Showing posts with label gereja. Show all posts
Showing posts with label gereja. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Datuk Bandar Bogor halang tubuh gereja di jalan Islam



JAWA BARAT 9 Sept. - Datuk Bandar Bogor, Diani Budiarto cuba melaksanakan satu dekri menghalang penganut Kristian menubuhkan gereja di jalan-jalan raya yang menggunakan nama Islam atau penganutnya.
Diani membatalkan permit bangunan dan menutup Gereja Kristian Indonesia Taman Yasmin di Bogor, kerana ia dibina di jalan raya yang menggunakan nama Islam.
Tindakan Datuk Bandar Bogor tersebut bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Indonesia pada Disember lalu yang membenarkan penganut Kristian mengadakan pertemuan di gereja tanpa sebarang gangguan.
Jurucakap gereja, Bona Sigalingging menyifatkan tindakan Diani sebagai berbahaya dan tidak mematuhi undang-undang.
''Ini sangat berbahaya untuk perpaduan rakyat Indonesia. Kebanyakan gereja dibina di jalan raya menggunakan nama Islam dan masjid juga dibina di jalan raya menggunakan nama Kristian.
''Datuk Bandar sebelum ini berjanji untuk mematuhi keputusan mahkamah tinggi,'' ujarnya.
Dalam pada itu, seorang guru agama Islam tempatan, Muhammad Mustofa berkata, beliau tidak mempunyai bantahan terhadap penubuhan gereja itu di jalan raya yang dinamakan sempena nama bapanya.
''Islam di Indonesia sentiasa berinteraksi dengan agama lain termasuk Buddha dan Kristian. Kami bersedia hidup dalam suasana yang harmoni,'' katanya dalam satu temubual dengan saluran Al-Jazeera. - Agensi

Monday, September 5, 2011

Kedai gambar guna latar belakang gereja, salib



KOTA BHARU - Sebuah keluarga terkejut apabila dua gambar kenangan Aidilfitri yang dirakamkan dan dicuci di sebuah premis di kawasan Ketereh dekat sini, diletakkan latar belakang sebuah gereja dan lambang salib.

Seorang pembantu arkitek yang dikenali sebagai Azman berkata, dia menyedari lambang salib dan juga suasana sebuah gereja terdapat pada gambar tersebut selepas melihat imej berkenaan dengan teliti ketika berada di kedai itu.

Azman berkata, selepas memerhatikan gambar itu dia berang melihat tanda salib dan patung yang menggambarkan penganut agama Kristian jelas kelihatan.

Menurutnya, dua gambar tersebut didakwa dicuci di sebuah kedai di Ketereh pada Selasa lalu dan diambil semalam selepas membuat bayaran deposit sebanyak RM20.

”Apabila saya melihat gambar tersebut, saya cuba mendapatkan penjelasan daripada pemilik kedai terbabit, yang berusia lingkungan 40-an, tapi malangnya alasan yang diberikan ianya tidak disengajakan dan dia tidak mengetahuinya.

”Saya juga menjelaskan bahawa orang Islam tidak boleh meletakkan tanda tersebut dan saya juga mempersoalkan sepatutnya dia mengetahui sensitiviti tersebut memandangkan media melaporkan pelbagai hebahan berhubung sebuah gereja baru-baru ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Azman, 25, mendakwa wanita itu membuat tawaran supaya menukar latar belakang pada gambar itu, namun dia enggan kerana ini seolah-olah mahu mempersendakan agama Islam.

Katanya, dalam masa sama dia juga sempat melihat beberapa keping gambar yang siap dicuci dan juga kelihatan mempunyai tanda sama seperti pada gambar mereka.

”Saya percaya masih ada banyak gambar yang dipercayai mempunyai imej tersebut dan pelanggan tidak menyedarinya.

”Pada mulanya saya ingin membakar gambar tersebut tetapi ia satu tindakan yang tidak tepat dan sepatutnya ia didedahkan untuk pengetahuan umum,” katanya.

Azman meminta supaya pihak berkaitan khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) membuat pemantauan segera berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri boleh memudaratkan selain menimbulkan kekeliruan dalam kalangan Umat Islam di negeri ini.

Wednesday, August 31, 2011

Kisah Benar Melayu/ Islam Berlindung Di Gereja

Melayu Berlindung Di Gereja Bukan Kisah Dongeng!

