nadir bumi itu.

Mereka mahu Fuziah dan kumpulan anti-Lynas mencontohi portal berita Free Malaysia Today yang memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu pada Julai lepas.

Kase dakwa JPJ tangguh notis saman AES



JAMILAH HAMZAH
18 Disember 2012
AES
Sistem AES
KUALA LUMPUR - Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendakwa kerajaan hari ini telah menarik balik notis saman kesalahan yang dilakukan di bawah penguatkuasaan kamera Sistem Pelaksanaan Automatik (AES) tanpa sebarang penjelasan.

Kase meskipun menyambut baik langkah itu tetapi mendakwa seolah-olah terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah kerajaan itu disambut baik oleh pihaknya namun kerajaan perlu membuat pengumuman secara rasmi kepada rakyat mengenai perkara itu.

"Di mahkamh hari ini pihak pendakwa tarik balik semua saman, ini mengejutkan semua pihak.

"Kita memang alukan tindakan itu, tapi kerajaan perlu umum secara rasmi.

"Tanpa penjelasan yang diberikan apabila surat saman diserahkan di mahkamah, ini menimbulkan keraguaan seperti ada sesuatu yang disembunyikan," katanya kepada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut bahawa 256, 899 saman AES dikeluarkan.

Difahamkan juga saman yang telah dikeluarkan oleh pihak pendakwa raya telah diserahkan kembali di beberapa mahkamah termasuk Mahkamah Tinggi Putrajaya, dan Mahkamah Tinggi Duta pada hari ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, kerajaan perlu mengumumkan penarikan balik saman serta membatalkan semua saman AES yang telah dikeluarkan.

"Saman yang telah dijelaskan selepas masuk mahkamah mesti dipulangkan semula.

"Saman yang dikeluarkan mesti dibatalkan dan membuat penarikan semula," katanya.

Tajol Rosli umum tidak tanding PRU



 Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali
Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali
IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali mengumumkan untuk tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Adun Pengkalan Hulu berkata demikian ketika mengakhiri ucapan perbahasan Bajet 2013 pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pagi ini.

Pada ucapan itu juga, beliau turut memohon maaf kepada rakyat Perak sepanjang beliau menjadi Menteri Besar dan wakil rakyat.

Tajol Rosli pernah menjadi Adun Kenering dan Ahli Parlimen Gerik selain menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sidang Dun Perak bermula semalam dengan pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan hari ini diteruskan dengan sesi perbahasan.
Dalam pada itu, dipetik Bernama, kata beliau: "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa saya telah buat keputusan tidak akan bertanding lagi sebagai calon dalam pilihan raya umum akan
datang. Ini adalah sidang dewan yang terakhir buat saya."
"Sebagai manusia biasa pastinya ada kekurangan dan tidak terlepas melakukan kesilapan. Saya dengan rendah diri memohon kemaafan atas sebarang tutur kata dan perlakuan saya yang tidak disenangi sepanjang tempoh saya menjadi anggota dewan," katanya.
Tajol Rosli, 68, dilantik menjadi menteri besar Perak pada 3 Disember 1999 dan memegang jawatan itu selama dua penggal.
Beliau mula menjadi wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Kecil Dun Kenering pada tahun 1977 selepas mengalahkan Ibrahim Singgeh dari DAP. Kerusi itu dikosongkan oleh bapa beliau, Tan Sri Mohd Ghazali Jawi.
Tajol Rosli melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi Barisan Nasional negeri pada 29 Januari 2009 serta melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Gerik pada 29 Mac tahun yang sama.
"Sekarang saya hanya anggota biasa Umno dan oleh kerana saya anggota biasa Datuk Seri Najib Tun Razak (Presiden Umno) telah melantik saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno untuk tahun depan," katanya ketika ditemui di luar dewan.
Ditanya jika ada pihak yang meminta supaya beliau tidak bersara dari politik, beliau berkata: "Saya telah buat keputusan. Apabila kita sudah tidak diterima oleh rakyat, saya tidak rasa kita patut kembali."
Mengenai peluang BN di Perak pada pilihan raya umum akan datang, beliau yakin BN akan kekal memerintah Perak.
Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Tajol Rosli itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau adalah seorang pemimpin yang berpengalaman selepas 30 tahun berada di pentas politik. 
Zambry berkata anggota Umno menghargai panduan dan bimbingan yang diberikan oleh Tajol Rosli dalam bidang politik.

