Maury Travis
Maury Travis
ST. LOUIS - AMERIKA SYARIKAT . Seorang wanita yang menyewa sebuah rumah di St. Louis sejak Mac lalu terkejut apabila mendapati rumah yang didudukinya pernah dihuni pembunuh bersiri satu ketika dahulu.

Catrina McGhaw mengetahui hal itu selepas ahli keluarganya meminta dia menonton sebuah dokumentari yang sedang disiarkan di televisyen mengenai kes pembunuhan bersiri itu.

Dia kemudiannya menyedari telah tinggal di rumah sama di mana suspek Maury Travis menggunakan ruang bawah tanah sebagai tempat untuk menyeksa hampir 20 orang  mangsa lebih 10 tahun lalu.

Selepas menyaksikan dokumentari tersebut, McGhaw membuat keputusan untuk keluar dari rumah itu dan apabila menghubungi tuan rumah yang juga disyaki ibu kepada suspek untuk meminta supaya duit sewa dipulangkan, wanita itu tidak mengendahkan permintaannya.

Media ABC News melaporkan, Travis bertindak menggantung dirinya pada tahun 2002 ketika berada di dalam penjara, dipetik dari laporan ABC News.