Showing posts with label murtad. Show all posts
Showing posts with label murtad. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph


HARAP PARA PEMINAT FAN PAGE BACA SEBENTAR KISAH INI DAN SHARE SEKIRANYA ANDA RASA PERLU.....

*gambar sekadar hiasan..

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.
Saya di lahirkan di
Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India
Muslim dan mak saya orang
Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke
India dan emak saya berada
di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah
pergi ke Johor Bahru
untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan
tetapi gagal. Saya
terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah
bertemu dengan seorang paderi
bernama Father Chong. Kami diberi layanan
istimewa, tempat tinggal,
makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami
diajar sembahyang dalam
bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam
tahun 1974, saya telah
bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia,
dari Kuala Lumpur
bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah
membawa saya tinggal di
seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami
belajar selok belok agama
Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas
untuk orang Melayu
beragama Islam (ada hingga sekarang) .Setelah
satu tahun saya tinggal
disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama
6 bulan, belajar
cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati,
talkinkan orang dan
macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya
belajar sekali dengan Ibu
Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita
Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita
Kristian seluruh
Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian
dilantik sebagai pendakwah
dari Perlis hingga ke
Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja,
saya dihantar pula ke
Filipina selama 1bulan, belajar selok belok
Kristian dalam bahasa
Inggeris dan
Bahasa Malaysia kerana terdapat orang
Malaysia,Singapura dan orang
Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai
pendakwah dibayar $60.00
sehari,
kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu
dihantar ke Singapura
selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz
orang Telok Intan. Beliau
adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian
Singapura.Beliau
juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan
berhenti memegang jawatan
setiausha agong Kristian Singapore. Apabila
dilantik ke gereja saya
masih
lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya
dihantar ke Baptish
Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00,
bersama 2 orang kawan dan
sebuah
kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan
pemuda-pemuda Negeri
Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak
tenteram dan telah
bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh
dan membawa saya bertemu
Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah
Jabatan Agama dan saya terus
bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang
telah
dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak
dan Johor Bahru, Manjoi
dan Rapat
Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka
Lelaki - Berseluar hitam,
berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg
James Bond (elaun satu
hari
$60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam
dan reben hitam. Di
Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang
Plaza. Cara-cara
berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal
terutama pencari kerja.
Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa
tempat tinggal(asrama
120 katil, makan disediakan) didakwah dengan
kaset, cara perlahan-lahan
diajak
sembahyang dengan diberi satu cross selepas
dibawa sembahyang akan
diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah
diberi minum-1 minggu
lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan
mendengar azan macam
menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air
itu khusus untuk orang
Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber
dari Sabah, Serawak ,
Filipina dan Singapura. Motorola adalah
penyokong dakwah Kristian ini
(terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan
Senawang). Senawang
terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang,
Haji Hanapi Saat dan Hj
Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi
bekas guru - akibat
desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.
Sekolah yang paling teruk
dilanda Kristian ialah Victoria Institution.
Pengetuanya En Ismail
Rahim. 20 orang telah
Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana
kebanyakannya anak menteri
dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd
Rahman (STAR)- 2 orang
Sekolah
teknik seorang pelajar perempuan (bersalib)
telah bertaubat, bila saya
tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya
dia bertaubat.
Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah
ditarik oleh seorang guru
Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En
Salleh Omar
yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada
Yusof Noor
untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia
(sebagaimana tersebar di
akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku
Khursiah, Seremban
balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam
tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang
kepada Kristian.
Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan
Islam Perak.
Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk
menawan satu
Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di
Malaysia ialah
Kamaruddin Hj
Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan
saya sebagai timbalan
padri itu.
Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling !
banyak). Beliau
pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal
untuk membuat kajian
mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas
mesyuarat 3 hari saya hantar
6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400
orang telah masuk
Kristian di Melaka.
Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama,
ada yang tidak tahu
Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.
Cara untuk masuk
Kristian,
mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem
$7.00 pergi ke mahkamah di
Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah.
Nama dalam kad
pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan
Kristian ini. Seorang
bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu
Gajah) pernah menjadi
paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah di dalam bahasa
Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4
syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri
Indonesia) bapak Bruto
yang
menyediakan air ini. Percetakan buku-buku
Kristian di Cheras telah
disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri
Kamaruddin Hj Ahmad Dalam
pada
berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh
dimasuk Kristian iaitu,
Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah
dipukul hingga patah
tangan.

> > > > >> > PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD
ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda
Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-
amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang
besar." (Surah Al- Ahzab:71)

Wednesday, August 1, 2012

Isu Murtad Yang Telah Dilupakan


Khamis, 31 Mei 2012

Assalamualaikum,

Bismillah Hirrahmaanirrahim, moga-moga apa yang saya tulis ini termasuk dalam senarai cerita benar, dan moga-moga ada hati-hati yang akan tersentuh apabila menghayati dan mengenangkan untung nasib adik-adik kita yang sedang tenggelam dalam arus gelombang Kristianisasi ini. Amin!

Bermula kata, memang benar gelombang Kristian ini sedang melanda hebat daerah Kulim Bandar Bharu yang ber'penghulu'kan YB Datuk Kadir Syeikh Fadzir sebagai Ahli Parlimennya.

Maklumat sahih mengatakan bahawa setakat ini beberapa buah sekolah menengah di daerah Kulim telah dan sedang menerima asakan hebat dari puak-puak kaffir laknatullah ini. Antara sekolah-sekolah yang terbabit ialah Sekolah Menengah Lunas, Sekolah Menengah Sungai Kob, Sekolah Menengah Panglima Besar, Sekolah Menengah Sultan Badlishah dan Sekolah Menengah Kulim. Saya tak pasti berapa ratus orang yang benar-benar sudah berjaya dikristiankan mereka, tetapi saya cukup pasti bahawa jumlah yang terbabit ialah seramai 1037 orang.

Kalau sesiapa yang berkesempatan berbicara dengan salah seorang daripada adik-adik kita yang telah berjaya dikristiankan itu, kita akan dapati cerita yang hampir sama akan kita dengar. Latarbelakangnya sama saja, mereka ini diberi "duit saku" sebanyak RM50 seminggu, dan dibawa ke sebuah gereja berdekatan Bukit Mertajam (sempadan daerah Kulim). Gereja ini cukup famous di sebelah sini, dan menurut seorang saksi yang terlibat secara langsung dalam kes ini, gereja itu ialah Gereja St Anne di Bukit Mertajam! RM50 SEMINGGU UNTUK SEORANG BUDAK TINGKATAN DUA BESAR NILAINYA!!

Sebenarnya, banyak kisah yang kita dengar berkaitan isu ini; tapi seperti juga kes Aishah Bokhari, kita rasa tak ada gunanya kita mewar-warkan ke seluruh negara, kerana orang-orang Melayu hari ini sudah hilang sensitiviti keislamannya. Setiap isu panas yang timbul, paling kuat pun boleh bertahan selama 3 minggu, selepas itu terus hilang dibawa angin. Isu Aisyah dan isu Pembunuhan Tiga Beranak di Bandar Sunway malam Valentine 1998 menjadi bukti yang paling nyata!! ORANG MELAYU CUMA AKAN TERSEDAR APABILA SESUATU ISU ITU KENA KAT BATANG HIDUNG MEREKA SENDIRI!!

[Kerana itu, kadang-kadang saya sendiri dah naik malas nak tulis cerita-cerita macam ini; di kadang yang lain, terlintas satu rasa di sudut hati saya minta supaya Tuhan bagi 'anak-anak depa' jadi macam Aisyah - kot baru nak sedar langit tinggi rendah - nauzubillah hi min zalik].

Berbalik kepada cerita budak-budak sekolah di Kulim diberi upah RM50 seminggu untuk masuk Kristian; kerana begitu ramai yang sudah termakan dengan jarum halus Kristian ini, maka banyaklah cerita yang kita dengar. Antara yang terbaru ialah satu cerita dari sebuah kampung bernama Kg Naga Lilit.

Kampung Naga Lilit ini adalah sebuah kampung Melayu tradisional dalam daerah Kulim, penduduknya adalah Islam pure (tak kiralah apa parti). Anak-anak gadis ke sekolah bertudung, jadi memang tak pernah dan tak boleh bayang dek orang-orang kampung itu kalau anak-anak gadis mereka yang bersih dan suci ini boleh end up jadi Kristian. TAPI, ITULAH YANG TERJADI, DI BAWAH TUDUNG LITUP ITU TERSEMBUNYI SALIB-SALIB KRISTIAN!!

Salah seorang anak gadis yang terlibat itu bersekolah di Sekolah Menengah Lunas. Asal ceritanya, apabila cikgu buat 'spot-check', terjumpa salib kristian dalam kotak pensil. Kemudian cikgu buat pemeriksaan detail lagi, dan hasil pemeriksaan yang detail inilah yang membuatkan kita terperanjat. Sekarang sudah heboh diperkatakan orang bagaimana budak-budak ini sanggup membuat lambang salib di tubuh mereka sendiri menggunakan duit siling RM1 yang dibakar panas dan ditoreh di badan mereka. Di bahagian mana dilakarkan lambang salib itu? – DI BAHAGIAN BAWAH PAYU DARA!!! MASYAALLAH!!

Dipendekkan cerita, sebanyak 13 orang anak-anak Kampung Naga Lilit telah berjaya dikristiankan. Lantas atas kesedaran dan prihatin terhadap masa depan mereka dan atas rasa tanggungjawab sebagai orang Islam, lalu dikemukakan orang permasaalahan ini kepada pihak JKKK Kampung Naga Lilit. Nak tahu apa kata JKKK? "ALA, NAK BUAT APA PERBESAR ISU INI? INI ISU REMEH SAJA!!!"

[Remeh!!] Lalu, pihak-pihak yang berkenaan bawa pula isu ini kepada AJK Masjid. Atas rasa prihatin mereka, pihak AJK Masjid telah memanggil ibubapa yang terlibat serta pihak polis untuk bersekemuka. Saya difahamkan OSC Kulim sendiri turun ke kampung Naga Lilit untuk membincangkan isu ini. Antara hasil rumusan ialah pihak AJK Masjid akan membawa isu ini ke peringkat Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Apa perkembangan terbaru, wallah hu aklam.

YANG PASTINYA 13 ORANG BUDAK SEKOLAH MENENGAH, ANAK-ANAK ORANG MELAYU KAMPUNG NAGA LILIT SUDAH HEBOH DIKATAKAN ORANG DAH MASUK KRISTIAN!!

Nak jadi ceritanya pula, ada seorang bapa yang tak dapat menerima hakikat bahawa anaknya sudah masuk Kristian, sepertimana cerita-cerita yang kita dengar bagaimana reaksi ibubapa apabila kita bagitau yang anaknya sudah jadi penagih dadah; walaupun anaknya itu menagih di depan matanya sendiri, tapi sebagai ibu, sebagai bapa, ia tak akan dapat menerima hakikat bahawa anaknya sudah jadi penagih dadah.

Begitu juga dengan cerita di Kampung Lilit ini; salah seorang bapa yang terbabit (anaknya di tingkatan dua - bertudung) dikatakan akan menyaman pihak AJK Masjid dan Pihak Polis kerana membesarkan isu ini. SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU 'SIAPAKAH' LAWYER YANG AKAN DIPILIHNYA NANTI!!

Sebenarnya, di kampung Lilit ini, cerita orang masuk Kristian bukan saja terhad kepada budak-budak pompuan. Ada cerita yang sampai ke pengetahuan saya bagaimana seorang pelajar lelaki Melayu sudah 3 bulan tak balik-balik kerana berkawan dengan seorang pelajar Cina Kristian. Budak Kristian ini anak orang kaya; dan dikatakan bahawa si budak lelaki Melayu ini telah diberikan handphone dan kereta oleh keluarga Cina Kristian itu. Sehingga berita ini ditulis, kaum keluarga budak lelaki Melayu ini masih tertunggu-tunggu kepulangannya.

KALAU RM50 SEMINGGU PUN BUDAK-BUDAK SEKOLAH SANGGUP MASUK KRISTIAN, INIKAN PULA KALAU DAPAT KERETA DAN HANDPHONE!!

[Sudah hina sangatkan agama Islam hari ini??]

Ini pula cerita-cerita yang saya tak pasti kesahihannya, tapi kerana ini yang dibualkan orang; maka saya tulis juga di sini untuk tatapan bersama. Sekiranya ada penafian dari mana-mana pihak, sila hantar terus kepada laman diskusi ini:

Seperti yang saya tulis di atas, bukan hanya Sekolah Menengah Lunas yang terbabit, tapi ada sekurang-kurangnya 4 buah sekolah lagi yang terlibat. Antaranya ialah Sekolah Menengah Sultan Badlishah. Diberitakan orang bahawa mastermind Kristianisasi di Sekolah Men. Sultan Badlishah ini dikepalai oleh seorang guru berbangsa India yang bertugas sebagai guru kaunseling. Budak-budak pompuan yang terbabit diberikan RM50 seminggu dan dibawa ke gereja di Bukit Mertajam itu melalui arrangement oleh guru berkenaan. Untuk setiap kepala yang berjaya dikristiankan, beliau akan dibayar RM3000 seorang.

BAYANGKANLAH, KALAU 10 ORANG SAJA DAPAT DIMURTADKAN - BERAPA LUMAYAN PENDAPATAN SAMBILANNYA!!!

Selain dari itu, di sekitar Kulim, sudah heboh diperkatakan orang bahawa antara "Orang Atas" dalam agenda mengkristiankan anak-anak Melayu ini ialah seorang wakil rakyat berbangsa India yang menang dalam pilihanraya lepas mengalahkan calun pembangkang (seorang Ustaz) dalam salah satu DUN di daerah Kulim, yang mana di kawasan DUN berkenaan penduduk Melayunya merupakan golongan majoriti -42.10%!! UNDI LAGI, JANGAN TAK UNDI!!

Akhir kata, secara peribadi, saya sudah hilang semangat hendak memperkatakan mengenai isu Murtad ini. Tak ada gunanya kita nak marah-marahkan puak-puak Kristian ini, sedangkan kerajaan kita yang mengamalkan konsep "Piagam Madinah ala Hamid Othman" ini tidak pun memandang endah kisah budak2 kampung dikristiankan. Bila sembang bab murtad ini, se-aci boleh saya cuba nak elak dari mencampur adukkan dengan isu PAS-UMNO, tapi puas saya cuba, tetap tak jumpa jalan penghujungnya. Apabila Ustaz Hadi Awang cuba bawa isu Murtad ke Parlimen, orang-orang kita berbangsa Melayu Islam yang ramai-ramai dalam Parlimen itu cakap, "Ala, ini isu remeh temeh, tak perlu disegerakan". MEMANG TAK PERLU DISEGERAKAN SEBAB BELUM KENA KAT BATANG HIDUNG MEREKA SENDIRI!!

Isu yang paling wahid dalam agenda kesinambungan ummah di bumi Malaysia ini kalau kita tekan lebih-lebih, nanti depa kata kita cuba nak mainkan isu politik!! Walaupun apa depa nak kata, saya mewakili anak-anak saya yang sedang membesar ini, dengan penuh rendah hati merayu kepada semua sahabat-sahabat di luar sana, tak kira apa jua jawatan dan apa jua pegangan politik, supaya for once and all, tolonglah ambil berat isu Murtad ini. Janganlah jadi macam JKKK Kampung Naga Lilit, yang mungkin sudah kena brainwash dengan mamanda JAKIM: "Jika kamu ditanya orang mengenai isu Murtad, maka jawablah dengan lidah yang terang lagi fasih bahawa sesungguhnya isu murtad ini adalah benda remeh-temeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan!!".

Wassalam,

Sahabat Dalam Islam

From:Engku Hamid Engku Seman pak_engku@yahoo.com
 — with Ameno World andFais Al-Hajari at http://budakbenteng.blogspot.com/2012/05/isu-murtad-yang-telah-dilupakan.html.

