Wednesday, May 5, 2010

kalau tak cerita senang sikit polis nak menipu


Kesal tindakan saksi utama

Oleh Suraya Roslan
am@hmetro.com.my
2010/05/05
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Tindakan saksi utama kes kematian pelajar malang, Aminulrasyid Amzah, 15, mendedahkan butiran kenyataan yang dirakamkan percakapannya oleh polis dikesali kerana hanya akan menimbulkan lebih banyak kontroversi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata tindakan saksi penting itu, Muhamad Azamuddin Omar, 15, boleh mengganggu siasatan yang dilakukan dan menimbulkan pelbagai prejudis. “Itu dia punya versi... kita tengok di mahkamah nanti dia kena beritahu juga perkara sebenarnya.
“Pada saya, baik dia (Azamuddin) bicara melalui media saja jika dia mahu buat begitu, saya pun boleh berbuat demikian juga jika saya mahu,” katanya.

Musa berkata, beliau kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan perbuatan mendedahkan perkara itu menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

Mengenai keluarga mangsa yang mahukan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil, beliau menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menentukan. “Saya tidak mahu komen mengenai hal ini, tapi jika mahukan kerjasama kami, sudah tentu boleh saja kerana kita mahukan keadilan,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Khas Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena peringatan Hari Polis ke-203 di Bukit Aman, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan, Azamuddin dalam sidang media itu menceritakan apa yang berlaku sebelum dan selepas kejadian.

Syed Azidi - 'Bohong tidak tahu GMC wujud'


Penafian Pas semata-mata lindungi 5 individu - Syed Azidi
'Bohong tidak tahu GMC wujud'



KOTA BHARU 4 Mei - Kepimpinan Pas Pusat berbohong jika mereka mendakwa tidak mengetahui tentang kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang menjadi jentera untuk Pas memburukkan pentadbiran Kerajaan Pusat.
Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendakwa, penafian Pas mengenai kewujudan GMC adalah semata-mata untuk melindungi lima individu yang menjadi penyumbang dana sebanyak RM4 juta bagi menjalankan operasi gerak saraf itu.
Menurutnya, adalah mustahil jika Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tidak mengetahui kewujudan dan peranan syarikat itu yang bertapak di sini.
Syed Azidi yakin Mustafa mengetahui soal GMC kerana beliau pernah merasmikan seminar mengenai media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur pada 2007 bagi mewakili GMC.
"Bagi saya, ia antara dua sama ada Mustafa berbohong atau Pas berbohong. Pertamanya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa juga hadir pada taklimat media harian di pejabat GMC di sini sewaktu kempen pilihan raya umum lalu.
"Saya memberi taklimat kepada Timbalan Presiden Pas berhubung apa yang perlu dijawab mengenai manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan pada malam sebelumnya dan saya berada di sisi Timbalan Presiden sepanjang taklimat tersebut.
"Kedua, sewaktu diadakan satu perjumpaan di Pejabat Agung Pas, mengenai satu seminar media pada tahun 2007, saya dijemput mewakili GMC dan saya hadir manakala Mustafa pula merasmikan majlis tersebut," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penjelasan Mustafa bahawa pucuk pimpinan parti itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kewujudan GMC iaitu pusat penyebaran propaganda bagi Pas di Kelantan.
Selain itu, Mustafa turut menafikan bahawa parti itu pernah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai Kickdefella bagi tujuan melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Syed Azidi yang juga bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkata, pemimpin kanan Pas itu sewajarnya bertanya dahulu kepada kepimpinan yang lain sebelum menafikan bahawa parti tersebut pernah menyalurkan peruntukan kepada GMC.
"Dalam hal kewangan, saya mencadangkan Mustafa supaya berbisik dahulu dengan Bendahari Pas Pusat sebelum membuka mulut berhubung isu kewangan sebab saya tahu Bendahari Pas tahu perkara ini.
"Soal dari mana datangnya wang tersebut jangan tanya pada saya, itu tanggungjawab Pas untuk menjelaskannya dan saya yakin banyak pihak ingin tahu dari mana datangnya wang dan saya juga ingin tahu," jelasnya.
Katanya, parti itu tidak sewajarnya lari daripada persoalan pokok iaitu dari mana datangnya wang yang diberikan oleh lima penyumbang terbabit dan bukannya membincangkan mengenai operasi gerak saraf.
"Bukan pemimpin Pas tidak tahu dari mana datangnya wang ini tetapi saya tidak yakin pemimpin Pas Pusat tidak tahu, sebenarnya mereka tidak tahu bagaimana untuk memberitahu kepada umum.
"Isu utama ialah sumber duit perang saraf ini kerana mereka sudah mengaku operasi gerak saraf sememangnya wujud dan telah menjadi kebiasaan, soalnya dari mana datangnya duit ini untuk membiayai operasi ini," katanya.
Tambahnya, beliau tampil membuat pendedahan secara terperinci mengenai wang RM4 juta tersebut selepas dicabar oleh pemimpin dan Dewan Pemuda Pas Kelantan.
"Tindakan saya adalah semata-mata kerana diminta berbuat demikian oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang mencabar saya mendedahkannya. Sebagai seorang Islam tidak boleh untuk kita menipu, jadi saya terpaksa menjawab dengan jelas.
"Kemudian apabila saya memberi jawapan, banyak lagi pihak bertanya tentang apa yang saya tahu. Jadi memandangkan saya seorang Islam, saya kena bagi jawapan tanpa menipu," katanya.

