Sunday, June 17, 2012
amat menyedihkan pemimpin kita tidak menunjukkan ciri2 kebaikan kpd rakyatnya...
Sedang rakyat dlm kesempitan utk meneruskan kehidupan dan menyara keluarga.., tp amat menyedihkan pemimpin kita tidak menunjukkan ciri2 kebaikan kpd rakyatnya...
Jika PAS ke Putrajaya, jangan tinggalkan artis - Aishah

Hazayani Zakaria, 02 Jun 2012
ALOR SETAR: Penyanyi popular tahun 90-an, Aishah yang menyertai PAS baru-baru ini meletakkan harapan kepada parti itu terus terus mendekati dan membimbing golongan artis.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) berkata, PAS harus memberi pencerahan kepada golongan artis untuk menggunakan medium hiburan sebagai dakwah kepada masyarakat.
"Bila PAS sampai Putrajaya, jangan lupakan artis di sini.
"Saya menyeru PAS bersabar dalam mentarbiyah golongan artis, bimbinglah kami untuk selamat di dunia dan akhirat," kata Aishah dalam nada sebak di hadapan lebih 50,000 yang hadir di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman, dekat sini malam tadi.
Aishah yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu dan Bahtera Merdeka juga yakin artis memainkan peranan yang besar untuk menarik masyarakat khususnya golongan muda mencintai Islam.
"Ceramah beri pandangan dari sudut intelek, muzik pula beri pandangan tentang perasaan.
"Golongan artis ada peranan mereka dalam menyampaikan, cuma cara penyampaian kadang-kadang membuatkan kita jauh dari Islam.
"Kita kena ramaikan ustaz dan ilmuan yg boleh bangunkan bidang seni supaya semua artis dapat berkarya berdasarkan al Quran dan hadis," katanya.
Aishah juga berkata, tindakan PAS memberikan peluang kepada golongan artis sepertinya untuk sama-sama berada di pentas ceramah membuktikan parti itu adalah untuk semua masyarakat.
"25 tahun saya berada di pentas hiburan. Malam ini saya sangat terharu diberi peluang berada di pentas PAS dan membuktikan PAS for everyone," katanya disambut laungan takbir dan sorakan semangat hadirin sambil mengibarkan bendera PAS di segenap ruang stadium.
Selain beliau, seorang lagi selebriti TV Al Hijrah yang memeluk Islam beberapa tahun lalu turut bersama-sama di pentas PAS malam tadi.
Muhamad Zaid yang berasal dari Sarawak bertekad mahu menjadi salah seorang yang memperjuangkan Islam.
"Saya datang sini ada matlamat iaitu untuk menjadi salah seorang pejuang Islam," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana memberi ruang kepadanya dalam himpunan tersebut.
Himpunan malam tadi turut diserikan dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Kemunculan beliau mendeklamasi puisi 'Anak Muda Garang' diiringi sorakan semangat anak muda yang memenuhi stadium.
Padang becak akibat hujan lebat pada sebelah petang langsung tidak menjadi halangan untuk orang ramai duduk di atas rumput sepanjang himpunan berlangsung.
template joomla

Sokongan Najib menjunam, tangguh lagi la PRU13?

http:// cenangau.blogspot.com/, 04 Jun 2012
Sokongan Najib menjunam 19% & 18%, tangguh lagi la PRU13?
Kalau tengok ke laporan kaji selidik yang Merdeka Center buat memang nampak sangat sokongan kepada Najib sebagai Perdana Menteri turun menjunam.
Kalau tengok ke angka dalam jadual macam yang aku salin tampal kat bawah tu nampak sangat penurunan mendadak terutama sekali untuk segmen pengundi cina dan juga untuk segmen berpendapatan sederhana.
Tapi kalau tengok ke peratus yang sokong Najib tu nampak macam Umno BN masih boleh menang, masih boleh menguasai Putrajaya kalau buat pilihanraya sekarang.
