Showing posts with label spratly. Show all posts
Showing posts with label spratly. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Manila hantar 2 batalion tentera laut ke Spratly

MANILA: Kerajaan Filipina menghantar 800 anggota tentera laut dan membuka ibu pejabat baru untuk melindungi kepentingan mereka di Kepulauan Spratly yang menjadi rebutan antara negara ini dengan China, kata pegawai kanan tentera, semalam.

Terletak di antara laluan kapal penting dan juga dikatakan kaya dengan sumber asli, termasuk minyak, Kepulauan Spratly di Laut China Selatan telah lama menjadi rebutan di rantau itu.
Pulau itu turut menjadi rebutan Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan.

Leftenan Jeneral Juancho Sabban dilihat mahu meredakan kebimbangan Beijing dengan berkata, penghantaran itu itu adalah sebagai langkah pertahanan dan tidak sepatutnya dilihat sebagai tindakan agresif pihak mereka.


“Dua batalion yang tiba baru-baru ini akan meningkatkan pengawalan ke atas pulau kami,” kata Sabban yang mengetuai ketenteraan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Kepulauan Spratly.


Katanya, satu ibu pejabat tentera laut didirikan di Wilayah Palawan yang menghadap Laut China Selatan sebagai “pusat perintah dan kawalan” - MT

Perairan Spratly kembali bergolak



Pemandangan dari udara menunjukkan Pulau Pagasa, didakwa sebagai milik Filipina yang terletak di kepulauan Spratly, Laut China Selatan. - Agensi
MANILA 30 Sept. - Filipina menempatkan 800 anggota marin tambahan dan membuka sebuah ibu pejabat baru untuk mengawal kepentingannya di kepulauan Spratly, menurut seorang pegawai kanan tentera, hari ini.
Kepulauan Spratly yang terletak di Laut China Selatan dan menjadi laluan perdagangan penting antarabangsa serta dipercayai kaya dengan sumber minyak, telah lama menjadi punca konflik di rantau ini.
Selain Filipina dan China, Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan turut menuntut sebahagian kepulauan tersebut.
Leftenan Jeneral Juancho Sabban yang tampil untuk meredakan keadaan terutamanya dengan Beijing, berkata, penempatan anggota marin itu adalah sebagai langkah pertahanan dan tidak sepatutnya dilihat sebagai tindakan agresif.
"Dua batalion yang tiba, baru-baru ini akan meningkatkan perlindungan ke atas pulau-palau kami di Spratly," kata Sabban yang mengetuai garison tentera yang bertanggungjawab ke atas Spratly.
Menurutnya, ibu pejabat briged Marin turut dibina berhampiran wilayah Palawan, Filipina yang berdepan Laut China Selatan 'untuk menyediakan kawalan dan pemerintahan' ke atas pasukan itu.
Anggota marin itu, bagaimana pun tidak akan berpangkalan di Spratly tetapi akan membuat rondaan dari kawasan berhampiran.
Sabban turut menuduh China secara berterusan memperkuatkan kedudukannya di pulau-pulau yang dikuasainya di Spratly, walaupun 'tidak ada negara penuntut lain dengan jelas mengambil tindakan agresif'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121001/lu_01/Perairan-Spratly-kembali-bergolak#ixzz282TD0eHE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, July 21, 2011

Ahli Parlimen Filipina lawat Spratly walau dibantah China


PULAU THITU (Laut China Selatan): Penggubal undang-undang Filipina terbang ke kepulauan Spratly yang menjadi rebutan, semalam walaupun mendapat amaran daripada China yang tindakan itu akan merosakkan hubungan dan menyebabkan ketidakstabilan di rantau berkenaan.
Lima anggota Parlimen disertai oleh sekumpulan kecil anggota tentera, pegawai kerajaan dan wartawan tiba dengan dua pesawat persendirian. Mereka juga menaikkan dua bendera Filipina di atas bangunan kerajaan.

Ahli Parlimen, Walden Bello berkata, delegasi itu datang untuk mempromosikan penyelesaian secara damai ke atas wilayah yang menjadi rebutan, tetapi menekankan rakyat Filipina yang mengenali pulau itu sebagai ‘Pag-asa’ bersedia untuk mempertahankan wilayah Filipina itu. - AFP

myMetro | Ahli Parlimen Filipina lawat Spratly walau dibantah China

Sunday, June 19, 2011

Perebutan wilayah maritim



Gambar fail bertarikh 19 April 2010 ini menunjukkan anggota tentera laut Vietnam melambai kepada pelancong di pulau Spratly atau dikenali sebagai Truong Sa yang turut dituntut oleh Vietnam. – AGENSI


WASHINGTON 18 Jun – Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam semalam meminta supaya Laut China Selatan dijadikan kawasan bebas belayar dan menolak penggunaan tentera di perairan itu, ketika ketegangan antara China dan beberapa negara jirannya meningkat berikutan perebutan wilayah.
Selepas mengadakan rundingan di Washington, kedua-dua negara itu menyatakan ‘keamanan, kestabilan, keselamatan dan kebebasan berlayar di Laut China Selatan adalah perkara paling penting yang dimahukan masyarakat antarabangsa.
“Pertikaian wilayah di perairan itu perlu diselesaikan melalui kerjasama dan proses diplomatik tanpa penggunaan tentera,” kata kedua-dua negara itu dalam satu kenyataan bersama semalam.
Menerusi kenyataan itu, AS dan Vietnam turut menyokong rundingan diadakan mengikut perjanjian 2002 antara China dan 10 negara ASEAN, di mana kedua-dua pihak bersetuju mengikuti peraturan yang ditetapkan di Laut China Selatan.
Pertikaian di kawasan itu semakin meningkat beberapa minggu ini dengan Vietnam mengadakan latihan peluru hidup selepas menuduh kapal China mengganggu sebuah kapal pemantau minyak mereka dan memotong kabel cari gali minyak sebuah lagi kapal negara itu.
China dalam pada itu turut melancarkan latihan tentera selama tiga hari di Laut China Selatan yang disifatkan media sebagai memperkukuh rondaan agensi pengawasan maritim negara itu.
Sementara itu, Filipina hari ini berkata, 15 blok minyak di Laut China Selatan yang bakal ditawarkan kepada syarikat cari gali minyak antarabangsa akhir bulan ini terletak dalam wilayahnya.
Menurut peta yang dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2009, dua daripada 15 blok itu terletak dalam kawasan yang turut dituntut oleh China. – AFP/AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara