Friday, June 15, 2012

Semua orang kena faham isu ini.

kebiadapan melampau para pemimpin UMNO mencaci hina institusi Raja-Raja Melayu yang dikenali sebagai Krisis Perlembagaan 1993.

Admin adalah rakyat yang sangat kerdil untuk menasihatkan Raja-Raja, maupun meperingatakan semula sejarah hitam lampau mengenai kebiadapan melampau para pemimpin UMNO mencaci hina institusi Raja-Raja Melayu yang dikenali sebagai Krisis Perlembagaan 1993.

Tetapi demi Allah dan demi Agama, Raja-Raja tak perlulah begitu sensitif dengan sebarang teguran dari rakyat, melainkan teguran itu menderhakai Raja-Raja. 

Menderhakai itu membawa maksud menentang Raja-Raja, menentang Raja-Raja berperlembagaan, menghina Raja-Raja dengan perkara yang tidak betul, mempersoalkan kedudukan Raja-Raja seolah-olah Raja-Raja tidak dipertahankan oleh Undang-Undang dan Perlembagaan. 

Selepas Pindaan Perlembagaan yang disetujui oleh semua Raja-Raja, kecuali keatas beberapa perkara yang khusus, Raja-Raja di Malaysia hampir menyamai Raja (Takhta) di England, iaitu berbentuk "ceremonial". 

Pindaan Perlembagaan itu dipaksakan keatas Raja-Raja oleh Kerajaan UMNO/BN dan semasa proses pindaan itu berlangsung seluruh jentera Kerajaan UMNO/BN ketika itu mengambil sikap yang sangat biadap terhadap Raja-Raja dan admin masih ingat terlibat bersama PAS mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, 

Amat sedih dan pilu pada waktu itu bila membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian yang begitu "kurang ajar" dan biadap tiada taranya terhadap Raja-Raja. 

Tetapi apakan daya, kuasa politik berada di tangan UMNO, dan tiada Raja-Raja yang murka diatas tulisan-tulisan yang menghina Raja-Raja yang dipaparkan. 

Kenyataan YB Ir Nizar jika dibandingkan dengan kenyataan-kenyataan pimpinan UMNO pada waktu itu di Utusan Malaysia dan Berita Harian langsung tidak sama taraf kebiadapan dan kurang ajarnya kenyataan-kenyataan pimpinan para UMNO.

Para pemimpin PAS bersama-sama dengan Parti Semangat 46 ketika itu dibawah panji Angkatan Perpaduan Umah ( APU ), mempertahankan Raja-Raja pada waktu itu.

Merekalah dengan cergas dan lantang menentang UMNO yang mempersendakan kedudukan Raja-Raja.

Inilahlah sejarah yang cuba dipadamkan kepeda pengetahuan dan ingatan rakyat jelata. 

Semoga Raja-Raja mengingati peristiwa hitam Pindaan Perlembagaan tersebut.

Peristiwa hitam itu cuba ditimbul dan mainkan semula oleh media Kosmo, media kepunyaan dan milik UMNO sendiri dengan mempersendakan secara melampau bidaan bernilai RM520,000 no plate WWW 1.

Mohon bandingkan apa yang di tweet oleh YB Ir Nizar dengan apa yang dipaparkan diakhbar Kosmo.

Paling utamanya YB Ir Nizar sudah pun memohon maaf secara terbuka seandainya apa yang beliau tweetkan itu menguris perasaan DYMM Sultan Johor.

Sehingga kini pihak akhbar Kosmo masih dengan sombong dan angkuh membisu seribu bahasa, memohon maaf jauh sekali.


p/s: sekadar membongkar sejarah-sejarah lama yg jarang2 org umno SEDIA MAKLUM bukti PENDERHAKAAN ciptaan mereka sendiri. Ini HAKIKAT & FAKTA SEBENAR ibarat meludah ke LANGIT jatuh TERKONO MUKA SENDIRI yob ~ kikiki.. ^__^


Ikhlas-DF

Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang

Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya ???

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno. Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang SEBENARNYA menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu!!!

p/s: sekadar membongkar sejarah-sejarah lama yg jarang2 org umno SEDIA MAKLUM bukti PENDERHAKAAN ciptaan mereka sendiri. Ini HAKIKAT & FAKTA SEBENAR.

