Monday, March 18, 2013

Aquino kritik dalang ceroboh Sabah




AQUINO (tengah) tiba pada majlis tamat latihan anggota-anggota kadet Akademi Tentera Filipina di bandar Baguio semalam.


MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino III semalam bertindak mengkritik dalang yang mencetuskan ketegangan di Lahad Datu, Sabah, lapor akhbar dalam talian Rappler.com.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan majlis tamat latihan 124 orang kadet di Akademi Tentera Filipina di bandar Baguio.
Aquino melemparkan kritikan terbaharunya itu terhadap mereka yang merancang operasi menawan Sabah apabila pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III menghantar kira-kira 180 hingga 400 pengikutnya pada Februari lalu.
Beliau membidas Jamalul Kiram dan mendakwa tindakannya itu sebahagian daripada konspirasi.
Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) telah memulakan siasatan dan bertindak menghantar sepina kepada jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani bagi memberi keterangan berhubung siasatan konspirasi di Sabah.
Bagaimanapun, Idjirani tidak hadir sebaliknya memberikan surat mengenai sebab dia tidak dapat datang untuk memberikan keterangan pada minggu lalu.
Penasihat Jamalul Kiram, Pastor 'Boy' Saycon turut dipanggil dan telah memberikan keterangan kepada para pegawai NBI.
Dalam ucapannya itu, Aquino mengkritik Jamalul Kiram kerana pentingkan diri sendiri dan menjadi punca kepada semua masalah yang berlaku.
"Adakah dalang-dalang terbabit berfikir bahawa tindakan mereka akan menjejaskan penduduk majoriti?" tanya Aquino.
Menurut Presiden itu, tindakan Jamalul Kiram telah menyebabkan kira-kira 800,000 nyawa rakyat negara ini di Sabah dalam keadaan bahaya.
"Adakah dalang-dalang tersebut menimbangkan sebarang perkara itu semasa melakukan hasutan dan membesar-besarkan situasi semasa mereka mengumpulkan dana yang diperlukan untuk membeli bot, minyak, makanan, senjata dan peluru?
"Kamu (semua kadet itu) sepatutnya tahu fakta itu menerusi kelas logistik. Kamu mengetahui berapa banyak persediaan yang diperlukan untuk menghantar 200 orang bagi menyeberangi laut dan melengkapkan mereka dengan senjata. Apa yang difikirkan mereka di sebalik insiden itu?," katanya.
Beliau berkata, sebagai penjaga keamanan negara, anggota-anggota tentera tidak sepatutnya membiarkan emosi mempengaruhi pertimbangan mereka.
Presiden itu berkata, pendekatan yang dilakukan Jamalul Kiram bagi menuntut Sabah dengan kekerasan tidak akan menyelesaikan isu dengan Malaysia tetapi hanya akan meningkatkan konflik itu.
"Masalah akan menjadi lebih banyak masalah jika anda cuba untuk menyelesaikannya dengan cara paksaan dan kebencian.
"Kita memerlukan keikhlasan dan perbincangan yang mendalam jika kita mahu untuk mencapai penyelesaian yang betul.
"Kita tahu betapa kompleksnya isu ini. Adakah Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan mudah akan memberikan Sabah (kepada Filipina) yang telah lama berada di bawah pemerintahan negara itu?," soalnya.
Aquino berkata, sesiapa yang menjadi dalang dengan merancang untuk memulakan krisis itu di Sabah sepatutnya menggunakan pendekatan berlandaskan undang-undang dan keamanan.
Krisis di Sabah itu bermula apabila sekumpulan pengikut Jamalul Kiram menuntut tanah yang dianggap sebagai warisan nenek moyang mereka di Lahad Datu.
Pertempuran kemudian meletus dengan mengakibatkan sejumlah kematian selepas para pengganas tersebut bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia sejak Februari lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2Nu1qumaM 
Hakcipta terpelihara 

Komander Khattab - Rahimahullah


Ibn-ul-Khattab, juga dikenali sebagai Khattab nama sebenar beliau ialah Samir Saleh Abdullah Al-Suwailem. Dilahirkan di Semenanjung Arab, Khattab dibesarkan di dalam keluarga yang agak berada dan terpelajar. Beliau membesar menjadi seorang anak muda yang berani dan kuat, yang terkenal sebagai seorang yang nekad dan tidak mengenal erti takut. Selepas menguasai bahasa Inggeris, beliau mendapat tempat di sebuah Sekolah Tinggi (High School) Amerika pada tahun 1987. 1987 merupakan kemuncak Jihad Afghan menentang penjajahan tentera Soviet Union (ketika itu) di bumi Afghan. Anak-anak muda dari seluruh bumi umat Islam serata dunia bergegas ke Afghanistan menyahut seruan Jihad para Mujahid terkenal seperti Sheikh Abdullah Azzam (dibom pada 1989)dan Sheikh Tamim Adnani (meninggal dunia pada 1988.

Kisah-kisah perjuangan penuh dengan keajaiban atas kuasa Allah SWT dan kisah-kisah keberanian menentang 'Superpower' dunia ketika itu mula mencecah telinga umat Islam sedunia. Ketika hampir tiba masanya untuk beliau berangkat ke dunia baru melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat, Khattab memutuskan untuk mengikut para sahabat dan kaum-keluarga beliau ke Afghanistan untuk satu lawatan pendek. Sejak dari hari beliau melambai selamat tinggal pada kedua ibubapa dan keluarga beliau pada akhir 1987 tersebut, Khattab tidak pernah kembali.

Beliau turut serta di dalam semua operasi utama Jihad Afghan di antara tahun 1988 hingga 1993, termasuk penaklukan Jalalabad, Khost dan Kabul. Beliau terselamat dari maut beberapa kali, kerana masa beliau belum lagi tiba.Ketika Tentera Soviet berundur dari Afghanistan dan pihak Komunis telah dikalahkan oleh Mujahideen, Khattab dan sekumpulan kecil para Mujahideen mendapat tahu tentang peperangan menentang musuh yang sama, tetapi kali ini di Tajikistan. Beliau kemudiannya terus berkemas dan mara ke Tajikistan pada tahun 1993 bersama-sama dengan sekumpulan kecil para Mujahideen. Dua tahun mereka di sana berperang dengan tentera Rusia di pergunungan yang bersalji tanpa senjata dan bekalan peluru yang secukupnya.Ketika di Tajikistan Khattab kehilangan dua jari tangan kanannya ketika cuba membaling sebutir bom tangan buatan sendiri. Bom tangan tersebut meletup di tangan beliau dan dua daripada jari beliau cedera parah.Selepas 2 tahun di Tajikistan, Khattab kembali bersama-sama dengan para Mujahideen yang bersama-sama dengan beliau ke Afghanistan, pada awal 1995. Pada ketika inilah peperangan di Chechnya meletus dan setiap orang keliru dengan pegangan agama bangsa Chechen dan kepentingan sudut keagamaan perang tersebut. Namun beliau tersentak apabila beliau melihat berita mengenai Chechnya di televisyen satelit pada suatu petang di Afghanistan:

