Monday, May 3, 2010

Kalau tidak kerana pilihanraya belum tentu dapat air


Sekolah Tamil Di Hulu Selangor Dapat Bekalan Air Selepas Lebih 50 Tahun
HULU SELANGOR, 3 Mei (Bernama) -- Selepas lebih 50 tahun menggunakan baldi untuk mengangkut air bukit, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK) Ladang Escot akhirnya dapat menikmati bekalan air bersih paip Isnin.

SJK Tamil Ladang Escot mempunyai 60 murid yang rata-ratanya anak peneroka ladang kelapa sawit, manakala 11 guru mengajar di sekolah tersebut.

Pemasangan saluran paip itu dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) selepas mengetahui masalah sekolah itu semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Sebelum ini, sekolah itu yang berdekatan estet terpaksa menggunakan air bukit berhampiran sumber bagi kegiatan harian seperti minum dan menggunakan tandas.

Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata Syabas telah memasang paip sepanjang 1,500 meter dari Ulu Bernam ke sekolah itu dengan anggaran kos RM600,000.

"Ini juga sebagai menunaikan janji jika pihak Barisan Nasional menang pilihan raya kali ini, ini kerana kami sebagai badan kerajaan akan menyokong hasrat kerajaan itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pemasangan paip itu.

Hadir sama di tapak pemasangan air berkenaan adalah Anggota Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan yang mengucapkan terima kasih kepada Syabas.

"Semua kemudahan yang kami sediakan ini adalah untuk rakyat, dan saya berpegang kepada kata-kata Perdana Menteri, di mana kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan," kata Kamalanthan.

Guru besar sekolah tersebut, Menon Murugayee, berkata: "Kami berasa amat bersyukur dan gembira apabila kini dapat menikmati bekalan air bersih, dan kami tidak sangka kami akan mendapat kemudahan ini dengan begitu cepat sekali. Ini bagai satu peluang keemasan."

Vijaya Armugam, ibu kepada salah seorang pelajar, juga bersyukur kerana anaknya tidak akan bersusah payah lagi untuk membawa bekalan air dari rumah untuk minum.

"Ini suatu perkara yang sangat baik yang dilaksanakan oleh kerajaan, kerana sebelum ini pelajar-pelajar bergantung kepada air takungan yang adakalanya kotor yang boleh membawa kepada penyakit berbahaya jika meminumnya," katanya.

-- BERNAMA

Lagi satu kes polis tembak sesuka hati. Memang polis bangang yang buat kerja ni



Peluru dalam tulang belakang 

KLANG - Belum reda insiden seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati ditembak anggota polis, seorang pemuda tampil membuat kenyataan berhubung kes yang hampir meragut nyawanya tahun lalu.

Shahril Azlan Ahmad Kamil, 25, mendakwa kejadian pada April 2009 itu berlaku di Seksyen 7, Shah Alam dalam satu sekatan jalan raya sekitar jam 12 malam bersama empat rakannya yang lain.

Menurutnya, beliau memberhentikan kereta di bahu jalan akibat panik kerana menyedari cukai jalan kenderaan miliknya itu telah tamat tempoh namun secara tiba-tiba dua das tembakan dilepaskan ke arah beliau dan rakan-rakannya yang lain dalam kereta itu.

“Satu das datang dari arah kiri dan menembusi rusuk saya serta anggota polis berkenaan datang memecahkan cermin kereta sambil mengacukan pistol untuk meminta kami keluar.

“Saya bertanyakan apa kesalahan yang menyebabkan saya ditembak namun anggota polis berkenaan berlalu meninggalkan saya yang dalam keadaan kesakitan di situ,” katanya.

Shahril berkata, selepas itu seorang pegawai polis yang turut ada di tempat kejadian datang dan terkejut melihat beliau yang berlumuran darah akibat terkena tembakan itu.

Menurutnya, beliau dibiarkan hampir dua jam sebelum ambulans tiba dan beliau di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) namun dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat keadaannya yang serius.

“Doktor mengesahkan tembakan itu mengenai rusuk dan peluru itu masih berada di dalam tulang belakang sehingga kini. Pihak hospital juga memaklumkan risiko untuk mengeluarkan peluru itu agak tinggi dan berkemungkinan saya boleh lumpuh jika dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata,beliau akan membawa perkara ini ke mesyuarat Exco untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri memandang serius kes ini kerana ia melibatkan soal nyawa dan akan membantu menyediakan khidmat guaman kepada Shahril kelak.

