Thursday, April 29, 2010

Rasuah BN: Zaid Bakal Ambil Tindakan Mahkamah



Oleh Norasikin Samsi  
KUALA LUMPUR 28 Apr - Calon Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim bersama barisan peguam terkenal akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa unsur rasuah yang membawa kepada kemenangan Barisan Nasional Ahad lalu. 
Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, ketika ini Zaid yang juga seorang peguam terkemuka sedang membuat penyelidikan dan pengumpulan bahan bukti secara teliti sebelum tindakan tersebut diambil berikutan beberapa kejadian pembelian undi dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh berkempen. 
Menurutnya, perbuatan itu juga akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).     
"Zaid bersama-sama peguam-peguam terkenal sudah mencadangkan untuk menyelidik hal ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap rasuah yang telah berlaku.
"Perkara serius ini juga akan dilaporkan kepada pihak SPRM walaupun kita kurang percaya kepada keberkesanan SPRM dan pihak mahkamah misalnya untuk menjalankan tugasnya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen ketika menghadiri Sidang Dewan Negara semalam.   
Dr Syed juga berkata, Umno dan Barisan Nasional tidak perlu berseronok dengan kemenangan yang diperolehi kerana calon Pakatan Rakyat tidak mengalami kemerosotan undi malah Pakatan Rakyat bertekad untuk meneruskan kemenangan pada pilihan raya akan datang. 
"Ya betul kami kalah dan kami akan bekerja keras lagi untuk memastikan kemenangan dalam masa akan datang. Cuma kekalahan kami disebabkan oleh beberapa faktor rasuah dan Perdana Menteri menafikan adanya rasuah. 
"Sebenarnya tidak ada sebab untuk Umno-BN bergembira sangat dengan kemenangan mereka. Ini ialah kerana dalam pilihan raya yang lalu, KEADILAN telah kalah di tiga kawasan negeri dengan campuran undi lebih kurang 6100. Tetapi kali ini daripada ketiga-tiga kawasan itu mereka menang hanya dengan kira-kira 1,700," katanya. 
Dr Syed juga menyifatkan prestasi Pakatan Rakyat menerusi keputusan pilihan raya kecil kali ini secara umumnya adalah baik. 
"Yang lebih penting dalam soal ini ialah bahawa kalau dulu ketiga-tiga kawasan negeri, kita (Pakatan) kalah tetapi dalam pilihan raya kecil ini apa yang nyata ialah daripada tiga kawasan itu, satu kawasan telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat iaitu Kuala Kubu Bharu, Pakatan mendapat 7,194 undi manakala Umno mendapat 5,153 ertinya lebih kurang 7,200 berbanding dengan 5,200 jadi majoriti 2,000 padahal kita kalah pada tahun yang lalu dengan kira-kira 4500 undi."  
Katanya di Hulu Bernama pula, menunjukkan peningkatan yang sangat baik kepada calon Pakatan.  
"Ini adalah kawasan Melayu dan termasuk di dalamnya adalah kawasan Felda dan kita dapati di kawasan Felda, undi bagi Pakatan telah meningkat dan itu sebab itulah majoriti Umno di Hulu Bernam dapat dikurangkan iaitu apabila Pakatan mendapat kira-kira 5,400 dan BN mendapat lebih kurang 7,200 undi. 
Sementara itu, jelas beliau lagi, di Batang Kali jurang semakin berkurangan apabila Pakatan memperoleh 10,600 undi manakala Umno mendapat 11,600. 
"Ertinya, majoriti telah dikurangkan di situ," kata beliau. 
Dr Syed juga turut mempertikaikan tawaran korupsi sejumlah RM50,000 yang dijanjikan Perdana Menteri kepada peneroka Felda Sungai Buaya sebelum pilihan raya diadakan.     
"Tanah di Sungai Buaya itu telah dibeli oleh syarikat Etika dan syarikat itu telah ditutup. Sebab itulah selama kira-kira 20 tahun peneroka tidak dibayar, tiba-tiba sekarang dijanjikan RM50,000 dengan RM1,000 sudah dibayar walaupun waktu mula-mula dibeli dahulu Etika telah membayar RM100,000 jadi RM850,000 masih tak dibayar lagi dan kemudian syarikat itu telah ditutup.
"Sekarang saya nak mempersoalkan siapakah yang akan membayar RM50,000. Siapakah yang akan menanggung RM850,000 yang belum dibayar?
"Dari manakah punca wang itu akan datang? Adakah ia daripada parti, adakah daripada sumber lain, yang nyata ialah tawaran itu berupa korupsi. Kita tahu juga ada bahawa yang ditawarkan sehingga RM250 dan RM500 malah sehingga RM1,000 kepada keluarga-keluarga tertentu dan kita mempunyai bukti terutamnanya kepada keluarga India dan Melayu dan ini adalah satu perkara yang sangat-sangat serius," katanya lagi.  
Hadir sama Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh dan Senator Pakatan Rakyat termasuk Ramakrishnan Suppiah, Mustafa Kamal Mohd Yusoff dan Mumtaz Md Nawi. 

