Monday, July 22, 2013

MEREKA BANGKIT !! INI LAH DIA MUJAHIDDAH DARI KASHMIR..!!

Mereka sudah letih di bantai,mereka sudah lelah menunggu perhatian dunia,mereka sudah penat merayu agar nasib di bela oleh dunia,namun dunia terus membisu,bukan sahaja kampung halaman mereka di ceroboh,pemuda-pemuda di bunuh,masjid di ceroboh,Al Quran di campak dan di koyakkan,maruah kaum wanita mereka di perlekeh-lekeh kan,di perkosa oleh tentera kafir durjana,dunia terus membisu dan menutup mata.... 

Kini..

MEREKA BANGKIT !! INI LAH DIA MUJAHIDDAH DARI KASHMIR..!!

THUMBS UP FOR OUR SISTER IN KASHMIR..

PRAY FOR THEM.

Syeikh Ahmad Al Aseer..

LEGEND..

Allahuakhbar..Allahuakbar.. Bertambah lagi jumlah saudara-saudara kita.

Alhamdulillah..Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakbar..
Bertambah lagi jumlah saudara-saudara kita..
Berikut adalah gambar seorang ketua suku kaum papua di Irianjaya,Indonesia yang telah memeluk agama Islam pada tahun 2011 dan keluar berdakwah bersama jemaah dakwah pada tahun 2012. Untuk melihat Video pengislaman suku kaum ini boleh lah kalian menonton nya di sini: http://www.youtube.com/watch?v=8H6vBBY26xg
 

Kesucian Ramadan dicemari

Pegawai polis memeriksa mayat dipercayai anggota puak pemisah yang ditembak mati semasa satu pertempuran dengan pasukan Renjer Thailand di daerah Cho-i-rong, wilayah Narathiwat, kelmarin. - AFP
BANGKOK 20 Julai - Kesucian bulan Ramadan terus tercemar di selatan Thailand apabila tiga maut dan tiga lagi cedera semalam, meskipun perjanjian damai sepanjang bulan puasa dipersetujui oleh kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) di Kuala Lumpur pada bulan lalu.
Sebanyak dua kematian dicatatkan di wilayah Narathiwat apabila seorang anggota kumpulan pemisah ditembak mati oleh pasukan Renjer Thailand di daerah Cho-i-rong, manakala seorang penduduk tempatan mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali.
Satu lagi kematian dicatatkan di wilayah Yala apabila penyerang tidak dikenali menembak mati seorang lelaki dan mencederakan isteri mangsa.
Dua lagi mangsa dilaporkan cedera dalam dua serangan berasingan, masing-masing di Yala dan Narathiwat.
Sementara itu di Mesir, pertempuran terbaharu antara penyokong dan penentang bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi, menyebabkan empat wanita mati ditembak dan 10 lagi cedera, di Delta Nil semalam.
Seorang penunjuk perasaan pro-Mursi yang enggan dikenali berkata, beribu-ribu penyokong bekas Presiden itu berarak di bandar Mansura sebelum diserang sekumpulan 'samseng', dipercayai penentang Mursi, yang bersenjatakan pistol, pisau dan batu.
Di Syria, lebih 150 orang dilaporkan terbunuh di seluruh negara sejak kelmarin apabila pertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak semakin sengit.
Pertubuhan pemantau hak asasi manusia di Syria melaporkan, lebih 100,000 orang dilaporkan terbunuh sejak perang saudara tercetus pada 2011.
Sementara itu di Iraq, seorang pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah masjid semasa umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh.
Serangan tersebut berlaku di pekan Wajihiya di wilayah Diyala yang dikuasai penduduk berfahaman Sunah.
Sejak bulan Ramadan bermula, lebih 200 orang dilaporkan terbunuh di Iraq akibat serangan berani mati, tembakan dan letupan bom. - AFP/BERNAMA/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130721/lu_01/Kesucian-Ramadan-dicemari#ixzz2ZmnbA6DI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

15 militan, 4 tentera terbunuh pertempuran di Khyber, Pakistan

PESHAWAR 21 Julai - Sebanyak 15 anggota kumpulan militan dan empat tentera dilaporkan terbunuh semasa pertempuran puak di barat laut Pakistan, semalam.
Konfrontasi berlaku sejak Jumaat dan berterusan sehingga awal pagi semalam di Khyber, salah satu daripada tujuh puak di sempadan Afghanistan.
"Semasa pertempuran itu, tentera membunuh sekurang-kurangnya 15 militan dan memusnahkan dua tempat persembunyian mereka," kata seorang pegawai kanan keselamatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130721/lu_07/15-militan-4-tentera-terbunuh-pertempuran-di-Khyber-Pakistan#ixzz2ZmmQfXQl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Majlis perkahwinan bertukar huru-hara

Polis Turki menyuraikan penunjuk perasaan antikerajaan dengan meriam air semasa satu demonstrasi di pintu masuk Dataran Taksim, di Istanbul, kelmarin. - AFP
ISTANBUL 21 Julai - Sebuah majlis perkahwinan bertukar menjadi huru-hara apabila penunjuk perasaan antikerajaan yang meraikan majlis itu ditembak dengan tembakan air dan gas pemedih mata oleh polis ketika cuba memasuki Taman Gezi, semalam.
Kejadian tersebut berlaku selepas anggota polis menutup taman itu yang berdekatan dengan mercu tanda Dataran Taksim sebelum mengarahkan penunjuk perasaan ke kawasan pejalan kaki, menurut agensi berita Dogan.
Menurut laman web akhbar Radikan and Hurriyet, polis juga dilaporkan mengejar beberapa penunjuk perasaan sebelum melepaskan gas pemedih mata. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
Pengantin perempuan yang memakai topi di atas tudung putihnya berkata, dia bertunang dengan pasangannya sebulan lebih awal ketika tunjuk perasaan besar-besaran menentang Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan diadakan di seluruh negara.
Bantahan tercetus selepas tindakan kekerasan oleh anggota polis terhadap pencinta alam sekitar yang menghalang pokok-pokok di Taman Gezi ditebang bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah replika Uthmaniah.
Pihak polis dikritik kerana menggunakan pendekatan yang tidak sewajarnya bagi menyuraikan penunjuk perasaan, termasuk menembak kelongsong gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang mengadakan protes.
Lima orang terkorban dalam protes tersebut termasuk seorang yang teruk dipukul di kepala dan seorang lagi yang ditembak oleh seorang pegawai polis.
Ribuan penduduk cedera akibat terkena gas pemedih mata dan lebih berbelas-belas orang bakal kehilangan mata selepas terkena kelongsong gas pemedih mata. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130722/lu_08/Majlis-perkahwinan-bertukar-huru-hara#ixzz2ZmlJC2yy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua lagi mati dalam keganasan di selatan Thailand

YALA 22 Julai - Keganasan di selatan Thailand berterusan dengan dua lagi kematian dalam kejadian berasingan hari ini.
Insiden pertama menyaksikan seorang pengawal sukarela kampung mati ditembak ketika dalam perjalanan ke kebun getah untuk menoreh awal pagi ini.
Mangsa, Matsaifu Hatamat, 26, ditembak dengan pistol dari jarak dekat pada 6.15 pagi di Kampong Jakuah yang terletak dalam daerah Raman, kata Ketua Polis Mukim Jakuah Kapten Pratueang Suwannachateri.
Kejadian kedua pula berlaku pada 4 petang di Pattani membabitkan seorang Tok Penggawa Mukim Klongreak di daerah Yaring yang mati ditembak di Kampung Tarung, Muang Pattani, iaitu di kawasan jalan raya Pattani-Narathiwat.
Kolonel Polis Tuandir Jutanon berkata mangsa, yang dikenali sebagai Matdaree Lamen, ditembak dengan senapang AK47 dan M16.
Beliau berkata saksi yang melihat kejadian memberitahu Matdaree memandu kereta untuk pulang ke rumah, dan apabila tiba di tempat kejadian, sebuah trak serta empat lelaki bersenjata yang duduk di bahagian belakang melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah kenderaan mangsa.
Apabila kereta Matdaree terbabas, dua lelaki turun dari trak dan menembak mangsa dari jarak dekat sehingga mangsa mati, katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130722/lu_17/Dua-lagi-mati-dalam-keganasan-di-selatan-Thailand#ixzz2ZmgVCsaf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Beginilah makna tekad di mata anak-anak kami, apatah lagi di mata lelaki-lelaki dan wanita-wanita kami !

Beginilah makna tekad di mata anak-anak kami, apatah lagi di mata lelaki-lelaki dan wanita-wanita kami !