Lebih sejuta dalam senarai menunggu tunai haji



18 Disember 2012
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Seramai 1,039,691 orang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji sehingga 30 Nov lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata pemilihan bakal haji setiap tahun adalah berdasarkan proses pendaftaran mengikut tarikh dan masa daftar haji.
"Sistem ini dinamakan sistem pendaftaran terbuka di mana pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang memenuhi syarat pendaftaran akan diterima pendaftarannya. Dalam erti kata mudah, pendaftaran dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan," katanya menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin.
Mashitah berkata bilangan jemaah haji Malaysia setiap tahun bagi tahun 2008 hingga 2010 ialah 26,000 orang dan 27,900 orang bagi tahun 2011 serta 2012.
Memandangkan jumlah pendaftaran jemaah haji semakin meningkat, beberapa syarat tambahan diperkenalkan Tabung Haji sebagai membuka lebih banyak peluang mengerjakan ibadah haji setiap tahun, katanya.
Mashitah berkata antara syarat tambahan yang diperkenalkan ialah tidak membenarkan jemaah yang sama mendaftar dalam tempoh lima tahun selepas mengerjakan haji dan keutamaan diberikan kepada jemaah berumur lebih 75 tahun jika terdapat kekosongan.
Selain itu, Tabung Haji tidak memilih jemaah kanak-kanak bawah 15 tahun kecuali keadaan terpaksa untuk dipertimbangkan, katanya.
Beliau berkata jemaah haji kini masih bergantung kepada kuota 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kerajaan akan terus berusaha mendapatkan kuota tambahan dengan mengemukakan permohonan ke peringkat tertinggi kerajaan Arab Saudi.
"Kerajaan juga mengambil maklum projek pembangunan besar-besaran yang sedang dijalankan yang mengakibatkan tempat penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah terhad," katanya.- Bernama

Krisis Syria: Bahan api kurang jejas misi bantuan




18 Disember 2012
DAMSYIK - Ketua misi kemanusiaan PBB ke Syria telah dipanggil segera bagi membenarkan import bahan api bagi tujuan menghantar bantuan dan memberi kemudahan kepada 10 agensi.

Valerie Amos bertemu dengan pegawai-pegawai kerajaan di ibu negara Damsyik bagi membincangkan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing itu.

Pekerja PBB juga perlu bebas bergerak ke kawasan-kawasan yang dikusai pembangkang agi meningkatkan lagi misi bantuan kemanusian.

PBB menganggarkan lebih 2.5 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan.

Selain itu, 500,000 rakyat negara itu telah berhijrah ke negara jiran.

Sekurang-kurangnya 20,000 orang maut sejak konflik bermula 21 bulan yang lalu.

Amos telah bertemu dengan Menteri Luar Syria, Walid Muallem dan pegawai lain di Damsyik Sabtu lalu dan berkata kekurangan bahan api dan kekurangan kakitangan menghalang bantuan kemanusiaan untuk terus sampai kepada mangsa yang memerlukan.

"Saya juga memaklumkan kepada kerajaan bahawa kita akan bekerjasama dengan  pembangkang Syria sendiri," katanya kepada pemberita pada hari, hari ini selepas taklimat Majlis Keselamatan PBB.

Gambar terkini Stadium Runtuh Terengganu yang berharga RM292 Juta

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph


HARAP PARA PEMINAT FAN PAGE BACA SEBENTAR KISAH INI DAN SHARE SEKIRANYA ANDA RASA PERLU.....

*gambar sekadar hiasan..

