Saturday, September 10, 2011

Jeneral Gaddafi kini di Burkina Faso

NIAMEY: Beberapa jeneral yang setia kepada Muammar Gaddafi kini berada di Burkino Faso setelah tiba dari Niger.
Menurut sumber etnik Tuareg, sekumpulan jeneral dan pegawai kanan yang rapat dengan Gaddafi memasuki Niger menerusi Agadez empat minggu lalu sebelum meneruskan perjalanan ke Niamey untuk mengeluarkan wang di bank milik Libya dan terus ke Burkina Faso.

Perdana Menteri Niger, Brigi Rafini berada di Burkina Faso semalam untuk berunding dengan Presiden Blaise Comapaore. - AP

Ulang tahun serangan 9/11 diancam bom





2011/09/10

SEORANG anggota keselamatan lengkap bersenjata berkawal di kawasan orang awam di New York. Pasukan keselamatan negara itu dikerah meningkatkan kawalan berikutan ada dakwaan ancaman bom menjelang ulang tahun ke-10 serangan 11 September 2001 esok.
SEORANG anggota keselamatan lengkap bersenjata berkawal di kawasan orang awam di New York. Pasukan keselamatan negara itu dikerah meningkatkan kawalan berikutan ada dakwaan ancaman bom menjelang ulang tahun ke-10 serangan 11 September 2001 esok.
Banjir landa kawasan timur AS, California tiada bekalan elektrik

NEW YORK: Bandar raya ini kelmarin mengerahkan tambahan anggota polis termasuk pegawai lengkap bersenjata selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat memberi amaran ancaman bom menjelang ulang tahun ke-10 serangan 11 September 2001 esok. 

“Ada maklumat perisikan mengenai wujudnya ancaman, tetapi tidak dapat disahkan,” kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, ketika Rumah Putih mengesahkan Presiden Barack Obama mengarahkan usaha anti-keganasan dipertingkatkan.
“Kami sudah mengambil semua langkah diperlukan bagi mencegah sebarang ancaman yang muncul,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
Pegawai persekutuan di Washington, yang enggan dikenali berkata ada ancaman pengganas potensi termasuk kenderaan dipenuhi bom yang disasarkan sama ada di ibu kota itu atau bandar ini. 

Beberapa perincian diberi, namun seorang pegawai Amerika memberitahu AFP, sebuah bom kereta “berada dalam senarai teratas apa yang kami akan cari.” 

“Ada cukup maklumat yang khusus dan sah yang anda perlu memburunya,” kata pegawai menambah, “Saya menegaskan perkara ini masih belum disahkan.” 

Walaupun tiada perubahan segera terhadap paras ancaman rasmi negara, pihak berkuasa bandar raya ini segera mengumumkan langkah kawalan tambahan. 
Jabatan polis “mengerahkan sumber tambahan, sesetengah yang anda sedari dan sesetengahnya tidak,” kata Datuk Bandar Michael Bloomberg kepada media. 

Pesuruhjaya polis bandar Raymond Kelly memberitahu sidang media bahawa langkah itu termasuk polis “terlatih dengan senjata berat diletakkan di luar Manhattan untuk bersedia.” 

Kelly berkata tambahan masa bekerja dilaksanakan di sekitar bandar raya ini, dengan pemeriksaan ke atas feri, terowong, jambatan dan mercu tanda, kata Kelly. 

Sementara itu di WILKES-BAR-RE, hujan tanpa henti akibat sisa Ribut Tropika Lee menyebabkan banjir besar di timur Amerika Syarikat kelmarin, memaksa perpindahan kira-kira 130,000 orang di Pennsylvania, New York dan Maryland. 

Pesuruhjaya Luzerne County Stephen Urban berkata kira-kira 65,000 orang dipindahkan dari daerah itu berikutan ancaman paras air sungai Susquehanna yang semakin meningkat. 

Sekurang-kurangnya tiga orang maut di Pennsylvania akibat banjir. Hujan lebat berlaku akibat sistem cuaca yang terdahulu menenggelami Pantai Teluk Amerika dan menguji pertahanan banjir di New Orleans. 

Di SAN DIEGO, gangguan bekalan elektrik secara besar-besaran akibat ‘kegagalan manusia’ menyebabkan hampir lima juta penduduk di beberapa bahagian California, Arizona dan Mexico terpaksa bergelap kelmarin manakala pihak berkuasa berkata daripada mereka mungkin bercuti selama sehari atau lebih. 

Gangguan berlaku selepas seorang kakitangan melakukan satu prosedur di sebuah sub stesen di Arizona, menyesakkan lalu lintas di lebuh raya California Selatan, menghentikan bekalan air di beberapa bahagian daerah San Diego dan Tijuana serta menyebabkan penduduk berusia dikejarkan ke bilik kecemasan. 

