Monday, April 19, 2010

Lega habis bayar hutang kereta


Suatu ketika dulu sebelum bertindak keluar dari PKR dan menyertai UMNO, beliau telah datang ke Penanti di Permatang Pauh sekadar bertemu sahabat-sahabat lamanya yang banyak membantu beliau ketika beliau menjadi TKM1 Pulau Pinang dan ADUN bagi Penanti.
Dalam kunjungannya beliau telah menceritakan tentang keperitan hidup yang dialaminya setelah meletakkan jawatan sebagai TKm1 dan juga ADUN Penanti.
Katanya kehidupannya ketika itu serba kekurangan kerana dibebani masaalah kewangan untuk menyara kehidupan keluarganya di Selayang.
Katanya juga gaji yang diperolehi sebanyak RM4000.00 sebulan dari kerja yang diberikan oleh PKR adalah kecil jika dibandingkan dengan gaji semasa menjadi ADUN dan TKM1 dulu..
RM4000.00 sebulan.. itulah yang digunakan untuk membayar sewa rumah, itulah juga yang digunakan untuk membayar ansuran kereta , membayar bil Api, Elektirk dan Talipon dan dengan RM4000.00 itulah perlu digunakan untuk menyara anak-anak yang masih kecil..
Tambahan pula beliau tinggal di Selayang, kos sara hidup menurutnya adalah tinggi jika dibandingkan kos sara hidup di Pulau Pinang.
Jumlah itu adalah tidak setimpal dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh beliau kepada PKR, dan ianya juga adalah lebih kecil dari yang dijanjikan oleh DS Anwar Ibrahim..
Hidupnya perit sekali, nak berkunjung ke Pulau Pinang pun terpaksa menumpang kenderaan sahabat yang hendak ke Pulau Pinang karana tidak mampu..
Menurutnya lagi Ibunya sendiri pernah diherdik oleh DS Wan Azizah apabila ibunya menghubungi DS Wan Azizah meminta bantuan kewangan bagi pihak beliau..
Sedih dan kasihan menguasai perasaan apabila mengenangkan nasib beliau yang begitu perit..
Itu adalah luahan perasaannya bila ditanya tentang khabar angin tentang beliau akan keluar dari PKR tiga bulan sebelum berita mengenai beliau telah keluar dari PKR tersebar..
Dan setelah disahkan beliau telah keluar dari PKR ini pula antara luahannya kepada beberapa orang sahabat yang mempercayai dan menyokongnya semasa beliau menjadi TKM1 dan terus bersahabat dengan beliau selepas beliau meletakkan jawatan tersebut.
Apabila ditanya betulkah bahawa beliau tidak mendapat sebarang imbuhan dari Najib setelah mengistiharkan keluar dari PKR..
Jawabnya ialah “Wallahi, Wabillahi, Wataalahi saya tidak mendapat sesenpun imbuhan dari UMNO bila saya menyertai UMNO setelah mengistiharkan keluar dari PKR..”
Sumpahnya “Wallahi, Wabillahi, Wataalahi saya tidak mendapat sesenpun imbuhan dari UMNO” itu diulang sebanyak tiga kali untuk menyakinkan dan memang menyakinkan sekali.
“Mereka hanya memberikan saya kuasa menjaga dan mentadbir bangunan dimana terletaknya Pertubuhan Silat Gayung sekarang ini” tambahnya lagi..
“Tujuan saya menyertai UMNO adalah baik dan saya menyertai UMNO dengan secara sukarela bukan atas dasar kewangan, Saya mahu memperjuangkan nasib bangsa Melayu dari dalam UMNO.
“Saya menyertai UMNO itu pun setelah melakukan sembahyang Iztikarah memohon petunjuk dari Allah.
Tetapi hari ini segala kata-katanya diatas terbukti adalah rekaan semata-mata demi menagih simpati dan dalam masa yang sama menimbulkan kebencian kepada DS Anwar Ibrahin dan DS Wan Azizah.
Fairuz yang mendakwa menghadapi masalah kewangan dan tidak mendapat sebarang habuan bila menyertai UMNO telah menyelesaikan bayaran pinjaman membeli sebuah Mercedez Benz dengan Kerajaan Negeri berjumlah RM109,000.00..
Setelah tidak sampai 3 Bulan menyertai UMNO , Fairuz mampu membayar RM109,000.00 sekaligus dengan tiada imbuhan dari UMNO….