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.
Saya di lahirkan di
Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India
Muslim dan mak saya orang
Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke
India dan emak saya berada
di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah
pergi ke Johor Bahru
untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan
tetapi gagal. Saya
terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah
bertemu dengan seorang paderi
bernama Father Chong. Kami diberi layanan
istimewa, tempat tinggal,
makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami
diajar sembahyang dalam
bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam
tahun 1974, saya telah
bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia,
dari Kuala Lumpur
bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah
membawa saya tinggal di
seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami
belajar selok belok agama
Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas
untuk orang Melayu
beragama Islam (ada hingga sekarang) .Setelah
satu tahun saya tinggal
disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama
6 bulan, belajar
cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati,
talkinkan orang dan
macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya
belajar sekali dengan Ibu
Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita
Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita
Kristian seluruh
Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian
dilantik sebagai pendakwah
dari Perlis hingga ke
Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja,
saya dihantar pula ke
Filipina selama 1bulan, belajar selok belok
Kristian dalam bahasa
Inggeris dan
Bahasa Malaysia kerana terdapat orang
Malaysia,Singapura dan orang
Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai
pendakwah dibayar $60.00
sehari,
kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu
dihantar ke Singapura
selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz
orang Telok Intan. Beliau
adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian
Singapura.Beliau
juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan
berhenti memegang jawatan
setiausha agong Kristian Singapore. Apabila
dilantik ke gereja saya
masih
lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya
dihantar ke Baptish
Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00,
bersama 2 orang kawan dan
sebuah
kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan
pemuda-pemuda Negeri
Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak
tenteram dan telah
bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh
dan membawa saya bertemu
Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah
Jabatan Agama dan saya terus
bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang
telah
dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak
dan Johor Bahru, Manjoi
dan Rapat
Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka
Lelaki - Berseluar hitam,
berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg
James Bond (elaun satu
hari
$60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam
dan reben hitam. Di
Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang
Plaza. Cara-cara
berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal
terutama pencari kerja.
Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa
tempat tinggal(asrama
120 katil, makan disediakan) didakwah dengan
kaset, cara perlahan-lahan
diajak
sembahyang dengan diberi satu cross selepas
dibawa sembahyang akan
diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah
diberi minum-1 minggu
lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan
mendengar azan macam
menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air
itu khusus untuk orang
Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber
dari Sabah, Serawak ,
Filipina dan Singapura. Motorola adalah
penyokong dakwah Kristian ini
(terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan
Senawang). Senawang
terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang,
Haji Hanapi Saat dan Hj
Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi
bekas guru - akibat
desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.
Sekolah yang paling teruk
dilanda Kristian ialah Victoria Institution.
Pengetuanya En Ismail
Rahim. 20 orang telah
Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana
kebanyakannya anak menteri
dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd
Rahman (STAR)- 2 orang
Sekolah
teknik seorang pelajar perempuan (bersalib)
telah bertaubat, bila saya
tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya
dia bertaubat.
Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah
ditarik oleh seorang guru
Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En
Salleh Omar
yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada
Yusof Noor
untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia
(sebagaimana tersebar di
akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku
Khursiah, Seremban
balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam
tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang
kepada Kristian.
Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan
Islam Perak.
Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk
menawan satu
Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di
Malaysia ialah
Kamaruddin Hj
Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan
saya sebagai timbalan
padri itu.
Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling !
banyak). Beliau
pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal
untuk membuat kajian
mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas
mesyuarat 3 hari saya hantar
6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400
orang telah masuk
Kristian di Melaka.
Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama,
ada yang tidak tahu
Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.
Cara untuk masuk
Kristian,
mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem
$7.00 pergi ke mahkamah di
Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah.
Nama dalam kad
pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan
Kristian ini. Seorang
bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu
Gajah) pernah menjadi
paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah di dalam bahasa
Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4
syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri
Indonesia) bapak Bruto
yang
menyediakan air ini. Percetakan buku-buku
Kristian di Cheras telah
disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri
Kamaruddin Hj Ahmad Dalam
pada
berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh
dimasuk Kristian iaitu,
Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah
dipukul hingga patah
tangan.

> > > > >> > PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD
ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda
Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-
amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang
besar." (Surah Al- Ahzab:71)

Serangan 8 hari Israel: Keajaiban, jumlah kelahiran lebih tinggi berbanding mati syahid

ALLAH HUAKBAR!!



Serangan 8 hari Israel: Keajaiban, jumlah kelahiran lebih tinggi berbanding mati syahid

http://detikislam.blogspot.com/, 13 Dis 2012

Pencerobohan lapan hari Zionist Israel ke Jalur Gaza bulan lalu mencatat seramai 1197 bayi lahir di Gaza dilaporkan oleh Mi'raj News Agency (MINA) dari Gaza, Selasa (11/12).


Korban dari pihak Gaza tercatat seramai 156 Syahid. Sebahagian besarnya adalah kanak-kanak dan wanita. Namun pada masa yang sama seramai 1197 bayi dilahirkan dengan selamat di Semenanjung Gaza,


Pentadbiran Urusan Awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza mengeluarkan statistik yang menyatakan jumlah bayi yang lahir di Semenanjung Gaza selama lapan hari serangan Israel mencapai 1197 bayi iaitu 592 lelaki dan 605 perempuan.