Pak Leman - Usul bincang kes Aminulrasyid ditolak



KUALA LUMPUR 4 Mei - Dewan Negara hari ini menolak usul yang dikemukakan oleh Senator Dr. S. Ramakrishnan untuk membincangkan kes seorang remaja yang mati akibat terkena tembakan polis, Aminulrasyid Amzah, 15.
Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, usul yang dikemukakan di bawah peraturan Mesyuarat 17 (1) itu ditolak kerana kes berkenaan masih dalam siasatan polis dan tidak perlu disegerakan.
"Usul yang dibawa ini ada tiga intipati iaitu perkara tertentu, boleh diterima dan berkepentingan ramai.
"Namun, saya berpendapat ia tidak perlu disegerakan untuk menangguhkan sidang Dewan," katanya.
Dalam kejadian pada 26 April lalu, Aminulrasyid mati terkena tembakan polis setelah enggan memberhentikan kenderaannya di Seksyen 11, Shah Alam apabila diarahkan berbuat demikian.
Abu Zahar turut mengemukakan tiga alasan penolakan usul berkenan iaitu:
n Kes masih dalam siasatan terperinci polis, malah pihak berkuasa itu juga telah menubuhkan satu unit penyiasat selain memberikan jaminan siasatan akan dilakukan secara adil dan telus.
n Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop untuk memantau siasatan tanpa menyembunyikan sebarang fakta dan perkara lain.
n Kerajaan memandang serius kejadian berkenaan, malah jemaah menteri juga telah melahirkan rasa simpati.
"Oleh kerana perkara ini tidak perlu disegerakan, mengikut peraturan Mesyuarat 17 (2), saya menolak usul yang dikemukakan," tegasnya.