“Apabila aku melihat kumpulan-kumpulan orang Chechen memakai kain lilit kepala dengan 'Laa ilaha illallah...' tertulis di atasnya dan melaungkan takbir, aku memutuskan yang Jihad sedang berlangsung di bumi Chechnya dan aku mesti ke sana.” kata beliau. Khattab telah disertai pula oleh beberapa orang daripada para Mujahideen Afghan yang bersama-sama dengannya sebelum ini dan mereka mula melatih penduduk tempatan Chechen dalam ilmu peperangan dan juga ilmu Islam. Mereka melancarkan beberapa operasi nekad ke atas Rusia di bumi Chechnya (Khartashoi, 1995; Shatoi, 1996; Yashmardy, 1996) dan di Rusia sendiri (Dagestan 1997 dan kini, 1999). Selepas Tentera Rusia berundur dari Chechnya pada musim luruh 1996, Khattab telah diberi penghargaan sebagai wira Chechnya. Beliau telah dianugerahkan dengan pingat keberanian dan ketabahan oleh Kerajaan Chechnya dan diberi pangkat rasmi sebagai Jeneral.

Khattab percaya akan Jihad melalui media. Beliau pernah dilaporkan berkata,"Allah SWT memerintahkan kita memerangi orang kafir sebagaimana mereka memerangi kita. Mereka memerangi kita dengan media dan propaganda, maka kita juga patut memerangi mereka dengan media kita.” Atas sebab ini, beliau berkeras agar setiap operasi beliau difilemkan [bukan lakonan tetapi difilemkan ketika operasi berlangsung]. Dikatakan bahawa beliau mempunyai sebuah koleksi ratusan kaset video dari Afghanistan, Tajikistan dan Chechnya. Beliau percaya bahawa perkataan semata-mata tidak mencukupi untuk menjawab tuduhan palsu media-media musuh. Beliau juga telah mengambil banyak keratan video kemusnahan Tentera Rusia dalam operasi Dagestan baru-baru ini, Ogos 1999, yang menunjukkan lebih 400 Tentera Rusia terbunuh, 10 kali ganda angka 'rasmi' Rusia, 40 orang askar terbunuh. Anda boleh melihat banyak video beliau dalam You Tube dengan hanya menaip nama beliau.

Khattab telah dikatakan oleh ramai umat Islam sebagai 'Khalid bin Waleed zaman ini'. Beliau benar-benar mengimani bahawa kematian beliau hanya akan tiba pada masa yang telah ditulis dan titetapkan oleh Allah SWT, tidak sedetik sebelum atau sedetik selepasnya. Beliau telah banyak kali melepaskan diri dari kematian dan cubaan membunuh beliau - cubaan yang paling hampir adalah ketika beliau sedang memandu trak empat tan Rusia, yang telah dibom oleh tentera Rusia. Trak tersebut telah meledak hingga berkecai tetapi Khattab selamat tanpa apa-apa kecederaan.

Beliau bijak, berani dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Beliau sangat disukai oleh para Mujahid pimpinan beliau, tetapi dikenali sebagai seorang yang tidak boleh dibuat main-main. Beliau selalu mengambil berat tentang tenteranya, menyelesaikan apa-apa masalah peribadi dan memberikan mereka wang dari sakunya sendiri agar mereka boleh berbelanja. Beliau mempunyai satu kumpulan komander yang sangat terlatih dan berpengalaman, setiap seorang mampu mengambil-alih peranan beliau sekiranya beliau gugur.

Di dalam satu nasihat kepada umat Islam di serata dunia, beliau pernah berkata:

“Perkara utama yang menghalang kita semua daripada berjihad adalah keluarga kita. Semua kami yang datang ke sini, datang tanpa kebenaran keluarga kami. Sekiranya kami telah mengikut kehendak mereka dan pulang ke rumah masing-masing, siapakah yang akan meneruskan kerja yang kami sedang lakukan ini? Setiap kali aku menelefon ibuku, malah sekarang pun, beliau akan memintaku pulang ke rumah, walaupun aku sudah 12 tahun tidak bertemu dengannya. Sekiranya aku pulang menziarahi ibuku, siapakah yang akan meneruskan kerja ini?”

Cita-cita Khattab adalah untuk terus berjuang menentang Rusia sehingga mereka meninggalkan setiap bumi umat Islam, dari Caucasus sehinggalah ke Republik Asia Tengah. Beliau pernah berkata,"Kita kenal Rusia dan kita tahu taktik mereka. Kita tahu kelemahan mereka; kerana itulah lebih mudah untuk kita menentang mereka berbanding tentera-tentera lain.”

Propaganda palsu pihak media menuduh Khattab melaksanakan tindakan 'terrorist' di serata dunia. Sesiapa yang telah membaca artikel ini dengan fikiran yang terbuka tentu sedar bahawa sikap Khattab adalah bersemuka dengan musuh secara berhadapan. Dan sekiranya memerangi tentera dan askar yang memusnahkan kehidupanmu, menjadikan wanita-wanitamu janda dan anak-anakmu yatim, bermakna 'terrorism', maka biarlah sejarah menjadi saksi bahawa Khattab memang 'terrorist'.

Pada 1979, Soviet Union menakluk Afghanistan. 20 tahun kemudian, tiada lagi Soviet Union, dan apa yang tinggal darinya sedang ditakluk semula oleh para Mujahideen yang bangkit untuk menentang penaklukan asal tersebut - mungkin inilah kesilapan paling besar sebuah kerajaan pada abad ke-20 ini.

Akhirnya beliau gugur syahid pada 2002 kerana pengkhianatan oleh rakannya sendiri yang menjadi tali barut Rusia dimana sepucuk surat mengandungi serbuk racun neurotoksin yang dikirimkan melalui Rusia Federal Security Service kepadanya membuatkan beliau terhidu dan dengan cepat menyerang jantung. Semoga beliau ditempatkan dikalangan para syuhada.
 

Surat terbuka kepada Dr Mahathir






18 Mac 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
Tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya masa depan, hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus berkuasa di Selangor baru-baru ini melampaui batas.

Kenyataan tersebut lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan itu menunjukkan beliau tertinggal jauh dari perkembangan politik tanah air. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama, lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu.

Dr Mahathir mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam dalam kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Kesucian agama Islam tidak mungkin terancam di bawah pentadbiran kerajaan PR yang akur, patuh dan  menghormati apa sahaja keputusan Sultan Selangor berkenaan kesucian dan pembangunan agama Islam.

Di Selangor, Jais memperoleh peruntukan paling tinggi di dalam Belanjawan Negeri, melebihi RM130 juta setahun di mana lebih RM405 juta (pembinaan masjid dan sekolah agama) dan lebih RM46 juta (baik pulih masjid dan sekolah agama) sepanjang tempoh 2008-2012.

Kerajaan negeri menaikkan elaun guru-guru Sekolah Kafa dari RM400 ketika pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1,300 hari ini. Pengiktirafan ini antara salah satu cara meningkatkan ilmu agama di kalangan anak-anak Melayu Islam sebagai pelaburan modal insan.

