Saturday, July 5, 2014

'Soup Kitchen tidak timbulkan masalah'


  • Antara program Soup Kitchen oleh Pertiwi yang diadakan April 2014 lalu di kawasan sekitar ibu kota.Antara program Soup Kitchen oleh Pertiwi yang diadakan April 2014 lalu di kawasan sekitar ibu kota.

SHAH ALAM - Tindakan pengagihan makanan kepada gelandangan dan golongan miskin tegar tidak menimbulkan masalah kebersihan serta menjejaskan imej Kuala Lumpur.

Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid ketika dihubungi semalam berkata, beliau kecewa dengan dakwaan pihak tertentu yang membuat tuduhan tanpa usul periksa.

Beliau berkata, pihaknya sangat tidak bersetuju, malah menafikan kegiatan Pertiwi menyebabkan masalah sampah serta menjadi punca penyakit.

"Kita buat pengagihan makanan kepada golongan terbabit empat kali seminggu dan setiap kali pengagihan dibuat kita lakukan secara teratur.

"Kita sediakan tempat khusus untuk golongan wanita, orang tua dan kanak-kanak beratur mengambil makanan dan minuman. Kita tunggu mereka selesai makan dan selepas itu bersihkan kawasan tersebut," katanya.

Menurutnya, pihaknya menyediakan pasukan khas memastikan kebersihan kawasan sekitar dan tidak pernah sesekali meninggalkan kawasan pengagihan makanan dalam keadaan kotor atau sehingga menjejaskan imej seperti didakwa.

Katanya, beliau percaya pihak-pihak yang melontar dakwaan tidak melihat secara dekat apa yang Pertiwi lakukan.

"Mereka sepatutnya turun padang dan melihat apa yang kita lakukan, bukan sekadar memberi makan dan minum, tetapi kita membantu golongan tersebut dari aspek kesihatan, mencari pekerjaan dan lain-lain," katanya.

Kelmarin, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, NGO yang bergerak aktif menyalurkan bantuan makanan kepada golongan gelandangan di ibu negara diarah menghentikan aktiviti itu atau hanya dibenarkan beroperasi di lokasi yang akan ditetapkan.

NGO berkenaan juga tidak dibenarkan beroperasi di sekitar radius 2 kilometer dari Lot 10, meliputi sebahagian besar pusat bandar berkuatkuasa serta-merta.

Dalam perkembangan sama, Munirah berkata, pihaknya tetap dengan pendirian meneruskan aktiviti itu dan tidak akan berpindah keluar seperti yang diarahkan.

"Kenapa kita nak pindah keluar? Kita akan terus bantu golongan tersebut kerana itu fungsi sebenar Pertiwi," katanya.

Pemuda PAS desak daftar pengundi automatik


SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mendesak kerajaan melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi warga negara yang mencapai umur 21 tahun.

Menurut Ketuanya Suhaizan Kaiat, pelaksanaan ini sekali gus menggalakkan rakyat negara ini untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Malah katanya, ianya juga selaras dengan sistem demokrasi yang digunapakai dalam negara ini melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.

"Kerajaan kena buat pindaan perlembagaan dalam parlimen iaitu mereka yang mengundi adalah mereka yang menjadi pengundi yang sah dalam daftar pemilih," katanya dalam sidang media hari ini.

Dengan kaedah ini, katanya ia telah mengurangkan beban di peringkat kerajaan kerana maklumat pengundi diselaraskan di semua peringkat.

Beliau juga menolak kononya kerajaan enggan melaksanakan sistem ini kerana bimbang golongan muda yang keluar mengundi memihak kepada pembangkang.

"Itu tidak menjadi sebab utama, kerana ramai juga orang muda dalam pilihan raya umum lepas memihak kepada kerajaan," katanya.

Bagaimanapun katanya, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya tidak perlu bimbang tentang peratusan keluar mengundi berkurangan sebaliknya perlu melihat sistem ini dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.

"Sekarang kita hendak pentingkan peratus yang keluar mengundi atau rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan kemudahan untuk rakyat menjalankan tugas mereka," katanya.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia melancarkan Auto21 (Pemilih Automatik Usia 21 tahun) di hadapan Kompleks Sogo pada petang ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Terdahulu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam sidang Dewan Negara 30 Jun lalu, memberitahu kerajaan masih mengkaji cadangan pendaftyaran secara automnatik ini.

