Friday, August 3, 2012

Ibu muda mohon bantuan



Ibu muda mohon bantuan
Mohd Aiddil Idham yang kini ditahan di IJN dijangka akan menjalani pembedahan membetulkan saluran darah ke jantung yang terbalik dalam tempoh tiga minggu lagi.
KEMAMAN –  Seorang ibu muda buntu memikirkan cara untuk membiayai kos pembedahan anak sulungnya yang menghidap masalah saluran darah ke jantung terbalik sejak dilahirkan pada 23 Julai lalu dan kini ditahan di Institut Jantung Negara (IJN).

Wan Norshafieka Wan Shaharuddin, 18, berkata, bayinya Mohd Aiddil Idham Mohd Faizal Azuan, 10 hari, itu dilahirkan secara normal di Hospital Kemaman pada 23 Julai lalu, namun ketika menerima suntikan beberapa jam selepas dilahirkan, tubuh bayi itu secara tiba-tiba bertukar menjadi biru-kebiruan.

Wan Norshafieka yang masih berpantang di rumah ibunya di Kampung Mak Lagam di sini berkata, bayinya itu kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada sebelah petangnya sebelum keesokannya dihantar pula ke IJN.

“Petugas hospital kemudian merujuk bayi saya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu dan doktor mengesahkan bayi saya mengalami masalah jantung dan menerbangkan anak saya ke IJN dengan ditemani suami.

“Ketika tiba di IJN, rawatan laser dilakukan ke atas bayi saya untuk pecahkan saluran darah dan doktor memberitahu pembedahan akan dilakukan dalam tempoh tiga minggu untuk membetulkan kembali saluran darah ke jantung anak saya yang terbalik ini. Kos pembedahan nanti dianggarkan berjumlah RM20,000.

“Sehingga sekarang perkembangan bayi saya dipantau doktor dan sekiranya keadaannya stabil baru boleh dibedah. Kos rawatan laser baru-baru ini adalah sebanyak RM6,000 tetapi kami masih belum buat pembayaran penuh dan hanya mampu memberi pendahuluan sebanyak RM300," katanya.

Katanya, suaminya, Mohd Faizal Azuan Mahamood, 20, menjaga bayi mereka itu di IJN memandangkan dirinya dalam pentang bersalin dan terbatas dari segi pergerakan.

Menurutnya, suaminya hanya bekerja secara kontrak dan pendapatan tidak menentu sekitar RM700 sebulan, sementara dia pula tidak bekerja menyebabkan mereka tidak mampu untuk menanggung kos pembedahan.

“Mahu mengharapkan pertolongan keluarga pula, mereka juga bukan orang senang dan hanya boleh membantu sekadar termampu sahaja. Ayah saya juga hanya bekerja kampung,” katanya.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang  bersimpati dan mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi Wan Norshafieka di talian 010-5797168 atau menyalurkan sumbangke akaun miliknya iaitu 120301000015289 bagi akaun Lembaga Tabung Haji atau 2006521000043166 (Agro Bank).

Besarnya lembu...

Ibu gadai nyawa tiap hari



Ibu gadai nyawa tiap hari
Rokiah sedang memproses daun palas untuk dipasarkan menjelang perayaan akan datang.
RANTAU PANJANG - Seorang ibu di sini, terpaksa bergadai nyawa setiap hari demi membesarkan enam anaknya sejak 35 tahun lalu.
Rokiah Isamil, 59, berkata, pekerjaannya mencari dan membekalkan daun palas bukanlah perkara mudah memandangkan daun palas ini terdapat di kawasan semak.

"Sepanjang tempoh 35 tahun ini, banyak risiko yang terpaksa dihadapi. Saya pernah dibelit ular sudu selar kerana terpijaknya ketika sedang mencari daun palas.
"Alhamdulillah saya terselamat dan saya tetap teruskan kerja hingga kini," katanya.

Menurutnya, walau kini anaknya sudah mencecah umur antara 25 hingga 43 tahun, dia tetap meneruskannya.

