Wednesday, June 25, 2014

Tutup laluan: Adakah SPAD berdendam, tanya KPKTMB


MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPKTMB) menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggunakan Seksyen 106 sebagai ugutan dan 'bullet' untuk menekan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Presidennya, Abdul Razak Md Hassan mempersoalkan tindakan SPAD menggunakan akta tersebut adakah kerana berdendam dengan KTMB.

"Apakah mungkin SPAD berdendam dengan KTMB? Siapakan gerangan individu berkenaan? Ini andaian kita mengenai penutupan operasi Gua Musang ke Gemas kerana tindakan SPAD adalah meragukan.

"Persoalannya yang menjadi tanda tanya KPKTMB ialah dari mana laporan teknikal yang pihak SPAD dapat, adakah laporan teknikal berdasarkan kajian SPAD melalui pelantikan jurutera seperti termaktub dalam seksyen 106," soal beliau ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, apakah SPAD mengunakan lapuran teknikal KTMB dalam menuntut suntikan kewangan atau mohon bajet sebanyak RM400 juta kepada kerajaan untuk membaikpulih landasan sebagai satu rumusan serta kajian SPAD dan lalu membuat keputusan menutup laluan operasi tersebut.

"Sekiranya benar perkara ini, di manakah profesionalisma SPAD dalam membuat kajian ini sehingga mengambil kesempatan 'menangguk di air keruh' dengan mengunakan seksyen 106.

"Tindakan sedemikian merupakan satu tindakan tidak profesional yang menjuruskan kegagalan SPAD sebagai regulator," sambung beliau lagi.

Abdul Razak yang mengulangi, pihak kesatuan ingin mengetahui siapakah jurutera SPAD atau jurutera yang dilantik oleh SPAD dalam membuat kajian serta memutuskan dan menandatangani lapuran kajian sehingga memutuskan penutupan laluan operasi itu selaras dengan peruntukan seksyen 106.

"Pihak kesatuan sebagai organisasi Kesatuan Sekerja yang didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja yang menyuarakan bantahan bagi mewakili Pekerja KTMB dan seluruh rakyat  Pantai Timur khususnya penumpang keretapi akan menulis surat rasmi kepada SPAD memohon laporan kajian tersebut.

"Pihak kesatuan juga akan menyiasat apakah lapuran yang dibuat oleh SPAD itu kajian dari seorang jurutera yang dilantik oleh SPAD atau hanya berpandukan laporan teknikal KTMB dalam menuntut bajet dari kerajaan bagi tujuan membaikpulih landasan Gua Musang ke Gemas.

"Tindakan SPAD menutup operasi ini sesungguhnya adalah sangat meragukan," katanya. - HARAKAHDAILY 25/6/2014

Unisel antara IPTS terbaik, ada 70 pensyarah PhD


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disarankan memilih Universiti Selangor (Unisel) untuk menyambung pengajian mereka di peringkat tertinggi.

Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, hal itu kerana Unisel adalah salah satu institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diakui terbaik di negara ini dengan lebih 70 pensyarah berstatus doktor falsafah (PhD), laporSelangor Kini.

Katanya, 50 daripada kesemua 86 kursus pengajian ditawarkan turut menerima pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Kita tawarkan program terbaik dengan harga yang sangat rendah.

“RM26,000 kita tawarkan untuk tiga tahun pengajian, sedangkan IPTS lain jumlah itu hanya untuk setahun, malah ada yang setakat boleh tampung pengajian satu semester sahaja,” katanya dalam sidang media di kampus Bestari Jaya.

Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali yang terdahulu melakukan lawatan ke asrama pelajar perempuan yang siap dibaik pulih.

Sementara itu, Anuar mengakui terdapat peningkatan yuran dilakukan namun ia tidak melebihi kadar ditetapkan kementerian sebanyak 30 peratus daripada kadar sebelumnya.

Menurutnya, sesetengah yuran bagi program tertentu memang dinaikkan tetapi tidak lebih 30 peratus.

“Katakan sebelum ini RM10,000, selepas dinaikkan menjadi RM15,000 dan ini masih rendah berbanding IPTS lain takkan dapat harga begini.