“Pengadu kini tidak mampu lagi bekerja secara berlebihan akibat peluru yang masih berada di dalam tulang belakangnya. Malah beliau juga mengalami trauma akibat kejadian itu.

"Lebih menghairankan, kes berkenaan seolah-olah senyap tanpa ada tindakan daripada polis untuk menyiasat anggota mereka yang bertindak sedemikian,” katanya.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story7637678.asp

Pemuda UMNO Kepong Bantah Perlantikan Ezam Sebagai Senator



Posted by RAKYAT MARHAEN Isnin, 2010 Mei 03


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepong mahu pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohd Ezam Mohd Nor sebagai Senator dikaji semula.

Ketuanya, Norizan Ali (gambar) berkata pemberian jawatan Senator kepada Ezam dilihat sebagai tidak adil dan dan seolah-olah memperkecilkan kebolehan pemimpin yang sejak sekian lama berjuang untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, pelantikan Ezam itu juga dilihat tidak wajar sama sekali kerana individu itu pernah berpaling tadah terhadap kerajaan sebelum ini.

“Mengapa orang yang cukup banyak memburukkan kerajaan boleh diberi tempat yang cukup istimewa sedang ramai lagi yang bermati-matian berjuang untuk parti tidak langsung diangkat?” katanya.

Menurut Norizan, jika begitulah realitinya maka selepas ramai ini yang akan keluar UMNO kemudian masuk ke dalam parti semula dan jasanya individu seperti itu akan lebih dikenang.

“Orang-orang yang pernah bersekongkol dengan parti pembangkang dan kuat menentang kerajaan tidak perlu diberi tempat dan keistimewaan,” katanya.

Menurutnya, ini cukup mengambarkan bahawa ketidak adilan telah berlaku malah menimbulkan ketidakpuasan hati dan perasaan kecewa dikalangan pemimpin dan ahli UMNO yang lain.

“Janganlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati tak makan kerana ahli tidak nampak keperluan kerajaan untuk melantik bekas Ketua AMK itu sebagai Senator,”katanya. -SH

' menang-menang ' kepala hotak hang, ' rugi-rugi 1 Malaysia ' baru betoi...


Formula ‘menang-menang’



SIBU 2 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjanjian persempadanan dengan Brunei pada Mac 2009 mengenai persempadanan semula darat dan laut merupakan satu pakej formula penyelesaian yang saling menguntungkan kedua-dua negara.
Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, rundingan berkenaan masih belum selesai sepenuhnya tetapi kedua-dua negara sebulat suara untuk mencapai penyelesaian yang bersifat ‘menang-menang.’
‘‘Rundingan ini juga membawa kepada penyelesaian persempadanan dengan Brunei. Ada banyak dimensi dan persefahaman secara bertulis yang telah dicapai di antara kedua-dua negara,” katanya.
Najib berkata demikian pada sidang akhbar di Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri dan Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 32 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sarawak di Kem Rascom, Briged Kesembilan Infantri di Jalan Ulu Oya dekat sini hari ini.

Najib buka pekung! Busuk!



Posted by RAKYAT MARHAEN 

"Parti Islam Se-Malaysia (PAS) persoalkan kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak yang mengakui bahawa asas perolehan negara pada masa ini tidak kukuh dan Kerajaan tidak mampu untuk membayar gaji penjawat awam, sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5% dan tahun ini dijangka melebihi 5.5% pula.


Najib (gambar kanan) terdesak membuat pengakuan itu demi untuk menarik perhatian kakitangan awam untuk menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang kini ditolak oleh majoriti rakyat. Kenyataan Najib itu membuka pekung pemerintahannya yang kini sedang sibuk menabur duit di Hulu Selangor sempena pilihanraya kecil.