"Tidak pernah timbul rasa jemu dalam diri kerana itulah kerja yang dilakukan selama ini untuk membesarkan mereka," katanya.

Rokiah berkata, permintaan terhadap daun palas meningkat menjelang musim perayaan memandangkan orang ramai menggunakannya membuat ketupat.

"Hari biasa saya cuma hantar 1,000 pelepah seminggu ke Wakaf Che Yeh. Namun, menjelang raya, jumlah ditingkatkan.

"Tahun lalu sahaja, saya jual sekitar 5,000 pelepah dan akan cuba meningkatkannya kepada 10,000," kata nenek kepada enam cucu ini.

Dia berkata, antara lokasinya mencari daun palas ialah sekitar Lubok Jerak dan Gual Dalam.

"Bagaimanapun, kawasan mencari daun palas semakin berkurangan membuatkan saya melebarkan pencarian ke beberapa kawasan lain bagi mendapatkan bekalan mencukupi," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai harga yang ditetapkan, Rokiah berkata, ia berbeza dari harga sekitar 35 tahun lalu.

“Daun ini dijual mengikut gred antara RM18 hingga RM25 berbanding sekitar RM3 untuk 100 pelepah, 35 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Menurutnya, setelah diproses, daun palas itu akan dihantar ke Wakaf Che Yeh, Machang dan Tanah Merah, iaitu lokasi baru sempena bulan Ramadan.

“Namun, pada hari biasa, saya hanya menjual di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh sahaja,” katanya.

Saying goodbye ...

Saying goodbye ...

Daughter of the martyr Abdel-Rahman Aboujalala killed during today's Israeli attacks on Gaza.

Via : Fadi F. Hamada
Africa to Gaza Aid Convoy
http://www.facebook.com/africa.to.gaza.aid.convoy

Israel to build illegal military academy in East al-Quds.



The Israeli regime is reportedly planning to construct a military academy in the occupied East al-Quds (Jerusalem).

The anti-Israeli settlement group Peace Now says the Tel Aviv regime is going ahead with a plan to construct the academy building on the Mount of Olives. 

The Tel Aviv regime approved the construction of the eight-storey structure in July.

Activists say the building will be used for training military commanders.

The regime’s continued building activities have drawn angry reactions from Palestinians and the international community.

On October 18, the European Union censured an Israeli plan to build 800 new housing units in the southern East al-Quds settlement of Gilo.

More than half a million Israelis live in over 120 settlements built since the 1967 Israeli occupation of the Palestinian territories of the West Bank and East al-Quds.

In his address to the UN General Assembly on September 27, acting Palestinian Authority chief Mahmoud Abbas condemned Israel’s “catastrophic” settlement expansion as part of Tel Aviv’s ethnic cleansing campaign against Palestinians and its attempt to change the historic demography of the region.

http://www.presstv.ir/detail/2012/10/21/267902/israel-to-build-illegal-military-academy/

Africa to Gaza Aid Convoy
http://www.facebook.com/africa.to.gaza.aid.convoy

Hishamuddin Rais Menyelak Kain Arab Saudi

Arab Saudi dan Zionis Israel

Sebelum arwah ibu dan abah saya bertolak ke Mekah , mereka telah diberi kefahaman tentang perangai Arab Saudi yang akan mereka temui di Mekah dan Madinah. Penerangan ini diberikan oleh kaum keluarga yang telah menunaikan fardu haji lebih awal. Kisah dan tingkah laku perangai Arab Saudi ini hanya tersebar dari mulut ke mulut. Malah, semua bakal haji dari Malaysia telah sedia maklum serba sedikit tentang hal perangai Arab Saudi ini.

Tetapi ‘kisah' ini tidak pernah dihebohkan oleh media. Ia hanya menjadi ‘cerita-cerita rakyat'. Hujah penghalalan yang selalu kita dengar hanyalah: kerana itulah Muhamad dihantar ke Mekah... untuk mentamadunkan Arab.