“Kita juga tidak boleh naikkan tinggi, kerajaan negeri tidak benarkan,” katanya lagi.

Royalti: Kelantan akan terus desak selagi tak bayar


SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Isu tuntutan royalti dibangkit kerajaan negeri dan rakyat Kelantan kerana kerajaan pusat dan Petronas tidak memenuhi perjanjian yang ditandatangani pada 1975.

Angggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, permohonan secara baik telah dilakukan sejak 2009, namun tidak dipedulikan pihak terbabit.

“Bila dah dapat apa yang menjadi hak kita, maka isu itu tak akan menjadi geger (bising) lagi,” ujarnya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Kelantan pada persidangan Dun petang semalam.

Sebelum ini kerajaan negeri menghantar surat kepada kerajaan pusat dan Petronas bagi mendapat hak tersebut selepas mengetahui minyak dan gas disedut di perairan Kelantan sejak 2004.

Malah pada pertemuan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir tahun lepas, isu tuntutan royalti juga disentuh.

Kerajaan negeri juga membawa kes tuntutan royalti ke mahkamah bagi mendapatkan pengadilan melalui undang-undang.

Abdul Fattah juga berkata, Pengerusi pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengakui hak Kelantan bagi mendapatkan royalti seperti dinikmati negeri pengeluar minyak lain.

“Pemimpin Umno jangan membuat tuduhan kerajaan negeri membuat bising, sedangkan hak yang sepatutnya dibayar dinafikan,” katanya.

Sebelum itu ketua pembangkang Datuk Norzula Mat Diah menyifatkan tindak tanduk kerajaan negeri menguar-uar isu tuntutan royalti menyebabkan kerajaan pusat enggan membayarnya.

Abdul Fattah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan turut merakam ucapan tahniah dan terima kasih kepada Pertubuhan R kerana konsisten memperjuangkan tuntutan royalti.

Katanya, anak-anak muda yang bernaung di bawah R sanggup mengorbankan masa mereka untuk menuntut hak rakyat Kelantan. -HARAKAHDAILY 25/6/2014

Liow Tiong Lai ganti Hishammuddin


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan menggantikan Datuk Seri Hishammuddin yang yang memangku jawatan itu sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu sebagai antara perubahan penstrukturan semula Kabinet hari ini.

Selain itu, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, Presiden Gerakan Mah Siew Keong dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Tiga lagi yang turut diberi jawatan adalah Datuk Lee Chi Leong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun - Tim Menteri Pembangunan Wanita.

Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat ini. - HARAKAHDAILY 25/6/2014

Cara pelik membela Islam?


MOHAMED HANIPA MAIDIN | .
SEORANG ulama faqih dan sufi yang terkenal di Morocco iaitu almarhum Sidi Ahmad Zarruq (1442- 1493) telah dihukum oleh pemerintah kerana mempertahankan hak-hak orang Yahudi. Ulama besar ini yang juga digelar muhtasib al-ulama'wa al-auliya' terkenal dengan kitabnya yang masyhur iaitu Qawa'id al-tasawwuf.

Beliau juga telah memberi komentari ke atas kitab al Hikam. Beliau akhirnya meninggal dunia di Misrata, Libya. Mungkin pelik kita mendengar ulama besar Islam dihukum kerana mempertahankan hak orang orang Yahudi yang dizalimi oleh pemerintah yang beragama Islam.

Ia pelik jika kita belajar Islam dari Umno dan Perkasa. Tetapi jika kita pelajari Islam dari sumbernya yang bersih dan suci insya-Allah tidak ada peliknya. Muqaddimah itu sengaja saya lontarkan di sini supaya kita tidak terikut dengan gelagat dan cara Perkasa ingin membela Islam.

Yang terbaharu pemimpin Perkasa Ruslan Kassim mahukan Sultan memenggal kepala mereka yang dikatakan menghina Islam. Jika beginilah imej dan mesej Islam yang dibawa oleh para pendakwah dan pedagang Islam yang datang ke bumi Nusantara ini adakah Parameswara tertarik kepada Islam?

Wahai Ruslan bacalah al-Quran nescaya kamu akan lihat banyak lagi penghinaan yang dilemparkan kepada Islam dan para anbiya' dan adakah Islam menyelesaikan penghinaan itu dengan bertindak secara hina iaitu memenggal kepala manusia? Segalanya bermula daripada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2 Januari 2014 yang meramPAS 300 buah naskah al-Kitab berbahasa Melayu dan Bup Kudus (bible berbahasa Iban) yang mengandungi nama Allah dari stor Persatuan Bible Malaysia.

Alasan ramPASan itu adalah penggunaan kalimah Allah dalam bible tersebut adalah melanggar seksyen 9 (1) (a) Enakmen Agama Bukan Islam (Pengawalan penyebaran ke atas orang-orang Islam) 1988 . Antara lain menurut seksyen 9 (1) (a) Enakmen tersebut, seseorang itu dikatakan melakukan kesalahan sekiranya ia menerbitkan kata-kata di dalam Bahagian 1 Jadual di Enakmen tersebut bagi tujuan "menyatakan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, aktiviti, cara atau apa yang berkaitan dengan agama bukan Islam".

Perkataan Allah termasuk dalam Bahagian 1 Jadual di Enakmen tersebut. Berdasarkan Enakmen tersebut mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh dibicarakan di Mahkamah Sesyen iaitu pendakwaan akan dilakukan oleh Pendakwa Raya iaitu Peguam Negara. Pihak Peguam Negara telah memutuskan tiada kesalahan dilakukan di bawah Enakmen tersebut dan tiada pendakwaan akan dilakukan ke atas mana-mana orang.

Dengan ketiadaan pendakwaan itu maka di sisi undang undang dan juga logik, pihak JAIS sewajarnya memulangkan kembali 300 bible yang diramPAS itu. Malangnya JAIS tidak mahu memulangkan kembali. Meskipun PAS tidak terlibat dengan tindakan JAIS tersebut, pelbagai kritikan di laman sosial menghentam PAS sehingga ada yang menyatakan jika PAS memerintah Malaysia inilah yang PAS akan lakukan (macam JAIS lakukan).

Kami empat orang Ahli Parlimen PAS dari Selangor mengambil keputusan membuat sidang akhbar bagi membetulkan fakta dan memberikan pandangan kami. Tujuan utama kami membersihkan nama PAS. Antaranya kami nyatakan PAS tidak terbabit dalam insiden ini dan tidak adil menyalahkan PAS.

Keduanya tindakan JAIS yang tidak mahu memulangkan semula rampasan dalam keadaan Peguam Negara menyatakan tiada kesalahan yang dilakukan adalah tidak wajar di sisi undang undang dan Islam itu sendiri.

Ketiganya mungkin sudah sampai masanya kuasa eksekutif JAIS atau MAIS dikaji semula dan kami menyerahkan kebijaksanaan Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan perkara tersebut. Saya juga menambah bahawa dalam kes sensitif seperti ini sepatutnya JAIS memilih kaedah rundingan dan dialog daripada menceroboh dan merampas bible di premis orang.

Berita tentang kenyataan akhbar kami berempat itu lebih ditonjolkan tentang isu melenyapkan kuasa eksekutif JAIS dan MAIS, maka Utusan dan Perkasa memulakan serangan ke atas kami berempat dari situ. Pada masa artikel ini ditulis sudah ada seruan untuk memenggal kepala mereka yang menghina Islam dan nama-nama kami disebut oleh seruan tersebut.

Secara jujur saya tidak berasa apa-apa dengan amaran atau kecaman itu kerana saya percaya kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya tetap berpegang pada pendirian bahawa JAIS mesti memulangkan rampasan bible itu, meskipun datangnya 100 ancaman memenggal kepala dari Perkasa. Dari segi perundangan saya sependapat dengan Peguam Negara iaitu tiada kesalahan dilakukan oleh Persatuan Bible Malaysia di bawah seksyen 9 (1) (a) Enakmen tersebut atau mana mana seksyen lain di Enakmen tersebut. Malahan saya berani menyatakan seksyen 9 (1) (a) Enakmen itu adalah ultra vires atau bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Harus diingat, Enakmen tersebut adalah digubal menurut Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang undang bagi mengawal penyebaran dokrin atau agama bukan Islam ke atas orang orang Islam.