Ikhlas-DF

Senarai Kebiadaban Umno Terhadap Raja-Raja Melayu:

Senarai Kebiadaban Umno Terhadap Raja-Raja Melayu:

BUKTI & FAKTA!!!

Pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana.

Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”.

Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?

8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)


(UMNO menggelar Sultan Terengganu atau Yang DiPertuan Agong ketika itu sebagai BINATANG.. apakah Melayu sudah lupa?)


9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu.

10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil?

12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11 Jun 1993.)

13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009.

15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?

16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.

17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu.

Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993.

Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno. Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu.

p/s: sekadar membongkar sejarah-sejarah lama yg jarang2 org umno SEDIA MAKLUM bukti PENDERHAKAAN ciptaan mereka sendiri. Ini HAKIKAT & FAKTA SEBENAR ibarat meludah ke LANGIT TERKONO MUKA SENDIRI yob ~ kikiki.. ^__^

Ikhlas-DF 

Senarai Kebiadaban Umno Terhadap Raja-Raja Melayu:

Senarai Kebiadaban Umno Terhadap Raja-Raja Melayu:

Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana.

Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”.

Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?

8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)


(UMNO menggelar Sultan Terengganu atau Yang DiPertuan Agong ketika itu sebagai BINATANG.. apakah Melayu sudah lupa?)


9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu.

10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil?

12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11 Jun 1993.)

13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009.

15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?

16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.

17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu.

Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993.

Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.


Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno. Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang SEBENARNYA menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu!!!

p/s: sekadar membongkar sejarah-sejarah lama yg jarang2 org umno SEDIA MAKLUM bukti PENDERHAKAAN ciptaan mereka sendiri. Ini HAKIKAT & FAKTA SEBENAR.

Ikhlas-DF

Harakah Islamiyah, sebuah gerakan pembebasan Palestin telah menganjurkan demonstrasi bagi menyokong rakyat Syria

Harakah Islamiyah, sebuah gerakan pembebasan Palestin telah menganjurkan demonstrasi bagi menyokong rakyat Syria dalam menuntut kemerdekaan negara itu semalam, 9 Jun 2012. Himpunan yang disertai ribuan rakyat Palestin itu diketuai oleh Syeikh Raid Solah, ketua gerakan tersebut yang terkenal kerana kelantangannya membela Masjid Al-Aqsa dan beberapa kali dipenjarakan oleh pihak berkuasa Israel. 

Sewaktu berucap kemudiannya, Syeikh Solah menyeru kepada umat Islam dan Arab supaya mengadakan himpunan jutaan di sempadan Syria. Kata beliau, "Revolusi Syria merupakan kesinambungan kebangkitan rakyat Palestin. Sesungguhnya, rakyat Palestin dan Syria hidup selama ini di bawah penguasaan penjajah yang zalim. 

Kebebasan Syria bermaksud kebebasan buat Palestin. Pembebasan Masjid Umawi bermaksud pembebasan buat Masjid Al-Aqsa."

Beliau kemudian menuju ucapan kepada pendukung revolusi rakyat di Syria:" Laungan kalian akan menjalar hingga ke Al-Quds."

Sementara itu, demonstrasi aman yang disertai oleh ribuan penduduk itu bermula dari pusat bandar Tumrah yang dipimpin oleh Syeikh Raid Solah, naibnya Syeikh Kamal Khatib dan Syeikh Hamad Abu Da'abas. Ia turut disertai oleh kanak-kanak, wanita dan warga emas sambil melaungkan "Berambus kamu wahai Basyar!" dan "Ucapan kami rakyat Palestin..Buat warga Syam yang terus bersabar."

Rakyat Palestin juga pada masa ini diuji dengan penindasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel khasnya di Semenanjung Gaza. Situasi politik mereka juga agak getir pada waktu ini khasnya cabaran bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara Hamas dan Fatah. Walaupun sibuk dengan urusan setempat namun semangat persaudaraan Islam tidak melalaikan mereka dari mengingati nasib saudara seagama mereka di Syria. Kita bagaimana?

Pautan video: http://www.youtube.com/watch?v=oZIYmHrYtok&feature=youtu.be

konflik di Syria tidak lari dari perselisihan antara Sunni-Syiah.

Sememangnya askar Syria bersendirian tidak akan mampu mengganas seperti yang kita saksikan pada waktu ini jika tiada bantuan dari pihak lain. Mereka adalah dari kalangan orang awam tetapi diupah. Tidak dinafikan juga konflik di Syria tidak lari dari perselisihan antara Sunni-Syiah.

Islammemo.cc menyiarkan buktinya. Pendedahan bahawa seorang penganut Syiah di Syria akan dibayar USD 100 setiap hari jika dapat membunuh wanita dan kanak-kanak Sunni.

Iran dan Hizbullah merupakan penyokong kuat Syria

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam kenyataan terbaru disiarkan oleh beberapa stesen televisyen Arab menuduh Iran dan Hizbullah terlibat menyokong rejim Syria. 

Persoalannya, kenapa negara haram Israel terlebih dahulu menuding jari terhadap Iran dan Hizbullah sedangkan terlalu banyak bukti sebelum ini yang mendedahkan penglibatan dua pihak ini bersama-sama Basyar? Kenapa tidak Liga Arab atau mana-mana negara Arab yang mendedahkan bukti-bukti dua 'syaitan besar' ini? 

Pihak admin melihat, ia satu perangkap. Sudah tentu jika Israel yang menuduh, tidak akan ada umat Islam yang akan mempercayainya kerana dunia Islam sudah lama dimomokkan konflik antara Israel dan Iran-Hizbullah yang dilihat blok penentang kuat Israel dan Amerika.

Jika anda membaca bahawa 'Iran, Syria dan Hizbullah' berada dalam blok anti-Amerika dan Israel, anda pasti akan terperangkap dengan permainan Israel ini.

Sememangnya Iran dan Hizbullah merupakan penyokong kuat Syria jika ia tidak didedahkan oleh Netanyahu sekalipun. Bukti sudah jelas!

Tentera Bebas Syria menangkap pasukan peluru berpandu rejim Basyar di pinggir wilayah Homs

Berikutan kejayaan Tentera Bebas Syria menangkap pasukan peluru berpandu rejim Basyar di pinggir wilayah Homs (boleh rujuk video yang kami poskan sebelum ini), pasukan TBS berjaya merampas beberapa kenderaan tentera, 1 radar dan 1 roket.

Kapten Abdullah Bahbouh juga memberi amaran bahawa akan menghalakan peluru berpandu tersebut ke arah istana Basyar jika sekiranya mereka tidak berundur.

Teruskan doa kita, semoga kemenangan menjadi milik rakyat Syria tidak lama lagi. Insya-Allah.

Lihat pautan ini : http://www.youtube.com/watch?v=KY46HcJCIGs&feature=player_embedded

Sebuah bas yang membawa tentera Rusia bagi membantu tentera rejim Basyar diserang di wilayah Dimasyq Bara

Sebuah bas yang membawa tentera Rusia bagi membantu tentera rejim Basyar diserang di wilayah Dimasyq Barat Sabtu lalu.

Selain itu juga, sebuah bangunan yang menempatkan tentera Rusia di Dimasyq juga dibom beberapa hari yang lalu menyebabkan kerosakan yang teruk kepada bangunan tersebut.

Perlu diingat bahawa Rusia merupakan negara yang kuat menyokong rejim Basyar dan juga di antara negara yang menghantar bantuan ketenteraan kepada rejim Basyar selain Iran, Hizbul Lat dan juga tentera Mehdi Iraq.

"Salamah kepada Iran: Hentikan Tangan kamu dari darah rakyat Syria sebelum kamu meraikan syuhada' kami."

Tajuk Berita: "Salamah kepada Iran: Hentikan Tangan kamu dari darah rakyat Syria sebelum kamu meraikan syuhada' kami."

Pejuang kebangkitan rakyat Mesir, Syeikh Hafidz Salamah menyeru Iran supaya berhenti dari menyokong rejim Syria yang telah menumpahkan darah rakyat awam yang tidak berdosa sebelum mereka berhasrat meraikan keluarga syuhada' Mesir yang terkorban di tangan pasukan keselamatan rejim Husni Mubarak dalam Revolusi 25 Januari lepas. 

Untuk makluman semua, kerajaan Iran minggu lalu mengundang seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam revolusi Mesir ke Iran bagi diraikan dalam satu majlis bersama-sama Presiden Iran, Ahmedinejad. 

Walaubagaimanapun, sebahagian besar keluarga tersebut menolak jemputan kerajaan Iran tersebut dengan alasan "Iran mempunyai niat yang lain". (Sila rujuk berita yang disiarkan admin sebelum ini). Hanya 30 keluarga sahaja telah memenuhi jemputan dan mereka telah selamat berangkat ke ibu negara Iran, Tehran minggu lalu. 