Sebaliknya pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz sering kali diugut dengan pembubaran. Rakyat di negeri ini masih belum lupa penghinaan tersebut jika mahu disebut satu persatu perlakuan Dr Mahathir terhadap agama Islam serta penghinaan terhadap umat Islam.

Kita sendiri yang akan terasa malu dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam kerana ada di antara kita bersikap jelik begitu. Tiba-tiba hari ini Dr Mahathir cuba menjadi jaguh agama.

Tidak dinafikan Dr Mahathir meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat asalnya membantu orang Melayu tetapi dasar itu ternyata gagal dalam pelaksanaannya kerana agihan kekayaan tidak adil dan tidak telus.

Amalan kronisme; memperkaya suku sakat sangat berleluasa dan ‘dihalalkan’ atas dasar menjaga kepentingan Melayu. Sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu tidak tercapai kerana salah guna kuasa dan kecurangan yang diamalkan.

Hanya segelintir Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno menikmati keistimewaan tersebut manakala masyarakat Melayu teramai ketinggalan dan kekal di takuk lama.

Melalui semakan rambang, kita dapati ratusan ekar tanah dimiliki Umno Selangor atas dasar Melayu dan Bumiputera. Apabila didedah di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, mereka dengan angkuh mengatakan apa salahnya mereka mengambil tanah ini kerana kononnya merekalah yang membangunkan negeri ini!!

Ratusan ekar tanah mereka peroleh hanya dengan membayar premium paling minimum RM100 setiap ekar. Kebanyakan tanah tersebut kini dimajukan dan dijual dengan harga ratusan juta kepada syarikat swasta yang bukan milikan Bumiputera.

Saya tidak bermaksud mempersoalkan pemilikan tanah oleh bukan Bumiputera tetapi sikap hipokrasi Umno begitu menjengkelkan. Peliknya, ketika menjual hartanah tersebut kepada syarikat swasta dengan keuntungan berlipat ganda, tidak pula mereka bertempek ‘Hidup Melayu”!!

Mengapa Dr Mahathir tidak menghalang pimpinan Umno dari menggadai tanah-tanah orang Melayu ini kepada orang bukan Melayu? Mana perginya kedaulatan, maruah dan harga diri orang Melayu yang dilaung-laungkan?

Kita mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar Tanah Rezab Melayu di bandar ditarik keluar dan dijadikan milikan bebas. Diganti dengan tanah di hujung kampung seperti di Panchang Bedena, Sabak Bernam serta di Hulu Selangor.

Maka terletaklah Tanah Rizab Melayu jauh dari kota kerana pada Umno, orang Melayu layaknya hidup terperosok di kampung-kampung. Kerana itu jugalah, apabila PR berusaha meningkat taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang memiliki aset bertaraf dunia seperti pembangunan Datum Jelatek, hiruk pikuk Umno membantah pembangunan tersebut dan mahu Melayu kekal berniaga di warung dengan bermentaliti pemilik gerai.

Dr Mahathir juga bertanggungjawab memperkenalkan konsep penswastaan di negara ini. Seperti DEB, penswastaan juga bermatlamat murni namun pelaksanaan tempang dan curang menjadi beban kepada rakyat tetapi syurga kepada kroni dan pimpinan Umno. Tidak terdengar satu ayatpun dari Dr Mahathir ketika rakyat Selangor berjuang berhabisan mempertahankan hak air mereka. Dr Mahathir berpura-pura seolah-olah hidup di dunia berbeza.

Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa PR mempunyai kekuatan politik untuk mengutip hutang-hutang tersebut? Sedarkah Dr Mahathir PR memulangkan jumlah RM390 juta tersebut kepada rakyat miskin di negeri ini yang sebahagian besar adalah orang Melayu?

Tidak terbayang di minda kita bagaimana beliau boleh menuduh PR akan menghancurkan orang Melayu kecuali kita menerima hakikat bahawa faktor usia melemahkan daya pemikiran beliau.

Seawalnya saya cuba untuk tidak mengingati kerosakan yang dilakukan Dr Mahathir pada kebanyakan institusi penting negara selama 22 tahun pemerintahannya.

Tetapi memandangkan beliau ghairah beraksi selaku ‘de facto’ Perdana Menteri mungkin kerana Perdana Menteri hari ini begitu lemah dan gagal maka rakyat terutama orang Melayu yang ‘mudah lupa’ perlu diingatkan bahawa insan bernama Mahathir yang memporakperandakan kesatuan orang Melayu khusus ketika peristiwa hitam Badan Kehakiman 1988 dan insiden Mata Lebam 1998.

Faekah Husin
Setiausaha Politik kepada
Menteri Besar Selangor

Anwar: 'Asyik guna isu ini untuk jatuhkan saya'


17 Mac 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
REMBAU – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal pihak lawan masih tidak jemu menggunakan isu sama untuk memburukkan peribadinya di mata masyarakat berikutan penyebaran gambar kontroversi terbaru yang dikatakan mirip wajahnya.

“Dulu perut buncit, tapi sekarang tak (dalam gambar kontroversi terbaru). Pihak lawan asyik guna isu ini untuk jatuhkan saya," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin akan terus dapat sokongan pengikutnya walaupun dilanda pelbagai kontroversi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya yakin, mereka yang tidak putus-putus mendoakan serta bersolat hajat untuk membebaskan saya pada suatu masa dahulu dalam isu yang sama, akan terus berdiri teguh bersama saya," katanya sempena Program Jelajah Rakyat di Kampung Pedas Tengah, di sini, malam tadi.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Anwar terlalu sibuk berkempen dan tiada masa untuk lakukan semua itu.

Katanya, PR menganggap perkara ditonjolkan itu taktik lama BN menjelang pilihan raya umum.

Menurutnya, skandal itu tidak berasas sama sekali melihat kepada kesibukan Ahli Permatang Pauh itu menghadiri program-program PR.

“Jika saudara ikut dia, seperti berapa orang wartawan ikut dia, saya ingat, wartawan pun pengsan, tak larat.

“Jadi saya rasa, kalau itulah taktik BN, tak perlu undi BN lagi. Kita perlu hentikan mengundi golongan seperti ini,” katanya.