Perkatan yang penting di sini adalah penyebaran kepada orang Islam. Hanya penyebaran yang tidak dibenarkan dan itu pun jika ia disebarkan kepada orang Islam. Persoalannya bagaimanakah penerbitan nama Allah dalam bible yang hanya akan digunakan ke atas orang orang Kristian sahaja adalah dikira satu penyebaran agama atau doktrin bukan Islam kepada orang Islam.

Hanya kerana kewujudan kalimah Allah di dalam bible al-Kitab atau Bup Kudus ia bukan satu kesalahan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan maka apabila seksyen 9 (1) (a) menjadikan ia suatu kesalahan adalah jelas bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Ia hanya satu kesalahan jika bible yang berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah itu terbukti tersebar dalam kalangan orang Islam. Malahan jika bible berbahasa Melayu itu disebarkan kepada orang orang Islam ia tetap salah meskipun nama Allah tidak digunakan di dalam bible Melayu itu. Jadi isunya di sini adalah isu penyebaran bukan isu nama Allah. Seksyen 9 (1) (a) Enakmen yang menjadikan penggunaan kalimah Islam seperti Allah oleh bukan Islam adalah satu kesalahan adalah bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia melampaui kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan. Tindakan JAIS merampas di bawah seksyen 9 (1) (a) Enakmen yang ultra vires Perlembagaan juga secara automatik tidak sah dan melanggar Perlembagaan. Dalam keadaan ini mengaku kesilapan adalah tindakan mulia yang kita tunggu daripada JAIS. -HARAKAHDAILY 25/6/2014

Kedah rampas tanah dijadikan ladang ketum - Mukhriz


2014/06/25 - 20:55:31

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah akan merampas tanah-tanah yang dijadikan ladang ketum bagi mengekang penyalahgunaan air ketum dalam kalangan masyarakat negeri ini.

Semasa mengeluarkan amaran itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata seksyen dalam Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa kerajaan negeri boleh merampas tanah-tanah yang melanggar syarat seperti tanah sawah yang dijadikan ladang ketum.

"Kerajaan negeri tidak teragak-agak merampas tanah itu jika didapati bersalah (menanam ketum) dan pemilik-pemilik tanah persendirian juga tidak terkecuali menerima tindakan sama jika menanam pokok ketum.

"Ini kerana penanaman ketum adalah satu kesalahan di negeri ini walaupun masih belum ada akta yang melibatkan ketum diwartakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis serta Pejabat Tanah dan Galian juga menyalurkan maklumat mengenai kawasan-kawasan yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan menanam ketum.

"Undang-undang sedia ada memperuntuk hukuman denda dan pesalah yang melakukan kesalahan berulang kali juga dikenakan denda sama.

"Oleh itu, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk merampas tanah-tanah yang dijadikan ladang ketum," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata beliau dan rakyat Kedah berbangga dengan pelantikan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, Mukhriz berkata beliau akan membuat temu janji awal dengan Liow bagi membincangkan mengenai pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim.

- BERNAMA

MAIS serah bible kepada pendakwa raya negeri


2014/06/25 - 22:05:47

PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah menyerahkan semua kitab Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) Januari lepas kepada pihak Pendakwa Raya negeri untuk tindakan selanjutnya.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata beliau telah menulis kepada Timbalan Pendakwa Raya negeri berhubung perkara itu selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan cadangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum ini.

Minggu lalu, Sultan Sharafuddin menitahkan supaya MAIS menyelesaikan isu rampasan Bible itu mengikut prosedur perundangan sedia ada dan terpakai.

Abdul Gani pula mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan membuat pendakwaan terhadap mana-mana pihak berhubung rampasan Bible itu dan kes berkenaan ditutup.