Thursday, January 19, 2012

Sebutan semula kes murtad dua beradik 12 Mac



PULAU PINANG 18 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 12 Mac ini untuk sebutan semula kes dua beradik yang memohon mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).
Hakim Syarie, Othman Ibrahim menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membuat hujahan terhadap permohonan yang dikemukakan oleh Roslina Abdul Rashid dan adiknya Rosli yang masing-masing berumur 30-an.
MAIPP yang dinamakan sebagai defendan diwakili peguam syarie, Faizal Arif Tajul Ariffin manakala kedua-dua beradik itu selaku pihak plaintif yang diwakili peguam syarie, Wan Faridulhadi Mohd. Yusoff tidak hadir di mahkamah.
Tuntutan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006, lanjutan kepada Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 yang memberi kuasa kepada mahkamah untuk mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding membabitkan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam.
Sementara itu, Faizal Ariff ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, kes tersebut masih di peringkat prosiding awal dan pihaknya memerlukan masa untuk memulakan hujahan balas.
"Pada masa ini kes hanya melibatkan hujahan balas antara peguam dan tarikh perbicaraan akan ditetapkan kemudian.
"Kedua-dua plaintif juga tidak perlu hadir untuk sebutan semula kes namun perlu berbuat demikian ketika perbicaraan nanti," katanya.

Friday, December 23, 2011

Kes murtad dibicara di mahkamah sivil

PUTRAJAYA – Kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil.
“Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam.
“Jadi, saya minta supaya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini,” ujarnya selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Wednesday, December 14, 2011

Gerakan murtad wujud

Gerakan murtad wujud
NUSAJAYA - Gerakan memurtadkan masyarakat Islam tidak dinafikan wujud di negeri ini berikutan hasil aduan yang diterima oleh Jabatan Agama Islam negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, bagaimanapun gerakan tersebut sukar dikesan kerana membabitkan kumpulan kecil.

“Surat layang yang diterima mengatakan gerakan berkenaan dijalankan di hotel-hotel tertentu, namun apabila disiasat hotel yang dikatakan tidak wujud sama sekali.

“Justeru, sukar untuk kita mengambil tindakan kerana tidak mempunyai bukti kukuh, namun sekiranya terdapat bukti kukuh, kita akan siasat supaya memberi keadilan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani-Pas, Dr Mohamad Taslim di Persidangan Dewan Negeri Johor di sini, semalam.

Terdahulu, menjawab soalan dikemukakan Adun sama, Zainal Abidin berkata, sebanyak 41 aduan berkaitan permohonan murtad di seluruh negeri ini diterima sehingga kini sejak 1998 dan daripada jumlah itu, 10 kes dibawa ke Mahkamah Syariah, manakala 31 kes lagi diberikan bimbingan dan kaunseling.

Menurutnya, empat daripada 10 kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah ditolak dan enam lagi masih dalam perbicaraan.

“Bagi 31 aduan diterima, 21 kes adalah di Johor Bahru; empat kes masing-masing di Muar dan Batu Pahat serta dua kes di Segamat.

“Antara sebab mereka membuat permohonan untuk murtad termasuk kegagalan dalam percintaan atau perkahwinan iaitu ingin kembali kepada agama asal, selain alasan dipelihara keluarga bukan beragama Islam sejak kecil,” katanya.

Tambahnya, terdapat 41 aduan berkaitan permohonan murtad di negeri ini, daripada jumlah tersebut, hanya 10 kes dibawa ke Mahkamah Syariah manakala selebihnya diberikan bimbingan dan kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Johor (Jaij). Gerakan murtad wujud - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Sunday, August 28, 2011

Dakwaan murtad: Bekas pengetua buat laporan polis

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Seorang bekas pengetua sekolah membuat laporan polis hari ini berhubung satu laman blog yang mendakwa beliau antara kalangan individu yang ”murtad” kerana menukar agamanya kepada Kristian.
Zainal Ratin Zainal Abidin, 67, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini dengan ditemani anaknya, Zainal Azam, kira-kira 2 petang.
Beliau berkata, perkara itu disedari seorang anaknya yang ketika melayari Internet malam tadi menemui senarai 430 nama individu beragama Islam yang telah bertukar kepada agama lain, antaranya Kristian, Hindu dan Buddha.
"Nama saya ada dalam senarai itu. Ini merupakan satu fitnah yang bagi saya amat besar kerana ia membabitkan diri, akidah dan maruah keluarga saya,” katanya kepada pemberita.
Zainal Ratin meminta pihak yang bertanggungjawab, termasuk polis, membuat siasatan terperinci kerana ia melibatkan bilangan umat Islam yang ramai. – Bernama

SPR Kantoi Lagi : Daftar Pemilih Melayu bukan Islam - Blog Malaysia Times di Lapor kepada Polis..



Popularlah Mat Samankati (MSK) ....
pengendali laman blog malaysiatimes. Apabila laporan daftar pemilih bangsa melayu bukan Islam yang ditulisnya telah dibuat laporan polis..
.
Laporan dibuat oleh seorang bekas pengetua sekolah yang tidak berpuas hati apabila namanya terpapar sebagai berugama kristian..
Berita ini keluar dalam berita TV9 sebentar tadi,, terpampang kat senarai nama tu difokus kamera nama MALAYSIA TIMES...
Apa yang SPR nak jawab lepas ni....
Berita berkaitan DI SINI .

Saturday, August 27, 2011

Menangisi murtad dan zakat

Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja. Sedih Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit. Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan ‘mesra dan sayang’. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu. Tangkap Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi. Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini. Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad. Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut ‘semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya’. Semasa saya menziarahinya –tanpa notis awal- dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam. Salah Siapa? Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini. Zakat Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja? Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat. Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya): “(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273) Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah). Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam! Dipetik daripada blog Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Monday, August 22, 2011

Gerakan murtad semakin berani



KUALA LUMPUR - Dulu senyap-senyap, kini semakin terbuka. Itulah modus operandi gerakan murtad yang semakin membimbangkan umat Islam negara ini.

Mereka yang melakukannya tidak lagi menghiraukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.

Dari semasa ke semasa, kita boleh perhatikan usaha itu dilakukan dengan semakin berani. Jika dahulu, kita hanya biasa mendengar risalah dakwah bukan Islam ditinggal lari dalam bekas barang motosikal, diselit pada pengelap cermin kereta atau dalam peti surat, namun apa yang berlaku kini lebih daripada itu lagi.

Sebelum ini, kita dihadapkan dengan tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang Kristian, kemudiannya al-Kitab (Bible) dalam bahasa Melayu yang menyaksikan pemimpin Islam bercakaran sesama sendiri apabila isu itu turut diheret dalam perbalahan politik.

Apa yang lebih membimbangkan apabila timbul isu anak-anak orang Islam diajar menyanyi lagu Kristian siap dengan simbolnya sedangkan mereka mempelajari semua itu di bawah program tuisyen atau tadika amal yang diberi percuma untuk keluarga miskin.

Cuba kita bayangkan apa akan jadi kepada zuriat Melayu/ Islam ini pada masa depan andainya tidak diselamatkan dengan segera?

Ramadan tahun ini amat memilukan apabila seawal hari ketiga umat Islam berpuasa, tercetus kontroversi sekumpulan orang Islam diundang berbuka puasa dalam majlis yang diadakan di premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sehingga mendorong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memeriksa majlis itu apabila terdapat aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan orang Islam berlaku di majlis berkenaan.

Apa yang berlaku di DUMC seharusnya menyedarkan kan semua orang Islam, terutama pemimpin bahawa sesuatu yang tegas dan serius perlu dilakukan untuk menghadapi gejala yang semakin mencemaskan ini.

Namun malangnya, perbalahan politik sekali lagi tidak dapat dielakkan apabila pemimpin Islam bercakaran, saling tuduh menuduh malah ada yang mengecam Jais atas tindakannya itu.

Melihat apa berlaku satu persatu, gerakan memurtadkan orang Islam yang semakin berani ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan terancang diatur sama ada di dalam mahupun luar gelanggang politik.