Tapi taktau la pulak, kalau Najib harap untuk dapat balik 2/3 parlimen, kalau takat sokongan macam jadual kat bawah tu nampak macam payah la nak dapat, kalau takat nak menang majoriti mudah memang boleh.
Apa pun, harus barang diingat, masa sebelum PRU12 rasanya takdak kajian yang buat laporan kemundkinan sampai 5 negeri BN akan kalah, macam tu jugak di parlimen aku tak pernah terbaca yang BN akan hilang 2/3.
Jadinya laporan macam ni boleh untuk dibaca, boleh untuk diambik tindakan tapi tak boleh untuk 'beriman', memang sangat-sangat tak sesuai.
Apa pun, kita tunggu sajalah tak kira bila pun Najb nak bubarkan Parlimen. Kuasa tu ada pada dia, kecuali la kalau tiba-tiba Agong berani untuk 'memaksa' atau 'menderhaka' kepada Perdana Menteri.
Setakat hari ni katanya tempoh yang paling popular yang ke depan ni adalah selepas Raya Puasa dan sebelum musim Haji. Parlimen mungkin dibubar dalam bulan puasa.
Apa pun, untuk laporan kajiselidik tu boleh baca di MerdekaReview atau baca terus di MerdekaCenter.
http://

—
memang bangang lagi bodo
Menteri Besar terengganu Ahmad Said kata, Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.katanya lagi selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.
Tambah beliau lagi sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.
Saya tidak pasti samada beliau sedar atau tidak ataupun memang bangang lagi bodoh taraf gaban bahawa semua gaji2 kakitangan kerajaan dibayar dengan mengunakkan duit rakyat bukan dengan duit UMNO...Adakah anda setuju dengan saya kalau saya katakan Undi atau sokongan seseorang terhadap sesuatu parti itu adalah hak setiap individual didalam negara demokrasi?Adakah anda setuju jika saya katakan bahawa mentality pemimpin Utama UMNO jauh ke belakang kalau dibandingkan dengan orang asli di timur Laste di kepulauan Indonesia?Apa komen anda?

Razak Baginda jual rahsia pertahanan bernilai 36 juta euro atau RM142 juta kepada DCNS
Peguam Perancis Joseph Breham yang bertindak untuk NGO Malaysia SUARAM memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok bahawa Razak Baginda pembantu rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjual rahsia pertahanan bernilai 36 juta euro atau RM142 juta kepada DCNS, pembuat senjata Perancis.katanya dokumen rahsia kepunyaan Tentera Laut Malaysia, penilaian ini adalah untuk mendapatkan kapal selam yang merupakan dokumen yang sangat sulit.Katanya lagi polis Perancis telah menjumpai bukti bahawa firma Terasasi telah menjual maklumat rahsia kepada gergasi tentera laut Perancis. Terasasi dikawal oleh Razak Baginda, yang telah dituduh bertindak sebagai proksi Najib dan mendapatkan 570 juta euro dalam bentuk sogokan dari kerajaan Malaysia dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion .Baginda dan bapanya Abdul Malim merupakan pengarah Terasasi. Terasasi telah diperbadankan di Hong Kong dan pada asalnya dikenali sebagai Penasihat dan Perkhidmatan Sokongan Kinabalu Ltd.Apakah perasaan anda bahawa rahsia kerajaan dan negara anda dijual demi untuk mendapatkan keuntungan peribadi pemimpin?Adakah anda setuju jika saya katakan bahawa rakyat perlu tumbangkan kerajaan yang ada demi untuk menyelamatkan negara tercinta ini?Apa komen anda?
Profesor mangkuk hayun
Profesor mangkuk hayun ini macam dirasuk jin dan terus naik berang dengan tanggapan dan pandangan mengatakan stail dan gaya hidup politik Tok Guru Nik Aziz adalah stail dan gaya Islam atau menempati gaya hidup Nabi Muhammad. Beliau marah tanggap itu sebaliknya menganggap apa yang Tok Guru Nik Aziz lakukan lebih merupai gaya hidup atau stail dajjal dan Iblis.Alasanya Nabi mengajak manusia kepada Allah sebaliknya Nik Aziz mengajak manusia bersama Pas. Dangkal, jahil dan 'biawak mampos' sungguh pemikiran dan pengamatan minda profesor ini terhadap politik. Jelas beliau jahil tidak dapat menilai dan mengupas serta memahami mantik perjuangan Nik Aziz. Ada juga profesor seperti ini di negara ini.
Nama Prof ini Nashoa merupakan anak Melayu pertama mendapat kelulusan sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne Australia. Sekarang beliau merupakan dekan di Fakulti di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd. (Sila rujuk: http:// mthago.wordpress.com/drn/)
Selain itu beliau juga seorang pemuja Mahathir Mohamad dengan mengarang syair, puisi dan lirik-lirik lagu menyanjung tinggi Mahathir Mohamad. Dari latar belakang aktiviti itu jadi tidak hairanlah kalau profesor ini bertindak macam profesor gila.
Mohon Sinar harian anjurkan debat dengan prof in dengan Dewan ulamak Pas ataupun dewan pemuda pas malaysia Rakyat nak Tengok apa hujah dia??? Apa komen anda mengenai profesor kangkung ini?

Apa komen anda
Cuba anda baca apa kata mahathir dalam ruangan yang ditanda dalam gambar ini?Apa komen anda tentang kenyataan itu?
Dr Nasoha yang mengelar Tuan guru Nik Aziz sebagai Iblis.
Minggu lepas saya ada posting mengenai seorang profesor yang bernama Dr Nasoha yang mengelar Tuan guru Nik Aziz sebagai Iblis..Saya banyak menerima pesanan Inbox dari Friend FB saya dan yang bukan friend saya yang katanya amat mengenali Dr nasoha secara peribadi dan memaklumkan kepada saya siapa sebenarnya Dr Nasoha ini.Saya ingin berkongsi maklumat ini kepada anda semua!!!Kata mereka Dr Nasoha adalah bukan Prof,beliau hanya mempunyai master optometri dari Australia sahaja dan skg mengajar di twintech.Beliau juga aktivist tabligh yang dah mufarakah dan bawa haluan tabligh sendiri.Hanya Puak pencacai ni saja letak nama Prof manipulate orang yang ikhlas dalam berdakwah.Adakah anda bersetuju jika saya katakan bahawa Dr Nasoha tidak layak menberi apa2 fatwa atau pandangan syarie kerana beliau bukan ahlinya?Adakah benar Pangkat Dr optometri juga tidak digunakan di Malaysia?Apa komen anda?
Ummi Hafilda kata beliau telah menyerahkan "bukti baru" kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Ummi Hafilda kata beliau telah menyerahkan "bukti baru" kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan mengenai "pemilikan 20 akaun" didakwa milik abangnya Azmin dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan Rabu lalu.katanya SPRM akan membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun Anwar dan abang kandung saya sendiri iaitu Azmin, berdasarkan bukti baru itu.Isu 3 bilon ini didedahkan Dalam akuan berkanun yang diikrarkan di hadapan pesuruhjaya sumpah di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1999 itu oleh Abdul Murad bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia,menyatakan akaun tersebut diuruskan kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.TAHUKAH ANDA apabila siasatan oleh BPR ketika itu tidak ada sesuatu yang meyakinkan dan mendapati dakwaan itu tidak berasas atau sengaja direka-reka apabila dibawa ke mahkamah pada 11 November 2011.Bekas pengarah siasatan BPR Abdul Razak Idrus menyatakan perkara itu ketika memberi keterangan dalam perbicaraan pada November 2011 dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya pada masa itu, Datuk Abdullah Ahmad.Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.ADAKAH ANDA percaya dengan bukti baru UMI HAFILDA ini?adakah anda setuju jika saya katakan UMI HAFILDA ini hanya cuba meraih perhatian dan popularity murahan??Apa komen anda?
ahli didalam UMNO bengong2 belaka
Adakah maksud Tun Mahathir bahawa didalam UMNO sekarang tiada orang bijak atau lebih mudah difahami bahasanya semua pemimpin dan ahli didalam UMNO bengong2 belaka?Adakah doktor melayu yg dimaksudkan oleh tun itu memang mereka tidak berniat berada dalam UMNO walaupun besar mana pun pintu dibuka untuk mereka kerana mereka bukan mudah ditipu dan sebagainya?Apa komen anda?
Apa pendapat anda?
KALAU sebelum ini MCA bersungguh-sungguh mempertahankan bahawa operasi Lynas dijamin selamat kepada rakyat terutama yang duduk di sekitar kilang pemprosesan nadir bumi tersebut apabila menyedari bahawa kaum cina merupakan golongan yang ramai membantah kewujudan kilang tersebut, maka Presiden MCA, Chua Soi Lek terpaksa menukar pendiriannya.Dalam satu kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh akhbar milik MCA, The Star beliau bertegas membantah pengeluaran lesen Lynas oleh kerajaan sekiranya sisa buangan kilang tersebut tidak dibuang ke luar Malaysia.Inilah pemimpin flip flop sama seperti Najib Razak yang suka main sentimen politik bercanggah.Contohnya depan orang Melayu Najib kata DAP perkudakan PAS, tapi depan orang Cina, Chua Soi Lek kata PAS perkudakan DAP.
Sekarang ini BN terpaksa mencari negara-negara yang boleh diperbodohkan untuk menerima sisa buangan dari kilang Lynas di Malaysia.Adakah kata-kata Chui Soi Lek retorik sahaja demi menjaga hati kaum cina.Apa pendapat anda?
stretegi ini akan digunakan untuk merampas kembali negeri yang diperintah oleh pakatan
Adakah ini stretegi UMNO untuk kekal memerintah dan adakah stretegi ini akan digunakan untuk merampas kembali negeri yang diperintah oleh pakatan?Apa kata anda?
Barisan Artis Nasional
Baru-baru ini para artis di Malaysia telah menubuhkan satu Team yang digelar Barisan Artis Nasional (BAN). Ia ditubuhkan kononnya sebagai platform penggiat seni membantu mana-mana kerajaan negeri mempromosikan pelbagai produk pelancongan, kata Presidennya Datuk Mizal Zaini.Tak cukup dengan barisan nasional (BN) ada barisan artis nasional(BAN) pulak dah!!Difahamkan Adun Sungai Rapat, Kak Midah Osman menjadi penaung BAN ini.Apakah sebenarnya tujuan BAN ini ditubuhkan?Adakah untuk membantu UMNO meraih sokongan rakyat digunakan para artis ini atau hanya tinggal golongan ini sahaja yg menyokong Perjuangan Umno!!Apa komen anda?
Cincin siapa yang puan pakai,
Cincin siapa yang puan pakai,
Rakyatlah tidak diberitahu,
Rm24 juta harga bernilai,
Duit siapa yang puan sapu?
.... APA MACAM?
Rm24 juta harga bernilai,
Duit siapa yang puan sapu?
.... APA MACAM?
Bakal menantu PM nipu !!!
Bakal menantu PM nipu !!!!! Daniyar Nazarbayer warganegara Kazakhtan didakwa di mahkamah New York kerana menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS20 juta (RM62 juta) dan memasuki University Clolombia menggunakan dokumen palsu .... APA MACAM?
Sejak kepimpinan Mahathir hingga ke Najib -
Sejak kepimpinan Mahathir hingga ke Najib - Umno telah menjadi lubuk pencipta fitnah terutamanya terhadap pimpinan Pakatan Rakyat ..... APA MACAM?