Katanya, antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah Perkara 119 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan adanya daftar pemilih.

Katanya, antara yang perkara yang perlu dipertimbang ialah Perkara 119 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan adanya daftar pemilih. – HARAKAHDAILY 5/7/2014

Ada pihak cuba kaitkan PAS dengan militan


SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mendapat maklumat ada pihak tertentu cuba memainkan isu militan ketika ini bagi mengaitkannya dengan PAS.

Ketuanya Suhaizan Kaiat percaya, perancangan pihak berkenaan adalah untuk menghalang kepercayaan orang bukan Islam kepada PAS, khususnya.

"Ini merupakan perncangan jahat, dan kita baru dapat maklumat itu hari ini. Kita percaya isu ini untuk mencemarkan imej PAS," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan rakyat negara ini jangan mudah mempercayai isu ini yang sengaja diciptakan untuk mengaitkan PAS dengan militan.

"Ini adalah tindakan terancang untuk dikaitkan dengan PAS dan mahu menakut-nakutkan rakyat negara ini mendekati PAS. Jangan terpengaruh dengan perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga meminta mana-mana pihak tidak melabelkan institusi pondok sebagai tampat untuk gerakan ekstrem dan militan.

Malah katanya, institusi pondok seharusnya mendapat perhatian daripada bukannya mendapat cemuhan oleh mana-mana pihak baik pun kerajaan.

"Janganlah terlalu curiga dengan institusi pondok yang banyak melahirkan generasi berilmu dan akhlak, malah ramai ulama-ulama hari ini adalah hasil daripada pondok," katanya. - HARAKAHDAILY 5/7/2014

.mamat syok sendiri...ketua depa sendiri tak sokong...malu sedunia....!

Kahkahkah..
KESIANNYA KAT MACAI2 UMNGOKKK..
BILA DAH BUAT PERANGAI JIJIK..
BILA DAH TUNJUK AKHLAK BURUKK..
BILA DAH BERSUNGGUH2 mengANJINGkan DIRI..
ALIH2....
BOS TAK MENGAKU MEMBER..!!
BOS PUN MALU..!!
BOS PUN ELAKKAN DIRI..
PADAN MUKA..!!
kahkahkah..

Larang kuliah di masjid, bukan Islam bantu Ustaz Azhar


MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus berkata walaupun ada larangan ke atasnya untuk mengadakan kuliah di masjid dan surau di lokasi tertentu tetapi ada pihak menyediakan tempat mengadakan kuliah termasuk bukan Islam.

“Mereka menyediakan tapak seluas 20 ekar, yang siap segera dibersihkan seawal hari hendak diadakan kuliah walaupun tapak itu sebelum itu digunakan menyimpan jentera bagi kerja-kerja berat.

“Pemilik bukan Islam itu telah beri guna secara percuma untuk saya mengadakan kuliah agama.

“Alhamduliilah, kira-kira 30,000 orang hadir mendengar kuliah saya itu,” katanya ketika menyampaikan kuliah di Madinah Ramadhan, Dataran Stadium di sini petang semalam.

Sementara di Kulai, Johor pula, kata Ustaz Azhar, sebelum diadakan kuliah, sejak awal lagi surat telah dihantar oleh pihak berkuasa kepada pihaknya yang tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah agama di masjid dan surau.

Ekoran itu, seorang bukan Islam telah bermurah hati memberikan tapak miliknya untuk digunakan dengan sewaan yang sangat rendah dan kuliah Ustaz Azhar itu berjaya diadakan dengan dihadiri lebih 10,000 orang.

“Larangan supaya tidak mengadakan kuliah agama di masjid dan surau itu  menggambarkan sikap sesetengah muslim di negara kita,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 5/7/2014

Bukan kejam, tapi mahu bantu


  • Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorDatuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR - Tindakan menghalang pemberian bantuan makanan kepada golongan gelandangan di pusat bandar bukan menggambarkan kerajaan bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan, tetapi sebagai langkah membantu golongan gelandangan dan pengemis memperoleh kehidupan lebih baik.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenal pasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO dapat meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini.

Menurutnya, usaha berkenaan juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan di mana pemilihan lokasi ini juga mengambil kira aspek kesampaian yang mudah kepada golongan gelandangan ini.

“Sehingga kini, DBKL mengenal pasti 12 NGO yang aktif  beri makanan kepada golongan gelandangan ini mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan makanan seperti Pasar Seni; Dataran Kota Raya; Stesen Bas Klang, Masjid India; Masjid Negara; Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee; Kota Raya; Pudu Sentral; dan Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu.

“Justeru lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan ini akan dikenal pasti dengan menyediakan bangunan seperti konsep ‘Anjung Singgah’ yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menambah, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan lain serta NGO-NGO yang berkaitan secara bersepadu bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) mengatasi masalah pengemis dan gelandangan secara berkesan.

“Saya menghargai segala usaha murni yang dilaksanakan oleh NGO-NGO yang terlibat dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan bersama dengan NGO-NGO ini pada 8 Julai depan bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan-bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna,” katanya.

Tengku Adnan berkata, pihaknya serius dalam menangani isu berkenaan ekoran beberapa masalah yang timbul disebabkan kewujudan golongan ini di pusat bandar.

Ujarnya, masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi-lokasi tumpuan pelancong.
“Mereka tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit.

“Masalah gelandangan ini menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu. Masalah timbul apabila mereka berebut kawasan dan berlaku pergaduhan di antara mereka;

“Kawasan ‘Hot Spot’ masalah gelandangan di Kuala Lumpur ialah Mydin Kotaraya; Masjid Negara; Central Market; Menara Maybank; Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Tiong Nam (Chow Kit), Jalan Silang, Masjid Jamek, Bank Negara, Bulatan Sultan Mohamad dan Dataran Merdeka,”katanya.

Justeru katanya, antara pendekatan strategik yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah gelandangan ialah Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan iaitu 2 KM Radius bermula daripada Simpang Empat Lot 10. Pemilihan kawasan ini adalah berasaskan kepada aspek tumpuan pelancong, kawasan perniagaan dan berada di pusat Bandar Kuala Lumpur.

“Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di kawasan ini dengan mengenakan denda dan bayar serta merta (terhadap mereka yang memberi makanan dan derma) serta melaksanakan proses ‘pungutan’ terhadap gelandangan dan pengemis yang berada di kawasan berkenaan.

“Pihak DBKL juga akan melaksanakan Perundangan di bawah PBT di mana penggubalan undang-undang kecil akan dilaksanakan yang memberi kuasa kepada pihak DBKL untuk mengangkut golongan gelandangan dan pengemis yang berada di 2 KM radius dan menyerahkan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya seperti PDRM, Imigeresen; Jabatan Kebajikan Masyarakat; AADK dan pihak-pihak lain yang berkenaan,” katanya.

Jelas beliau lagi, keberadaan pengemis  juga tidak ada kurangnya dengan memberi imej buruk terhadap ibu kota.

Katanya, hasil siasatan oleh pihak berkuasa juga didapati terdapat sindiket yang beroperasi membawa golongan ini untuk mengemis di ibukota terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Aktiviti mengemis juga seolah-olah telah dijadikan sebagai satu kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan. Malah, terdapat diantara pengemis yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa menginap di hotel-hotel berdekatan dengan tempat mereka mengemis.

Bagi tahun 2013, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut sejumlah 965 orang gelandangan dan didapati 125 orang daripada mereka adalah pendatang asing .

Antara Januari dan Mei lalu sejumlah 117 orang gelandangan telah berjaya diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dan didapati 21 orang daripada mereka pendatang asing.

Urusetia bazar Ramadan UMNO Kluang nafi kasari MP dan Adun Pakatan..!!

Urusetia Bazar Ramadan Kluang menafikan telah bertindak kasar terhadap pemimpin pembangkang Johor yang cuba memberi sumbangan kurma kepada orang ramai di dalam kejadian yang menerima liputan meluas pada 30 Jun lepas.
Menurut salah seorang wakilnya,  dalam kejadian itu mereka telah meminta secara baik supaya pemimpin-pemimpin pembangkang Johor itu meninggalkan kawasan bazar.
"Kami amat kesal dengan kenyataan pemimpin Pakatan itu yang mendakwa mereka telah dikasari dan dihalau sedangkan kami tidak pernah mengasari mereka."
"Kami tegur mereka dengan cara baik dan bersopan. Mereka (pemimpin pembangkang) itu telah memasuki bazar dengan cara yang tidak elok," kata wakil urusetia itu hari ini.
Menurutnya lagi, bukan sahaja tidak mempunyai kebenaran untuk memasuki bazar Ramadan itu, tetapi beliau turut mendakwa mereka mempunyai niat untuk menjalankan kempen politik secara halus kepada para pengunjung.
"Kesemua mereka memakai pakaian yang mempunyai lambang parti politik, Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas," katanya.
Di dalam kejadian pada petang 30 Jun itu, anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol, Tan Hong Pin mendakwa mereka diherdik secara kasar dan dihalau daripada memasuki bazar Ramadan itu untuk memberikan sumbangan buah kurma kepada pengunjung.
Chin Tong merupakan Pengerusi DAP Johor, manakala Hong Pin pula adalah Ketua Pemuda DAP Negeri. Turut serta di dalam kunjungan itu adalah beberapa pemimpin Pas daerah.
Mereka mendakwa bazar ramadan itu diuruskan oleh UMNO Bahagian Kluang.

Tak sabar cipta rekod


Donnie dan Ronnie Galyon akan berusia 62 tahun, lapan bulan dan tujuh hari pada hari ini, sekali gus mengatasi usia Eng dan Chang Bunker, kembar siam terkenal abad ke-19.
Adik pasangan itu, Jim Galyon berkata, kedua-dua abangnya sering bercakap mengenai perkara itu.

Dia sudah merancang untuk mengadakan sambutan paling meriah untuk meraikan kejayaan abangnya itu.
Foto
PASANGAN kembar siam yang berusia 62 tahun berjalan untuk mengambil air minuman.

Foto
DONNIE (kiri) dan Ronnie Galyon duduk di atas kerusi khas di kediaman mereka di Beavercreek, Ohio.

“Mereka sudah sekian lama menghitung hari, termasuk menanda kalendar, untuk meraikan saat bersejarah ini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, apa yang mereka inginkan ialah pengiktirafan daripada Buku Rekod Dunia Guinness dan segala-galanya akan menjadi kenyataan pada bulan Oktober depan apabila mereka berusia 63 tahun, mengatasi rekod pasangan kembar siam yang berasal dari Itali, Giacomo and Giovanni Battista Tocci.

Ronnie ketika ditemu bual pemberita baru-baru ini berkata, sudah menjadi impian mereka sejak kecil lagi untuk mengatasi rekod berkenaan di samping tidak sabar untuk melihatnya menjadi realiti.

Kembar berkenaan yang bercantum pada bahagian badan kini tinggal bersama adiknya Jim dan isteri di Beavercreek. 

Pasangan berkenaan menjaga kedua-dua abangnya sejak empat tahun lalu.
Malah, penduduk tempatan turut sama membantu mengubah suai kediaman untuk memudahkan kehidupan keluarga itu.

Donnie dan Ronnie pernah menyertai pertunjukan sarkas sebelum bersara pada 1991 dan kini banyak menghabiskan masa di atas katil khas.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Tragedi kematian tiga anak sekali gus: Padam kenangan pahit

Tragedi kematian tiga anak sekali gus: Padam kenangan pahitAlor Setar: Tragedi kematian tiga anak sekali gus pada tahun lalu terus menghantui diri si bapa. Demikian keperitan yang ditanggung Rusdi Rani, 38, hingga terpaksa bertindak nekad berhenti kerja sebagai tukang cuci di negeri ini untuk memulakan hidup baharu di kampung isterinya di Jerteh, Terengganu. 


Ia terpaksa dilakukan semata-mata untuk pergi jauh daripada lokasi sejarah hitam yang menyebabkannya kehilangan tiga anak serentak pada hujung tahun lalu.

Bukan niatnya berpindah untuk memadamkan memori tiga anak kesayangan itu, sebaliknya segala kenangan pahit masih mengganggu fikirannya yang masih menghuni kediaman mereka di Alor Semela, di sini, berikutan tragedi itu terlalu perit untuk ditempuhi Rusdi dan isterinya, Siti Aishah Ariffin, 40.

Teringat hilai tawa anak


Walaupun hampir tujuh bulan tiga beradik malang mangsa bunuh itu pergi meninggalkan keluarga, kelincahan dan hilai tawa Allahyarham Nur Syarikah, 14, serta keletah manja dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, seolah-olah masih kekal menghuni kediaman keluarga mereka. 