Lapangan Terbang Antarabangsa San Diego membatalkan semua penerbangan keluar, lalu lintas terhenti ketika lampu isyarat bandar tidak bernyala dan kira-kira 70 orang terpaksa diselamatkan oleh jabatan bom kerana lif terhenti. – AFP/Reuters 

Datuk Bandar Bogor halang tubuh gereja di jalan Islam



JAWA BARAT 9 Sept. - Datuk Bandar Bogor, Diani Budiarto cuba melaksanakan satu dekri menghalang penganut Kristian menubuhkan gereja di jalan-jalan raya yang menggunakan nama Islam atau penganutnya.
Diani membatalkan permit bangunan dan menutup Gereja Kristian Indonesia Taman Yasmin di Bogor, kerana ia dibina di jalan raya yang menggunakan nama Islam.
Tindakan Datuk Bandar Bogor tersebut bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Indonesia pada Disember lalu yang membenarkan penganut Kristian mengadakan pertemuan di gereja tanpa sebarang gangguan.
Jurucakap gereja, Bona Sigalingging menyifatkan tindakan Diani sebagai berbahaya dan tidak mematuhi undang-undang.
''Ini sangat berbahaya untuk perpaduan rakyat Indonesia. Kebanyakan gereja dibina di jalan raya menggunakan nama Islam dan masjid juga dibina di jalan raya menggunakan nama Kristian.
''Datuk Bandar sebelum ini berjanji untuk mematuhi keputusan mahkamah tinggi,'' ujarnya.
Dalam pada itu, seorang guru agama Islam tempatan, Muhammad Mustofa berkata, beliau tidak mempunyai bantahan terhadap penubuhan gereja itu di jalan raya yang dinamakan sempena nama bapanya.
''Islam di Indonesia sentiasa berinteraksi dengan agama lain termasuk Buddha dan Kristian. Kami bersedia hidup dalam suasana yang harmoni,'' katanya dalam satu temubual dengan saluran Al-Jazeera. - Agensi

Kapal perang Turki akan iringi flotila



KAHERAH 9 Sept. - Turki akan menghantar kapal-kapal perangnya untuk mengiringi flotila kapal bantuan kemanusiaan dari negara ini ke Genting Gaza bagi mengelak insiden serangan Israel pada tahun lalu daripada berulang.
Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, kapal perang Turki kelas pertama akan dikerah melindungi flotila kapal-kapal dari negara ini yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
"Mulai sekarang, kami tidak akan membiarkan kapal-kapal kami diserang oleh Israel seperti yang berlaku kepada Freedom Flotilla pada tahun lalu," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Al Jazeera.
Edrogan turut memberitahu bahawa Turki telah mengambil langkah bagi menghentikan Israel daripada mengeksploitasi sumber di Mediterranean, selepas peningkatan ketegangan antara kedua-dua bekas sekutu itu, ekoran Israel enggan memohon maaf berhubung insiden serangan ke atas flotila bantuan kemanusiaan pada tahun lalu.
Beliau bagaimanapun berkata, hubungan negara ini dengan Israel boleh dipulihkan jika rejim Zionis itu memohon maaf atas insiden serbuan ke atas flotila bantuan ke Gaza pada tahun lalu yang mengorbankan sembilan aktivis Turki dan bersetuju untuk membayar pampasan.
Sementara itu, jurucakap Menteri Luar Israel, Yigal Palmor berkata, kenyataan ini tidak sesuai untuk diulas.
Hubungan antara Turki dan Israel menjadi tegang selepas komando rejim Zionis menyerang flotila kapal, Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Mei tahun lalu.
Lapan rakyat Turki dan seorang warga Amerika Syarikat (AS) berketurunan Turki terbunuh dalam serangan itu.
Pada awal bulan ini,, Turki mengusir Duta Israel ke Ankara dan memutuskan hubungan ketenteraan dengan rejim Zionis itu selepas laporan inkuiri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan Israel menggunakan kekerasan 'keterlaluan' terhadap flotila kapal bantuan Turki ke Genting Gaza pada Mei tahun lalu. - REUTERS

