Showing posts with label IMF. Show all posts
Showing posts with label IMF. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

IMF lewatkan rundingan pinjaman Mesir



Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya,04 Okt 2012
(Kunjungan Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde (tengah) bertemu pemimpin Mesir sebelum ini)

KAHERAH: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menangguhkan penghantaran satu pasukan rundingan ke Kaherah bagi membincangkan pinjaman bernilai USD4.8billion (EGP2.9billion), sementara Mesir melengkapkan program reformasi ekonomi Mesir, Menteri Kewangan Mesir dipetik sebagai berkata.

Mesir dijadualkan  untuk menerima satu pasukan daripada IMF pada akhir bulan September untuk membincangkan terma-terma pinjaman.

Mesir amat memerlukan sokongan kewangan untuk membantu keadaan ekonomi yang dilanda kegawatan sejak pemberontakan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tahun lepas.

Kerajaan Mesir perlu melengkapkan program tersebut sebelum rundingan pinjaman untuk menunjukkan kepada IMF bahawa Mesir adalah serius, Mumtaz al-Saeed, Menteri Kewangan memberitahu suratkhabar harian al-Borsa.

Dua paksi utama program ini adalah penstrukturan subsidi dan cukai, katanya.
Kerajaan sedang berusaha keras melakukan kajian dan program reformasi ini akan selesai tidak lama lagi, katanya.

Keyakinan bahawa pentadbiran Islamik baru yang bertindak pantas untuk mendapatkan pinjaman dan mengelakkan masalah fiskal telah membuatkan pasaran saham negara melambung tinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan hasil hutang kerajaan telah jatuh.

IMF menuntut Mesir menyediakan satu program yang akan mengecilkan bajet defisit yang telah meningkat sebanyak 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak pemberontakan menggulingkan Mubarak pada Februari 2011.

Kerajaan Presiden Mohamed Morsi berkata ia akan mengehadkan subsidi tenaga, kira-kira satu perempat daripada jumlah perbelanjaan negeri, dengan mensasarkan subsidi hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Perdana Menteri, Hisham Kandil berkata bulan lepas bahawa kerajaan merancang untuk memperkenalkan sistem kupon atau kad pintar pada bulan Oktober untuk memastikan bahawa golongan miskin, bukannya semua orang, mendapat subsidi gas memasak butana.

Kerajaan menjual kanister butana sebanyak 5 pound Mesir setiap satu, manakala kos pengeluaran sebenar adalah lebih dari 65 pound.

Al-Borsa memetik Mumtaz sebagai berkata, pasukan IMF tidak akan datang sehingga selepas mesyuarat tahunan IMF di Tokyo pada Oktober 9-14.

Kerajaan juga berusaha keras melobi untuk memulakan pelaburan ke dalam negara yang telah terbantut sejak pemberontakan.

Tiada menteri mahupun jurucakap IMF di Washington yang bersedia memberi komen.

Sunday, December 18, 2011

IMF: Tun Mahathir cuba alih isu

Muhamad Faizal
KUALA LUMPUR, 18 Dis: Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.
Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.

"Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya.

Tambahnya lagi pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.

Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan".

"Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'.

"Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri.

Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya.

"Beliau sepatutnya bersumpah yang beliau tidak pernah memohon bantuan dari Bank Dunia, dan jika laporan tersebut itu tidak benar maka beliau perlu mengambil tindakan undang-undang.

"Tapi adakah beliau seberani itu untuk bertindak, yang saya pasti beliau akan terus menyerang Anwar kerana baginya isu Bank Dunia sewaktu Anwar berada dalam kabinet beliau," kata Mahfuz.
IMF: Tun Mahathir cuba alih isu: