Tuesday, July 17, 2012

Dr Yusuf Al-Qaradawi : tokoh ulama yang tidak jumud di abad ini

AKU BENCI JUMUD !!

Dr Yusuf Al-Qaradawi : tokoh ulama yang tidak jumud di abad ini


AKU BENCI JUMUD !!

“Kenapa kau nak ajak orang kafir tu pula buka puasa?” seorang tua melenting.

Inilah berkat didikan Islam cara UMNO – laknatullah alaihim ajmain. Islam pada UMNO, hanya melibatkan melayu sahaja. Kalau orang bukan Islam mahu terlibat sama dalam program-program keagamaan orang Islam, itu dilihat seperti menyesatkan.

Pemikiran sesat ini berlaku juga kepada sebilangan orang yang mendokong gerakan Islam. Islam dengan cara jumud yang difahami ini, menyebabkan Islam tidak berkembang.
Lihatlah Saidina Omar yang memerintah. Masakan berbuka puasa, pertemuan dalam Gereja pun sanggup dihadiri oleh Saidina Omar. Diceritakan ketika kedengaran laungan azan Asar di Baitul Muqaddis, Saidina Omar yang ketika itu berada dalam gereja telah meminta izin dari pihak paderi untuk menunaikan solat di beranda luar gereja. Paderi mencadangkan agar beliau menunaikan solat di dalam gereja sahaja, bahkan pihak gereja sanggup menyediakan tempat penunaian solat.

Omar bin Al-Khattab menolak, sambil berkata;

”saya bimbang gereja ini akan menjadi masjid, jika saya menunaikan solat dalam gereja ini”

Inilah sikap keterbukaan yang wujud dalam diri Omar bin Al-Khattab. Beliau tidak pernah menjadikan perbedaan agama sebagai penghalang untuk beliau bersama-sama, berbual-bual dan bersembang dengan sesiapa sahaja.

Justeru, tidak hairanlah Omar bin Al-Khattab berjaya mengislamkan banyak jajahan dunia. Islam berkembang hebat pada zaman Omar. Islam di zaman Omar, tidak sekadar di tanah arab, malah sudah merebak ke bumi ’Ajam, farsi dan afrika.

Semuanya disebabkan ”ketidak jumudan” omar dalam menafsirkan Islam. Jika Islam ini ditafsirkan dalam bentuk yang jumud, tidak hairan, Islam susah hendak berkembang.

JUMUD DALAM STRATEGI DAKWAH

Ada sebilangan pendakwah sendiri, mereka lebih suka memerhatikan islam dari sudut fiqh sahaja, padahal disebalik hukum fiqh itu, terkandung seribu satu maqasid dan siyasah.

Apabila fiqh dirujuk, tanpa memerhatikan maqasid dan siyasah yang terkandung dalam fiqh tersebut, menyebabkan Islam ini dilihat seperti keras, dan susah untuk diterima oleh kaum lain. Tindakan sebeginilah disebut jumud dalam strategi dakwah.

Pemikiran negara hukum menyebabkan ramai yang menolak Islam. Tetapi, pemikiran negara maqasid hukum, amat mudah dijadikan ikutan.

Para da’i perlu dididik dengan pemikiran dakwah, bukan pemikiran ahli fiqh. Jika mereka sudah menjadi ahli fiqh pun, dalam masa yang sama, mereka perlu mempunyai jiwa da’i. Ahli fiqh yang tidak ada jiwa da’i, menyebabkan Islam yang indah akan kelihatan hodoh.

Apabila sebut dakwah, sudah pasti mengandungi seribu satu strategi dalam menyeru manusia kepada Islam. Sabar menerima soalan-soalan susah, memberikan jawapan bernas, huraian-huraian yang mengandungi seribu satu hikmah dan sebagainya, perlu dijadikan asas bagi memahamkan mereka tentang Islam.

Tetapi, jika tidak bersedia menerima soalan-soalan susah, di situ sudah terdapat kegagalan yang paling utama, dalam menyeru manusia kepada Islam. Jika soalan-soalan susah pun sudah tidak bersedia dihadapi, masakan berjaya memberikan jawapan bernas dan huraian-huraian yang mengandungi seribu satu hikmah.