Sumber : انت عيل اخونجى
‪#‎mesirkini‬
 

Beginilah kami mendidik anak-anak kami tentang kebebasan dan kemuliaan.

Beginilah kami mendidik anak-anak kami tentang kebebasan dan kemuliaan.
Revolusioner termuda yang turun menyokong legitimasi.

Bayi perempuan yang comel, Yaraa menyokong keteguhan Presiden Mursi!

Sumber : هنا رابعة
‪#‎mesirkini‬
 

Solat Subuh berjemaah di Medan Rabiatul Adawiyah.

Solat Subuh berjemaah di Medan Rabiatul Adawiyah.

Sumber : حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسمية
‪#‎mesirkini‬

BAHAYANYA TIDUR SETELAH MAKAN SAHUR..




Tidur setelah sahur memang tidak haram tetapi banyak ulama berpendapat bahwa tidur setelah makan sahur sebaiknya tidak di lakukan. Nabi Muhammad SAW telah memberikan tuntunan bahwa makan sahur jangan ditinggalkan dan dianjurkan untuk diakhirkan waktunya jadi sampai menjelang subuh atau waktu imsyak..

Rasulullah SAW tidak langsung tidur setelah makan. Beliau beraktivitas terlebih dahulu supaya makanan yang dikonsumsi masuk lambung dengan cepat dan baik sehingga mudah dicerna. Caranya bisa juga dengan shalat.

Rasulullah SAW bersabda,"Cairkan makanan kalian dengan berdzikir kepada Allah SWT dan shalat, serta janganlah kalian langsung tidur setelah makan, karena dapat membuat hati kalian menjadi keras."(HR Abu Nu'aim dari Aisyah r.a.).

Dari sisi ilmu gizi dan kesehatan, tidur setelah makan sangat tidak dianjurkan bahkan dalam kategori dilarang karena dampak buruknya sangat banyak antara lain Menurut Pramono, ahli gizi dari RSUD Ulin Banjarmasin perut akan jadi buncit karena saat tidur tubuh jadi hemat energy dan secara otomatis lemak akan mudah tertimbun di perut kita.

Akan terjadi refluks, karena makanan belum dicerna maka bisa berbalik dari lambung ke kerongkongan (atau biasa disebut refluks) karena pengaruh gravitasi akibat kita tidur. Jika terjadi refluks maka asam lambung akan naik dan melukai kerongkongan. Karena mengalami luka, kerongkongan akan terasa panas seperti terbakar, dan mulut pun terasa pahit.

Tidur sehabis sahur juga bisa mengakibatkan gangguan pencernaan. Normalnya isi lambung/maag akan kosong kembali sekitar dua jam setelah kita makan, tapi kalau posisi tubuh kita berada pada posisi baring, maka proses pengosongan lambung/maag akan terhambat/terlambat. Hal ini akan mengakibatkan timbulnya gangguan pencernaan seperti mencret atau sembelit tergantung bahan makanan yang kita makan.

Meningkatnya risiko terkena stroke karena berdasarkan penelitian ditemukan bahwa orang yang memiliki jeda paling lama antara makan dan tidur mempunyai risiko terendah untuk mengalami stroke.

Jika seandainya kita masih ingin tidur setelah makan sahur, sebaiknya diatur saja minimal 2 jam setelah makan sahur baru tidur,"

Semoga bermanfaat..
(repost from:Ustadz Ahmad Al-habsyi)
http://goo.gl/J8Ey1

Mesir pinda Perlembagaan



Mesir pinda Perlembagaan
Ribuan rakyat Mesir menerima Perlembagaan diperkenalkan Mursi setahun lalu.
KAHERAH - Presiden sementara Mesir Adly Mahmoud Mansour bertindak membentuk satu jawatankuasa bagi melakukan pindaan terhadap Perlembagaan yang selama ini berlandaskan perundangan Islam.

Perlembagaan terdahulu yang dibentuk Presiden Mohamed Mursi akan dipinda oleh jawatankuasa yang dianggotai 10 ahli terdiri daripada enam hakim dan empat profesor undang-undang.

Pindaan Perlembagaan tersebut akan dilakukan dalam tempoh 30 hari sebelum dikaji oleh jawatankuasa khas dan dipinda 60 hari berikutnya.

Selepas dipersetujui menurut laporan Press TV, cadangan itu akan diundi oleh rakyat bagi pindaan dalam referendum pusingan kedua.