***************************************

Fairuz selesai pinjaman kereta
Apr 18, 10 11:55am 
Bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin (bawah, kiri) telah menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan untuk membeli sebuah Mercedez Benz dengan kerajaan negeri.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata Fairus telah menjelaskan bayaran itu dengan memasukkan RM109,000 ke dalam akaun Perbendaharaan Negeri di bank minggu lalu bagi menyelesaikan pinjaman itu termasuk faedahnya.
"Kami telah menerima jumlah itu daripada beliau selepas notis terakhir dihantar kepadanya bulan lepas supaya menyelesaikan pinjaman itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau.
Katanya notis itu dihantar kepada Fairus meminta beliau menjelaskan jumlah hutang yang belum dibayar atau memulangkan kenderaan itu dalam tempoh dua minggu.
Semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri di Pulau Pinang layak mendapat pinjaman kenderaan RM130,000 selama lima tahun dan pinjaman RM100,000 bagi perumahan yang akan dipotong melalui gaji bulanan mereka.
Fairus membayar pinjaman itu sehingga beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Anggota Exco Kerajaan negeri pada 8 April 2009. Pada 16 April beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti.
Bernama

Kami akan kalahkan BN dengan sebatang pensil- Orang Asal


Kami Orang Asal memang tak puas hati dengan sikap BN dan kami menjadi mangsa BN yang tak berhati perut, dengan mempertikaikan hak kami ini yang membuatkan Orang Asal marahkan BN sekarang. Kami akan hancurkan BN pada pilihan raya yang akan datang dengan sebatang pensil sahaja 

Oleh Faizal Ezzany
KUALA KUBU BAHARU17 April - Orang Asal Hulu Selangor sudah bosan serta menolak Umno-Barisan Nasional kerana tidak pernah mengambil tahu tentang masalah mereka dan mengabaikan kebajikan Orang Asal sejak lebih tahun mentadbir negara.

Seorang wakil Orang Asal yang ditemui pada perarakan calon Pakatan Rakyat ke pusat penamaan calon semalam, Kin Kasim, 58, berkata antara masalah yang paling besar dihadapi kaum Orang Asal di Hulu Selangor ialah isu tanah yang telah diketepikan oleh Umno-BN sejak sekian lama.

"Hal tanah ini memang menjadi masalah besar kepada kaum Orang Asal, kerajaan BN tidak pernah berbincang dengan kami tentang masalah tersebut sehinggakan ada tanah kami telah dicerobohi oleh pihak luar menyebabkan kami susah untuk bercucuk tanam. Selain itu juga kami tidak mendapat hak milik ke atas tanah kami itu, sekarang semua Orang Asal marahkan BN," jelasnya.

Penamaan calon semalam menyaksikan penyertaan masyarakat Orang Asal yang sama-sama berhimpun dengan penyokong Pakatan Rakyat bagi memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Kaum Orang Asal yang datang dari Kampung Penderas Kuala Krau Temerloh Pahang seramai 30 orang tiba di Kuala Kubu Baharu sejak jam 5 pagi semalam.

Seorang lagi wakil Orang Asal, Majid Siap, 58, juga menjelaskan isu tanah sememangnya menjadi masalah terbesar kaum Orang Asal di negara ini.

"Isu tanah ini memang menjadi masalah besar kepada penduduk kaum asal dan ada juga tanah kami diambil oleh BN tanpa kami sedar. Sikap yang sedemikian inilah membuat masyarakat orang asal sudah bencikan BN, kami sanggup datang jauh semata-mata ingin memberi sokongan kepada KEADILAN yang jelas telah menolong kaum Orang Asal di Selangor, kami juga mahu masyarakat Orang Asal di Pahang juga dapat dibela.