Tindakan Najib memaksa kakitangan awam menyokong dasar ini secara membuta tuli adalah tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara ini di mana setiap warganegara berhak untuk membuat pilihan sama ada mahu menyokong atau tidak.
Tidak guna gaji kakitangan Kerajaan dinaikan sedangkan dalam masa yang sama cukai GST diperkenalkan. Jika GST dilaksanakan, keadaan ekonomi kakitangan awam mungkin lebih teruk kerana kenaikan gaji hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sedangkan pertambahan kos sara hidup berkemungkinan meningkat lebih dari kadar itu.
Najib juga dilihat zalim kerana menjadikan kakitangan kerajaan sebagai "hamba" yang kena terima apa sahaja yang kerajaan ingin lakukan. Oleh itu, kakitangan kerajaan harus bijak dan menolak dasar ini. Kerajaan boleh tangguhkan kenaikkan gaji sehingga ekonomi pulih sepenuhnya tanpa perlu perkenalkan cukai baru.
Jika GST dilaksanakan, bukan sahaja 1.2 juta kakitangan awam akan jadi mangsa, lebih 25 juta rakyat Malaysia akan terima kesannya. Pekerja swasta yang tidak mendapat kenaikan gaji akan menerima kesan yang lebih teruk, kerana kos hidup mereka secara purata bertambah 4%.
Oleh itu PAS berharap agar kakitangan Kerajaan tidak menurut sahaja kehendak Najib. Jika dasar ini dilaksanakan bersama Model Ekonomi Baru, maka rakyat negara ini akan lebih sengsara. Ketiadaan syarat ekuiti tempatan akan menyebabkan pasaran negara akan datang dimonopoli oleh pelabur dan perniagaan asing. Dan pastinya mereka tidak peduli kesusahan rakyat di negara ini dan mereka boleh kuasai harga jual beli pasaran dalam negara dengan mudah. Jika mereka naikkan harga, maka nilai 4% cukai GST juga naik. Kerajaan tidak mampu kawal perkara ini, malah Kerajaan kini cuba juga untuk hapuskan subsidi bagi melepaskan diri dari tanggungjawab membantu rakyat. Jadi bayangkanlah harga gula, beras, minyak tanpa subsidi tapi ditambah dengan cukai GST 4%.
Tidak cukup dengan itu, dengan begitu banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), pelabur dan peniaga tempatan juga akan bungkus kerana tidak dapat bersaing kerana harga barang mereka akan jadi lebih mahal jika dicampur dengan GST, berbanding harga barang China yang lebih murah kos pembuatannya.
Jadi, GST bukan sahaja akan beri kesan kepada Kakitangan kerajaan, ia akan memberikan kesan kepada seluruh sistem ekonomi negara. PAS tetap akan menentang dasar ini untuk kepentingan rakyat.
*Kenyataan media oleh Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS.

Hebatnya Najib



Salam semua...

Pak Long tak nampak tang mana salahnya Najib berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama. Memang perkara besa la, ketua ketua negara berjumpak sesama depa. Kalau takat berjumpak tanpa jadi pak yet, tak dak salah tang mana mana pun.

Yang jadi salahnya bila kita kena bayaq berpuluh juta ringgit wang rakyat pada pelobi semata mata nak jabat tangan ambik gambaq untuk ditonton oleh warga dunia. Yang jadi salahnya lagi bila kita sanggup untuk jadi ejen dengan letakkan sekutu depa sebagai tuan penasihat.

Jadi tak timbul la sapa yang terhegeh hegeh sangat nak jumpak dengan sapa. Tak timbul jugak la sapa yang mintak nak jumpak dengan sapa. Tapi kalau betoi la Obama yang nak sangat jumpa dengan Najib, awat nak kena tunggu Najib pi Washington. Dah kalau Obama nak sangat jumpa Najib nak belajaq tentang Model Ekonomi Baru negara, mai la Malaysia, bukannya jauh sangat dalam dunia canggih ni.

Tapi apa apa pun Pak Long kena tabik jugak la kat Najib, beliau merupakan satu-satunya pemimpin dari Asia Tenggara yang diberikan peluang untuk berjumpa Obama. Tapi yang pastinya beliau bukanlah sesatunya pemimpin dari Asia Tenggara yang gunakan khidmat Apco sebagai tuan penasihat.

Errr... dia tak tanya ka arwah Altantuya tu boleh cakap Melayu ke tidak... wassalam...

Ketua Polis Memalukan negara



1. Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) melahirkan rasa kesal dengan reaksi Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dalam satu kejadian tembak sampai mati di Shah Alam.
2. Dalam kenyataannya, beliau berkata bahawa beliau akan mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dalam keadaan yang mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya jika itu kehendak masyarakat.
3. Saya melihat Tan Sri Musa Hassan gagal memahami kerisauan dan suara hati rakyat mahupun keluarga mangsa dalam kes yang melibatkan Aminurrasyid mati terbunuh ditembak oleh anggota Polis .

4. Bukan kehendak rakyat mengkritik atau membantah tindakan polis mengadakan sekatan jalanraya untuk memastikan semua pengguna jalanraya mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan .
5. Bantahan atau kritikan itu adalah terhadap anggota polis berkenaan yang telah mengambil tindakan keterlaluan dengan melepaskan tembakan tepat ke arah kepala Aminurrayid dari arah belakang sedang Aminurrasyid hanya seorang kanak - kanak bawah umur yang masih berada di kerusi tempat duduk keretanya .
6. Tidak dinafikan bahawa memandu tanpa lesen pula melanggar sekatan jalanraya adalah salah di sisi undang - undang jalanraya tetapi hukumannya bukanlah ditembak sampai mati . Inilah persoalannya . Apakah pihak PDRM telah kehilangan idea untuk membenteras gejala rempit dan pemanduan tanpa lesen sehingga satu hukuman mati mandatori mesti dijatuhkan ?
7. Jika itu kedudukannya , pihak PDRM mestilah mencadangkan draf pindaan perlembagaan serta undang - undang berkait kesalahan lalu lintas atau siapa jua yang disyaki terlibat dalam sebarang kejadian yang menyalahi undang - undang , hukumannya ialah ditembak sampai mati .
8. Tan Sri Musa Hassan patut mendesak kabinet agar meminda undang - undang tersebut dengan menetapkan hukuman mati mandatori atas kesalahan tersebut , bukannya merajuk tidak mahu mengadakan lagi sekatan jalanraya dan kawalan keselamatan untuk menjamin keselamatan rakyat . Malangnya , Tan Sri Musa Hassan seperti Ketua Pengawas Sekolah yang merajuk dengan banyaknya kes didiplin yang gagal ditangani sehingga tidak mahu lagi bertugas.
9. Tugas menjaga keselamatan negara dan rakyat tetap menjadi tugas PDRM . Kritikan yang diberi bukan kepada seluruh anggota PDRM dan tidak juga menafikan tugas murni pihak PDRM bagi menjaga keselamatan negara dan rakyat . Tetapi apa yang menjadi asas kritikan ialah kepada salah laku dan kecuaian ketara semasa menjalankan tugas oleh anggota - anggota tertentu dalam PDRM sehingga menggunakan senjata api secara wewenang .
10. Jika Tan Sri Musa Hassan tidak bersedia menerima kritikan tersebut sebaliknya yakin dengan tindakan menembak Aminurrasyid sampai mati itu sebagai tindakan yang tepat , maka sekali lagi hanya ada 2 pilihan bagi beliau :
pertama : Sediakan draf pindaan undang-undang kepada kabinet bahawa kesalahan melanggar sekatan jalanraya dan memandu tanpa lesen adalah membawa kepada hukuman mati mandatori sebagaimana yang telah saya sebutkan di atas .
kedua : Tan Sri Musa Hassan wajar meletakkan jawatan segera tanpa perlu merajuk seperti anak kecil untuk tidak lagi mahu mengadakan sekatan jalanraya dan kawalan keselamatan kerana tidak boleh menerima kritikan rakyat . Justeru tindakan itu memalukan seluruh anggota PDRM dan turut menghampakan seluruh rakyat apabila mereka menyedari bahawa mereka mempunyai seorang Ketua Polis Negara yang mudah merajuk .
Oleh itu, DPPP berharap pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta KPN agar lebih profesional bukan sahaja dalam menjalankan tugas menjaga keamanan tetapi juga apabila berdepan dengan masyarakat. Jangan mudah melatah tetapi haruslah memikirkan jalan yang terbaik demi untuk keselamatan negara. Bertindaklah dengan adil berlandaskan undang-undang bukannya bertindak atas arahan pihak-pihak tertentu dan emosi yang tidak menentu .

Polis serbu program belia S'gor, seorang pelajar cedera



Seorang pelajar kolej cedera malam tadi kerana didakwa ditendang oleh seorang anggota polis yang menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam.


Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.

Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.

Mohd Nazrul Anwar Mohamad Adli, 20, yang mengikuti pengajian diploma dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik di Kolej PTPL, adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi.

Katanya, program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.

Beliau mendakwa, anggota polis secara tiba-tiba menyerbu ke arah mereka, sambil menendang motosikal mereka yang diletakkan di situ, menyebabkan kumpulan belia itu bertempiaran dari situ.

Ketika itulah, katanya beliau ternampak Mohd Nazrul, dekat Quality Inn, bertembung dengan kereta dan terjatuh.

Menurutnya, Mohd Nazrul bangun dan cuba menunggang motosikalnya, tetapi motosikalnya ditendang oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terlanggar sebuah van yang terletak di situ.

Azli berkata beliau sempat mengambil nama anggota tersebut - seorang konstabel - dan nombor perkhidmatannya.