Rasa saya 1,500 tahun adalah satu masa yang agak lama untuk proses melahirkan satu tamadun. Jika lembu atau kerbau dididik selama 1,500 tahun pasti lembu atau kerbau ini telah bijak bestari.

Tingkah laku lucah yang dilakukan terhadap warga asing yang menunaikan haji sering kita dengar. Kalau dibuku dan jilidkan telah melangit tingginya. Kisah-kisah keganasan yang dilakukan terhadap buruh import dari Pakistan, India dan Bangladesh yang memburuh di Arab Saudi akan meremangkan bulu roma. Keganasan seksual - rogol dan dera - terhadap pekerja wanita yang diimport dari Indonesia dan Filipina telah lama menjadi buah mulut.

Tetapi kenapa agaknya Hillary Clinton tidak bersuara tentang keganasan terhadap kaum sejenisnya. Kenapa CNN tidak membuat laporan? Kenapa Parlimen Eropah tidak bersuara? Kenapa agaknya media antarabangsa semuanya senyap sepi tidak bersuara tentang penindasan warga perempuan Saudi yang bukan sahaja tidak boleh mengundi malah tidak boleh berfikir. Jauh sekali untuk memandu kereta. Kenapa tidak ada tuntutan ‘pendemokrasian' dari Amerika terhadap Arab Saudi? Kenapa warga Iraq sahaja yang perlu demokrasi tetapi warga Saudi tidak perlu? Semua ini soalan yang wajib di jawab.

Untuk saya negara yang bernama Arab Saudi ini adalah ‘scam' yang paling besar yang sedang menimpa penganut agama Islam di seluruh dunia. Arab Saudi membuktikan bagaimana kesucian dan takwa para penganut agama Islam telah dieksploit oleh keluarga Ibnu Saud.

Dari sudut sejarah, di zaman Nabi Muhamad tidak ada raja di Arab Saudi. Dalam kitab awal Ibnu Hisham - As-Sirah an-Nabawiyyah - yang ditulis 200 tahun selepas Nabi Muhamad wafat tidak ada langsung disebutkan nama raja, darjat sultan atau daulat tuanku. Malah agama Islam secara radikal menentang kaum feudal kerana sistem feudal ini bercanggah dengan teologi Islam. Jadi dari mana munculnya Raja Saudi ini?

Sejarah merakamkan bahawa Arab Saudi ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama. Semenanjung Arab ini seperti negara Telok dipimpin oleh pelbagai ketua suku dan ketua kabilah. Perbalahan dan peperangan antara suku dan kabilah sering berlaku di kalangan bangsa Arab ini. Maka di sinilah munculnya TE Lawrence seorang ejen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Istanbul.

Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al-Saud, kekuatan kerajaan Uthmaniah di sebelah selatan - Jordan, Palestin, Syria dan Iraq - menjadi lemah. Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Secara resminya kuasa kerajaan Khalifah Uthmaniah dihapuskan pada 3 Mac 1924.

Akhirnya pada tahun 1932 lahirkan apa yang hari ini dikenali sebagaiKingdom of Saudi Arabia. TE Lawrence seorang ejen British yang juga seorang homoseksual telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Arab Saudi.

Di sini saya ingin membawa para pembaca untuk untuk memahami konsep yang dipanggil geopolitik. Geopolitik ini ialah politik kawasan, bumi, tanah atau wilayah yang dianggap strategik dan penting. Strategik kerana kedudukan wilayah ini dari segi ketenteraan. Penting kerana wujudnya sumber asli yang ditemui dalam wilayah ini.

Pada hemat saya, jika Arab Saudi mengeksport petai dan jering maka setiap hari kita akan membaca tentang kejahatan kaum kerabat Saud. Kita akan membaca bagaimana kaum kerabat Saudi ini berpoya-poya berjudi di London atau Paris. Atau kesah keluarga Saud bercanda-canda di kota-kota besar di Eropah. Tetapi hakikatnya bukan petai dan jering tetapi bahan bakar petrol.

