Wednesday, February 23, 2011

Gaddafi anggap dirinya syahid jika mati pertahan kekuasaan



23/02/2011 2:40am

TRIPOLI 23 Feb. - Muammar Gaddafi berkata, beliau sanggup mati di bumi Libya dan menganggap sebagai syahid kerana mempertahankan negaranya daripada pemberontak yang kini telah menguasai wilayah timur.
Gaddafi yang muncul dalam televisyen milik kerajaan dengan berpakaian jubah kelabu berkata, beliau tidak akan tunduk kepada diplomat, tentera dan penunjuk perasaan yang mendesaknya mengakhiri empat dekat pemerintahannya.
“Saya akan terus lawan,” kata Gaddafi yang memerintah Libya setelah pihak tentera merampas kuasa pada tahun 1969. - REUTERS