Monday, June 6, 2011

Kes Felda Saman Bekas Timbalan Menteri 17 Jun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 17 Jun ini sebagaitarikh pendengaran terhadap permohonan yang difailkan oleh Felda agar bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong memberikan butiran lanjut berhubung mesyuarat yang didakwa dihadiriPerdana Menteri dalam saman Felda RM200 juta terhadap beliau.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof pada Isnin, selepas berjumpa dengan pihak-pihak yang menghadiri prosiding pengurusan kes.

mStar Online
: Kes Felda Saman Bekas Timbalan Menteri 17 Jun

10 tahun hadapi gangguan elektrik



PENDANG – Penduduk Kampung Titi Haji Idris mengeluh apabila lebih 10 kawasan termasuk beberapa kampung berhampiran berhadapan gangguan bekalan elektrik sejak lebih 10 tahun lalu.

Sinar Harian difahamkan bekalan elektrik tidak mencukupi untuk menampung jumlah penduduk dan penempatan di kawasan itu yang semakin bertambah.

Difahamkan, antara yang terlibat termasuk Kampung Alor Pak Ngah, Kampung Banggol Tengah, Sekolah Kebangsaan Titi Haji Idris, Klinik Desa dan premis perniagaan simpang tiga di kawasan berkenaan.

Peniaga, Roslan Mahamood, 43, berkata, walaupun aduan pernah dibuat namun tiada apa-apa jalan penyelesaian diambil pihak berkenaan.

Menurutnya, gangguan bekalan elektrik yang tidak mencukupi itu menyebabkan ada peralatan elektrik yang tidak dapat digunakan dan mengalami kerosakan.

“Sepatutnya pihak berkenaan mengambil tindakan segera memandangkan masalah ini sudah lama berlaku,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja di kedai tayar simpang tiga, Hafiz Said, 20, berkata, kebanyakan daripada penduduk dan peniaga di sini, tidak dapat menjalankan aktiviti harian dengan sempurna.

Menurutnya, apabila bekalan yang digunakan tinggi, akan memberi kesan terhadap lampu isyarat di simpang tiga kawasan itu.

Hafiz berkata, penduduk juga terpaksa berebut membuka lampu rumah, kerana bekalan elektrik yang rendah tidak dapat menampung semua penempatan di kawasan berkenaan.
SH

Tidak mampu jual ikan lagi

SUNGAI LALANG – Tengku Zubir Tengku Bashah, 61, yang dulunya aktif membawa jualan ikan dan sayur dari rumah ke rumah dari Taman Bandar Baru, Sungai Lalang dan sekitarnya kini hanya mampu terlantar berikutan lumpuh sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, pendapatan harian sebagai penjual ikan tidak lagi mampu diperoleh untuk menampung kehidupannya bersama isteri, Khalijah Muhd Saad, 58.

“Kami hanya mengharapkan wang pencen yang diterima. Namun setelah pemotongan rumah dan sebagainya dibuat, saya hanya menerima RM200 sebulan untuk perbelanjaan,” katanya.

Bagaimanapun, Zubir menjelaskan dia masih bersemangat meneruskan hidup walaupun terpaksa bergantung alat untuk bergerak dan memerlukan bantuan isteri dalam menguruskan kehidupan seharian.

Sementara itu, Khalijah berkata, selain tinggal berdua, mereka turut ditemani dua cucu dan menantu perempuan di mana anak lelakinya (suami menantu) telah meninggal dunia akibat tragedi tsunami yang melanda negara beberapa tahun lalu.

Masalah yang dihadapi keluarga ini mendapat perhatian dan menerima kunjungan pemimpin tempatan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Taman Bandar Baru, Abu Awang; Ketua Bahagian MIC Merbok, Arumugan Ariman serta wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Wakil JKM, T H Subra berkata, permohonan bantuan JKM sudah dilakukan dan kini dalam proses siasatan.