Gaza city mencatat 421 kelahiran, sementara Khan Younis lebih dari 300 kelahiran, Gaza Utara mencatat 197, Gaza Tengah 163, dan Rafah 151 kelahiran.


Statistik mencatat, sejak bulan November lalu, ada 4.110 bayi lahir, yang terdiri dari 2.082 laki-laki dan 2.028 wanita dengan rata-rata 137 kelahiran perhari.


Sementara UNICEF melaporkan, lebih dari 50 mangsa akibat keganasan Israel selama lapan hari itu adalah anak-anak.


Ini juga berlaku semasa operasi Cast Lead 2009 lalu iaitu daripada 4000 wanita hamil, 3500 di antaranya telah melahirkan bayi mereka dengan selamat selama serangan Israel tersebut di Gaza.


Jumlah tersebut tentu cukup besar jika dibandingkan jumlah korban syahid yang dianggarkan mencapai 1300 jiwa.

Diterjemah dari sumber islampos
 —

Dua lagi dron Amerika berjaya ditawan Iran





         
TEHERAN: Ketua angkatan tentera Pengawal Revolusi Iran mendakwa, tentera Iran menawan sekurang-kurangnya dua lagi dron Amerika Syarikat sebelum mendedahkan pesawat ScanEagle yang ditembak jatuh awal bulan ini.

Laporan oleh agensi berita rasmi IRNA semalam tidak mengatakan bila dua lagi dron itu ditawan.


Kenyataan itu memetik Laksamana Ali Fadavi sebagai berkata, dron yang disiarkan dalam televisyen kerajaan adalah ScanEagle ketiga yang ditawan, pesawat pengintip ringkas yang diperbuat anak syarikat Boeing.

Ali berkata, pesawat seperti ScanEagle yang dibuat Iran sudah mula beroperasi, tetapi tidak memberikan ulasan lanjut.


Awal bulan ini, tentera laut AS berkata, tiada dron miliknya daripada misi baru-baru ini dilaporkan hilang, tetapi sesetengahnya mungkin jatuh ke dalam laut pada masa lalu.


Sementara itu, tiada komen dilaporkan armada kelima AS di Bahrain. - AP

Gaji gabenor RM203,000




         
JAKARTA: Satu kajian Forum Indonesia untuk Ketelusan Belanjawan (FITRA) mendapati, Gabenor Jawa Timur, Soekarwo, merupakan pegawai kerajaan tempatan memperoleh pendapatan paling tinggi tahun ini, iaitu Rp642.36 juta (RM203,796) sebulan.

Pemerhati belanjawan itu berkata, selepas Soekarwo, dua lagi gabenor; Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan, memperoleh pendapatan Rp603.42 juta (RM191, 584) sebulan dan Gabenor Jawa Tengah, Bibit Waluyo pula menerima Rp438.09 juta (RM139,098) sebulan.


Gabenor Awang Faroek Ishak untuk Kalimantan Timur, wilayah yang kaya dengan hasil bumi, mendapat tempat keempat dengan pendapatan Rp344.08 juta (RM109,249) sebulan, manakala Gabenor Sumatera Utara, Gatot Pujo Nugroho di tempat kelima dengan pendapatan Rp327.25 (RM103,901) sebulan. Pengkaji FITRA, M Maulana berkata, Gabenor Jakarta, Joko ‘Jokowi’ Widodo yang mempunyai pendapatan Rp1.2 bilion (RM381, 008) sebulan, tidak layak untuk senarai status pengurusan pentadbiran istimewa Jakarta.

Kelima-lima gabenor itu menerima purata pendapatan Rp 5.65 bilion (RM1.8 juta) dari belanjawan negara tahun ini. Menurut data Bank Dunia, Keluaran Dalam Negara Kasar Perkapita Indonesia adalah pada Rp33.67 juta (RM10,683) tahun lalu.


Maulana berkata, angka gaji itu menunjukkan kemajuan ekonomi tempatan.


Menurut Peraturan Kerajaan dan Dikri Presiden, setiap gabenor menerima gaji tetap Rp8.4 juta (RM2,666) sebulan.

Namun begitu, gabenor boleh menerima pendapatan tinggi hasil daripada insentif dan elaun operasi.


Undang-undang menetapkan elaun operasi dibayar berdasar pendapatan tempatan (PAD). Satu lagi cara pengiraan adalah, gabenor di wilayah yang menerima pendapatan lebih daripada Rp500 bilion (RM1.6 juta) dibolehkan menerima elaun operasi Rp1.25 bilion (RM396,872) atau 0.15 peratus daripada pendapatan wilayah.