Khunsa dipenjara kerana nikahi wanita



JAKARTA 4 Mei - Seorang khunsa berusia 32 tahun ditahan di Penjara Pondok Bambu, Jakarta Timur, kerana dituduh memalsukan identitinya bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang wanita.
Alterina Hofan atau lebih dikenali sebagai Alter kini ditahan di penjara berikutan ibu dan bapa pasangannya Jane Deviyanti, 23, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Metro Jaya di sini.
Sementara itu Jane ketika ditemui wartawan selepas melawat suaminya di penjara khusus untuk tahanan wanita itu berkata, dia kecewa kerana suaminya ditahan di penjara.
"Kenapa perlu ditahan suami saya di penjara, sedangkan semua dokumen seperti pasport dan kad pengenalan telah dirampas polis, tidak mungkin dia melarikan diri.
"Selama tempoh penyiasatan polis juga, suami saya cukup bekerjasama, jadi saya mendesak supaya suami saya dibebas dengan jaminan," katanya yang ditemani peguamnya. Jane juga yang pekak dan bisu terpaksa menggunakan penterjemah semasa diwawancara.
Sementara itu Alter ditemu bual oleh 
Detik.com semasa di dalam penjara berkata, dia adalah seorang lelaki sejati dan mengaku memiliki kemaluan lelaki serta berfungsi dengan baik.
"Waktu lahir saya tidak faham kerana tidak ada kemaluan, ketika berusia lima tahun kemaluan lelaki saya mulai tumbuh," katanya.
Menurut Alter, kemaluannya juga berfungsi dengan baik dan mampu mengeluarkan sperma.
"Kalau tidak percaya boleh ditanya kepada isteri saya," kata lelaki berasal dari Jayapura, Papua itu.
Alter ditahan polis setelah ibu bapa Jane membuat laporan polis kerana Alter memalsukan identiti jantinanya untuk mengahwini Jane dan dia ditahan di penjara sejak 30 April lalu.
Menurut Alter, sejak kecil jiwanya memang seorang lelaki, tetapi ibunya sering memakaikannya dengan pakaian perempuan kerana telah melaporkan jantinanya sebagai perempuan.
"Ibu telah menghukum saya sebagai wanita, kerana malu dituduh oleh jiran bahawa saya membuat pembedahan menukar jantina menjadi lelaki," katanya.
Berkali-kali, kata Alter, dia meminta ibunya menukarkan identitinya sebagai lelaki pada kad pengenalan tetapi ibunya enggan berbuat demikian.
Akhirnya pada 2006, kata Alter, dia telah membuat pembedahan membuang payu dara dan ibunya bersetuju menukarkan identiti jantinanya di Pejabat Pendaftaran Jayapura, Papua. - Utusan

Panel khas lawat lokasi tembakan





Abu Seman Yusop (dua dari kiri) melawat lokasi kejadian di mana Aminulrasyid Amzah terkena tembakan di Seksyen 11, Shah Alam, malam tadi. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi


SHAH ALAM 4 Mei - Panel khas diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop bersama tujuh anggota panel lain hari ini melakukan lawatan semula ke tempat kejadian berhubung kes Aminulrasyid Amzah yang maut ditembak di Seksyen 11 di sini, 26 April lalu.
Kesemua panel itu berkumpul di Hotel Concorde, Seksyen 9 di sini sebelum menaiki sebuah bas Kementerian Dalam Negeri dan memulakan pemerhatian di kesemua laluan bermula di Restoran Ali Corner, Seksyen 7 sehingga ke tempat kereta yang dinaiki mangsa merempuh tembok rumah di Seksyen 11.
Kira-kira 50 wartawan dan jurugambar berkumpul di lokasi kejadian sejak pukul 10 malam di kawasan berhampiran.
Abu Seman berkata, tujuan lawatan tersebut adalah bagi memahami situasi sebenar kejadian yang berlaku pada malam kejadian.
''Sebab itu kita datang malam ini dalam keadaan sama kejadian berlaku dan kita boleh memahami situasi dengan lebih baik.
''Dari segi tinjauan, kita berpuas hati dan mungkin akan datang semula pada waktu siang,"katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini malam ini.
Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Supritendan Kamaruddin Ismail.
Mengulas lanjut, Abu Seman berkata,langkah seterusnya tugas ahli panel tersebut seperti yang dinyatakan sebelum ini ialah untuk memantau tugas polis bagi siasatan yang telus, cepat dan adil kepada semua pihak.
''Kita memang akan bersidang secara mingguan, jadi yang terdekat pada Jumaat ini," ujarnya.
Berhubung kenyataan seorang jiran Wan A. Rahim Wan Tajudin, 54, mendakwa orang kedua yang tiba di lokasi kejadian dan melihat mayat Allahyarham Aminulrasyid, beliau berkata, perkara itu akan diserah kepada polis.
Wan A. Rahim memberitahu, anggota panel tersebut bahawa apabila beliau keluar daripada rumah, dia terdengar jeritan meminta dipanggil ambulans dan satu lagi jeritan memberitahu, seorang lagi sudah terlepas.

POS rugi RM 227j saja bukan RM 5467j tak banyak


Tanggungan kerugian RM227j - Awang Adek

KUALA LUMPUR 4 Mei - Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan, Pos Malaysia Bhd. menanggung kerugian sebanyak RM227 juta dan bukannya RM546 juta seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, kerugian itu disebabkan oleh penyusutan nilai 20 peratus saham syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, Transmile Group Berhad yang dibeli pada 2004.
"Kita lihat terdapat kenyataan akhbar hari ini bahawa Pos Malaysia kerugian RM546 juta, saya ingin menjelaskan jumlah yang disebut tidaklah tepat.
"Maklumat terakhir yang saya peroleh daripada Khazanah Nasional Berhad dan Pos Malaysia, jumlah kerugian sebenar ialah RM227 juta,'' katanya sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan gesaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) supaya bekas Menteri Kewangan Kedua yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar menjelaskan mengenai kerugian RM546 juta yang ditanggung Pos Malaysia.
JMM turut meminta Nor Mohamed menjelaskan hubungan beliau dengan seorang ahli perniagaan, Shaikh Akmal Shaikh Alaudin iaitu Pengarah Syarikat E-Efficient Solution Bhd., yang didakwa mendapat kontrak bernilai RM900 juta daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dalam perkembangan berkaitan, Awang Adek berkata, penyusutan nilai saham berkenaan telah diperuntukkan dalam akaun Pos Malaysia sebanyak RM227 juta menyebabkan pada 2007 syarikat berkenaan kerugian RM33 juta, manakala 2008 pula RM35.8 juta.
"Tetapi pada 2009, Pos Malaysia telah kembali untung sebanyak RM75.4 juta, bermakna setelah mengambil kira jumlah yang diperuntukkan pada 2007 dan 2008, Pos Malaysia kembali untung.
"Dan dijangka untung pada tahun 2010 semakin tinggi kerana penyusunan semula yang telah dibuat sebagaimana tarif setem sudah pun dinaikkan dari 30 sen kepada 60 sen dan ini akan memberikan hasil kepada Pos Malaysia," katanya.
Mengenai punca penyusutan nilai saham Transmile, Awang Adek berkata, ia berikutan penipuan besar-besaran membabitkan pemalsuan akaun sebanyak RM622 juta yang sebenarnya tidak wujud tetapi diada-adakan.
Menyentuh mengenai pemberian kontrak LHDN secara rundingan terus kepada sebuah syarikat, Awang Adek berkata, nilai sebenarnya ialah RM585 juta dan bukannya RM900 juta.
Katanya, kontrak berkenaan dianugerahkan pada 2005 dan ia akan tamat pada tahun ini.
"Ini membabitkan kontrak pengimejan dan pengimbasan fail-fail dan borang cukai untuk dimuatkan dalam sistem komputer," katanya.

AS miliki 5,113 senjata nuklear




WASHINGTON 4 Mei - Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali mendedahkan bahawa ia memiliki sejumlah 5,113 peledak peluru nuklear, dalam pengumuman luar biasa yang dibuat bertujuan membantu usaha mengawal senjata nuklear.
Angka yang sekian lama dirahsiakan itu diumumkan oleh Pentagon semalam, sementara Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton menyuarakan pendirian baru Washington berhubung program nuklearnya.
"Kami mahu mengambil pendirian seberapa telus yang boleh mengenai program nuklear AS kerana ini adalah untuk kepentingan keselamatan negara kami sendiri," kata Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton pada persidangan di New York mengenai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).
Katanya, ketelusan membantu memupuk keyakinan dan membolehkan lebih ramai orang memahami apa yang hendak dilaksanakan oleh Presiden Barack Obama dan pentadbiran beliau.
Langkah simbolik itu bertujuan untuk meningkatkan momentum dalam persidangan NPT di New York dan diambil selepas AS dan Rusia bersetuju untuk mengurangkan simpanan senjata nuklear masing-masing.
Pakar bebas sebelum ini sudah pun menganggarkan stok senjata nuklear AS sejak beberapa tahun lalu, manakala penyokong kawalan senjata berkata, merahsiakan angka berkenaan tidak lagi masuk akal memandangkan Perang Dingin sudah lama berakhir.
AS semalam turut mengumumkan kempen untuk memungut AS$100 juta (RM320 juta) dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membantu negara-negara membangun memperoleh tenaga nuklear bagi kegunaan awam.
"AS menjanjikan AS$50 juta (RM160 juta) untuk kempen itu dan akan bekerjasama dengan negara lain bagi mencapai sasaran AS$100 juta (RM320 juta) menjelang pembukaan Persidangan Kajian Semula NPT akan datang," menurut Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan.
Dana tersebut diperuntukkan bagi projek-projek tajaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bagi memenuhi permintaan tenaga dan digunakan untuk tujuan kemanusiaan seperti meningkatkan rawatan kanser dan memerangi penyakit berjangkit.
"Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keselamatan makanan dan bekalan air, dan untuk membangunkan infrastruktur bagi penggunaan kuasa nuklear untuk tujuan awam," katanya. - AFP

lagi buang bayi


Ingatkan bunyi kucing, rupanya bayi menangis


Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang ditinggalkan di sebuah pondok di Sepang, semalam.


SEPANG 4 Mei - Mulanya disangkakan bunyi kucing mengiau.
Tetapi rupa-rupanya suara bayi menangis.
Itulah yang dialami Aminah Muhamad, 56, yang menemui seorang bayi lelaki di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di sini hari ini.
Dia yang sedang memotong rumput di hadapan rumahnya sebelum itu tidak dapat mengagak bunyi seperti kucing mengiau itu adalah tangisan seorang bayi.
"Disebabkan perasaan tidak puas hati, saya terus menuju ke pondok yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah.
"Terkejut dan menggigil saya apabila melihat seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang hanya diletakkan di atas sehelai kain batik," katanya ketika dihubungi 
Utusan Malaysia.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, Asisten Supritendan Zaihairul Idrus berkata, bayi lelaki berumur sebulan itu dipercayai keturunan Melayu.
"Bayi itu ditemui pada pukul 7 pagi ini dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya.
"Dipercayai bayi malang itu ditinggalkan selama dua jam sebelum ditemui," katanya.
Zaihairul berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Serdang.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes pembuangan bayi boleh menghubungi IPD Sepang di talian 03-87774222.

Apa ke hal ni?


Fakhry ditangkap, Tengku Anis diawasi



Gambar Tengku Anis menyuapkan makanan kepada Sultan Kelantan ketika majlis minum petang bersama anak-anak yatim di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Mac lalu.



KOTA BHARU - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini malam tadi.
Tengku Fakhry ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.
Satu sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan dan mereka baru keluar kira-kira 50 meter dari Istana Mahkota.
Kejadian itu berlaku pada pukul 7.30 malam.
Semasa kejadian, turut berada dalam salah sebuah kenderaan rombongan itu ialah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sultan Kelantan gagal berlepas ke Singapura


LAPANGAN Terbang Sultan Ismail di Pengkalan Chepa tempat pesawat khas yang dijadual menerbangkan Sultan Kelantan ke Singapura dilarang mendarat semalam.


KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra gagal berlepas dengan pesawat khas yang ditempah khas untuk membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura semalam.
Baginda dijadual berangkat kira-kira pukul 11.30 pagi namun pesawat berkenaan tidak mendapat kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa.
Berikutan kekecohan itu, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra pada sidang akhbarnya di sini mendakwa keadaan itu berpunca daripada arahan pihak berkuasa lapangan terbang berkenaan.

Bersih cekap amanah...


 

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.

Dia memberitahu saya baha wa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan ana k salah seorang ahli Qariah yang dikenali.


Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

Se baha gian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sam bil se baha gian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.


Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan ker ana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan baha wa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, baha wa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tam baha n dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sam bil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang ber sam a arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suas ana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis ker ana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu ber sam a beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaim ana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sam bil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjal ana n ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sam a mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sam pai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Ist ana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di baha gian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sam pai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Ist ana Kayangan.

Dari bulatan Ist ana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya.Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, ker ana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa,sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari m ana . Memarahi beliau ker ana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaim ana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sam bil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka ana k mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya ber sam a abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan baha wa laporannya sam a seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya ber sam anya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.

Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaim ana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan ana k bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari m ana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertim ana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysiajuga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tah ana n. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya ber sam a bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak m ana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan ber sam a orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.


Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD