Showing posts with label asli. Show all posts
Showing posts with label asli. Show all posts

Monday, April 19, 2010

Kami akan kalahkan BN dengan sebatang pensil- Orang Asal


Kami Orang Asal memang tak puas hati dengan sikap BN dan kami menjadi mangsa BN yang tak berhati perut, dengan mempertikaikan hak kami ini yang membuatkan Orang Asal marahkan BN sekarang. Kami akan hancurkan BN pada pilihan raya yang akan datang dengan sebatang pensil sahaja 

Oleh Faizal Ezzany
KUALA KUBU BAHARU17 April - Orang Asal Hulu Selangor sudah bosan serta menolak Umno-Barisan Nasional kerana tidak pernah mengambil tahu tentang masalah mereka dan mengabaikan kebajikan Orang Asal sejak lebih tahun mentadbir negara.

Seorang wakil Orang Asal yang ditemui pada perarakan calon Pakatan Rakyat ke pusat penamaan calon semalam, Kin Kasim, 58, berkata antara masalah yang paling besar dihadapi kaum Orang Asal di Hulu Selangor ialah isu tanah yang telah diketepikan oleh Umno-BN sejak sekian lama.

"Hal tanah ini memang menjadi masalah besar kepada kaum Orang Asal, kerajaan BN tidak pernah berbincang dengan kami tentang masalah tersebut sehinggakan ada tanah kami telah dicerobohi oleh pihak luar menyebabkan kami susah untuk bercucuk tanam. Selain itu juga kami tidak mendapat hak milik ke atas tanah kami itu, sekarang semua Orang Asal marahkan BN," jelasnya.

Penamaan calon semalam menyaksikan penyertaan masyarakat Orang Asal yang sama-sama berhimpun dengan penyokong Pakatan Rakyat bagi memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Kaum Orang Asal yang datang dari Kampung Penderas Kuala Krau Temerloh Pahang seramai 30 orang tiba di Kuala Kubu Baharu sejak jam 5 pagi semalam.

Seorang lagi wakil Orang Asal, Majid Siap, 58, juga menjelaskan isu tanah sememangnya menjadi masalah terbesar kaum Orang Asal di negara ini.

"Isu tanah ini memang menjadi masalah besar kepada penduduk kaum asal dan ada juga tanah kami diambil oleh BN tanpa kami sedar. Sikap yang sedemikian inilah membuat masyarakat orang asal sudah bencikan BN, kami sanggup datang jauh semata-mata ingin memberi sokongan kepada KEADILAN yang jelas telah menolong kaum Orang Asal di Selangor, kami juga mahu masyarakat Orang Asal di Pahang juga dapat dibela.

"Kami Orang Asal memang tak puas hati dengan sikap BN dan kami menjadi mangsa BN yang tak berhati perut, dengan mempertikaikan hak kami ini yang membuatkan Orang Asal marahkan BN sekarang. Kami akan hancurkan BN pada pilihan raya yang akan datang dengan sebatang pensil sahaja," katanya.

Orang Asli Hulu Selangor mahu masalah tanah diselesai





2010/04/19

HULU SELANGOR: Tanah, kebajikan dan perubahan taraf hidup adalah tiga isu utama yang dibangkitkan kebanyakan Orang Asli yang mendiami kampung tradisi di Kuala Kubu Baru, Batang Kali dan Hulu Bernam di sini.
Misalnya, majoriti 33 keluarga Orang Asli di Kampung Serigala, Sungai Selisik, berpuas hati dengan perhatian dan bantuan kerajaan namun amat berharap masalah tanah yang belum diwartakan diselesaikan.

"Ini isu kritikal...saya sendiri ada beberapa ekar tanah kebun belum digazet," kata Tok Batin Kampung Serigala, Husin Awa ketika ditemui di kampung tradisi itu, kira-kira sejam dari Kuala Kubu Baru menggunakan jalan lama melalui Hulu Bernam.

Husin berkata masalah tanah itu menyebabkan masyarakat Orang Asli merasa tertekan.

"Kami duduk di sini lama masa darurat lagi. Ini tanah Orang Asli, kami pribumi," kata Tok Batin itu yang memakai baju batik kelabu ketika menunggu kunjungan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal yang melakukan tinjauan sempena Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat kampung itu hari ini. - Bernama