Monday, August 19, 2013

Berita Harian | Teka teki pemerintah baru tentera Pakistan bermula

Teka teki pemerintah baru tentera Pakistan bermula
Ashfaq Kayani
Berita Harian | Teka teki pemerintah baru tentera Pakistan bermula:
Islamabad: Persoalan siapa yang akan menggantikan ketua tentera Pakistan semakin hangat diperkatakan kerana Jeneral Ashfaq Kayani bakal melepaskan jawatan pada November depan selepas enam tahun berkhidmat.

Sekali gus, ia memberi cabaran terbesar kepada Perdana Menteri, Nawaz Sharif membuat pilihan selepas berkuasa Mei lalu. 
Tentera lebih banyak memerintah Pakistan sejak negara itu merdeka pada 1947.Malah, ketika pemimpin awam memerintah sekali pun, tokoh tentera diberi portfolio keselamatan dan dasar luar. 

Nawaz bukan hanya mahu seseorang yang dipercayai tetapi juga supaya orang itu dapat menyekat peranan politik tentera” Bekas pegawai kanan tentera


Pisah tentera daripada politik

Nawaz berkata, beliau mahu memisahkan tentera daripada politik dan mengambil alih portfolio hal ehwal luar dan pertahanan.

Bagaimanapun, tentera Pakistan nyata kurang campur tangan dalam politik di bawah teraju Kayani menyebabkan beliau dianggap seorang yang pragmatik.
Nawaz yang digulingkan tentera pada 1999 diketahui ramai tidak rapat dengan tentera dan memilih pengganti Kayani mungkin detik penting bagi penggal kedua pemerintahannya.

“Nawaz bukan hanya mahu seseorang yang dipercayai tetapi juga supaya orang itu dapat menyekat peranan politik tentera.

“Pihak tentera juga mahu seseorang yang dapat bekerjasama dengan Nawaz,” kata seorang bekas pegawai kanan tentera.

Pegawai tentera sendiri enggan mengulas tetapi dalam wawancara senyap, beberapa nama dikemukakan.

Ia termasuk Ketua Turus Kakitangan ketika ini, Leftenan Jeneral Rashad Mahmood, Leftenan Jeneral Tariq Khan yang dipandang pragmatik dalam hubungan dengan Amerika Syarikat dan Leftenan Jeneral Haroon Aslam, pegawai paling kanan selepas Kayani.

Ada juga yang membuat spekulasi bahawa Kayani mungkin kekal di jawatan itu selama tiga tahun lagi. - REUTERS

ya Allah selamatkanlah mereka....

Ketika mana zaman kegemilangan kita dahulu...

Ketika mana zaman kegemilangan kita dahulu...

Apabila Muawiyah marah!!
menyebabkan mereka berperang dengan Rom menggunakan kapal buat kali pertama dalam sejarah umat Islam ...

Apabila Al-Mu'tasim Billah marah!!
mereka berjaya membuka kota 'Umuriyah" kubu kuat terbesar Byzantine ...

Apabila Salahuddin al-Ayubbi marah!
beliau mengatakan "saya bersumpah untuk tidak tersenyum sehingga Palestin dikembalikan kepada umat Islam"

Apabila Abdul Rahman Ghafiqi marah!!
beliau berjaya membawa tentera Islam datang ke tengah Paris..

Apabila Muhammad al-Fatih marah!!
beliau berjaya membuka kota"Constantinople" kubu kuat terbesar Rom ...

Tetapi,
Apabila datangnya kemarahan ulama-ulama, pemimpin-pemimpin dan raja-raja muslim terhadap apa yang sedang berlaku di Syria!

Mereka hanya menghantar ucapan penolakan ke PBB ....!


via : -Mati Syahid-
 

Syeikh Raid Solah kepada As Sisi

Syeikh Raid Solah kepada As Sisi : "Tidak ragu lagi bagi kami bahawa kamu semua adalah orang-orang yang bersalah. Sesungguhnya kamu telah memujuk diri kamu untuk membakar mayat-mayat syuhada', dengan senjata Amerika Israel"

Sumber : غزة الان
‪#‎mesirkini‬

[Berita Kudeta : Fitnah dan Propaganda]



Akhbar : Utusan
Edisi : Sabtu, 17 Ogos 2013

..........