Bekas KP SPRM akan mohon maaf kepada MB Selangor



SITI AZIELAH WAHI
18 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kes saman berkaitan dakwaan salah guna kuasa menteri besar itu, empat tahun lalu.
Permohonan maaf itu dijangka direkod di Mahkamah Tinggi di sini esok di hadapan Hakim Lau Bee Lan.
Abdul Khalid semalam berkata kepada media, pihaknya bersyukur ekoran persetujuan pihak berkenaan untuk memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataan yang dikeluarkan mereka berkaitan penyelenggaraan kereta peribadinya, dan pembelian 46 ekor lembu untuk sambutan Hari Raya Korban bagi kawasan Bandar Tun Razak pada tahun 2009.
Menurutnya, permohonan maaf secara terbuka itu sekali gus menamatkan kes saman terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia.
Menteri besar berkata, tuduhan salah guna kuasa itu tidak berasas dan mencemarkan nama baiknya sebagai seorang Muslim dan menteri besar.
"SPRM dan pihak polis perlu jalankan tugas secara profesional kerana sebagai menteri besar saya amat menitikberatkan integriti dan ketelusan," katanya.
Menurutnya, sepanjang lima tahun pentadbiran pemimpin Pakatan Rakyat, tiada seorang pun pegawai kanan kerajaan dan Exco Selangor dikaitkan dalam kes rasuah.
"Saya percaya ia akan menjadi elemen pertama kepada rakyat dalam pilihan raya umum tidak lama lagi," katanya.
Pada 27 April 2009 Abdul Khalid mengemukakan saman tersebut dengan menamakan Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Saman dikemukakan ekoran Ahmad Said telah membuat kenyataan mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu berhubung penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid berhubung penyelengaraan bagi kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu bagi Hari Raya Aidiladha untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Abdul Khalid.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa perkataan memfitnah yang dikeluarkan oleh Ahmad Said telah menyebabkannya diterbitkan oleh media, berniat untuk merendahkan kapasitinya secara peribadi dan rasmi.

Tahanan Palestin dibuang negeri ke Genting Gaza



GAZA CITY 18 Mac - Seorang tahanan Palestin di penjara Israel yang telah lama melancarkan mogok lapar, tiba di Gaza lewat petang semalam selepas menerima tawaran pembebasan daripada pegawai Israel.
Ayman Sharawna menerima tawaran untuk dibebaskan tetapi dengan syarat dia dibuang negeri dari Tebing Barat ke Genting Gaza selama 10 tahun.
Dia yang melintas sempadan di Erez disambut dengan ambulans Palestin yang membawanya ke hospital untuk diperiksa, menurut pegawai sempadan Palestin.
Sharawna adalah seorang daripada empat tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar selama beberapa bulan bagi membantah keadaan di penjara Israel, insiden yang mencetuskan kebimbangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU). - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130318/lu_09/Tahanan-Palestin-dibuang-negeri-ke-Genting-Gaza#ixzz2NszElKmI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tahanan Palestin mogok lapar di Israel dibebaskan



RAMALLAH 18 Mac - Seorang tahanan Palestin yang sedang menjalani mogok lapar di penjara Israel menandatangani satu perjanjian dengan Israel yang menyaksikan dia dibebaskan dan hidup dalam buangan di kawasan Gaza untuk 10 tahun.
"Tahanan itu, Ayman Sharawna yang telah melancarkan mogok lapar sejak pertengahan Julai lalu mencapai satu perjanjian dengan pihak Israel yang menyaksikan dia dibebaskan di Gaza selama 10 tahun," kata ketua Kelab Tahanan, Qadura Fares di sini, semalam.
Seorang jurucakap bagi Perkhidmatan Tahanan Israel mengesahkan perjanjian itu dengan pelaksanaannya dibuat semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130318/lu_02/Tahanan-Palestin-mogok-lapar-di-Israel-dibebaskan#ixzz2NsyunVHN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Haflah Ilmu

umno pandai bejanji sahaja akan tetapi tidak pandai menepati janji

MENTERI DALAM NEGERI MESTI LETAK JAWATAN.

janji dicapati

Shortcut ke China. Ada yang nak ke China? ^^v

Beringat lah ye adik adik yang suka sangat pakai contact lens sebab nak mata cantik.

Nasib baik admin tak teringin pakai lens. Beringat lah ye adik adik yang suka sangat pakai contact lens sebab nak mata cantik. Mata yang Allah bagi sekarang ni pun dah cukup cantik dah. Bersyukur lah ♥

Kisah Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat...



Dulu masa mula-mula naik jadi Menteri Besar Kelantan, Tok Guru arahkan gaji Menteri Besar dipotong separuh. rasanya ni semua dah maklum.

Pernah satu hari, tok guru tengok gaji dia, pastu dia hairan camne boleh ada banyak sangat ni, padahal dah potong separuh.Tanye punya tanya pegawai kewangan kata ni duit tambahan kepada elaun rumah 3000 sebulan. Menteri besar yang duduk rumah sendiri berhak menerima rm3000 sebulan. nak tahu Tok guru jawab apa??ni yang menarik.

Tok guru kata, hamba duduk rumah hamba sendiri, tak perlu bayar sewa, pastu Tok guru suruh pegawai kewangan kira balik banyak mana da duit elaun rumah ditelah dimasukkan dalam akaun Tok guru dan Tok Guru bayar balik duit tersebut. bukan saja yang bakal dimasukkan dimahsuhkan, tapi yang telah dimasukkan dalam akaun Tok guru pun Tok guru bayar balik.

maka jawabnya, nok cari mana Menteri Besor camni???seribu tahun belum tentu jumpe macam yang ada sekarang di Kelantan! 

Beberapa hospital di Aleppo, Syria memerlukan stok ubat-ubatan dengan SEGERA

STATUS INI PENTING DAN SEGERA!

Kami baru berhubung dengan sukarelawan kami di Bandar Aleppo, Syria melalui Skype. 

Beberapa hospital di Aleppo, Syria memerlukan stok ubat-ubatan dengan SEGERA. Kos adalah sebanyak USD 5,000 (RM 16,000) yang akan kami sampaikan melalui sukarelawan kami yang berada di Turki, Saudara Syafiq Shafii, seterusnya akan diberikan kepada wakil kami di dalam Syria dalam minggu ini. 

Status permohonan SEGERA dan PENTING. Sudah dua kali wakil kami dari sana menghubungi kami dan menyatakan permintaan yang sama. 

Jika ada seringgit dua dari lebihan wang anda untuk hari ini, sampaikanlah ia kepada kami agar kami boleh sampaikan pula kepada mereka. 

Kami buka tabung bantuan segera perubatan ke Aleppo, Syria ini sehingga TENGAH MALAM 20 Mac 2013 dan kami akan kemaskini jumlah yang terkumpul dari masa ke semasa. 

URGENT APPEAL!

USD 5,000 (RM 16,000) needed urgently for the hospitals in Aleppo, Syria. 

We will open the account for this appeal until 20th March 2013 midnight. We will update the progress time by time. 

Please SHARE and we have do something for Syrians. 

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions:

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

#Setiap sumbangan layak mendapat resit pengecualian cukai untuk tahun 2012. Sila emelkan kepada kami butiran diri seperti Nama Penuh, Alamat dan juga no. telefon serta bukti sumbangan untuk tindakan kami selanjutnya. Terima kasih.

Akai ada ka?

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad mendesak Tok Guru Nik Aziz undur diri? ORANG BUAT KERJA BAIK DISURUH BERHENTI ADA KAA PATUT?

Suatu pemandangan menarik di Kota Bharu

Suatu pemandangan menarik di Kota Bharu, ia seolah satu seruan buat UMNO untuk menjawab apa yang tertera pada billboard tersebut;

Kenapa perkasa,zulkifli nordin guna dewan sekolah guar perahu untuk hentam pr?