Polis Dibidas Tembak Remaja Sesuka Hati




Oleh Norasikin Samsi
SHAH ALAM 28 Apr - Barisan peguam aktivis Pakatan Rakyat yang menawarkan diri untuk mewakili keluarga seorang remaja yang mati ditembak polis awal pagi Isnin mendesak Polis DiRaja Malaysia menjalankan siasatan secara bebas, adil dan telus.   
Ketua Penerangan KEADILAN merangkap peguam kes ini, Latheefa Koya membidas tindakan polis yang mendakwa remaja 15 tahun itu, Aminulrasyid Amzah terlibat dalam kes jenayah.
Menurut beliau, tindakan itu melambangkan kelemahan anggota polis sekaligus membuktikan PDRM tidak profesional menjalankan tanggungjawab mereka apabila mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan dibuat.
"Kami ada saksi, kami akan 'follow up' isu ini. Kes sebegini tidak boleh berulang lagi. 
"Kami akan bangkit supaya Suruhanjaya Bebas diwujudkan bagi menyiasat kes ini dan polis tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan tembakan kerana ada etika yang sepatutnya untuk berbuat demikian ataupun menggunakan senjata api.
"Dan kami minta anggota yang terlibat digantung keanggotaannya, dilucutkan jawatan mereka serta diambil tindakan disiplin secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas menemai ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 60 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang semalam. 
Sehubungan itu, Latheefa juga berkata, pihaknya akan terus memantau tindakan kes tersebut bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakub Sapari, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Sementara seorang lagi peguam N Surendran tidak dapat menerima alasan yang diberikan pihak polis yang membenarkan polis menembak remaja berkenaan. 
Beliau juga mengecam tindakan polis bahawa mereka tidak memiliki kuasa yang membenarkan mereka menembak seseorang sesuka hati biarpun jika pemandu tidak mempunyai lesen kereta melainkan keselamatan mereka terancam.
"Polis harus mematuhi prosedur sebelum mengambil sebarang tindakan drastik yang mengancam nyawa orang awam," tegas beliau. 
 Surendran turut mengecam kenyataan awal polis yang mendakwa remaja tersebut terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata.
Aminulrasyid ditembak mati oleh peronda polis kira-kira jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, sekitar 100 meter dari rumah mangsa.
Mangsa dikatakan sedang memandu Proton Iswara berdaftar di bawah nombor BET 5023 ketika kejadian. 
Turut berada di sebelah mangsa ketika kejadian, rakan sebayanya. 
Polis juga mendakwa juvana tersebut adalah kumpulan geng samun dan memiliki sebuah parang di dalam kereta yang dinaikinya. 
Mangsa dilaporkan mati ditembak dengan beberapa das tembakan dari arah belakang. 