"Kami Orang Asal memang tak puas hati dengan sikap BN dan kami menjadi mangsa BN yang tak berhati perut, dengan mempertikaikan hak kami ini yang membuatkan Orang Asal marahkan BN sekarang. Kami akan hancurkan BN pada pilihan raya yang akan datang dengan sebatang pensil sahaja," katanya.

P094 : Gambar Kaki Botol Sebenar




Ini gambar sebenar..
Ini gambar yang telah diedit..
Ini gambar sebenar..
Inipun gambar sebenar..
Ini juga gambar sebenar..
Ini pula.. juga gambar sebenar..
Ini adalah Iklan..

Yahudi nak pelingkup Malaysia dengan dadah


saturday, april 17, 2010

Iran : Antara Nuklear, Dadah Syabu dan Dakwah Syiah..

Kita yang undang mereka ke sini di atas nama "pelaburan" dan "pelancongan" !!!




Penyeludupan dadah oleh rakyat Iran ke Malaysia meningkat tajam mulai 2010. bagaikan tiada penghujung







Kita semua sedia tahu bahawa Iran merupakan sebuah Republik "Islam (Syiah)" yang cukup hebat dalam kajian nuklearnya. Semua negara dalam dunia ini, terutamanya Amerika Syarikat, cukup kecut dengan Iran. Macam-macam sekatan yang dibuat oleh Amerika, tetapi Iran tetap dengan pendiriannya bahawa dia membangunkan tenaga nuklearnya hanya untuk kegunaan janakuasa untuk rakyatnya.

Presiden Ahmadinejad juga merupakan seorang presiden yang cukup lantang ketika berucap. Kelantangannya juga menyebabkan negara-negara barat tidak senang duduk mengengar ucapannya. Sedikit sebanyak kita berasa bangga dengan salah sebuah negara "Islam" yang digeruni barat ini disamping mempunya cendiakawan-cendiakawan nuklearnya yang tersendiri.

Namun begitu, bagaimana pula dengan warga Iran? Adakah mereka sehebat Presiden mereka? Bagaimana pula dengan ketaatan mereka dengan negara mereka?

Perkara ini diutarakan adalah kerana, sejak akhir-akhir ini (rasanya perkara ni dah lama berlaku...) jumlah warga Iran yang ditahan di pintu masuk utama negara (lapangan terbang) cukup membimbangkan. Semuanya ditahan akibat membawa masuk dadah pelbagai jenis dan yang paling popular sekali syabu. Malah, setiap hari kita dapat mendegar dan melihat berita mengenai mereka.

Dibawah ini antara berita-berita yang dipetik dari Utusan Online.



Mana datangnya dadah ini? Adakah dadah merupakan produk kedua selepas nuklear yang dihasilkan oleh Iran ataupun Iran dijadikan transit untuk diedarkan di Malaysia?

Kadang-kadang kita sedikit mengkagumi pemerintahan serta ketegasan pemimpin-pemimpin di Iran, tetapi sayangnya, warga mereka pula membawa lumpur untuk dipalitkan di tanah air kita.

http://akumulakandisini.blogspot.com/2010/02/iran-antara-dadah-syabu-dan-nuklear.html

2 comments:

dr. mujahidah said...
yang semua2 ni,iran syiah ke?
Mohd Samsuddin said...
explore le brp peratus syiah dan sunnah di Iran. carilah maklumat betapa seriusnya penagihan dadah di Iran

YEMENI HOUTHIA : THEY ARE AL-RAFIDAH

SOLAT & QUNUT KAUM DAJJAL !!!

Mahmoud SABORJIAN and Rabbis Meeting

Shiah : "Setiap Hari Adalah KAVADI = KARBALA'"

AZAN & WUDHU' KAUM DAJJAL

ULAMA' AHLI DAJJAL DAN ROKOK

Mufti UMNO


Istilah ‘biadab’ dan ‘kurang ajar’ layak untuk Mufti Perak dan Setiusaha Perhubungan Umno Perak



Ipoh 18 April - Utusan Melayu melaporkan : Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mewakili umat Islam di negeri ini mengecam tindakan penyokong pembangkang membaling telur busuk dan memijak papan tanda membantah pembabitan Apco Worldwide di Masjid Sultan Idris Shah II 
di sini semalam. 