Kenapa perkasa,zulkifli nordin guna dewan sekolah guar perahu untuk hentam pr? Dewan skolah tu.. Umno perkosa ni paham bahasa x? kan dah kena dikepong dah jawablah ko perkosa ...

terimalah ko sbb guna dewan sekolah nak hentam PR ZUL ,PERKOSA UMNO

Guar perahu. Perkasa dikepong..

Guar perahu. Perkasa dikepong.. Amek hang.. Nk sangat!!Haha ini kalilah!!!! Pak brahim tgh susah hati tu..ank buah kna kpong

Panas...Senatak Zul Kulim kena perambat di Bukit Mertajam..



UMNGOK-Be End semakin terdesak..Sambil mengedarkan seratus ribu risalah fitnah...mereka cuba mengetest market.. Zul Kulim menjadi ayam tambatannya.. Modalnya seperti biasa tak lain tak bukan memburuk-burukkan DSAI..Tapi dia silap tempat..katak kurap sepertinya cuba masuk ke kandang harimau... Setiap patah perkataan yang diucapkannya disahut dengan laungan "Takbir" dan "Reformasi" oleh penduduk yang rata-ratanya penyokong kuat PR.. Tak sempat habis dia berucap penduduk yang hilang sabar mendesak dia berhenti...Kepungan dan pekikan orang ramai mengiring berambusnya sang katak UMNGOK ini.. Tambah menjadi kemarahan penduduk ialah UMNGOK menggunakan Dewan Besar SMK Guar Perahu.. Asal BN semua boleh... tapi kali ini boleh lingkup...kahkahkah

Ceramah Zul Nordin ,Mursyidul Am TIBAI, & Perkosa dikepung penduduk kampung

Ceramah Zul Nordin ,Mursyidul Am TIBAI, & Perkosa dikepung penduduk kampung ..diberitakan Pak brahim katak susah hati krn anak buah kena dikepong

di SMK Guar Perahu.. suasana di luar lebih ramai dari dalam.. sbb kena kepung.UMNGOK-Be End semakin terdesak..Sambil mengedarkan seratus ribu risalah fitnah...mereka cuba mengetest market.. Zul Kulim menjadi ayam tambatannya.. Modalnya seperti biasa tak lain tak bukan memburuk-burukkan DSAI..Tapi dia silap tempat..katak kurap sepertinya cuba masuk ke kandang harimau... Setiap patah perkataan yang diucapkannya disahut dengan laungan "Takbir" dan "Reformasi" oleh penduduk yang rata-ratanya penyokong kuat PR.. Tak sempat habis dia berucap penduduk yang hilang sabar mendesak dia berhenti...
Kepungan dan pekikan orang ramai mengiring berambusnya sang katak UMNGOK ini.. Tambah menjadi kemarahan penduduk ialah UMNGOK menggunakan Dewan Besar SMK Guar Perahu.. Asal BN semua boleh... tapi kali ini boleh lingkup.diberitakan juga polis telah menangkap 1 orang menyokong Pakatan Rakyat, punduduk kampung tidak mahu berganjak dari mengepong zul dan pengikutnya selagi pemuda itu dibebaskan...difahamkan 3 lori fru dikerah ke tempat kejadian seawal majlis bermula

Hidup Melayu..!!! tak mau laa..gaduh2 ni...setel luar la...bohhh

Tanya Zul Nordin!



Tanya sama Zul Nordin, apa sebab meroyan........?
Nanti jawab Zul Nordin, sebab soro dah nak miss.........
Tanya sama Zul Nordin, apa sebab gelabah......?
Nanti jawab Zul Nordin, parlimen dah sampai tarikh luput..........
Tanya sama Zul Nordin, apa sebab melalak,,,,,,,,,,,,?
Nanti jawab zul Nordin, kena cari makan............

Tanya sama Zul Nordin, apa sebab marah Anwar.............?
Nanti jawab Zul Nordin, Anwar tak kasi can............
Tanya sama Zul Nordin, apa sebab joint PERKASAM.........?
Nanti jawab Zul Nordin, tak ada pilihan..........

Tanya sama Zul Nordin, apa sebab minta maaf sama Mahathir................?
Nanti jawab Zul Nordin, mahathir mesti kena bodek..............
Tanya sama Zul Nordin, apa sebab bodek Mahathir.........................?

Nanti jawab Zul Nordin. kalau tak bodek, misslah RM..................
Tanya sama Zul Nordin, tak ingat mati ka...........................?
Nanti jawab Zul Nordin, peduli apa pasal mati, hidup biar senang dulu.............

End 

Ini Lim Guan Eng dah nyanyuk ke?

Seorang pengurus kereta terpakai berkata,
"Ini Lim Guan Eng dah nyanyuk ke? Kereta yang berusia
16 tahun ini masih dipakainya. Kalau bagi menteri2 BN
dah awal2 dijadikan teksilah!Ikut harga pasaran, kereta
ni memang nilainya tak sampai 10K, kan kerajaan negeri
Pulau Pinang dah beruntung banyak, kenapa tak sanggup
membeli sebuah kereta baru untuk Yang Dipertua ini?”

Saya terus menjadi bisu. Bolehkah kawan2 tolong jawab?

‘Keranda’ Tian Chua depan pejabat KEADILAN Melaka perbuatan biadap



MELAKA 15 MAC: Ibu Pejabat KEADILAN Melaka digemparkan penemuan objek menyerupai keranda tertera gambar Tian Chua ‘berdarah’ dipercik cat merah dan kalungan bunga, dipercayai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

Keranda yang diletak depan pejabat itu disedari Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Negeri, Mohd Yusof Abdullah kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Terkejut dengan penemuan itu, beliau menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada semua pimpinan KEADILAN Melaka.

Ketua Penerangan Negeri, Hairiz Nordin dihubungi berkata, SMS dari Yusof itu diterima beliau pada jam 7.36 pagi bersama kiriman gambar keranda tersebut.

Beliau menyifatkan perbuatan ke atas Naib Presiden KEADILAN itu biadap dan berniat jahat.

“Sebelum ini mereka ganggu ceramah Datuk Seri (Anwar Ibrahim). Sekarang mereka buat keranda Tian Chua pula, kejadian ini sangat memalukan dan biadap,” katanya.

Ditanya tindakan lanjut, Hairiz berkata, KEADILAN Melaka akan mengadakan sidang media di pejabat berkenaan berhubung serangan itu.

Katanya, mereka akan membuka semula rakaman litar tertutup (CCTV) pejabat itu untuk mengenalpasti pihak terlibat.

“Mereka tak akan terlepas, kita lihat bagaimana polis nak tangani kes ini,” sinisnya.

Sementara itu, Pengerusi KEADILAN Negeri, Shamsul Iskandar Md Akin dilapor berkata, kejadian berkenaan yang berunsur ugutan bunuh adalah yang pertama diterima Pakatan Rakyat Melaka.

Tian Chua dijangka ke Melaka pada 19 Mac ini untuk menjelaskan kepada rakyat berkenaan perkara sebenar mengenai kenyataannya berhubung isu Lahad Datu yang dimanipulasi menyebabkan beliau didakwa di bawah Akta Hasutan semalam.

Pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat... Pulau Pinang ini adalah paling cemerlang antara semua negeri di Malaysia

Hanya dalam tempoh 3 tahun saja, lebih 95% hutang yang ditimbun BN berjaya dilangsaikan daripada RM600.5 juta ke RM29.7 juta. Pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat... Pulau Pinang ini adalah paling cemerlang antara semua negeri di Malaysia. Ia juga telah diiktirafkan dalam laporan Ketua Audit Negera 2011.

SD 2 Bala : Majlis Peguam akan fail aduan terhadap peguam kanan



Vote · Comment · Send · Share
Majlis Peguam memutuskan untuk membuat laporan dengan Lembaga Dis...iplin Peguambela dan Peguamcara ekoran dakwaan berlaku salah laku profesional melibatkan peguam kanan Cecil Abraham.

Pengerusi majlis itu yang baru dipilih Christopher Leong (kiri) berkata, Bar juga akan mendesak pendakwaan dibuat, terutamanya oleh peguam negara, untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan dua anggota polis.

"Perkara ini diputuskan oleh mesyuarat majlis hari ini sejurus selepas perhimpunan agung tahunan (AGM) dan kami akan membuat laporan segera pada DB (lembaga disiplin)," kata Leong.

"Kami juga akan mengumpulkan kenyataan daripada (peguam) Americk Sidhu dan peniaga karpet Deepak Jaikishan. Terdapat beberapa bukti baru yang membawa kepada kes ini sejak akhir tahun lalu, dan kini.

"Jadi kami akan membuat laporan kepada DB minggu depan dan mendesak AG untuk membuka kembali fail. Seperti yang kamu tahu, diada motif jelas dalam pembunuhan ini."

Pemimpin Umno Yang Benarkan, Anwar Yang Dipersalahkan...



MENJELANG pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir, maka isu kalimah Allah perlu dimainkan semula ol...eh Umno bagi meraih sokongan orang Melayu untuk mengundi parti itu. Ingat! Propaganda Umno meraih sokongan menggunakan elemen 3R (Race, Religion, and Royal).

Para pembaca yang budiman, lihat bagaimana rakyat Malaysia terperangkap dengan isu agama (kalimah Allah) dimainkan oleh Umno untuk terus berkuasa. Cuba lihat di dunia dan seluruh dunia Islam tiada satu pun negara lain yang kecoh dengan isu kalimah Allah.

Malaysia satu-satunya negara yang kecoh dengan isu kalimah Allah di dunia ini kerana apa? Kerana hanya di Malaysia ada United Malays National Organization, Umno.

Isu kalimah Allah adalah isu Umno untuk menang pilihanraya, dengan tersebarnya isu ini maka rakyat akan sibuk mengamuk tak tentu pasal dan tidak sedar bahawa mereka dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Kerana itu pada waktu ini media-media kongkongan Umno sedang sibuk menjaja isu ini.

Israeli forces arrested 18 people on Sunday at dawn

Israeli forces arrested 18 people on Sunday at dawn

Israeli forces raided the Salfit village of Haris and detained Tamer Ayad Souf, Ammar Abed Souf and Ali Yassin Shamlawi, all aged 16.

In Beit Ummar, Ali Saed Ali Sabarneh, 17, Ali Ahmad Rashid Sabarneh, 16, and Jihad Nasser Mohammad Ikhlayel, 16, were arrested, and three people were detained in Haris, four in al-Yamun village in Jenin, one in al-Judeida village, one in Salem, one in Asira al-Shamaliya, one in Nilin, three in Beit Ummar, one in Saris, two in Hebron and one in Duheisha refugee camp.

Around 40 percent of Palestinian men living in the occupied territories have been detained by Israel at some point in their lives.
Archive pic

'Cegah sebelum parah'

'Cegah sebelum parah' itulah pesanan orang tua-tua dulu. Akibat dari sikap khianat terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat, Barisan Nasional khasnya UMNO me...mbiarkan dan memandang remeh isu kedaultan negara. Akhirnya hari ini, kita menyaksikan anggota keselamatan kita terkorban angkara sikap pemimpin yang khianat terhadap amanah untuk menguruskan kedaultan negara ini.

Kita bertanggung jawab kerana memberikan mereka ini kuasa. UBAH SEKARANG DEMI KEDAULATAN NEGARA

Kesian Fathul Bari, letak GAMBAR ja patahkan hujahnya [Tengok laa...]



Fathul Bari: Perpaduan Umno dan Pas perlu disegerakan

KOTA BAHRU - Perpaduan antara Umno dan Pas perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau berkata perpaduan itu bukan untuk mana-mana pihak membubarkan parti tetapi mewujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk kekuatan kepada Islam dan orang Melayu.


"Umno telah lama hulur tangan untuk perdamaian dan perpaduan ke arah kebaikan, sewajarnya Pas menimbang dan menerima tawaran tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah isu-isu semasa kepada Penceramah Penerangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Najib 'meniru' untuk kaburi mata rakyat - TG Nik Aziz



Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut soal dosa pahala sebagai meniru untuk mengaburi mata rakyat.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, sebutan berkait dosa pahala sinonim dengan perjuangan Islam tetapi agak kontra jika ia disebut oleh parti yang mempejuangkan kebangsaan.

Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan itu dibuat Najib hanya untuk menampakkan imej Islam pada perjuangan kebangsaan.

"Ini kita sebut tiru jenama. Kalau dalam korporat bila tiru jenama boleh bawa ke mahkamah. Bila tiru, maknanya barang ni adalah palsu. 

"Dosa pahala ini sebutan Islam. Dalam kebangsaan tidak ada dosa pahala, tidak ada syurga neraka. Bila kebangsaan sebut dosa pahala, dia meniru untuk mengelirukan rakyat,' katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang juga presiden Umno di Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Kelantan pada Jumaat lalu.

Najib dalam ucapannya antara lain menghukum tujuh dosa besar PAS terhadap rakyat dan umat Islam.

Mengulas lanjut, Tuan Guru berkata, amalan meniru ini pernah ditunjukkan dalam sirah Rasulullah SAW, apabila seorang munafik bernama Abdullah Bin Ubai yang sanggup membina masjid dirar semata-mata ingin menyaingi masjid Nabi.

"Dia tengok masjid Nabi ramai orang, dia pun buat masjid jugak yang dipanggil masjid dirar," katanya.

Terdahulu, ribuan hadirin hadir mendengar ucapan Tuan Guru sebelum merasmikan Expo Kelantan 2013 di sini.

Expo Kelantan 2013 telah bermula kelmarin dan akan melabuhkan tirai lewat petang ini.

Lebih 80 gerai pameran dan jualan disediakan untuk pengunjung.

Antara lain, objektif utama expo ini adalah bagi 'membawa' Kelantan ke Kuala Lumpur supaya masyarakat luar Kelantan dapat melihat sendiri wajah sebenar negeri Serambi Mekah itu selain hanya mendapat maklumat dari media arus perdana semat-mata.