Salamah turut mengecam negara Iran yang cuba menyebarkan fahaman Syiah ke negara tersebut di sebalik jemputan mereka terhadap keluarga mangsa melalui pemberian hadiah dan sumbangan duit. 

Beliau berkata,"Sebagai ganti daripada kamu meraikan keluarga mangsa yang terkorban dari rakyat Mesir, lebih baik kamu hentikan kerjasama kamu yang menumpahkan darah rakyat Syria. Rakyat Mesir bukan seperti yang kamu gambarkan, sanggup menjual darah anak mereka kerana mahu memperoleh sedikit ganjaran duit dan hadiah."

Sepanjang Revolusi 25 Januari yang menumbangkan rejim Mubarak, lebih 1,000 rakyat Mesir terkorban dan 3,000 yang lain mengalami kecederaan. Kebanyakan mangsa dibunuh oleh pasukan keselamatan yang menggunakan kekerasan bagi menyekat kebangkitan rakyat yang berada di bawah penguasaan kuku besi selama 30 tahun.

Ya Allah, segerakan kehancuran untuk dia!

"Tidak bertambah bagi kami dengan penyembelihan yang dilakukan kecuali cintakan untuk syahid" .

"Tidak bertambah bagi kami dengan penyembelihan yang dilakukan kecuali cintakan untuk syahid" ...Ikhlas dari syuhada' Halab

rakyat Palestin di Ramallah menyatakan sokongan mereka kepada rakyat Syria dan mendesak agar regim Basyar berundur.

Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Islam juga mengajar penganutnya agar menjadikan saudara seakidahnya yang lain ibarat satu jasad. Analoginya apabila sakit peha kanan maka peha kiri juga akan terasa pedihnya. 

Gambar ini menunjukkan sebilangan rakyat Palestin di Ramallah menyatakan sokongan mereka kepada rakyat Syria dan mendesak agar regim Basyar berundur.

Walaupun mereka dalam keadaan tidak aman dijajah zionis Israel, tetapi hati mereka tetap mengingati rakyat Syria. 

Kita pula bagaimana?

Hasan Abdul Razzak kehilangan seluruh keluarganya dalam penyembelihan Haulah akhir Mei lalu

Firas, Ghiyath, Abdullah dan Falak adalah di antara kalangan keluarga Abdul Razak yang terkorban di dalam peristiwa penyembelihan Haulah baru-baru ini.

Hasan Abdul Razzak kehilangan seluruh keluarganya dalam penyembelihan Haulah akhir Mei lalu :

Firas, anak lelakinya berusia 17 tahun. Bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan bagi menjaga dan merawat adiknya, Abdullah berusia 10 tahun yang menghidap penyakit lumpuh.

Adik perempuan Firas, Falak berusia 14 tahun dan merupakan kembar kepada Ghiyath (tidak terdapat dalam gambar ini)

Abdullah pula dibunuh dengan parang yang ditetak di belakang kepalanya.

Firas dibunuh bersama saudara kembarnya, Ghiyath. Dan Falak pula dibunuh bersama-sama adik perempuan dan ibunya.

militia Syria mengepung bandar El-Huffa sebelum menyerang menggunakan meriam

Kematian rakyat Syria pada 12 Jun 2012 dilaporkan seramai 37 orang. Kebanyakan mereka di bandar El-Huffah dalam wilayah Al-Laziqiyah. Para saksi memberitahu, militia Syria mengepung bandar tersebut sebelum menyerang menggunakan meriam, kereta kebal dan helikopter yang disasarkan ke atas rumah penduduk. Sementara itu, wakil pemerhati antarabangsa dari PBB juga dihalang memasuki El-Huffah. 

Bagi mengelakkan penyembelihan beramai-ramai berulang ke atas penduduk Al-Laziqiyah, pasukan Tentera Syria Bebas bertungkus-lumus menyelamatkan orang awam dan membawa mereka keluar dari bandar tersebut bagi menyelamatkan diri.

Para doktor di Syria kekurangan ubat-ubatan dan peralatan untuk merawat rakyat Syria

Homs : Dua orang doktor wanita meluahkan perasaan mereka terhadap apa yang berlaku di Syria.