Arab Saudi adalah negara kedua dalam dunia - sesudah Venezuela - yang memiliki simpanan minyak terbanyak yang masih belum dicarigali. Hari ini Arab Saudi adalah negara pengeksport utama - 12 juta tong sehari - minyak mentah dari Saudi memasuki pasaran dunia. Justeru Arab Saudi adalah kunci keselamatan sistem ekonomi kapitalis yang bergantung kuat dengan bahan bakar petrol.

Sayugia dikhabarkan di sini bahawa 15 daripada 19 orang pengganas yang menyerang WTC pada 9/11 di New York datang dari Arab Saudi. Menjadi amat pelik - tindak balas dari George Bush bukan terhadap Arab Saudi tetapi kepada Afghanistan dan Iraq. Ini hanya satu contoh yang jelas di mana kuasa imperial Anglo-Amerika akan memelihara ‘keldai' tunggangan mereka dalam percaturan geopolitik dunia hari ini.

Ramai warga Melayu Islam mungkin tidak menyedari bahawa keluarga diraja Saudi ini tidak ada sangkut paut dengan Islam. Mereka tidak memiliki pertalian teologi dengan Islam. Malah, yang sahih, pada ketika ini keluarga Saudi ini adalah tali barut dan ejen yang paling setia kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Keluarga Saud ini bukan tidak pernah ditentang. Pada 20 November 1979 dahulu satu pemberontakan telah berlaku. Kaabah telah diambil alih selama dua minggu oleh kumpulan anak-anak muda yang menentang pemborosan, rasuah dan kelakuan kaum keluarga Saud. Keluarga Saud tergamam. Hanya dengan bantuan Amerika barulah pemberontakan ini dapat dipatahkan.

Untuk meneruskan kuasa feudalnya, untuk meredakan kebencian rakyat maka Raja Saudi kini menggelarkan diri mereka "Penjaga Dua Masjid". Ini hanyalah tembok untuk mengolah persetujuan penganut Islam seluruh dunia bahawa keluarga Saud ini berhak k eatas tanah suci Mekah dan Madinah.

Melalui duit minyak petrol keluarga Saud ini telah menabur pengaruh ke seluruh dunia. Mengembangkan faham kolot lagi jumud. Melalui pelbagai yayasan, melalui pelbagai bentuk anak-anak syarikat, kaum keluarga Saudi ini telah mendana masjid, sekolah dan pelbagai bentuk wakaf untuk memastikan penganut agama Islam terus dibodohkan. Warga Islam di seluruh dunia tidak akan mempersoalkan apa yang sedang mereka lakukan atas nama Islam.

Pemusnahan artifak-artifak sejarah yang membina ingatan bersama budaya Arab/Islam dari zaman sebelum Nabi hingga ke zaman Nabi telah dilakukan oleh keluarga Saud ini. Umum telah difahamkan bagaimana kota Mekah telah menjadi ‘vulgar/lucah' dengan Mek Donald dan Kentaki Fried Fak. Bertafakur atau berdoa di hadapan makam kaum keluarga Nabi dianggap ‘syirik' tetapi menyembah Mek Donal dan Kentuki dianggap salih.

Para pembaca jangan tersilap faham tujuan tulisan ini bukan hendak menghina Islam tetapi untuk menunjukkan bahawa keluarga Saud ini tidak ada sangkut paut dengan Islam dan rejim Saudi ini adalah sebahagian dari punca huru hara yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Kaum pemodal dan kuasa imperialis Anglo-Amerika telah menggunakan Islam jenis Saudi ini untuk mematahkan perjuangan gerakan pembebasan warga Islam khususnya dan warga dunia amnya. Gerakan pembebasan Palestin telah dimandulkan. Gerakan demokrasi di Bahrain sedang diganyang dengan bantuan dolar Saudi.

Setelah memahami semua ini saya ingin membawa kembali para pembaca kepada keadaan yang sedang berlaku di bumi Arab. Saddam telah dimusnahkan kerana Saddam ingin menggantikan dolar sebagai duit pertukaran jual beli minyak. Gaddafi dimusnahkan kerana Gaddafi menentang pangkalan tentera Amerika didirikan di Afrika.

Kini Bashar perlu ditewaskan kerana dari segi geopolitik wilayah Syria ini amat penting untuk tentera Amerika masuk menyerang Iran. Semenjak zaman berzaman - dari sejarah Perang Salib - kita mengetahui bahawa Damsyik dalam negeri Syam adalah kota strategik. Pintu ke Amman, pintu belakang ke Baghdad, pintu ke Lebanon semua bermula di Damsyik. Justeru pada tahun 2008 yang lalu kota Damaskus telah dinobatkan sebagai kota budaya Arab.

Semenjak dari ribuan tahun wilayah Levant inilah yang menjadi titik mula tamadun dunia. Di wilayah ini tulisan dimulai. Di wilayah ini juga konsep Tuhan Yang Maha Esa ditemui. Sumer, Babil, Akkad adalah kota-kota kuno yang mengasaskan kemunculan kota Damaskus dan Baghdad yang akhirnya membawa Percerahan. Berbanding dengan Saudi - tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan.

Kuasa imperialis Anglo-Amerika dalam perancangan geopolitik untuk mengepong China dan Rusia kini sedang bekerjasama dengan Arab Saudi dan Isreal. Israel dan Arab Saudi dilihat sebagai ‘berseteru' tetapi dua negara sedang bekerjasama untuk mematahkan apa sahaja bentuk gerakan demokratik yang berkemungkinan muncul di bumi Arab.

Pada tahun 2007 kuasa imperialis Amerika telah memberikan 60 bilion dolar melalui apa yang dipanggil military-aid package atau bantuan ketenteran. Sebanyak 13 bilion dolar nilai senjata ini akan dihantarkan kepada Arab Saudi.

Amat jelas dari bantuan persenjataan ini Saudi amat penting dalam percaturan geopolitik Amerika. Kini senjata yang diterima dari Amerika sedang digunakan oleh gerombolan anti-Bashir. Senjata yang dibeli dipasaran gelap dibayar dengan duit petrodollar Saudi. Duit Saudi juga digunakan untuk merekrut tentera-tentera upahan yang dipanggil Free Syrian Army. Free di sini kerana mereka mendapat semua bantuan ‘free' dari Arab Saudi.

Dari segi ideologi pula, fahaman reaksionari feudal Saudi ini sedang dijaja dari Moroko ke Maldivess. Dari Bahrain kena Bukina Faso. Dari Jerico ke Jakarta. Dari Dubai ke Dungun. Ajaran kolot Islam jenis Saudi ini akan ditemui di negara yang ada warga beragama Islam.

Sekali lagi saya jelaskan bahawa penentangan Arab Saudi terhadap Bashar di Syria dan Ahmadinejad dari Iran bukan kerana Syiah atau kerana Sunni. Bukan juga untuk menegakkan syiar Islam. Penentangan ini lahir dari strategi geopolitik kuasa Anglo-Amerika yang kini sedang merancang untuk mengepong China dan menekan Rusia.

Justeru China dan Rusia telah menggunakan kuasa veto dan akan terus mengunakan kuasa veto jika ketetapan Bangsa Bangsa Bersatu dilihat sebagai topeng untuk menghalalkan tentera Nato menyerang Syria. China dan Rusia telah ‘tertipu' apabila ketetapan PBB telah menghalalkan tentera Nato menyerang Libya dan Gaddafi.