Pada Disember 2012, kira-kira 64 peratus pengundi menerima keputusan Perlembagaan namun penyokong anti Mursi menyelar keputusan itu yang didakwa meminggirkan golongan minoriti.

Aafia Siddiqui diekstradisi ke Pakistan



Aafia Siddiqui diekstradisi ke Pakistan
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) bersetuju mengekstradisi Pakar Neurologi Pakistan, Aafia Siddiqui yang diculik dan dipenjarakan di bawah  perjanjian pertukaran banduan dengan Islamabad.

Namun, AS mahu Islamabad mengekalkan tuduhan bersalah terhadapnya membabitkan jenayah keganasan.

Jurucakap Wahington berkata Press TV, Aafia perlu menghabiskan tempoh tahanan di Pakistan selaras dengan perjanjian ditandatangani.

Pada 2008, Aafia dijatuhi hukuman 86 tahun penjara selepas dituduh cuba menyerang askar AS dan sekumpulan ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI)  di Karachi.

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Difahamkan, ketika di penjara AS, Aafia didera secara fizikal, mental dan seksual.

Berikutan kejadian itu, Kementerian Dalam Negeri Pakistan membentuk pasukan khas untuk membebaskan beliau dari penjara di AS.

Tahanan teruskan mogok lapar




GUANTANAMO - Lebih 100 tahanan di penjara Teluk Guantanamo, Cuba, meneruskan mogok lapar walaupun pada bulan Ramadan.

Aktivis melaporkan, seramai 130 tahanan melancarkan mogok lapar sejak lima bulan lalu sebagai bantahan terhadap tindakan pegawai tentera yang melakukan penderaan terhadap tahanan.

"Tahanan berpuasa tetap dipaksa makan melalui tiub yang dipasang pada hidung," katanya kepada Press TV.

Sementara itu, pihak berkuasa penjara dilaporkan enggan menghentikan tindakan paksaan tersebut sekali gus perbuatan itu diselar aktivis kemanusiaan dengan melabelkannya sebagai penganiayaan melampau.

Wanita dilarang membeli-belah




ISLAMABAD - Sekumpulan ulama di barat Pakistan mengeluarkan larangan sementara terhadap wanita untuk membeli-belah melainkan ditemani saudara lelaki, kelmarin.

Pegawai polis, Fazal Hanif berkata, sekatan dilakukan bagi mengelak golongan lelaki berasa terganggu sewaktu melaksanakan ibadah di bulan Ramadan.

"Jika larangan itu diingkari, wanita dan pemilik kedai akan ditahan serta dihukum," katanya kepada Reuters.

Larangan itu turut mendapat sokongan daripada pihak berkuasa apabila membuat pengumuman terhadap tindakan tersebut dengan menggunakan pembesar suara, Jumaat lalu di masjid sekitar Karah, wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Ramadan di bumi bergolak



Ramadan di bumi bergolak
Ramadan di bumi bergolak
Nasi, hirisan nenas dan kicap antara makanan pilihan masyarakt Rohingya ketika iftar.
Ramadan di bumi bergolak
Remaja memanjat tembok pemisah dibina Israel di Ar-Ram, Jumaat lalu sematamata untuk menunaikan solat Jumaat.
Ramadan di bumi bergolak
Tindakan kumpulan pemisah yang menyerang penduduk dan askar di selatan Thailand mengundang kegelisahan penduduk sepanjang Ramadan ini.
TATKALA Ramadan menjengah, seluruh masyarakat Islam dunia mula membuat persiapan dengan penuh kegembiraan bagi memulakan ibadah puasa, amalan sunat Tarawih serta memperbanyakkan kebaikan demi merebut pahala berlipat ganda.

Namun, sedarkah kita, masih ada berjuta umat Islam di negara bergolak seperti Mesir, Syria, Palestin, Myanmar dan selatan Thailand  meraikan kehadiran bulan dinanti-nantikan ini dalam kesayuan serta  kekurangan.

Bermula sahur sehingga berbuka puasa, mereka terpaksa melarikan diri daripada peperangan, pergolakan politik dan serangan pemberontak hanya mengalas perut paling tidak dengan seteguk air dan kurma.

Berbanding pula dengan negara kaya, ada di antara mereka terpaksa dimasukkan ke hospital kerana makan berlebihan sewaktu menikmati juadah iftar.

Mesir

Rakyat Mesir terpaksa bergelut menyambut ketibaan bulan Islam kesembilan ini dalam keadaan bergolak, susulan penggulingan pemimpin negara oleh ketenteraan pada ketika itu.

“Ya ALLAH, tumpahkanlah kemurkaan-Mu kepada orang-orang yang berusaha merosakkan Mesir, luaskanlah rahmat-Mu kepada mereka yang menginginkan kemakmuran negara. Ya ALLAH, musnahkanlah orang-orang yang enggan menerima hukum-Mu,” kata penyokong Presiden Mohamed Mursi, Yosri Ackad ketika berdoa selepas menunaikan solat Tarawih pertama Ramadan dua minggu lalu.

Pada masa itu, Yosri yang juga seorang pesara doktor ditegur sekumpulan lelaki tempatan kerana membawa isu politik ke dalam masjid dan dilabelkan sebagai membawa ideologi gerakan Ikhwanul Muslimin.

Kira-kira 84 juta penduduk Islam Mesir amat menantikan Ramadan setiap tahun terpaksa berpuasa di bawah ketegangan politik, kejatuhan ekonomi dan pergolakan sesama umat.

Rakyat Mesir dilaporkan seolah-olah kurang berminat meneruskan tradisi berzaman mereka di bulan Ramadan yang membezakan negara itu di rantau secara keseluruhannya.

Jalan-jalan raya masih bergelap tidak seperti Ramadan dahulu di mana setiap pelosok jalan raya diterangi fanous (lampu khas Ramadan berwarna-warni) serta para peniaga berebut-rebut menjaja manisan mereka.

Malah, laungan el-mesaharrati bermaksud panggilan untuk menikmati hidangan terakhir sebelum Ramadan, disambut hambar tidak seperti tahun sebelumnya.

“Tiada sesiapa pun berasa seperti meraikan apa-apa, walaupun Ramadan tiba. Tahun ini adalah tahun yang paling buruk. Kami sepatutnya dapat menjual semua pelita menjelang Ramadan.

“Namun, hanya 60 peratus pelita mampu dipasarkan pada tahun ini,” kata seorang pembekal pelita tradisi Mesir, Waleed Abdel-Tawab, 39.

Syria

Tenggelamnya fajar Ramadan di bumi Syria pada tahun ketiga konflik berdarah menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, diraikan seperti biasa buat keluarga mewah dengan hidangan iftar yang menyelerakan.

Namun, bagi majoriti rakyat yang menderita, kehilangan tempat berteduh, kanak-kanak yatim piatu, mereka terpaksa bergelut di bawah rangka bangunan untuk sesuap rezeki bagi mengalas perut selepas seharian berlapar.

Agak bernasib baik bagi mereka yang mendapat perlindungan di kem-kem pelarian, kerana dapat merasai suasana Ramadan agak sempurna berbanding saudara-mara di kawasan bergolak.

Media tempatan melaporkan, penduduk yang menghuni kawasan ditawan pemberontak terpaksa mengemis untuk mendapatkan secebis roti bagi hidangan iftar.

Agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan, kira-kira 7 juta rakyat Syria terpaksa bergantung kepada bantuan makanan.

Pertempuran memusnahkan hampir keseluruhan Syria dan digabungkan dengan kenaikan harga barangan secara mendadak kebelakangan ini membuatkan penduduk semakin tertekan.

“Mereka sanggup menggeledah tong sampah demi mengalas perut, ini amat menyayat hati,” kata aktivis di sebuah bandar ditawan pemberontak, Maarat al-Numan.

Katanya, kumpulan aktivis yang masih aktif di Syria terpaksa menggunakan dapur awam untuk mengedarkan juadah iftar seperti nasi dan sup sayur kepada kira-kira 400 keluarga miskin di bandar itu.

Beliau hanya memperkenalkan diri sebagai Abu Anas berkata, setiap aktivis berada di dalam ketakutan tatkala memberi makanan kepada penduduk.

“Kami takut jika kawasan ini diserang secara tiba-tiba,” katanya.

Sementara itu, di kem pelarian Zaatari terletak di tengah-tengah gurun Jordan, menempatkan lebih 120,000 pelarian Syria.

“Mereka terpaksa menunaikan ibadah rukun Islam ketiga dalam keadaan amat tidak selesa serta kekurangan bekalan air bersih,” kata pekerja binaan dari wilayah selatan Daraa, Abu Qusai, 32.