Menurutnya, pihak jabatan sentiasa turun padang bagi membantu penduduk terutama di kawasan Bukit Selambau, selain meminta sesiapa yang mempunyai masalah boleh menghubunginya di talian 019-4176988.
SH

Rakyat Yaman harap kepergian presiden berkekalan

TERUS MEMBANTAH: Para pembantah antipemerintahan Presiden Ali Abdullah Saleh melaungkan slogan-slogan sambil membawa gambar presiden Yaman itu yang telah diconteng dalam satu bantahan menggesa penggulingannya di Sanaa, kelmarin. -- Foto REUTERS

Keadaan dikhuatiri cetus rampasan kuasa tentera

SANAA: Rakyat Yaman semalam meraikan apa yang mereka harapkan sebagai pemergian berkekalan Presiden Ali Abdullah Saleh.

Namun, kegembiraan itu dicemari oleh kejadian tembak-menembak dan letupan yang kedengaran di Sanaa dan pertempuran sengit di bandar Taiz, kira-kira 200 kilometer ke selatan ibu kota Yaman itu.

'Orang ramai bimbang terhadap apa yang akan berlaku selepas pemergian Saleh. Mereka amat bimbang terhadap kemungkinan berlakunya satu rampasan kuasa atau persaingan kuasa dalam pasukan tentera,' kata Encik Farouq Abdel Salam, seorang penduduk di Aden, sebuah bandar pelabuhan di selatan Yaman.

Pemangku Presiden Yaman, Encik Abduraboo Mansur Hadi, telah bertemu dengan para komander tenteranya, termasuk anak dan anak saudara Encik Saleh yang berkuasa, yang masih berada di Yaman.

Encik Hadi juga bertemu dengan seorang duta besar Amerika Syarikat.

Kebimbangan semakin meningkat bahawa Yaman - yang kini sudah pun berada di ambang kemusnahan kewangan dan menjadi tempat persembunyian cabang kumpulan militan Al-Qaeda - mungkin menjadi negara gagal yang mengancam rantau pengeksport minyak utama dunia dan keselamatan sejagat.

Encik Saleh telah menjengkelkan sekutunya di Amerika Syarikat dan Arab Saudi - yang pernah melihat beliau sebagai rakan utama dalam usaha memerangi kumpulan 'Al-Qaeda di Semenanjung Arab' yang berpangkalan di Yaman - dengan berulang kali mengingkari satu perjanjian baginya meletak jawatan dan mendapat imuniti, yang diusahakan oleh negara-negara Teluk, khususnya Arab Saudi.

Pembantu antipengganasan Presiden Barack Obama kelmarin bertemu dengan Encik Hadi, kata Rumah Putih tanpa memberikan butirannya.

Washington telah menggesa Encik Saleh supaya meletakkan jawatannya.

Sementara itu, para pembantah muda di Yaman semalam meraikan apa yang mereka sifatkan sebagai kejatuhan rejim negara itu yang dipimpin oleh Encik Saleh, selepas beliau meninggalkan negara itu bagi mendapatkan rawatan perubatan di Arab Saudi.

'Hari ini (semalam), Yaman baru dilahirkan,' kata puluhan belia di Dataran Universiti Sanaa, yang digelar sebagai 'Dataran Perubahan' kerana menjadi tempat asal tercetusnya pemberontakan terhadap pemerintahan Encik Saleh sejak Januari lalu.

'Inilah dia, rejim ini sudah jatuh,' laung yang lain.

Bagaimanapun, seorang lelaki bersenjata dan empat askar daripada pasukan elit Pengawal Republikan Yaman, yang dipimpin oleh anak lelaki Encik Saleh, terbunuh dalam satu pertempuran di Taiz, semalam, kata para saksi. -- Reuters, AFP.

Cyberita Online Luar Negara

‘Bulan maduku’


BERCUTI...Salih bersama empat isteri dan anak bergambar bersama sebelum berlepas ke Beijing.
BERCUTI...Salih bersama empat isteri dan anak bergambar bersama sebelum berlepas ke Beijing.

SEPANG: “Ini rezeki saya sekeluarga selepas bernikah kali keempat. Alhamdulillah, ia juga peluang kepada saya, isteri-isteri serta anak bercuti dan berkumpul beramai-ramai dalam satu keluarga besar,” kata pelawak dan penyampai radio terkenal, Salih Yaccob, 48.
Beliau bersama empat isteri, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida Sulaiman, 32, dan Samihah Sheikh Amy, 25, bersama tujuh anak berlepas ke Beijing, China, semalam untuk bercuti enam hari.