Perbedaan agama menjadikan punca pertembungan merupakan tindakan yang terlalu bodoh. Sebaliknya, tindakan yang paling cerdik adalah, mencari titik kesamaan terlebih dahulu, dan menyatakan kemudahan itu lebih banyak berbanding perkara yang susah dalam agama.

Mahukan keadilan, bencikan kezaliman merupakan ”titik kesamaan” antara muslim dan non Muslim. Jadikannya sebagai alat utama dalam melakukan pendekatan.

Apabila sudah dekat, perkara hukum jangan dijadikan bahan utama yang dibicarakan, tetapi jadikan maqasid hukum sebagai perbicaraan penting. Nyatakan, bahawa unsur kasih sayang, keadilan sejagat, didikan dan sebagainya wujud dalam sebarang keputusan hukum didalam Islam. sebarang keputusan yang tidak berlandaskan kepada maqasid-maqasid ini, itu bukan hukum Islam.

Jika ini berjaya dijelaskan dengan penuh berhikmah, tidak hairan mereka akan menerima Islam. jika tidak memeluk Islam pun, mereka akan menyatakan islam adalah agama yang baik dan wajib diberi sokongan.

PANDAI MELIHAT EMOSI MAD’U

Emosi mad’u juga perlu diambil kira dalam dakwah. Di kala mad’u bencikan UMNO, bercakap mahu berkawan dengan UMNO adalah tindakan yang tidak cerdik.

Justeru, dikala mad’u bencikan UMNO, ucapan yang paling baik adalah ucapan yang melahirkan “sialan” terhadap UMNO. Jika tetap juga bercakap tentang persahabatan dengan UMNO, ia melahirkan kerugian dalam dakwah yang teramat sangat.

Ini merupakan lumrah manusia yang beremosi benci. Apabila mereka membenci sesuatu perkara, kebaikan yang dilakukan oleh orang yang dibenci pun, sudah dinilai sebagai keburukan. Lebih-lebih lagi, jika orang yang dibenci masih lagi kekal dengan cara hidup yang menyebabkan orang membencinya.

Tidak pandai menilai emosi mad’u, merupakan tindakan orang yang jumud dalam strategi dakwah. Justeru, orang yang jumud ini amat susah melahirkan kejayaan dalam dakwah Islamiyyah.

Jika mereka bersifat jumud, Islam yang diperjuangkan, akan kekal disekitar orang Islam sahaja, dan bersifat bertahan, tanpa wujudnya tersebar kepada orang lain. Mereka akan mempunyai pengikut yang kuat, tetapi pengikut mereka susah untuk bertambah.

Justeru, da’i yang berjaya mesti mempunyai kepandaian dan kerajinan. Kepandaian dari sudut strategi dan tidak jumud, dan kerajinan dalam usaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan dakwah.

Tanpa kedua-dua perkara ini, sampai bila-bila pun Islam akan disinonimkan dengan orang melayu. Tetapi, jika ada kedua-dua perkara ini, ‘Islam for All’ pasti akan terbukti.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Sumber:Al-Bakistani
 

APAKAH MATLAMAT DAN NIAT TERSIRAT PERBUATAN YANG DILAKUKAN OLEH MANUSIA2 INI??? —

Kekeringan Di Amerika Capai Rekor Terburuk



islampos.com—KEKERINGAN yang melanda Amerika saat ini dipastikan sebagai kekeringan terparah dalam kurun waktu lebih dari 50 tahun. Kekeringan yang menyapu setengah dari wilayah Amerika.

Menurut laporan National Oceanic and Atmospheric Administration (Badan Kelautan dan Atmosfer Nasional) mengatakan, 55% daratan Amerika Serikat dilanda kekeringan ekstrim pada akhir Juni lalu.

Ini merupakan persentase tertinggi sejak Desember 1956 ketika 58% dari negara itu dilanda kekeringan. Musim panas ini, 80% bagian dari negara secara tidak normal kering dan laporan itu mengatakan, kekeringan laporan tentang kekeringan meluas di barat, pada daerah Great Plains dan pertengahan daerah barat bulan lalu dengan mencapai rekor terhangat pada 14 Juni dan mencapai rekor terkering pada 10 Juni lalu.

Laporan tersebut juga menyatakan bahwa perkebunan jagung dan kedelai di Amerika mengalami kerugian selama tiga bulan terakhir.

