Monday, April 22, 2013

Helikopter AS-NATO Jatuh ke Tangan Mujahidin Taliban, Tawan Semua Penumpang, ALLAHU AKBAR..!!!



LOGAR (KabarDuniaIslam) - Laporan dari provinsi Logar menyebutkan sebuah helikopter AS- NATO melakukan pendaratan darurat pada Ahad (21/04/2013) di distrik Azra, daerah Mangal, Afghanistan.

Sesaat setelah melakukan pendaratan darurat, Mujahidin Taliban mengepung helikopter dan menahan 11 penumpang di dalamnya serta menghancurkan helikopter milik tentara kafir tersebut dengan cara membakarnya. Ke-sebelas penumpang, yang terdiri dari pejabat militer AS dengan dua di antaranya adaah penterjemah, ditahan dalam keadaan hidup dan dipindahkan ke kawasan yang aman.

Informasi awal menyebutkan helikopter tersebut mengalami gangguan ketika terbang di atas provinsi Khost menuju Bagram. Pasukan asing di Afghanistan menyangkal keberadaan helikopter tersebut dan menyatakan adalah penduduk Afghanistan yang ditahan oleh Mujahidin. Penyangkalan ini sia-sia dan tidak akan membawa keuntungan di saat mereka, kesebelas pasukan tersebut, menggunakan seragam militer AS.

Juru Bicara Islamic Emirat Afghanistan
Zabihullah Mujahid
12/06/1434

22/04/2013


(KabarDuniaIslam/Alemara)

SUBHANALLAH..! Al-Quran Tidak Hancur Walau Digilis Oleh Buldozer Israel.. Allahu Akbar..

Jangan tinggalkan topi BN kat rumah....nanti rumah terbakar...


Topi penyelamat 3 beradik OKU
RUBIAH OMAR
22 April 2013
Topi penyelamat 3 beradik OKU
Keadaan rumah mangsa.
KUALA TERENGGANU - Sejurus menyedari rumahnya terbakar, seorang lelaki OKU, Mohd Johari Omar, 41, segera mengejutkan dua adiknya yang sedang lena tidur untuk menyelamatkan diri.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin di Kampung Nibong, Jalan Panji Alam, rumah pusaka yang didiami tiga beradik OKU lembam itu musnah sama sekali.

Mohd Johari berkata, dia hanya tersedar rumah pusaka ditinggalkan kedua orang tuanya itu terbakar setelah terpandang api dari bahagian atas rumah semasa pulang semula untuk mengambil topinya yang tertinggal.
“Saya sudah keluar rumah seawal jam 7.30 pagi untuk ke tempat penamaan calon, tetapi topi Barisan Nasional (BN) tertinggal di rumah. Saya pulang semula untuk ambil.

“Semasa itulah, saya nampak api dari bahagian atas lalu terus mengejutkan kedua-dua adik yang ketika itu tidur di dalam bilik di bahagian atas,” katanya dalam percakapan yang agak pelat dan gagap kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Johari, anak sulung daripada lima beradik itu berkata, sejak ibunya meninggal dunia tiga tahun lalu, hanya dia bersama dua adik lelakinya tinggal di rumah itu, manakala adik bongsu, Munirah, 18, yang juga OKU lembam tinggal bersama adik keduanya, Mohd Jamani, 38.

“Ayah meninggal dunia 0 tahun lalu, dan semasa arwah ibu ada, dialah tempat kami bergantung. Tetapi sejak kedua-duanya tiada, adik kedua saya, Mohd Jamani yang menyara makan minum kami semua.

“Rumah ini hanya sebagai tempat tidur untuk kami tiga beradik, apabila hendak makan, kami pergi ke rumah Mohd Jamani yang terletak bersebelahan,” katanya.
Susulan kejadian itu, rumah pusaka dua tingkat yang berusia kira-kira 50 tahun itu musnah sama sekali, namun ketiga-tiga beradik itu bernasib baik kerana dokumen penting milik mereka termasuk kad pengenalan dan kad OKU dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terselamat kerana ditinggalkan di rumah Mohd Jamani.

Suami isteri tinggal sehelai sepinggang

SEMENTARA itu, sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar semalam.

“Walaupun hilang harta benda sekelip mata, tapi saya tetap bersyukur kerana dua anak yang masih kecil selamat. Nasib baik semasa kejadian, mereka berada di rumah jiran,” demikian luah Nik Zainab Nik Aziz, 32.

Nik Zainab dan suaminya, Mohd Azahari Sulaiman, 42, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah sewa yang didiami sejak empat tahun lalu musnah sama sekali dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Pusara, Taman Jaya 1, semalam.

Menurut Nik Zainab, kerani sambilan di sebuah agensi insurans, semasa kejadian kira-kira jam 3.45 petang, dia berada di pejabatnya yang terletak berhampiran rumah sebelum menerima panggilan telefon daripada pemilik rumah memberitahu mengenai kejadian itu.

“Ketika itu saya hanya terfikirkan nasib dua anak iaitu Damia Batrisya, 6 tahun dan Danish Adib, 2 tahun, yang ditinggalkan sementara di rumah jiran sebelum ke pejabat.

“Ini kerana, mereka berdua kadang-kadang suka bermain di rumah walaupun saya dan suami tiada, kerana rumah jiran yang menjadi rumah kedua mereka selama ini terlalu hampir dengan rumah kami,” katanya.
Dalam kejadian itu, pasangan suami isteri ini kehilangan harta benda termasuk barang kemas bernilai kira-kira RM3,000, dokumen penting dan wang tunai lebih kurang RM100 yang dikepil khas untuk membayar bil api dan elektrik hujung bulan nanti.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Zulkhairul Razilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.07 petang dan tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

“Semasa tiba, kami dapati rumah itu telah terbakar 100 peratus dan dengan kekuatan anggota seramai 19 orang, kami mengambil masa beberapa minit untuk memadam api sepenuhnya,” katanya.

Bekas MB Selangor Mat Taib muncul di majlis Pakatan



AMRULLAH ABDUL KARIM
22 April 2013
 Muhammad Taib
Muhammad bersama Khalid (kanan) pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh semalam.
BATANG KALI - Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung,  mengejutkan banyak pihak.

Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang bekas menteri besar akan menyertai komponen Pakatan Rakyat.

Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad  dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli Pas di Ibu Pejabat Pas Pusat hari ini.

"Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.

"Sambutan diterima cukup hangat daripada penduduk sekitar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh.

Turut hadir, calon kerusi Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib yang merupakan bekas Adun Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-ALLAH," katanya.

Muhammad merupakan bekas menteri Kabinet dan Naib Presiden Umno.

DS Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Rakyat DUN Pinang Tunggal (N03), Tn Haji Ir. Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman

JPRD N03 Pinang Tunggal
DS Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Rakyat DUN Pinang Tunggal (N03), Tn Haji Ir. Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman selepas Ceramah Merdeka Rakyat di Tapak Pasar Malam Bandar Bertam Putra, Kepala Batas.

Korea Utara alih peluru berpandu jarak dekat




Seoul: Korea Utara mengalihkan dua pelancar peluru berpandu jarak dekat ke pantai timur negara itu, lapor agensi berita Korea Selatan semalam.

Ia dianggap sebagai persediaan Pyongyang untuk meneruskan ujian pelancaran peluru berpandu yang dirancang. Korea Selatan dan sekutunya menjangka Pyongyang akan membuat ujian pelancaran dalam tempoh beberapa minggu ini. Sumber berkata, tentera Korea Selatan memerhati perkembangan itu dengan teliti. April lalu, Korea Utara memindahkan dua peluru berpandu jarak sederhana, Musudan dan meletakkan tujuh pelancar bergerak di kawasan sama.


Usaha mempamerkan kekuatan tentera itu mungkin dibuat sempena sambutan ulang tahun penubuhan pasukan tentera Korea Utara pada 25 April ini. - Reuters

Gerila komunis Filipina serang datuk bandar



Cagayan De Oro: Gerila komunis Filipina mencederakan seorang datuk bandar dan membunuh dua pembantunya dalam serangan prapilihan raya di selatan negara itu, kata polis semalam.

Ahli Parti Liberal, Ruth Guingona cedera di tangan dan kaki dalam serangan lewat kelmarin di Pulau Mindanao.


Jurucakap polis, Generoso Cerbo berkata, Ruth bersama enam anggota polis pengiring dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu perayaan di bandar apabila mereka diserang hendap pemberontak Tentera Rakyat Baru (NPA).


Pemandu Ruth dan seorang lagi pembantunya terbunuh, manakala semua enam anggota polis pengiring cedera. - AFP

Demi isteri tercinta

Foto
HILMI meluangkan masa melawat Siti Rohana yang menderita penyakit kulit, semalam.
Georgetown: Mungkin tidak ramai lelaki mahu memikul tugas yang selama ini dilakukan isteri, namun semua itu bukan masalah buat seorang nelayan, Nazli Mohamed, 53, yang kini bukan saja terpaksa menjadi ‘ibu’ kepada tiga anaknya, malah turut menjaga isterinya yang menderita penyakit misteri menyebabkan kulitnya berkuping.
Nazli terpaksa memberi perhatian penuh kepada isterinya yang hanya terlantar selepas tidak dapat bergerak sejak setahun lalu.
Menurutnya, dia tidak kisah menjaga isterinya, Siti Rohana Mohamad Tambi, 40, asalkan isterinya itu sembuh segera dan sihat seperti dulu.

“Tiada istilah penat buat diri saya walaupun terpaksa menjaga isteri kerana apa yang saya mahu semoga dia cepat sembuh kerana penyakitnya ini masih lagi tidak dapat dikesan puncanya.


“Doktor yang memeriksa isteri juga tidak dapat memberitahu apa sebenarnya penyakit dialaminya dan saya akan menunggu doktor pakar yang dijangka melakukan pemeriksaan terhadap isteri esok (hari ini),” katanya ditemui di Hospital Balik Pulau (HBP), di sini, semalam.

Apakah yang akan berlaku jika BN terus memerintah dan diberikan mandat.

Kami Kecam NGO Pro-Umno
Apakah yang akan berlaku jika BN terus memerintah dan diberikan mandat. Adakah "AkuJanji" lah sangat BN itu menitik beratkan kos sara hidup rakyat?