Selangor Tawar Khidmat Guaman Kepada Keluarga Mangsa Tembakan Polis




Oleh Norihan Adnan
SHAH ALAM 28 Apr - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri menawarkan untuk menyediakan perkhidmatan guaman kepada keluarga remaja yang mati ditembak polis, Aminulrashid Amzah.
Sambil menyampaikan takziah beliau, Khalid juga berkata kerajaan negeri akan memberi sokongan dan bersedia membantu sekiranya keluarga mangsa memerlukan.
"Kita juga akan menyediakan khidmat peguam sekiranya keluarga mangsa mahukan demikian," katanya kepada sidang media selepas mengakhiri lawatan ke rumah mangsa dekat sini.
Khalid juga menyampaikan cek bantuan berjumlah RM10,000 kepada keluarga mangsa. 
Beliau juga mengarahkan Exco berkenaan untuk bertemu Ketua Polis Negeri untuk berbincang mengenai tragedi ini dan mencari jalan agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.
"Kita boleh belajar dari kejadian ini supaya pada masa akan datang dapat memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada orang awam berkeyakinan bahawa keselamatan mereka terjamin. Semuanya akan dilakukan dengan teliti," katanya lagi.
Khalid berkata beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai kejadian tersebut sehingga pihak polis selesai menjalankan siasatan. 
Beliau juga berharap agar siasatan dilakukan dengan telus dan pihak terbabit tidak diganggu semasa siasatan.
Aminulrasyid ditembak mati oleh peronda polis kira-kira jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, sekitar 100 meter dari rumah mangsa.
Mangsa dikatakan sedang memandu Proton Iswara berdaftar di bawah nombor BET 5023 bersama rakan sebayanya ketika kejadian. 

French Legal Team in Malaysia to Probe Sub Deal



(Asia Sentinel) Massive corruption suspected in billion-dollar deal tied to Prime Minister Najib

Joseph Breham, a member of a French legal team that filed complaints in a Paris court in connection with a potentially explosive scandal over the billion-dollar purchase of French submarines by Malaysia is due to land in Kuala Lumpur today, April 28, to seek further information on the case and to speak with local officials and their clients, the Malaysia human rights organization Suaram.

As Asia Sentinel has reported at length, the deal was engineered by then-Defense Minister Najib Tun Razak, now Malaysia's Prime Minister, in 2002 and resulted in a massive $114 million (US$151.1 million at current exchange rates) commission for one of Najib's closest associates, Abdul Razak Baginda. The purchase price included two Scorpene-class diesel submarines built by Armaris, a subsidiary of the French defense giant DCN (formerly Direction des Constructions Navales) and the lease of a third retired submarine manufactured by a joint venture between DCN and Spanish company Agosta.

Breham, one of the three lawyers who filed the case with Parisian prosecutors on behalf of Suaram, told Asia Sentinel the French court has opened a preliminary investigation into the matter and that he would be advising his clients on the next steps. Breham said he will also hold a press conference in Kuala Lumpur today to give some details to local reporters. Breham, Renaud Semerdjian and William Bourdon, the lead lawyer, filed the request to investigate bribery and kickback allegations against DCN first in December and filed additional documents in February.

The case has been making headlines in Malaysia - although few in the mainstream media, which are owned by the country's leading political parties -- since the gruesome October 2006 murder of Altantuya Shaariibuu, a Mongolian translator and spurned lover of Razak Baginda who had accompanied him to France on some of the transactions over the submarines. Altantuya was shot in the head and her body was blown up with military explosives in a patch of jungle outside of Kuala Lumpur. Two of Najib's bodyguards, who were directed to intercede with her by Musa Safri, Najib's chief of staff, have been convicted of the killing. Neither Najib nor Musa has ever been questioned by law enforcement officials about the case.

Although records showed Najib was in France at the same time as Altantuya and Razak Baginda, he has repeatedly sworn to Allah that he had never known the beauteous Mongolian. One report filed by a private detective hired by Razak Baginda said she had been Najib's lover first. After she was killed, authorities discovered a letter she had written saying she was blackmailing Razak Altantuya for US$500,000, although she did not say why.

In addition to the cost of the submarines and the whopping "commission" fee, it has now emerged that under the terms of the original contract, the vessels were basically bare of armaments and detection devices. The Malaysian military must pay an additional $130 million to equip them.

"You mean we bought bare metal?" wrote one incredulous and anonymous military official in an email to Asia Sentinel.

The charges go well beyond the Malaysian purchase. Judges in the Paris Prosecution Office have been probing a wide range of corruption charges involving similar submarine sales and the possibility of bribery and kickbacks to top officials in France, Pakistan and other countries. The Malaysian piece of the puzzle was added in two filings, on Dec. 4, 2009 and Feb. 23 this year.

French politicians seem to have a knack for backhanders. On October 26, in a trial that centered on illegal arms sales to Angola, Jean-Christophe Mitterrand, the son of the late president Francois Mitterand, was given a two-year suspended sentence and ordered to pay a $375,000 fine for receiving embezzled funds. The court ruled that he had accepted millions of euros in "consultant fees" on the arms deals between 1993 and 1998. In the dock with him were 42 people accused of selling weapons to Angola in defiance of a UN arms embargo, or of taking payments from the arms dealers and using their influence to facilitate the sales.

The trial, it was said, shined a light into a murky world of secret payments made in cash and discreet deals linking Parisian high society with one of Africa's longest-running wars. But it hasn't shined a light on what happened elsewhere with contracts concluded by the representatives of France, and particularly by DCN.

For instance, 11 French engineers employed by DCN, which peddled subs to Pakistan, were blown up in a bus bombing in 2002 which was first thought to have been perpetrated by Islamic militants. The 11 were in Karachi to work on three Agosta 90 B submarines that the Pakistani military had bought in 1994, with payment to be spread over a decade. According to Reuters, commissions were promised to middlemen including Pakistani and Saudi Arabian nationals. Agosta is a subsidiary of DCN. It is believed that Pakistani military officials blew up the bus in retaliation for the cancellation of the payments.

In the Taiwan case, the French company Thales, formerly Thompson-CSF sold six DCN-built La Fayette-class 'stealth' frigates to Taiwan in 1992 for US$2.8 billion. At least six people connected with the case have died under suspicious circumstances including a Taiwanese naval captain named Yin Ching-feng, who was believed to have been killed because he planned to go to the authorities about fraud connected with the case. His nephew, who was also pursuing the case, a Thomson employee in Taiwan and a French intelligence agent were also among the dead. It gradually emerged that some $600 million in commissions had been paid into various Swiss accounts set up by Andrew Wang Chuan-pu, the Taiwan agent for Thomson-CSF. In October 2008 a French judge finally ruled that no one could be prosecuted because of lack of evidence.

The Malaysian allegations revolve around the $114 million payment to a Malaysia-based company called Perimekar for support services surrounding the sale of the submarines. Perimekar was wholly owned by another company, KS Ombak Laut Sdn Bhd, which in turn was controlled by Najib's best friend, Razak Baginda, whose wife Mazalinda, a lawyer and former magistrate, was the principal shareholder, according to the French lawyers.

In the complaints filed in Paris, the issue revolves around what, if anything, Razak Baginda's Perimekar company did to deserve $114 million. Zainal Abidin, the deputy defense minister at the time of the sale, told parliament that Perimekar had received the amount - 11 percent of the sale price of the submarines - for "coordination and support services." The Paris filing alleges that there were neither support nor services.

Perimekar was registered in 2001, a few months before the signing of the contracts for the sale, the Paris complaint states. The company, it said flatly, "did not have the financial resources to complete the contract." A review of the accounts in 2001 and 2002, the complaint said, "makes it an obvious fact that this corporation had absolutely no capacity, or legal means or financial ability and/or expertise to support such a contract."

"None of the directors and shareholders of Perimekar have the slightest experience in the construction, maintenance or submarine logistics," the complaint adds. "Under the terms of the contract, $114 million were related to the different stages of construction of the submarines." The apparent consideration, supposedly on the part of Perimekar, "would be per diem and Malaysian crews and accommodation costs during their training. There is therefore no link between billing steps and stages of completion of the consideration."