Ngo yang dimaksudkan adalah Gagasan Melayu Perak (GMP), ngo yang lebih merupakan barua kepada UMNO, parti politik yang kononnya mewakili umat Islam ….kah! kah! Kah!

Siapa yang ‘biadab’ dan ‘kurang ajar’ dan memalukan Islam? Sehinggakan Dato Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengeluarkan fatwa mengharamkan tindakan mengadakan demonstrasi diperkarangan masjid tersebut semata-mata kerana mendedah dan mengutuk UMNO yang membuat hubungan sulit dengan sebuah syarikat yang ada kaitan dengan zionis Yahudi. kah! kah! kah! Umno parti Islam?
Persoalan pokok demonstrasi itu ialah hubungan Malaysia dengan syarikat Yahudi - APCO. Umum mengetahui bagaimana tindakan Yahudi terhadap umat Islam dan masyarakat selain Yahudi di seluruh dunia. Kekejaman dan kezalimannya. Tindakan kerjasama dengan syarikat yahudi ialah pengkhianatan terhadap umat Islam seluruh dunia. Ia juga mengecewakan masyarakat dunia yang cintakan keadilan. Demonstrasi itu ialah menifestasi iman kebencian terhadap yahudi serta keperhatinan terhadap saudara mukmin yang disebut Rasulullah. Hanya seorang yang tidak beriman sahaja yang tidak pedulikan nasib saudara seimannya. Asas demonstrasi itu ialah iman. 

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata,

“Ini adalah sikap mereka yang telah lama kita tahu dan sebab itu mereka beria-ia hendak duduk dalam jawatankuasa masjid kerana hendak mempolitikkan masjid berkaitan apa jua keadaan, baik berhimpun secara haram atau menghina dan memaki hamun sesama umat Islam.”

Alahai Khusairi…bagaimana dengan isu perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) Seluruh Perak? Baca 
di sini dan juga di sini 
Dan dalam isu perlantikan Jawatankuasa Masjid seluruh negeri Perak, Ketua UMNO bahagian dan wakil-wakil rakyat mereka campurtangan dan menentukan dalam urusan tersebut. 

Jelas bahawa UMNO lah yang memperalatkan masjid untuk kepentingan politik mereka. Perangai Umno sebegini amat jijik dan sangat memalukan.

Kalau istilah ‘biadab’ dan ‘kurang ajar’ mahu diaplikasikan , maka ianya adalah layak untuk Mufti Perak dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib .
end

Achik mahu tinggal sebelah rumah ibu


Oleh Ifwan Tun Tuah
bhnews@bharian.com.my
2010/04/19


ROSE Zaitul Suriani memangku anaknya, Puteri Salfiah ketika ditemui di Seremban, kelmarin.
ROSE Zaitul Suriani memangku anaknya, Puteri Salfiah ketika ditemui di Seremban, kelmarin.
Bekas vokalis kumpulan Spin gembira dapat duduki kediaman setingkat baru sejak minggu lalu

SEREMBAN: "Achik bersungguh-sungguh mahu berpindah di sebelah rumah ibu saya dan saya tidak menyangka ia petanda yang dia akan 'pergi' dan mahu saya sentiasa dekat dengan ibu apabila dia tiada," kata isteri bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Abdillah Murad Md Shaari, 28, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 14.7 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), dekat sini, kelmarin. 

Isterinya, H M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkata mereka berpindah masuk ke rumah teres satu tingkat yang berkembar dengan rumah ibunya di Taman Desa Ros, di sini, minggu lalu.
Katanya, suaminya sangat gembira dan membersihkan rumah yang lama tidak diduduki itu setiap hari, termasuk mengecat semula dan berjanji mengemasnya dengan sempurna semalam.
"Sebelum ini dia begitu sibuk dan sepatutnya hari ini (semalam) dia mula bercuti untuk meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga serta mengemaskan rumah ini sehingga selesai. 