Ini dipercayai setelah mereka melihat ada kelemahan dalam kepimpinan Melayu/Islam daripada perpecahan yang berlaku, selain ruang yang terbuka apabila ada pemimpin yang menguasai negeri tertentu tidak bersikap tegas dalam hal ini demi untuk menjaga hati pengundi dan rakan parti bukan Islam.

Bagaimanapun perlu diingat, meskipun undang-undang diwujudkan termasuk cadangan Akta Murtad seperti yang dihebohkan, iman yang sebenar adalah pada hati.

Tiada guna undang-undang menghalang jika hati seseorang Islam itu sudah berpaling tadah.

Bagi gerakan misioner, meskipun undang-undang (Perlembagaan) menghalang, apa yang dilakukan adalah tanggungjawab agama mereka. Sama ada mereka bermatlamat syurga, ataupun istana (politik), mereka tetap akan melakukannya meskipun ditegah oleh undang-undang.

Maka apa yang perlu ialah mengatasi semua kelemahan yang ada.

Jika miskin punca orang Islam semakin ramai murtad, usaha membantu mereka dari segi ekonomi, terutama menerusi tabung zakat atau Baitul Mal perlu ditingkatkan.

Lihat semula Bicara Isnin Sinar Harian minggu lalu di bawah tajuk muka depan ‘SUSAHNYA DAPAT ZAKAT’ bagaimana kerenah birokrasi dalam agensi pengurus zakat menjadi halangan bagi ramai orang yang memerlukan mendapat bantuan.

Begitu juga jika cinta menjadi ‘senjata’ gerakan murtad sebagaimana yang selalu disebut-sebut, sesuatu perlu dilakukan untuk memantapkan lagi akidah muda mudi Islam sebagai perisai yang boleh menegah mereka hanyut dalam gelora nafsu remaja.

Begitu juga dengan pengaruh persekitaran, usaha yang lebih jelas perlu dilakukan untuk menanganinya termasuk mengawal apa sahaja medium yang mengancam terutama yang berkaitan dengan hiburan, maksiat dan pergaulan.

Pertubuhan bukan kerajaan perlu mengetepikan motif politik, lebih ikhlas berjuang membantu golongan terpinggir,

Pemimpin politik Melayu/Islam pula dirayu supaya tahu batas berpolitik, tidak menjadikan isu agama sebagai senjata memancing undi. Apabila timbul isu seperti ini, mereka perlu kembali bersatu untuk membina bentang yang kukuh supaya Islam di tanah air tercinta ini tidak mudah runtuh.-SH

Wednesday, August 17, 2011

GCM buat enam laporan polis

LAPOR...Zainuddin menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung gerakan memurtadkan orang Islam di IPD Shah Alam, semalam.
LAPOR...Zainuddin menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung gerakan memurtadkan orang Islam di IPD Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM: Enam laporan polis dibuat Gerakan Cegah Murtad (GCM) di beberapa balai polis berhubung kegiatan sesetengah pihak yang berniat memurtadkan umat Islam di negeri ini, di sini, semalam.
Timbalan Presiden Pertubuhan Penggerak Transformasi Malaysia (Pertama), Zainuddin Muhammad membuat laporan polis bersama beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Beliau berkata, program yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu mempunyai agenda halus untuk mengembangkan Kristian di kalangan penganut Islam.

Katanya, jika perkara itu (memurtadkan orang Islam) tidak dicegah, gerakan bagi menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia juga tidak mungkin akan berjaya.

“Walaupun Malaysia memberi kebebasan beragama diamalkan, percubaan halus memurtadkan orang Islam sangat melampau dan mesti dihalang kerana ia salah di sisi undang-undang.

“Kami (GCM) mendesak supaya polis dan pihak lain yang bertanggungjawab menyiasat perkara ini dengan terperinci,” katanya.


Menurut Zainuddin, agama Islam adalah agama Persekutuan dan kes ini bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya GCM tidak akan berdiam diri membiarkan pihak yang sepatutnya dihadapkan ke muka keadilan terlepas begitu saja tanpa hukuman setimpal.

“Kami membuat laporan ini supaya siasatan dan tindakan undang-undang diambil, namun jika tiada siasatan dijalankan, kami akan terus bertindak supaya perkara ini boleh dibawa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan.

“Selain itu, kami tidak mahu isu ini dipolitikkan kerana agama tidak harus menjadi alat untuk berpolitik,” katanya.-hmetro

Sunday, August 14, 2011

Gerakan Cegah Murtad buat laporan polis

SHAH ALAM: Gabungan Gerakan Cegah Murtad (GCM) akan membuat laporan polis berhubung isu memurtadkan umat Islam di Selangor di semua ibu pejabat polis daerah (IPD) negeri itu bermula jam 10 pagi, Selasa ini.
Gabungan mewakili hampir 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menegaskan, ia sebagai mewakili suara umat Islam yang rata-rata kesal dengan campur tangan pihak tertentu dalam isu pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, pada malam 3 Ogos lalu.

Jurucakapnya, Hamidzun Khairuddin berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sepatutnya bebas melaksanakan undang-undang berkaitan agama Islam di negeri itu, selaras dengan status Malaysia sebagai negara Islam.

“Kita sudah bermesyuarat dan menyusun ahli gabungan untuk membuat laporan polis di setiap IPD di Selangor. Saya yakin usaha ini akan bergema di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Baru-baru ini, Jais menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan jam 9 malam, seseorang mengadakan pengucapan awam yang diselitkan perkataan al-Quran dan wujud bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut Islam.-hmetro

Saturday, August 13, 2011

Isu murtad bongkar kepincangan agensi kebajikan, Baitulmal

Umat Islam patut buka mata pihak pesong akidah menerusi kerja amal kebajikan
PEMBONGKARAN kes sekumpulan umat Islam yang terpaksa menerima perlindungan di sebuah gereja di Selangor kerana kesempitan hidup minggu lalu mengingatkan penulis kepada keputusan diambil pengurusan Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh Subang Jaya sekitar dua tahun lalu.

Pusat ini menerima lapan pesakit HIV Muslim yang sebelum itu bernaung dalam gereja di Petaling Jaya bagi menyelamatkan akidah mereka. Menurut pesakit, ada di kalangan mereka dibaptiskan ketika nazak dan dikuburkan sebagai Kristian. Kebanyakan pesakit sudah lama terputus hubungan dengan keluarga. Apabila mati, tiada waris menuntut. Seorang pesakit memberitahu, dia nekad keluar dari gereja itu selepas melihat rakannya meninggal dunia akibat tibi.
Memang banyak rumah perlindungan untuk pesakit HIV lelaki, tetapi semuanya diuruskan gereja Katolik, sedangkan ramai pesakit ialah Melayu-Islam. Saya percaya ramai lagi rakan sebangsa ingin keluar dari gereja itu, namun tiada tempat lain dituju. Hendak balik kampung, keluarga sudah buang mereka
“Jenazahnya yang tidak dituntut keluarga diuruskan ikut cara Kristian, sedangkan dia Muslim. Memang banyak rumah perlindungan untuk pesakit HIV lelaki, tetapi semuanya diuruskan gereja Katolik, sedangkan ramai pesakit ialah Melayu-Islam. Saya percaya ramai lagi rakan sebangsa ingin keluar dari gereja itu, namun tiada tempat lain dituju” katanya yang berasal dari Kuala Selangor.

Berdasarkan maklumat, tempat perlindungan dikelola mubaligh dan aktivis Kristian tidak semestinya gereja. Banyak yang dipanggil rumah kebajikan masyarakat atau WCH (welfare community homes). Hari ini, dianggarkan 3,000 pesakit HIV lelaki Islam tinggal di gereja dan WCH sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun, ada pandangan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan juga memberi hak kepada warga negara Malaysia yang cukup umur, iaitu 18 tahun memilih sendiri agamanya, termasuk menukar agama. Hujah ini diperkuat kes gadis Cina Kelantan, Suzie Teoh yang mengaku masuk Islam pada umur 16 tahun. Ibu bapanya memohon perintah mahkamah untuk mengisytihar tindakan anak mereka tidak sah. Dalam tangisan, Allahyarham Tun Salleh Abas yang mengadili kes itu mengesahkan Teoh kekal dalam agama asalnya. Namun, dua tahun kemudian, kes dibuka semula dan dalam tangisan, Teoh memberitahu mahkamah: “Saya Yang Arif, kekal dalam agama saya, saya masih dengan nama Nur Aini”.