Penyelaras FITRA, Uchok Sky Khadafi berkata, cara sama digunakan untuk mengira elaun lain. - Jakarta Post

Al-Qaeda diperangkap




         
BEIRUT: Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah (gambar) memberi amaran kepada Al-Qaeda semalam bahawa ia telah diperdaya untuk berjuang di Syria dan pihak pemberontak tidak akan berjaya menggulingkan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad.

“Amerika, Eropah dan sesetengah kerajaan di Arab dan dunia Islam telah membuat perangkap untuk anda di Syria,” kata pemimpin tentera paling berkuasa di Lubnan itu.


“Mereka telah membuka seluruh negara untuk anda agar berhimpun di situ dari semua penjuru dunia dan kemudian membunuh antara satu sama lain,” katanya dalam ucapan yang disiarkan ketika acara tahunan graduasi universiti di selatan pinggir Beirut.

“Dan anda bersubahat dalam helah ini,” katanya.


Komennya itu dibuat ketika perdebatan mengenai kebangkitan kumpulan jihad kian meningkat di Syria, paling ketara Barisan Al-Nusra yang disenarai hitam sebagai organisasi pengganas oleh Washington minggu lalu kerana kaitannya dengan Al-Qaeda di Iraq.


“Jika kita mengandaikan kumpulan ini yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan ideologinya mampu mencapai kejayaan satu hari kelak, maka mereka menjadi yang pertama untuk mendapat balasan di Syria sebagaimana di negara lain,” katanya.

Pemimpin Hizbullah yang menjadi sekutu Bashar sejak dulu itu berkata, keadaan di Syria “menjadi semakin rumit”.


Damsyik dan sekutunya menuduh Qatar dan Arab Saudi menyalurkan senjata kepada pemberontak melalui negara jiran Turki dengan kerjasama Barat. Pihak pembangkang menolak sebarang dialog hingga Bashar meletakkan jawatan. - AFP

Nelayan Palestin ditembak tentera laut Israel





         
BANDAR RAYA GAZA: Tentera laut Israel menembak dan mencederakan seorang nelayan Palestin di perairan utara Semenanjung Gaza semalam, kata sumber kedua-dua belah pihak.

Ketua kesatuan nelayan Gaza, Nizar Aayesh berkata, lelaki itu cedera apabila tembakan tentera laut Yahudi mengenai botnya. Dia kemudian dikejarkan ke hospital di selatan bandar raya pelabuhan Ashkelon.


Mengikut syarat sekatan tentera laut Israel di Gaza, bot rakyat Palestin dibenarkan menangkap ikan di perairan hingga enam batu nautika dari pantai.

Zon perikanan dilanjutkan daripada tiga batu nautika selepas perjanjian gencatan senjata pada 21 November lalu mengakhiri konfrontasi lapan hari antara Israel dan pejuang Palestin. “Ia antara jarak terhad enam batu nautika, tetapi kapal Israel menyita bot itu dan semua muatan di dalamnya. Kami masih menunggu nelayan itu pulang dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya,” kata Nizar.


Tentera mengesahkan insiden itu, tetapi menegaskan bot berkenaan melepasi had menangkap ikan dibenarkan. Sementara itu, tentera Israel di utara Tebing Barat menahan empat rakyat Palestin di Beit Rima dekat Ramallah semalam kerana disyaki melakukan kesalahan menembak. - AFP

Artikel mengenai Habibie tak wajar, tak beretika: Susilo



JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah tidak wajar dan tidak beretika.

Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.
"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini.

Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini bagi menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.

Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie.

Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.

Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.
Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadual menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan kepada presiden. - BERNAMA

19 Keistimewaan Wanita Berbanding Lelaki



Walau banyak kelebihan dan keistimewaan wanita berbanding lelaki, ramai juga yang masih lagi hanyut dibuai lena keduniaan. Mari kita ketahui kelebihan wanita.

Tanpa wanita, lelaki takkan dilahirkan (kecuali Nabi Adam) dan tanpa wanita juga, tiada lelaki yang berjaya. Betul ke? Jom kita ketahui 19 keistimewaan wanita berbanding lelaki. Semoga semua wa
nita berasa bangga dan bertambah semangat untuk menjadi wanita yang solehah yang akan masuk ke syurga dengan mudah. InsyaAllah.
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Wallahualam.

http://ckurakurakecik.blogspot.com/2012/12/19-keistimewaan-wanita-berbanding-lelaki.html

Aktiviti paranormal di pejabat Najib

FENOMENA PALING MENGHARUKAN DI PENGADILAN SAUDI


Di salah 1 pengadilan Qasim, berdiri Hizan al Fuhaidi dg air mata yg bercucuran shg membasahi janggutnya,,!! Knp? Krn ia kalah terhadap perseteruannya dg saudara kandungnya!!
Tentang apakah perseteruannya dg saudaranay?? Ttng tanah kah?? atau warisan yg mereka saling perebutkan??