Drew Lerner, ahli meteorologi World Weather Inc, mengatakan, “Ini bukan merupakan hal baru.” Pekan lalu, lebih dari 1000 daerah di 26 negara dinyatakan sebagai daerah bencana alam. Dan pengumuman tersebut merupakan hal terbesar dalam sejarah.

Sampai saat ini, kekeringan telah menghabiskan tanaman jagung dan kedelai di Midwest selatan dan timur, di negara-negara seperti Arkansas, Kentucky, Indiana, Ohio dan Illinois selatan.

Bukan hanya petani yang telah berusaha keras melawan gelombang panas yang memecahkan rekor tersebut, tetapi juga para petugas pemadam kebakaran yang berusaha keras untuk memadamkan api pada kebakaran liar di negara-negara di Amerika Serikat. Ratusan ribu orang sudah terkena pemadaman listrik dalam serangkaian badai kuat tersebut. [nr/islampos/it/afp]

sumber: http://islampos.com/kekeringan-di-amerika-capai-rekor-terburuk/

Umno sendiri yg kata?

Jeng Jeng Jeng... Filem baru FIB akan keluar x lama lagi.... Tunggu kemunculannya....

APA KESAH NI?

APA KESAH NI?

SEBAR...

SEBAR...

LAWAK.. KUIKUIKUI...

APA KES?

SEBARKAN....

PERGHH.... BARU AKU TAW....!

AZMI aWANG KHALDAI JAYA JUAL AISKRIM..POYO JER..

KAMI TAK LUPA WEII..... !!

PERDANA MENTERI PALING SENGAL....

MADAH BERHELAH


.... 

PASIR MAS - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menggubal draf hukum hudud sebagai penerangan awal kepada rakyat.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, draf awal ini akan memberi pendidikan kepada bukan sahaja umat Islam, malah bukan Islam. Sebahagian orang bukan Islam tidak sokong penggubalan hukum ini, kerana fikir ia diwajibkan ke atas mereka.

“Sedangkan hukum hudud ini, hanya dikenakan ke atas umat Islam,” katanya, semalam. Katanya, masyarakat terlalu memikirkan waktu pelaksanaannya, sedangkan ia masih lagi dalam perancangan, malah dasarnya juga tidak dibincangkan.

JANJI DAPAT TIPU RAKYAT UNTUK UNDI BN.. UMNO GUNA NGO UNTUK MENIPU... KAH KAH KAH!!!

KAMI SEDANG MENUNGGU NAJEEB UMUMKAN PEMBUKAAN KEDAI MINYAK 1 MALAYSIA..



DENGAR HARGA RON95 RM 1 <---- nombor 1 adalah kegemaran Najeeb. so betul ker nih? harap stesyen minyak ni di buka cawangan nya dengan banyak.. rakyat merungut ikan mahal.. ko buka kedai ikan,klinik bayar siingit jer. rakyat x complain.ko buat gak klinik 1 mesia.. [ikot stail negara israil] makan mahal? kobukak kedai makan 1 mesia.. [kat kl aja la..] semua yg ko bukak tu TAK PERNAH gua jumpa bai.. sebab bukan berhampiran tempat tinggal aku.. so kedai kain kapan 1 malaysia yg baru najeeb bukak ni harap2 warga Dari kedah/perlis kelantan JB,melaka,perak.. korang korbankan RM untuk bayar tol.. jangan merungut harga tol lebih mahal dari baju yg korang akan beli nanti ya.. korang kan sokong umno!!! kehkehkeh !! Abu Nawas btol x?

ckp mcm rakyat m'sia ni x pi skola...hang ni menteri pelajaran kn..awat bodoh piang hang nie???

pendedahan PENIPUAN umno.mari kita dedahkan supaya rakyat dapat menilai,apakah UMNO perlu di kekalkan memerintah di Putrajaya lagi?

Paras air di tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras tertinggi, kata exco kanan Selangor, Ronnie Liu.

Paras air di tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras tertinggi, kata exco kanan Selangor, Ronnie Liu.

Justeru, beliau memberi amaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya tidak mereka kenyataan berhubung krisis air.

Liu yang memegang portfolio kerajaan tempatan berkata, beberapa ketua kampung dan ahli majlis pagi ini sudah melawat empangan berikut dan mendapati ia masih penuh.

Wakil rakyat DAP itu kemudian mempersoalkan cadangan catuan air di Lembah Klang ekoran tidak berlaku kekurangan air seperti didakwa.