Isu PDRM Tembak Aminulrashid : Arwah Terus Mati Selepas Ditembak


Jangan Ulangi Kes Teoh Beng Hock Lagi Kat Negara Ini

JOM TOLAK ISRAEL LAKNAKTULLAH & KONCO-KONCONYA

Jom Tolak Israel Laknaktullah & Konco-Konconya 




Tadi dengar Astro Awani..memang kesian mak dan ayah Arwah. Beliau berharap kematian anaknya dibela dengan seadilnya. Dengar suara Mak Arwah, memang suara dalam kesedihan. Mak mana yang tak sedihnya anaknya dibunuh dan difitnah penjenayah dikehendaki.
Bagi Majlis Peguam pula, mereka mendesak agar pihak Polis meminta maaf. Memang patut pun pihak polis mohon maaf. Malah kenyataan polis bahawa Allahyarham suspek kes samun, masih terngiang-ngiang dalam pemikiran..kalau salah, mohonlah maaf.
Majlis Peguam turut menggesa agar Suruhanjaya Diraja siasat kes ini ditubuhkan agar semua pihak mendapat keadilan yang sebenarnya. Baguslah. Daripada suruh polis sendiri yang siasat, ia akan menimbulkan syak wasangka dan sindrom ultra vires..jadi jika Suruhanjaya Diraja yang siasat, maka kes ini pasti dapat diselesaikan dengan adil. Jika pihak polis tak bersalah, ia boleh mencucikan imej mereka. Tetapi jika bersalah, mereka sepatutnya redha akan hukuman yang dikenakan..bukannya menaburkan fitnah.
Apapun, tadi saya membaca catatan saksi utama dalam kes ini dalam laporan polisnya. Inilah kenyataan saksi utama ini..
Laporan polis rakan mangsa:
1. Remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.
2. Kereta mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.
3. Rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.
4. Beliau dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.
5. Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.
Dan ini juga kenyataan akhbar kakak mangsa yang memberikan kereta itu kepada Allahyarham..
Ini singkatannya :
1. Kakak kepada Aminulrashid Amzah, Norazura Amzah, 39 mempersoalkan mengapa adiknya ditembak malah yakin mangsa bukan penjenayah seperti yang didakwa.
2. Beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15, yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.
3. Katanya, “Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya. “Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja yang hanya kira-kira 100 meter rumah ibu di Seksyen 11,Shah Alam”
4. Mereka seterusnya bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini namun tidak dibenarkan masuk.
5. Seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu kemudiannya mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras rupa adiknya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.
6. Beliau turut berkata adiknya itu mungkin panik selepas melihat rakannya lari daripada kereta dinaiki mereka.
7. Katanya “Dia baru 15 tahun, takkan seorang penjenayah. Walaupun sukar menghadapi keadaan ini, saya pasrah,”
8. Nor Azura turut menafikan ada parang dalam kereta berkenaan seperti dakwaan Ketua Polis Selangor.
Dan cuba baca berita kat bawah ini. Ini sumber sahih dari blog seseorang yang kenali mangsa..(sini)
Memandangkan kisah benar dah keluar kat paper, aku nak bukak kunci rahsia cerita sebenar..
mangsa ni rupa2nya bestfriend cousin hubby.. so semalam aku pun cuba korek2 apa yang sebenarnya terjadi.. simpati aku pada arwah..
ceritanya bermula malam tu budak 2 orang ni keluar gi hisap shisha, pinjam kereta kakak arwah.. pastu masa nak reverse kereta, dia tergesel 1 kereta dan disebabkan takut xde lesen, dorang pun lari la..
masa lari2 tu, ada motor kejar dorang dalam 5 bijik.. kalo kita kena kejar ngan motor 5 bijik pun takut, confirm pecut lagi laju.. sampaikan salah 1 motor tu tergesel kat divider.. pastu kete dia kena block ngan kete polis, dia pun terkejut n xnak kena tahan, lari dr polis plak.. then polis lepaskan banyak das tembakan.
1 kena tayar. so dorang pun bawak slow nak balik ke rumah.. tetiba arwah baring kat peha kawan dia yang selamat tu.. kawan dia kejut2 dia ckp jgn main2.. pastu nampak kepala dia berasap n bersembur darah keluar.. dia x sedar rupa2nya peluru dah tembus cermin belakang, tembus seat n kena kepala arwah.. kereta terus berjalan n langgar longkang..
kawan dia dalam ketakutan terus tarik beg n lari keluar n jatuh dalam longkang tu.. keluar je dr kereta, polis ramai2 heret n belasah dia tp dia berjaya melarikan diri walaupun 3 das tembakan dilepaskan.. dia balik dalam keadaan ketakutan n menggeletar seluruh badan..
pagi esok, mak arwah telefon kwn2 arwah tny mana arwah.. dia xtau apa2 sampai lah gi polis station nak report anak dia hilang, dia nampak kereta ada tp arwah xde dan terkejut bila polis kata anak dia dah meninggal kat hospital klang..camne ntah dalam paper kata dia reverse kereta n sebab tu polis tembak..
sedangkan kereta dah masuk longkang n dia dah meninggal pun time tu baru kwn dia lari.. dan jugak dalam kereta tu memang xde parang.. dari mana datang parang tu? fikir2kan.. mesti ada benda xkena dalam kes ni, sebab tu polis2 tu ditukarkan serta merta..
dah tembak tayar patutnya kejar jela, tangkap.. lain lah kalau ada balas tembakan.. ni terus2 tembak..sama2 kita nantikan kesudahan kes ni..sekian..
terkejut jugak aku bila salah sorang kawan aku YM aku pagi ni kata cerita yang aku cerita kat entry sebelum ni sama ngan paper Berita Harian harini.. Alhamdulillah, akhirnya kebenaran terserlah..
Nah polis..banyak saksi yang tahu kisah ini. Diulangi, bangkai gajah walaupun disorok, akan diketahui juga..tolonglah wahai rakyat Malaysia..tak kira BN ke PR, kita desak agar satu suruhanjaya diraja diadakan. Heret pembunuh sebenar ke muka keadilan. Walaupun pembunuh itu seorang polis, tapi polis tiada lesen untuk ambil nyawa orang sewenang-wenangnya..melainkan nyawa polis dan nyawa orang awam terancam..tapi setakat ni takda pun bukti menunjukkan Allahyarham serang polis dengan parang..ini semua fitnah..tolong siasat dan bawa si pembunuh ke tali gantung kalau benar ianya bersalah..(kalaulah)…

