Saturday, July 3, 2010

Ada budak tidak makan pagi di Gaza



Posted on the July 3rd, 2010 under BeritaLuar Negara by johnjimat
15/7
LONDON: Ada kanak-kanak Gaza tidak mendapat sarapan pagi ketika ramai penduduk Palestin di wilayah itu memerlukan bantuan makanan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas Gaza.
Kesimpulan itu adalah sebahagian hasil kajian institusi kesihatan Palestin yang merumuskan sekatan Israel mengancam kesihatan warga Palestin, dengan kebanyakan kanak-kanak menghadapi risiko masalah pertumbuhan atau kurang zat makanan.
Kajian Institut Kesihatan awam dan Masyarakat Universiti Birzeit di Tebing Barat juga mendapati lebih 70 peratus keluarga masih bergantung pada bantuan makanan dengan 57 peratus responden yang keluarga mereka mendapat bantuan makanan menyatakan mutu kehidupan kurang baik berbanding dengan 30 peratus responden yang tidak memperoleh bantuan.
Malah, kajian membabitkan kira-kira 2,000 kanak-kanak dan remaja mendapati seorang daripada empat tidak mendapat sarapan pagi, seorang daripada 10 kanak-kanak menghidapi penyakit kurang darah dan seorang daripada 17 menghadapi masalah pertumbuhan.
Selain itu, kira-kira dua peratus kanak-kanak Gaza terlalu kurus dan 15 peratus mengalami masalah kegemukan atau obes, kata pegawai universiti berkenaan, Niveen Au-Rmeileh.
Niveen menganalisis mutu kehidupan menggunakan data yang dikutip daripada kira-kira 3,000 keluarga di Palestin.
Kira-kira satu pertiga daripada penduduk yang dikaji selidik kehilangan rumah ketika peperangan, sementara 39 peratus daripada rumah yang sama ada musnah separuh dan semua sekali.
Ketika kaji selidik itu tamat pada Ogos 2009, tiga suku daripada rumah yang musnah masih belum dibaiki. Reuters
Sumber : Bharian.com.my

Kena ambil lesen pulak dah!

Tindakan selepas turun padang

Posted on the July 3rd, 2010 under BeritaTempatan by Syedz
15/7


LEBIH 25,000 peruncit yang masih belum memohon lesen barangan kawalan termasuk gula masih ada masa untuk mendapatkannya biarpun peraturan itu sudah berkuat kuasa 1 Julai lalu. – Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hanya akan bertindak ke atas peruncit yang gagal memohon lesen gula, tepung gandum dan minyak masak selepas kakitangannya selesai turun padang bagi memberi penjelasan mengenai peraturan baru itu.
Peraturan itu sepatutnya berkuat kuasa kelmarin dengan mana-mana peruncit yang tiada lesen boleh didakwa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi individu manakala syarikat pula nilainya mencapai RM250,000.
Namun hukuman berat itu tidak menakutkan para peruncit apabila hanya 35,000 daripada 60,000 peruncit di seluruh negara telah mendapatkan lesen yang dikeluarkan percuma oleh kementerian itu.
kredit : kosmo.com.my

Kapai selam bapak najib dah mai dah!

KD Tun Razak tiba di tanah air
Posted on the July 3rd, 2010 under BeritaTempatan by Syedz
15/7

Kapal selam KD Tun Razak tiba di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak semalam.

LUMUT – Selepas mengharungi pelayaran selama 64 hari melibatkan jarak 13,488 kilometer, kapal selam kedua negara, KD Tun Razak selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini tepat pukul 4.45 petang semalam.
Lebih manis ketibaan kapal selam itu turut diiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad dan Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Baginda yang juga Kapten Kehormat TLDM berangkat menyertai pelayaran kapal selam yang ditauliahkan secara rasmi pada 5 November 2009 lalu di Pangkalan Tentera Laut Sepanyol, Cartagena itu bermula di Pulau Langkawi pada sebelah pagi.
Sambutan rasmi ketibaan KD Tun Razak diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.
kredit : kosmo.com.my