Bkn krn itu semua!! Ia kalah terhdp saudaranya terkait pemeliharaan ibunya yg sdh tua renta & bahkan hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yg tlh keriput,,
Seumur hidupnya, beliau tinggal dg Hizan yg selama ini menjaganya,,
Tatkala beliau telah manula, datanglah adiknya yg tinggal di kota lain, utk mengambil ibunya agar tinggal bersamanya, dng alasan, fasilitas kesehatan dll di kota jauh lbh lengkap drpd didesa,,

Namun Hizan menaolak dg alasan, selama ini ia mampu utk menjaga ibunya. Perseteruan ini tdk berhenti sampai di sini, hingga berlanjut ke pengadilan!!
Sidang demi sidang dilalui,, hingga sang hakim pun meminta agar sang ibu dihadirkan di majelis..
Kedua bersaudara ini membopong ibunya yg sdh tua renta yg beratnya sdh tdk sampai 40 Kg!!

Sang Hakim bertanya kpdnya, siapa yg lbh berhak tinggal bersamanya. Sang ibu memahami pertanyaan sang hakim, ia pun mnjawab , sambil menunjuk ke Hizan, "Ini mata kananku!" kemudian menunjuk ke adiknya sambil berkata, "Ini mata kiriku!!
Sang Hakim brpikir sejenak kmudian memutuskan hak kpd adik Hizan, brdasar kemaslahatan2 bagi si ibu!!

Betapa mulia air mata yg dikucurkan oleh Hizan!!
Air mata penyesalan krn tdk bisa memelihara ibunya tatkala beliau tlh menginjak usia lanjutnya!! Dan, betapa trhormat dan agungnya sang ibu!! yg diperebutkan oleh anak2nya hingga seperti ini,,!!

Andaikata kita bisa memahami, bagaimana sang ibu mendidik kedua putranya hingga ia mnjdi ratu dan mutiara termahal bagi anak2nya!!

Ini adalah pelajaran mahal ttng berbakti,, tatkala durhaka sdh mnjadi budaya,,
"Ya ALLAH, Tuhan kami!! Anugerahkan kpd kami keridhoan ibu kami dan berilah kami kekuatan agar selalu bisa berbakti kepadanya!!" Aaamiiinn!!!
by: Ali Hasan Bawazer

.. BILA ROH MENINGGALKAN TUBUH ...



Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ...

Sekujur tubuh terbaring, muka pucat, sejuk, beku dan kaku tidak bermaya.Tapi nun di satu sudut, rohnya masih berada di sisi jasad memperhatikan saja tubuhnya di perlakuk
an orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang di banggakan dulu di bukakan maka terdengarlah roh menjerit-jerit, merintih dan merayu.

Semua makhluk mendengar jeritan kecuali jin dan manusia.

“Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu karena Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru saja beristirahat daripada seretan malaikat maut …!”

Oleh karena itu, ketika hendak menanggalkan pakaian-pakaian saudara kita yang yang telah meninggal sebaiknya dilakukan dengan perlahan. Jika susah untuk dibuka, gunting saja pakaian tersebut.

Orang yang meninggal dunia (yakni ketika roh di cabut oleh malaikat maut), sakitnya seperti di tikam 300 kali. Walaupun pada lahirnya tubuhnya masih sempurna tapi pada hakikatnya tubuh tersebut telah hancur luluh.

Begitu juga waktu dimandikan, dikafankan, dan seterusnya sewaktu di usung ke kubur, roh senantiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada manusia.

Sewaktu air disiramkan ke badannya ia berteriak: “Wahai orang yang memandikan roh, Demi Allah, janganlah engkau menuangkan air mu dalam keaadaan panas. Dan jangan pula terlalu sejuk.Sebab tubuhku terbakar dengan keluarnya roh.”

Dan ketika mereka memandikan berkatalah roh: “Demi Allah, Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. Sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku.”