Palestin

Walau berhadapan sekatan oleh pihak berkuasa Israel sejak 40 tahun lalu, mangsa kekejaman rejim Zionis ini tidak gentar meraikan ketibaan Ramadan.

Tokoh Islam, Sheikh Azzam al-Ahmad berkata, lebih 200,000 rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat di masjid Al-Aqsa bagi meraikan minggu pertama di bulan Ramadan, minggu lalu.

"Kita berharap jumlah besar itu akan bertambah dari sehari ke sehari dan seluruh pekarangan Al-Aqsa akan dibanjiri masyarakat Islam dari Tebing Barat," katanya.

Bagaimanapun, kebanjiran penduduk Palestin untuk beribadah di bulan mulia ini tetap dikawal oleh askar Zionis yang memeriksa setiap individu yang melepasi sempadan tembok pemisah di Al-Aqsa.

Sementara itu, sepanjang Ramadan, askar Israel melanjutkan pembukaan sempadan tembok dari Tebing Barat dan membenarkan warga Palestin berumur 60 tahun dan ke atas memasuki Al-Aqsa tanpa sebarang permit ditetapkan.

Sebelum itu, pada bulan-bulan selain Ramadan, rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dihalang memasuki timur Baitulmaqdis yang diduduki secara haram oleh Israel sejak perang Enam Hari 1967.

Remaja ini sanggup memanjat tembok pemisah yang dibina Israel di Ar-Ram, Jumaat lalu semata-mata mahu menunaikan solat Jumaat.

Sebuah keluarga Palestin menikmati juadah iftar di pekarangan Al-Aqsa sebelum menunaikan solat sunat tarawih.

Myanmar

Masyarakat Islam Rohingya di Arakan terpaksa menunaikan ibadah puasa pada tahun ini dalam keadaan serba kedaifan.

Walaupun konflik berdarah membabitkan etnik Islam dan Buddha di wilayah itu telah berakhir, namun penindasan terhadap golongan Islam yang berhijrah daripada Bangladesh sejak berkurun lama dahulu masih berlaku.

Awal Ramadan minggu lalu, kira-kira 100 pegawai Nasaka memasuki perkampungan Wabeg di utara Maungdaw dan memaksa penduduk di situ menandatangani dokumen perakuan bahawa mereka adalah 'Bengali' dan bukannya 'Rohingya'.

Susulan itu, penduduk kampung yang terdiri daripada masyarakat Islam Rohingya bertindak meninggalkan kediaman kerana enggan memperakui dokumen tersebut.

Bagaimanapun, sebahagian daripada mereka termasuk golongan wanita dan kanak-kanak di tahan dan dipaksa menurunkan cap jari mengaku bahawa mereka adalah Bengali.

Ramadan ini juga merupakan satu bulan penuh dugaan buat Islam Rohingya, kerana mereka terpaksa berpuasa dalam keadaan melarikan diri dari pihak berkuasa.

Persoalannya, kerajaan Myanmar telah mengumumkan kelompok itu adalah rakyat yang bebas, tetapi penindasan tetap berlaku.

Setakat ini, lebih 140,000 masyarakat Rohingya berlindung di kem sementara Sittwe (Akyab) dalam Arakan dalam keadaan yang amat menyedihkan.

"Mereka kekurangan bekalan makanan, air, ubat-ubatan, pakaian bersih dan barangan asas. Bagaimana untuk mereka menunaikan ibadah puasa dengan sempurna?

"Ramai kanak-kanak dan wanita mati disebabkan kekurangan zat dan rawatan," kata aktivis kemanusiaan di Myanmar.

Selatan Thailand

Keganasan terus berlaku di selatan Thailand dengan lima kejadian dilaporkan hari ini walaupun Inisiatif Keamanan Ramadan dicapai di Kuala Lumpur Jun lalu.

Dalam kejadian serangan pertama, seorang Tok Penggawa Mukim Katong, daerah Yaha, wilayah Yala Matsaki Kanet, 38, cedera ditembak.

Dalam kejadian kedua di wilayah Narathiwat, seorang lelaki, Sufian Mamat, terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan Thailand yang mengepung rumahnya pada 3.20 petang di Kampung Yanin Jok Irong, Narathiwat, manakala kejadian ketiga menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Hamdi Mahamamalee, 21, cedera ditembak.