Orang terkaya Australia disaman anak sendiri



SYDNEY 9 Sept. - Orang terkaya Australia, Gina Rinehart disaman oleh seorang daripada anak kembarnya berhubung kes yang dilaporkan media mengenai satu pertikaian komersial.
Hope Rinehart Walker dilaporkan mengambil tindakan undang-undang ke atas ibunya di Mahkamah Agung New South Wales.
Motifnya, bagaimanapun masih belum dipastikan walaupun ketika sesi pendengaran ringkas, peguamnya menyatakan ia mengenai 'kesan daripada rundingan komersial'.
Gina merupakan satu-satunya anak kepada bekas usahawan lombong terkemuka Australia, Lang Hancock yang mewarisi perniagaan ayahnya, Hancock Prospecting sejak 20 tahun lalu dan mengubahnya menjadi sebuah syarikat yang kini dianggarkan bernilai AUS$10 bilion (RM31.8 bilion).
Beliau yang menjauhkan diri daripada publisiti dan meningkatkan kekayaannya sekali ganda ekoran kenaikan harga komoditi sebelum ini terkenal selepas diusir oleh ayahnya selepas Hancock berkahwin dengan pembantu rumah mereka seorang rakyat Filipina, Rose Porteous.
Kedua-dua wanita itu terlibat dengan perebutan harta Hancock selama beberapa tahun.
Gina Rinehart yang telah berkahwin dengan seorang peguam, Frank Rinehart selepas berpisah dengan suami pertamanya, Gerg Hayward, dikurniakan anak perempuan kembar, termasuk Hope, yang menyamannya. - AFP

5 juta penduduk California bergelap




Bandar Raya San Diego bergelap berikutan bekalan elektrik terputus, semalam. - REUTERS


SAN DIEGO 9 Sept. - Lebih lima juta penduduk di California Selatan dan sebahagian Arizona serta Mexico semalam ‘bergelap’ selepas bekalan elektrik ke kawasan berkenaan terputus, kata syarikat San Diego Gas and Electric.
Operator grid kuasa California berkata, keadaan itu berlaku selepas kabel kuasa tinggi yang membekalkan elektrik dari Arizona ke California Selatan terputus.
Lapangan Terbang Antarabangsa San Diego membatalkan semua penerbangan, manakala lalu lintas menjadi sesak selepas lampu isyarat tidak berfungsi.
Penduduk juga melahirkan rasa marah dan berlaku kekeliruan di laman web Twitter, terperangkap dalam lif selain alat penghawa dingin tidak berfungsi.
Syarikat San Diego Gas dan Electric dalam Twitter berkata, 1.4 juta pelanggan syarikat itu mengalami bekalan elektrik terputis, manakala syarikat Southern California Edison menyatakan keadaan itu memaksa pihaknya menutup dua unit loji tenaga nuklear.
Syarikat kemudahan awam Arizona melaporkan kira-kira 56,000 penduduk kawasan itu terputus bekalan elektrik sejak pukul 3.40 petang waktu tempatan.
Seorang Profesor Universiti San Diego, Alan Gin berkata, lampu isyarat dan stesen minyak di San Diego tidak beroperasi manakala liputan telefon bimbit terjejas teruk.
Syarikat-syarikat kemudahan awam San Diego memberi amaran bekalan elektrik tidak dapat dipulihkan dalam tempoh yang singkat.
‘‘Bersedia untuk tinggal di rumah tanpa bekalan elektrik,’’ ujar syarikat Sempra kepada pelanggan,
Keadaan itu turut dialami oleh Baja California Utara, Mexico sejak petang. – Agensi

New York tingkat kawalan




Gambar bertarikh 7 September lalu merakamkan pegawai polis Chicago, Nick Spencer dan anjing polis yang diberi nama Ggillis meronda di sistem stesen bawah tanah di tengah Chicago. Ggillis, seekor anjing Labrador berusia tiga tahun diberi nama sempena nama Sarjan Rodney Gillis yang terbunuh dalam tragedi 11 September 2001 ketika cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di Pusat Dagangan Dunia di New York. - Agensi


NEW YORK 9 Sept. - Jumlah anggota polis ditingkatkan di beberapa lokasi utama, termasuk di terowong dan jambatan berhubung laporan perisikan mengenai risiko serangan menjelang ulang tahun ke-10 tragedi serangan 11 September di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad ini.
"Pihak berkuasa menempatkan lebih ramai anggota polis di beberapa lokasi yang dilihat berisiko untuk berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," kata Datuk Bandar Michael Bloomberg.
Pesuruhjaya Polis New York, Raymond Kelly berkata, langkah tersebut termasuk menempatkan pasukan yang mendapat latihan menggunakan senjata berat di luar Manhattan.
"Waktu bertugas anggota polis dilanjutkan bagi mengawal New York meliputi perkhidmatan feri, terowong, jambatan dan kawasan mercu tanda utama.
"Perkhidmatan tunda kereta dan pemeriksaan beg di laluan bawah tanah turut diperluaskan bagi mengesan bom atau yang berkaitan dengan keganasan," katanya.
Dalam pada itu, Bloomberg menegaskan walaupun risiko serangan itu dilihat tidak kukuh, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil kira.
"Ancaman serangan kini belum dapat dikenal pasti, namun kita tidak boleh mengabaikannya.
"Ia (serangan) boleh berlaku dan kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga," ujarnya. - AFP

Saya tidak jual anugerah - Datuk Undang Naning



ABDUL LATIF memegang buku perlembagaan Tambo Alam Naning di Balai Rasmi Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka semalam.