Sewaktu di mandikan dan di bersihkan najis kepada kemaluan, janganlah di biarkan mayat tersebut terbuka hingga menampakkan auratnya, sudah tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya di pertunjukkan pada orang. Sedangkan ketika hidup sangat di jaga auratnya itu.

Begitulah seterusnya, mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya di perlakukan dengan kasar. Untuk mengatasi masalah ini, keluarga dan juga para tamu yang datang janganlah cuma menangis dan bersedih. Sebaliknya berikanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan Ya’asin ataun sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al Fatihah.

Rasulullah sendiri melarang berbincang bincang hal-hal dunia di hadapan mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukkannya semasa hidup.

Begitu juga dengan memasak dan makan-minum di rumah yang di dalamnya ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga yang telah ditinggalkan oleh saudara mereka.

Sewaktu mayat dikeluarkan dari rumah, roh pun meyeru:

“Demi Allah, wahai jemaah ku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anak ku7 telah menjadi yatim, maka janganlah kalian menyakiti mereka .. Sesungguhnya Pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.”

Perkara-perkara yang perlu di tekankan di sini untuk umat Islam:

Jangan di sediakan makan dan minum di rumah yang ada mayat kerana pernah saya menghadiri pengkebumian saudara-saudara kita dan masih ramai malah mereka dengan tidak sadar menyediakan makan minum kepada para tamu yang datang melayat orang yang meninggal karena mereka sebenarnya tidak tahu(jahil)

Asingkanlah tempat untuk di mandikan mayat tadi dari pandangan orang dan setidaknya di tiraikan kain atau tempat khusus untuk menjaga keaiban pada mayat tadi.

Dan yang paling harus diingat, Jangan membongkar keaiban orang yan sudah meninggal tadi selepas kita mandikan mayatnya. Najis keaiban itu adalah suatu dosa yang paling besar!!!! Naudzubillah..!!

Oleh sebab itu di tekankan di sini, sebaik baiknya orang yang akan sama-sama memandikan mayat biarlah dari kaum keluarga yang paling dekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu. Untuk menjaga keaiban keluarganya yang telah pergi, Semoga di berkati oleh Allah adanya.

Jangan berdiam diri saja atau berbincang -bincang dalam soal keduniaan apabila kita melawat orang yang meninggal karena mayat tersebut sesungguhnya berada dalam keaadan kesakitan samapai di kuburkan.

Sebaik-baiknya bacalah Yaasin dan sedekahkanlah Al Fatihah untuk orang yang telah meninngal dunia.

Penghantaran ke kuburan, sebaik-baiknya kaum keluarga yang terdekat sekali terutama anak –anak dan cucu-cucu mengusung dan menguburkan mayat sehingga akhir, ke liang-Lahat karena mereka lebih mengetahui, lebih memahami, lebih mengenal, lebih terasa akan kehalusan persaudaraan dalam aspek menjaga, mengawal dan menentukan mayat sampai selesai dari saat menghembuskan nafas terakhir sehingga di kuburkan ...

Dalam suatu riwayat di sebutkan: Sewaktu roh terpisah dari tubuh, ia di panggil dari langit dengan tiga kali jeritan:

Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• – Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu? ...

• – Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu? ...

• – Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu? ...

• – Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu?’ ...

KETIKA MAYAT TERGELETAK AKAN DIMANDIKAN ..

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan …

• – Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah? ...

• – Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara? ...

• – Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa? ...

• – Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak Bersuara? ...

KETIKA MAYAT SIAP DIKAFANKAN ...

Suara Dari Langit Terdengar Memekik,’Wahai Fulan Anak Si Fulan

• – Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Redha Allah ..

• – Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah ..

• – Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal ..

• – Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya ..

• – Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.’ ...

KETIKA JENAZAH DI USUNG ...

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• – Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan ...
• – Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat ..
• – Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.’ ...

KETIKA MAYAT SIAP DISHOLATKAN ...

Terdengar dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• – Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat ..

• – Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik ..
• – Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.’ ..

KETIKA MAYAT DIBARINGKAN DI LIANG LAHAD ...

terdengar Suara Memekik Dari Langit,’Wahai Fulan Anak Si Fulan…

• Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini ...

Wahai Fulan Anak Si Fulan…

• – Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis ..
• – Dahulu Kau Bergembira, Kini Dalam Perutku Kau Berduka ...
• – Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.’ ..

KETIKA SEMUA MANUSIA MENINGGALKANNYA SENDIRIAN ...

Setelah para manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu lalu Allah SWT berfirman:

"Wahai hamba-Ku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkanmu dalam kegelapan kubur.

Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu karena para manusia, karena isteri dan karena anak.

Namun aku sangat kasihan kepada mu pada hari ini dengan limpahan rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan Aku lebih kasihan kepada mu daripada kasih ibu kepada anaknya."

Allah Berkata Kepadanya, ‘Wahai Hamba-Ku …. .

• Kini Kau Tinggal Seorang Diri ...
• Tiada Teman Dan Tiada Kerabat ...
• Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap ...
• Mereka Pergi Meninggalkanmu. … Seorang Diri ...
• Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar PerintahKu ....
• Hari Ini, …. Akan Kutunjukan Kepadamu ...

• Kasih Sayang-Ku ...
• Yang Akan Takjub Seisi Alam ..
• Aku Akan Menyayangimu ...
• Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya’ ...

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , ‘Wahai Jiwa Yang Tenang

• Kembalilah Kepada Tuhanmu ..
• Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya ...
• Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku ..
• Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku’ ...

Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang di tujukan kepada mayat, sejak rohnya lepas dari tubuhnya sehingga mayat ditutup tanah dalam kubur.

Subhanallah ......

Pribadi yang BERDZIKIR ITU INDAH : ..
Setiap KALAMNYA adalah DAKWAH ...
Setiap DIAMNYA adalah DZIKIR ...
Setiap NAPASNYA adalah TASBIH ...

Setiap PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT ...
Setiap SUARA TELINGANYA selalu TERJAGA ...
Setiap PIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA ...

Setiap GERAK HATINYA adalah DOA ...
Setiap SENTUHAN TANGANNYA adalah SEDEKAH ...
Setiap LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD ...

Kekuatannya adalah SILATURAHMI ...
Kesibukannya adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI ...
Kerinduannya adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT ...

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah. .. AAMIIN ..

Wallahu’alam bishshawab, ..
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...

Salam Terkasih ..
Dari Sahabat Untuk Sahabat ...

... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...

Masjid beijing..

Bakal PM Jepun mahu bertegas dengan China



ABE (dalam bulatan) bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat partinya di Tokyo semalam.


TOKYO - Bakal Perdana Menteri Jepun yang baharu, Shinzo Abe yang mewakili Parti Liberal Demokratik (LDP) berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan China terhadap tuntutan sebuah kepulauan di Laut China Timur.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas LDP memenangi pilihan raya Jepun kelmarin dengan memperoleh 294 daripada 480 kerusi parlimen di Dewan Perwakilan.
Pemerintah China kini lebih berhati-hati dengan Abe selepas kemenangan beliau.
"Kepulauan Senkaku merupakan wilayah yang diwarisi Jepun," kata Abe pada satu sidang akhbar.
Kepulauan Senkaku yang menjadi perebutan itu turut dikenali sebagai Diaoyu di China.
Abe juga berikrar untuk memulihkan kembali ekonomi Jepun ke landasan yang betul selepas setahun mengalami deflasi.
Memburukkan lagi apabila mata wang yen melambung tinggi sehingga menyebabkan harga barang yang dieksport turut naik.
Menurut Pengarah Institut Pengajian Jepun di Seoul Korea Selatan, Park Cheol-Hee, Abe, 58, memiliki semangat nasionalisme yang tinggi dan kadangkala mengeluarkan kata-kata kontroversi.
Abe yang merupakan Presiden LDP ialah Perdana Menteri ke-90 Jepun yang mula berkhidmat pada 26 September 2006 sebelum meletak jawatan pada 27 September 2007.
Jawatan beliau diambil alih oleh Yasuo Fukuda sebelum LDP kalah pada pilihan raya pada tahun 2009 kepada Parti Demokratik Jepun (DPJ).
Parti LDP hanya memenangi sebanyak 118 kerusi dan parti pembangkang DPJ berjaya memperolehi sebanyak 230 kerusi pada tahun itu.
Dalam pilihan raya kelmarin, DPJ hanya berjaya memenangi 57 kerusi sahaja.
Kekalahan teruk parti DPJ pimpinan Perdana Menteri Yoshihiko Noda itu disebabkan pentadbiran beliau gagal menangani pelbagai masalah termasuk bencana gempa bumi, tsunami dan kebocoran loji tenaga nuklear di Fukushima.
Rakyat Jepun juga marah apabila Noda bertindak meluluskan kenaikan cukai jualan sebanyak 10 peratus pada Jun lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2FLkwAcDH 
Hakcipta terpelihara