"Kita tidak percaya cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air.

"Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau menambah, sekiranya SYABAS tidak mampu merawat air mentah, syarikat konsesi itu patut menyokong rancangan menteri besar untuk mengambil alih operasinya.
 

Korang tahu dak gaji SAKAI ni brapa? tolol dak? ingat umno ingat tolol sepanjang masa !!!!! kui kui kui —

Cik Murni

kanak2 syria ini bangun pagi melihat lobang di rumahnya.

14/7/2012 Homs..kanak2 mangsa Syiah Basyar Asad.

itulah realiti...

Allah..Allah.. Syurga sajalah tmpt mu..

http://www.youtube.com/watch?v=e77LFE835xk&feature=share


kanak-kanak bertatih
Umur: 4 tahun sahaja
Jenayah: zaman kanak-kanak yang tidak berdosa

...........

Toddler
Age: 4 years only
Crime: innocent childhood

Jangan lupa untuk berdoa bagi saudara-saudara kamu

semoga Allah melaknat keatas mereka

Salam

*Salam*
My Name is Leen..
I am 6 Years Old..
I'm from Daraa-Syria..

And I was Killed by Assad's Sniper.........
Headshot........


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=iUHQpjbe9Hw

Allahu Akbar look at this Martyr from Zamalka who's made shahada before death!

" 1550+ Wanita Dihukum Dengan Siksaan (Torture Sebenarnya) Dan Rogol Beramai-ramai Oleh Tangan Ini"

Every day there's mother crying in Syria

Lebih daripada 273 orang disembelih menggunakan pisau,

Lebih daripada 273 orang disembelih menggunakan pisau, 
150 orang semasa didalam masjid, 50 orang di sungai 
dan lebih 30 lelaki yang cedera dibakar hidup2, 
mayat masih kelihatan disekitar sungai dan jalan-jalan di Homs.

Nabi tak pernah ajar umatnya melakukan kemudharatan...Syiah ikut sape?

zaman najib ape pun merosot.

kahkahkah kantoi.....

Azrinaz serahkan 'jodoh baru' kepada ALLAH

Azrinaz: 'Saya masih sama seperti dahulu'
Azrinaz Mazhar Hakim ketika ditemu bual oleh majalah NONA, Mei lalu. - Foto ihsan NONA
SHAH ALAM - Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim mengakui masih belum menutup pintu hatinya dan menyerahkan kepada ALLAH soal menerima cinta baru atau sebaliknya jika ada "jodoh dan pertemuan."

Sehubungan itu kata Azrinaz, beliau tidak mengambil pendirian "menutup pintu hati" dalam soal menerima cinta baru.

"Saya serahkan semua itu kepada ALLAH S.W.T. Jodoh dan pertemuan, Dia yang menentukannya. Untuk menutup pintu hati ini mungkin tidak, cuma saya amat bersyukur dengan segala yang dimiliki sekarang," kata beliau dalam pertemuan dengan Editor NONA, Kiffy Razak yang mengemukakan
soalan "adakah Azrinaz serik untuk menerima cinta baru?"

Bekas isteri Sultan Brunei ini berkata, kehidupan beliau sudah cukup sempurna dengan kehadiran dua permata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 6, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 5.

Temu bual eksklusif beliau dibawa oleh majalah NONA edisi Julai, yang berada di pasaran sekarang.

Baru-baru ini, Azrinaz, 33, menemui peminatnya selepas 'berehat' selama tujuh tahun, menerusi kaca televisyen sebagai juri jemputan program realiti On Air.

Ia merupakan kemunculan pertama Azrinaz di televisyen selepas berhenti menjadi pengacara dan wartawan TV3 pada 2005 dan selepas perkahwinan dengan baginda Sultan Brunei berakhir dua tahun lalu.
Menjawab soalan bagaimana menepis suara-suara negatif, Azrinaz berkata, "situasi ini berlaku di mana-mana sahaja dan sepanjang masa."

"Tidak dinafikan, ia merupakan sebuah rencah kehidupan dan masyarakat sememangnya gemar bercerita mahupun ia, positif atau negatif.

"Saya menyusuri keadaan ini dengan tenang dan telah menjadi sebahagian antibodi dalam diri saya," kata bekas wartawan TV3 ini.
Tambah beliau, "saya tidak boleh menghentikan semua itu."