5,000 tan makanan dibuang tiga hari berpuasa


MEKAH 4 Julai - Masalah pemba­ziran makanan sekali lagi meng­hantui Maj­lis Perbandaran Mekah pada Ramadan kali ini, apabila hampir 5,000 tan sisa makanan dibuang dalam tempoh masa tiga hari berpuasa sahaja.
Laman web Arab News mela­porkan, kerajaan Arab Saudi memperuntukkan sebanyak 20 bilion Riyal (RM16.99 bilion) pada bulan Ramadan untuk menyediakan makanan, berbanding 6 bilion Riyal (RM5.1 bilion) pada bulan-bulan lain.
Seorang pegawai perbandaran, Osama Al-Zaituny berkata, pihaknya menempatkan 45 pemampat sisa makanan di tengah bandar raya ini berhampiran Masjidilharam selain mengupah 8,000 tukang cuci pada bulan ini.
Sebelum ini, Kementerian Per­da­gangan dan Industri pernah meluahkan kebimbangan apabila hampir 45 peratus sisa buangan pada bulan Ramadan merupakan bahan makanan, dengan 80 peratus makanan yang disediakan tidak berkhasiat.
Menurut satu kajian yang dija­lankan oleh Universiti Raja Saud, setiap hari 4,500 tan sisa makanan dibuang di Arab Saudi.
Kajian itu turut menunjukkan 30 peratus daripada empat juta makanan yang disediakan ketika Ramadan melibatkan peruntukan sebanyak 1.2 bilion Riyal Saudi (RM1.02 bilion) dibuang dan saintis sosial menyifatkannya sebagai ‘satu tabiat yang tidak boleh diterima’.
Ekoran masalah berkenaan, pegawai Kementerian Hal Ehwal Islam menggesa supaya penduduk memasak dalam kuantiti yang sedikit untuk berbuka puasa.
Menurut laporan, Majlis Per­ban­daran Qassim merancang un­tuk membina sebuah kilang baja organik yang diperbuat daripada sisa makanan di Buraidah.
Pakar kesihatan berkata, orang ramai cenderung untuk membeli lebih banyak makanan pada bulan Ramadan dan mereka lebih gemar memasak makanan baharu untuk berbuka puasa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140705/lu_05/5000-tan-makanan-dibuang-tiga-hari-berpuasa#ixzz36XaSFM5s
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Akhbar NZ puji tindakan Malaysia


WELLINGTON 4 Julai - Akhbar terkemuka negara ini, The New Zealand Herald mengkritik Kementerian Luar Negara ini berhubung salah urus kes pecah rumah dan serangan seksual ke atas seorang wanita oleh seorang diplomat Ma­laysia.
Pengarah Politik akh­bar itu, Audrey Young dalam kolumnya sebaliknya me­muji Malaysia berhubung keputusan negara itu untuk menghantar balik diplomat itu, Mu­hammad Rizalman Ismail ke New Zealand untuk didakwa di negara ini.
Beliau berkata, imej Malaysia di negara ini sejak beberapa hari lalu tercalar apabila Kuala Lumpur diperca­yai membawa pulang diplomat tersebut dan tidak mempedulikan permohonan New Zealand untuk membatalkan kekebalan diplomatik Muhammad Rizalman.
"Bagaimanapun, kesalahan se­be­nar terletak pada pegawai divisyen protokol Kementerian Hal Ehwal Luar New Zealand yang menyebabkan pegawai Malaysia percaya negara ini tidak membantah tindakan Malaysia untuk membawa pulang diplomat ter­­sebut.
"Malaysia membuat keputusan ter­sebut se­­le­pas berlaku salah faham dalam komunikasi,’’ katanya.
Young berkata, Ma­laysia selepas dimak­lumkan ten­tang per­kara itu membuat ke­pu­tusan untuk menghantar balik Muhammad Rizalman ke New Zealand untuk didakwa di negara ini.
Beliau berkata, hu­bu­ngan dua hala antara kedua-dua negara tetap tidak terjejas jika Malaysia membuat keputusan tidak mahu menghantar balik Muhammad Rizalman ke New Zealand, kerana apa yang berlaku adalah kesalahan New Zealand.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140705/lu_07/Akhbar-NZ-puji-tindakan-Malaysia#ixzz36XZrKCUg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Al-Fatihah...Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 61, di ICU Hospital Pakar Damansara, 1.26 pagi ini.

Al-Fatihah...Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 61, di ICU Hospital Pakar Damansara, 1.26 pagi ini.

Pancaroba

Mat Top's photo.