Percutian itu juga adalah pakej bulan madu kepada isteri keempatnya yang genap seminggu dinikahi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor, Isnin lalu.
Menurutnya, percutian bersama keluarga itu peluang yang dinanti-nantikan selama ini kerana jarang sekali dapat berkumpul bersama memandangkan masa lapang yang terhad.

“Sebelum ini kami memang sukar merancang percutian beramai-ramai kerana ada yang sibuk bekerja dan belajar serta tidak dapat memohon cuti bersama.

“Jadi, inilah peluang keemasan, malah rezeki kami sekeluarga lebih-lebih lagi apabila sudah bertambah ahli keluarga baru. “Kesempatan ini kami manfaatkan sebaik mungkin walaupun empat anak tak dapat menyertainya kerana bekerja dan belajar,” katanya, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Percutian dianjurkan Asmadi Group Travel and Tours Sdn Bhd itu turut disertai 40 peminat dari Johor Bahru, Johor. Mereka berlepas ke negara tembok besar itu melalui pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jam 9 pagi.

Salih berkata, percutian disertai bersama peminat itu menambahkan lagi suasana ceria selain mengeratkan hubungan sedia ada.
“Ia juga dapat mendekatkan diri saya dengan peminat di samping menghargai mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya,” katanya.

Mengulas mengenai kehidupannya sekarang, Salih berharap dapat menjalankan tugas selaku suami dan bapa serta memainkan peranan yang baik terhadap seisi keluarganya dengan lebih adil dan bertanggungjawab.

Katanya, beliau mahu memperbaiki dan mempertingkatkan semua aspek dalam kehidupan keluarga.

“Saya sudah pun menghadapi detik bersama keluarga besar ini setiap hari. Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang dan berharap ia terus berjalan seperti biasa, malah bertambah baik lagi,” katanya.myMetro | ‘Bulan maduku’

Penyerang anggota JAT

JAKARTA: Polis semalam berkata, lelaki bersenjata yang menembak mati dua polis di Sulawesi Tengah adalah anggota kumpulan pelampau yang diasaskan oleh Abu Bakar Bashir.

“Mereka dipercayai anggota Jemaah Ansharut Tauhid (JAT) yang menjalani latihan atau persiapan untuk melancarkan tindakan ganas di wilayah itu,” kata jurucakap polis, Anton Bachrul Alam kepada wartawan di Jakarta.


“Rancangan masa depan mereka termasuk mencuri senjata api dari pasukan polis khas, Brimob, di Sulawesi Tengah, merompak bank dan beberapa kampung,” katanya.

Dua lelaki sudah ditahan berhubung serangan yang membabitkan empat penunggang motosikal terhadap polis yang mengawal sebuah bank di daerah Palu bulan lalu. Dua anggota kumpulan itu dibunuh dalam serangan di daerah Paso, kelmarin, kata Anton sementara tiga lagi masih diburu.


Keganasan antara penduduk Islam dan Kristian di Paso antara 2000 dan 2001 meragut kira-kira 1,000 nyawa dan ia berterusan selama beberapa tahun.


Kejadian menyerang polis itu adalah keganasan terbaru di Indonesia selepas rancangan untuk meletupkan sebuah gereja di Jakarta sempena sambutan Good Friday tidak lama lalu dan kempen bom buku yang mensasarkan penganut Islam berfahaman sederhana serta pegawai antikeganasan.

Abu Bakar, 72, dituduh memberikan dana lebih RM186,000 kepada sebuah kumpulan, al-Qaeda Aceh yang merancang melakukan serangan di Indonesia.


Pendakwa raya memohon supaya beliau dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Polis berkata, JAT yang diasaskan pada 2008 adalah kumpulan utama dalam kempen keganasan di Indonesia ketika ini.


Indonesia berusaha menangani ancaman militan Islam yang menolak sistem sekular dan demokratik di negara itu. - AFP

myMetro | Penyerang anggota JAT

Rakyat Yaman berpesta

SANAA: Puluhan ribu rakyat Yaman semalam menari, menyanyi dan menyembelih lembu di Dataran Perubahan di bandar raya ini untuk meraikan pemergian Presiden Ali Abdullah Salleh ke Arab Saudi bagi mendapatkan rawatan akibat cedera dalam serangan kelmarin.

Wanita berpurdah hitam turut menyertai tunjuk perasaan itu dengan membawa sepanduk yang mengalu-alukan pemergian Ali.


Satu sepanduk itu berbunyi: “Penindas sudah pergi, rakyat akan kekal.” “Hari ini Yaman dilahirkan semula,” kata seorang remaja sambil mendapat sorakan daripada orang ramai.

“Inilah masanya. Rejim sudah dijatuhkan,” kata yang lain.


Sementara itu, televisyen milik kerajaan menyiarkan lagu yang memuji pemimpin itu.


Seorang pegawai Yaman berkata, Ali berlepas ke Saudi awal pagi semalam bersama-sama dua isteri dan anaknya.

Seorang pegawai perubatan Saudi yang merawat Ali di istananya dilapor berkata, keadaan presiden itu ‘tidak berapa bagus.’ Dalam pada itu, pembangkang Yaman berkata, mereka akan berusaha untuk menghalang Ali daripada pulang ke negara itu.


“Kami akan bekerjasama memastikan beliau tidak akan kembali,” kata jurucakap parti pembangkang di Parlimen, Mohamed Qahtan.

Ali tidak mengeluarkan sebarang dikri untuk menyerahkan tugas presiden kepada naib presidennya, Sumber lain berkata, ketua tentera Yaman, termasuk anak dan anak saudara Ali masih berada di negara itu dan tidak mengikutnya ke Arab Saudi.


Ali yang memerintah Yaman sejak 1978, mungkin menjadi pemimpin negara Arab ketiga tumbang akibat pemberontakan rakyat tahun ini selepas Tunisia dan Mesir. - Agensi

myMetro | Rakyat Yaman berpesta

Israel tembak penunjuk perasaan

DAMSYIK: Tentera Israel menembak mati tiga orang dan mencederakan sembilan yang lain apabila melepaskan tembakan terhadap remaja yang cuba memanjat pagar kawat berduri di Bukit Golan, semalam.

“Tiga orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak dan sembilan yang lain cedera akibat tembakan tentera Zionis di Bukit Golan, wilayah yang dijajah rejim itu,” lapor televisyen Syria.


Rakaman televisyen itu menunjukkan golongan remaja yang menunjuk perasaan cuba memanjat pagar kawat berduri itu sementara tentera Israel di atas kereta kebal melepaskan tembakan.

Remaja Syria dan Palestin mengadakan tunjuk perasaan bagi mengingati ulang tahun Perang Enam Hari 1967 yang menyaksikan rejim Israel menawan Bukit Golan.


Mereka turut melaungkan slogan dan melontar batu sambil memanjat pagar di beberapa lokasi dalam usaha memasuki wilayah berkenaan.


Pada 15 Mei lalu, tentera Israel menembak mati 12 orang dan mencederakan beratus-ratus penduduk Palestin yang berarak ke sempadan Israel dengan Lubnan, Syria dan Gaza dalam tunjuk perasaan mengecam pembentukan negara Yahudi.

Israel sebelum ini berikrar untuk mengalang tunjuk perasaan itu daripada berulang.


Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu memberitahu Kabinetnya, dia mengarahkan tentera Israel bertindak keras bagi melindungi sempadan, masyarakat dan rakyat Israel. - Reuters

myMetro | Israel tembak penunjuk perasaan

Thai enggan patuhi keputusan ICJ

SINGAPURA: Thailand sudah bersedia untuk menolak sebarang keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya menarik tenteranya dari kawasan yang menjadi perebutan dengan Kemboja.

Menteri Pertahanan, Prawit Wongsuwon berkata, ICJ tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan seumpama itu dan Thailand tidak terikat dengan sebarang arahan yang dikeluarkannya.


Prawit membuat kenyataan itu ketika ICJ berbahas mengenai permohonan Kemboja untuk penjelasan mengenai keputusan mahkamah itu pada 1962 yang memihak kepada Kemboja.

Kemboja juga meminta ICJ mengarahkan Thailand mengundurkan tenteranya dan menghentikan semua kegiatan ketenteraan berhampiran kuil Preah Vihear yang terletak di tanah seluas 4.6 kilometer persegi yang menjadi punca pertelingkahan. - Agensi

myMetro | Thai enggan patuhi keputusan ICJ