"Pelbagai cerita sejak sebelum berumah tangga, semasa dan selepas senantiasa menjadi bahan bualan. Saya menganggapnya seperti di angin lalu, saya dengar tetapi tidak sesekali simpan di dalam hati. Saya enggan menjadi JK," kata beliau yang merujuk "JK" sebagai singkatan kepada "jiwa kacau."

"Saya ingin hidup gembira dan bahagia, untuk itu saya perlu menanamkan sifat positif dalam diri sangat kuat kerana saya tidak boleh mengubah jika sesiapa sahaja ingin bercakap tentang perkara negatif," tambah beliau lagi.

Panel Bebas Bersih 3.0: Pemilik pacuan empat roda dicari

Panel Penasihat Bebas cuba mengesan kehadiran sebuah kenderaan pacuan empat roda misteri dipercayai
Panel Penasihat Bebas cuba mengesan kehadiran sebuah kenderaan pacuan empat roda misteri dipercayai membawa peralatan 'jammer' yang menyebabkan sistem komunikasi polis terganggu
PUTRAJAYA - Panel Penasihat Bebas telah mengenal pasti kehadiran sebuah kenderaan pacuan empat roda misteri dipercayai membawa peralatan 'jammer' yang menyebabkan sistem komunikasi polis terganggu sepanjang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Pengerusinya, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, oleh sebab itu panel meminta kerjasama dari semua pihak bagi mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut.

Menurutnya, dalam siasatan yang dijalankan oleh panel, mereka telah dimaklumkan oleh polis berhubung gangguan itu.

“Kami telah ditunjukkan beberapa gambar mengenai kenderaan itu, yang berlegar di beberapa jalan utama. Siasatan awal yang dijalankan mendapati ia bukan milik mana-mana kementerian atau pihak keselamatan.

“Siasatan itu merangkumi semua pihak termasuk syarikat telekomunikasi (Telco), sama ada mereka berada di kawasan berkenaan untuk meningkatkan tahap mutu perkhidmatan, kerana mereka sering melakukan tindakan sedemikian jika terdapat apa-apa program besar agar perkhidmatan tidak terganggu,” katanya di sini, semalam.

Panel penasihat ini ditubuhkan bagi menyiasat dan mendapatkan gambaran sebenar perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Selain itu panel penasihat ini boleh dijadikan saluran alternatif oleh mana-mana pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, bahan bukti dan sebagainya terutama yang berkaitan dengan perhimpunan itu.

Panel penasihat ini dianggotai oleh Mohammed Haniff, selaku pengerusi, manakala ahli panelnya terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Sim; Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohamad Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.

Bagaimanapun dua ahli panel terbabit iaitu Shim Lip dan Mohammad Medan menarik diri kerana masalah kesihatan dan bebanan tugas.

Mohammed Haniff berkata, setakat ini belum ada mana-mana pihak atau individu yang tampil, mengakui kenderaan itu milik mereka dan tujuan berada di kawasan itu dengan membawa peralatan tersebut.

“Saya ingin menyeru semua pihak sama ada orang ramai ataupun pihak media tampil bagi membantu siasatan untuk mengenal pasti pemilik kenderaan itu dan tujuannya berada di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Mohammed Haniff berkata, orang ramai dan peserta perhimpunan diminta tampil untuk memberikan kenyataan kepada polis berhubung dakwaan terdapat anggota polis melakukan kekasaran sepanjang perhimpunan itu.

Katanya, dalam laporan dan tayangan video yang diperoleh dari pelbagai sumber ada menunjukkan berlaku kekasaran, tetapi tiada pihak yang tampil membuat aduan atau menjadi  saksi.

“Sekiranya tiada saksi, polis akan mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota berkenaan dan setakat ini, dua anggota polis telah dihadapkan ke mahkamah berhubung kekasaran yang dilakukan oleh mereka,” katanya.

Mohammed Haniff berkata, Majlis Peguam dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) masih belum tampil bagi membantu siasatan.

Menurutnya, beliau sendiri akan mengutus surat kepada kedua-dua pihak terbabit untuk menjemput mereka bagi membantu siasatan.

Liwat: Blog pro-Umno dakwa pelajar buat laporan, orang Anwar kata 'konspirasi III'

Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
[DIKEMAS KINI, JAM 3 PAGI] SHAH ALAM - Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.
Sementara blog itu membawa laporan ini sejam sebelum tengah malam tadi, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mesej mengecam laporan itu turut dibuat menerusi Twitter dan Facebook.
Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.
Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.
Blog Papagomo menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.
"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.
Bagaimanapun entri blog empat para itu berkata, dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya.
"Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya, namun yang pasti semua kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu," katanya dilihat merujuk kepada perkembangan ketika kes liwat kedua pada 2008.
Anwar ketika itu mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki atas alasan keselamatannya terancam.
Blog itu sebelum ini pernah menyiarkan beberapa klip rakaman menyentuh Anwar sejak awal tahun lalu.
Laporan blog itu turut membawa gambar dua lelaki berada dalam sebuah kereta polis, salah seorang dipercayai penuntut yang membuat aduan polis.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menerusi mesej Twitter menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai "sampah."
"Ada juga dengar-dengar tapi sampahlah bro (saudara)," kata beliau membalas mesej dua pengikutnya awal pagi ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, pesaing politik Anwar menggunakan modus operadi yang sama iaitu satu laporan polis dibuat dan ia akan disusuli dengan siasatan polis sebagaimana disaksikan dalam kes-kes sebelum ini.
Perkembangan terbaru ini jika benar dilihat akan mengganggu tumpuan Anwar, yang baru-baru ini berkata akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13, mengemudi PR menghadapi pilihan raya umum.
"Malah, ia juga sama sebagaimana kita saksikan dalam video yang ditontonkan oleh Datuk K (kepada media awal 2011) untuk menjejaskan imej Datuk Seri Anwar. Malah ,ia muncul beberapa hari selepas Peguam Negara membuat rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun dibebaskan.
"Perkara (laporan) ini tidak mengejutkan kami sebab skrip adalah sama dan digunakan oleh musuh-musuh kami untuk pilihan  raya umum," kata Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam.
Beliau menambah, ia akan membawa kesan buruk ke atas BN khususnya Umno selepas beberapa usaha mereka sebelum ini untuk memburukkan imej Anwar ternyata telah gagal.
Aktivis blogger Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan pula berkata, "adakah DSAI (Anwar) akan sekali lagi turun-naik mahkamah selama beberapa tahun?"
"Blog papagomo melaporkan seorang mahasiswa telah membuat laporan polis kononnya diliwat oleh DSAI baru-baru ini. Apakah ini taktik terbaru Umno untuk menghadapi PRU13 dengan mengalih tumpuan terhadap susuk yang pernah dua kali didapati tidak bersalah dalam konspirasi liwat satu dan dua," katanya lagi.
Katanya, perencanaan telah disusun dengan baik demi detik terpenting menghadapi pilihan raya "hidup mati Umno-BN."
"Lebih dilihat BN akan terlingkup dalam pilihan raya akan datang, maka sesuatu perlu dirangka sebelum terlambat, menjadikan PRU13 yang dicanang sejak pertengahan tahun lepas dianjak-anjak beberapa kali," katanya lagi.
Edy Noor juga berkata, Umno-BN yang kian hari kian terdesak akan menggunakan apa jua cara sekalipun bagi mengelak daripada tewas PRU-13, kedudukan yang bukan sahaja boleh menyebabkan harta hasil rasuah dirampas dan dikembalikan kepada rakyat, malah bakal ada pemimpin Umno yang akan menjengah ke tali gantung.
"Dijangkakan juga ramai bekas menteri yang akan naik basikal berseluar senteng bersama 'briefcase' usang di tangan.
"Biarpun terpaksa menggunakan SOP sedia ada, sekali gus menggunakan pakej persepsi yang telah dibina dari tahun 1998, apa sahaja cara untuk menghalang DSAI membawa rakyat menaiki takhta harus diguna pakai.
"Taktik 'diversion' dilihat mempunyai kesan serampang dua mata selain cubaan menjatuhkan reputasi anwar, mereka cuba merantai Anwar di pintu mahkamah," katanya sambil menambah, "sedangkan semua itu telah dilalui dengan berjaya oleh seorang Anwar didukungi semangat reformasi rakyat Malaysia."
Katanya, "maka apakah dengan kegusaran melampau ini, hadirlah slot terbaru konspirasi liwat ketiga?"