Jadi, apakah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan? Adakah ia berfungsi secara politik atau perundangan atau sekadar untuk acara rasmi saja? Beberapa peguam melahirkan keresahan kerana apabila berlaku pertembungan antara hukum syarak dan sivil, hukum syarak ‘kena’ beri laluan kerana Perkara 4 Perlembagaan menyebut mana-mana undang-undang yang bertentangan atau bercanggah dengan Perlembagaan adalah terbatal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak.

Sekitar 1987, Jamaludin Othman yang menjadi Kristian dengan nama Jeshua, ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memesongkan akidah ramai anak Melayu. Namun, dia dibebaskan mahkamah atas alasan kebebasan beragama, berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

Sementara pakar undang-undang membincangkan hal ini, hakikatnya ramai orang Islam yang murtad. Rekod rasmi menunjukkan pada 1989 ialah 4,776 Islam murtad, manakala pada 1997 hingga 1998, bilangan orang Islam yang mohon menukar kepada agama Kristian ialah 3,516. Tidakkah ini menggerunkan?

Gerakan mengkristiankan orang Islam di Malaysia bermula sejak kedatangan Portugis dan Belanda ke Nusantara, kemudian dijalankan penjajah Inggeris sehingga kepada kumpulan mubaligh dan gereja Kristian hari ini. Gereja Merah di Melaka, kubu A Famosa dan tugu St Francis Xavier antara peninggalan sejarah kristianisasi di negara ini. Menurut Pusat Islam California, pendakwah Kristian menjadikan Malaysia sasaran mereka. ‘Window 10/40’ adalah singkatan kepada usaha mengkristiankan penduduk negara di antara garis lintang 10 dan 40 darjah di peta dunia.

Antara kes bersejarah ialah membabitkan Natrah, anak gadis Belanda beragama Islam yang dimurtadkan. Peristiwa yang berlaku enam dekad lalu menyebabkan orang Melayu-Islam merusuh satu negara. Kes lain dalam ingatan termasuk Lina Joy, Nor Aishah Bokhari yang kahwin lari dengan pemuda bukan Islam dan Hartina Kamaruddin, wanita Perak yang menukar nama kepada Nivasni Rajeswari.

Sebelum kecoh pasal penahanan kitab Injil dalam bahasa Melayu cetakan Indonesia baru-baru ini, timbul peristiwa sama pada 1997. Jabatan Agama Islam Johor dan Kementerian Dalam Negeri merampas 250 buku ajaran Kristian berbahasa Melayu, termasuk bertajuk Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenali Rasul.

Di dalamnya ada kalimah ‘Allah’, ‘imam’ (untuk paderi), ‘nabi’, ‘malaikat’ dan istilah lain yang lazim kepada Muslimin. Sekali pandang, macam buku agama Islam. Ini adalah taktik, termasuk menggunakan nama penulis Melayu, misalnya buku Circumcised Heart karangan Hilmy Nor (Kairos Research Centre).

Dalam kes di DUMC, kitab Injil yang sama didapati diberikan kepada 12 orang Islam yang kononnya beriftar di situ. Ada gesaan daripada beberapa pihak agar polis siasat wujudnya kertas kuiz mengenai Islam ketika pemeriksaan JAIS. Antara soalannya bertanyakan maksud perkataan Islam, Muslim dan Quran. Juga ditanya malaikat yang menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad. Selain itu, ada juga nyanyian ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahuakbar’ pada majlis itu. DUMC dikatakan sering dikunjungi sehingga 100 ibu tunggal Muslim yang melarat.

Ada pihak membangkitkan apa salahnya orang Islam ke gereja seperti bukan Islam ke masjid. Ada juga menentang tindakan JAIS kerana berlawanan dengan semangat 1Malaysia, malah ada yang mahu Perlembagaan dipinda agar orang Islam juga bebas memilih agama.

Ketika perpaduan nasional dan keharmonian kaum menjadi matlamat negara, soal utama ialah kesucian dan kedaulatan Islam. Bagi Muslimin, ini adalah perkara wajib. Tidak ada kompromi kerana mendaulatkan kedudukan Islam adalah jihad. Penganut agama lain dan warga negara Malaysia harus memahami prinsip ini.

Satu lagi perkara berbangkit ialah keberkesanan kementerian dan agensi yang diwajibkan untuk membantu golongan yang miskin dan memerlukan. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah kelak, pihak berwajib perlu mengkaji semula mekanisme dan kecekapan mereka menyalur bantuan agar tidak ada lagi orang Islam yang mengemis kepada gereja. Ini sangat memalukan.

Jika dibaca Buku Jingga, sepatutnya tidak ada lagi ibu tunggal yang daif di Selangor tetapi kerana janji ditabur dan tidak dikota, orang Islam miskin negeri ini terpaksa merempat di gereja. Dilaporkan juga kementerian bertanggungjawab memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membantu 450,000 orang , tapi yang pasti ia tidak dapat dinikmati ibu tunggal Muslimin yang ke gereja untuk mendapat makanan. Jika kita yakin zakat dan Baitulmal ialah sistem Islam terbaik bagi mengatasi kemiskinan dan mewujudkan keadilan sosial, kenapa ini tidak berlaku dalam masyarakat kita?

Penulis ialah Yang Di Pertua Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiq-bharian

Tuesday, August 9, 2011

Isu murtad, semua pihak bertanggungjawab



Saya tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh Ustaz Mohd Fadil Yusuf yang memperincikan secara ilmiah dan berhemah tentang gejala murtad yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.Pemikirannya cukup terpimpin dan diolah serta dibahaskan dalam bahasa yang cukup mudah difahami. Saya perturunkan ulasan beliau tanpa sebarang suntingan untuk kita melihat gejala murtad ini daripada kacamata beliau.
Kini sekali lagi masyarakat Islam negara ini riuh kembali berkenaan isu murtad. Isu murtad bukan perkara baru dalam sejarah umat Islam. Bezanya di zaman ini murtad berlaku secara individu. Di zaman Saiyidina Abu Bakar, golongan yang murtad diperangi habis-habisan.