Pelampau punca Mesir bergolak

KAHERAH 17 Ogos - Mesir disifatkan sedang berdepan perang yang dicetuskan kumpulan pelampau dan kerajaan akan menggunakan pendekatan keselamatan bagi mengekang usaha kumpulan tersebut yang mahu mengucar-ngacirkan negara, kata penasihat Presiden sementara Mesir, Mostafa Hegazy.

Dalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi rangkaian televisyen rasmi kerajaan, Egypt State TV, Mostafa yang mewakili Presiden sementara, Adly Mansour berkata, apa yang berlaku di Mesir kini bukanlah satu perbalahan dalam negara, sebaliknya berpunca daripada tindakan keganasan.

"Anggota pasukan keselamatan diserang, diseksa dan dibunuh. Itulah realiti yang berlaku di Mesir ketika ini," katanya.

Jelas beliau lagi, penduduk Mesir mengadakan bantahan besar-besaran pada 30 Jun lalu iaitu beberapa hari sebelum penggulingan bekas Presiden Mohammed Mursi, adalah untuk menyatakan protes terhadap golongan berfahaman teologi dan fasis agama.

Katanya, demonstrasi itu dilaksanakan kerana rakyat merasakan hak asas mereka dinafikan selain pendekatan melampau yang digunapakai ketika pemerintahan Mursi.

Mostafa dalam pada itu terus mempertahankan tindakan kekerasan anggota keselamatan yang disifatkan telus kerana ia berlaku di hadapan kamera dan berperikemanusiaan.

Beliau turut melahirkan kekesalan di atas laporan berat sebelah media-media asing yang tidak melaporkan keadaan sebenar di Mesir antaranya insiden 50 buah gereja yang didakwa dibakar oleh pengikut pro-Mursi. - AGENSI

..........

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [Al Hujurat : 6]

‪#‎mesirkini‬
 

General Madhet Al minsyawi, Ketua Pasukan Operasi khas.

Doa ke atas General Madhet Al Minshawi, ketua operasi pembunuhan beramai-ramai di Medan Rabiatul Adawiyah dan Medan Nahdhah :

Terjemahan :
" Ya Allah hinakanlah dia dan bakarlah hati dan perasaannya dengan kehilangan orang-orang yang dicintainya, dan janganlah Kau matikannya selain dalam keadaan hina sehina-hinanya, dahaga sedahaga-dahaganya, lapar selapar-laparnya, dan Kau kumpulkanlah dia di akhirat kelak bersama Firaun, Haman dan tentera-tenteranya di dalam neraka jahannam, yang mereka kekal di dalamnya".

General Madhet Al minsyawi, Ketua Pasukan Operasi khas.

Sumber : رابطة الاخوان بالعالم
‪#‎mesirkini‬
 

Demonstrasi rakyat Mesir di Paris

Demonstrasi rakyat Mesir di Paris berhadapan Menara Eiffel dan kedutaan Mesir pada hari 'Jumaat Kemarahan' baru-baru ini.

Link Video : http://bit.ly/1ditgIO

Sumber : LTLNews
‪#‎mesirkini‬
 —

Kamu fikir kemenangan akan datang dalam sehari semalam ?

Hey kamu dan dia yang sedang berdukacita,
Bersedih di atas mereka yang mati dan terbakar,
Bersedih di atas makian dan kegembiraan yang memenuhi hati-hati penjenayah,
Bersedih di atas kezaliman, kekejaman dan penindasan,

Kamu fikir kemenangan akan datang dalam sehari semalam ?
Kamu fikir revolusi akan memberi hasil tanpa perlu kepada korban dan kerugian lalu turun ke Medan Tahrir dan bersorak 'yahooo' macam orang bodoh menang revolusi?

Tidak, demi Allah, ia bukan begitu sama sekali,
Bagaimana kamu berhak mendapat kemenangan dengan hanya duduk setempat di tempat kamu,
Kita sekarang dalam saat-saat dizalimi dimana selepasnya akan datang saat-saat kemenangan,

Katakan tidak pada putus asa,
Katakan tidak pada kesedihan,
Katakan tidak pada tolak ansur (kepada kudeta tentera),
Katakan tidak pada rendah hati,

Kita telah lahir sebagai orang yang merdeka,
Dan kita akan mati sebagai orang yang merdeka,
Semua terserah kepada Allah.

