Sunday, July 7, 2013

" DETIK2 TERAKHIR SEORANG PRESIDEN MESIR YANG HAFIZ AL-QURAN, DR. MURSI SEBELUM DITAHAN "

WAJIB BACA : " DETIK2 TERAKHIR SEORANG PRESIDEN MESIR YANG HAFIZ AL-QURAN, DR. MURSI SEBELUM DITAHAN "

" ASTAGHFIRULLAH, Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR’ mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa.

“Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini,” bisiknya di dalam hati.

Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan.

Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu.

Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau.
“Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi,” pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu.

“Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu,” katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan tenang. 

Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku?

Wajah Abdel ditatap tanpa gentar.

“Tuan Presiden, kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini,” kata Abdel.

“Kamu langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir. Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir,” katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah.

Bergelar Hafiz dan dibesarkan dengan penuh didikan agama tidak memungkinkan beliau untuk bangkit menerajang tetamu tidak diundang itu. Tingginya pegangan agama beliau membuatkan dia menjadi insan paling sabar sekuat imannya.

“Tuan...rakyat, ulama, hakim dan anggota keselamatan, Perdana Menteri Hesham Kandil semuanya mendesak tuan untuk berundur. Terlalu banyak kesilapan yang telah tuan lakukan. Banyak jawatan kerajaan tuan serahkan kepada Ikhwanul Muslimin, masalah ekonomi gagal ditangani. Berundurlah!,” pinta Abdel.

“Kamu langkah mayat aku dulu!,” Mursi mengulangi kata-katanya itu.

Hakikatnya, puluhan kereta perisai telah ditempatkan di jalan-jalan utama sekitar bandar Kaherah. Puluhan khemah didirikan oleh penyokong anti Mursi dan pejabat Ikhwanul Muslimin juga sudah beberapa kali di pecah.

“Sekiranya tuan tidak mahu mengikut arahan kami, saya menggunakan kuasa sebagai menteri untuk mengarahkan tuan dan pengikut lain dikenakan perintah tahanan di rumah. Tuan dan pengikut lain tidak dibenarkan keluar, semua talian media dan telefon terpaksa diputuskan. Ini ARAHAN TERAKHIR KAMI!,” katanya dan terus berlalu meninggalkan Mursi.

“Jangan susah ALLAH sentiasa melindungi kita dan ada penyelesaian untuk masalah ini. Anda jangan melawan dan hanya mengikut arahan sahaja, biarkan mereka berkuasa tetapi yakinlah ALLAH akan membantu kita,” katanya kepada pengikut beliau yang mulai kecoh.

Kira-kira setengah jam kemudian, sepasukan tentera komando menyerbu ke rumah itu mengacukan senapang ke arah ahli pergerakan Ikwanul Muslimin.

“Jangan halang tugas kami! Kami menerima arahan untuk membawa Mursi pergi!,” kata seorang komando. 

“Jangan! Jangan! Jangan! Tidak kamu tidak boleh buat begitu, Tuan Mursi tidak melakukan kesalahan dan atas tujuan apa dia ditangkap dan ke mana dia akan dibawa? Biarkan aku ikut serta, tangkaplah aku sekali, aku rela berjuang bersama dia?” teriak timbalan ketua pergerakan itu, Rashad Bayoumi.

“Itu bukan urusan kamu!,” balasnya.

“Tuan sila ikut kami!” Lengan Mursi digenggam dan pemimpin itu akur mengikut arahan.

Di ruang rumah itu jugalah puluhan media berkumpul untuk menjadi saksi penahanan Mursi.

“Tentera telah membawa Mursi pergi dan kami yakin Abdel tidak akan melayan tuntutan kami. Kami naif....Kami tidak sangka Jeneral mengkhianati Presiden yang melantiknya dahulu,” kata jurucakap Ikhwan Muslimin, Murad Ali kepada sekumpulan media.

“Anda yakin Mursi tidak akan meletakkan jawatan selepas ditahan?,” tanya seorang wartawan.

“Tidak! Kami dan beliau sanggup dipenjarakan, Mursi tidak akan memberikan kuasa kepada tentera,” katanya.

“Adakah anda sedar tempoh 48 jam telah berakhir tetapi kenapa Tuan Presiden masih berdegil?,” tanya wartawan itu lagi. 

“Wahai pemberita anda perlu tahu pada 23 Jun lalu arahan itu datangnya dari cetusan idea Duta Amerika Syarikat, Anne Patterson! Adakah kamu tahu, Asaad el-Sheikh dan Rifaah el-Tahtawy adalah sekutu AS. AS selama ini berpura-pura simpati terhadap nasib tentera Mesir berpangkalan Port Said dan Ismailia di Terusan Suez adalah SANDIWARA!

“Kamu tahu tujuan AS bersimpati adalah mahu mewujudkan sekutu tentera yang baru!, Adakah anda ingin membiarkan perkara itu berlaku? Di manakah maruah Umat Islam dan anda sebagai rakyat Mesir?” jelas Ali.

# Share kepada semua, biar semua tahu perkara sebenarnya berlaku ! WAJIB BACA : " DETIK2 TERAKHIR SEORANG PRESIDEN MESIR YANG HAFIZ AL-QURAN, DR. MURSI SEBELUM DITAHAN "

# Share kepada semua, biar semua tahu perkara sebenarnya berlaku !

Bersabarlah Wahai ibuku.. Demi Allah, Allah akan pasti memberi kemenangan kepada kamu.

Bersabarlah Wahai ibuku.. Demi Allah, Allah akan pasti memberi kemenangan kepada kamu.

Isteri Presiden yang sah Dr Mursi bersama anak-anak lelaki dan perempuan, juga cucunya sekarang sedang ditahan di tempat yang tidak diketahui dan mereka tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Pada hari ini berlakunya perhimpunan ‘Jutaan Keteguhan’ di seluruh negara.

Sumber : لا للانقلاب على الرئيس مرسي
#mesirkini

‎#mesirkini

Pengemis kecil merokok, bogel

Nanjing: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditemui mengemis dalam keadaan bertelanjang dan merokok di bandar raya ini sudah dihantar pulang ke kampungnya.

Gambar menunjukkan kanak-kanak itu melutut meminta sedekah di jalan raya di ibu negeri wilayah Jiangsu itu mengejutkan penduduk China sejak dua hari lalu.

Gambar kanak-kanak terbabit dan bapanya, Zhou Chonggao mengemis dikongsi puluhan ribu kali di laman sosial popular China, Weibo.

Polis menahan kanak-kanak itu serta bapanya, Rabu lalu dan menghantar mereka pulang ke kampung di Chenlong, 200 kilometer ke utara Nanjing.

Seorang pegawai kampung berkenaan berkata, pihak berkuasa tidak dapat memberi elaun bantuan kepada kanak-kanak itu kerana dia tiada surat beranak.

Usaha mendapatkan dokumen berkenaan bagaimanapun sudah dijalankan.

Sementara itu, kanak-kanak terbabit ketika ditanya mengenai tindakannya mengemis dalam keadaan bertelanjang berkata, dia lebih mudah mendapat wang daripada orang ramai dengan berbuat demikian. - Agensi

92 kahwin 22

Foto
MAJLIS perkahwinan Musali dan isteri barunya turut melangsungkan perkahwinan bersama dua cucunya.
Baghdad: Seorang petani Iraq berusia 92 tahun melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita 70 tahun lebih muda daripadanya di majlis perkahwinan bersama dua cucunya yang berusia belasan tahun, Khamis lalu.
Musali Mohammed al-Mujamaie mengahwini Muna Mukhlif al-Juburi dalam majlis yang berlangsung selama empat jam. Dua cucu Musali yang berusia 16 dan 17 tahun juga melangsungkan perkahwinan di majlis yang diadakan di utara Baghdad.

Musali berkata, hari istimewa itu sekian lama dinantikan dan perkahwinan cucunya ditangguhkan beberapa kali supaya mereka dapat berkahwin serentak.
“Saya gembira dapat berkahwin pada majlis yang turut menyaksikan perkahwinan cucu saya. Saya berasa seperti berusia 20 tahun,” katanya.

Musali mempunyai 16 anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertamanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu di Samarra.

Majlis diserikan persembahan muzik dan tarian serta tembakan senjata api selain dihadiri beberapa kabilah dan pemimpin agama tempatan. - AFP

Ancam guna keganasan

Riyadh: Sebuah kumpulan baru mengumumkan penubuhan mereka di Mesir dan menganggap tindakan tentera menyingkirkan Mohamed Mursi sebagai perisytiharan perang terhadap Islam.

Menamakan kumpulan itu Ansar al-Shariah, mereka mengancam menggunakan keganasan bagi mencapai matlamat melaksanakan undang-undang Islam. “Kami akan mengumpul senjata dan melatih anggota pertubuhan ini,” katanya di Internet, semalam.

Ia disiarkan dalam laman sesawang forum untuk militan di wilayah Sinai dan dirakam pertubuhan pemantau pengganas, SITE. Rampasan kuasa tentera pada 3 Julai lalu meningkatkan kebimbangan terhadap ancaman kumpulan aliran Islam akan memilih jalan ganas dengan mengangkat senjata. Penyingkiran Mohamed Mursi sendiri mencetuskan keganasan apabila sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh, kelmarin.

Mohamed Mursi presiden pertama Mesir dilantik melalui proses demokrasi tahun lalu ekoran kejatuhan pemimpin diktator Hosni Mubarak.

Selepas mengetepikan Mohamed Mursi, tentera memilih bekas Ketua Hakim Mesir Adly Mansour sebagai presiden sementara. Tentera turut menutup pelbagai stesen televisyen Islam di negara itu.

Ansar al-Shariah berkata, rampasan kuasa, penutupan saluran televisyen dan ke matian penunjuk perasaan semuanya mendorong “satu perisytiharan ke atas Islam di Mesir.” Ia menyalahkan golongan sekular, penyokong Hosni, penganut Kristian Koptik dan komander tentera sebagai dalang kekacauan di Mesir ketika ini.

“Berbanding memperjuangkan demokrasi, kami akan mengumpul senjata dan melatih umat Islam menghalang serangan musuh serta mengembalikan undang-undang syariah,” katanya. - Reuters

Ikrar terus adakan protes

Kaherah: Gerakan Islam Mesir berikrar terus mengadakan protes untuk menuntut tentera mengembalikan Mohamed Mursi ke jawatan presiden, semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi semalam, mereka berkata, orang ramai akan terus menyertai protes aman di Kaherah sehingga tentera berundur dan memulihkan kedudukan presiden yang dipilih rakyat. Sementara itu, tengah Kaherah terus tegang dengan penentang Mohamed Mursi bermalam di Dataran Tahrir. Kawasan itu pula diawasi pengawal yang dipilih dalam kalangan orang awam. Jambatan menuju Universiti Kaherah yang menjadi pusat penyokong Mohamed Mursi pula dipenuhi ketulan batu dan tayar terbakar selepas kedua-dua kumpulan bertempur, kelmarin. - AFP

30 maut

Kaherah: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam pertempuran di sekitar Mesir semalam ketika puluhan ribu penyokong Mohamed Mursi turun ke jalan raya membantah rampasan kuasa tentera.

Gabungan kumpulan Islam termasuk Ikhwanul Muslimin berikrar melanjutkan protes aman bagi mendesak tentera mengembalikan jawatan presiden kepada Mohamed Mursi. Di Sinai, kumpulan didakwa penyokong Mohamed Mursi menyerbu ibu pejabat kerajaan tempatan selepas berlaku tembak-menembak.

Saksi berkata, mereka kemudian menaikkan bendera hitam seperti digunakan militan al-Qaeda.

Sekurang-kurangnya 12 terbunuh di Iskandariah ketika penyokong dan penentang Mohamed Mursi bertempur di jalanan.

Sementara itu jurucakap Ban Ki-moon berkata, Setiausaha Agung PBB itu menyeru krisis Mesir diatasi secara aman.

“Tiada tempat untuk mana-mana pihak mengenakan hukuman atau mengecualikan pihak serta komuniti utama bagi mencari penyelesaian,” katanya.

Di Dataran Tahrir sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila kumpulan didakwa penyokong kedua-dua kumpulan berbalas tembakan. Keganasan mengendur apabila tentera memisahkan penunjuk perasaan menggunakan kenderaan berperisai. Jurucakap tentera berkata, mereka tidak memihak kepada mana-mana kumpulan.