Satu lagi kejadian pada pukul 6.50 petang waktu tempatan, Asmadi Tuwaenya terbunuh dan isterinya Ilham Kuma cedera di tembak di Kampung Natham, Muang Yala, manakala seorang lelaki, Asri Chekmama, mati ditembak di Kampung Tanjunglima, Muang Narathiwat.

Biar gambar berbicara.

[Video : Rakyat Mesir dalam "Perhimpunan Jutaan Menggulingkan Rampasan Kuasa"]



Lebih 40 buah video perarakan dan protes “Jutaan Menggulingkan Rampasan Kuasa” di Kaherah dan kawasan-kawasan lain seluruh Mesir yang telah diadakan pada Jumaat, 10 Ramadhan lalu. Mereka berarak di siang hari di bawah terik matahari dan masing-masing sedang berpuasa. Demi sebuah keadilan.

1. Salah Salem
http://www.youtube.com/watch?v=aIJrtIrB_8c
http://www.youtube.com/watch?v=d6OTc8P5iWQ

2. Al-Haram
http://www.youtube.com/watch?v=BGvC8q-fCOg

3. Medan Al-giza
http://www.youtube.com/watch?v=pKhnCg5aykc

4. Jalan Al-bathal Ahmad Abdul Aziz
http://www.youtube.com/watch?v=qHPtXcoCr7A

5. Mustafa Mahmu, Muhandisin
http://www.youtube.com/watch?v=35kP0NTkebs
http://www.youtube.com/watch?v=Ze5xp2HOQVQ
http://www.youtube.com/watch?v=1Kicxu07zNw
http://www.youtube.com/watch?v=Yeu3zKGqfnA

6. Al Kit Kat
http://www.youtube.com/watch?v=U1ZYoIEJfsU

7. Madinah Nasr, Al Hayy Al Sabi'
http://www.youtube.com/watch?v=jwtsOM3Tv34

8. Madinah Nasr 2
http://www.youtube.com/watch?v=JvaAc8lsxcE

9. Shubra Al Khaimah dari Kubri Arabi
http://www.youtube.com/watch?v=ijrPq3PsycI
http://www.youtube.com/watch?v=0bTFmZk5DyE