¤ alif

ASAL USUL SEJARAH SEKET AL-WAHABIYAH MBAW


Membongkar Kesesatan Wahabi



Asal usul dan sejarah perkembangannya­ wahabi berdasarkan berbagai sumber dan rujukan kitab-kitab yang dapat dipertanggung-j­awabkan, diantaranya, Fitnatul Wahabiyah karya Sayyid Ahmad Zaini Dahlan I’tirofatul Jasus AI-Injizy pengakuan Mr. Hempher, Daulah Utsmaniyah dan Khulashatul Kalam karya Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, dan lain-lain.
Nama Aliran Wahabi ini diambil dari nama pendirinya,Muha­mmad bin Abdul Wahab (lahir di Najed tahun 1111 H/ 1699 M). Asal mulanya dia adalah seorang pedagang yang sering berpindah dari satu negara ke negara lain dan diantara negara yang pernah disinggahi adalah Baghdad, Iran, India dan Syam. Kemudian pada tahun1125 H /­ 1713 M, dia terpengaruh oleh seorang orientalis Inggris bernama Mr. Hempher yang bekerja sebagai mata-mata Inggris di Timur Tengah. Sejak itulah dia menjadi alat bagi Inggris untuk menyebarkan ajaran barunya. Inggris memang telah berhasil mendirikan sekte-sekte bahkan agama baru di tengah umat Islam seperti Ahmadiyah dan Baha'i. Bahkan Muhammad bin Abdul Wahab ini juga termasuk dalam target program kerja kaum kolonial dengan alirannya Wahabi. Mulanya Muhammad bin Abdul Wahab hidup di lingkungan sunni pengikut madzhab Hanbali, bah­kan ayahnya Syaikh Abdul Wahab adalah seorang sunni yang baik, begitu pula guru-gurunya. Namun sejak semula ayah dan guru-gurunya mempunyai firasat yang kurang baik tentang dia bahwa dia akan sesat dan menyebarkan kesesatan. Bahkan mereka menyuruh orang-orang untuk berhati-hati terhadapnya. Ternyata tidak berselang lama firasat itu benar. Setelah hal itu terbukti ayahnya pun menentang dan memberi peringatan khusus padanya. Bahkan kakak kandungnya, Sulaiman bin Abdul Wahab, ulama' besar dari madzhab Hanbali, menulis buku bantahan kepadanya dengan judul As-Sawa'iqul Ilahiyah Fir Raddi Alal Wahabiyah. Tidak ketinggalan pula salah satu gurunya di Madinah, Syekh Muhammad bin Su­laiman AI-Kurdi as-Syafi'i, menulis surat berisi nasehat: "Wahai Ibn Abdil Wahab, aku menasehatimu karena Allah,tahanlah lisanmu dari mengkafirkan kaum muslimin, jika kau dengar seseorang meyakini bahwa orang yang ditawassuli bisa memberi manfaat tanpa kehendak Allah,maka ajarilah dia kebenaran dan terangkan dalilnya bahwa selain Allah tidak bisa memberi manfaat maupun madharrat, kalau dia menentang bolehlah dia kau anggap kafir, tapi tidak mungkin kau mengkafirkan As-Sawadul A'dham (kelompok mayoritas) diantara kaum muslimin,karena engkau menjauh dari kelompok terbesar, orang yang menjauh dari kelompok terbesar lebih dekat dengan kekafiran, sebab dia tidak mengikuti jalan muslimin”. Sebagaimana diketahui bahwa madzhab Ahlus Sunah sampai hari ini adalah kelompok terbesar. Allah berfirman :"Dan barang siapa yang menen­tang Rasul sesudah jelas ke­benaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu (Allah biarkan mereka bergelimang dalam kesesatan) dan kami masukkan ia ke dalam jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali (QS: An-Nisa 115) Salah satu dari ajaran yang (diyakini oleh Muhammadbin Abdul Wahab, adalah mengkufurkan kaum muslim sunni yang mengamalkan tawassul, ziarah ,kubur, maulid nabi,dan lain-lain. Berbagai dalil akurat yang disampaikan ahlussunnah wal jama'ah berkaitan dengan tawassul,ziarah­, kubur serta maulid, ditolak tanpa alasan yang dapat diterima. Bahkan lebih dari itu, justru berbalik mengkafirkan kaum muslimin sejak 600 tahun sebelumnya,term­asuk guru-gurunya sendiri. Pada satu kesempatan seseorang bertanya pada Muhammad bin Abdul Wahab, "Berapa banyak Allah membebaskan orang dari neraka pada bulan Ramadhan?" Dengan segera dia menjawab, "Setiap malam Allah membebaskan 100 ribu orang, dan di akhir malam Ramadhan Allah membebaskan sebanyak hitungan orang yang telah dibebaskan dariawal sampai akhir Ramadhan" Lelaki itu bertanya lagi"Kalau begitu pengikutmu tidak mencapai satu personpun dari jumlah tersebut, lalu siapakah kaum muslimin yang dibebaskan Allah tersebut? Dari manakah jumlah sebanyak itu? Sedangkan engkau membatasi bahwa hanya pengikutmu saja yang muslim." Mendengar jawaban itu Ibn Abdil Wahab pun terdiam seribu bahasa.
Sekalipun demikian Muhammad bin Abdul Wahab tidak menggubris nasehat ayahnya dan guru-gurunya itu.Dengan berdalihkan pemurnian ajaran Islam, dia terus menyebarkan ajarannya di sekitar wilayah Najed.Orang-ora­ng yang pengetahuan agamanya minim banyakyang terpengaruh. Termasuk diantara pengikutnya adalah penguasa Dar'iyah, Muhammad bin Saud (meninggal tahun1178 H /­ 1765 M) pendiri dinasti Saudi, yang dikemudian hari menjadi mertuanya. Dia mendukung secara penuh dan memanfaatkannya untuk memperluas wilayah kekuasaannya. Ibn Saud sendiri sangat patuh pada perintah Muhammad bin Abdul Wahab. Jika dia menyuruh untuk membunuh atau merampas harta seseorang dia segera melaksanakannya­ dengan keyakinan bahwa kaum muslimin telah kafir dan syirik selama 600 tahun lebih, dan membunuh orang musyrik dijamin surga.
Sejak semula Muhammad bin Abdul Wahab sangat gemar mempelajari sejarah nabi-nabi palsu, seperti Musailamah Al-Kadzdzab, Aswad Al-Ansiy, Tulaihah Al-Asadiy dll. Agaknya dia punya keinginan mengaku nabi, ini tampak sekali ketika ia menyebut para pengikut dari daerahnya dengan julukan Al-Anshar,sedan­gkan pengikutnya dari luar daerah dijuluki Al-Muhajirin. Kalau seseorang ingin menjadi pengikutnya, dia harus mengucapkan dua syahadat dihadapannya kemudian harus mengakui bahwa sebelum masuk Wahabi dirinya adalah musyrik, begitu pula kedua orangtuanya. Dia juga diharuskan mengakui bahwa para ulama'besar sebe­lumnya telah mati kafir. Kalau mau mengakui hal tersebut dia diterima menjadi pengikutnya, kalau tidak dia pun langsung dibunuh. Muhammad bin Abdul Wahab juga sering merendahkan Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam dengan dalih pemurnian akidah, dia juga membiarkan para pengikutnya melecehkan Nabi di hadapannya, sampai-sampai seorang pengikutnya berkata : "Tongkatku ini masih lebih baik dari Muhammad, karena tongkat-ku masih bisa digunakan membu­nuh ular,sedangkan Muhammad telah mati dan tidak tersisa manfaatnya sama sekali. Muhammad bin Abdul Wahab dihadapan pengikutnya tak ubahnya seperti Nabi dihadapan umatnya. Pengikutnya semakin banyak dan wilayah kekuasaan semakin luas. Keduanya bekerja sama untuk memberantas tradisi yang dianggapnya keliru oleh masyarakat Arab, seperti tawas­sul, ziarah kubur, peringatan Mau­lid dan sebagainya. Tak mengherankan bila para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab lantas menyerang makam-makam yang mulia. Bahkan,pada 1802, mereka menyerang Karbala-Irak, tempat dikebumikan jasad cucu Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam, Sayyidina Husein bin Ali bin Abi Thalib. Karena makam tersebut dianggap tempat munkar yang berpotensi syirik kepada Allah. Dua tahun kemudian, me­reka menyerang Madinah,menghan­curkan kubah yang ada di atas kuburan, menjara hhiasan-hiasan yang ada di Hujrah Nabi Muhammad,Keberh­asilan menaklukkan Madinah berlanjut.