Kes Khir Toyo: Keputusan rayuan 28 September



Dr Mohamad Khir Toyo
$entry.content.caption.value
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini hakim perbicaraan kes rasuah bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir
Toyo telah terkhilaf dalam penghakimannya apabila menetapkan penanda aras bagi hartanah di Shah Alam sebagai harga belian yang dibayar oleh pengarah Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni tiga tahun sebelumnya (2004), dan bukan berdasarkan harga pasaran pada 2007.
Dalam hujahnya, peguam bela utama Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata mahkamah sepatutnya mengambil kira laporan penilaian bebas bank oleh Rahim & Co yang mentaksirkan harta itu bernilai RM3.5 juta pada 2007.
Kata beliau, hakim perbicaraan Datuk Wira Mohtaruddin Baki menggunakan undang-undang baharu bahawa tanda aras itu adalah harga transaksi terakhir, tanpa mengira sama ada ia adalah melebihi atau kurang daripada 'nilai pasaran
munasabah'.
    Katanya, Dr Mohamad Khir sedar sepenuhnya Shamsuddin membeli hartanah itu pada harga RM6.5 juta.
    "Anak guam saya membayar RM500,000 dan bakinya RM3 juta diperoleh melalui pinjaman bank," hujah Muhammad Shafee di hadapan panel tiga orang hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin.
    Dua lagi hakim ialah Datuk Azhar Mohamad dan Datuk Aziah Ali.
    Muhammad Shafie berkata hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan bahawa Shamsuddin adalah rakan kepada seorang kontraktor, Nasir Ismail, yang membuat pengubahsuaian terhadap banglo berkenaan dengan kos RM1.5 juta.
    Beliau berkata Shamsuddin pada mulanya didakwa atas pertuduhan bersubahat tetapi telah ditarik balik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Shamsuddin menarik balik kenyataannya kepada suruhanjaya itu.
  Beliau seterusnya berhujah Mohtaruddin juga terkhilaf dalam penghakimannya apabila memerintahkan hartanah itu dilucuthak kerana tidak ada peruntukan bagi melucuthak, kerana perayu tidak dikenakan tuduhan memperoleh hartanah (banglo) itu secara tidak sah.
    Kata beliau berdasarkan alasan ini sahaja, rayuan Dr Mohamad Khir harus dibenarkan dan keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan.
    Pada 23 Disember tahun lepas, Dr Mohamad Khir, 46, telah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 &
10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin, pada pertimbangan yang beliau mengetahui adalah tidak mencukupi pada 2007.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamad berhujah bahawa perayu (Dr Mohamad Khir) sendiri telah memaklumkan kepada pihak bank HSBC bahawa beliau ingin membeli hartanah bernilai RM3.5 juta dan ingin membuat pinjaman.
    Abdul Wahab berhujah SP2 (Shamsuddin) tidak pernah pada bila-bila masa bersetuju sebagai penjual secara sukarela pada harga itu.
    Beliau berkata perayu telah mengambil kesempatan daripada kedudukannya dengan menetapkan harga rendah walaupun mengetahui SP2 akan mengalami kerugian besar.
    "Maka, berdasarkan alasan ini, wujud kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, untuk memastikan seseorang pegawai awam tidak boleh mengambil kesempatan daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi dengannya.
    "Shamsuddin terpaksa bersetuju dengan harga perayu kerana dia menyedari syarikatnya (Ditamas Sdn Bhd) mempunyai pelbagai urusan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di mana perayu adalah pengerusinya," jelas beliau.
    Mahkamah menetapkan 28 September untuk memberi keputusan berhubung rayuan Dr Mohamad Khir.- Bernama

Selamat pagi Palestin

CHINA LARANG PEGAWAI, PELAJAR BERPUASA

Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, barat daya China melarang para pegawai dan pelajar beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan.


Tindakan itu mendorong sebuah kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan terbaharu akan berlaku di rantau berkenaan.

Pekeliling yang disiarkan di beberapa laman web pemerintah meminta pemimpin Parti Komunis supaya mengehadkan aktiviti keagamaan penduduk Islam sepanjang bulan puasa termasuk berpuasa dan berkunjung ke masjid.

"Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan," menurut pekeliling berkenaan.