10. Masjid Khazandar, Shubra
http://www.youtube.com/watch?v=BjEC_TTH_jA

11. Helwan
http://www.youtube.com/watch?v=xYWRquxZhSg

12. Hadaik Helwan
http://www.youtube.com/watch?v=kf6XIiulpg0
http://www.youtube.com/watch?v=g2sDTuWMEKg

13. Amru Ibn Alas
http://www.youtube.com/watch?v=ODKtEffNs98

14. Masjid Tauhid, Giza
http://www.youtube.com/watch?v=pG3cADRSclo

15. Jalan Haram
http://www.youtube.com/watch?v=rDNLQU89s3E

16. Rabiatul Adawiyyah
http://www.youtube.com/watch?v=34A2umBNjYY

17. Perarakan kenderaan ke Rabiatul adawiyyah.
http://www.youtube.com/watch?v=5TU8qWiSH9k

18. Universiti Al Azhar
http://www.youtube.com/watch?v=-VW_sItlUuU

19. Al Muhandisin
http://www.youtube.com/watch?v=Gq2xkbyQBes

20. Al-abbasiyyah
http://www.youtube.com/watch?v=LPHNqY-aD9A

21. Al Marj, Uzbat An Nakhl
http://www.youtube.com/watch?v=Fh7vJyWoGy8

22. Iskandariah -Al Giza-Jalan Nasr-Rabiatul Adawiyah
http://www.youtube.com/watch?v=8rhPr0WwyAs

23. Abasiyyah-Salah Salem-Al Giza-Iskandariah
http://www.youtube.com/watch?v=4Ft7O36ddp0

24. Iskandariah-Al Qaed Ibrahim
http://www.youtube.com/watch?v=JvaAc8lsxcE
http://www.youtube.com/watch?v=birLeca0pgE

25. Iskandariah 2
http://www.youtube.com/watch?v=Tkrm_zHXGL8

26. Al Fayyum
http://www.youtube.com/watch?v=pp_sF0dAQRM

27. Tanta
http://www.youtube.com/watch?v=_DvjSjL2O7Q

28. Dumyat
http://www.youtube.com/watch?v=pVTakSwoad4

29. Asy Syarqiyyah
http://www.youtube.com/watch?v=J67L3t_Adp8

30. Al Minya
http://www.youtube.com/watch?v=sB-LBQ_kw3k
http://www.youtube.com/watch?v=XNQmZam0ByU

31. Hurgada
http://www.youtube.com/watch?v=gM0hcR1OpxQ

32. Matruh
http://www.youtube.com/watch?v=EpMKG_MqqoY

33. Sinai
http://www.youtube.com/watch?v=2SQk542wBDM

Sumber : IkhwanOnline
‪#‎mesirkini‬

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah



Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Penunjuk perasan berbahagi-bahagi juadah berbuka puasa sesama mereka dan menyuapkan suapan ke mulut orang lain bimbang andai ada di antara mereka yang masih belum berbuka.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Mereka mebahagikan Medan kepada dua di tengah-tengah kepanasan, sebahagian melakukan demonstrasi di tengah panas, sebahagian lagi berteduh di tempat teduh dan mereka bergilir-gilir tempat kemudiannya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Wanita melalui khemah orang lelaki yang tidur dan melaungkan,"Mengapa kamu semua tidur, adakah Mursi sudah dikembalikan?"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Seorang lelaki membeli sebotol air mineral dan minum hanya seteguk cuma dan mengagihkan botol kepada orang lain bagi menghilangkan dahaga mereka.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Permandangan mereka ketika solat tidak ubah seperti di Masjidil Haram yang sangat ramai jemaahnya sehingga tiada laluan untuk berjalan, dan apabila pemandangan ini dilihat dari kaca televisyen, mereka akan katakan "Mereka hanya kekurangan sebuah Ka'bah untuk melakukan tawaf"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Mereka mebahagikan tandas-tandas masjid di sekitar kawasan kepada dua bahagian, tiga masjid untuK lelaki dan tiga masjid untuk wanita.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Kamu akan menghidu bau wangi-wangian atar dan kasturi di setiap kawasan di Medan.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Mereka mencari sesiapa yang memerlukan untuk diberikan sedekah padanya, dan mereka meletakkan wang di tempat pengumpulan wang tanpa bimbang, dan apabila hendak dibahagikan, wangnya bertambah dan tidak berkurang.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Kamu tidak akan menemukan seorang Ikhwan atau Salafi, kerana kami semua hanyalah Muslim.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Datang seorang kristian dan mengumumkan keIslamannya dari atas pentas dan melaungkan kepada semua orang syahadahnya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Seorang lelaki yang melintasi khemah para wanita dan terlihat akan lubang dari khemah itu lantas dia menanggalkan pakaiannya dan menutupi lubang tersebut lalu berjalan meninggalkan bajunya di situ.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Pembersihan yang dilakukan dengan kerap di Medan sehinggakan kami tidur dI atas tanah yang bersih.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Kamu akan sentiasa mendengar nada dering dari keratan ayat Al Quran seakan-akan kamu berada di tengah-tengah para malaikat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Para wanita dapat berjalan dan melintasi medan yang penuh sesak dengan kadar keamanan yang sangat tinggi, seakan-akan mereka berada di tengah ayah-ayah dan ibu-ibu mereka, dan mereka sentiasa dibuka laluan sehingga mereka dapat melintasi dengan selamat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Kamu tidak akan mendengar suara jelek para penjual menjerit-jerit.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Peniaga-peniaga gerai meninggalkan gerai mereka terbuka luas dan beredar untuk tidur sambil mengatakan "Sesiapa yang mahukan sesuatu, ambil dan letakkan bayarannya di dalam laci, dan MEREKA kembali dengan hasilnya yang tetap cukup.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Berdirinya para lelaki menangis-nangis ketika saudara-saudara mereka dibunuh ketika solat subuh dan kesejukan tetapi tetap teguh dan tidak lari dari bedilan senjata api.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah..

..........

*Puisi ini adalah nukilan salah seorang demonstran yang turut berhimpun di Medan Rabiatul Adawiyah.

Sheikh Muhammad Al Arifi, telah ditangkap di Saudi.



Selepas penangkapan beberapa imam yang lain, kini giliran beliau.
Berita ini telah disiarkan di Facebook rasmi Sheikh.

Sumber berita:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=483559758393866&set=a.313952105354633.71648.312634645486379&type=1

Pihak berkuasa di Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu telah mengambil tindakan terhadap penyokong Mohammed Mursi dan terhadap semua yang menyokong Ikhwan Muslimin.