Mereka masuk ke Mekkah pada 1806, dan merusak kiswah,kain penutup Ka'bah yang terbuat dari sutra. Kemudian merobohkan puluhan kubah di Ma'la, termasuk kubah tempat kelahiran Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam , tempat kelahiran Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Ali, juga kubah Sayyidatuna Khadijah, masjid Abdullah bin Abbas. Mere­ka terus menghancurkan masjid-masjid dan tempat-tempat kaum solihin sambil bersorak-sorai,­ menyanyi dan diiringi tabuhan kendang. Mereka juga mencaci-maki ahli kubur bahkan sebagian mereka kencing di kubur kaum solihin tersebut.

Gerakan kaum Wahabi ini membuat Sultan Mahmud II,penguasa Kerajaan Usmani, Istanbul-Turki,­ murka.Dikirimla­h prajuritnya yang bermarkas di Mesir, dibawah pimpinan Muham­mad Ali, untuk melumpuhkannya.­Pada 1813, Madinah dan Mekkah bisa direbut kembali.Gerakan­ Wahabi surut. Tapi, pada awal abad ke-20,Abdul Aziz bin Sa'ud bangkit kembali mengusung paham Wahabi. Tahun 1924, ia berhasil menduduki Mekkah, lalu ke Madinah dan Jeddah, memanfaatkan kelemahan Turki akibat kekalahannya dalam Perang Dunia I. Sejak itu,hingga kini, paham Wahabi mengendalikan pemerintahan di Arab Saudi. Dewasa ini pengaruh gerakan Wahabi bersifat global. Riyadh mengeluarkan jutaan dolar AS setiap tahun untuk menyebarkan ideologi Wahabi. Sejak hadirnya Wahabi, dunia Islam tidak pernah tenang penuh dengan pergolakan pemikiran, sebab kelompok ekstrem itu selalu menghalau pemikiran dan pemahaman agama Sunni-Syafi'i yang sudah mapan.

