Showing posts with label kubur. Show all posts
Showing posts with label kubur. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Kawasan kubur jadi tapak apartmen di Singapura



GAMBAR bertarikh 16 Ogos lalu menunjukkan seorang lelaki berjalan melintasi Bukit Brown di Singapura.


SINGAPURA - Kawasan perkuburan Bukit Brown seluas 86 hektar di sini akan dibangunkan untuk didirikan apartmen.
Ia dianggap sebagai kawasan perkuburan paling tua yang dipercayai menempatkan kubu penduduk Cina yang tertua di Singapura.
Bukit Brown dibuka pada 1922 dan dinamakan sempena seorang pemilik kapal, George Henry Brown yang tiba di Singapura pada 1840.
Bagaimanapun, para penyokong pemuliharaan warisan meminta ia dipulihara daripada sebarang kegiatan pembangunan.
"Bagi saya, Bukit Brown merupakan salah satu daripada aspek warisan Singapura yang patut diberikan peluang kedua," kata Irving Johnson yang bertugas sebagai penolong profesor Kajian Asia Tenggara di Universiti National Singapura. - AFP

Monday, April 18, 2011

Kawasan kubur aneh dibersihkan



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Gua Musang bergotong-royong membersihkan kawasan kubur lama di Kampung Batu Melintang semalam.


GUA MUSANG - Selepas lebih tiga tahun terbiar, kawasan perkuburan lama yang didakwa mempunyai batu nisan 'hidup' di Kampung Batu Melintang dekat sini akhirnya dibersihkan semalam.
Seramai 20 anggota Bomba dan Penyelamat Gua Musang dan anggota Bomba Sukarela Kuala Sungai, di sini mengambil inisiatif membersihkan kawasan perkuburan itu yang sebelum ini dipenuhi semak-samun.
Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Gua Musang, Rosli Che Sulaiman berkata, gotong-royong itu bertujuan memudahkan waris atau pelawat menziarahi kubur sambil melihat sendiri keunikan batu nisan di situ.
"Saya tertarik dengan cerita mengenai kubur ini yang disiarkan Kosmo! baru-baru ini. Atas sebab itu kami perlu membantu membersihkan kawasan ini," katanya di sini semalam.
-kosmo

Saturday, March 19, 2011

Tanah kubur jadi tapak rumah




ABDUL WAHAB (lima dari kiri) bersama penduduk meninjau tapak 
perkuburan Islam yang bakal dibangunkan di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Tak cukup tanah, bina rumah atas tapak kubur.
Demikian dakwaan penduduk Kampung Bukit Kechil, Sungai Nibong dekat sini terhadap rancangan sebuah syarikat pemaju untuk membina projek perumahan di atas sebahagian tanah perkuburan Islam kampung berkenaan tidak lama lagi.
Ia berlaku selepas pemilik tanah bertindak menjual tanah di atas bukit di situ kepada syarikat berkenaan baru-baru ini.
Penduduk mendakwa, tanah itu sebelum ini telah diwakafkan oleh pemiliknya sebagai kawasan perkuburan bersama beberapa pemilik lain semasa mereka meneroka kampung itu kira-kira 200 tahun lalu. malah kawasan seluas kira-kira 0.2 hektar itu telah dipagar oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai tanah wakaf sejak lima tahun lalu.
Fikri Hasanusi, 43, mendakwa, walaupun ia hanya melibatkan kawasan seluas 100 meter persegi, 20 kubur lama di situ bakal lenyap dan bukannya dua kubur seperti yang didakwa oleh pemaju.
“Kami tidak mempertikaikan hak pemilik menjual tanah tetapi kami minta pihak berkuasa meninjau keadaan ini kerana ia melibatkan kepentingan orang ramai dan ramai waris si mati,” ujarnya kepada Kosmo! semalam.

Tuesday, November 23, 2010

Penjaga kubur Arab Saudi sukar dapat jodoh





2010/11/22

JEDDAH: Abu Wisam sudah berusia 49 tahun tetapi masih bujang. Beliau melamar ramai wanita untuk dijadikan isteri, malangnya semua lamaran itu ditolak. 

Penolakan lamaran bukan kerana Abu Wisam tidak cukup sifat atau kurang tampan, sebaliknya berpunca daripada kerjaya beliau. Abu Wasim bekerja sebagai penjaga tanah perkuburan.
Tiada ibu bapa wanita yang dilamar Abu Wisam berasa selesa apabila mengetahui anak mereka bakal bersuamikan seorang lelaki yang bekerja menjaga kubur.
Keadaan ini menyebabkan Abu Wisam yang menjaga sebuah kawasan perkuburan di tengah Jeddah, terpaksa menimbang kemungkinan mencari kerja lain. 

Masalah yang dialami Abu Wisam bukan isu terpencil. Ramai lelaki yang melakukan kerja buruh menghadapi situasi sama. 

Akhbar harian Al-Watan melaporkan ramai lelaki terpaksa membujang, berikutan pandangan negatif masyarakat terhadap kerja yang mereka lakukan. 

Saya mewarisi kerja ini daripada bapa saya. Tugas utama saya ialah mengawal kawasan perkuburan dan mengawasi pelawat, katanya sambil duduk di kerusi berhampiran pagar di kawasan perkuburan itu. 
Beliau berkata, beberapa keluarga yang ditemui menolak pinangannya hanya kerana kerja dilakukan. 

Anak perempuan mereka takut dengan lelaki yang menjaga kubur. Bagaimanapun saya berazam untuk meneruskan kerja ini. Saya tidak kisah apa akibatnya. Saya mungkin tidak menemui wanita muda yang bersedia menjadi pasangan hidup saya, katanya. Agensi