“Misi kami memastikan nyawa penunjuk perasaan selamat,” katanya. Empat lagi penunjuk perasaan maut di luar Ibu Pejabat Pengawal Republik. Saksi berkata, seorang daripada mangsa ditembak di kepala. Di Sinai, lima polis ditembak mati kumpulan bersenjata dan seorang anggota kumpulan Islam pula membunuh seorang tentera dalam serangan membabitkan mesingan dan roket. Bandar El-Arish pula menyaksikan sekurang-kurangnya 16 orang cedera.- AFP

ALLAHUAKBAR.....

Tiga tahun tak tidur malam

Tiga tahun tak tidur malam
Shamsuri mengubati Ramlah yang mengalami masalah sukar tidur malam pada program rawatan oleh Pusat Rawatan Islam At-Tobibi di Sekolah Agama Rakyat Felda Kerteh 6, petang kelmarin.
FELDA KERTEH 6 – “Kadangkala rasa seperti orang letak guni berat di belakang leher saya,” kata isteri peneroka, Ramlah Ibrahim, 56, yang bersyukur kerana badannya terasa ringan selepas mendapatkan rawatan Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, petang kelmarin.

Ramlah bersama kira-kira 200 pesakit lain tidak melepaskan peluang mencuba perawatan Islam itu pada program rawatan kedua di Sekolah Agama Rakyat Felda Kerteh 6 selepas rawatan sama di Masjid Felda Kerteh 6, sebelum ini.

Ramlah yang menderita kerana tidak dapat tidur malam sejak tiga tahun lalu turut lega kerana hasil rawatan dilakukan, perawatnya yang juga Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Safie mengesahkan dirinya diganggu makhluk halus.

Berikutan gangguan itu, Ramlah tidak dapat tidur, selain mengalami kebas tangan dan kaki serta merasakan lehernya berat.

“Waktu sakit sebelum ini, 15 malam berturut-turut saya tidak dapat lelapkan mata. Seramai 12 bomoh saya berubat tapi mungkin sebab tak serasi masalah berlarutan.

“Apabila tak dapat tidur, ketika baring saya rasa macam ada ‘benda’ berbisik di cuping telinga dan ia buat saya benar-benar takut,” katanya.

Ibu kepada lapan anak ini juga bersyukur kerana digerakkan hati untuk berubat secara Islam, seterusnya merungkai pertanyaan yang bermain di benaknya selama ini.

“Apabila diserang sakit sedemikian, saya juga khuatir masalah disebabkan saka atau seumpamanya kerana kita tidak tahu semua itu, tapi alhamdulillah saya hanya mengalami gangguan makhluk halus,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Semai Bakti, Anuar Husain yang bekerjasama menganjurkan program rawatan itu berkata, program sama dirancang akan diadakan selepas Aidilfitri nanti kerana mendapat permintaan penduduk setempat.

Sebelum sesi rawatan bermula, turut diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah berkenaan, disertai seramai 48 penduduk setempat.

Orang ramai diharapkan jangan mendekati Medan Tahrir hari ini.

Terkini : Penyokong Dr Mursi menafikan mereka akan berkumpul di Medan Tahrir kerana mereka mendakwa bahawa tempat itu telah pun dicemari oleh kumpulan fulul (pembangkang Dr Mursi). Oleh itu, semua khabar angin yang mengatakan bahawa penyokong Mursi akan berkumpul disitu adalah palsu. Hal ini kerana fulul ingin mengheret mereka ke arah keganasan hari ini.

Orang ramai diharapkan jangan mendekati Medan Tahrir hari ini.

*Kumpulan penyokong Dr Mursi akan berkumpul hampir di semua dataran kecuali Medan Tahrir sahaja - EgyptWindow

Gambar : Dataran Tahrir
Sumber : https://www.facebook.com/Morseyooon
‎#mesirkini

SNC gagal lantik pemimpin baru

SNC gagal lantik pemimpin baru
Mesyuarat yang bermula Khamis lalu masih gagal untuk menyatukan kumpulan pembangkang sejak dua bulan lalu.
ISTANBUL - TURKI. Kumpulan pembangkang Syria gagal melantik pemimpin baru mereka ketika mesyuarat yang diadakan di Istanbul, semalam.

Dua calon utama, tokoh puak yang mempunyai kaitan dengan Arab Saudi, Ahmad Jarba dan ahli perniagaan, Mustafa al-Sabbagh dilaporkan tidak berjaya memperoleh sebahagian daripada 115 undi ahli Majlis Kebangsaan Syria (SNC).

Difahamkan, SNC kini terbahagi kepada tiga kuasa pusat termasuk Ikhwanul Muslimin, puak Sabbagh dan blok yang disokong Arab Saudi.

April lalu, George Sabra dilantik sebagai pemangku presiden SNC tidak lama selepas Moaz al-Khatib meletak jawatan. 

Menurut laporan Press TV dalam perkembangan lain, tentera rejim Presiden Bashar al-Assad berjaya melakukan operasi menentang militan Takfiri sejak beberapa minggu lalu.

Awal bulan lalu, mereka turut menguasai semula bandar Qusayr di sempadan Lubnan dalam operasi tersebut selepas didakwa menerima bantuan daripada Hizbullah.

Kekesalan di sebalik kebanggaan Arab Spring

krisis mesir
Kepimpinan Mursi terus ditagih rakyat Mesir.
VETERAN Umno Malaysia yakin terdapat kuasa asing di sebalik penggulingan Presiden Mesir, Mohamed Mursi dengan menggunakan tentera sebagai 'alat'.

Kuasa Barat seperti Amerika Syarikat (AS) selama ini tidak senang dengan Mursi yang datangnya dari Ikhwanul Muslimin.

Mursi dilihat sebagai tokoh Islam yang boleh mengancam kuasa Israel dan bersama Iran, Mesir dilihat berpotensi untuk menjadi kuasa tentera terkuat di rantau Arab.

Keadaan ini juga tidak disenangi oleh setengah negara Arab dan rantau Teluk.

Sementara itu, peranan Ikhwan dalam menjatuhkan rejim Muamar Ghadaffi di Libya, Tunisia dan Algeria dilihat sebagai ancaman kepada negara Teluk yang masih kuat dengan sistem berajanya.
Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Mesir setelah Hosni Mubarak digulingkan.

Rakyat Mesir yang mimpikan satu negara makmur akhirnya berdepan dengan  masalah.