Kekejaman dan kejahilan Wahabi lainnya adalah meruntuhkan kubah-kubah di atas makam sahabat-sahabat­ Nabi Salallahu Alaihi Wasallam yang berada di Ma'la (Mekkah), di Baqi' dan Uhud (Madinah) semuanya diruntuhkan dan diratakan dengan tanah dengan mengunakan dinamit penghancur.Demi­kian juga kubah di atas tanah Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam dilahirkan, yaitu di Suq al Leil diratakan dengan tanah dengan menggunakan dinamit dan dijadikan tempat parkir onta, namun karena gencarnya desakan kaum Muslimin International maka dibangun perpustakaan.Ka­um Wahabi benar-benar tidak pernah menghargai peninggalan sejarah dan menghormati nilai-nilai luhur Islam. Semula AI-Qubbatul Khadra (kubah hijau) tempat Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam dimakamkan juga akan dihancurkan dan dira­takan dengan tanah tapi karena ancaman International maka orang-orang biadab itu menjadi takut dan mengurungkan niatnya. Begitu pula seluruh rangkaian yang menjadi manasik haji akan dimodifikasi termasuk maqom Ibrahim akan digeser tapi karena banyak yang menentangnya maka diurungkan
Pengembangan kota suci Makkah dan Madinah akhir-akhir ini tidak mempedulikan situs-situs sejarah Islam.Makin habis saja bangunan yang menjadi saksi se­jarah Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam dan sahabatnya. Bangunan itu dibongkar karena khawatir dijadikan tempat keramat. Bahkan sekarang, tempat kela­hiran Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam terancam akan di­bongkar untuk perluasan tempat parkir. Sebelumnya,ruma­h Ra­sulullah pun sudah lebih dulu digusur.Padahal­, disitulah Ra­sulullah berulang-ulang menerima wahyu. Di tempat itu juga putra-putrinya dilahirkan serta Khadijah meninggal.

Islam dengan tafsiran kaku yang dipraktikkan wahabisme paling punya andil dalam pemusnahan ini. Kaum Wahabi memandang situs-situs sejarah itu bisa mengarah kepada pemujaan berhala baru. Pada bulan Juli yang lalu, Sami Angawi, pakar arsitektur Islam di wilayah terse­but mengatakan bahwa beberapa bangunan dari era Islam kuno terancam musnah. Pada lokasi bangunan berumur 1.400 tahun Itu akan dibangun jalan menuju menara tinggi yang menjadi tujuan ziarah jamaah haji dan umrah.

"Saat ini kita tengah menyaksikan saat-saat terakhir sejarah Mak­kah. Bagian bersejarahnya akan segera diratakan untuk dibangun tempat parkir," katanya kepada Reuters. Angawi menyebut setidaknya 300 bangunan bersejarah di Makkah dan Madinah dimusnahkan selama 50 tahun terakhir. Bahkan sebagian besar bangunan bersejarah Islam telah punah semenjak Arab Saudi berdiri pada 1932. Hal tersebut berhubungan dengan maklumat yang dikeluarkan Dewan Keagamaan Senior Kerajaan pada tahun 1994. Dalam maklumat tersebut tertulis, ”Pelestarian bangunan bangunan bersejarah berpotensi menggiring umat Muslim pada penyembahan berhala.”

Nasib situs bersejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan. Mereka banyak menghancurkan peninggalan-pen­inggalan Islam sejak masa Ar-Rasul Salallahu Alaihi Wasallam .Semua jejak jerih payah Rasulullah itu habis oleh modernisasi ala Wahabi. Sebaliknya mereka malah mendatangkan para arkeolog (ahli purbakala) dari seluruh dunia dengan biaya ratusan juta dollar untuk menggali peninggalan-pen­inggalan sebelum Islam baik yang dari kaum jahiliyah maupun sebelumnya dengan dalih obyek wisata. Kemudian dengan bangga mereka menunjukkan bahwa zaman pra Islam telah menun­jukkan kemajuan yang luar biasa, tidak diragukan lagi ini merupakan pelenyapan bukti sejarah yang akan menimbulkan suatu keraguan di kemudian hari.

Gerakan wahabi dimotori oleh para juru dakwah yang radikal dan ekstrim, mereka menebarkan kebencian permusuhan dan didukung oleh keuangan yang cukup besar. Mereka gemar menuduh golongan Islam yang tak sejalan dengan mereka dengan tuduhan kafir, syirik dan ahli bid'ah. Itulah ucapan yang selalu didengungkan disetiap kesempatan, mereka tak pernah mengakui jasa para ulama Islam manapun kecuali kelompok mereka sendiri. Di negeri kita ini mereka menaruh dendam dan kebencian mendalam kepada para Wali Songo yang menyebarkan dan meng-Islam-kan penduduk negeri ini.

Mereka mengatakan ajaran para wali itu masih kecampuran kemusyrikan Hindu dan Budha, padahal para Wali itu telah meng-Islam-kan 90 % penduduk negeri ini. Mampukah wahabi-wahabi itu meng-Islam-kan yang 10% sisanya? Mempertahankan yang 90 % dari terkaman orang kafir saja tak bakal mampu, apalagi mau menambah10 % sisanya. Justru mereka dengan mudahnya mengkafirkan orang-orang yang dengan nyata bertauhid kepada Allah Subhana Wa Taala . Jika bukan karena Rahmat Allah yang mentakdirkan para Wali Songo untuk berdakwah ke neger ikita ini, tentu orang-orang yang menjadi corong kaum wahabi itu masih berada dalam kepercayaan animisme,penyem­bah berhala atau masih kafir. (Naudzu Billah min Dzalik).

Oleh karena itu janganlah dipercaya kalau mereka mengaku-aku sebagai faham yang hanya berpegang teguh pada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Mereka berdalih mengikuti keteladanan kaum salaf apalagi mengaku sebagai golongan yang selamat dan sebagainya, itu semua omong kosong belaka. Mereka telah menoreh kan catatan hitam dalam sejarah dengan membantai ribuan orang di Makkah dan Madinah serta daerah lain diwilayah Hijaz (yang sekarang dinamakan Saudi).Tidakkah­ anda ketahui bahwa yang terbantai waktu itu terdiri dari para ulama yang sholeh dan alim, bahkan anak-anak serta balita pun mereka bantai di hadapan ibunya. Tragedi berdarah ini terjadi sekitar tahun1805. Semua itu mereka lakukan dengan dalih memberantas bid'ah, padahal bukankah nama Saudi sendiri adalah suatu nama bid'ah? Karena nama negeri Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam diganti dengan nama satu keluarga kerajaan pendukung faham wahabi yaitu As-Sa'ud.