... APA MACAM?
Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak (84 tahun) telah dihukum penjara seumur hidup kerana bersalah mengarahkan tentera membunuh 800 orang penunjuk perasaan yang lalu - Turut dihukum penjara seumur hidup bekas Menteri Dalam Negerinya Habib el-adli dengan tuduhan yang sama .... APA MACAM?
Kerana mengidam seulas nangka raja
Kerana mengidam seulas nangka raja - seorang perempuan menjadi mangsa - anak dalam kandungan turut sama teraninya - maka bangkitlah seorang Laksamana - kehendak raja tak siapa boleh menghalang - teriwayatlah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ... APA MACAM?
Borang bantuan TAYAR 1 Malaysia kini dah di edar..
Borang bantuan TAYAR 1 Malaysia kini dah di edar.. sesapa bawa teksi tu layak memohon.. ni last kopek pertolongan Najib kpd korang sebelum dia jatuh tersungkur.. kikiki
Cari sampah sara empat anak
Dalam rancaknya pembangunan pelancongan yang menyajikan pelbagai peluang pekerja di Langkawi masih terdapat lagi keluarga yang melalui kehidupan sukar akibat dicengkam kemiskinan.
Sinar Harian menyelami kehidupan Norazila Derani, 30, yang bekerja mencari sampah dan barang terpakai di pusat pengumpulan dan pelupusan sampah berdekatan Kampung Belanga Pecah.
Bertemankan seorang daripada anak perempuannya Nor yang berusia 8 tahun, Sinar Harian dibawa menemui ibunya di tempat pelupusan itu.
Kelihatan anak gadis itu cukup riang apabila dapat mencari ibunya dicelah-celah longgokan sampah.
“Emak ada orang nak jumpa, dia nak mai tanya mak, pasai apa tak tau”, katanya.
Bertahun kerja cari sampah
“Inil ah kerja saya selama ini memang payah la, tapi nak hidup kenalah buat kerja macam ni,” kata Norazila yang kelihatan letih kerana mengandungkan anak yang kelima.
Menurutnya, suaminya kini telah dipenjarakan dan segala perbelanjaan untuk menguruskan anak-anak, makan minum dan perbelanjaan sekolah semuanya ditanggung olehnya.
“Kalau tak kerja tak ada duit belanja, ini pun paling banyak dapat dalam RM20, kalau ada banyak dapatlah lebih sikit.
“Saya pun tak tahu macam mana, untuk anak kelima ini tak banyak yang saya dapat sediakan untuknya kerana beban yang ditanggung oleh saya sekarang cukup berat,” katanya.
Ketika ditanya berapakah usia kandungannya, SinarHarian agak terkejut apabila diberitahu sudah memasuki tujuh bulan.
“Saya terpaksa, tiada siapa yang dapat bantu. Kalau tak ada duit untuk bagi makan anak-anak lagi susah, biarlah saya tetap teruskan kerja ini selagi termampu,” katanya.
Norazila berkata, dengan kesukaran yang dialaminya sekarang, dia tidak mampu untuk membayar segala kos untuk membuat permohonan untuk mendapatkan bekalan api dan air di rumahnya.
“Saya mohon jasa baik pihak pihak tertentu atau pihak yang ingin membantu keluarga saya untuk mendapatkan kemudahan yang lebih baik.
“Semuanya bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak, sedih apabila direnung kembali keadaan kami,” katanya.
Ketika berkunjung di rumahnya, ternyata keadaan di sana sangat daif. Rumah mereka langsung tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik.
Difahamkan mereka mandi di kolam, elektrik pula Norazila terpaksa menumpang rumah orang tuanya yang berdekatan.
Kongsi pendapatan
Anak sulung Norazila, Mohamad yang kini berusia 11 tahun terpaksa mencari perbelanjaan tambahan dengan menangkul ketam di sekitar sungai berhampiran.