Katanya, Pejabat Peguam Negara telah meneliti fakta dan bukti yang terkandung dalam kertas siasatan berhubung rampasan itu dan memutuskan ia bukan tulisan yang diterbitkan mengikut Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Mohamad Adzib berkata, MAIS akur dengan keputusan Peguam Negara itu dan kini menyerahkan kitab berkenaan kepada pihak Pendakwa Raya untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik.

"Sebenarnya kami berhak melupuskannya dengan sendiri. Tapi sebab kami pentingkan keadilan dan keharmonian, kami dah pulangkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dibawa balik ke mahkamah mengikut prosedur," katanya ketika menutup Konvensyen Pemerkasaan Ummah Peringkat Kebangsaan 2014 di sini, hari ini.
Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat rampasan itu mengikut undang-undang di bawah Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Pada 2 Januari lalu, JAIS menyerbu pejabat PBM di Damansara Kim, di sini dan merampas 300 naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan Iban sebagai langkah menyekat penggunaan kalimah Allah dalam Bible yang didakwanya bercanggah dengan enakmen itu.

- BERNAMA 

Pemimpin penipu haram masuk syurga

Siapa lagi jahanam....?

MENTERI KABINET DAPUR 2014 UMNO jd barua cina MCA/GERAKAN.

Muka-muka baru dalam kabinet perdana menteri yang dilantik hari ini.


BOROS & TIRIS = Perbelanjaan melampaui KDNK

Sekali lagi Friends of BN - Barisan Nasional SOROK 'fakta' kepincangan & keBOROSan KERAjaan BN urustadbir kewangan negara !!!

BOROS & TIRIS = Perbelanjaan melampaui KDNK

Tahukah Anda.. negara kita sudah mengalami DEFISIT SELAMA 17 TAHUN BERTURUT2 di bawah pemerintahan UMNO/BN !!!

W'pon negara S'pore yg jauh lebih kecil & TIADA SUMBER ALAM jumlah KDNKnya hampir sama dgn KDNK M'sia.. Bagaimana ia boleh berlaku??

MOHON #SHARE - SEBARKAN FAKTA!!!

Sumber: http://www.imf.org/ & www.bnm.gov.my

"MALAYSIA PALING SELAMAT DI ASIA TENGGARA" - Kata Hishammuddin a.k.a. sepupu Najib..

"MALAYSIA PALING SELAMAT DI ASIA TENGGARA" - Kata Hishammuddin a.k.a. sepupu Najib..

Inilah akibatnya jika pemerintah UMNO-APCO tunduk kpd undang2 penjajah yahudi-British berbanding Hukum Allah..

p/s: Jawapan Zahid Hamidi dalam Parlimen (17 Jun 2014) kpd soalan dari MP Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff..

Berani buat beranilah tanggung..

Berani buat beranilah tanggung..
Merayulah pada tuan2 UMNO kamu..
Tuan2 kamu kaya raya tak kanlah xder rasa simpati langsung terhadap anak buahnya yg kesempitan fulus.. 

Percayalah.. Janji Allah Itu Pasti~
Wallahualam...

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-mahu-umno-langsaikan-kes-papa-gomo

FAKTA... Anda tergolong yg mana satu???

Rugi RM4.56 bilion Dan M'sia Tidak Mampu Selamatkan Kamu.



Bagi Admin, nak buang kerja ke nak isytihar bankrupt ke apa ke yang paling penting bagaimana kakitangan2 MAS nak 'survive' dengan keadaan sekarang.

Ingat. GST on the way. Harga minyak nak naik. Harga rumah melambung. Kerja bukan senang nak cari. Kos sara hidup semakin tinggi. Kadar inflasi menaik. Bagaimanakah nasib2 mereka2 ini kelak? Lepas satu, satu perkara yang melanda. Individu2 yang salah tadbir MAS sepatutnya pikul tanggungjawab sama.

"NEGARA MAKIN JAHANAM DI BAWAH PEMERINTAH NAJIB-BN"

Ada bantahan...

#SEBARKAN Jom Like✔ at Suara Rakyat

APA NAK DIBANGGAKAN DGN MERCU TANDA JIKA PENCAPAIAN SEBENAR SYARIKAT PENERBANGAN M'SIA SENDIRI HUTANG BERBILION2 RINGGIT...