Pejuang tanah adat tanding kerusi Parlimen Hulu Rajang, Sarawak



SARAWAK 18 MAC: Pejuang tanah adat, Abun Sui Anyit yang terkenal kerana membela rakyat tertindas akibat pembinaan Empangan Bakun, diumum bertanding kerusi Parlimen Hulu Rajang pada PRU 13.
Pengumuman dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungan Ketua Umum KEADILAN itu sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Hulu Rajang, malam tadi.
Sorakan gamat kira-kira 3,000 penduduk tempatan mengiringi pengumuman terhadap Abun, seorang peguam yang juga Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang.
“Kita tahu apa yang diusahakan Abun beberapa tahun ini. Beliau banyak berjuang terutama dalam isu Empangan Bakum yang merampas tanah adat orang Asal,” kata Anwar.
Beliau berkata, Abun memperjuang keadilan untuk seluruh penduduk terutama orang Asal di Hulu Rajang yang menjadi mangsa penindasan pemimpin BN.
Hadir sama, Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak, Ali Biju; Adun Batu Lintang, See Chee How; Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Sarawak, Paul Bian dan pimpinan lain.

Kita sebenarnya tertipu

Tahanan Palestin mogok lapar di Israel dibebaskan



RAMALLAH 18 Mac - Seorang tahanan Palestin yang sedang menjalani mogok lapar di penjara Israel menandatangani satu perjanjian dengan Israel yang menyaksikan dia dibebaskan dan hidup dalam buangan di kawasan Gaza untuk 10 tahun.
"Tahanan itu, Ayman Sharawna yang telah melancarkan mogok lapar sejak pertengahan Julai lalu mencapai satu perjanjian dengan pihak Israel yang menyaksikan dia dibebaskan di Gaza selama 10 tahun," kata ketua Kelab Tahanan, Qadura Fares di sini, semalam.
Seorang jurucakap bagi Perkhidmatan Tahanan Israel mengesahkan perjanjian itu dengan pelaksanaannya dibuat semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130318/lu_02/Tahanan-Palestin-mogok-lapar-di-Israel-dibebaskan#ixzz2Nqd3cWu0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Akai ada ka?

Malam Seni Untuk Perubahan di Kampung Baru

Malam Seni Untuk Perubahan di Kampung Baru malam tadi. Foto hebat oleh Abah Anas

TUKAR JATUHKAN KERAJAAN ZALIM PRU13

apa yang kita boleh ambik pengajaran dari runtuhnya stadium di terengganu??? kerajaan umno terengganu merobohkan masjid bujal ketika mereka mengambil alih pemerintahan kerajaan terengganu pada awal 2000. skarang umno membina stadium dan runtuh berkali2. banyak kejadian runtuhan berlaku di terengganu dalam tempoh pemerintahan kebelakangan ini.. adakah kita buta hati untuk menilai siapa umno????? KAU RUNTUHKAN MASJID NEGERI KAU AKAN RUNTUH! TUKAR JATUHKAN KERAJAAN ZALIM PRU13

tutup sebelah mata. reAliti

pemimpin kaya raya rakyat melarat

Mahathir akan menjatuhkan Umno, dan dalam kejatuhan itu, UMNO berkemungkinan besar akan membawa Mahathir bersamanya.


1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)

Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene

RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).

Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta. : Menteri Perlu Tanggungjawab

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion

Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyak RM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)
(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!
69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.

74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun. 

Bantu pengikut tinggalkan Sabah

Manila: Anak perempuan Jamalul Kiram III meminta Pejabat Peguam Negara (PAO) membantu pengikutnya yang dihalang meninggalkan Sabah, semalam.
Ketua PAO Persida Acosta berkata, Carolyn Kiram membuat permohonan itu bagi pihak Jamalul selepas bimbang nasib 31 daripada 523 saudara-mara mereka di Malaysia.
“Saya akan ke Tawi-Tawi bersama pasukan perubatan untuk bertemu dan memeriksa kesihatan mereka,” katanya.

Dalam surat bertarikh 13 Mac dan ditandatangani 31 pelarian terbabit, mereka mendakwa baru tiba di Bongao, Tawi-Tawi dari Sandakan.
Foto
ANGGOTA Keselamatan membuat sekatan di laluan masuk ke Tanjung Labian, Tanjung Batu dan Kampung Tanduo, semalam.

Mereka meminta kerajaan membantu saudara-mara masing-masing yang ditinggalkan di Sabah tanpa dokumen perjalanan sah.

Jurutera Jepun dikurung kekasih warga Filipina



Kuala Lumpur: Terpedaya dengan janji seorang wanita warga Filipina yang ingin berkahwin dengannya menyebabkan seorang lelaki warga Jepun datang ke Malaysia sebelum dia diculik dan dikurung dalam sebuah kondominium di Kajang.

Malah, mangsa berusia 51 tahun turut diminta menghubungi keluarganya meminta mereka membayar wang tebusan AS$50,000 (RM155,825) jika mahu dibebaskan.


Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan polis yang menyerbu kondominium terbabit dan menahan tiga lelaki warga Nigeria dan dua wanita warga Filipina, jam 9 malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa yang juga jurutera mengenali teman wanitanya melalui ruangan sembang di laman web beberapa bulan lalu.


Menurutnya, wanita terbabit berusia 30 tahun mengajak dia berkahwin dan meminta mangsa datang ke Malaysia untuk berjumpa menyebabkan dia bersetuju dan datang ke sini pada 12 Mac lalu.


“Bagaimanapun, mangsa yang tidak tahu dirinya diperangkap terkejut sebaik tiba ke sini apabila dia ditahan tiga lelaki tidak dikenali bersama teman wanitanya dan seorang lagi wanita.

“Mereka membawanya ke sebuah kondominium dan mengurungnya. Mangsa yang ketakutan merayu dilepaskan namun suspek mengarahkannya membayar wang tebusan jika ingin dilepaskan,” katanya.


Ku berkata, mereka juga memaksa mangsa menghubungi ahli keluarganya dan membayar wang tebusan itu melalui akaun bank di Filipina.

“Bagaimanapun, polis yang menerima maklumat kejadian itu membuat risikan sebelum menyerbu dua kondominium di tempat sama.


“Kami juga berjaya menyelamatkan mangsa, bagaimanapun seorang suspek lelaki cuba menyerang polis menyebabkan kami melepaskan tembakan dan mengenai kaki kanannya,” katanya.

Keluarga Kiram ditahan


Foto
Lahad Datu: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 orang yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 orang yang ditahan mengikut SOSMA,” katanya pada sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16, di sini, semalam.

Hamza berkata, pihaknya sedang menyiasat identiti dan latar belakang individu terbabit kerana percaya ada di antara mereka ahli keluarga Jamalul Kiram III yang menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu dan mengarahkan pencerobohan ke atas kedaulatan Malaysia.

“Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain.


ANGGOTA keselamatan meronda di simpang Sungai Merah dekat Kampung Tanduo dalam Op Daulat, semalam.


“Ini kita sedang siasat,” katanya sambil menjelaskan bahawa operasi membanteras pengganas yang menceroboh pantai timur Sabah sejak 12 Februari lalu, bukan hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram.

