Monday, February 16, 2015

Ancam serang mahkamah

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Satu video provokasi oleh sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam, Rabu ini mula tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Kumpulan itu membuat ancaman melalui video berdurasi 1:01 minit yang dimuat naik melalui YouTube, semalam.

“Kepada mana-mana parti yang lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” itu antara kata-kata ugutan oleh kumpulan itu.

Video memaparkan empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka itu turut menegaskan bahawa perjuangan mereka baru bermula.

“Perjuangan kami baru bermula dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya.

Malah gambar pelakon Nora Danish turut dimasukkan di dalam video itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, PDRM akan menyiasat berhubung perkara ini.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 1:03 PM

PETIKAN dari video yang viral.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31265#sthash.Sp2aplPA.dpuf

Simpanan Presiden Taiwan RM9 juta


Taipei: Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou dan Wanita Pertama Chow Mei ching dilaporkan mempunyai simpanan lebih NT$78 juta (RM9 juta) dalam simpanan, menurut laporan terbaru Control Yuan - sebuah badan penyeliaan kerajaan.
Media semalam melaporkan, jumlah itu adalah sehingga November tahun lalu.
Jumlah itu NT$5.83 juta (RM666,000) lebih daripada simpanan mereka umumkan setahun lalu.
Undang-undang Taiwan mewajibkan presiden, naib, anggota Kabinet dan wakil rakyat mengisytiharkan harta masing-masing setiap tahun.
Langkah itu diambil bagi mengukuhkan ketelusan kerajaan dan menjamin integriti kakitangan awam.
Gaji bulanan Presiden Taiwan sebelum ini dianggarkan bernilai NT$476,000 (RM54,438). - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30952#sthash.f560oD18.dpuf

Telefon bimbit RM13 juta

Logo Apple dibuat daripada berlian.
London: Iphone 6 paling mahal di dunia dipamerkan kepada umum kelmarin dan ia bukan setakat dibuat daripada emas 24 karat, tetapi diturut bertatahkan puluhan berlian kecil.
Harga ditawarkan ialah RM13 juta.
Syarikat Goldgenie bertanggungjawab menghasilkan rekabentuk luar biasa ini dengan logo Apple dibuat daripada berlian. Sepanjang sisi peranti itu juga dihiasi dengan permata berharga itu.
Antara pelanggannya sebelum ini ialah pelari pecut Usain Bolt, bekas bintang bola sepak David Beckham, penyanyi rap P Diddy.
Pengasas Goldenie Laban Roomes berkata: “Ini mungkin telefon bimbit paling eksklusif di dunia ketika ini. Nilainya sama dengan sebuah pulau kecil.”
Iphone Diamond Ecstasy boleh disesuaikan mengikut citarasa pelanggan, dengan pilihan emas, platinum atau kemasan keemasan-merah mawar.
Mereka juga boleh memilih sendiri berlian atau permata lain untuk menghiasinya.
Jika anda tidak mampu untuk memiliki edisi berlian, Goldgenie menawarkan telefon peribadi bermula dari RM53,000.
Ini bukan pertama kali sebuah syarikat menawarkan iPhone mahal terlampau.
Tahun lalu, pereka Alexander Amosu mencipta iPhone 6 emas dengan bertatahkan 6,127 butir berlian untuk seorang pelanggan yang tidak diketahui identitinya.
Logo Apple dengan emas padu juga diletak di belakang dan telefon bimbit itu dijual dengan harga £1.7 juta (RM9 juta) - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 5:08 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31148#sthash.3OKk2iTF.dpuf

PBB, Australia rayu Indonesia tidak laksana 
hukuman mati terhadap pesalah dadah


Gambar fail bertarikh 14 Februari  2006 memaparkan dua rakyat
Gambar fail bertarikh 14 Februari 2006 memaparkan dua rakyat Australia Andrew Chan (kiri) dan Myuran Sukumaran (kanan) bakal dijatuhi hukuman mati oleh kerajaan Indonesia atas kesalahan menyeludup dadah. – AFP
GENEVA 14 Feb. – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Perdana Menteri, Tony Abbott merayu kepada Indonesia supaya tidak melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah penyeludupan dadah melibatkan warganegara Australia, Brazil, Perancis, Ghana, Nigeria dan Filipina.
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, Ki-Moon sudah berbincang dengan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi bagi melahirkan kebimbangan terhadap hukuman mati yang dilaksanakan oleh Jakarta terhadap pesalah dadah tersebut.
“PBB menolak pelaksanaan hukuman mati walau apa pun alasan yang diberi.
“Setiausaha Agung PBB merayu kepada pihak berkuasa Indonesia tidak meneruskan pelaksanaan hukuman mati terhadap pesalah dadah,” jelas Dujarric.
Bulan lalu, lima warga ­asing dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah negara ini atas kesalahan menyeludup dadah, hukuman mati pertama dilakukan dibawah Presiden baharu, Joko Widodo sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada Oktober lalu.
Peguam Negara Indonesia, H.M. Prasetyo Hakim awal bulan ini berkata, dua warga Australia, Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, merupakan antara lapan banduan yang akan dikenakan hukuman mati selepas Jokowi menolak rayuan mereka.
Sementara itu, Abbott sekali lagi merayu Indonesia tidak melaksanakan hukuman mati terhadap dua rakyatnya tersebut.
– AFP/REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-australia-rayu-indonesia-tidak-laksana-8232-hukuman-mati-terhadap-pesalah-dadah-1.59503#sthash.gro1ejT3.dpuf