Kerana golongan murtad pada zaman itu membentuk satu 'movement' dalam usaha untuk mengoyah dan menggugat keyakinan umat. Dalam lain perkataan, mereka, golongan murtad berusaha memurtadkan orang lain.
Wujudnya kumpulan (group) golongan murtad dan penyokong murtad di halaman sosial Facebook, juga membimbangkan kita tentang gejala ini. Hinggalah isu terkini tentang adanya usaha pihak tertentu untuk memurtadkan orang-orang Melayu Islam yang nipis keimanannya.
Riuh rendah masyarakat terhadap isu murtad adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini membuktikan sensitiviti umat masih ada. Dan itu merupakan sebagai tanda bahawa iman umat masih belum padam, cuma tidak terlalu bersinar. Andainya iman itu benar-benar memancar tentulah sensitiviti itu tidak bermusim dan akan turut peka terhadap berbagai perkara lain yang tidak kurang pentingnya bagi umat Islam.
Sekiranya hati umat Islam sudah tidak merasai apa-apa kesan terhadap soal murtad umpamanya,dibimbangi akan mengalami dua kali bala. Satu pihak menanggung bala murtad, manakala pihak yang lain pula menanggung bala dayus.
Bertambah besar dayusnya apabila terjadinya murtad itu dari angkara pihak lain yang kita berdiam diri kerana takut dan terlalu hendak menghormati pihak lain. Sedangkan pihak yang memurtadkan umat Islam itu tidak pula pernah mahu menghormati umat Islam. Membiarkan kehormatan diri dan anak isteri dicabuli sudah dianggap dayus, apatah lagi membiarkan aqidah umat dicabuli.
Murtad bukan perkara kecil dan tidak boleh dipandang ringan. Penyelesaiannya menuntut kepada mekanisma yang berkesan. Kalau dalam soal lain seperti masalah ekonomi kita menghadapinya dengan segala pelan tindakan yang teliti, terpeinci, rapi dan sempurna, dalam soal murtad ini tidak boleh secara lebih kurang, atau retorika dan slogan.
Kedapatan pula masyarakat Islam yang memilih jalan mudah iaitu menuding kepada pihak lain yang kononnya bertanggungjawab. Dengan cara itu diri sendiri akan dapat berlepas tangan. Dalam hal ini pihak pemerintah dan agensi yang bertanggungjawab sering menjadi sasaran tudingan.
Ada juga yang menuntut supaya diadakan undang-undang, penguatkuasaan dan hukuman oleh pemerintah. Seolah-olah undang-undang dan hukuman itu akan dengan mudah menyelesaikan masalah murtad.
Pada teorinya memang dengan hukuman nampak berkesan, yang kononnya orang lain akan serik dan takut. Namun perlu diingat, realiti tidak sama dengan teori. Buktinya, cuba lihat dalam kes lain yang memang telah sedia ada undang-undang, penguatkuasaan dan hukuman. Sebut sahaja umpamanya dadah, rasuah, rogol dan termasuk kesalahan lalu lintas.
Ramai yang sudah dihukum mati kerana kesalahan mengedar dadah. Ramai yang sudah dipenjara kerana sabit kesalahan rasuah. Mereka yang diberitakan mati kerana gelojoh di jalan raya juga meningkat. Apakah manusia lain mahu serik dan takut? Penagih dadah lebih merana terseksa kerana kesesakan pusat serenti berbanding kesan penagihan. Pengguna jalan raya lebih takutkan saman berbanding accident dan mati di jalanraya.
Ini membuktikan dalam menangani masalah murtad hukuman bukan jalan penyelesaian terbaik. Undang-undang dan penguatkuasaan bukan jalan keluar berkesan yang menjamin tidak berlakunya murtad. Kalau hendak dilaksanakan ianya sebagai tindakan terakhir setelah lebih dahulu dilakukan pendekatan yang lebih utama dan lebih penting.
Islam adalah wahyu Allah SWT yang sempurna, lengkap dan menyeluruh. Islam sentiasa menyediakan jalan keluar kepada apa jua permasalahan. Perlaksanaan Islam secara syumul akan menyelesaikan masalah, memperlihatkan keindahan ajarannya dan turut terasa keindahan Islam itu pada pengamalnya.
Murtad, atau apa saja masalah kehidupan mestilah melalui pendekatan mencegah, mengubati (pemulihan) dan membendung.
A. Mencegah
Mencegah maksudnya menghindari sesuatu itu sebelum ia berlaku. Ini adalah langkah paling penting. Sayangnya pendekatanlah ini yang amat kurang dititikberatkan. Di samping terabai, kalau adapun kurang berkesan. Keberkesanan pencegahan ini akan menjamin tidak berlakunya murtad.
Pencegahan yang berkesan adalah datangnya dari dalam diri manusia itu sendiri. Di sinilah letaknya betapa pentingnya benteng iman dan taqwa dalam hati manusia.
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka." (Surah Ar Ra'd: 11)
Allah SWT menyebut mengenai perubahan apa yang ada di dalam diri manusia itu' ditujukan kepada sesuatu yang memang sifatnya mudah berubah iaitu hati. Murtad itu bukan datangnya dari anggota lain seperti tangan, kaki, telinga, hidung, mulut atau organ lain. Ianya datang dari hati. Dan hati juga menjadi penggerak atau pemerintah kepada seluruh anggota lain.
Maka benteng yang paling kukuh, utuh dan teguh mestilah datangnya dari hati. Keteguhan benteng itu hanyalah dengan iman dan taqwa. Dengan iman yang utuh, taqwa yang tinggi biar apapun pengaruh yang datang seseorang itu tidak akan menggadai maruah dan aqidahnya. Aqidahnya tidak akan dijual dengan harga secebis cinta atau segunung emas hingga nyawa bercerai dari badan.
Pembinaan iman dan taqwa ini mesti dilakukan sekurang-kurangnya dengan dua kaedah iaitu pendidikan (tarbiyah) dan dakwah.
1. Tarbiyah (pendidikan)
Ini adalah proses ubah ansur pembentukan pegangan, pemikiran dan sikap manusia. Mendidik umat mestilah menjurus kepada penyuburan iman dan taqwa. Sehingga hati umat benar-benar merasai keagungan dan kebesaran Allah. Cinta dengan Syurga dan gerun dengan neraka. Meletakkan agama di atas segala-galanya. Kepentingan Allah dan Rasul-Nya mesti didahulukan dari segala kepentingan lain.
Hafal Rukun Iman serta huraian dan memahami ajaran Islam bukan bererti sudah memiliki iman yang mantap. Hafal dan faham itu hanya terletak di akal bukan di hati. Hati yang merasai gementar terhadap Allah SWT itu barulah dikatakan hati yang terisi dengan iman.
Pendidikan berlaku berterusan yang akhirnya dengan kematian. Memasuki alam persekolahan yang berorentasikan peperiksaan bukan tarbiyah. Itu namanya pembelajaran (taklim). Tarbiyah ini berlaku sama ada secara formal atau informal. Tidak kira apa bentuknya, pokok pangkal mesti membentuk hati yang merasai keagungan Allah SWT. Keluarga, alam persekolahan dan masyarakat adalah unsur yang berperanan dalam menjayakan pendidikan.
2. Dakwah
Dakwah juga mestilah ke arah pembentukan jiwa manusia. Seruan yang tidak terpisah dari tabsyir dan tanzir (khabar gembira dan ancaman) akan lebih berkesan mencorakkan pegangan manusia. Dakwah juga tidak boleh bermusim atau sekadar aktiviti masjid dan persatuan. Dakwah mesti dijadikan sebahagian dari tugas berterusan setiap individu muslim.
Dakwah juga jangan pula hanya rancak saja tanpa matlamat yang jelas. Atau tidak dijadikan gelanggang untuk 'mental exercise' tanpa kesimpulan yang boleh dijadikan pegangan. Pendakwah sepenuh masa mestilah ramai jumlahnya dan diiktiraf setaraf dengan jawatan lain. Cuma, pendakwah perlu memiliki berbagai disiplin, kemampuan dan memenuhi ciri-ciri dan syarat yang sewajarnya.
B. Mengubati (Pemulihan)
Ini adalah "follow-up program" andainya kedapatan umat yang jatuh murtad. Sangat merbahaya memberi ruang kepada berlakunya murtad kemudian baru hendak dipulihkan. Umpama membiarkan penyakit menghinggapi seseorang kemudian baru mencari ubat untuk penyembuhan. Tiada jaminan pemulihan atau mengubati ini mendatangkan kesembuhan.
Berlakunya murtad kerana pencegahan tidak berkesan atau terabai. Apa pula jaminan pemulihan akan berjaya sekiranya pencegahan berlaku banyak kelemahan. Walaupun demikian semua pihak termasuk pemerintah perlu membentuk mekanisma yang membolehkan pesalah murtad dipulihkan secara sistematik. Tentulah bahaya murtad lebih memerlukan pemulihan berbanding bertungkus lumus mengendalikan kesalahan lain.
C. Membendung
Andainya setelah pendekatan pertama dan kedua telah diusahakan bersungguh-sungguh, berlaku juga umat terjerumus kepada murtad maka langkah terakhir ini perlu diambil. Membendung ertinya tidak membenarkan berlaku pertambahan jumlah atau merebak. Mesti dijauhi dari berjangkit kepada individu lain.
Seperti juga dengan kesalahan lain seperti zina yang dihukum rejam dan mencuri dipotong tangan, maka murtad menurut pendapat ulama adalah dihukum bunuh, yang perlaksanaannya adalah langkah terakhir. Perlaksanaan hukuman ini setelah terlebih dahulu masyarakat dididik, di dakwah, diajar dan segala ruang kemungkaran telah ditutup.
Keluarganya sempurna, kasih sayang sudah merata, tiada tekanan hidup, pengaruh luar sudah dibanteras, masyarakat juga sudah berlaku adil, andainya masih tidak mahu insaf, barulah hukuman dijalankan. Hukuman itu dilakukan sebagai iktibar kepada yang lain. Ini hanya dalam keadaan masyarakat itu sendiri bersifat mahu mengambil iktibar.
Berlaku di sebuah negara jiran yang penduduknya majoriti umat Islam. Para ulama sering mengadakan dialog dengan pihak kristian. Setiap kali dialog, kemenangan dan kebenaran jelas berpihak kepada para ulama. Di sana Islam juga sering dijadikan sasaran fitnah. Semua fitnah itu dijawab oleh para ulama dengan hujah yang konkrit. Jaguh pidato lantang dan mengasyikkan pendengar. Pidato mereka sangat memukau dan membius masyarakat umum.
Di tengah-tengah kehebatan pidato dan kejituan hujah, bertambah ramai jumlah umat Islam menukar agama kepada Kristian dan lain-lain ajaran. Mengapa terjadi demikian sedangkan Islam itu jelas benarnya melalui hujah dan pidato?
Jawabnya ialah umat Islam memang handal dalam bercakap tetapi kosong pada tindakan. Biarpun mereka tidak menang hujah dan tidak jaguh dalam pidato, namun mereka masuk kampung, panjat bukit, meredah hutan, meranduk paya dan lumpur. Mereka menabur budi dan kebaikan. Mereka berbakti kepada masyarakat. Mereka meratakan kasih sayang. Mereka bukan sekadar mengubati kurap, panau, kudis buta dan tokak anak-anak pedalaman. Tetapi mereka juga mengubati luka dan bengkak hati lantaran tidak dipedulikan dan tiada kasih sayang.
Masyarakat dahagakan bimbingan, pimpinan, kemesraan, kelunakan dan kasih sayang. Apa yang mereka perolehi dari kalangan Islam ialah kutukan, maki hamun, sumpah seranah, tuduhan dan cercaan. Kata-kata seperti jahil, fasik, kafir, bodoh, lembab, lemah akal, kolot sering mereka dengar. Tiada siapa yang mahu mendampingi mereka.
Kalau diundang berceramah, kos, ongkos dan envelope yang diperhitungkan. Sepatutnya yang bergelar pejuang semakin pokai papa kedana. Sebaliknya "08.00am-05.00pm" menjadi asasnya, yang selebihnya adalah tuntutan elaun ditambah lagi dengan envelope masyarakat bawahan. Tidak hairan mengapa kes murtad banyak berlaku sebenarnya. Cuma yang mengisytiharkan murtad saja yang sedikit.
Marilah kita berbuat apa yang kita boleh buat dan jangan menuding kepada pihak lain. Kita tidak tahu hari ini anak orang lain, mungkin suatu hari nanti suku sakat kita pula. Pemerintah ada bahagian dan tanggungjawabnya. Kita juga tidak akan mudah lepas tangan begitu saja. Sama-sama berganding bahu kerana semua kita akan dipersoalkan oleh Allah SWT di Akhirat nanti.