KERAjaan UMNO/BN mmg buang tabiat suka kepada kemegahan2 yg tidak menguntungkan rakyat..

Untuk tahun ke 3 berturut-turut Parlimen menolak usul utk membahaskan kerugian MAS.. Alasan Speaker Dewan.. "isu ni tak perlu disegarakan dan bukan kepentingan umum...."

HARAM JADAH UMNO/BN..!!! Selama ni rakyat terpaksa menjadi ATM pada MAS...yg kerugian yang amat besar saban tahun..!! sedangkan gaji pihak pengurusan MAS mencecah puluhan ribu setahun.. malah gaji CEO MAS mencecah RM100 ribu sebulan...!! Pasal itu MAS semakin lingkup...segala kelemahan bukan ditangani tapi dibiarkan menjadi barah....alasan mereka..?? apa nak kisah.. rakyat adalah ATM mereka..!!

Kerugian MAS....
2011 - RM2.52 Bilion
2012 - RM424.801 Juta
2013 - RM1,174 Billion
2014 - RM443 Juta (baru suku pertama 2014) !!!

Jika imam berkhutbah pro PR dikatakan politik sempit TETAPI JIKA BERKHUTBAH PRO KERAJAAN 'promote' SOKONG GST PULA DIKATAKAN TIDAK...



Inikah seorang pemimpin warak ala2 'berjubah bersongkok putih'???

Sedar tak kamu wahai anak Mahathir, salah pembangkang kamu nampak salah sendiri buat2 buta ibarat "Satu Jari Ke Arah Mereka, Empat Jari Ke Arah Diri Sendiri "

ROMBAKAN KABINET YANG MEMBAWA BERITA GEMBIRA UNTUK MACAI-MACAI UMNO !!! Hidup Melayu !!! la sangat....



Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan
Wee Ka Siong - Menteri di JPM
Mah Siew Keong - Menteri di JPM
Lee Chi Leong - Tim. Menteri Perdagangan A/bangsa dan Industri
Chua Tee Yong - Tim. Menteri Kewangan
Chew Mei Fun - Tim. Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat.

AKHIRNYA KERJA PENAT LELAH, BERTUNGKUS LUMUS, BERHEMPAS PULAS DAN BERSUSAH PAYAH MACAI-MACAI UMNO SELAMA INI BERBALOI DENGAN ROMBAKAN KABINET BARU YANG DIUMUMKAN NAJIB RAZAK ... TIDAK RUGI BERJUANG ATAS SALAKKAN KETUANAN MELAYU.

NAMPAKNYA RAKYAT AKAN MELIHAT SIAPA KENA TUNGGANG OLEH SIAPA...

Gaji bulanan menteri-menteri dalam kabinet. Apa pandangan anda?

HEBAT BETOL PENANGAN UMNO, SIKAP 'U-TURN' PADA UMNO SUDAH SEBATI DALAM MCA PULA... Kah! Kah! Kah!



Terdahulu tahun lepas Liow Tiong Lai bertegas MENOLAK SEGALA APA JAWATAN DALAM KERA-JAAN BN.. tetapi hari ini TAHUN INI boleh plok terima jawatan menetri penuh dalam Kabinet Najib...

TIDAK RUGI BERJUANG ATAS SALAKKAN KETUANAN MELAYU.

NAMPAKNYA RAKYAT AKAN MELIHAT SIAPA KENA TUNGGANG OLEH SIAPA...

www.facebook.com/suararakyatpage

DAH GILA APA YANG KALAH DALAM PILIHANRAYA BOLEH JADI MENTERI !!!



Masih ingat kata2 Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.. 

“Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?”

"Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet"

“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?”

Agaknya PM kita ni lebih pentingkan KUANTITI BERBANDING KUALITI... JANJI DUIT RAKYAT BANYAK HANGUS.. 


 www.facebook.com/suararakyatpage |☚

Tolak HUDUD tapi di lantik jadi menteri..skrg siapa di perkudakan siapa?

Pancaroba

PEMERHATIAN & RAK KASUT

Inilah tempat letak kasut di dalam masjid Nabawi. Ia bernombor. 