“Duit yang kami dapat dari ketam yang ditangkap kena bagi kat mak juga untuk bantu dia.
“Saya jual ketam semua pada orang kampung, dapat sikit duit untuk bantu keluarga dan buat belanja sekolah, kadang-kadang tangkul ketam saya kena curi, payah la sikit.
“Kesian kat mak kena kerja walaupun tengah sarat mengandung, selepas sekolah saya dan Nor kena jaga adik sampai la mak balik dari kerja,” katanya.
Ketika ditanya apakah yang akan dilakukan apabila dewasa nanti, dengan nada cukup yakin dia mahu menjaga dan menolong emaknya.
Dua lagi adik mereka yang berumur 5 dan 2 tahun agak pemalu dan kurang bercakap ketika temubual diadakan.
Rindu ayah
Nor berkata, dia cukup rindu dengan ayahnya. “Bila melawak dengan ayah cukup seronok, teringat juga kat dia,” katanya. Nor sempat juga menunjukkan kolam yang mereka gunakan untuk mandi dan membasuh pakaian.
Hampir 70 meter jarak dari rumah mereka ke kolam berkenaan.
“Kadang-kadang kami terpaksa ponteng sekolah kerana mak tak larat nak bangun. Mak kerja kuat sejak akhir-akhir ni, nasib baik tok wan (nenek) bantu kami semua kalau tidak lagi payah,” katanya kepada Sinar Harian.
Norazila bagaimanapun meminta mana-mana pihak yang prihatin agar dapat membantu mengurangkan bebannya dan anak-anak.
Cukup sedih melihat apabila dalam pembangunan ekonomi yang cukup rancak dan pesat yang ada di Langkawi ini masih lagi terdapat golongan yang susah dan daif terpinggir serta diabaikan.

TMJ: 'Kenapa hanya orang Melayu mahu jatuhkan Raja'
JOHOR BAHRU - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedih dan kesal dengan sikap segelintir masyarakat Melayu sendiri yang cuba menjatuhkan institusi raja.
Ketika menzahirkan pandangan itu menerusi mesej Twitter hari ini, baginda turut menyuarakan rasa bimbang terhadap nasib masyarakat Melayu sekiranya negara ini menjadi seperti Singapura.
“Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup.
“Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja,” tulis baginda lagi menerusi Twitter.
Baginda juga bertitah agar golongan berkenaan sedar dan menerima fakta selain belajar untuk menghargai apa yang dimiliki seterusnya bersyukur.
“Janganlah hidup dalam mimpi. Bangun dan hadapilah kenyataan. Belajar menghargai apa yang anda ada dan bersyukur. Sesungguhnya tidak ada penawar kepada kebodohan,” titah baginda.
Tunku Ismail melahirkan pandangan baginda ini di sebalik isu berkenaan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan dengan pembidaan plat nombor pendaftaran oleh Sultan Johor, masih hangat diperkatakan.
Awal minggu ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap Mohammad Nizar berhubung isu itu.
Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’.
Semalam, Mohamad Nizar menghantar surat permohonan untuk menghadap Sultan Johor.

Imam Al-Aqsa mahu Malaysia terus tekan Israel - Nasional - Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Malaysia dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lain digesa terus memberi tekanan kepada tindakan Israel melakukan pencerobohan dan pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa.
Imam masjid itu, Syeikh Akrima S.A Sabri berkata Malaysia sentiasa prihatin dengan setiap isu Palestin dan diharap terus memberi tekanan terhadap tindakan Israel yang tidak berasas serta bakal memusnahkan Masjid Al-Aqsa.
"Malaysia antara barisan depan yang sentiasa menyokong perjuangan umat Islam di Palestin bersama 57 negara OIC perlu terus melakukan protes terhadap tindakan Israel ini.
"Protes (tekanan) oleh banyak pihak antarabangsa penting untuk menghentikan tindakan Israel itu," katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan kertas kerja pada Seminar Antarabangsa 'Fiqh Mentaati Pemimpin' di sini hari ini.
Beliau turut meminta semua pihak terus menyalurkan bantuan bagi meringankan beban rakyat Palestin.
"Ada dua bentuk bantuan yang amat diperlukan rakyat Palestin, bantuan pertama, yang saya sifatkan mampu disalurkan oleh individu serta tidak perlukan tindakan sebuah negara, ialah bantuan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan keperluan harian termasuk makanan serta perubatan, yang mana semua negara atau pertubuhan mampu untuk segera membantu rakyat Palestin," katanya.
Syeikh S.A Sabri berkata selain itu, bantuan yang disifatkan perlu namun mungkin mengambil masa ialah berkaitan persefahaman negara Islam sendiri untuk bersepakat membantu Palestin.
"Bantuan ini bersangkut-paut dengan tanggungjawab negara, bukan masyarakat atau penduduk, kesepaduan negara-negara Islam, permuafakatan antara mereka perlu untuk menyelesaikan isu pencerobohan yang terhadap Palestin, ini kerja negara untuk menentang Israel," katanya.
Sementara itu, seorang pembentang kertas kerja iaitu bekas Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Dr Hamed Mohamed Abdel Rahman berkata memandangkan Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam yang maju, ia perlu memainkan peranan utama menerajui dunia Islam membantu badan dunia menyelesaikan pelbagai krisis antarabangsa.
"Peranan Malaysia perlu diperluaskan lagi, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Annan sendiri telah mengakui Malaysia boleh dijadikan contoh kepada masyarakat dunia berhubung aspek kehidupan aman penduduknya yang berbilang kaum.
"Kofi Annan turut melihat Malaysia sebagai contoh sebuah negara Islam yang menggalakkan perpaduan di peringkat dunia, khususnya antara negara Islam dan dunia secara am," katanya sambil menambah secara peribadi, beliau melihat Turki boleh berperanan menerajui negara Islam, berdasarkan faktor geografi. - Bernama

Shura minta PM bantu tangani isu penindasan di Myanmar
ALOR SETAR - Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan membantu masyarakat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar yang kini ditindas dan diancam penghapusan etnik di negara itu.
Pengerusinya Abdul Ghani Samsudin berkata pihaknya telah menghantar surat kepada Najib dan berharap agar Perdana Menteri dapat memberi maklum balas berhubung surat mereka itu.
"Kami memohon bantuan Perdana Menteri supaya berhubung dengan pemimpin Mynmar dan negara Asean yang lain bagi menyelesaikan masalah ini.
"Kami juga meminta supaya sidang Parlimen membuat usul khas berkaitan isu ini dan meminta supaya kerajaan mengambil inisiatif menyuarakan keprihatinan kerajaan supaya Asean mengadakan persidangan khas tentang hal ini," katanya kepada pemberita selepas persidangan tergempar ulama Asean mengenai masalah umat Islam Rohingya di sini, hari ini.
Beliau berkata jika keadaan tidak berubah, pihaknya bersedia untuk menghantar sukarelawan untuk masuk ke Arakan bagi membantu masyarakat Islam yang ditindas di sana.
"Nasib orang Rohingya sangat terpinggir berbanding dengan nasib umat Islam yang lain dan belum mendapat perhatian sewajarnya. Jadi kami sudah membuat keputusan bahawa sebuah persidangan ulama sedunia akan diadakan bagi mengangkat isu ini supaya diberi perhatian di peringkat antarabangsa," kata Abdul Ghani.
Abdul Ghani berkata jika hanya diberi bantuan kemanusiaan sahaja, ia mungkin tidak menjadi kerana ia perlu seimbang dengan campur tangan politik.

"Semua ahli politik yang beragama Islam perlu bersatu merentasi sempadan parti politik untuk bersama-sama membantu saudara kita di Myanmar.
"Saya yakin isu ini boleh selesai jika semua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), parti politik dan anggota yang cintakan kebenaran dan keadilan hak asasi manusia bergabung.
Kita juga mesti ada stategi politik, sosial, ekonomi dan media serta ketenteraan jika mahu perkara ini diselesaikan," katanya.
Wilayah Rakhine di barat Myanmar mengalami pergolakan berikutan keganasan kaum dan agama antara penganut Buddha dan puak Islam Rohingya. Serangan berulang kali dilaporkan berlaku terhadap tempat beribadat, harta benda, dan kediaman masyarakat Rohingya Islam di Rakhine dalam tempoh beberapa hari lepas.- Bernama

Air: Campur tangan Pusat langgar undang-undang, kata MB
KUALA SELANGOR - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan campur tangan Kerajaan Persekutuan yang menidakkan kuasa Kerajaan Negeri dalam menangani isu air yang berterusan.
Khalid berkata, tindakan itu dianggap sebagai melanggar undang-undang yang diluluskan Kerajaan Persekutuan sendiri pada 2006.
Menurutnya, hak pengurusan air adalah di bawah kuasa sepenuhnya Kerajaan Negeri seperti yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
“Saya rasa Kerajaan Persekutuan tidak boleh untuk tidak melaksanakannya. Ini kerana dalam perlembagaan, air di bawah kuasa negeri tetapi pelaksanaan adalah persefahaman kedua kerajaan.
“Kita juga sudah membuat persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan dan saya berharap mereka tidak culas dalam melaksanakannya memandangkan kedua kerajaan perlu melaksanakannya demi kepentingan rakyat.
“Jika sekiranya mereka masih mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri semata-mata atas dasar politik, kita tunggu sahaja keputusan pilihan raya umum (PRU) nanti.
“Ini kerana saya percaya kuasa kehakiman rakyat akan membuktikan siapa lebih berhak mentadbir negeri ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Puteri INPENS International College di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyifatkan Kerajaan PKR Selangor hanya pandai berforum tetapi gagal menyelesaikan isu bekalan air.
Kenyataan ini juga dibuat berikutan Forum Air Selangor yang dikatakan berat sebelah kerana hanya dihadiri Exco kerajaan negeri, ahli-ahli Parlimen dari PR selain wakil media dan dan segelintir orang awam sahaja.
Kelmarin, Khalid menyifatkan forum bersama orang awam tanpa melibatkan wakil Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dianggap lebih relevan kepada rakyat untuk membuat pilihan lebih murah bagi mendapatkan bekalan air bersih, selain projek penyaluran air Pahang menerusi pembinaan Loji Rawatan Langat 2.
Katanya, Syabas tidak berminat untuk meneruskan perbincangan dalam forum dengan alasan utama mereka ada sebutan kes di mahkamah selain sementara Kerajaan Negeri kecewa apabila kementerian berkaitan juga gagal datang ke forum sama yang dianjurkan sebelum ini.

Defisit & Surplus
Defisit & Surplus
laporan audit: http://www.audit.gov.my/ index.php?option=com_conten t&view=article&id=121&Item id=82&lang=ms
laporan audit: http://www.audit.gov.my/
—
HANDBAG CROCODILE BIRKIN YANG BERHARGA RM 620.124.25
SEORANG RAKYAT BIASA KENA MENYIMPAN SEBANYAK RM14400 SETAHUN SELAMA 42 TAHUN 1 BULAN UNTUK MEMILIKI HANDBAG CROCODILE BIRKIN YANG BERHARGA RM 620.124.25 TETAPI TIDAK BEGITU PAYAH DAN TIDAK MEMERLUKAN MASA YANG SEBEGITU PANJANG UNTUK MEMILIKINYA ANDAINYA KAK SEMAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)