Ukraine jamin dalang 
MH17 tidak akan dilepaskan


Petugas agensi kecemasan Ukraine memadamkan api di kawasan nahas
Petugas agensi kecemasan Ukraine memadamkan api di kawasan nahas pesawat MAS MH17, di wilayah Donestsk, timur Ukraine pada 21 Julai tahun lalu. – AGENSI
BRUSSELS 14 Feb. – Perdana Menteri Belanda, Matt Rutte semalam, menerima jaminan daripada Perdana Menteri Ukraine, Petro Poroshenko bahawa dalang tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu tidak akan terlepas daripada dibawa ke muka pengadilan.
Akhbar Elsevier melaporkan, Rutte menyatakan pendakwaan terhadap dalang tragedi tersebut tidak termasuk dalam pemberian pengampunan yang ditetapkan di bawah perjanjian gencatan senjata antara Ukraine dan pemberontak pro-Rusia di Minsk baru-baru ini.
"Dalang tragedi MH17 tidak akan menerima pengampunan,’’ katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Poroshenko di sini semalam.
Poroshenko diundang ke Brussel bagi membincangkan keadaan di Ukraine bersama beberapa pemimpin negara ini.
Perjanjian gencatan senjata itu dicapai selepas rundingan antara Presiden Perancis, Francois Hollande, Canselor Jerman, Angela Merkel, Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, baru-baru ini.
Belanda kelmarin menyuarakan kebimbangan terhadap perjanjian gencatan senjata antara Ukraine dan pemberontak pro-Rusia yang dicapai akan melibatkan pengampunan terhadap dalang tragedi tersebut.
Antara isi perjanjian gencatan senjata itu adalah memberi pengampunan dan kemaafan dengan cara menggubal undang-undang yang melarang hukuman dikenakan terhadap individu yang terbabit dalam sejumlah kejadian di beberapa kawasan tertentu di Donestk dan Luhansk.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ukraine-jamin-dalang-8232-mh17-tidak-akan-dilepaskan-1.59505#sthash.JBzwhPeX.dpuf

Gencatan senjata di timur Ukraine dikuat kuasa


Sebahagian anggota tentera Ukraine daripada unit kereta kebal
Sebahagian anggota tentera Ukraine daripada unit kereta kebal tiba di Debaltseve, kelmarin, selepas pemberontak pro-Rusia melancarkan serangan di kawasan berkenaan walaupun gencatan senjata dikuatkuasakan. – REUTERS
KIEV 15 Feb. – Gencatan senjata antara Ukraine dan kumpulan pemberontak pro-Rusia dikuatkuasakan awal pagi ini, walaupun Kiev dan Amerika Syarikat (AS) menuduh Rusia bersama pembe­rontak menggandakan serangan untuk meluaskan kawasan taklukan mereka sebelum gencatan senjata itu dikuatkuasakan.
Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengarahkan tentera untuk menghormati gencatan senjata yang berkuatkuasa pada 10 malam waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia), sejajar dengan perjanjian yang dicapai di Minsk awal ming­gu ini yang turut melibatkan pemimpin Rusia, Jerman dan Perancis.
Sumber memberitahu bahawa tiada pertempuran baharu dilaporkan di timur Ukraine selepas gencatan senjata itu berkuat kuasa.
Bagaimanapun, jurucakap ten­tera Ukraine, Anatoly Stelmach mendakwa pemberontak pro-Rusia mengebom kedudukan Ukraine dalam 10 serangan berasingan sejak gencatan senjata dikuatkuasakan.
“Pada pagi 15 Februari, seba­nyak 10 kawasan kami diserang oleh pemberontak, terutamanya di bahagian Debaltseve,” jelas Stelmach.
Saksi memberitahu bahawa mereka terdengar bunyi serang­an bom yang kuat dari Debaltseve, hub pengangkutan utama selatan Ukraine yang sering menjadi ­sasaran serangan kumpulan pemberontak.
Dalam perkembangan lain, Setiausaha Negara AS, John ­Kerry menerusi satu panggilan te­lefon dengan Menteri Luar Rusia, 
Sergei Lavrov menekankan tentang kepentingan penguatkuasaan ‘sepenuhnya’ perjanjian damai dan gencatan senjata.
“Kerry turut melahirkan kebimbangannya dengan pertempuran yang berlaku di sekitar Debaltseve dan usaha Rusia bersama kumpulan pemberontak menawan beberapa buah bandar sebelum gencatan senjata berkuatkuasa,” kata seorang pegawai kanan Jabatan Negara AS.  AFP/REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gencatan-senjata-di-timur-ukraine-dikuat-kuasa-1.59966#sthash.GrN7Aoz2.dpuf