Ada yang meletakkan kasut di satu rak dan bergerak ke hadapan, kiri atau kanan tanpa cuba mengingati nombor.

Bila mahu pulang ... kasut tidak ditemui. Semuanya kelihatan sama.

Terdapat juga jemaah memilih tempat ini sebagai saf mereka. Ada rasa selamat dan selesa.

Entah mengapa ... penduduk Madinah hanya memilih di kawasan ini hanya bila terdesak.

Ia bukan soal benar atau salah tetapi hanya satu pemerhatian.

Mewahnya kekayaan milik Sultan Johor.

Polis langgar lampu merah....Polis Raja Di Malaysia






sejarah yang tidak boleh dipadam oleh umno


sejarah yang tidak boleh dipadam oleh umno regim dan sekularnya babian nazional.

umno menipu dan bertindak zalim terhadap parti PAS dan para perjuangnya bukan baru setahun atau dua tahun tuan2 dan puan2 sekalian. tapi sudah berpuluh tahun. mengapa mesti harus kite percaya lagi pemerintah dajal dalam negara kita ini lagi.

umno bagaikan iblis yang bertopengkan manusia diatas muka bumi ini. sudah berapa kali PAS bergabung dengan UMNO? demi membantu umno untuk menang setiap kali pada PRU dahulu? tapi umno sering menipu kepada PAS. biar gambar berbicara.

Menteri kecewa kenyataan Instagram Wardina


Seremban: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim melahirkan kekecewaan terhadap selebriti terkenal, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 35, yang mengeluarkan kenyataan menerusi Instagram miliknya, kelmarin, apabila membuat perbandingan antara Malaysia dan Australia dalam saluran bantuan kepada orang kelainan upaya (OKU).

Kenyataan itu dipaparkan Wardina berhubung penemuan seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu, sekali gus menggemparkan negara.

Dalam kenyataan itu, Wardina mendakwa kerajaan mengabaikan kebajikan OKU, tidak seperti Australia yang menyalurkan bantuan bulanan tinggi kepada ibu bapa kanak-kanak, malah disuruh berhenti kerja bagi memberi fokus menjaga anak mereka.

Rohani berkata, kenyataan terbabit tidak berasas sama sekali kerana pihaknya sangat mementingkan kebajikan golongan berkenaan dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan.

“Penemuan adik Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ ditemui Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman yang mewakili kerajaan Malaysia.

“Lihatlah selepas empat hari penemuan remaja itu, dia dibantu dan dibela kerana pihak kami sangat mementingkan kebajikan OKU,” katanya dalam sidang media selepas melawat Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, semalam.

Menurut Rohani, ibu remaja itu dikenali sebagai Lola, 40, tidak pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, malah tiada aduan diterima mengenai nasib malang remaja terbabit daripada jiran, penduduk setempat, pemimpin atau saudara mangsa.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Pesawat turun naik


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz dan Nabihah Nazam

Kuala Lumpur: Penyiasat antarabangsa mendedahkan pesawat Malaysia Airlines MH370 tidak berada pada kedudukan 45,000 kaki dan menurun ke 23,000 kaki sebelum ‘ghaib’ seperti dilaporkan radar tentera Malaysia.

Memetik laporan Akhbar New York Times, semalam, kumpulan penyiasat itu mendapati pesawat berkenaan turun naik seperti yang dipercayai mereka dan kekal dikawal selama beberapa jam sebelum gagal dihubungi dan hilang di sekitar Lautan Hindi selepas kehabisan minyak.

Kumpulan penyiasat antarabangsa turut membuat rumusan selepas pemeriksaan semula data tentera dan ping antara pesawat dan satelit Inmarsat sepanjang garisan khatulistiwa, ia menunjukkan bacaan altitud radar tidak tepat.

Semakan antarabangsa mendapati radar Malaysia gagal mendapatkan bacaan tepat sedangkan kebanyakan radar tentera mampu mengesan altitud dan memberi bacaan tepat kedudukan pesawat, kelajuan dan arah.

“Radar utama merujuk kepada altitud tidak boleh dipercayai,” kata Angus Houston, pesara tentera Australia yang mengetuai operasi pencarian pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi.

Bacaan radar menunjukkan pesawat menjangkau altitud maksimum iaitu 43,100 sebelum turun di kawasan pergunungan dan naik semula 23,000 kaki atau lebih di Selat Melaka.



Houston bagaimanapun memberitahu New York Times, dia ragu-ragu sama ada individu mempunyai bukti pesawat turun naik berdasarkan laporan.

Sementara itu, Ketua Komisioner Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan berkata, tiada apa yang boleh dipercayai mengenai ketinggian.

Penolakan data altitud radar membawa perubahan dalam fokus carian kerana bahan api pesawat akan kekal lama jika mengekalkan kedudukannya.

Data yang diperoleh daripada ping membawa penyiasat kepada kesimpulan pesawat terjunam ke lautan di selatan Australia sepanjang kawasan yang dikenali sebagai tujuh arka, lokasi terakhir gegaran pesawat berlaku.


“Kebanyakannya bersetuju itu lokasi terakhir pesawat kehabisan bahan api,” kata Dolan.


Pegawai berkata, misi carian kini beralih ratusan batu di barat daya sepanjang arka selepas kerajaan Australia mencari di kawasan tenggara berdasarkan rumusan pesawat kehabisan bahan api.

Akhbar New York Times melaporkan data itu masih lagi disaring, namun zon baru dipercayai sekitar 400 batu panjang dan 60 batu lebar.

Ia berdasarkan anggaran pesawat terbang dengan sistem pemanduan automatik dan sukar mengawal pesawat apabila enjin berhenti dan menyebabkan ia terjunam ke dalam laut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

‘Isteri saya sayang Firdaus’


Bahau: “Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,” kata bapa tiri Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 40-an, ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, dia berkahwin dengan ibu Muhammad Firdaus dikenali sebagai Lola, 40, pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua. 
“Sebelum berkahwin, Lola memberitahu saya, dia mempunyai seorang anak yang juga orang kelainan upaya. 

“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya.
Foto
MUHAMMAD Firdaus semakin pulih.

“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.

“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,” katanya. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Berat naik 2kg


Seremban: “Pada awal pertemuan, hati saya tersentuh melihat tubuh Muhammad Firdaus yang kurus dan bersalut najis kering di kepalanya.
“Bergenang air mata melihat dia mengengsot keluar dari bilik dan badannya tidak stabil. Pada masa itu, hanya tulangnya saja dapat dirasai apabila saya menekan perut dan kakinya,” kata Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman. 
Faizal yang juga individu pertama menemui Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu, melahirkan rasa syukur apabila mendapati remaja itu bertambah sihat sejak dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini. 

“Alhamdulillah, saya difahamkan berat badannya meningkat ke 17 kilogram (kg) berbanding 15kg sebelum ini,” katanya yang mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim melawat Muhammad Firdaus di HTJ, semalam.
Foto
ROHANI (kiri) bersama Penyelia Jururawat HTJ, Finno Kaur Natar Singh melawat Muhammad Firdaus, semalam.

Menurutnya, ketika memasuki rumah Muhammad Firdaus, dia terhidu bau hancing dan najis termasuk menemui najis kering di rambut remaja terbabit.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

JKM jaga, lindungi remaja OKU



ROHANI menyuapkan coklat kepada Muhammad Firdaus semasa membuat lawatan ke HTJ, Seremban, Negeri Sembilan semalam.


SEREMBAN - Remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah akan ditempatkan di institusi kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, remaja itu akan ditempatkan di institusi itu selepas mendapat perintah sementara daripada mahkamah.
Katanya, langkah itu bagi memastikan dia dijaga dengan baik dan diberi perlindungan.
"Sebagai seorang OKU, kita akan memberikan segala bantuan dan kemudahan yang diperlukannya. Dia akan ditempatkan di institusi kami yang bersesuaian dengan keadaannya.
"Kami juga akan memberikan kaunseling kerana emosinya belum lagi stabil," katanya kepada pemberita selepas melawat Muhammad Firdaus di HTJ di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz35bGmaNdV 
Hakcipta terpelihara