Warga Myanmar bersesak dalam bot 18 hari ke Malaysia


Warga Myanmar bersesak dalam bot 18 hari ke Malaysia

Sebahagian daripada 87 pendatang tanpa izin Myanmar termasuk wanita dan kanak-kanak yang ditahan ketika mendarat di Perairan Bagan Sungai Burong. - FotoMohd Shumor Mohd Amin
Sungai Besar: Dengan hanya bermodalkan RM350 seorang, seramai 87 pendatang asing dari Myanmar sanggup bersesak dalam bot kecil mengharungi lautan lebih 18 hari untuk mencari pekerjaan di Malaysia.

Bagaimanapun, hasrat mereka gagal selepas ditahan polis Sabak Bernam sejurus mendarat di kawasan perairan Sabak Bernam dekat sini.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohamad, berkata pendatang asing dari Myanmar itu termasuk tujuh wanita, tujuh kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan, ditahan dekat Bagan Sungai Burong.

Operasi cegah jenayah

“Anggota polis sedang menjalankan operasi pencegahan jenayah di Jalan Tujuh, Bagan Sungai Burong, dekat sini sebelum dimaklumkan mengenai kehadiran ramai orang dipercayai pendatang di kawasan pantai,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pendatang tanpa izin Myanmar berusia antara tujuh hingga 30 tahun itu dipercayai menyeludup masuk dengan menggunakan bot selepas 18 hari mengharungi lautan.

Noor Mushar berkata, polis bagaimanapun gagal mengesan tekong dan bot yang digunakan untuk menyeludup pendatang asing berkenaan ke negara ini.
Lima hari tak makan

“Ketika ditahan, pendatang berkenaan kelihatan tidak bermaya dan ada yang menyatakan sudah lima hari tidak menjamah makanan ketika dalam perjalanan ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati pendatang tanpa izin itu membayar RM350 kepada pihak tertentu bagi menaiki bot membawa mereka ke negara ini bagi mendapatkan pekerjaan.

“Tiada seorang pun daripada mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan pihak kami akan menyerahkan pendatang terbabit kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

cotation: Tiada seorang pun daripada mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan pihak kami akan menyerahkan pendatang terbabit kepada Jabatan Imigresen” Noor Mushar Mohamad, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam.

Krisis air Pahang semakin meruncing



Harakahdaily, 16 Mac 2013





KUALA LUMPUR: Sesuatu yang amat memalukan buat negeri kelahiran Perdana Menteri yang masih bergelumang dengan isu gangguan bekalan air sehingga ke hari ini.



Setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang, Huzir Sulaiman berkata, kerajaan negeri mengambil sikap mendiamkan diri walaupun Solidariti Hijau dan PAS negeri mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat di Negeri Pahang merupakan satu sikap yang amat mengecewakan.



Oleh kerana itu, ujarnya tidak ada pilihan lain buat Rakyat Pahang kecuali menolak Umno BN di dalam PRU13 ini.



“Negeri Pahang amat memerlukan mereka yang masih ada ‘telinga’ untuk mentadbir negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan.



Berikut kenyataan beliau berhubung masalah tersebut.



Selepas Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Andansura Rabu melahirkan kekecewaan beliau terhadap kegagalan pengurusan air di negeri itu pada bulan Ogos tahun lalu akibat kekerapan gangguan bekalan air setiap kali tibanya Ramadhan dan Syawal, 80 NGO dari seluruh negara yang berpayung di bawah Solidariti Hijau dan dipimpin oleh Zulkefly Mohamad Omar bersama-sama kepimpinan PAS negeri menyerahkan pula memorandum kepada Menteri Besar Pahang pada bulan Disember tahun lalu menuntut satu reformasi segera dilakukan terhadap tahap kualiti perkhidmatan yang mengecewakan dari Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (P.A.I.P) walaupun telah diswastakan beberapa tahun yang lalu.



Beberapa siri gangguan bekalan air di seluruh negeri Pahang sepanjang 2 tahun yang lalu telah pun disenaraikan di dalam memorandum yang diserahkan itu termasuklah potensi gangguan bekalan air kepada penduduk Kuantan dari operasi kilang Lynas yang dikatakan akan menggunakan 500 meter padu sejam bekalan air untuk operasi harian mereka.



Selepas penduduk Kuantan dihantui gangguan bekalan air sebelum ini akibat kerosakan teknikal di Loji Air di Empangan Kobat, paip yang kerap pecah di Felda Bukit Kuantan serta kerosakan sistem bekalan air ketika sambutan perayaan, penulis dikejutkan dengan rungutan beberapa penduduk dari Taman Bukit Pelindung dan Taman Alor Akar Kuantan semalam yang mengeluh dengan kekerapan gangguan bekalan air yang sudah berlanjutan selama beberapa minggu ini lebih-lebih lagi selepas Lynas memulakan operasinya.



Lebih 100 penduduk mengambil keputusan untuk melahirkan kekecewaan mereka secara terbuka kepada P.A.I.P petang semalam di Bukit Pelindung Kuantan, menuntut P.A.I.P untuk mengambil tindakan segera memastikan bekalan air yang stabil kepada kediaman mereka dalam tempoh 2 minggu dari sekarang sebelum satu tindakan susulan diambil terhadap P.A.I.P.



Malah mereka juga menuntut penjelasan P.A.I.P sama ada gangguan bekalan air yang sedang berlaku mempunyai kaitan secara langsung dengan penggunaan bekalan air yang tinggi dari kilang Lynas sehingga bekalan air dilihat seolah-olah dicatu oleh P.A.I.P untuk memastikan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada kilang itu.



Penduduk juga tidak boleh dipersalahkan kerana mempunyai beberapa andaian punca gangguan bekalan air kerana sehingga hari ini, sebahagian dari mereka masih tidak dimaklumkan oleh pihak yang berkenaan. Ramai yang tertanya-tanya, apakah puncanya? Dan sampai bilakah masalah gangguan bekalan air ini akan dapat diselesaikan?



Penulis selaku Setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS negeri ingin mendesak maklum balas segera dari pihak Kerajaan Negeri Pahang dan P.A.I.P terhadap memorandum yang diserahkan pada bulan Disember tahun lalu kerana sehingga hari ini, tiada satu pun maklum balas yang diterima oleh Solidariti Hijau dan PAS Negeri seolah-olah ia dibakulsampahkan oleh mereka walaupun cadangan penambahbaikan yang telah banyak disenaraikan dalam memorandum itu adalah untuk kebaikan seluruh rakyat di negeri ini.



Mengambil sikap mendiamkan diri walaupun Solidariti Hijau dan PAS negeri mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat di Negeri Pahang merupakan satu sikap yang amat mengecewakan.



Oleh kerana itu, tidak ada pilihan lain buat Rakyat Pahang kecuali menolak Umno BN di dalam PRU13 ini.



Negeri Pahang amat memerlukan mereka yang masih ada ‘telinga’ untuk mentadbir negeri ini. Sesuatu yang amat memalukan buat negeri kelahiran Perdana Menteri yang masih bergelumang dengan isu gangguan bekalan air sehingga ke hari ini.