Xinjiang dihuni oleh sembilan juta etnik minoriti Uighur yang beragama Islam.Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China.

Keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh.

sumber

POLIS JERIT NAK PECAH PINTU RUMAH RAFIZI ISMAIL ?


Kenapa sampai terdesak sangat sampai nak pecah pintu rumah, semata-mata hendak tahan Rafizi. Modus operandi ini juga sama seperti yang pernah dibuat ketika penahanan DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

SAHAM FGVH MAKIN MENJUNAM MENGESAHKAN FELDA BAKAL BANGKRAP DI SAMUN PENYAMUN


Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, hari ini terus mencatat penurunan kepada harga RM5 seunit.

Semalam saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan.

FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu mendakwa telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

Sebelum ini, Amanah Saham Johor mengambil masa lebih tiga bulan sebelum jatuh, namun untuk FGVH ianya dilihat satu sejarah apabila jatuh dalam masa yang begitu singkat.
 

PAS tidak halang wakil rakyatnya kahwin ramai: Nik Aziz

KOTA BHARU: PAS tidak menghalang wakil rakyatnya untuk berkahwin lebih daripada satu asalkan berkemampuan dan memenuhi syarat-syarat untuk berpoligami, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

"Kita tidak boleh sekat mereka (wakil rakyat PAS) nak kahwin berapa pun, walaupun sampai empat orang, itu masalah peribadi dan ia tidak bercangah dengan Islam asalkan ikut peraturan dan syarat-syaratnya," kata Menteri Besar Kelantan itu. 
Nik Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini, hari ini. 




Beliau mengulas senario ramai wakil rakyat dari parti itu berkahwin lebih daripada satu termasuk dakwaan melalui blog dan twitter yang mendakwa seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu mengahwini selebriti Abby Abadi yang baru-baru ini menyertai PAS. 

Bagaimanapun, ADUN berkenaan menafikan beliau berkahwin dengan selebriti itu. 

Nik Abdul Aziz berkata, berkahwin ramai tidak menjadi kesalahan kerana ia menjadi hak peribadi seseorang. 

Ditanya apakah tindakan sesetengah pemimpin politik PAS yang kahwin ramai itu boleh menjejaskan politik mereka, Nik Abdul Aziz berkata: "Itu dia punya pasal. 
"Berkahwin boleh tapi biar dia fahamlah syarat, jangan semata-mata nak puaskan nafsu, jangan... (kerana) isteri hamba Allah juga. kewajipan kita jaga hamba Allah... Dia (isteri) izin, dia puas hati tak apa," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan negeri Kelantan juga akan membayar setengah bulan gaji dan bonus RM500 kepada kakitangan awamnya sebagaimana dilaksanakan kerajaan pusat, sebelum hari raya ini. 

"Perkara ini diputuskan di dalam perbincangan di peringkat negeri dan saya sendiri tanda tangan (kelulusan)," katanya. - BERNAMA

Kofi Annan letak jawatan sebagai wakil khas PBB-Liga Arab

 "GENEVA 3 Ogos - Kofi Annan meletak jawatan sebagai wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab semalam, ketika pergolakan di Syria semakin meruncing.

Perkara itu diumumkan oleh pemimpin PBB, Ban Ki-moon.

Perletakan jawatan tersebut akan berkuat kuasa pada 31 Ogos ini selepas Annan enggan memperbaharui mandatnya. - AFP"

Sepanyol tahan tiga suspek anggota al-Qaeda


MADRID 3 Ogos - Polis Sepanyol menahan tiga suspek yang disyaki anggota kumpulan al-Qaeda berserta bahan letupan di selatan negara ini kelmarin, menurut kerajaan semalam.


Menteri Dalam Negeri, Jorge Fernandez Diaz berkata, seorang daripada suspek berkenaan terlibat dalam operasi al-Qaeda di peringkat antarabangsa.


"Polis tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga suspek tersebut merancang untuk melakukan serangan keganasan di negara ini atau sekitar Eropah," katanya. - AFP