Jangan sesiapa bersangka buruk,
Semuanya datang dari sisi Allah,
Segala puji bagi Allah atas semua yang berlaku,
Dan hanya kepadanya kita memohon pertolongan.

Bangkit! Berdiri ! Kita ada revolusi yang hendak dijayakan,

Revolusioner, pembebas, kami akan teruskan perjalanan ini.

- Abdullah

Sumber : Page rasmi penyokong Dr Mursi Presiden Republik
‪#‎mesirkini‬
 —

cerita dari anak si syahid biiznillah Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim

Berdasarkan cerita dari anaknya (anak si syahid biiznillah) Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim :

Sesungguhnya bilangan para jenazah terlampau tinggi, dan para jenazah ini telah dibahagikan ke banyak hospital, kami yang ingin mencari jenazah Ayah terdiri daripada saya, Umar, Dr Ahmad kawan ayah saya dan Rasya sahabat kami, kami tidak tahu bagaimana mahu memulakan pencarian kecuali dengan mengagihkan setiap seorang ke satu tempat.

Ahhhhh, bertapa hancur luluhnya perasaan dan sakitnya hati saya apabila terhidu bau kematian dan saya berseorangan mencari dan membelek setiap satu jenazah dan cuba untuk mengenal pasti tanpa ada pertolongan dari sesiapa.

Sesudah itu kami menelefon antara satu sama lain bertanyakan hasil pencarian :

"Awak sudah jumpa dia?"

"Belum lagi, awak?"

"Belum"

"Ok, awak dah tengok elok-elok?"

"Ya, saya sudah tengok elok-elok, saya dah belek-belek setiap satu dari mereka, awak dah tengok elok-elok?"

"Sudah"

"Awak pasti?"

"Ya"

"Ok, kalau begitu cari lagi, mana tahu kalau awak terlepas pandang, dan saya juga akan cari sekali lagi"

"Baiklah"

Kemudian selepas beberapa minit kami bercakap di telefon sekali lagi.

"Sarah, awak sudah jumpa ke belum?"

"Belum lagi wahai Umar"

"Ok, berdekatan awak ada tak mayat yang terbakar (rentung)?"

"Ya"

"Baik, awak tengok elok-elok andai awak terjumpa apa-apa barang milik si mati yang boleh menentukan identitinya"

"Baik"


Selepas beberapa minit..


"Umar, mana beg ayah yang ada kesan darah tu?"

"Saya dah bawa balik rumah"

"Ok, letak dalam plastik dan ikat elok-elok"

"Kenapa"

"Sebab ada empat mayat rentung secara total dan tanpa apa-apa identiti, dan hanya satu cara untuk kenal pasti adalah dengan ujian DNA , dan saksi mengatakan ayah berada di tempat yang terbakar."

"Baiklah wahai Sarah, tetapi ni maknanya kita hanya akan tahu keputusannya selepas sebulan"

"Kita nak cakap apa pada ibu? Ibu mesti tidak dapat mengawal dirinya"

"Kita terpaksa membohonginya"

"Maksudnya kita nak cakap apa?"

"Awak fikirkan, dan saya juga akan fikir kemudian kita akan bercakap dengannya"

Maka perbualan kami menyusuri 48 jam ini hanyalah berkaitan kematian dan jenazah, mangsa cedera dan mangsa terbakar. Hati-hati kami perit, terus berdiri di atas kedua kaki kami dengan kekuatan yang tidak tahu dari mana datangnya.

Seumur hidup kami tidak pernah terbayang bahawa kami akan terpaksa berjalan di dalam lautan darah di antara jenazah-jenazah, dan itu hanyalah kerana kami mencari jenazah ayah kami yang sudah meninggal, bukan yang hidup.

Kemudian,

Selepas 48 jam berada di antara para jenazah, 600 jenazah, 40 jenazah yang rentung.

Kami berpusing-pusing di antara rumah-rumah mayat dan hospital-hospital, meneliti wajah-wajah, memeriksa jenazah-jenazah dan mendekatkan muka kami pada setiap wajah, sehingga kami tidak tahu apa perasaan yang sewajarnya kami rasa, sama ada untuk bersedih setelah menjumpainya atau merasa lega kerana telah menemui jenazahnya.

Kami terpaksa melangkah jenazah-jenazah kerana tiada ruang untuk bergerak, kaki kami berulang-alik di dalam darah, kami dekatkan wajah untuk mengecam, tapi kecederaan menyukarkan pengecaman.

Kami periksa jenazah yang rentung dan meneliti sebaik mungkin, mungkin kami akan menemui sebarang tanda pengenalan ayah.

Bau jenazah menyelubungi persekitaran kami.
Darah telah membasahi tudung-tudung kami.
Tembakan sentiasa dilepaskan kemana saja kami pergi,
Kami tetap yakin kami akan menemuinya.

Selepas kami hampir putus harapan, ada seseorang menghubungi kami dan mengatakan bahawa jenazah ayah telah dibuang dari kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mayat, saya terus berlari.

Akhirnya kami menemuinya..

Satu peluru menembusi lehernya,
dan satu peluru menembusi pipi ke belakang telinganya.

Kami gembira menemuinya seolah-olah kami telah menemui jenazah ayah dalam keadaan hidup,

Ayah telah pergi...

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية
‪#‎mesirkini‬
 

Dr Raghib As Sarjani

Dr Raghib As Sarjani :

Allah menarik sebab-sebab kemenangan dari orang mukmin satu persatu,dan kembali menguji keyakinannya kepadaNYA .

Kerana jika seorang Mukmin memiliki semua asbab kemenangan, maka dia akan bergantung sepenuhnya kepada asbab tersebut,
dan merasa tenang dengannya.

Oleh itu, keyakinan mereka kepada Allah tidak teruji.

Tetapi andai asbab itu ditarik, maka dia akan berada dalam keadaaan sentiasa yakin kepada Allah, dan ini bermakna dia beriman dengan keimanan yang hakiki tidak tergugat dek sebarang musibah dan bencana.

‪#‎mesirkini‬
 

Ratusan Berdemo Di Sydney Menentang Kudeta

Ratusan Berdemo Di Sydney Menentang Kudeta]

Ratusan orang di Bandar Sydney sekarang sedang berdemo bagi mengutuk Kudeta Berdarah serta pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan menentang orang-orang Mesir.

Mereka turut mengangkat gambar-gambar syuhada dan gambar Presiden Muhammad Mursi.

Sumber : Rassd
‪#‎mesirkini‬

Orang ramai sedang mengiringi jenazah 'Ammar Muhammad Badie',

Orang ramai sedang mengiringi jenazah 'Ammar Muhammad Badie', anak kepada Mursyidul 'Am Ikhawanul Muslimin yang syahid ditembak dalam tragedi berdarah di Ramsis.

Moga Allah menempatkan beliau dan kita dalam syurga-Nya kelak.

Sumber : RASSD
‪#‎mesirkini‬
 —

Lagi berita dusta dari pihak kudeta tentera.

Lagi berita dusta dari pihak kudeta tentera.

'Menteri Luar Mesir' menyampaikan berita bohong pada satu sidang akhbar yang turut dihadiri oleh wartawan-wartawan akhbar luar negara.

Menteri dari pihak kudeta ini menyebarkan gambar ini dan mengatakan ia adalah gambar daripada peristiwa hari Jumaat lalu,
(gambar ini) menunjukkan pengganas-pengganas masih memakai baju musim sejuk (sekarang musim panas di Mesir). Jika anda cari gambar ini di laman Google, anda akan temui gambar ini dari peristiwa di Tunisia.

.........

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [Al Hujurat : 6]

Sumber : شبكة نبض الاخوان
‪#‎mesirkini‬
 

Saat pengebumian.


Gambar ibu kepada Asy Syahid Ammar Muhammad Badie', anak Mursyidul Am Jamaah Ikhwan Muslimin yang telah menemui syahid akibat tembakan peluru hidup dalam peristiwa serangan beramai-ramai di Medan Ramsis petang Jumaat lalu.

"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki". [Ali Imran :169]

Sumber : حزب الحرية و العدالة بالإسكندرية
‪#‎mesirkini‬

Presiden Sementara Mesir, Adly Mansour mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi,

Presiden Sementara Mesir, Adly Mansour mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud untuk "berdiri bersama Mesir menentang keganasan" dan yakin bahawa Arab Saudi dan Mesir akan "kekal mendukung kestabilan" di rantau Arab dalam surat yang dihantar pada hari Sabtu.

Mansour berkata beliau menghargai pendirian Arab Saudi mengenai ancaman pelampau Mesir dan menyatakan bahawa dunia Arab perlu bersetuju dengan beliau.

Surat itu juga menyatakan bahawa Mesir telah mengatasi beberapa halangan dan telah dikurniakan dengan kemenangan yang diperolehi daripada mempertahankan identiti Arab dan Islam.

Mansour berkata bahawa "Mesir akan terus menghentikan keganasan, yang telah mengancam rakyat dan keselamatan negara di negara ini."

Beliau juga mengutuk tindakan meletakkan bendera Al Qaeda di Kaherah dan juga mengutuk serangan ke atas rumah-rumah ibadat dan kawasan-kawasan strategik.

Sumber : DailyNewsEgypt
‪#‎mesirkini‬
 

perarakan menentang kudeta tentera Mesir di Maghribi (Morocco)

Lagi gambar perarakan menentang kudeta tentera Mesir di Maghribi (Morocco). Seramai dua puluh ribu menyertainya ketika perarakan dimulakan. 

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬
 

Pembatalan semua perarakan di Kaherah terutama di bahagian Maadi dan Misr Jadidah

Pembatalan semua perarakan di Kaherah terutama di bahagian Maadi dan Misr Jadidah atas sebab-sebab keselamatan dan kehadiran penempak tepat secara berleluasa di seluruh kawasan termasuk pembakaran dan perbuatan jenayah yang disabitkan kepada anggota Ikhwan.

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية
‪#‎mesirkini‬

Penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa sedang berarak di Helwan, sebuah bandar di selatan Kaherah,

Penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa sedang berarak di Helwan, sebuah bandar di selatan Kaherah, melaungkan slogan menentang kerajaan sementara Mesir.

Sumber : AlJazeera
‪#‎mesirkini‬

Gambar-gambar penembak tepat di atas hospital tentera di Maadi.

Gambar-gambar penembak tepat di atas hospital tentera di Maadi.

Hasbiyallahu wa ni'mal wakeel!

Sumber: Twitter Mohamed Soltan
‪#‎mesirkini‬

[Ketakutan Menyelubungi Perampas Kuasa Di Mesir Dan Mereka Menutup Jalan-Jalan Dengan Kereta-Kereta Perisai]

[Ketakutan Menyelubungi Perampas Kuasa Di Mesir Dan Mereka Menutup Jalan-Jalan Dengan Kereta-Kereta Perisai]

Keadaan gentar dan takut menyelubungi perampas kuasa di Mesir apabila pengumuman yang dilakukan oleh Perikatan Kebangsaan Menyokong Legitimasi untuk berarak beramai-ramai ke arah Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir.

Mereka mula menutup kebanyakan jalan-jalan utama dengan kereta kebal. Antara jalan yang ditutup ialah Jalan Al Batol Ahmad Abdul Aziz, Jalan Jaami'atud Duwal, Jalan Ad-Duqqi dan Jalan Nawwal.

Sumber : EgyptWindow
‪#‎mesirkini‬

Perhimpunan menentang kudeta di Pakistan.

Perhimpunan menentang kudeta di Pakistan.

Sumber : Twitter Anti-Coup Movement
‪#‎mesirkini‬

Kediaman pengikut Mursi digeledah

Kediaman pengikut Mursi digeledah:
Beribu-ribu pengikut Ikhwanul Muslimin berarak ke Dataran Ramses dalam satu perhimpunan besar-besaran menentang kerajaan sementara Mesir di Kaherah, kelmarin. - REUTERS
KAHERAH 18 Ogos - Pihak berkuasa Mesir hari ini menggeledah kediaman beberapa pengikut bekas Presiden, Mohammed Mursi menjelang satu perhimpunan besar-besaran oleh anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang dijadual berlangsung.
Menurut kenyataan pegawai keselamatan, serbuan di beberapa bandar pada waktu pagi itu dilakukan bagi menyekat usaha demonstrasi dilakukan.
Demonstrasi antirampasan kuasa yang dijangka berlangsung di hadapan Mahkamah Agung Perlembagaan di selatan Kaherah itu bagaimanapun dibatalkan atas sebab keselamatan selepas pengikut Ikhwanul Muslimin mendakwa terdapat penembak tepat ditempatkan di bumbung-bumbung bangunan laluan mereka dijangka berarak.
Terdahulu, pihak berkuasa dilapor menempatkan kereta-kereta perisai serta anggota tentera di bumbung-bumbung bangunan berdekatan mahkamah tersebut.
Demonstrasi baharu bertujuan menyatakan bantahan berikutan ketegangan yang tercetus di antara pasukan keselamatan Mesir dengan penunjuk perasaan di Masjid al-Fatah di sini, semalam.
Kejadian berbalas tembakan dilaporkan berlaku di antara pasukan keselamatan dan penyokong Mursi di masjid itu, lokasi kira-kira 1,000 pengikut Ikhwanul Muslimin dikepung kelmarin oleh pasukan keselamatan.
Kempen tunjuk perasaan yang berlaku setiap hari di Mesir diadakan untuk membantah tindakan kekerasan pasukan keselamatan ke atas penunjuk perasaan pro-Mursi yang mengorbankan beribu-ribu orang pada Rabu lalu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130819/lu_05/Kediaman-pengikut-Mursi-digeledah#ixzz2cMkWD6IN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Cubaan hapus Ikhwanul Muslimin