Industri pelancongan merudum. Harga barang naik melambung. Pengangguran bertambah dan lain-lain lagi.

Keadaan yang sama juga berlaku diLibya setelah Ghadaffi digulingkan.

Mereka yang bangga dengan Arab Spring akhirnya berkesudahan keluar dari mulut harimau masuk ke mulut naga.

Veteran berharap apa yang berlaku di Mesir akan menjadi contoh dan tauladan kepada rakyat Malaysia yang ghairah dengan Bersih dan Blackout yang juga ditaja dan disokong oleh kuasa asing dengan menggunakan pembangkang.

Kita juga akan mengalami keadaan yang sama seperti di Mesir malah akan lebih teruk kerana kita mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang bangsa, keturunan, budaya dan agama.

Semestinya rakyat Malaysia bertindak bijak dan rasional di dalam menangani isu tidak puas hati kepada Kerajaan dengan cara yang lebih sopan dan berperlembagaan.

Justeru itu, Veteran mendesak pembangkang supaya jangan bertindak tidak siuman mempengaruhi rakyat sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak setabil dalam negara ini seperti apa yang berlaku di Mesir.

Veteran juga mendesak rakyat Malaysia supaya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Mesir dan menolak usaha pembangkang untuk menimbulkan huru-hara dan kacau bilau di negara ini melalui gerakan perhimpunan dan demonstrasi haram jalanan.

Jangan menjadi alat kepada kuasa asing yang mahu melihat Malaysia hancur kerana yang menderitanya nanti adalah kita rakyat Malaysia.

Jangan hancurkan kemakmuran negara ini yang telah dibina hasil wawasan pemimpin yang melihat masa depan yang lebih cemerlang.

Datuk Mustapha Yaakub, 
Setiausaha Veteran Umno Malaysia

Snowden: Venezuela tawar suaka politik

CARACAS 6 Julai - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro semalam menawarkan untuk memberikan 'suaka politik kemanusiaan' kepada pembocor program perisikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden.
Sebelum itu, Presiden Nicaragua, Daniel Ortega turut menyatakan 'jika keadaan mengizinkan' negara itu akan memberikan perlindungan politik kepada pelarian AS itu.
Snowden kini berada di kawasan transit di lapangan terbang Moscow sejak hampir dua minggu lalu bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
Dia yang dikehendaki oleh AS kerana mendedahkan program pengintipan negara itu telah memohon suaka politik di 27 negara, tetapi beberapa negara Eropah menolak permohonannya awal minggu ini.
"Sebagai ketua negara republik, saya memutuskan menawarkan suaka politik kemanusiaan kepada Snowden untuk melindunginya daripada tindakan undang-undang yang dibuat empayar paling berkuasa di dunia.
"Kami menawarkan hak kemanusiaan antarabangsa ini untuk melindungi pemuda itu," kata Maduro.
Ortega dalam satu majlis awam pula berkata, negara itu mengamalkan sikap terbuka dan menghormati hak kepada suaka politik dan akan menerima Snowden jika keadaan mengizinkan. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130707/lu_08/Snowden-Venezuela-tawar-suaka-politik#ixzz2YKtD6WP5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Krisis Mesir: Rampasan kuasa dianggap batal

Krisis MesirJutaan penyokong Mursi berhimpun di Dataran Rabiatul Adawiah, timur Kaherah.
KAHERAH - MESIR.  Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr Mohammad Badie menyifatkan rampasan kuasa tentera terhadap Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi Mohamed Mursi tidak diiktiraf.

Pendirian itu ditegaskan di hadapan jutaan penyokong Mohamed Mursi yang setia berkubu di Dataran Rabiatul Adawiah, timur Kaherah sejak hari penahanan beliau.

“Kami hanya menerima Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah dan kami tidak berganjak dari prinsip ini. Kami menolak rampasan tentera, semua urusan dan perkara berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diiktiraf.

“Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu, tetapi percayalah peluru anda tidak dapat menembusi kami!” katanya dan pada masa sama kelihatan enam helikopter
berlegar di kawasan dataran itu.

Menurutnya, penyokong Ikhwanul Muslimin berikrar membawa Mursi kembali ke tampuk pimpinan dan terus menerajui Mesir.

“ALLAH membantu Mursi dan membawanya kembali ke Istana Presiden. Percayalah kuasa ALLAH, ALLAH Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui kesusahan dan kesedihan rakyat Mesir ketika ini,” katanya dipetik Al Jazeera

Menurutnya, kehilangan Mursi dan nasibnya menjadi tanda tanya seluruh rakyat dan negara Islam lain di dunia.

“Kami merayu, tolong kembalikan Mursi sebagai Presiden dan Ikhwanul Muslimin sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu. Saya tidak lari dan kami tidak akan lari. Kami pendukung revolusi yang sentiasa terbuka.

Sementara itu, Naib Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Isam Iryan, mengeluarkan kenyataan, penyokong Mursi tidak akan meninggalkan Dataran Rabiatul Adawiyah hingga Mursi dibebaskan.

Tentera tembak penyokong Mursi

Tentera tembak penyokong Mursi
Ratusan penyokong Mursi cedera di sekitar bandar Mesir.
KAHERAH - MESIR.  Kira-kira 30 terbunuh manakala lebih 300 cedera semalam dalam kejadian keganasan di seluruh Mesir apabila tentera bertindak bertempur dengan penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan tentera.
Agensi berita Mena melaporkan, pertempuran sengit berlaku di ibu negara, Kaherah apabila pasukan keselamatan bertindak menembak mati tiga penyokong pro Mursi di luar Ibu Pejabat Pengawal Republikan, lokasi terakhir Mursi ditahan komando tentera, Khamis lalu.

“Penyokong Mursi bertindak melemparkan mercun apabila kumpulan anti Mursi mula melakukan serangan dengan membaling batu dan botol ke arah mereka,” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu lagi, pertempuran sengit juga berlaku di Iskandarian selepas solat Jumaat hingga berlanjutan lewat malam semalam dan menyebabkan lebih 200 cedera.

Di utara Sinai El Arish, lima anggota polis maut apabila seorang lelaki bersenjata melakukan serangan diikuti di bandar selatan Assiut, sekurang-kurangnya seorang lagi meninggal dunia akibat ditembak anggota keselamatan.

“Akibat dari pertempuran itu, tentera mengisytiharkan darurat di Port Said, Suez dan Ismalia bagi mengelakkan lebih banyak kematian dan kecederaan. Angka korban dan cedera dijangka meningkat,” memetik laporan itu.

Seorang penyokong Mursi berkata, mereka tidak menerima dan tidak menyokong kerajaan sementara ini kerana Mursi masih lagi Presiden yang dilantik secara demokrasi.

“Kami mahu syahid! Kami sanggup mandi darah. Mursi perlu dibebaskan! Sekiranya kami mati ianya adalah untuk menegakkan sinar Islam di Mesir kerana kami mahu Hafiz terus memerintah bagi kesejahteraan dunia dan akhirat,” katanya. - Press TV

Di manakah Mursi ketika ini?

Mursi
Di manakah Mursi ketika ini?
Di manakah Mursi ketika ini?
Doa berterusan dari penyokong Mursi
SELEPAS tiga hari ditahan, banyak persoalan belum terjawab. Pertamanya, di manakah Presiden Mohamed Mursi ketika ini? Apakah nasib beliau masih hidup dan selamat di dalam jagaan tentera atau teruk dibelasah?

Bagaimanakah pula nasib isterinya, Dr Najlaa dan anaknya yang diketahui terputus hubungan sejak penahanan komando tentera di rumah Pengawal Keselamatan Republik Khamis lalu atau Mursi menerima  nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.

Tetapi pendakwaan atas kesalahan apa yang Mursi telah lalukan?

Segala persoalan ini belum terjawab dan membawa kepada banyak pertumpahan darah di Dataran Raba’ah dan kawasan sekitar Tahrir.

Sejak penggulingan Mursi, lebih 30 nyawa melayang termasuk tiga daripadanya ditembak tentera manakala lebih 300 cedera akibat dirempuh anggota keselamatan dan kumpulan anti Mursi di seluruh Mesir hingga menyebabkan bandar Port Said, Suez dan Ismalia darurat.

Dua hari selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara Mesir, Adly Mansour mengumumkan pembubaran Parlimen dan menggantung Perlembagaan hingga tarikh pilihan raya ditetapkan.

Apa berlaku seterusnya?

Ketika Mursi memenangi Pilihan Raya Presiden 30 Jun lalu, beliau meraih 5.7 juta undi dalam pusingan pertama dan 13.2 juta dalam pusingan kedua, sekali gus menyaksikan gerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti sayap Parti
Kebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh lebih 10 juta undi ketika Pilihan Raya Parlimen.

Pilihan raya itu dilakukan penuh cabaran demi mendapat demokrasi  tanpa pertumpahan darah atau pemimpinnya ditangkap lalu disumbatkan ke dalam penjara atau lebih senang, dibunuh sahaja.
Parlimen Mesir diterajui Mursi kini dikhianati! Pemimpin kanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang dilantik oleh beliau akhirnya merampas kuasa.

Beliau menuduh Mursi melakukan hasutan keganasan, perang saudara, gagal menangani masalah ekonomi dan tidak menunaikan janji pilihan raya serta hanya melantik ahli Ikhwanul Muslimin untuk menduduki jawatan kanan.

Kejatuhan Mohamed Mursi dilihat sebagai kejatuhan kerajaan Islam dan matinya demokrasi di Mesir. Kejatuhan beliau turut memusnahkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang telah kukuh sehingga ke tahap ini selama lebih 80 tahun.

Ini adalah kerana Mursi merupakan Presiden pertama negara itu dipilih rakyat secara demokrasi dan sedang berusaha membina kerajaan berasaskan Islam di Mesir, selepas kejatuhan Hosni dalam kebangkitan rakyat pada 2011.

Tetapi apakah nasib Mesir selepas ini, Presiden sementara mula membuat barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. 

Dari Panglima Tetera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid, semuanya mempunyai kaitan dengan Israel. Malah tidak mustahil, sekiranya bekas Presiden Mohamed El Baradei diangkat semula sebagai Presiden. Semua teka teki itu belum terjawab.

Dibunuh kejam seperti Sheikh Hasan Al Banna?

Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah cabang dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.

Sheikh Hassan dan pengikut pada asalnya bersatu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir serta membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai kerosakan akibat dari pengaruh Barat.
Pada awal penubuhannya, gerakan Ikhwanul Muslimin hanya menumpukan kepada isu keagamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi melihat kepada penyertaan keahlian semakinbertambah, ia beralih ke dalam sfera politik dengan melakukan protes terhadap kerajaan.

Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana melakukan perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi al-Nuqrashi pada 1948, sejurus dia mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwanul Muslimin.
Al-Banna sendiri dibunuh tidak beberapa lama kemudian. Penyokongnya mendakwa pembunuhan beliau diarahkan oleh kerajaan.
Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap pada era 1950  selama berdekad di mana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan mengakibatkan ramai ahli berpindah ke negara lain dan ada di antara mereka dipenjarakan.
Selama 30 tahun kemudian Ikwanul Muslimin kembali berkembang seiring dengan perkembangan dalam minat mendalami agama Islam sama seperti yang berlaku ketika ini di Mesir dan mereka juga sedang giat memperkukuhkan sinar Islam di negara itu.
Atau dipenjara seumur hidup seperti Hosni Mubarak?

Di sebalik penahanan Mursi dan segala tuduhan tidak berasas itu, mungkinkan Mursi dipenjarakan seumur hidup sama seperti pemimpin diktator Hosni.
Bekas Presiden itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan nasib memalukan menimpa pemimpin kuku besi yang pernah mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad.

Hukuman berat ke atas bekas pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan meredakan ketegangan menjelang  pilihan raya Presiden ketika itu. Hosni merupakan pemimpin Arab pertama dibicarakan di negara sendiri.

Ketika keputusan dibacakan, Hosni tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya kelihatan gementar.

Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan Mubarak sebagai “30 tahun yang penuh dengan kegelapan.”

Menurutnya, Mubarak langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari dua tahun lalu.

Lebih 850 penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati dan beberapa bandar utama lain melancarkan gelombang kebangkitan rakyat dan peristiwa itu sama seperti apa yang dialami rakyat Mesir sejak 30 Jun lalu.

Kesimpulannya, sehingga kini tiada siapa tahu di manakah Mursi berada dan media juga disekat dari membuat liputan. Nasib isterinya hanya diketahui lewat kelmarin apabila menyatakan tetap berdiri teguh di belakang suaminya untuk menuntut keadilan dan pembebasan.

'Presiden' Baru Mesir Seorang Kristian, Memulakan Tugas

  Adly Mansour seorang Kristian

KAHERAH - MESIR. Bakal menjadi Presiden kerajaan interim Mesir, Adly Mansour memulakan tugas pertama dengan mengadakan perbincangan dengan ketua tentera dan pemimpin-pemimpin politik, semalam.

Beliau dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Tentera, Abdel Fattah al-Sisi, yang mengumumkan penyingkiran Mursi Rabu lalu. Mansour turut mengadakan perbincangan dengan bekas ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari agensi nuklear, ketua liberal dan beberapa pemimpin politik lain yang menentang Mursi.

Antara perkara yang menjadi perhatian ialah bagaimana mahu menangani isu krisis negara itu yang sudah mengorbankan 35 nyawa rakyat negara itu. Dipetik dari Reuters, dalam kejadian bantahan yang berlaku ekoran penggulingan Presiden Mohamed Mursi sejak 30 Jun lalu, sekurang-kurangnya 35 maut manakala lebih 1,000 cedera.

Bagi melaksanakan penyelesaian itu, Mansour dilaporkan telah memantau pelan tindakan tentera untuk pilihan raya dan menghabiskan hari pertamanya di pejabat Presiden di Itihadiya Palace. Sementara itu, media turut difahamkan, pihak tentera sudah diberikan sedikit maklumat mengenai tarikh pilihan raya namun tiada jangka masa dimaklumkan.
sumber

Krisis Mesir: Rampasan kuasa dianggap batal

Krisis Mesir
KAHERAH - MESIR.  Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr Mohammad Badie menyifatkan rampasan kuasa tentera terhadap Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi Mohamed Mursi tidak diiktiraf.

Pendirian itu ditegaskan di hadapan jutaan penyokong Mohamed Mursi yang setia berkubu di Dataran Rabiatul Adawiah, timur Kaherah sejak hari penahanan beliau.

“Kami hanya menerima Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah dan kami tidak berganjak dari prinsip ini. Kami menolak rampasan tentera, semua urusan dan perkara berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diiktiraf.

“Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu, tetapi percayalah peluru anda tidak dapat menembusi kami!” katanya dan pada masa sama kelihatan enam helikopter
berlegar di kawasan dataran itu.

Menurutnya, penyokong Ikhwanul Muslimin berikrar membawa Mursi kembali ke tampuk pimpinan dan terus menerajui Mesir.

“ALLAH membantu Mursi dan membawanya kembali ke Istana Presiden. Percayalah kuasa ALLAH, ALLAH Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui kesusahan dan kesedihan rakyat Mesir ketika ini,” katanya dipetik Al Jazeera

Menurutnya, kehilangan Mursi dan nasibnya menjadi tanda tanya seluruh rakyat dan negara Islam lain di dunia.

“Kami merayu, tolong kembalikan Mursi sebagai Presiden dan Ikhwanul Muslimin sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu. Saya tidak lari dan kami tidak akan lari. Kami pendukung revolusi yang sentiasa terbuka.

Sementara itu, Naib Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Isam Iryan, mengeluarkan kenyataan, penyokong Mursi tidak akan meninggalkan Dataran Rabiatul Adawiyah hingga Mursi dibebaskan.

Mujaahideen telah mengisytiharkan jihad terhadap Tentera Mesir!

Mujaahideen telah mengisytiharkan jihad terhadap Tentera Mesir! Jika anda tidak memberikan Islam kepada kami, kami akan mendapatkannya! Demi Allah Mujaahideen akan menang, InsyaAllah! Saudara-saudaraku, apa yang kamu fikirkan? Apa yang berlaku kepada saudara kita di Syria dan apa yang berlaku di Mesir... Adakah anda melihat ianya satu kaitan antara isu-isu ini? Kita berada dipenghujungnya. Mantapkan diri dengan iman dan taqwa. Doakan Mujahideen dalam doa kita. Allahu Akbar!!!

Demi Allah Mujaahideen akan menang, InsyaAllah!

Mujaahideen telah mengisytiharkan jihad terhadap Tentera Mesir!
Jika anda tidak memberikan Islam kepada kami, kami akan mendapatkannya!

Demi Allah Mujaahideen akan menang, InsyaAllah!

Saudara-saudaraku, apa yang kamu fikirkan?
Apa yang berlaku kepada saudara kita di Syria dan apa yang berlaku di Mesir... Adakah anda melihat ianya satu kaitan antara isu-isu ini?

Kita berada dipenghujungnya. Mantapkan diri dengan iman dan taqwa. Doakan Mujahideen dalam doa kita. Allahu Akbar!!!

Muhammad Subhi al-Haddad yang syahid

Ibu pejabat Jemaah Ikhwanul Muslimin di Kafr Syeikh menyatakan bahawa Muhammad Subhi al-Haddad yang syahid terkena tembakan senjata api petang semalam di hadapan Ibu Pejabat Polis Mesir merupakan salah seorang anggota Jemaah tersebut , beliau adalah anak kelahiran Bandar Balteem, Kafr Syeikh dan menetap di Kaherah. Beliau yang berusia 34 tahun merupakan ayah kepada dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Ayah beliau seorang polis yang bertugas sebagai pemandu Presiden di Ibu pejabat Polis. Wafa Hijazi, setiausaha Parti Kebebasan dan Keadilan Rakyat (FJP) Balteem berkata: Situasi genting itu berlaku apabila salah seorang penunjuk perasaan telah menggantung gambar Presiden Muhammad Mursi pada kawat berduri yang diletakkan oleh pihak berkuasa di hadapan istana, kemudian seorang anggota polis telah bertindak mengoyakkan gambar tersebut, beliau pun menegur perbuatan polis tersebut dan berlakulah pertengkaran antara mereka, kemudian selepas beberapa ketika kami mendengar bunyi tembakan dan kami melihat beliau telah terbaring kaku di tempat beliau berada. Jenazah sekarang berada di wad kecemasan Hospital Ta’min as-Sihhi di Madinat Nasr dan menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sebab kematiannya. Sumber: Ikhwanonline

INILAH SUARA RAKYAT MESIR YANG SEBENAR!!

TERKINI | MESIR | 7/7/2013 | waktu Malaysia jam 11.53malam |

Hari ini 7 Julai akan diadakan Perhimpunan 'Jutaan Keteguhan' yang bertempat di Medan Rabiatul Adawiah - Depan Bangunan Pengawal Republik. Perhimpunan ini bakal menghimpunkan seluruh Penyokong Presiden Mursi yang tidak bersetuju dengan penggulingan yang dilakukan oleh pihak tentera. Sehingga saat ini (waktu Malaysia jam 11.53malam), jumlah rakyat egypt yang berkumpul di dataran Rabiatul adawiah dan seluruh egypt semakin bertambah! sedangkan penyokong anti-morsi hanya berkumpul di Dataran Tahrir sahaja!

Sebahagian wanita menyertai perarakan Pro Mursi di hadapan bangunan Ibu Pejabat Pengawal Republik dalam keadaan siap memakai kain kafan.

Mereka bersedia menyerahkan nyawa mereka demi sebuah perjuangan!

INILAH SUARA RAKYAT MESIR YANG SEBENAR!!

*Kumpulan penyokong Dr Mursi akan berkumpul hampir di semua dataran kecuali Medan Tahrir sahaja - EgyptWindow

*Gambar terkini di dataran Rabiah

LIVE di dataran Rabiatul Adawiah!
http://mubasher-misr.aljazeera.net/livestream/

Ya Allah!! Kau berikanlah kemenangan Islam di Mesir, Syria dan diseluruh dunia!!

Gempa berukuran 6.0 melanda Sumatera

SEKUMPULAN lelaki menunaikan sembahyang di luar sebuah masjid yang rosak teruk akibat gempa bumi di Aceh kelmarin. Semalam, Sumatera dilanda gempa sekuat 6.0 pada skala Richter. Namun, tiada kerosakan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

JAKARTA - Satu gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter melanda wilayah Sumatera, Indonesia semalam, kata ahli seismologi Amerika Syarikat (AS).
Kejadian itu berlaku selepas beberapa hari gempa bumi menggegarkan wilayah Aceh yang mengorbankan berpuluh-puluh orang dan menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.
Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal AS, tiada amaran tsunami dikeluarkan. Tiada laporan kerosakan diterima selepas gempa itu berlaku di kedalaman cuma 23 kilometer di luar pantai barat daya kepulauan Indonesia itu.
Pusat gempa itu berlaku berhampiran kepulauan terpencil di Mentawai.
Seorang pegawai pusat meteorologi, iklim dan geofizik tempatan, Suharjono berkata, gempa bumi pada hari Sabtu (semalam) tidak mungkin menyebabkan kerosakan dan tsunami.
"Jika dinilai daripada magnitud gempa dan jarak dari pusat gempa ke daratan, saya tidak fikir gegaran itu akan memberi kesan yang signifikan," kata Suharjono yang mendakwa gegaran tersebut turut dirasai di dua wilayah di Sumatera. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0707&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2YJ5143Hb 
Hakcipta terpelihara 

As-Sisi memberitahu Emiriyah tentang situasi yang berlaku di Mesir

[As-Sisi memberitahu Emiriyah tentang situasi yang berlaku di Mesir]

Wakil pemberita Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat lepas berkata Presiden UAE Syeikh Khalifah Bin Zaid Ali Nahyan mendapat panggilan daripada Ketua Angkatan Tentera Abdul Fattah Sisi dan meyakinkan beliau terhadap situasi yang berlaku di Mesir.

Dan berkata wakil itu lagi, Syeikh Khalifah berharap agar Mesir akan sentiasa aman dan stabil, dan menekankan hubungan persaudaraan yang erat antara UAE dan Republik Arab Mesir dan peranan yang dipelopori Mesir dalam pelbagai bidang.

"Ketua Angkatan Tentera Abdul Fattah As-Sisi melahirkan rasa syukur dan penghargaannya kepada sahabat yang disegani, pemerintah Negara berkenaan dengan harapan hubungan diplomatik antara dua Negara ini akan menjadi bertambah baik”, tambah wakil pemberita itu lagi.

Dialog ini berlaku selepas ucapan Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi, yang telah memecat Presiden yang dilantik secara sah Muhammad Mursi dan melantik Ketua Mahkamah Konstitusi Mesir sebagai Presiden sementara dan membatalkan perlembagaan yang telah dibentuk hasil pungutan suara ramai.

Sumber : facebook.com/3agelmisr25
#mesirkini [As-Sisi memberitahu Emiriyah tentang situasi yang berlaku di Mesir]

Amerika Latin tuntut maaf

Cochabamba (Bolivia): Pemimpin beberapa negara Amerika Selatan menyuarakan sokongan terhadap Presiden Bolivia Evo Morales selepas pesawat beliau dipaksa mengubah haluan kerana disyaki membawa pembocor rahsia warga Amerika Syarikat Edward Snowden.

Mereka juga mendesak Perancis, Itali, Portugal dan Sepanyol yang enggan membenarkan pesawat membawa Morales terbang di ruang udara mereka memohon maaf.

Presiden Argentina, Ecuador, Suriname, Venezuela dan Uruguay berbincang dengan Morales di bandar Cochabamba untuk membantah tindakan keempat-empat negara terbabit.

Morales, ketika bercakap kepada wartawan berkata, beliau akan membuat pertimbangan untuk menutup kedutaan Amerika Syarikat di negaranya jika perlu.

Beliau sekali lagi menuduh Washington menjadi dalang dengan mendesak negara Eropah supaya tidak membenarkan pesawatnya terbang di ruang udara negara berkenaan Selasa lalu.

Morales dalam penerbangan pulang selepas menghadiri sidang kemuncak di Russia.
Ketika berada di Moscow, beliau menyuarakan kemungkinan akan mempetimbangkan permintaan suaka politik daripada Snowden. - AP

Hadiah untuk pengampun

Riyadh: Satu kabilah Saudi memberi hadiah bernilai lebih SR3 juta (RM2.52 juta) kepada seorang penduduk kerana memaafkan pembunuh anaknya selepas perbincangan dianjurkan oleh pemimpin kabilah berkenaan.

Mohsen bin Hadeed Al Mukati minggu lalu berada di mahkamah di Taif, barat Saudi untuk memaafkan pembunuh anaknya tanpa meminta wang darah.