Keadilan Untuk Aminulrasyid



Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.
Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.
2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.
3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

RTM mendakwa campur tangan politik



Seorang lagi penerbit televisyen - kali ini darrpada TV2, RTM mendakwa campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan empangan Bakun. 
Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei ini.

Dalam rencana di blognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, mendedahkan rancangan itu diarah tidak disiarkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.

Chou se
baliknya dimaklumkan bahawa dokumentari itu akan ke udara 'pada masa yang sesuai'.

Dakwaan Chou (kanan) itu timbul kurang seminggu selepas penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya kerana mendakwa terdapat campur tangan politik yang melampau dengan kerjanya.

Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu.

'Rakyat didahulukan' atau 'politik didahulukan'?
Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan.

"Ini adalah contoh campur tangan kerajaan dalam berita semasa dan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor,” kata Chou.

"Saya amat bersimpati dengan penduduk di Sungai Asap yang telah saya wawancara berhubung masalah yang mereka utarakan tidak dapat dikongsi bersama majoriti rakyat di timur dan juga barat Malaysia,” katanya.

Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan.

"Jika pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya Sarawak adalah punca dokumentari itu ditarik balik, RTM sebenarnya melaksanakan 'politik didahulukan',” katanya.

Chou berkata beliau cuba membawa perkara itu ke perhatian timbalan menteri, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Sai Kee agar beliau dapat membantu membatlkan arahan berkenaan.

Namun jawapan yang diberikan oleh pemimpin MCA itu ialah pihaknya tidak akan campurtangan dalam hal ehwal RTM.

Chou juga merayu kepada Ibrahim (kanan) untuk mempertimbangkan semula larangannya itu demi kredibiliti RTM dan kepentingan penduduk pribumi di Sarawak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pengarah penyiaran itu menafikan bahawa beliau yang membuat larangan berkenaan.

“Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” katanya dengan ringkas.