"Dia turut berkata, selepas ini saya mesti akan gembira kerana tinggal dekat dengan ibu dan dia juga akan selalu berada di Seremban, tidak seperti sebelum ini kerana dia sering berulang alik ke Johor atas urusan perniagaan," katanya sambil menahan sebak. 

Achik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 14.7 Lekas, dekat sini, kira-kira jam 6.15 petang kelmarin. 

Jenazahnya selamat dikebumikan di Makam Haji Mohd Said di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam selepas disembahyangkan di surau berhampiran rumahnya. 
Terdahulu, kira-kira 100 orang hadir menziarah antaranya penyanyi Hattan, Siti Nordiana Mohd Alias (Nana), Tomok, anggota kumpulan Kristal dan Spin sendiri. 

Sementara itu, ibu Achik, Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya itu di rumah seorang lagi anaknya di Ampangan, di sini, kira-kira dua minggu lalu.

Minta isteri, anak tonton Gah 1 di TV2




TASYA bersama anaknya, Putri Salfiah menyiram air mawar di pusara Achik di Makam Tuan Haji Said, Seremban semalam.


SEREMBAN - "Achik beria-ia berpesan supaya saya dan anak-anak menonton program Gah 1 di TV2 yang ditayangkan pada pukul 4 petang kerana dia akan menyanyi secara langsung."
Itulah luahan sebak, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, balu kepada penyanyi, Abdillah Murad Md. Shari, 27, atau Achik Spin yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Seremban petang kelmarin.
Dalam program itu, Achik bersama rakan duetnya, Siti Nordiana Alias menyanyikan lagu Mencari Ketenangan sebelum mendendangkan lagu Engkau Yang Ku Cinta secara solo.
Dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu, Achik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda jalan.
Ketika kejadian, vokalis kumpulan Spin itu bersama seorang rakannya, Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Seremban dari Kuala Lumpur.
"Permintaan terakhir arwah itu seperti ada makna tersirat kerana itulah kali terakhir kami melihat arwah masih hidup," kata Rose Zaitul.
Dia yang lebih dikenali sebagai Tasya berkata, dalam perjalanan pulang, Achik menghubunginya. Achik meminta dia serta anak-anak bersiap kerana hendak membawa mereka makan malam di luar.

Usah contohi wanita tuntut cerai kerana lelaki Afrika





2010/04/19
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Kes seperti ini terpencil dan saya percaya untuk tempoh 10 tahun akan datang pun tidak akan menandingi kes suami curang,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam (MPWIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal.
Bagaimanapun, beliau yang juga Pensyarah Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata perbuatan isteri yang menuntut cerai suami semata-mata mahu ‘mendekati’ lelaki tak dikenali keikhlasannya tidak wajar dicontohi.
Katanya, ia diibaratkan ‘mengharap guruh di langit, air di tempayan dicurahkan’ apabila kita terlalu mengimpikan keuntungan besar yang belum pasti, tetapi dalam masa sama sudah melepaskan apa yang dimilikinya.

“Saya andaikan wanita ini mempunyai impian tinggi untuk hidup bahagia, mempunyai suami sempurna dan boleh memberi segala-galanya termasuk kasih sayang dan belaian, tapi malangnya ia tak diperoleh.

“Bila dia tidak dapat apa yang diharapkan menyebabkan dia mencari keseronokan di luar. Akhirnya, apabila perkara terbongkar, barulah tersedar impian yang dimahukan bukan seperti diharapkan.

“Saya tak nafikan perkara seperti ini berlaku dalam perkahwinan masa kini, isteri yang kecewa akan rasa seolah-olah tidak bahagia dan pergaduhan kerap berlaku. Itulah dia cinta membuat kita tidak rasional,” katanya ketika dihubungi semalam ketika mengulas laporan Metro Ahad mengenai seorang wanita yang sudah bercucu bukan saja lebur lebih RM600,000, malah tergamak mengheret suaminya yang menghidap penyakit angin ahmar ke mahkamah untuk menuntut cerai selepas angau dek panahan cinta palsu playboy warga Afrika.