Baru-baru ini Harapan Komuniti – NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam – tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.
Pengarah eksekutif NGO itu – yang membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan AIDS – Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti” sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.
Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.
Sementara peguam mereka pula, Annou Xavier berkata Malaysia sepatutnya bernasib baik kerana mempunyai pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang memberi “harapan” kepada golongan yang memerlukan, orang miskin dan golongan terpinggir.
Bagaimanapun, katanya, pada “malam yang malang itu”, JAIS sebaliknya menyerbu majlis amal kesyukuran tersebut, atas andaian bahawa berlaku kes penukaran agama.
Sejujurnya saya tidak mahu prejudis atau berprasangka kepada mana-mana pihak, apatah lagi sekiranya mereka mendakwa mereka melakukan kerja amal dan sebagainya.
Cuma saya teringat pada satu peristiwa yang berlaku kira-kira dua tahun lepas di sebuah gereja yang terletak di atas bukit di Batu Arang, Rawang, Selangor.
Ada pihak yang mendakwa ia bukanlah gereja daripada erti kata yang sebenarnya, tetapi sudah bertukar menjadi Rumah Perlindungan HIV yang dikendalikan sekumpulan mubaligh Kristian.
Gereja ini juga dikenali sebagai White House (walaupun bentuknya jauh berbeza dari kediaman Presiden Amerika yang terletak di Washinton itu)
Ia ada salib yang besar, setiap pintu bilik digantung gambar Jesus Christ, ada kata-kata yang dipetik dari buku Bible dan terdapat sebuah dewan syarahan besar yang penuh dengan lambang agama berkenaan.
Mereka mendakwa mereka membantu para pesakit HIV/AIDS yang terbiar di jalanan, tanpa ada niat yang ‘terselindung’
Ya, saya kagum dengan usaha itu.
Cuma yang agak ‘menggerunkan’, hampir sebahagian daripada mereka yang berlindung di dalam premis itu adalah orang Melayu, orang Islam!
Selama ini saya hanya mendengar ramai anak Melayu yang berlindung di dalam gereja, majoritinya mereka yang daif dan berpenyakit.
Katanya ini kerana masyarakat Melayu atau Islam sendiri memandang keji terhadap golongan ini hingga mereka tidak tahu ke mana hendak mengadu.
Akhirnya mubaligh Kristian membawa mereka ke rumah perlindungan atau gereja seperti di White House ini.
Walaupun pihak gereja ada menyediakan bilik kecil yang mereka dakwa surau untuk membolehkan penghuni Islam beribadat, namun realitinya kehidupan penghuni Islam di situ tidak ada banyak bezanya dengan penghuni bukan Islam.
Mereka tinggal di dalam bangunan yang dipenuhi mubaligh Kristian, mereka berkumpul di dewan ‘syarahan’ Kristian, dan bilik tidur mereka juga dihiasi dengan gambar Jesus seperti mana yang saya katakan tadi.
Saya rasa penganut agama Kristian juga akan merasa tidak selesa sekiranya perkara itu terjadi kepada penganut mereka….apa perasaan mereka agaknya jika saudara seagama mereka tinggal di bangunan yang dipenuhi Ustaz, berkumpul di dewan solat dan tidur di bilik yang dipenuhi ayat suci Al-Quran yang bergantungan.
Alhamdulilah, dengan inisiatif seorang guru agama terkenal, Ustaz Muhammad Amin, pada 13 Julai 2009, saya  dan rakan-rakan serta sekumpulan NGO yang diketuai oleh Muhammad sendiri bertolak ke gereja berkenaan dengan berbekalkan satu misi- mengeluarkan semua pesakit Melayu dan Islam dari gereja itu.
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Razak, antara penghuni Melayu yang telah lama tinggal di situ
Masuk saja ke dalam gereja tersebut, bau kuat ubat terus menusuk hidung, ia seolah-olah sebuah ‘mini hospital’
Di belakangnya telah menunggu tidak kurang daripada 20 orang anak-anak Melayu, kesemuanya pembawa virus HIV
Melihat saja kelibat mereka, saya hampir menitiskan airmata, kesemua mereka yang berkain pelikat menyambut kami dengan wajah yang sedih dan sayu
Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang sedang demam dan ada yang baru keluar dari wad
Hampir sejam kami mendengar keluhan hati mereka, mendengar kisah bagaimana mereka dihina, disisih, didiskriminasi dan berbagai lagi oleh masyarakat sekeliling
Pun begitu, mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya gereja tersebut sudi ‘mengutip’ mereka daripada terus menjadi sampah dalam masyarakat
Selepas itu, kami berkesempatan bertemu dengan salah seorang paderi di situ, beliau ternyata cukup profesional dan melayan kami dengan tanpa rasa curiga
Untuk pengetahuan anda, saya sebagai orang Islam sebenarnya sangat malu ketika berada di gereja berkenaan
Bayangkan, walaupun saudara-saudara kita itu bukan dari agama mereka, tetapi saudara-saudara kita itu dilayan bak menatang minyak yang penuh
Saudara-saudara kita itu dimandikan, diberi ubat, diberi makan sehingga ke peringkat dipakaikan lampin oleh petugas di gereja tersebut
Saya tertanya pada diri sendiri, kenapakah kita tidak boleh jadi seperti mereka sedangkan agama kita juga adalah yang terbaik, kita ada al-Quran sebagai panduan, semuanya cukup lengkap tetapi sayang ia tidak diterjemahkan dengan baik oleh para pengikutnya
Selepas kira-kira sejam di gereja tersebut, kami berjaya membawa keluar seorang demi seorang anak Melayu daripada gereja berkenaan, Alhamdulillah, paderi tersebut melepaskannya dengan rela hati.
Saya berharap dalam membantu golongan yang memerlukan, sama ada kerana penyakit, kedaifan dan kemiskinan, kita sebagai umat Islam kena betul-betul membantu dalam erti kata yang sebenarnya.
Agensi-agensi yang diberi amanah harus melaksanakan amanah mereka dengan bersungguh-sungguh.
Adalah mudah untuk mencari kesalahan tetapi itu tidak akan menyelesaikan masalah, tindakan yang pro-aktif perlu disemai dalam setiap sanubari agar golongan sebegini dapat dibantu dalam menjalani kehidupan yang singkat ini
Yang paling penting, sekiranya kita tidak mahu iman dan akidah saudara kita dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kita sendiri terlebih dahulu kena memnghulurkan tangan dan menarik mereka keluar dari segala kesulitan ini.
Saya masih ingat kata-kata Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin
Katanya memang ada kebenaran mengenai dakwaan pendekatan dakwah Islam lemah dari segi psikologi berbanding gerakan mubaligh Kristian.
Kata Dr. Abd. Aziz, Ini kerana ramai pendakwah kita melihat kerja dakwah ialah menyebar agama kepada golongan sasar tanpa melihat keperluan dan keadaan diri mereka.
Ini menyebabkan kalau keadaan itu sesuai dengan seseorang, ia akan diterima. Jika tidak, usaha itu akan gagal.
Menurut beliau, pihak kristian misalnya melihat kepada aspek keperluan.
Contohnya, gerakan kepada masyarakat orang Asli.
Mereka akan duduk bersama golongan sasar bertahun-tahun lamanya bagi mengkaji cara hidup golongan ini.
Mereka juga mempunyai satu pasukan lain untuk berdakwah kepada kumpulan sasar berdasarkan maklumat-maklumat kajian tadi.
Pendekatan begini jarang dicontohi oleh pendakwah Islam.
Selain itu, menurut Dr. Ab. Aziz, gerakan kristian mempunyai strategi suka mengambil peluang.
Ia menyebabkan kumpulan sasar akhirnya termakan akibat ‘paksaan secara halus’.
Mereka memberi perhatian kepada kebajikan dan menghulur bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.
Akhirnya, kumpulan sasar terpaksa terima. Jika tidak, masalah tidak selesai.
Kesimpulannya jika kita tidak bertindak cepat dalam menangani permasalahan ini, jangan terkejut jika lebih ramai umat Islam di muka bumi ini akan menghuni pusat perlindungan seperti di White House…atau gereja…atau apa saja nama dan gelaran yang kita beri padanya!
Inilah cerita saya. Bukan kisah dongeng. Bukan dusta semata. Wallahualam- Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

Laporan isu gereja hujung September

SHAH ALAM: Laporan berhubung polemik membabitkan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir September depan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata, Jais meminta tempoh sebulan bagi menyiapkan laporan lengkap berhubung isu itu dalam pertemuan Jawatankuasa Pendengaran pada 25 Ogos antara beliau bersama Jais serta penganjur program di gereja itu, Harapan Komuniti.

Pada 3 Ogos itu penganjur berkenaan menganjurkan majlis makan malam Thanksgiving di DUMC yang mencetuskan kontroversi seluruh negara apabila turut dihadiri 12 individu bergama Islam.

Abdul Khalid berkata laporan itu hanya akan disediakan selepas Jawatankuasa Pendengaran bertemu dengan pegawai Jais dan wakil daripada penganjur majlis makan malam Harapan Komuniti sekurang-kurangnya dua kali lagi.

“Ketika mesyuarat (25 Ogos) itu, Jais memberitahu mereka belum menyelesaikan laporan berkenaan dan kami membuat keputusan untuk memberikan mereka lebih masa untuk menyelesaikan laporan dan tindakan lain.

“Jais tidak boleh dihukum tanpa alasan yang sah,” katanya yang enggan mengulas lanjut berkenaan mesyuarat Jawatankuasa Pendengaran itu.


Bagaimanapun, beliau ditemui selepas majlis rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam memberitahu dalam mesyuarat minggu lalu, Jawatankuasa Pendengaran sudah mengesahkan fakta daripada kedua-dua pihak.

Abdul Khalid berkata, sebanyak dua lagi pertemuan akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk mengenal pasti proses berkenaan (pemeriksaan) iaitu membabitkan bidang kuasa apa yang diguna pakai jabatan itu ketika pemeriksaan itu dilakukan.
Beliau berkata, Jais memaklumkan mereka percaya ada kes prima facie, manakala Harapan Komuniti memaklumkan majlis itu sekadar perjumpaan.

Sementara itu, pada majlis rumah terbuka yang ditaja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dihadiri lebih 20,000 jemputan termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Exco kerajaan negeri.hmetro

Saturday, August 27, 2011

Gereja: Cari dalang sebenar



SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menggesa Kerajaan Negeri mencari pihak yang bertanggungjawab merancang pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap sebuah gereja, 3 Ogos lalu.

Ketua AMK Negeri Selangor, Irwan Ismail berkata, pihaknya menyatakan sokongan penuh terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu ini.

Menurutnya, AMK Selangor mahu Kerajaan Negeri memperkasakan institusi agama Islam di negeri ini termasuk usaha menambah baik pengagihan bantuan zakat.

“Penyiasatan dan pendedahan dalang di sebalik isu ini perlu diumumkan dengan segera bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif di kalangan rakyat.

“AMK juga menolak sekeras-kerasnya pihaknya yang cuba menangguk di air keruh demi kepentingan agenda politik sempit,” katanya kepada media, semalam.

Beliau sebelum itu menghantar memorandum kepada Pejabat Menteri Besar menerusi Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin.

Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika pemeriksaan dilakukan, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Friday, August 26, 2011

Laporan gereja dibentang hari ini



SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan penganjur majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Komuniti Harapan akan membentangkan laporan terperinci berhubung pemeriksaan Jais kepada Gerak Kerja Pendengaran, di SUK hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, gerak kerja ditubuhkan Kerajaan Negeri itu dianggotai beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Menurutnya, pertemuan secara berasingan itu akan bermula jam 2 petang di mana Jais dan Komuniti Harapan masing-masing akan diberikan satu jam untuk pembentangan laporan mengenai proses dan apa yang berlaku pada malam 3 Ogos lalu.

“Gerak kerja ini bermaksud pendengaran dan hasil pendengaran itu kita akan berbincang dan salah satu daripada tugas kita adalah memberikan laporan kepada Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah),” katanya.

Abdul Khalid berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung apa yang hendak diperjelaskan kedua-dua pihak memandang beliau belum mendengar laporan mereka.

“Kalau kita sudah dengar (penerangan), kita akan ada banyak pilihan dan boleh jadi kita panggil balik sekiranya ada beberapa soalan hendak dikemukakan.

“Sebab itu, saya tidak bercadang mengemukakan tarikh (menghadap Sultan Sharafuddin) tetapi sekurang-kurangnya selepas mendengar kedua-duanya saya boleh menentukan apa yang mesti kita tentukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan Sultan Sharafuddin murka terhadap beliau ketika mengulas titah baginda yang tidak pernah memperkenankan penubuhan Majlis Syura oleh Kerajaan Negeri.

Malah katanya, semalam beliau mengiringi baginda, berbuka puasa dan solat bersama (menunjukkan tidak timbul isu tersebut).

“Dalam pengurusan, kita ada cara dan teknik. Jadi kita betulkan balik sebab tujuan kita adalah mencari penyelesaian dan bukannya hendak menimbulkan beberapa lagi isu,” katanya.

Sementara itu, beliau mewakili barisan Exco dan Kerajaan Negeri mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Ulangtahun Kemerdekaan ke-54 kepada seluruh rakyat Selangor.

“Kerajaan Negeri dan Menteri Besar akan mengadakan rumah terbuka pada raya pertama bertempat di Dataran SUK bermula 11 pagi hingga 3 petang. Saya menjemput seluruh rakyat Selangor untuk hadir di rumah terbuka ini,” katanya.

Sunday, August 21, 2011

Bapa hantar lima beradik ke rumah amal gereja

PETALING JAYA: Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak sampai dua minggu lagi, lain pula dengan nasib lima beradik beragama Islam yang terpaksa menyambut 1 Syawal di bawah pengawasan sebuah gereja, dekat sini.
Semuanya gara-gara tindakan bapa mereka menyerahkan lima beradik terbabit kepada gereja itu selepas dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.

Yang menyedihkan, lelaki itu yang juga doktor, enggan menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta beragama Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian.

Menyedari masalah itu, sebuah badan kebajikan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini berusaha mengeluarkan lima beradik berusia lima hingga 15 tahun itu daripada jagaan gereja.

Kes itu terbongkar selepas pengurusan gereja menghubungi pusat kebajikan terbabit kerana tidak mahu berlaku isu berbangkit, terutama selepas isu serbuan di Gereja Methodist, Damansara Utama, dekat sini, dilaporkan 4 Ogos lalu.

Mendedahkan perkara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Baitul Fiqh (Baitul Fiqh), Juhaidi Yean Abdullah, berkata pengurusan gereja memaklumkan kehadiran lima beradik itu kepadanya dan ingin menyerahkan mereka kepada rumah kebajikan Baitul Fiq.


“Selepas beberapa kali membuat perbincangan dengan pengurusan gereja, mereka bersetuju menyerahkan kanak-kanak terbabit, namun hasrat itu dihalang bapa mereka dengan alasan tidak mahu anaknya diserahkan kepada pihak lain.

“Pihak gereja pula tidak mahu kehadiran kanak-kanak itu menjadi isu sensitif dan meminta mereka diserahkan kepada pihak lain (pengurusan beragama Islam),” katanya.

Menurutnya, pendirian bapa kanak-kanak terbabit menyebabkan pengurusan gereja dalam dilema dan meminta jalan penyelesaian daripada pengurusan Baitul Fiqh.

“Inilah permuafakatan yang wujud dalam konteks bebas beragama di negara kita, tetapi masalah lain pula timbul apabila waris kanak-kanak itu enggan menyerahkan anaknya kepada pihak kita.

“Sebenarnya, saya tidak pasti apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak pernah mengendalikan kes seperti ini selain tiada kuasa mengambil hak penjagaan daripada waris yang memberi amanah kepada pihak lain.

“Yang saya khuatir ialah soal akidah lima beradik itu dan saya sedih dengan tindakan si bapa menempatkan mereka dalam gereja,” katanya.

Juhaidi Yean berkata dia bersedia memberi maklumat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jika diminta berbuat demikian, malah pengurusan gereja turut bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.

Katanya, lebih menyedihkan, anak sulung keluarga itu bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tahun ini, dan kemelut yang berlaku dikhuatiri turut menjejaskan persiapan peperiksaannya.

Difahamkan, setakat ini lima beradik terbabit masih beragama Islam tetapi dikhuatiri menukar agama jika waris atau penjaga mengarahkan mereka berbuat demikian kerana hak menentukan agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun terletak di tangan waris. -hmetro

Thursday, August 18, 2011

Risalah Allah triniti sekitar Lembah Klang

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Beberapa keping risalah berbahasa Melayu yang memesongkan penggunaan kalimah Allah dalam bentuk triniti dikesan diedarkan oleh pihak yang dipercayai sebagai mubaligh Kristian kepada orang awam dan kanak-kanak Islam.
Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini yang memuatkan lapan risalah itu menerusi blog beliau di http://zul4kulim.blogspot.com/dengan entri bertajuk 'Allah Triniti'.
Menurut Zulkifli, risalah yang diedarkan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dekat sini itu menggambarkan Allah dalam bentuk triniti iaitu Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci.
"Persoalannya adalah apakah kita bersetuju apabila kaum Kristian ini menyalahgunakan kalimah Allah sebagaimana yang tercatat dengan jelas dalam risalah itu?" kata beliau.
Antara yang terkandung dalam risalah itu dakwa Zulkifli, termasuk rencana "Allah menyelamatkan kita dari dosa dengan mengutus Anaknya yang Tunggal"; "Yesus adalah Allah dalam bentuk manusia" dan "Semua orang yang percaya kepada Anak Allah mempunyai hidup".
Zulkifli turut menempelak pihak-pihak yang menyokong mubaligh Kristian itu yang mana katanya, disebabkan sokongan itu, mubaligh Kristian tersebut semakin berani menyalahgunakan kalimah Allah dalam bentuk triniti.
"Hari ini mereka semakin berani, kurang ajar dan biadab 'merakusi', mencabul dan meliwat kalimah tauhid Allah untuk memesongkan akidah umat Islam," katanya.-utusan

Monday, August 15, 2011

3,000 guna khidmat, tinggal di gereja

KUALA LUMPUR: “Saya anggarkan 3,000 orang atau lebih mendapatkan khidmat atau tinggal di gereja,” kata Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, di sini, semalam.
Beliau yang dihubungi Harian Metro, semalam berkata pengalamannya menyelamatkan lapan penghidap HIV Muslim yang berlindung di gereja atau rumah kebajikan masyarakat atau WCH (welfare community homes) membongkar perkara sebenar di sebalik sumbangan itu.

“Walaupun kesemua mereka kemudian dipindahkan, selama setahun mereka tinggal dengan kami, banyak cerita yang dapat dikongsi.

“Malah, saya anggap cerita ini akan berterusan jika kerajaan tidak berbuat sesuatu,” katanya.

Beliau diminta mengulas 12 individu beragama Islam yang hadir pada satu majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, dekat sini, sebelum diperiksa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), 3 Ogos lalu.

Lapan penghidap HIV positif yang berasal dari Lembah Klang itu mendapat perlindungan di Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh Subang Jaya sekitar dua tahun lalu sebelum mereka dipindahkan ke Rumah Al-Ijabah, dekat sini, untuk rawatan dan pemulihan.
Juhaidi pada masa sama turut meminta kerajaan supaya memberi kebenaran kepada pertubuhan kebajikan berasaskan Islam untuk mengesan Muslim yang mendapat khidmat daripada pertubuhan lain untuk dibawa ke pertubuhan mereka.hmetro

Dua Tahun Dibiayai Gereja – Pengakuan Bekas Paderi Melayu

SEREMBAN: “Jauh di sudut hati, saya tahu masih Islam, namun keadaan memaksa saya membawa keluarga ke rumah perlindungan itu sebelum dibaptiskan dan dilatih menjadi paderi Melayu,” kata bekas penagih hanya mahu dikenali sebagai Mohamad yang pernah dikristiankan, namun insaf selepas diselamatkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Beliau yang kini berusia 38 tahun tinggal dua tahun bersama isteri dan tiga anak berusia satu hingga 13 tahun di rumah perlindungan Kristian di negeri ini, ketika hidupnya kucar-kacir selepas dibebaskan dari penjara kerana kesalahan dadah.

Mohamad mendakwa terpaksa membawa keluarga lari dari kampung di Perak kerana bekas sahabat yang bertugas dengan pasukan keselamatan menganiayai isterinya ketika di penjara dan selepas dia dibebaskan.


“Ketika bergelut dengan ketagihan, tidak diterima masyarakat, tiada kerja dan terdesak membawa isteri jauh dari tempat itu, kami terpaksa menerima tawaran rumah perlindungan itu,” katanya di sini semalam.

Mohamad yang diberi nama Kristian di rumah itu berkata, dia berjaya mengatasi ketagihan selepas empat bulan dengan bantuan kaunseling dan rawatan kerohanian oleh paderi.

Katanya, mereka dipisahkan daripada kehidupan luar dengan rutin harian hanya membantu menguruskan rumah berkenaan dan waktu selebihnya digunakan mengkaji kitab Kristian.

Dia mendakwa diberi elaun tetap RM500 sebulan, manakala isterinya (RM300) dan anaknya berusia 13 tahun yang juga pelajar kitab Injil terbaik di rumah perlindungan itu (RM100).

Katanya, kehidupan keluarganya disusun seperti orang Kristian alim dan dilarang mengambil minuman keras serta melakukan perkara dianggap berdosa dalam agama itu.

Dia berkata, walaupun hati kecilnya masih mengingati Allah, keadaan hidup yang disogokkan dengan ajaran Kristian sepanjang masa akhirnya memesongkan akidahnya sebelum menyerahkan diri menjadi murtad.

“Saya sering memberontak kerana tidak mahu terus murtad sebelum melarikan diri dan berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka keluar.

“Selepas itu ekoran tekanan, saya kembali menagih sebelum menyerah diri kepada polis. Ketika di penjara, saya meminta tolong selamatkan akidah saya dan keluarga,” katanya.

Februari lalu Jabatan Mufti Negeri Sembilan berunding dengan pengurusan rumah perlindungan itu sebelum Mohamad dan keluarga dibantu untuk memulakan hidup sebagai Muslim – Berita Harian

Friday, August 12, 2011

Orang agama dan pejuang bangsa bercakap ikut terlepas?

Apabila berita 'serbuan' JAIS ke gereja Methodist di Damansara mula kencang diperkatakan, kita dapati akhbar Melayu , terutamanya Utusan Malaysia telah mensensasikan berita tersebut yang dilihat sebagai propaganda politik untuk menarik sokongan kepada agenda mereka.

Seakan-akan Utusan sangat prihatin untuk menjaga kemurnian ajaran dan amalan Islam serta kepentingan Melayu. Demi menjaga kemurnian ajaran dan amalan Islam serta kepentingan Melayu itu , maka ummah secara tersurat dan tersirat tiada mempunyai pilihan kecuali mempertahankan sokongan mereka kepada UMNO.
Sebaliknya ada pula pemimpin Pas yang mengatakan 'serbuan' tersebut adalah agenda UMNO untuk menutup beberapa isu hangat politik semasa. Pemimpin Pas yang paling tertonjol agaknya adalah Khalid Samad, Ustaz Idris Ahmad tidak begitu diberi perhatian.

Bahkan Khalid Samad menulis di dalam blog-nya mengulas isu serbuan ini dari angle yang agak menarik. YB Dato Hassan Ali pula mempertahankan JAIS dan rela dikenakan apa-apa tindakan dari kerajaan negeri dan partinya sendiri.
Kita juga membaca kenyatan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong JAIS dan juga kenyataan Dr. Asri Zainal Abidin yang mempersoalkan tindakan JAIS di dalam Malaysiakini kemudian di petik oleh beberapa blog. Seperti biasa MAZA memang mahir menunggangi arus populariti, dia adalah seorang selebiriti agama bagi sebahagian ahli masyarakat kita termasuk dalam isu ini.
Sebelum kita memperkatakan sudut pandang kita ke dalam isu ini, kita perlu menentukan beberapa tanggapan asas:

1-Adakah JAIS bertindak luar bidang kuasanya dan melanggar peraturan yang sediada?
2-Atau adakah tindakan JAIS itu merugikan Islam dan Ummah, terutamanya ianya adalah tindakan yang tidak syar'ie?
3-Adakah benar majlis tersebut mengandungi unsur-unsur dakyah untuk menarik orang Melayu kepada ajaran kristian di dalam majlis tersebut?
4-Adakah benar terdapat unsur-unsur amalan (rituals)keagamaan semada kristian atau campur-aduk antaragama di dalam majlis tersebut?
Sekira JAIS telah melepasi bidang kuasanya atau melanggar mana-mana peraturan, maka pihak berwajib negeri perlu meluruskan perkara ini, ianya masaalah pentadbiran . Yang salah perlu diperbetulkan.
Sekiranya JAIS bertindak melanggari ketetapan syara, serta bertindak merugikan agama dan ummah, maka pihak berwajib dan ulama perlu bertindak agar JAIS patuh sepenuhnya kepada ketentuan syara', perkasakan JAIS agar ianya menjadi badan agama yang berwibawa dan berfungsi mengikut ruh dan amalan syara'.
Bagaimanapun sekiranya JAIS bertindak mengikut peraturan dan dalam bidang kuasanya serta mengikut ketentuan syara', JAIS perlu diberi sokongan oleh semua pihak, kelemahan yang ada perlu diperbaiki, imej JAIS perlu dijaga, peranan JAIS perlu dipertingkatkan.

Bukankah soal-soal beginilah yang dilaung-laungkan oleh UMNO, yang diperjuangkan oleh Pas, yang didukung oleh PKR bahkan PERKASA.

Adakah terdapat unsur-unsur dakyah kepada agama kristian di dalam majlis tersebut dan terdapat ungkapan-ungkapan 'rituals' bagi agama tersebut?. Apakah kebimbangan bahawa majlis seumpama ini memang bertujuan secara tersiratnya kalaupun tidak secara tersurat agar ummah Islam cenderung untuk memeluk kristian itu mempunyai asas?.
Kita ummah Islam mengetahui bahawa jenayah murtad adalah jenayah yang tersangat berat. Sehingga jenayah tersebut lebih berat daripada bunuh, di dalam mazhab Imam as-Syafi'ie sememangnya hukuman bagi orang murtad adalah bunuh. Ayat 191 surah al-Baqarah yang menyebut 'fitnah itu lebih dahsyat dari pembunuhan" telah ditafsirkan oleh ulama yang fitnah di dalam ayat ini bermaksud kekufuran , maka kemurtadan itu lebih berat lagi dari kekufuran yang asal. Lihat juga ayat 193 surah yang sama.
Rasulullah mengingatkan kita yang kita sepatutnya takut dan bimbang tergelincir dari Islam lebih daripada takut dan bimbang daripada dicampak ke dalam api yang marak membakar. Itulah sepatutnya 'paradigm' kita dalam soal yang berkaitan dengan isu murtad. Ianya bukan soal secondary bagi pemerentah Islam, masyarakat Islam , keluarga Islam dan individu Islam. Pemerentah bertanggung-jawab menjaga agama, maksudnya mempertahankan faham agama, mengamalkan amalan agama dan menyekat penyelewengan dan kemurtadan dari agama.
Tidak layak dan sekali-kali tidak patut bagi mana-mana pimpinan organisasi Islam yang menjadikan isu murtad sebagi isu secondary. Bagaimana tergamak agaknya Khalid Samad mengatakan sekira memang terdapat dakyah-dakyah untuk mengkristiankan orang Islam (sekiranya tidak dipaksa), maka JAIS tidak layak menyerbu, sebalik JAIS sepatutnya menggunakan saluran undang-undang untuk mencegah kemaksiatan ini , dari mana datangnya logik beliau ini?.

Rasulullah berpesan kepada kita sekiranya kita melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah kita ubahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu dengan lidah, sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan hati, dan itu adalah sedaif-daif iman. Apakah ada maksiat yang lebih dahsyat daripada kemurtadan? Atau kita bertanya adalah tindakan JAIS dalam kes ini menyalahi undang-undang dan peraturan yang sedia ada?.
Kita membaca yang Dr.Asri Zainal Abidin dengan sinisnya membuat suatu perbandingan atau qias (dalam istilah feqah) mempersoalkan larangan orang bukan Islam dari memasukki masjid, serta tegahan orang Islam berada di gereja: katanya kalau larangan orang Islam berada di gereja kerana bimbangkan orang Islam meninggalkan Islam, maka apakah larangan orang bukan Islam memasukki masjid kerana bimbangkan orang bukan Islam memeluk Islam?
Masyaallah kenyataan ini datangnya dari seorang bekas mufti, yang sepatutnya bercakap mengikut syara', berdasarkan al-Quran dan sunnah serta fahaman dan amalan salaf as-soleh.
Bagaimana agaknya MAZA memahami ayat 28 Surah at-Taubah:

"Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang musyrikin itu najis, jangan (benarkan) mereka mendekati Masjid al-Haram selepas tahun mereka yang ini (9 hijrah), dan sekiranya kamu takut ianya akan membebani kamu (kerana kekurangan sumber pendapatan), maka Allah nanti akan memberi kekayaan kepada kamu dari anugerah-Nya sekiranya dikehendaki-Nya, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."
Imam Ibn Kathir menyebut dalam tafsirnya yang Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengeluarkan arahan kepada gabnor-gabnor nya agar mencegah orang kafir daripada memasukki masjid. Larangan orang kafir memasukki masjid adalah persoalan feqah, kita juga mengetahui khilaf ulama tentang hukum tersebut, sekiranya MAZA tidak bersetuju dengan tegahan tersebut, maka bahaskan dari sudut feqah, mana pendapat yang rajih dan mana pula yang marjuh.
Tentang larangan berada di dalam majlis keagamaan penganut agama lain itu atau bersamaan dengan mereka itu sangat jelas dihuraikan oleh Imam Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya 'al-Iqtida', Besarlah hati kita untuk membaca huraian MAZA tentang apa yang dikupas oleh Imam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya yang berharga ini.

Dipetik daripada Muqabalah Blog-SH

Thursday, August 11, 2011

Majlis gereja wujud unsur syak




Inilah Gereja Methodist di Damansara Utama, Petaling Jaya, yang diperiksa oleh Jabatan Agama Islam Selangor berdasarkan bukti terdapat unsur untuk memurtadkan orang Islam pada satu majlis kesyukuran anjuran gereja itu, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Majlis makan malam yang dianjurkan oleh sebuah gereja di Damansara Utama, dekat sini, pada malam 3 Ogos lalu menimbulkan banyak unsur syak wasangka sehingga mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis.
Selain dihadiri oleh 12 orang Islam, jemputan ke majlis itu juga dibuat secara tertutup walaupun peserta yang akan hadir adalah dalam kalangan orang bukan Islam sendiri.
Apa yang lebih menghairankan, menurut satu sumber kepada Utusan Malaysia hari ini, terdapat tiga peserta Islam yang hadir cuba dibawa keluar secara senyap menerusi pintu belakang.
"Di samping itu, nyanyian Alhamdulillah dan Allahuakbar juga dibuat di tempat yang tidak sepatutnya iaitu di gereja, manakala soalan kuiz Islam turut diberikan kepada peserta yang hadir," kata sumber tersebut.
Sumber itu mendakwa lagi, penganjuran majlis tersebut juga disyaki bertujuan menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti bunga manggar yang diletakkan di pintu masuk dewan.
Pakaian oleh orang bukan Islam pada majlis itu pula katanya, adalah baju kebaya dan baju kurung selain terdapat cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.
"Malah, majlis itu juga diadakan di premis Kristian dan seorang peserta yang ditanya secara lisan oleh pegawai penguat kuasa berhubung agamanya hanya memberikan jawapan I believe in God (saya percayakan Tuhan)," jelasnya.
Kata sumber itu, pemeriksaan ke atas gereja tersebut bermula hasil maklumat orang awam yang mendakwa adanya jemputan terhadap beberapa orang Islam ke majlis berbuka puasa yang dinamakan Thanksgiving dinner program di gereja berkenaan.
Bertindak daripada maklumat itu, JAIS katanya, melakukan pemeriksaan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1955 iaitu menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.
"Operasi itu disertai oleh 13 pegawai penguat kuasa agama JAIS dengan dibantu oleh sepasukan 20 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Sea Park,'' katanya.
Sumber itu turut menjelaskan dengan terperinci bagaimana operasi pemeriksaan tersebut dijalankan dengan satu taklimat telah dibuat di pejabat JAIS pada pukul 8.40 malam pada hari kejadian.
Pasukan itu kemudiannya, katanya, bergerak ke gereja berkenaan dan tiba pada pukul 9.30 malam sebelum memasuki Dewan 3 yang memuatkan kira-kira 100 orang 15 minit kemudian.
Menurutnya lagi, semasa pemeriksaan, seorang pemuda sedang memberikan ucapan di pentas utama berhadapan dengan tetamu yang hadir.
"Pasukan pegawai penguat kuasa JAIS dan polis didatangi oleh seorang wanita yang memakai tag bernama 'Sofea' dan meminta supaya perbincangan dilakukan di luar dewan.
"Pasukan itu yang telah memasuki dewan juga diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan,'' katanya.
Menurut sumber itu lagi, pegawai pemeriksa turut meminta buku pendaftaran peserta program untuk melihat kehadiran orang Islam pada majlis tersebut yang mana pada awalnya, pihak penganjur memberitahu tiada orang Islam yang hadir.
Maklumat pendaftaran itu bagaimanapun katanya, berjaya diperoleh tanpa kerjasama daripada penganjur termasuk aturcara program yang mengandungi acara nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakbar'.
Apa yang dinyatakan oleh sumber itu turut didedahkan beberapa blog termasuk Gerakan Anti PKR di http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com menerusi entri bertajuk "Eksklusif: 12 Melayu di Gereja MCDC didedahkan!! Sebarkan" seperti yang tersiar hari ini.
Malah, blog berkenaan turut memuatkan nama kesemua 12 orang Melayu yang hadir ke gereja itu selain aturcara program dan borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.

Makan malam mencurigakan

Majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya, pada malam 3 Ogos lalu menimbulkan banyak unsur syak wasangka sehingga menarik perhatian JAIS dan polis. Menurut satu sumber, selain dihadiri 12 orang Islam, jemputan ke majlis itu dibuat secara tertutup walaupun pesertanya di kalangan orang bukan Islam. Lebih menghairankan, tiga peserta Islam cuba dibawa keluar menerusi pintu belakang, menyanyikan lagu Alhamdulillah dan Allahuakbar, serta soalan kuiz Islam turut diberikan kepada peserta. Penganjuran majlis itu juga disyaki untuk menarik minat orang Islam kerana mempamerkan ciri-ciri seperti bunga manggar di pintu masuk dewan, peserta bukan Islam memakai baju kebaya dan kurung. Beberapa blog termasuk Gerakan Anti PKR di http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com menerusi entri bertajuk Eksklusif: 12 Melayu di Gereja MCDC didedahkan!! Sebarkan turut mendedahkan perkara sama.utusan

Wednesday, August 10, 2011

Pemuda Pas akan pertahankan akidah umat Islam - Nasrudin



KUALA LUMPUR 9 Ogos - Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini menegaskan bahawa pihaknya akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan meskipun terpaksa mengorbankan tenaga serta wang ringgit, sekalipun dengan darah dan nyawa.
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, itulah yang telah dilakukan oleh Pemuda Pas sejak dahulu lagi malah ada di antara mereka terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana memperjuangkan akidah umat dan menentang sebarang usaha yang cuba merosakkannya.
Justeru, beliau meminta semua umat Islam bersatu di bawah satu payung akidah bagi memastikan tiada ruang retak dan bocor yang akhirnya membolehkan musuh Islam menyelinap masuk meruntuhkan struktur kekuatan umat Islam dari dalam.
"Harga akidah umat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,'' katanya di dalam blognya http://www.eperjuangan.com/.
Sementara itu di Shah Alam hari ini, Nasrudin berkata, Pemuda Pas menyatakan pendirian menyokong penuh pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, minggu lalu.
Beliau berkata, sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab ke atas pemeliharaan akidah umat Islam, tindakan JAIS wajar dilakukan selaras dengan tugas pihak berkuasa agama tersebut memelihara kesucian Islam dan para penganutnya di negeri itu.
"Kita menegaskan bahawa tugas dan peranan JAIS dalam menjaga kesucian dan kedudukan agama Islam dan akidah umatnya adalah satu tindakan murni dan wajar disokong.
"Atas dasar itu juga maka kita harus memberi kepercayaan tanpa prejudis dalam usaha menjaga kepentingan agama Islam," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali di pejabatnya di sini.
Menurut Nasrudin, pertemuan itu diadakan bagi mendapatkan penjelasan sebenar daripada Hasan mengenai pemeriksaan JAIS ke atas satu penganjuran majlis makan malam muhibah yang turut dihadiri 12 penganut Islam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada malam 3 Ogos lalu.
Mengulas pertemuannya dengan Hasan, Nasruddin menyatakan pihaknya amat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Exco kerajaan negeri itu mengenai isu berkenaan.
"Dalam pertemuan itu, beliau (Hasan) memberikan penjelasan mengenai beberapa perkara mengenai kes itu. Beliau juga cakap ada bukti (pesong akidah umat Islam), tetapi dalam siasatan.
"Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati dengan penerangan dan penjelasan daripada beliau," ujarnya.
-utusan

MCA: Tubuh suruhanjaya bebas



PETALING JAYA 9 Ogos - Biro Pengaduan Awam (BPA) MCA Selangor menggesa kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat isu Gereja Methodist yang 'diserbu' oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Selasa lalu.
Pengerusinya, Datuk Theng Book berkata, penubuhan suruhanjaya itu amat penting kerana ia melibatkan soal keagamaan dan isu sensitif di negara ini.
"Suruhanjaya itu perlu ditubuhkan dengan bebas tanpa penglibatan ahli politik sebagai anggota panel. Ini kerana kami tidak percaya dengan siasatan dan laporan yang dilakukan sendiri oleh pihak kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Turut hadir, Penasihat BPA Selangor, Datuk Lim Choon Kin; bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Khoo Ooi Seng dan Pegawai Penyelaras DUN Kampung Tunku, Kelvin Chong.
Theng Book berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian terbaik dan bukannya berdolak-dalik.
Beliau turut mencabar pemimpin DAP Selangor supaya meletak jawatan sekiranya gagal menyelesaikan masalah itu dalam masa terdekat.-utusan

Perkasa mahu polis buat siasatan

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu polis membuat siasatan terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya, di sini yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu, kerana percaya terdapat unsur-unsur cubaan memurtadkan golongan Islam yang dijemput pada majlis makan malam berkenaan.
Yang di-Pertua Perkasa Negeri Selangor, Abdullah Mansor yang tampil membuat laporan polis bersama lebih 20 anggota Perkasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini semalam mendakwa, program berkenaan mempunyai agenda halus untuk mengembangkan agama Kristian.

Menurutnya, tindakan gereja berkenaan membekalkan kitab Injil (Bible) dalam Bahasa Melayu kepada tetamu Islam yang hadir amat bercanggah dengan perlembagaan negara.

“Walaupun kebebasan beragama adalah amalan negara ini, namun percubaan halus memurtadkan orang Islam mesti dihalang kerana ia salah di sisi undang-undang. “Perkasa negeri Selangor menggesa pihak polis dan pihak yang bertanggungjawab supaya menyiasat perkara ini dengan terperinci kerana ia amat sensitif dan boleh mengancam ketenteraman awam,” katanya.

Menurut Abdullah, Jais berhak untuk menggeledah atau menyerbu mana-mana tempat apabila mendapat maklumat sah berlaku perkara-perkara yang tidak selaras dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

“Laporan polis ini dibuat supaya siasatan dan tindakan undang-undang dapat diambil terhadap golongan bukan Islam yang menganjurkan majlis berkenaan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam 1988). “Selain itu, kami juga menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat berkenaan kemasukan Kitab Injil Bahasa Melayu ke Semenanjung Malaysia sedangkan kitab berkenaan hanya untuk pengedaran di negeri Sarawak,” katanya-hmetro

JAIS mohon waran tangkap 12

Gagal hadir bantu siasatan dakwaan gereja sebar agama terhadap orang Islam 

 SHAH ALAM: Seramai 12 individu beragama Islam yang hadir pada satu majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, yang sepatutnya memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, semalam gagal berbuat demikian walaupun pihak berkuasa agama itu sudah menyerahkan surat dan menelefon mereka untuk memberi kerjasama.Sehubungan itu, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, berkata pihaknya akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka dalam tempoh terdekat ini. Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas mereka enggan memberikan kerjasama walaupun pihaknya sudah menyerahkan surat termasuk menelefon untuk hadir.
“JAIS akan memohon waran tangkap dalam tempoh 24 jam daripada Mahkamah Syariah selepas surat dikeluarkan hari ini (semalam). Sepatutnya mereka hadir membantu siasatan, tetapi seorang pun tiada.Kita tetap beri masa kepada mereka dan mereka boleh hubungi JAIS pada bila-bila masa untuk hadir, tetapi tidak berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Baru-baru ini, JAIS menyerbu DUMC di Petaling Jaya selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di gereja berkenaan.Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut Islam.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata anggota penguat kuasa JAIS bersama polis menjalankan pemeriksaan di premis itu dihalang penganjur.Mengulas lanjut, Sharom berkata, pihaknya difahamkan semua mereka dinasihatkan oleh peguam masing-masing untuk tidak hadir membantu siasatan JAIS berhubung perkara terbabit.Sementara itu, Pengarah JAIS, Marzuki Hussin melalui satu SMS yang dihantar kepada pemberita meminta semua pihak bertenang mengenai isu terbabit.JAIS meminta semua pihak bertenang berhubung dengan pemeriksaan ke atas DUMC sehingga kertas siasatan selesai. Buat masa ini pihak JAIS masih dalam siasatan berhubung kes itu,” katanya.Di KOTA BHARU, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata parti itu tidak harus dikaitkan dengan tindakan JAIS memeriksa DUMC, kerana tindakan itu mengikut peruntukan undang-undang.Katanya, sekiranya JAIS tidak mengikut undang-undang, pihak gereja terbabit sudah tentu boleh mengambil tindakan dengan menyaman agensi berkenaan.Bagi pandangan saya, JAIS sudah tentu bertindak mengikut undang-undang, kalau tidak sudah tentu boleh disaman kerana menceroboh dan semua pihak perlu faham agensi terbabit cuba menyelesaikan masalah,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Banjir 2010 kepada Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, di sini semalam.Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengingatkan semua pihak supaya menghormati Islam sebagai agama rasmi dan tidak menjalankan aktiviti yang boleh menggugat akidah umat Islam.Beliau berkata, pihaknya juga berpuas hati dengan penjelasan diberikan oleh Hasan berhubung tindakan JAIS.Beliau (Hasan) cakap ada bukti kukuh tapi saya tidak tengok bukti itu sebab ia masih dalam siasatan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Hasan berhubung serbuan gereja itu, di sini. -bharian

Tuesday, August 9, 2011

MBPJ Tidak Pernah Lulus Bina Gereja Methodist Damansara Utama

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum ini hanya meluluskan pembinaan pusat komuniti bukan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang bangunannya kini tersergam di Seksyen 13 di sini.
Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.
“Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembinaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ. Fungsi unit kawalan bangunan MBPJ bertindak mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan majlis tersebut, memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru, mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CF) serta boleh mengambil tindakan kawalan ke atas binaan bangunan yang dibuat tanpa kebenaran.
Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.
Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam
Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.mstar

45 NGO sokong

SHAH ALAM: Sebanyak 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini, semalam menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyokong isu pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Seksyen 13, Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), 3 Ogos lalu.
Gabungan NGO berkenaan menyerahkan memorandum itu yang disampaikan wakil mereka, Dr Dzulkhaini Hussain kepada Setiausaha Sulit baginda, Datuk Muhamad Munir Bani di Istana Bukit Kayangan di sini, sebelum sidang akhbar dibuat di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dr Dzulkhaini berkata, gabungan NGO Islam Selangor menyatakan sokongan padu terhadap tindakan penguat kuasa Jais yang bertujuan melaksanakan kemuliaan undang-undang bagi melindungi umat Islam di Selangor.

Mereka turut meluahkan kesal di atas sikap ditunjukkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu itu dan menyifatkan apa yang berlaku mengecewakan umat Islam terutama pada bulan Ramadan. Dr Dzulkhaini berkata, memorandum yang disampaikan itu adalah representasi pendirian NGO Islam di negeri ini selepas mendapati isu berkenaan turut dimanipulasi beberapa akhbar dan portal berita sehingga menggambarkan tindakan Jais seolah-olah salah, keterlaluan dan rakus.

Beliau merayu rakan beragama Kristian turut menghargai dan menghormati rakan Islam dengan tidak melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan enakmen agama di Selangor, termasuk cuba memurtadkan orang Islam.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Iman, badan penaung NGO Islam Selangor, Prof Dr Ahmad Zaki Abdul Latiff, pula menegaskan, kegagalan pihak gereja memahami enakmen yang melarang mereka mempengaruhi umat Islam murtad, misalnya menjadikan masalah itu semakin rumit. Secara terbuka beliau mengakui agenda mengkristiankan dunia adalah antara misi yang mesti diketahui semua pihak dan ini tidak mustahil menjadi antara elemen kes umat Islam ditahan berada di gereja Methodist itu.

“Sekitar 1980-an kami pernah mengadakan seminar tertutup membincangkan perkara ini, tetapi hal keagamaan sebegini merupakan isu sensitif“ katanya. Dr Ahmad Zaki berpendapat masalah umat Islam berkunjung ke gereja menagih simpati, tetapi kemudian diperdaya dengan dakyah Kristian boleh dikurangkan jika semua pihak menjalankan tanggungjawab lebih kemas.-hmetro

Hasut bekas penagih

SEREMBAN: Cubaan rumah perlindungan Kristian di negeri ini menghasut bekas penagih dadah supaya mengikuti ajaran yang disebarkan mereka dikekang Jabatan Mufti negeri ini, awal tahun ini.
Perkara itu didedahkan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, apabila pihaknya menerima maklumat rumah perlindungan itu menawarkan bantuan rawatan pemulihan dadah kepada penagih beragama Islam sambil menyebarkan agama mereka perlahan-lahan.

Mohd Yusof berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan akidah seorang bekas penagih serta keluarganya yang menetap di penempatan itu dua tahun.

“Lelaki berusia 30-an terbabit tinggal di rumah itu percuma dua tahun dan diberikan penginapan dan wang tunai tanpa perlu berkerja.

“Apa yang dia perlu lakukan hanyalah mengikuti ceramah mereka dan membaca buku serta kitab mengenai Kristian,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mendedahkan bagaimana keluarga lelaki terbabit yang berasal dari Perak memasuki rumah perlindungan berkenaan, Mohd Yusof berkata, pada permulaannya isteri lelaki itu ditawarkan majikannya ke rumah itu dengan membawa suami dan empat anak.
“Malah, apabila mengetahui keluarga itu mengalami masalah kewangan selepas suaminya dibebaskan dari penjara dan sukar mendapat pekerjaan, kumpulan berkenaan memberi jaminan menyokong sara hidup mereka sekeluarga, dengan syarat hanya perlu mendengar ceramah dan membaca kitab agama mereka,” katanya.

Beliau berkata, perkara terbabit disedari Jabatan Mufti selepas menerima maklumat daripada penjara yang memantau perkembangannya dan menghantar beberapa pegawai berbincang dengannya serta pengurusan rumah perlindungan itu. Katanya, hasil perbincangan aman, lelaki terbabit secara suka rela mahu keluar dari rumah perlindungan itu membawa isteri serta anaknya yang berusia satu hingga 13 tahun dan menerima tawaran memulakan hidup baru dengan dibantu Jabatan Mufti, Yayasan Kasih Sayang dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

“Selepas itu pihak kami cuba membantu semula akidah mereka sekeluarga dengan memberi bimbingan kelas agama dan hingga kini lelaki terbabit yang sudah bekerja sentiasa dipantau oleh kami bagi memastikan pegangan agamanya kukuh. “Daripada pemerhatian saya mendapati dia gembira dengan kehidupan kini yang sederhana walaupun tidak mewah seperti di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, ketika lelaki itu baru keluar dari rumah perlindungan berkenaan, dia menyerahkan sejumlah besar bahan bacaan Kristian di dalam tiga beg yang diberikan kepadanya oleh pengurusan rumah perlindungan itu untuk dibaca.

“Dia juga memberitahu ramai orang termasuk beragama Islam mendapatkan rawatan dan sokongan pemulihan dadah di rumah perlindungan itu,” katanya.-hmetro