Kepala tak lekuk lagi

KASIH IBU BAPA...Shamsiah dan suami menemani Hisham di HUSM Kubang Kerian, semalam.
KASIH IBU BAPA...Shamsiah dan suami menemani Hisham di HUSM Kubang Kerian, semalam.
KOTA BHARU: “Anak saya tidak takut menjalani pembedahan, sebaliknya teruja dan asyik memberitahu selepas pembedahan nanti, orang lain tidak takut melihatnya dan boleh menjalani kehidupan seperti rakan seusianya,” kata Shamsiah Yatim, 57, ibu kepada Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, 24, atau lebih dikenali sebagai Hisham yang selamat menjalani pembedahan tempurung kepala, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, semalam.
Menurut Shamsiah, anaknya mula dibedah pada jam 10 pagi dan keluar dari bilik bedah pada jam 12.30 tengah hari.
“Ketika menunggu Hisham dibedah, saya berdebar juga. Saya tidak jemu berdoa dan akhirnya selepas melihat dia keluar dari bilik bedah, saya lega.

“Saya juga gembira apabila anak saya cepat sedar, namun belum boleh bercakap,” katanya ketika ditemui di HUSM bersama suaminya, Muhamad Mohd Noor, 52.

Harian Metro semalam melaporkan, Hisham yang kehilangan separuh tempurung kepalanya akhirnya berpeluang menjalani kehidupan seperti manusia normal selepas seorang lelaki yang hanya memperkenalkan diri sebagai hamba Allah bermurah hati membiayai pembelian tempurung kepala tiruan yang ditempah khas di Singapura berharga RM8,500 untuk dicantumkan dengan tempurung kepala asal Hisham.

MAHATHIR HARUS DISIASAT !!

Mesti Baca!! Koleksi Penyelewengan Mega Oleh Madey Kutty

MAFIABOSS No comments

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Muhamad kini dilihat sebagai Perdana Menteri de-facto menggantikan Rosmah, kini begitu bersemangat menjadi jurucakap kerajaan Najib. Kita melihat keadaan ini sebagai tanda betapa kerajaan BN yang diterajui oleh Umno Baru ciptaan Tun M sudah semakin kehilangan keyakinan dan kepercayaan Rakyat.
Alhamdulillah Tun M yang telah begitu lanjut usia tetapi masih gagah ke sana ke mari mempertahankan kerajaan Najib yang semakin hari semakin menggelungsur turun dalam carta hati Rakyat Malaysia.
Beliau melakukan ini demi memanfaatkan sisa-sisa waktu yang ada sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan. Masa sudah tidak lagi menyebelahi kerajaan Najib yang memerintah. Jika selama ini, kerajaan BN/Umno Baru begitu selesa 'menunggu ilham' untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen, namun keadaan sekarang adalah sebaliknya.
Jadi dalam keadaan masa yang semakin menghampiri tempoh luput di mana Parlimen wajib dibubarkan, Tun M tidak punya banyak pilihan. Beliau tidak mahu apa yang menimpa bekas pemimpin Mesir, Hosni Mubarak serta beberapa orang bekas Presiden Korea Selatan turut menimpa dirinya. Sekiranya selepas PRU-13, kerajaan BN/Umno Baru berjaya dikeluarkan daripada Putrajaya oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau dan seluruh kroninya berkemungkinan besar akan 'masuk ke dalam' untuk menghabiskan sisa-sisa usia.
Sahabat saya, Tun Telanai, salah-seorang penulis dan penganalis pro-reformasi yang telah bergiat sejak awal era reformasi dulu, mengajak kita melihat dan menyemak senarai salah-laku dan segala penyelewengan yang telah dilakukan oleh Tun M dan barisan kabinetnya sepanjang tempoh beliau berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia bersama kerajaan BN/Umno Baru.

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah.

Persepsi rakyat:
Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
Memaksa Petronas membeli saham Proton.
Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:

Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).

5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa

Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
Mengganggu penyiasatan BPR
Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

Keruntuhan makmal computer;
Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
Keretakan PULAREK; dan
Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
Kes fiasco pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara;
Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
Perlantikan Ariffin Jaka dan Augustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
Kerugian pelaburan Tabung Haji;
Kerugian RM15b Bank Negara;
Kerugian RM40 juta AIM;
Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

Menutup dua MRSM di Terengganu;
Menutup sekolah agama rakyat; dan
Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.

Oleh Tun Telanai