Para doktor di Syria kekurangan ubat-ubatan dan peralatan untuk merawat rakyat Syria yang cedera menyebabkan ramai dalam kalangan mereka meninggal dunia.

Mereka juga mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh para doktor-doktor di dunia ini terutamanya negara Arab dan Islam yang masih diam membisu.

Menurut mereka lagi, rakyat Syria yang cedera semakin bertambah terutamanya hari Jumaat sedangkan mereka semakin kekurangan ubat-ubatan.

"Kamu semua melihat di dalam televisyen dan juga video-video tentang penderitaan kami. Tetapi di mana kalian semua?"

Ya Allah, turunkanlah pertolongan-Mu kepada rakyat Syria dan hancurkanlah rejim Basyar.

Dengarlah rintihan mereka wahai umat Islam : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=V54m92uddIk

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada Tentera Bebas Syria

Di kala dunia diam membisu terhadap kezaliman demi kezaliman yang dilakukan oleh rejim Basyar, inilah tempat mengadu rakyat Syria.

Ia sumber kekuatan yang membangkitkan semangat jihad mereka melawan rejim Basyar. Menjadikan mereka lebih cintakan syahid berbanding dunia yang sementara.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada Tentera Bebas Syria dan berikanlah kemenangan kepada rakyat Syria. Insya-Allah.

Dewan Rakyat Malaysia yang menolak usul perbincangan berkenaan isu Syria

Kami mewakili rakyat Malaysia yang prihatin terhadap penderitaan yang dialami oleh rakyat Syria amat kecewa dengan tindakan Dewan Rakyat Malaysia yang menolak usul perbincangan berkenaan isu Syria.

Sedih dan kecewa, itu saja yang mampu kami ucapkan dengan keputusan ini. Ribuan nyawa rakyat Syria telah melayang, ratusan wanita dirogol, ribuan kanak-kanak disembelih. Siapakah yang akan membela mereka?

Benarlah kata rakyat Syria, kebangkitan mereka yatim. Ya, yatim daripada sokongan dan bantuan negara umat Islam yang lain.

Ya Allah, kami tiada yang lain melainkan-Mu ya Allah. Bantulah rakyat Syria dan berikanlah kemenangan kepada mereka.

mengata dulang paku serpih,

barangkali mereka lupa , 
TP AKU TIDAK PERNAH LUPA...kih kih kih .
mengata dulang paku serpih, mengata PR tp UMNO lg lebih..mari2

beberapa pengundi dengan nombor MyKad yang berbeza dengan tarikh lahir

(Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, beberapa pengundi dengan nombor MyKad yang berbeza dengan tarikh lahir merupakan pengundi sah mengikut pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pegawai yang enggan dinamakan itu memberitahu Malaysiakini bahawa butiran empat pengundi itu, yang didedahkan oleh penganalisis politik Ong Kian Ming, sama seperti rekod JPN.

FIKIR-FIKIRKAN..

biar photo berbicara ...

Anak Jamaludin Jarjis Yang Berumur 25 Tahun Rembat Projek Bernilai RM280 Juta -

Anak Jamaludin Jarjis Yang Berumur 25 Tahun Rembat Projek Bernilai RM280 Juta - MAFIABOSS 



Barisan menteri kabinet dan bekas menteri kabinet umno/apco nih tak pernah nak bertaubat atau ingin berubah menjadi manusia yg jujur dan amanah..mmg tak habis2 nak merompak harta negara..ckp berdegar-degar mcm malaikat dgn mcm2 slogan..

kununnya dah insaf dan telah menjadi manusia suci..tp sebaliknya terus rakus menyamun dan merompak harta rakyat mcm harta mak bapak dia..mmg pepatah pujangga yg mengatakan umno dan rasuah bagai aur dan tebing mmg tepat sekali...

gua pohon seluruh rakyat Malaysia yg cintakan pentadbiran yg bersih dan amanah supaya menolak gerombolan umno/apco ini secara total dlm PRU yg ke 13 nanti..betapa bodohnya kita jika terus membiarkan penyamun dn perompak umno/apco ini terus memerintah Malaysia yg kita cintai ini..

KUALA LUMPUR 14 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri.

Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.

“…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan),” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri.

“Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?” soalnya lagi.

Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.

Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.

Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar.

“Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan,” katanya.

“Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka,” jelas Izzah lagi.

Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara.

Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia.

Oleh Aedi Asri