Dipetik daripada blog sanggahtokjanggut
-SH

Monday, August 8, 2011

Negeri pantau kegiatan murtadkan umat Islam

Jabatan agama beri amaran kepada gereja cuba pesong akidah
SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk gereja, jika terbukti ada cubaan memesongkan akidah umat Islam di negeri ini. 

Pengarah JHEAINS, Johani Hasan, berkata pihaknya menyedari ada kegiatan dilakukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gereja yang memesongkan akidah, namun tiada laporan serta bukti mengenainya.

“JHEAINS sentiasa memantau perkara ini, namun pendekatan kita lebih kepada memulihkan semula akidah umat Islam yang terpesong.
“Bagaimanapun, kita mempertimbangkan tindakan lanjut terhadap gereja terbabit jika kegiatan yang dijalankan melampaui batas sehingga menggugat akidah umat Islam,” katanya kepada Berita Harian. 

Di KOTA KINABALU, Menteri di Jabatan Ketua Menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Nasir Sakaran, mengakui ada pihak cuba mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negeri itu, terutama di kalangan saudara baru, penduduk luar bandar dan perkampungan terpencil. 

“Bilangannya tidak serius seperti dakwaan sesetengah pihak dan kita tidak pernah berdiam dalam soal ini kerana ia membabitkan akidah. 

“Pada masa sama, wujud kekeliruan dari segi nama, misalnya individu bernama ‘Mariam’ yang bukan beragama Islam tetapi ketika memohon MyKad, agamanya dicatat sebagai Islam tanpa disedari. 
“Apabila ini berlaku, ‘Mariam’ akan minta status agamanya ditukar kepada bukan Islam dan permohonan itu diklasifikasikan sebagai cubaan murtad sedangkan hakikat adalah sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 

Di ALOR SETAR, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohd Baderuddin Ahmad mahu kerajaan segera bertindak ke atas kegiatan memurtadkan orang Islam di negara ini bagi membolehkan kesucian agama terpelihara. 

Bagaimanapun, katanya, pihak berkaitan dan badan agama Islam juga perlu memperkukuhkan institusi mereka dalam menangani isu berkaitan kebajikan dan keperluan umat Islam dari semasa ke semasa. 

“Dalam hal ini semua pihak perlu memainkan peranan sama ada pada peringkat penguatkuasaan atau kerja kebajikan untuk kepentingan umat dan agama itu sendiri,” katanya. 

Di JOHOR BAHRU, Kerajaan negeri sehingga kini, tidak menerima sebarang aduan mengenai wujudnya usaha untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman. 

“Walaupun ada pihak menyatakan kegiatan ini sudah menular ke seluruh negara, tetapi di negeri ini tidak ada,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Di KUCHING, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata pemimpin Kristian akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) apabila ada umat Islam menemui mereka untuk meminta bantuan. 

“Memang pernah berlaku umat Islam yang kesempitan hidup mendapatkan bantuan gereja tetapi kerjasama dan hubungan baik pemimpin pelbagai agama di negeri ini dengan merujuk JAIS dapat mengelak berlaku pemesongan akidah umat Islam yang menghadapi masalah kesempitan hidup,” katanya. 

Di KOTA BHARU, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan kepada kerajaan Selangor dan PAS Pusat untuk menentukan isu mengenai serbuan JAIS menyerbu sebuah gereja yang dikatakan menyebar ajarannya kepada umat Islam, baru-baru ini. 

“Tiada sebarang masalah yang berlaku di negeri ini, jika ada pun, ia hanyalah sedikit gangguan yang saya boleh diibaratkan seperti nyamuk di luar kelambu, tidak lebih dari itu,” katanya. 

Di GEORGETOWN, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim, berkata pihaknya tidak menerima laporan atau kes berhubung usaha pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam. bharian

Thursday, June 30, 2011

Kajol ‘hati kering’

HAFIZ...enggan ulas lanjut
HAFIZ...enggan ulas lanjut
KOTA BHARU: “Saya tidak kisah semua itu,” kata penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, yang akhirnya bersuara selepas usaha menemubualnya sebelum ini menemui jalan buntu.
Kajol berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi terbaru membabitkan dirinya yang disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu dan digam stesen radio swasta terkenal Kelantan, Manisfm.

Bagaikan ‘berhati kering’ Kajol selamba memberitahu tidak ambil kisah sebarang berita yang disiarkan mengenai dirinya.

Bagaimanapun, kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri yang terkenal dengan lagu irama Bollywood itu enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi membabitkan dirinya.



“Tiada komen, siarlah apa berita pun,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Harian Metro.myMetro | Kajol ‘hati kering’

Sunday, November 14, 2010

Beginda murtad: JAIS minta bantuan Jakim


KUCHING 13 Nov. - Sarawak akan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat dan mengesahkan sama ada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Beginda Minda sebelum ini merupakan seorang Islam atau sebaliknya.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) tidak mempunyai rekod yang mengatakan Beginda atau nama Islamnya, Nor Azman Abdullah telah memeluk Islam.
Jelasnya, Beginda juga tidak pernah mengaku kepada jabatan tersebut dia seorang Islam atau tidak pernah keluar daripada Islam walaupun namanya menunjukkan dia seorang Islam.
''Kita akan menyiasat perkara ini dan kerajaan negeri akan meminta bantuan Jakim yang akan bekerjasama dengan jabatan agama Islam lain di negara ini untuk membantu sama ada Beginda pernah mempunyai rekod sebagai seorang Muslim atau tidak.
''Sebaik sahaja kita mendapat laporan itu, kita akan membuat susulan mengenai perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ditanya mengenai penggunaan nama Islam oleh Beginda, Daud memberitahu, perkara itu bukan merupakan sesuatu yang baru di Sarawak kerana banyak masyarakat bukan Islam turut menggunakan nama seperti orang Islam.
''Saya sendiri hairan bagaimana Beginda mempunyai nama Islam dan kita akan menyiasat perkara ini," katanya.
Sementara itu, Daud berkata, di Malaysia, setiap individu yang murtad termasuk di Sarawak hanya akan diberikan kaunseling tidak seperti amalan sebelum ini iaitu diambil tindakan ke atas mereka yang murtad.
Ujarnya, jika mereka mengakui hanya memeluk Islam dan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, jabatan itu akan membenarkan mereka keluar agama Islam.
''Namun kes-kes seperti ini amat jarang dan kita tidak menggalakkan ia daripada berlaku," tegas beliau.

Monday, October 4, 2010

Bantu elak gejala murtad





Mazlan Hashim (tengah) bersama Wan Harujan Sulaiman menyampaikan hadiah kepada Hasmah Abdullah yang muncul johan qariah pada majlis Ujian Tilawah dan Hafazan al-Quran serta Pertandingan Azan Saudara Kita di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 3 Okt. - Golongan saudara baru perlu terus didekati dan dibimbing agar mereka tidak berasa tersisih demi mengukuhkan pegangan mereka terhadap Islam.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Mazlan Hashim berkata, satu pendekatan yang sistematik perlu diambil bagi mengelakkan mereka kembali ke agama asal.
Beliau menekankan bahawa usaha itu turut menjadi tanggungjawab umat Islam yang lain dengan tidak menyisih atau menyebabkan mereka berasa didiskriminasi sehingga melihat Islam dengan persepsi yang salah.
"Umat Islam seharusnya membimbing, memandu dan memimpin mereka supaya akidah yang baru bertunas itu dapat bertapak kukuh dalam hati mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Penutup Ujian Tilawah dan Hafazan al-Quran serta Pertandingan Azan Saudara Kita, di sini hari ini.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria yang dijemput sebagai penceramah khas dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman.
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu mendengar permohonan dua saudara baru untuk keluar daripada agama Islam.
Mazlan berkata, walaupun tanpa perangkaan rasmi berhubung murtad di kalangan saudara baru, ia tidak harus dipandang ringan kerana kesan buruk akan turut dihadapi oleh umat Islam secara keseluruhannya.
"Golongan ini perlu diberikan sokongan moral untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran hidup baru kerana Islam adalah agama sejagat berpaksikan keimanan dan ketakwaan dan tidak ada bangsa yang menjadi taraf kedua atau ketiga," katanya.
Jelasnya lagi, jika pihak berwajib terlepas pandang perkara itu akhirnya mereka akan bergaul dan bercampur sesama mereka sendiri menyebabkan hubungan dengan umat Islam lain terputus.
Sementara itu, dalam tilawah berkenaan, Mohamad Azlan Gan Abdullah (Marang) dan Hasmah Abdullah (Kuala Terengganu) muncul sebagai johan kategori lelaki dan wanita.
Mereka membawa pulang trofi, wang tunai serta menerima pakej menunaikan ibadah haji.
Sementara itu, Muhammad Faisal Sanya Abdullah (Kuala Terengganu) dan Murina Abdullah (Marang) menjuarai acara hafazan al-Quran dan menerima hadiah wang tunai serta trofi.
Bagi pertandingan azan, Hasan Salok (Hulu Terengganu) diumumkan sebagai pemenang kategori Orang Asli dan Mohd Ridhuan Junas (Kuala Terengganu) pula johan kategori bukan Orang Asli.

Monday, September 27, 2010

Bapa tak kesah Pinkan murtad

JAKARTA: Penyanyi Pinkan Mambo sebelum ini dikatakan bertukar agama kerana terpengaruh dengan kekasihnya. Bapa Pinkan, Youke Mambo pula menafikan khabar itu.
“Berita mengenai Pinkan keluar Islam kerana terpengaruh dengan kekasihnya itu tidak benar,” ujar Youke ketika dihubungi melalui telefon, semalam.
Youke memberitahu dia sempat berbual dengan anaknya dan Pinkan memang ada memaklumkan yang dia sudah bertukar ke agama lain. Bagaimanapun, Pinkan juga meminta bapanya tidak mempercayai berita yang dipaparkan di media.

“Papa, Pinkan sudah berpegang kepada keyakinan baru dan berita mengenai Pinkan memeluk agama lain kerana terpengaruh dengan kekasih Pinkan itu tidak benar.

“Pinkan memang rela hati mahu memeluk agama baru ini,” jelas Pinkan kepada bapanya sebagaimana dituturkan Youke.

Youke berkata, dia tidak kesah dengan keputusan Pinkan itu. Menurutnya, penyanyi lagu ‘Kekasih yang tak dianggap’ itu sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan dalam hidupnya.

“Saya hormati keputusan anak saya,” kata Youke. - Agensi

Sunday, July 4, 2010

FPI cegah murtad



BEKASI, Indonesia 3 Julai – Barisan Pembela Islam (FPI) yang bimbang dengan usaha mengkristiankan umat Islam dari golongan miskin di sini, mewujudkan satu program dengan melatih aktivis muda bagi membimbing penganut Islam agar tidak terpengaruh dengan agama itu.
Ketua FPI Bekasi, Murhali Barda berkata, lebih 1,500 sukarelawan telah berdaftar untuk menyertai program itu yang memulakan latihannya di masjid-masjid hari ini.
Katanya, aktivis akan berperanan sebagai ‘polis moral’ bagi menakutkan-nakutkan orang Kristian yang cuba menghasut umat Islam daripada keluar dari agama suci itu
“Kami melaksanakan program ini kerana kami mahu menakutkan orang Kristian tentang tindakan cuba memurtadkan umat Islam. Jika mereka enggan menghentikan usaha itu, kami sedia berjuang,” tegas Murhali lagi.
Projek FPI itu dibuat selepas 14 buah bas yang dipenuhi orang miskin beragama Islam dari kampung-kampung dibawa ke Yayasan Mahanaim yang dikendalikan penganut Kristian pada 30 Jun lalu.
Khabar angin mengatakan upacara murtad beramai-ramai akan diadakan, namun disangkal jurucakap yayasan itu, Marya Irawan yang mengatakan, mereka hanya mendekati golongan miskin.
FPI tidak yakin dengan laporan itu setelah melihat rakaman video yang menunjukkan beratus-ratus penduduk kampung turun dari bas, kebanyakannya wanita bertudung yang mendukung bayi dan berlegar-berlegar di tepi kolam.
Dalam rakaman video itu, penduduk kampung terlibat bingung ketika ditanya tujuan mereka dibawa ke yayasan itu, malah ada antara mereka yang menjawab mereka diminta pergi ke sana dengan harapan akan mendapat sepinggan nasi.
Konflik agama semakin meningkat di Bekasi, kira-kira 10 kilometer dari Jakarta sejak beberapa bulan lalu bermula dengan kumpulan perusuh yang memaksa penutupan dua buah gereja tahun ini.
Bulan lalu, patung tiga wanita dirobohkan pihak berkuasa selepas beratus-ratus aktivis memakai topi tengkorak dan jubah putih mengadakan tunjuk perasaan di jalan-jalan raya, mendakwa monumen itu melambangkan konsep triniti Kristian. – AP