Sungguh Nabi Salallahu Alaihi Wasallam telah memberitakan akan datangnya Faham Wahabi ini dalam beberapa hadits, ini merupakan tanda kenabian beliau Salallahu Alaihi Wasallam dalam memberitakan sesuatu yang belum terjadi. Seluruh hadits-hadits ini adalah shahih, sebagaimana terdapat dalam kitab shahih BUKHARI & MUSLIM dan lainnya. Diantaranya: "Fitnah itu datangnya dari sana, fitnah itu datangnya dari arah sana," sambil menunjuk ke arah timur (Najed).

(HR. Muslim dalam Kitabul Fitan)

"Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al-Qur'an namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak sampai ke hati), mereka ke­luar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya, mereka tidak akan bisa kembali seperti anak panah yang tak akan kembali ketempatnya, tanda- ialah bercukur (Gundul)."

(HR Bukho-ri no 7123, Juz 6 hal 20748). Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud, dan Ibnu Hibban

Nabi Salallahu Alaihi Wasallam pernah berdo'a: "Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman," Para sahabat berkata: Dan dari Najed, wahai Rasulullah, Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam kemudian ber doa lagi : Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman, dan pada yang ketiga kalinya beliau Salallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Di sana (Najed) akan ada keguncangan fitnah serta di sana pula akan muncul tanduk syaitan.", Dalam riwayat lain dua tanduk syaitan.

Dalam hadits-hadits tersebut dijelaskan, bahwa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gundul). Dan ini adalah merupakan nash yang jelas ditujukan kepada para penganut Muhammad bin Abdul Wahab, karena dia telah memerintahkan setiap pengikutnya mencukur rambut kepalanya hingga mereka yang mengikuti tidak diperbolehkan berpaling dari majlisnya sebelum bercukur gun­dul. Hal seperti ini tidak pernah terjadi pada aliran-aliran sesat lain sebelumnya. Seperti yang telah dikatakan oleh Sayyid Abdurrahman Al-Ahdal:

"Tidak perlu kita menulis buku untuk menolak Muhammad bin Abdul Wa­hab, karena sudah cukup ditolak oleh hadits-hadits Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam itu sendiri yang telah menegaskan bahwa tanda-tanda mereka adalah bercukur(gundul­), karena ahli bid'ah sebelumnya tidak pernah berbuat demikian". Al-Allamah Sayyid Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Al-Quthub Abdullah Al-Haddad menyebutkan dalam kitabnya Jala'udz Dzolam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abbas bin Abdul Muthalib dari Nabi Salallahu Alaihi Wasallam : "Akan keluar di abad kedua belas nanti di lembah BANY HANIFAH seorang lelaki, yang tingkahnya bagaikan sapi jantan (sombong), lidahnya selalu menjilat bibirnya yang besar, pada zaman itu banyak terjadi kekacauan, mereka menghalalkan harta kaum muslimin,diambi­l untuk berdagang dan menghalalkan darah kaum muslimin..." Al-Hadits.

BANY HANIFAH adalah kaum nabi palsu Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad bin Saud. Kemudian dalam kitab tersebut Sayyid Alwi menyebutkan bahwa orang yang tertipu ini tiada lain ialah Muhammad bin Abdul Wahab. Adapun mengenai sabda Nabi Salallahu Alaihi Wasallam yangmengisyarat­kan bahwa akan ada keguncangan dari arah timur (Najed) dan dua tanduk setan, sebagian, ulama mengatakan bahwa yang dimaksud dengan dua tanduk setan itu tiada lain adalah Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad Ibn Abdil Wahab.

Pendiri ajaran wahabiyah ini meninggal tahun 1206 H /1792 M, seorang ulama' mencatat tahunnya dengan hitungan Abjad: “Ba daa halaakul khobiits” (Telah nyata kebinasaan Orang yang Keji)

Ust Harun Din...

Kenapa haram undi bn...

Kami Kecam NGO Pro-Umno
Kenapa haram undi bn...
~tom

Rasuah UMNO

Raja Mohd Shahrim
Zaid Hamidi.. taukah anda rasuah untuk kekal berkuasa itu HARAM..??? Ini bukti bagaimana puak puak UMNO menagih undi....dari 'rakyat' yang telah menerima tanpa dipinta...

Bagaimana kita nak jawab di hadapan Allah nanti apabila ditanya tentang kekurangan serta kelalaian kita dalam berdakwah ?