Cubaan hapus Ikhwanul Muslimin:

Gambar bertarikh 15 Ogos lalu yang disiarkan al-Jazeera, menunjukkan sebahagian pengikut Ikhwanul Muslimin dirawat di sebuah hospital sementara yang sesak dengan mangsa yang cedera akibat kerakusan pasukan keselamatan, berhampiran Dataran Rabaa al-Adawiya di Kaherah. - AGENSI
KAHERAH 18 Ogos - Cubaan kerajaan sementara Mesir untuk mengharamkan semula Ikhwanul Muslimin, dijangka memburukkan lagi konflik yang kian parah di negara ini selain gesaan daripada sebuah parti yang mahu pergerakan itu dilabel sebagai pertubuhan pengganas.
Pemimpin Parti Demokratik Sosial Mesir, Mohamed Nour Farahat hari ini menggesa pejabat Presiden mengeluarkan kenyataan menjelaskan kepada masyarakat dunia mengapa Ikhwanul Muslimin perlu digelar kumpulan pengganas disertai fakta-fakta kononnya kerajaan sementara melaksanakan operasi pembersihan secara aman.
"Kenyataan kerajaan sementara perlu memasukkan fakta ancaman yang didatangkan Ikhwanul Muslimin akibat daripada demonstrasi besar- besaran yang diadakan di seluruh negara," jelas beliau dalam laporan disiarkan agensi berita Allafrica.com.
Gesaan tersebut dikhuatiri boleh mengakibatkan lebih banyak pertumpahan darah selepas Ikhwanul Muslimin berikrar meneruskan demonstrasi selama seminggu bermula semalam bagi membantah kekejaman pasukan keselamatan menggempur penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi yang sehingga kini mengakibatkan hampir 3,000 maut.
Pergerakan Islam yang mempunyai berjuta-juta pengikut di seluruh Mesir itu, mula mengadakan perhimpunan selepas penggulingan Mursi, menuntut supaya pemimpin tersebut dikembalikan sebagai Presiden, selepas mereka menyifatkan tindakan menyingkirkannya sebagai rampasan kuasa.
Kerajaan sementara Mesir hari ini memulakan tindakan undang-undang untuk mengharamkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di negara ini.
Agensi berita Egypt Independent melaporkan Menteri Perpaduan Sosial, Ahmed al-Borai sebagai berkata, kementeriannya bertanggungjawab menyelia tindakan tersebut.
"Keputusan untuk mengharamkan pergerakan itu sudah menjadi tanggungjawab undang-undang selepas penglibatan mereka dalam tindakan keganasan.
"Kementerian mempunyai hak undang-undang untuk mengharamkan pertubuhan itu,'' katanya.
Beliau berkata, permohonan membubarkan pergerakan Islam itu telah dihantar ke Persekutuan Agung Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk diteliti.
"Keputusan rasmi dijangka dikeluarkan dalam tempoh 15 hari,'' katanya.
Ahmed berkata, keputusan untuk mengharamkan pergerakan itu bakal memperlihatkan sumber penajaan Ikhwanul Muslimin, identiti sebenarnya dan agenda rasmi mereka. - AGENSI/DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130819/lu_04/Cubaan-hapus-Ikhwanul-Muslimin#ixzz2cMkIdhu4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10,000 sertai bantahan tindakan tentera Mesir di Maghribi

10,000 sertai bantahan tindakan tentera Mesir di Maghribi: "RABAT 19 Ogos - Hampir 10,000 orang menyertai demonstrasi di ibu negara Maghribi ini sebagai membantah tindakan kejam pihak keselamatan Mesir.

Orang ramai berarak di samping membawa sepanduk mengutuk operasi ketenteraan yang meragut beratus-ratus nyawa penunjuk perasaan serta menuntut supaya dikembalikan semula kuasa pemerintahan kepada bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi.

Selain itu, mereka turut melaungkan hasrat untuk pengusiran Duta Mesir ke Maghribi.

“Askar sepatutnya melaksanakan tanggungjawab mereka mempertahankan keselamatan negara dan bukannya membunuh rakyat sendiri," kata ahli akademik, Driss Leghroudi. - AFP"

'via Blog this'

150 gelandangan di Selangor



KELIHATAN beberapa orang gelandangan yang mendiami kawasan di bawah jambatan di sekitar ibu negara. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Pertubuhan Bantuan Malaysia Bersatu Selangor (PBMBS), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbentuk kebajikan, mengenal pasti lebih 150 gelandangan di tiga daerah di Selangor.
Pengerusinya, Datin K. Mageswary berkata, jumlah itu diperoleh menerusi hasil kajian dan soal selidik pasukan sukarelawan khas yang ditubuhkan NGO itu bagi mendekati golongan gelandangan di daerah Klang, Banting di Kuala Langat dan Kuala Selangor.
"Majoriti gelandangan atau kutu rayau yang terbiar tanpa tempat tinggal dikesan bertumpu di pusat-pusat bandar seperti di daerah Petaling, Klang dan Kuala Selangor.
"Antara punca yang dikenal pasti ialah hampir kesemua mereka dihalau kerana sikap yang tidak dapat diterima ahli keluarga masing-masing termasuk pengaruh alkohol," katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2cMiTtHrm 
Hakcipta terpelihara 

Rusia anjur sukan kereta kebal pertama



Barisan kereta kebal berwarna-warni (kiri ke kanan) dari Belarus, Rusia, Kazakhstan dan Armenia semasa bersaing dalam 'tank biathlon'.


MOSCOW - Rusia memperkenalkan sukan separa tentera baharu, 'tank biathlon', satu pertandingan perlumbaan kereta kebal dan ketepatan bedilan meriam.
Pertandingan peringkat antarabangsa itu dianjurkan buat pertama kali di Moscow pada Isnin minggu lalu hingga kelmarin.
Pasukan dari Belarus, Kazakhstan dan Armenia turut bersaing dalam pertandingan tersebut.
Konsep pertandingan yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Kementerian Pertahanan Rusia itu lahir daripada satu latihan kereta kebal.
Pasukan-pasukan terlibat berlumba di trek sepanjang kira-kira 20 kilometer dan mereka dikehendaki membedil lima sasaran yang ditetapkan.
Beberapa negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara termasuk Amerika Syarikat juga dijangka menyertai pertandingan sama pada tahun depan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2cMec5JxH 
Hakcipta terpelihara 

Putera Alwaleed pecat penceramah selebriti



Putera Alwaleed


RIYADH - Putera Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal memecat seorang penceramah agama dan motivasi terkenal warga Kuwait daripada saluran televisyen agama yang dimilikinya kerana didakwa 'cenderung kepada keganasan' dan mempunyai hubungan dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin.
Putera Alwaleed menyatakan Tareq al-Suwaidan yang mempunyai lebih 1.9 juta pengikut di akaun Twitter dan dikenali di seluruh dunia Arab telah mengakui bahawa beliau adalah salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin dalam satu ceramahnya di Yemen.
"Tidak ada tempat untuk sesiapa yang mempunyai fikiran ganas di Saluran Al-Resalah," tulis Putera Alwaleed dalam sepucuk surat kepada Suwaidan, berdasarkan kepada satu siaran akhbar daripada pejabat putera berkenaan.
Putera Alwaleed dikatakan telah berulang kali memberi amaran kepada Suwaidan supaya tidak terlibat dalam politik.
"Hanya mereka yang lemah bimbang tentang bagaimana untuk mencari wang. Tidak ada yang akan menggadaikan pinsipnya kecuali mereka yang cintakan dunia," balas Suwaidan dalam Twitternya. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2cMdxXv6p 
Hakcipta terpelihara 

Polis Mesir gempur masjid


SEORANG penyokong Ikhwanul Muslimin melarikan diri berhampiran sebuah kenderaan yang terbakar ketika pertempuran di Dataran Ramses, Kaherah, Mesir kelmarin.


KAHERAH - Polis Mesir berjaya menyuraikan perhimpunan penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi yang berlindung di dalam Masjid Al-Fatah di sini kelmarin selepas kedua-dua pihak berbalas tembakan.
Pasukan keselamatan menarik keluar penunjuk perasaan di masjid yang turut dikelilingi penyokong kerajaan sementara Mesir yang menyifatkan mereka sebagai pengganas.
Pertempuran berlaku selepas kerajaan sementara Mesir menyatakan seramai 173 nyawa melayang dalam tempoh 24 jam. Ini sekali gus menjadikan angka kematian melebihi 750 orang sejak Rabu lalu.
Angka kematian meningkat selepas polis menggempur dua kem penyokong setia Morsi di ibu negara baru-baru ini.
Pada awalnya, pasukan keselamatan cuba memujuk penunjuk perasaan beredar dari masjid itu. Namun, situasi berubah menjadi ganas kelmarin.
Sekurang-kurangnya 1,042 orang terbunuh sejak 26 Jun lalu apabila penyokong Morsi mula mengadakan protes jalanan selepas beliau digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu.
Insiden di Masjid Al-Fatah di Dataran Ramses bermula pada Jumaat lalu apabila pasukan keselamatan mengepung kompleks yang menjadi tempat perlindungan beberapa ratus penyokong Morsi.
Kementerian Dalam Negeri menyatakan seramai 385 orang di dalam masjid berkenaan telah ditangkap.
Walaupun konflik kian meruncing, Ikhwanul Muslimin berikrar mahu mengadakan protes baharu di Kaherah dan beberapa lokasi lain sehingga Morsi dibebaskan daripada penjara dan dilantik kembali sebagai Presiden Mesir.
Pengumuman tersebut mencadangkan bahawa bantahan jalanan tidak akan berakhir sejak Morsi digulingkan.
Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri Mesir, Ziad Bahaa el-Din cuba berunding dengan Ikhwanul Muslimin bagi menamatkan pertumpahan darah ketika kabinet membincangkan krisis itu semalam.
Antara inisiatif yang dicadangkan Ziad adalah gesaan menamatkan segera darurat, penyertaan politik untuk semua pihak dan jaminan hak asasi manusia termasuk hak kebebasan berhimpun.
Namun, idea beliau dilihat bertentangan dengan cadangan Perdana Menteri Mesir, Hazem el-Beblawi untuk mengharamkan pergerakan berusia 85 tahun itu.
"Tidak akan ada perdamaian dengan pihak yang mengotorkan tangan dengan darah dan mereka yang mengangkat senjata menentang negara," kata Hazem kepada pemberita kelmarin. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2cMdMqnol 
Hakcipta terpelihara 

Inilah anjing-anjing bacul yang mengepung hadapan Masjid Al-Fath

Inilah anjing-anjing bacul yang mengepung hadapan Masjid Al-Fath, Ramsis, yang mengakibatkan ratusan penyokong Mursi telah terkorban.

"Wahai suamiku, tiada lagi kesakitan dan tiada lagi penderitaan, bidadari Allah sedang menunggumu di sana, kamu pergi dulu, membawa darah ini sebagai bukti kesyahidanmu dihadapan Allah rabuljalil itu"..

Lihatlah senyum kemenangan beliau. Dia kembali ke sisi Allah dengan sebaik baiknya keadaan.

Sedih, sayu mendengar luahan hati ini dari isteri seorang perjuang syahid..

"Wahai suamiku, tiada lagi kesakitan dan tiada lagi penderitaan, bidadari Allah sedang menunggumu di sana, kamu pergi dulu, membawa darah ini sebagai bukti kesyahidanmu dihadapan Allah rabuljalil itu".. 

Antara luahan kata seorang isteri tatakala melihat wajah suaminya di masjid sebelum di kebumikan..

Masjid yang dibakar oleh tentera-tentera asSisi.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 114, yang bermaksud:
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan orang yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

Masjid yang dibakar oleh tentera-tentera asSisi.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 114, yang bermaksud:
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan orang yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

Masjid yang dibakar oleh tentera-tentera asSisi.