Tindakannya menyebabkan hakim menarik balik hukuman mati ke atas pembunuh berkenaan.

Mohsen bersetuju untuk mengampunkan defendan yang membunuh anaknya dalam pergaduhan beberapa tahun lalu selepas perbincangan selama lebih setahun.

Perbincangan itu yang dikendalikan pemimpin kabilah terbabit dan beberapa kenamaan, berjaya memujuk Mohsen untuk menarik balik kes itu.

Anggota kabilah kemudian mengadakan jamuan besar-besaran untuk meraikan Mohsen kerana kesanggupannya memaafkan tertuduh. - AP

Penyelesaian cerai termahal di Britain

Foto
PAULINE
London: Bekas ratu cantik Malaysia mungkin menerima penyelesaian perceraian termahal di Britain selepas dia berpisah daripada suaminya.

Pauline Chai, 66, yang tinggal di sebuah rumah di atas tapak seluas 1,000 ekar di Hertfordshire menuntut separuh daripada kekayaan bekas suaminya, Khoo Kay Peng.

Khoo adalah seorang daripada ahli perniagaan terkaya di Malaysia.

Kes tuntutan itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi London semalam tetapi Khoo, 74, mahu ia didengar di Malaysia kerana dikatakan dapat memberi kelebihan kepadanya.

Media melaporkan, Pauline menuntut sejumlah £500 juta (RM2.4 bilion) daripada harta dimiliki Khoo.

Foto
KHOO
Jika kes berkenaan terus dibicarakan di Britain, Khoo mungkin terpaksa melepaskan 50 peratus daripada kekayaannya kepada Pauline, manakala perbicaraan di Malaysia mungkin tidak memerlukan dia membuat bayaran setinggi itu. Peguam Khoo berkata, membenarkan kes itu didengar di Britain akan memperluaskan peluang negara itu menjadi “ibu negara perceraian di dunia.” Khoo - Pengerusi Malaysian United Industries - memiliki hartanah di England, Kuala Lumpur dan Australia.

Dia juga memiliki 40 peratus pegangan dalam syarikat Laura Ashley yang kini mencatat jualan £286 juta (RM1.4 bilion) setahun.

Selain itu, Khoo adalah Pengarah Corus Hotels Limited yang memiliki 10 hotel termasuk Hotel Corus Hyde Park.

Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak.

Mereka membeli sebuah rumah dan tanah di Hertfordshire pada 1998 yang dikatakan dilengkapi sebuah taman haiwan serta dua tasik buatan bernilai £60,000 (RM286,600) setiap satu.

Pauline memfailkan petisyen perceraian itu di London pada Februari lalu atas alasan “perlakuan tidak munasabah.” Perceraian paling mahal di dunia sebelum ini berlaku pada 2008 apabila Beverley Charman diberikan £48 juta (RM229.3 juta) setelah rumah tangganya bersama John Charman - seorang ahli perniagaan insurans - berakhir. - Agensi

Khabar Mesir, ulama Azhar sertai himpunan

Nasaie Ismail,06 Jul 2013
(Antara ulama Al-Azhar yang turun berhimpun bersama rakyat mempertahan Morsi dan membantah rampasan kuasa oleh tentera)

Ramai sahabat bertanya khabar Mesir, saya tidak sempat mengulas atau melapor kerana bermacam halangan. Apapun 'game' belum berakhir. Apa sahaja perubahan boleh berlaku. Tugas kita berdoa pada Allah untuk saudara kita di sini. Kerana hari ini (Sabtu) genap 8 hari mereka berkampung di Medan Rabi'ah Al Adawiah dan hari ke 5 di Medan Nahdah berhadapan Universiti Qaherah (kumpulan Salafi pimpinan Sheikh Hazim Abu Ismail).

Jumlah mereka meningkat berganda selepas tentera mengumumkan rampasan kuasa. Bahkan hari ini himpunan di lebih 20 kawasan seluruh Mesir berjumlah jutaan manusia dengan kematian mencatat 30 orang. 12 orang sahaja di Iskandariah yang ditembak dengan peluru hidup oleh samseng terpelihara.

Keadaan ini amat mengejutkan perampas kuasa. Setelah dua hari ditamatkan siaran langsung semua channel di Dataran Rubu'ah, hari ini Al Jazeera dibenar membuat liputan penuh himpunan penyokong Mursi di seluruh negara khususnya di 4 tempat di Kaherah iaitu Dataran Rabu'ah, Universiti Qaherah, Jambatan 6 Oktober dan Bangunan Pengawal Republik (bertugas mengawal Presiden selama ini).

Bahkan saya temui lebih 10 Channel lain yang menyiarkan himpunan penyokong Mursi secara langsung pada hari ini. Ia satu kepelikan setelah semua media disekat membuat liputan himpunan Pro Mursi. Kepelikan kedua ialah kemunculan pemimpin kanan Ikhwan di pentas Medan Rubu'ah seperti Dr Muhammad Badi' (Mursyidul Am Ikhwan), Dr Isyam Rayyan (Naib Presiden FJP) dan Al Baltaji (bekas ahli Parlimen Ikhwan) dalam keadaan akhbar hari ini (jumaat) menyiarkan sekatan, tahanan dan cubaan melarikan diri ke atas pemimpin tersebut. Dr Badi' diberitakan hendak melarikan diri ke Libya dengan bantuan Ikhwan Libya. Tiba-tiba muncul berucap di Rubu'ah. Bohonglah akhbar-akhbar tersebut.

Saya tidak mahu mengulas keberangkalian yang menyeronokkan. Tetapi seorang sahabat dari Tanta memaklumkan tadi akhbar Washington Post menyiarkan berita bertajuk, 'Rampasan Kuasa Yang Gagal' dengan sub-title 'Tentera berunding kembali dengan Mursi'.

Wallahua'lam apakah benar atau tidak berita ini. Cuma boleh saya katakan, keputusan tentera itu bukanlah suatu yang mudah untuk segera selesai krisis ini kerana jutaan penyokong Mursi tidak berganjak malah bertambah ramai menguasai dataran-dataran seluruh Mesir.

Para ulama Al Azhar juga bertambah ramai keluar menyokong Dr Mursi dalam keadaan Sheikhul Azhar bersama keputusan tentera.  Apapun tugas penting kita ialah terus bermunajat kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa.

*Penulis adalah bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS yang kini sedang berada di Mesir
-harakah