ALOR GAJAH - "Saya tidak pernah jual sebarang anugerah termasuk anugerah Datuk."
Demikian tegas Datuk Undang Wilayah Naning ke-19, Datuk Abdul Latif Hashim mengenai isu penjualan anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning.
Menurutnya, dia sebagai Datuk Undang Wilayah Naning yang sah tidak pernah menjual anugerah darjah kebesaran atau melantik wakil untuk menjual anugerah berkenaan.
"Kami juga tidak merancang mengadakan majlis penganugerahan darjah kebesaran pada 20 Oktober ini kerana majlis seperti itu telah diadakan Mei lalu dan hanya akan diadakan sekali lagi pada Mei tahun depan.
"Oleh itu, jangan percaya jika ada yang mengatakan dia mewakili Datuk Undang Naning dan meminta bayaran bagi pengurniaan anugerah," katanya ketika ditemui di Balai Rasmi Undang Naning di sini semalam.
Kosmo! Selasa lalu melaporkan kebimbangan seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 50-an, yang khuatir ditipu apabila diminta membayar sejumlah wang RM50,000 oleh seorang individu bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka.
Amin telah membayar RM5,000 sebagai wang pendahuluan dan suspek memberi jaminan gelaran itu akan disampaikan jika baki wang berkenaan dijelaskan secara berperingkat-peringkat menjelang istiadat di Alor Gajah pada 20 Oktober depan.

Faezah Elai, Heykal kini suami isteri



FAEZAH menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 daripada Heykal di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Aktres dan model terkenal, Faezah Elai dan pengarah drama, Mohammad Heykal Mohd. Hanifah sah bergelar suami isteri apabila mereka selamat diijabkabulkan di dewan Kondominium Platino, Gelugor di sini semalam.
Faezah, 29, dan Mohammad Heykal, 38, dinikahkan oleh Jurunikah Kawasan A, Timur Laut, Abdullah Yahya kira-kira pukul 3.35 petang sambil disaksikan lebih 300 ahli keluarga terdekat.
Pelakon tersebut yang ditemui sejurus selesai majlis akad nikah, melahirkan rasa syukur kerana semua yang dirancang berjalan dengan baik dan kini sudah bergelar isteri kepada Mohammad Heykal selepas hampir setahun menjalin hubungan cinta.

Namapun keling

Zainal Kling: Malaya tak pernah terjajah

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

azlanKatanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.

MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan


Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

british coldstream guardBagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan".

"British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam.

"Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik.
-mkini

Debat : PAS mahu siaran langsung, di stadium

PAS mahu debat yang dicadangkan antara Timbalan Presidennya Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu Mat Indera dan sejarah perjuangan kemerdekaan diadakan di stadium dan secara langsung di televisyen.

NONEKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, "demi keadilan" kepada semua, debat itu dicadangkan disiarkan di RTM atau televisyen swasta dan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam.

"Bagaimanapun pihak PAS bersetuju sekiranya pihak YAB Tan Sri Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini," kata Tuan Ibrahim (kiri).

PAS sebelum ini mengutarakan cadangan itu selepas Mohamad diserang hebat bermula 27 Ogos apabila dilaporkan berkata Mat Indera dan penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukannya "polis British".

Muhyiddin setakat belum menyatakan sama ada bersetuju atau menolak cabaran itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim mengulangi keperluan debat itu menjadi kenyataan kerana ia penting merungkai polemik hangat dan menjawab semua persoalan berbangkit.

mat indera 060911"Debat ini diharap dapat membuka minda rakyat secara terbuka untuk rakyat menilai sendiri ketepatan hujah yang dikemukakan nanti, dan diharap isu ini tidak menjadi polemik yang berpanjangan," katanya.

Penceramah terkenal itu berkata, PAS juga bersedia menerima mana-mana NGO, persatuan akademik atau institusi pengajian tinggi yang bersedia bekerjasama menjayakan cadangan itu.

"Pihak PAS mohon pertimbangan wajar daripada pihak Tan Sri Muhyiddin agar menyahut cabaran dan cadangan ini demi kebaikan kepada semua pihak," kata Tuan Ibrahim lagi.