Bersyukurlah kita tehadap nikmat dakwah ini,Wahai saudaraku semua, Ya Allah, seorang berceramah di tarim, yaman, sampai soalan kepadanya dari Jordan , syria, timur dan barat . "Bagaimana kita nak jawab di hadapan Allah nanti apabila ditanya tentang kekurangan serta kelalaian kita dalam berdakwah ?" Ha? mereka yang beriman sebelum kita musafir dengan begitu jauh, menahan lapar dengan mengikat batu diperut, menempuh kecelakaan kebinasaan menghadapi lanun jalanan, berpisah dengan anak-anak serta orang yang dicintainya mereka, mengorbankan harta-harta mereka agar Allah memuliakan mereka dengan menyampaikan kalimah La ilaha illallah kepada manusia dan hari ini medium teknologi membuatkan kamu mampu menyampaikan kalimah dari tempat duduk kamu, Subhanallah soalan ini datang dari medium internet seumpama Allah menyatakan pada kita "Malulah sikit" "Malulah kepada Aku" "tidak disediakan medium teknologi bagi mereka yang lebih baik dari kamu sebelum ini, tetapi disediakan medium teknologi bagi kamu semoga kamu dapat mengajak mereka yang lemah untuk turut sama berkhidmat di jalan dakwah-

-Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri

Kuliyah Maghrib di Dataran Rakyat Bkt Katil, Melaka 21.4.13

Mertua Tamerlan tak menduga menantunya dituduh meledakkan bom Boston


KINGSTOWN - Keluarga Katherine Russell, isteri dari Tamerlan Tsarnaev yang dituduh AS sebagai salah satu suspek letupan bom marathon Boston, mengeluarkan kenyataan ringkas pada Jumat (19/4/2013) malam kepada wartawan di luar rumah mereka di Kingstown Utara, RI.

Russell berkahwin dengan Tamerlan Tsarnaev, yang ditembak polis AS pada pagi Jumaat. Ia mempunyai seorang putri setelah menikah dengan Tamerlan beberapa tahun yang lalu.

Keluarga Rusell sangat terkejut dan ketakutan mendengar khabar bahawa Tamerlan dituduh sebagai pelaku bom Boston dan ditembak mati oleh polis. Mereka menyampaikan, "Putri kami telah kehilangan suaminya saat ini, ayah dari anaknya. Kami sukar memahami awal bagaimana tragedi mengerikan ini terjadi. "

Mereka meminta untuk tidak diganggu dalam masa yang sukar ini. Keluarga Russell menamatkan hari dengan wartawan mengetuk pintu mereka. Mereka memulakan hari dengan kereta polis berhenti di depan rumah mereka.

Seorang jiran yang tinggal di seberang jalan mengatakan bahawa ia melihat kereta polis diletakkan di depan rumah keluarga Russell pada pagi Jumaat, termasuk kereta polis negara.

Paula Gillette (59) mengatakan bahawa salah satu orang di sana kelihatan seperti agen FBI yang mengenakan rompi antipeluru.
 

FBI larang doktor paparkan keadaan Tsarnayev


BOSTON - Seorang doktor yang terlibat dalam pengendalian Tamerlan Tsarnayev, pemuda Muslim yang dituduh sebagai suspek letupan bom Boston dan tewas ditembak polis AS, mengatakan bahawa Tamerlan mengalami luka dari kepala sampai kaki ketika ia tiba di rumah sakit, lansir HuffPost pada sabtu (20/4/2013).

Dr David Schoenfeld mengatakan keadaan Tamerlan Tsarnayev (26) sangat kritikal, kehilangan banyak darah, dan mengalami begitu banyak luka yang menembus ketika ia tiba di Beth Israel Deaconess Medical Center pada Jumat (19/4) pagi.

Ia tak mampu bertahan dan akhirnya dikhabarkan meninggal dunia. Dengan banyaknya luka, belum dapat dipastikan luka mana yang membuatnya terbunuh, dan pemeriksaan perubatan dilakukan untuk menentukan punca kematiannya.

Sementara adik Tamerlan, Dzhokhar Tsarnayev (19), yang juga dituduh sebagai pelaku pengeboman, saat ini berada dalam keadaan kritikal di hospital yang sama setelah dikejar dan ditangkap polis AS pada Jumat (19/4) malamnya. FBI tidak membenarkan petugas rumah sakit untuk memaparkan tentang luka atau keadaannya secara terperinci.


Dr Schoenfeld tinggal di pinggir bandar Boston Watertown dan mendengar letupan dari baku tembak yang terjadi pada pagi Jumaat. Dia menelefon rumah sakit untuk mengingatkan para kakitangan bahawa mungkin akan ada orang yang terluka akibat tembakan, kemudian bergegas ke rumah sakit untuk menyelaras persiapan.

"Kami mempunyai tiga atau empat pasukan ahli trauma di ruangan berbeza yang diatur dan disiapkan," katanya saat belum tahu apakah mereka akan menangani "suspek" pengeboman, polis yang terluka atau saksi, kata Schoenfeld.

Pakaian Tamerlan Tsarnayev telah dipotong oleh responden kecemasan di tempat kejadian, jadi pada saat ia tiba di rumah sakit tidak boleh dipastikan apakah ia memakai rompi dengan bahan letupan seperti yang telah dikhabarkan sebelumnya atau tidak, kata doktor itu.

"Dari kepala sampai kaki, setiap bahagian tubuhnya mengalami luka," katanya. "Kaki dan tangannya masih utuh - tapi ia kehilangan satu nadi dan mengalami perhentian degupan jantung, dalam artian jantung dan sirkulasinya berhenti, sehingga dilakukan CPR, atau resusitasi kardio-paru."

Dr Schoenfeld tidak membahas tuntutan polis bahawa Tamerlan Tsarnayev sempat dilanggar kereta yang dipandu oleh adiknya saat ia lari dari kejaran dan tembakan polis.

Doktor itu mengatakan dia tidak boleh memaparkan rawatan khusus dalam kes ini selain mengatakan apa yang biasanya dilakukan kepada pesakit dalam keadaan seperti itu

Kenyataan komander Mujahidin Dagestan berkaitan letupan Boston


Dagestan - Media rasmi Mujahidin Imarah Kaukasus wilayah Dagestan, VDagestan, mengeluarkan kenyataan komander Mujahidin Dagestan sehubungan dengan peristiwa baru-baru ini di Boston, Amerika Syarikat.

Pernyataan itu berkata:

Selepas peristiwa di Boston, AS menyebarkan maklumat di media mereka yang mengatakan bahawa salah satu dari Tsarnaev bersaudara telah menghabiskan masa selama enam bulan di Dagestan pada tahun 2012. Atas dasar ini, terdapat spekulasi andaian bahawa ia mungkin telah berhubungan dengan Mujahidin Imarah Kaukasus, khususnya Mujahidin Dagestan.

Komander Mujahidin Dagestan menunjukkan dalam hal ini bahawa Mujahidin Kaukasus tidak berperang melawan Amerika Syarikat. Mereka menyatakan berperang melawan Rusia yang tidak hanya bertanggung jawab untuk pendudukan di Caucasus tapi juga untuk kejahatan keji terhadap ummat Islam.

Juga perlu diingat, walaupun dalam hal Rusia sebagai negara musuh yang memerangi Imarah Kaukasus, amir Imarah Kaukasus, Dokka Umarov pernah melarang melakukan serangan pada sasaran awam.

Berkaitan hal ini, Komando Mujahidin Dagestan mendesak media, terutama media-media AS untuk menghentikan spekulasi dan promosi proganda Rusia.

Jika kerajaan AS benar-benar berminat untuk mencari tahu pelaku letupan Boston dan tidak mencampurkannya dengan kepentingan Rusia, maka mereka juga harus fokus terhadap jejak badan keselamatan rahsia Rusia dalam letupan itu, demikian dilansir Kavkaz Center (21/4/2013).
 

Selepas letupan Boston, ahli politik AS meminta pengawasan lebih terhadap pendatang Muslim


WASHINGTON - Dua anggota Parlimen dari parti Republik mendesak pengawasan yang lebih besar terhadap Muslim AS dan reformasi imigresen selama penyelidikan letupan Boston berlangsung.

Peter King berkata pada Ahad (21/4/2013) mengatakan FBI harus meningkatkan usaha untuk mengorek "pengganas" Muslim yang mungkin tinggal di Amerika Syarikat, sementara Senator Dan Coats mengatakan undang-undang imigresen harus lebih dipelajari berkaitan dua pendatang dari Chechnya yang dituduh melakukan letupan bom di acara Marathon Boston.

Walaupun komander Mujahideen Dagestan telah membantah penglibatan pihaknya terhadap letupan Boston, King berkata pada Fox News bahawa pengeboman itu menunjukan perang AS terhadap "keganasan" belum berakhir dan penguatkuasaan undang-undang harus terus mencari maklumat di kalangan komuniti Muslim di Amerika Syarikat.

"Jika anda tahu ancaman tertentu yang berasal dari komuniti tertentu, itu yang harus anda awasi," ujar King yang menambah bahawa "99 peratus Muslim di Amerika Syarikat adalah orang Amerika yang luar biasa."

Sedangkan Coats dengan nada yang tidak kalah keras terhadap pendatang Muslim, mengatakan "imigresen adalah sebuah isu yang mempunyai kesan ekonomi yang dramatik pada Amerika. Juga mempunyai implikasi keselamatan negara. "

"Saya fikir sedikit menahan adalah idea yang baik kerana kita mempunyai masalah yang lebih besar daripada imigresen di depan dan bahawa defisit hutang harus segera diselesaikan."
 

Angin kuat, khemah roboh di acara Khaled Nordin


Pas Kawasan Lenggong Perak


Petugas, tetamu utama dan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi, nyaris cedera apabila khemah tempat mereka sedang menikmati jamuan, roboh dipukul angin.

Kejadian berlaku selepas Majlis Perasmian Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi dan Women In Social Enterprise (WISE) 2013, di Dewan Serbaguna Taman Mawar oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Semua tetamu dan peserta majlis itu baru menikmati hidangan pencuci mulut, pengat pisang, apabila berlaku hujan lebat serta angin kuat pada kira-kira 12.10 tengah hari.

Khaled, yang juga calon BN bagi kerusi DUN Permas, meninggalkan majlis lima minit sebelum kejadian

Wartawan New Straits Times S K Thanusha Devi, 25, terpaksa ditarik keluar dari khemah yang roboh ditimpa tiang khemah.

"Ia berlaku sekelip mata ...saya mendengar rakan-rakan menjerit meminta kami segera keluar dari khemah.

"Saya meluru keluar secepat mungkin... malangnya sesuatu menimpa bahu saya dan saya terjatuh...saya ditarik keluar oleh rakan setugas jurukamera TV3, Yahya Kiprawi.

Yahya yang sebelum itu terlihat sebatang tiang khemah berdekatan mejanya dalam keadaan tidak stabil, cuba menahannya daripada jatuh.

"Keluar, keluar, keluar," jeritnya apabila tidak mampu menahan tiang itu menyebabkan semua tetamu di enam meja di bawah khemah berkenaan, termasuk Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia Prof Datuk Seri Dr Zaini Ujang, lari menyelamatkan diri.

Yahya berkata beliau cepat bertindak kerana mempunyai pengalaman serupa beberapa tahun lepas ketika menghadiri satu karnival masyarakat Kemboja, dan berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki masyarakat itu yang terperangkap di bawah khemah.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu..